4 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 11

BAB 11

FARHAN menyandarkan badan ke kerusi. Keadaan kafeteria hospital yang agak sesak dengan orang ramai langsung tidak mengganggu fikirannya. Yang sedang mengganggu fikiran Farhan sekarang adalah Nadia. Dua minggu selepas kejadian itu, Farhan terus berdiam diri.Kecewa, itu yang dia rasakan sekarang.
Mungkin dia agak gopoh dalam menyatakan hasrat hati, tapi kalau lambat takut melepas pula nanti. Soal siapa lelaki yang hari tu pun masih belum terjawab lagi. adakah memang betul dia kekasih Nadia? Sebab itulah reaksi Nadia agak menyedihkan pada hari itu. Oh Farhan, apa yang kau dah buat ni? Farhan meraup mukanya perlahan.
“Han...”
Farhan mendongak. Haziq sedang tersengih.
“Dah sudah ke?” Haziq menarik kerusi di sebelah Farhan.
“Dah. Kau baru nak makan ke?”
“Haah, sibuk sikit hari ni. Ouh by the way, ni ha ada pesanan untuk kau.” Haziq menghulurkan sekeping nota kepada Farhan.
Tanpa rasa nota ringkas itu dibaca.
“Siapa yang bagi?”
“Tu, misi yang kat meja hujung sana. Budak baru tu, tengah praktikal.” Farhan memandang ke arah yang ditunjuk Haziq. Misi yang mengirim nota ringkas itu sedang tersenyum ke arah Farhan. Farhan hanya mengangguk dan nota yang dikirim tadi dilipat dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Tak minat nak berkenalan dengan sesiapa buat masa ini.
“Kau kenapa Han? Muka macam orang hilang bini je.” Gelas di atas meja ditarik dan dihirup perlahan.
Dari pagi tadi dia perasan yang Farhan kelihatan agak muram. Okay, sudah hampir seminggu lebih sebenarnya dia perasan yang Farhan agak berubah. Sudah kembali kepada perangai asal. Lebih banyak diam dan hanya bercakap bila perlu. Wajahnya juga makin muram dari hari ke sehari. Cuma dia tidak sempat untuk bertanya kerana mereka berdua memang agak sibuk sejak kebelakangan ini.
“Bukan hilang bini, tapi hilang kekasih.”
“Kekasih? Kau biar betul Han. Sejak bila?” Tanya Haziq tidak percaya.
“Ziq, kau dulu ada ramai girlfriend kan?”
“Dah kenapa nak ungkit sejarah aku pula?” Pelik Haziq dengan soalan Farhan.
“Jawab je lah.”
“Tak payah jawab, kau memang dah tahu pun kan.”
“Ziq, dalam ramai-ramai girlfriend kau tu, ada tak yang pernah tolak kau? Maksud aku, pernah tak kau kena tolak dengan mana-mana perempuan?”
Haziq membetulkan kedudukan. “Han, seriously kau memang pelik. Kau dah kenapa sebenarnya?”
Farhan mengeluh. “Kau tahu kan aku tak pernah jatuh cinta. Ada kekasih jauh sekali.”
Haziq angguk. Mata masih memandang wajah murah Farhan.
“Dan dua tahun lepas, first time in my life aku jatuh cinta.”
“Eh, dua tahun lepas? Aku tak pernah tahu pun.”
“Sebab aku tak pernah cerita kat sesiapa pun, termasuk lah kau.”
Haziq angguk lagi. Okay faham. “Then?”
“Then, selepas dua tahun aku jumpa dia balik dan aku semakin jatuh cinta dengan dia.”
“Wait a minute, maknanya lepas kau jatuh cinta tu kau dah tak jumpa dia lagi dah. Macam tu?”
Farhan angguk. Masih terbayang di ingatan sewaktu kali pertama dia terserempak dengan Nadia di hospital. Walaupun ia hanya perjumpaan yang singkat, namun ia telah meninggalkan kenangan yang cukup manis di dalam hidup Farhan.
“Perghhh... amazing Han. Very amazing. Tak sangka kau seorang yang setia macam ni.” Haziq gelak. Sungguh dia tak sangka mamat pendiam macam ni seorang yang romantik. Sanggup tunggu sampai dua tahun tu kira romantik lah kan.
“Jangan la gelak, aku tengah serious ni tau.” Farhan menjeling. Gelak tak ingat dunia. Orang keliling dah pandang semacam. Misi kat meja hujung sana pun dah sengih-sengih. Ingat orang cakap pasal dia gamaknya.
“Okay... okay... Habis tu yang muka monyok semacam ni apa hal?”
“Aku kena reject.”
Haziq terdiam seketika.
“You what?!”
“You heard me Ziq. Tak payah nak buat muka drama sangat.”
“Kalau yang tadi amazing, yang sekarang ni unbelievable. Very unbelievable. Ada juga perempuan yang sanggup tolak doktor baik plus kacak macam kau ni. Ruginya lahai...”
Farhan jungkit bahu. Kisah pertemuan dia dengan Nadia diceritakan dari awal hingga akhir kepada Haziq. Sekejap angguk, sekejap geleng dah kawan tu pun.
“Ooo... kalau macam tu dia bukan lah directly reject kau Han. Mungkin dia terkejut dengar luahan hati kau tu. Kau sepatutnya bagi dia masa. Masa untuk dia hadam semua kata-kata kau tu.”
“Ke aku terlalu gelojoh Ziq?”
“Apa maksud kau? Kau dah buat apa kat dia?” Soal Haziq ragu.
“Kau jangan nak fikir songsang sangat lah Ziq. Aku tak buat apa-apa pun. Maksud aku, terlalu gelojoh masa meluahkan rasa hati aku.”
Haziq garu kepala yang tak gatal.
“Ooo... tak Han, aku rasa apa yang kau buat tu dah betul. Ye lah, semua orang pun takut kalau kekasih hati dikebas orang kan. Cuma, kau perlu beri dia masa untuk buat keputusan. Kau tak bleh push dia untuk terus bagi jawapan kat kau.”
Farhan terdiam seketika. “Tapi Ziq, reaksi dia tu buat aku kecewa.”
“Kenapa kau nak kecewa pula?”
“Yela, menangis sampai macam tu sekali lepas aku cakap aku cintakan dia. Macam teruk sangat pula dicintai oleh lelaki macam aku ni.”
Haziq gelak. “Mana lah kita tahu kut tangisan dia tu adalah tangisan gembira atau terharu selepas dilamar oleh kau. Kau kena ingat Han yang orang permpuan ni pelik. Sedih dia nangis, kalau gembira pun dia boleh nangis juga. Kau kena ingat tu.”
Betul ke awak menangis sebab terharu dengan lamaran saya Nad? Betul ke? Harapnya begitu lah, sebab saya tak sanggup kehilangan awak lagi Nad.
“Sudah lah Han, jangan nak risau sangat. Soal perempuan ni kacang je.” Haziq petik jari. Bercakap gaya kasanova lah tu konon.
“Kau cakap senang la, dah banyak pengalaman kan. Aku ni, spesies baru terjebak.”
“Spesies macam ni la yang bagus. Spesies rare...” Haziq gelak dengan kata-katanya sendiri. Farhan di sebalah juga turut ketawa.
“Tapi kan Han, dia yang kau duk cerita siapa nama dia? Dari tadi duk dia je...”
Wajah Nadia kembali terlayar di minda. Farhan senyum. “Nad... Nama dia Nadia. Cantik kan nama dia?”
Haziq geleng. “Angau dah kau ni Han. Cepat-cepatlah kahwin, risau aku tengo kau macam ni.”
“Nak kahwin macam mana, pengantin perempuan tak ada.”
“Pergi lah pikat pengantin perempuan sana. Duduk tercongok kecewa sendiri macam ni apa pun tak dapat.”
Farhan mengeluh. “Payah la Ziq. Aku dah malu sebenarnya nak pandang muka dia. Karang kalau aku pergi sana, dia nampak saja muka aku ni terus dia lari macam mana? Bertambah-tambah lah kecewa aku. Dan aku tak rasa yang aku akan kembali normal lepas tu.”
“Sekarang ni pun kau memang dah tak normal Han. Nasib baik kerja masih tip top, kalau tidak memang dah lama kena campak keluar hospital. Yang kau belum apa-apa lagi dah fikir macam-macam ni kenapa? Selama kau kenal Nadia dalam masa yang singkat ni, kau rasa dia akan buat macam tu ke?”
Farhan angkat bahu. “Entah. Yang dia menangis lepas aku proposed dia tu pun aku tak boleh nak expect Ziq. Kali ni, aku tak tahu lah. Nadia seperti bom jangka. Memang kita tak boleh nak jangka reaksi dia macam mana.”
Haziq terangguk-angguk. Kafeteria hospital yang tadinya agak sesak sudah kembali lengang. Misi yang sibuk usha Farhan dekat meja hujung sana tu pun sudah beransur pergi dengan rakan-rakannya.
“Macam ni lah Han, sekarang ni kau ada dua pilihan saja. Samaada kau pergi berhadapan dengan Nadia dan berbincang semula dengan dia tentang perkara ini atau teruskan dengan rasa malu dan fikiran negetif kau tu. Kalau melepas, kau juga yang rugi.”
Farhan merenung Haziq. “Ziq, kau pernah kena reject tak?”
“Ya Allah, tak habis lagi dengan soalan reject dia tu...” Haziq mengeluh dan ketawa. Farhan... Farhan...dah parah sangat kau ni.
Farhan turut ketawa. Lega sedikit rasanya setelah berkongsi rasa dengan Haziq. Kalau fikir sorang-sorang, mau mati kutu dia jadinya.
“Kau tahu tak Han...”
“Apa dia?”
“Aku dah agak yang kau sedang dilamun cinta sebernya.”
“Maksud kau?”
“Kau ingat lagi tak yang kita nak keluar minum lepas kerja tapi tak jadi sebab kau terserempak dengan Seri.”
Farhan diam memikir. Ouh...yang dia menonong nak ikut Seri ke butik Nadia tu.
“Haah, aku ingat. Habis tu?”
“Masa tu aku dah boleh agak yang kau dah terjebak dengan masalah cinta cintun. Sebab kau yang ignorant ni tiba-tiba boleh jadi seorang yang mengambil berat dan bertimbang rasa. Siap nak temankan Seri lagi tu. Sebelum ni kau mana pernah macam ni dengan perempuan kan.”
Farhan gelak. Betul lah Haziq ni kawan dia yang terbaik. Sampaikan benda macam tu pun dia boleh perasan.
“Tapi satu je yang aku tak pasti waktu tu.”
“Apa dia?”
“Kau berubah sebab Seri atau Nadia, orang yang Seri nak jumpa hari tu.”
Farhan ketawa lagi. “Tajam betul pemerhatian kau Ziq.”
“Kalau perkara yang luar biasa terjadi kat depan mata, sesiapa pun akan perasan Han.”
“Luar biasa sangat ke aku waktu tu?”
“Yela, Doktor Farhan dengan perempuan macam langit dengan bumi tau sebelum ni. Senyum je lah yang kau tahu, nak borak sembang macam orang lain memang tak la.”
“Macam anti perempuan pula aku ni kan.”
“Agak la. Tapi dengan Seri tak pula kau macam tu ye. Dengan Nadia tu tak payah cakap la sebab kau memang suka dia.”
Farhan menarik nafas dan menghembus perlahan. “Seri tu lain. Mungkin sebab ada perkara penting yang aku perlu selesaikan dengan dia. Itu yang buat aku layan dia berbeza dengan orang lain. Dan aku rasa aku selesa dengan Seri.”
Haziq jungkit kening. “Perkara apa?”
Farhan memandang Haziq. Bahu sahabatnya itu ditepuk perlahan. “Aku rasa tak perlu lah kau tahu. Dah tak penting dah pun.”
“Up to you bro. Tapi kalau kau rasa kau nak share sesuatu dengan aku macam yang hari ni, I’ll be by your side anytime you want buddy.” Bahu Farhan pula ditumbuk perlahan. Farhan dan Haziq senyum. Kawan dunia akhirat ni, in shaa Allah.
PINTU rumah milk keluarganya ditolak perlahan. Hari ini Farhan pulang agak lewat kerana terpaksa masuk ke dewan bedah menggantikan Doktor Chen yang mengambil cuti kecemasan. Penat mental, penat fizikal semua ada. Esok dah kena oncall pula.
            Pintu ditutup rapat. Kedengaran seperti suara orang sedang bertingkah di ruang atas. Keadaan sekeliling di pandang. Satu batang tubuh pun tidak kelihatan. Mungkin semua berada dekat atas sekarang. Dengar bunyi bising tu pun dah boleh agak.
            Farhan melangkah ke arah dapur. Pintu peti ais dibuka dan tangan mencapai sebotol jus oren. Dari tadi dahaga sebenarnya tapi malas nak singgah beli air kat mana-mana. Lain kali letak sebotol air masak kat dalam kereta. Senang kalau dahaga nanti.
            Suara yang sedang bertingkah di tingkat atas kedengaran semakin jelas. Mommy dengan angah rupanya. Mungkin mereka sudah turun ke bawah pula. Farhan masih menghirup jus oren tanpa menghiraukan bunyi bising yang datang dari ruang tamu. Penat, malas nak masuk campur.
            “Eh along, bila sampai?” Tegur Nabila yang baru sahaja masuk ke ruang dapur.
            “Dah lama sampai. Dah habis sebotol jus oren dah pun. Apa yang bising-bising dekat depan tu adik?” Farhan melabuhkan duduk di atas kerusi berdekatan. Nabila turut sama melabuhkan duduk di sisi abang nya.
            “Mom tengah gaduh dengan angah.” Jawab Nabila ringkas.
            “Gaduh? Kenapa?” Dahi sudah berkerut, kening sudah bercantum. Pelik ni, sebelum ini mommy tak pernah gaduh dengan anak-anak. Setakat marah-marah sayang tu ada lah.
            “Pasal Kak Lisa la, pasal siapa lagi.”
            “Kenapa dengan Lisa? Apa pula yang dia dah lakukan kali ini?”
            “Siang tadi adik teman mommy pergi spa, dah lama tak pergi katanya...” Nabila memulakan cerita. Farhan  pula tekun mendengar.
            “Masa kat sana, terserempak dengan Auntie Nora.”
            “Auntie Nora mama Seri?”
            “Haah, mama Kak Seri. Tengah duk sembang tiba-tiba terkeluar cerita pasal Kak Lisa pergi bercuti ke Bali. Auntie Nora cakap seronok betul Kak Lisa pergi berjemur dekat tepi pantai, siap pakai two pieces lagi. Terus berubah air muka mommy. Adik yang dengar ni pun malu tau along.” Nabila mencebik. Teruk betul perangai kakak ipar dia yang seorang tu.
            Farhan berdehem. Mengucap tak habis dia di dalam hati. “Auntie Nora tahu dari mana yang Lisa pergi bercuti ke Bali?”
            “Auntie Nora tengok kat Instagram Kak Lisa la. Auntie siap tunjuk gambar tu kat mommy lagi. Merah padam muka mommy jadinya.”
            “Auntie Nora ada Instagram?” Soal Farhan tak percaya. Nak tergelak pun ada.
            “Haa jangan tak tahu. Auntie siap follow Kak Lisa lagi tau. Cari bahan nak buat gosip.”
Farhan geleng kepala. Lisa tu pun la, boleh pula approved Auntie Nora. Tak pasal jadi bahan.”
“Akaun Instagram Kak Lisa tak private pun along. Adik yang tak follow dia tu pun boleh tengok bila-bila masa saja gambar dia.”
“Tak private? Letak gambar macam tu kat media sosial lepas tu tak private? Dia tak tahu ke macam-macam boleh terjadi zaman sekarang ni? Macam-macam orang boleh ambil kesempatan tahu tak. Contoh yang macam sekarang ni lah, ambil kesempatan untuk menjatuhkan maruah keluarga kita.” Bebel Farhan. Geram pula hatinya.
Nabila terdiam. Mata pejam celik merenung Farhan yang sedang marah. Along memang susah nak marah tapi kalau dah marah, mulut memang tak boleh berhenti membebel. Macam mak cik-mak cik.
“Kenapa diam?”
Nabila mencebik. “Habis tu along nak suruh adik buat apa?”
“Kalau Lisa tak private akaun dia, maknanya adik dah tahu la pasal ni?”
Nabila angguk. “Memang adik dah tahu lama dah, cuma adik tak nak bagi tahu kat siapa-siapa. Takut jadi kecoh macam yang sekarang ni la.”
“Tapi at last mom tahu juga.”
“But it doesn’t come from my mouth, right?”
Farhan angguk setuju. Kalau lah Nabila yang hebahkan tentang cerita ini, mesti angah akan lebih marah. Nasib baik juga adiknya itu mengambil langkah untuk berdiam diri.
“Habis tu macam mana angah boleh ada dekat sini pula? Bila angah balik?”
“Mommy yang called suruh angah balik. Mommy nak bincang sekarang sebelum daddy pulang dari Sarawak.”
“Berapa hari daddy kat sana?”
“Dua hari.”
Daddynya sedang berada di Sarawak sekarang atas urusan bisnes. Harapnya bila daddy balik nanti masalah ini sudah selesai. Cuma, macam mana dia nak menenangkan mommy yang tengah ribut kat luar sana sekarang ni.
“Dah, jom ikut along keluar.” Farhan menarik tangan Nabila supaya bangun.
“Nak pergi mana?”
“Pergi depan la, tengok angah dengan mommy. Sampai bila nak biarkan macam tu.”

FARHAN melangkah keluar diikuti Nabila dari belakang. Suara Amri dan Puan Maria masih nyaring kedengaran. Pertama kali mereka melihat Amri berbalas kata dengan Puan Maria. Teruk juga rupa Amri sekarang, dengan jambang memenuhi muka. Serabai yang amat. Macam orang tengah susah hati pun ya juga.
            “Habis tu mommy nak angah buat apa?!” Tempik Amri.
            “Lepaskan Lisa!” Suara Puan Maria turut meninggi.
            “No mom! NO! Mommy dengan daddy yang sujruh angah kahwin dengan Lisa dan sekarang mommy nak kami berpisah? How could you mom.” Suara Amri bernada kesal.
            “Yes! Kami salah sebab satukan kamu berdua dan sekerang mommy nak tebus kesalahan kami itu. Ceraikan Lisa.”
            “Mommy nak kami berpisah? Setelah angah dah sayang dan cintakan Lisa sepenuh hati angah? Sampai hati mommy kan buat angah macam ni.”
            “Cinta dan sayang kamu tu tak ada gunanya angah. Angah tak bahagia bukan? Mommy tahu angah tak bahagia.” Puan Maria cuba meraih tangan Amri namun ditepis kasar.
            “Tak! Angah bahagia hidup dengan Lisa.” Amri menggelengkan kepala menidakkan kata-kata Puan Maria.
            “Bahagia apa kalau macam ni?”
            “Macam mana mommy?”
            “Angah jangan nak jadi suami yang dayus. Merelakan semua perbuatan isteri yang terang-terang bertentangan dengan agama kita adalah dayus angah. Mommy tak nak angah tanggung segala dosa dan akibat di atas perbuatan Lisa.” Tegas Puan Maria bersuara. Hati yang sedang menggelegak cuba ditenangkan.
            “Angah akan cuba nasihat Lisa. Angah akan cuba tarik Lisa untuk berubah. Mommy tolong beri kami ruang.” Usai berkata Amri terus melangkah keluar dari rumah. Farhan yang dari tadi berdiri memandangnya berbalas kata dengan Puan Maria langsung tidak ditegur.
            Puan Maria mendengus geram. Nabila pantas memeluk bahu Puan Maria, cuba menenangkan mommynya.
            “Sabar ye mom.” Nabila menggosok perlahan bahu Puan Maria.
            “Mommy daah tak tahu nak buat apa lagi dah dengan angah kamu tu adik. Nasihat mommy langsung dia tak nak dengar.”
            “Mom...” Farhan menapak ke arah Puan Maria.
            “Along...” Wajah Puan Maria mula bertukar suram. Kalau berhadapan dengan Farhan cepat betul hatinya berubah sayu.
            “Mom jangan menangis, kesian dekat angah.” Pantas Farhan memeluk Puan Maria.
            Setitis air mata ibu mengalir kerana seorang anak yang menyakiti hati ibunya, anak itu dikira derhaka dan dia tak nak Amri dilabelkan sebagai seorang anak yang derhaka. Ye, memang Amri sudah berdosa bila dia meninggikan suara dengan Puan Maria. Cukup lah setakat itu. Jangan ditambah lagi dosa yang ada.
            Di dalam pelukan Farhan Puan Maria menelan rasa. Mata dipejam seketika. Rasa geram dan sakit hatinya cuba dibuang jauh. Sungguh kasih terhadap anaknya tetap melebihi segalanya.
            “Mommy tak kan menangis along. Tapi walau macam mana pun mommy akan cuba menarik angah untuk kembali kepada kita semula.”
            Farhan melepaskan pelukan. Tangan Puan Maria ditarik dan didudukkan di atas sofa yang berdekatan. Farhan melabuhkan duduk di sebelah kanan manakala Nabila pula duduk di sebelah kanan Puan Maria. Masing-masing menggenggam kemas tangan kiri dan kanan mommynya.
            “Mom, kita beri ruang untuk angah perbetulkan segalanya. Boleh?”
            “Sudah banyak ruang yang kita berikan along. Tapi along tengok lah, langsung tidak berubah. Makin teruk ada lah. Menyesal pula mommy satukan mereka dulu. Tak sangka perangai anak Laila teruk macam ni.” Masing-masing terdiam. Perkara sudah terjadi, hendak diapakan lagi.
            Puan Laila adalah kenalan Puan Maria juga. Kawan satu universiti dahulu. Sudah lama tidak berjumpa kerana Puan Laila tinggal bersama suaminya di Australia. Mereka bertemu kembali sewaktu majlis reunion universiti lima tahun lalu. Dan dari situ lah mereka merancang untuk menyatukan anak mereka berdua.
            Mula-mula Puan Maria dan Tuan Umar berhajat untuk menyatukan Farhan dengan Lisa namun ditolak dengan baik oleh Farhan kerana belum bersedia untuk kahwin. Lagi pula waktu itu dia terlalu sibuk dengan kerja di hospital, tiada masa untuk memikirkan soal kahwin.
            Bila perkara ini diusulkan  kepada Amri, tanpa banyak soal dia hanya menerima sahaja. Pilihan keluarga adalah yang terbaik katanya. Namun perancangan tuhan, tiada siapa yang tahu.
            “Auntie Laila tahu tak pasal ni?” Soal Farhan memecahkan kesunyian.
            “Tahu...”
            “Habis tu, auntie cakap apa mom?” Soal Nabila pula.
            Puan Maria mengeluh berat. “Dia cakap biasa lah orang muda, biarkan saja. Nanti bila sudah bosan dengan kehidupan yang macam tu, dia berubah lah. Senang betul bercakap.” Ngomel Puan Maria.
            Nabila tergelak. Muka jengkel Puan Maria kelihatan lucu pada pandangannya. Farhan juga turut tersenyum. Kalau dah emak dia sendiri yang cakap macam tu, memang tak boleh nak kata apa lah.
            “Sudah lah mom, jangan fikirkan sangat soal ni. Nanti along cuba slow talk dengan angah.”
            “Cuba lah apa saja along. Kalau kena pulas telinga angah tu baru dia nak dengar cakap kita, along pulas je. Mommy izinkan.”
            Nabila tergelak lagi. dalam tengah geram, sempat lagi mommynya buat lawak. Adoi la...
            “Mommy jangan risau, nanti along cuba. Haa adik, jangan nak gelak sangat. Pergi ambi air untuk mommy. Along nak naik atas dah mommy, nak mandi. Badan dah melekit sangat dah ni.”
Tanpa kata Nabila bangun untuk ke dapur. Puan Maria pula hanyan mengangguk mengizinkan Farhan untuk ke atas. Dengan langkah yang longlai satu persatu anak tangga didaki. Tentang Amri, dia akan cuba cari ruang untuk berbincang nanti.
           

            

4 comments:

  1. Brape ari lg ek nk post siri ygke 12?? X sabau nk bace la 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. mlm ni in shaa Allah kita up entry baru heheh...neway thanks sudi baca ;)

      Delete
  2. Tak sabar nak tahu perkembangan Nad dan Han.

    K.mas

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabar2....nnt kita kasi satu bab han dengan nad je ekekeke...neway thanks sudi baca k.mas :)

      Delete