3 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 10

BAB 10

DARI luar Farhan sudah nampak kelibat Nadia yang duduk bersila di tengah-tengah ruang. Duduk bersila sambil memegang kepala dan siku bertongkat di atas lutut. Sepertinya seang memikirkan masalah yang sangat berat. Apa yang mengganggu fikran mu Nadia? Sudikah awak berkongsi masalah itu dengan saya?
            Knock! Knock!
            Nadia berpaling. Farhan melambaikan tangan. Nak terjah masuk rasa tak elok pula. Karang tak pasal kena marah. Nadia senyum lalu bangun melangkah ke arah pintu.
            “Masuk lah...” Pintu dibuka dan Farhan di pelawa masuk.
            “Buat apa kat atas ni sorang-sorang?” Tanya Farhan sambil melangkah masuk ke tengah ruang. mata melebarkan pandangan ke kiri dan kanan.
            “Tak ada apa, saja lepak. Bila sampai?”
            “Dah lama, berborak dengan Kak Yus, Yuni dan Hawa kat bawah tadi.”
            “Ooo, dah kenal la mereka semua?”
            Farhan angguk. Mata tidak lepas memandang Nadia pula.
            “Awak sihat?”
            Nadia angguk dengan senyuman yang tawar. Kepala sedang sarat memikirkan tentang kejadian pagi tadi. Pandang muka Farhan pun rasa tak teruja mana dah. Ah Fariz, kenapa lah kau perlu muncul dalam hidup aku?
            “Datang kat sini ada apa ye?”
            Farhan jungkit bahu. “Saja, datang melawat awak. Hari ni saya off day, tak tahu nak buat apa kat rumah.”
            “Ouh... Seri tak ikut?” Nadia pandang belakang konon mencari kelibat Seri.
            Farhan geleng dan dengan selamba duduk bersila di atas lantai. Nadia turut bersila di sebelah Farhan.
            “Maaf lah awak, kat atas ni memang tak disediakan kerusi.”
            “Tak apa. Kak Yus cakap awak nak buka kelas mengaji ye kat sini?”
            “Haah, kelas mengaji untuk orang dewasa.”
            “Macam mana boleh timbul idea untuk buka kelas mengaji untuk orang dewasa?”
            “Panjang ceritanya awak. As a conclusion, menuntut ilmu bukanlah hanya terhad untuk golongan muda dan kanak-kanak sahaja, orang dewasa juga memerlukan ilmu untuk sepanjang hayat mereka. Lebih-lebih lagi ilmu pengajian al-quran yang mana bekalan kita kat akhirat sana nanti. Jadi, saya rasa sangatlah digalakkan kalau kita mewujudkan lebih banyak kelas-kelas macam ni, kan?”  Jelas Nadia dengan senyuman kepuasan. Puas kerana impian dia yang satu ini sudah hampir terlaksana.
            Farhan merenung wajah Nadia dalam-dalam. Orangnya biasa sahaja. Bergaya sederhana dan menutup aurat yang pastinya. Sangat petah bila berbicara, namun segan silu tetap ada. Nampak yang baik sahaja bukan kerana memang dia suka, tetapi ia jelas dan nyata.
            “I’m impressed.”
            Senyuman Nadia mati.
            “Tak ramai orang muda berfikiran matang seperti awak Nadia. Penjelasan awak sangat mengagumkan saya.”
            “Jangan awak...”
            Farhan keliru. “Jangan apa?”
            “Jangan terlalu memuji.”
            Farhan senyum. “Tak suka saya puji awak?”
            Nadia memandang  ke arah dinding yang masih kosong. Dia sudah berbincang dengan Abang Kamal, dinding yang kosong itu nanti akan digantungkan frame tulisan khat. Abang Kamal juga sudah mencadangkan beberapa kedai yang menjual tulisan khat yang menarik. Nanti kalau ada masa terluang dia akan ke sana.
            “Bukan  tak suka, tapi tak selesa. Dari kecil kami dididk untuk tidak terlalu teruja menerima pujian. Takut pula timbul perasaaan riak dan takabur. Tipu lah kalau saya cakap tak suka bila dipuji atau rasa tak teruja menerima pujian. Tapi, bila kita terlalu tenggelam dalam pujian, rasa riak tu akan muncul dengan sendirinya. Dan itu yang saya cuba elakkan.”
            “Tak kan lah tak pernah terima pujian dari mak dan ayah awak?”
            “Pernah, masa kat sekolah dulu. Sebab peristiwa kat sekolah tu dulu lah arwah babah dengan mama tegaskan soal pujian, riak dan takabur ni semua.”
            “Peristiwa apa?” Soal Farhan lagi. Seronok pula nak dengar cerita Nadia.
            “Masa kat sekolah dulu, masa tu saya darjah tiga kot. Kat dalam kelas selalu dapat nombor satu. Cikgu-cikgu pun selalu puji yang saya ni bijak. Saya apa lagi, berlagak lah kan. Dengan budak-budak lain pandang sebelah mata saja. Lepas tu ada seorang budak lelaki ni tak puas hati dengan saya. Sampai sekolah terus cari dan pukul saya.”
            “Eh, tak patutnya. Kecil-kecil lagi dah pandai pukul orang.”
            Nadia gelak. “Dengar sampai habis dulu ye Encik Doktor.”
            “Ouh...okay...”
            “Dia pukul tapi saya lawan balik. Siap dengan pakej ayat-ayat menikam kalbu lagi saya bagi.”
            “Awak cakap apa?”
            “Dah kau tu bodoh sangat, siapa suruh? Nak marah aku yang bijak ni pula. Dasar dengki!”
            Farhan ternganga. Tak percaya mungkin. Nadia sudah ketawa lepas.
            “Tak percaya kan perangai saya teruk macam tu?” Soal Nadia dalam ketawa.
            Farhan geleng. “Then, babah dengan mama awak cakap apa?”
            “Babah pulas telinga, mama pula membebel macam tak cukup mulut. Marah sangat kenapa anak dia bleh jadi buruk perangai macam tu. Babah cakap itu ciri-ciri orang yang riak bila berbicara. Sejak dari hari itu, babah tegaskan jangan alpa dengan pujian. Biar masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.”
            Akhirnya Farhan ketawa. Ketawa sambil menggelengkan kepala. Tak sangka, ada juga budak macam ni. Nadia turut sama ketawa.
            “Habis tu, mama dengan babah awak memang tak pernah puji lah kalau awak buat sesuatu yang membanggakan?”
            “Tak. Paling tidak, mama dengan babah senyum je. Lepas tu belanja makan.”
            “Awak tak terasa ke?”
            “Terasa apa?”
            “Rasa tak dihargai?”
            “Dengan parents sendiri pun nak terasa ke awak? Macam tak patut je.”
            Farhan gelak. Memang tak patut pun.
            “Tapi, berbeza pula dengan saya. Saya suka dipuji.”
            Kening Nadia terjongket. Macam tak percaya saja doktor kat sebelah dia ni suka dipuji.
            “Tak percaya ke?”
            “Tak!”
            “Betul awak, saya suka kalau orang puji saya. Especially when it come from specialist or senior doctor.”
            “Tak sangka betul.” Nadia geleng kepala.
            “Tak sangka apa?”
            “Tak sangka la awak macam tu, macam attention seeker pun ada.”
            Farhan ketawa. “Awak jangan salah faham Nad. Saya suka diipuji bukan sebab nak riak atau nak tunjuk hebat ke apa. Pujian tu semua boleh menaikkan semangat saya untuk menjadi lebih baik di masa akan datang.”
            “Nak tunjuk hebat la tu.” Sakat Nadia.
            “Haish budak ni...” Farhan cuba meluku kepala Nadia namun sempat dielak.
            “Haipp luku-luku kepala jangan main ek, ikhtilat kena jaga.” Pesan Nadia.
            “Sekolah agama ke dulu?” Tanya Farhan. Sengaja bercanda.
            “Kenapa?”
            “Macam budak sekolah agama je gaya awak ni.”
            “Ooo...habis tu nak kena belajar kat sekolah agama dululah baru boleh nak bercakap pasal agama. Macam tu? Mana datang pemikiran macam orang tak ada akal ni tuan doktor?” Nadia geram. Terasa disindir pun ya juga.
            “Amboi, marah ke?”
            “Eh tak lah, tengah seronok ni ha. Seronok apa kena perli macam ni.” jawab Nadia geram. Rasa macam nak penyek-penyek je muka Farhan. Biar jadi ayam penyek.
            Farhan ketawa. Tengah marah pun comel. Habis tu macam mana lah dia tak jatuh cinta.
            “Jangan nak marah sangat lah awak, saya gurau je. Sensitif betul.”
            “Orang tak buat gurau la perkara macam tu Han. Bab agama memang isu sensitif apa.” Nadia mendengus. Tangan disilangkan ke badan.
            “Okay sorry, my bad. Dah la, tak nak la muka masam macam ni. Buruk tau.”
            “Biar lah kalau buruk pun, bukan awak yang nak kena hadap seumur hidup.”
            “Tapi saya nak hadap muka awak seumur hidup saya.”
            “Pardon?” Nadia tak salah dengar. Tapi dia buat-buat tak dengar. Tiba-tiba hati berdebar.
            “Saya dahaga, boleh tolong ambilkan air?” Farhan cuba mengelak. Terlanjur kata memang tak boleh buat apa.
            Nadia menghela nafas perlahan. Kecewa pula bila Farhan cuba mengelak.
            “Awak tunggu kat sini kejap ek, saya turun ambilkan kopi. Ke nak minum kat bawah je?”
            “Tak apa lah, saya tunggu kat sini.” Jawab Farhan tenang.
            Nadia bangun dan bergerak ke bawah. Dada dipegang, hati masih berdebar. Haish pakcik ni, suka mainkan perasaan orang.

FARHAN memandang keadaan sekeliling. Suasana yang tadinya meriah dengan suara Nadia kembali sunyi. Dadanya dipegang, rasa hati sepertinya tidak dapat dibendung lagi. Siapa lelaki itu yang sebenarnya?
            “Coffee is ready!”
            Farhan tersentak dan mengalihkan pandangan ke arah pintu. Nadia menolak pintu dengan bahu dan di tangannya terdapat dua biji mug.
            “Dah makan ke? Saya dah order pizza masa kat bawah tadi, nanti Yuni bawa naik ke atas.”
            Farhan senyum. “Macam tahu je saya belum makan.”
            “Tengok muka pun dah tahu.” Mug diletakkan di hadapan Farhan.
            “Ouh ya? Kenapa, muka saya macam muka orang lapar ke?”
            Nadia ketawa. “tak ada lah, saya yang lapar sebenarnya. Darib pagi tak makan.”
            “Kenapa tak makan?” Tanya Farhan sambil menyua mug ke bibir.
            “Tak ada selera.” Nadia menghirup air kopi perlahan-lahan.
            Farhan diam. Matanya merenung Nadia yang sedang menghirup kopi.
            “Kenapa tak ada selera? Awak ada masalah ke?” Berhati-hati Farhan menyoal. Risau dikatakan penyibuk pula.
            Nadia mengeluh perlahan. Selera dia hilang sebab Fariz tu tadi la. Dah la kat rumah tadi pun tak sempat nak sarapan. Datang butik dikejutkan dengan kehadiran Fariz pula. Langsung mati selera dia. Tapi, tak kan lah nak diceritakan kat Farhan pula. Hal personal kot. Lagi pun dia bukan siapa-siapa dengan Farhan, tak sesuai nak berkongsi cerita personal macam tu.
            “Nad... mengelamun eh?” Tegur Farhan bila Nadia hanya berdiam diri.
            “Eh, tak lah.”
            Kemudian masing-masing terdiam sebelum dikejutkan dengan suara nyaring Yuni yang naik hantar pizza.
            “Amboi kau orang, seronok ye dating berdua. Nah pizza Kak Nad dengan Abang Han.” Kotak pizza diletakkan di hadapan Nadia dan Farhan.
            “Garlic bread mana?” Soal Nadia. Kotak pizza dibuka sopan. Perghh aroma pizza panas sangat menggoda. Tak tertahan rasa laparnya.
            “Nak juga ke?”
            “Nak la...”
            “Ada ni ha...” Yuni sengih. Bekas berisi garlic bread turut diletakkan di hadapan Nadia dan Farhan.
            “Waaa...” Nadia terjerit gembira. Perut digosok tanda sudah lapar.
            “Akak jangan nak gelojoh sangat ye. Ingat sikit kat orang yang kat sebelah sana tu.” Bibir Yuni menjuih ke arah Farhan. Bos dia yang seorang ni bukan boleh pakai, kalau dah lapar habis semua hilang ayu dia tu.
            “Akak tahu la. Dah pergi turun sana, kacau orang nak makan.” Bahu Yuni ditolak perlahan.
            “Hoi menghalau... Tahu la nak dating dengan Abang Han. Tak menyempat betul.”
            “YUNI!”
            Yuni ketawa sambil berlari turun. Farhan yang dari tadi hanya memerhati gelagat dua gadis itu turut ketawa. Macam mana lah dia tak senang hati kalau datang sini. Semua orang pun gembira je manjang.
            “Dah jangan nak gelak sangat. Jom makan.”
            Nadia menghulurkan sekeping piza kepada Farhan. Mereka sama-sama menjamu selera kemudiannya. Bila teringat kembali saat pertama kali berjumpa sewaktu kat mall dulu, lucu pun ada. Dua-dua saling curi pandang, nak bercakap konon malu. Sekarang semua topik boleh dibualkan. Sungguh lah orang cakap, don’t judge a book by its cover. Farhan ni nampak pendiam, tapi bila dah bercakap susah pula nak berhenti.
            Farhan memandang Nadia yang masih galak mengunyah piza. Raut wajah Nadia dipandang dengan teliti. Sungguh dia sudah jatuh sayang dengan gadis ini. Rasa cinta yang pernah hadir dua tahun lalu kembali subur rasanya. Alahai sayangnya kalau Nadia terlepas ke tangan orang lain. Dan lelaki itu, siapakah dia? This is the right time to ask Farhan.
            “Nad... can I ask you something?”
            Nadia lap mulutnya yang agak comot dengan tisu. “Shoot.”
            “Do you have someone special in your life?”
            “Yeah...” Sepotong lagi piza disuap ke dalam mulut.
            Jantung Farhan mula mengepam dengan laju. Dia sudah terlambat kah?
            “Siapa?”
            Nadia meneguk perlahan kopi yang masih berbaki di dalam mug. Makan sambil bercakap tak elok, jadi makanan di dalam mulut perlu ditelan terlebih dahulu.
“My mom.” Jawab Nadia ringkas.
Huhhh... Farhan mengeluh perlahan.
“Selain daripada your mom?”
“Awak cakap someone kan tadi? Someone means seorang saja lah kan?”
Farhan diam. Dah kenapa lurus bendul pula Nadia ni. Bukan selalunya terlebih advance ke.
“Okay Nad seriously, do you have a boyfriend?”
Nadia tercengang. Direct nya soalan. Dah kalau Farhan berkias bukan kau faham pun kan...
“Kenapa tanya?”
“Sebab saya nak masuk meminang awak.”
Kepingan piza ditangan melurut jatuh. Nadia terpaku. Macam orang kena pukau pun ya juga. Farhan hanya memandang. Sabar menunggu respon dari Nadia.
“No joke pleaseee...” Bisik Nadia.
“I’m dead serious Nad. This feeling, I can’t hold it anymore.” Farhan menekan dadanya. Sesak rasa dalam dada bila rahsia hati tak dapat diluahkan.
“But... why me?!” Soal Nadia perlahan.
Pap!!! Wake up Nad, bukan ini ke yang kau mahukan? Being proposed by someone you love.
“Why it can’t be you? You already have someone in your heart?”
Nadia geleng.
“Then why Nad? Am I not good enough for you?”
“How can you be so sure that I’ll accept your proposal Han?” Soal Nadia pula.
Farhan berdehem seketika dan dengan penuh keyakinan dia bersuara, “Sebab saya yakin yang jodoh pasti bertemu Nad.”
Nadia mendengus. “Ouh no! Not Afgan again pleaseee...”
Farhan gelak. Respon Nadia betul-betul dia tak sangka. Dia punya lah serious melayan soalan Nadia yang tahap srious nak mati. Tapi makcik ni boleh bantai buat lawak cakap macam tu. Dia pun satu hal, yang duk guna tajuk lagu Afgan tu pasal apa.
“Serious Nad, kalau awak masih belum berpunya saya nak masuk meminang.” Nada suara Farhan kembali serious.
“Again, why me?” Tanya Nadia dengan wajah polos.
Farhan menggosok belakang tengkuk. Nak tak nak memang dia kena berterus terang. Kalau tidak dia memang akan melepas. Sebelum Nadia disambar orang lain, lebih baik dia cepat-cepat mengangkat Nadia menjadi suri hatinya. Dua tahun Farhan mencari dan kali ini dia sudah tidak sanggup kehilangan lagi.
“Sebab saya cintakan awak Nadia. Sangat cintakan awak.”
Sekali lagi Nadia tercengang. Bibir kebas tiba-tiba, tak boleh nak bercakap.
“Err...bbu..butt...why so..soo..so..sudden?”
Farhan menarik nafas perlahan.
“It has been two years Nad. I have been waiting for you for two years. Saya mencari tapi tak jumpa. Saya doa minta dengan tuhan kalau memang ada jodoh antara kita, tolong temukan kita kembali. As you can see, tuhan makbulkan doa saya Nad.” Farhan senyum. Hatinya kembali senang setelah meluahkan segalanya.
Nadia tunduk memandang jari sendiri. Dua tahun dia tunggu aku? Dua tahun dia cari aku? Sama seperti aku yang sentiasa menunggu kehadirannya walau aku tidak tahu dia di mana. Dan dia mempunyai rasa yang sama dengan aku? Oh tuhan, kebetulan apakah ini?
“I don’t know what to say Han...” Ucap Nadia sebak. Air mata yang mula memberat cuba ditahan.
Farhan yang melihat raut wajah muram Nadia turut  terasa sebak. Kenapa Nad? Lamaran saya ini sudah terlewat kah?
“If your heart still empty, just let me be in there Nad.”
Nadia geleng. Air mata mula mencurah menuruni pipi. “Saya tak tahu nak cakap macam mana Han. This is too sudden for me. Oh tuhan...” Tangisan halus Nadia mula kedengaran.
Hati Farhan robek dengan sendirinya. Melihat reaksi Nadia berserta dengan tangisan halusnya membuatkan hati Farhan sakit. Bukan reaksi seperti ini yang dia mahukan. Bukan ini. Farhan bangun dan berlalu. Piza dan kopi yang masih berbaki ditinggalkan begitu saja. Sebelum dia menutup rapat pintu kaca itu, sempat dia berkata...

“Luahan perasaan saya tadi Nad bukanlah bertujuan untuk membuatkan awak sedih. Saya cuma mahu awak tahu tentang isi hati saya kerana saya takut saya akan kehilangan awak sekali lagi. Kehilangan awak, sejujurnya saya tak sanggup Nad.” Usai berkata Farhan menutup pintu rapat dan terus berlalu tanpa berpaling lagi.

2 comments:

  1. Replies
    1. entahnya Han nih, kalut nak merajuk pulak hehehe thanks sudi baca :)

      Delete