7 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 14

BAB 14

HARI yang ditunggu telah tiba. Tepat jam dua belas tengah hari Farhan tiba di rumah Nadia. Sewaktu Farhan tiba, Nadia sedang sibuk membantu Puan Azura menghidangkan makanan di atas meja dan Hafiz telah ditugaskan untuk menyambut ketibaan Farhan.
            Farhan dan Hafiz berjabat tangan. Sementara menunggu makanan siap di hidang, Hafiz membawa Farhan ke ruang tamu. Hanya tinggal berdua saja ketika itu kerana yang lain semua sedang sibuk di dapur, termasuk lah Nadia.
            “Kawan Nad ye?” Soal Hafiz memecah sunyi. Saja bertanya sekadar menghilangkan rasa kekok Farhan. Padahal Nadia sudah ceritakan semuanya.
            “Ye saya. Abang Nad ke?” Soal Farhan pula.
            “Bukan, saya abang ipar Nad. Adik beradik Nadia semua perempuan. Umur Farhan berapa? Sama dengan Nad ke?”
            “Saya tahun ni dah masuk tiga puluh tiga tahun dah.” Farhan tersenyum segan. Dia sendiri pun tak tahu nak bahasa kan Hafiz apa. Nampak macam lebih muda dari dia saja.
            “Ouh jadi saya nak kena panggial awak apa ye?” Hafiz menggosok belakang leher. Dia pula yang rasa kekok sekarang ni.
            Farhan senyum. Sudah dia agak yang Hafiz lagi muda dari dia. “Panggil Farhan pun tak apa. Setakat beza setahun dua tu apa lah sangat.” Hafiz dan Farhan ketawa.
            “Hafiz.” Tegur Puan Azura.
            Hafiz dan Farhan bangun. “Ma, kenalkan ini kawan Nad, Farhan.” Puan Azura memandang Farhan dengan senyuman. “Farhan, ini lah mama kesayangan Nadia.” Farhan tunduk tanda hormat. Hafiz pula yang bertindak memperkenalkan Farhan dengan Puan Azura. Nadia dari tadi tak leuar-keluar.
            “Assalamualaikum puan.” Sapa Farhan sopan.
            Puan Azura hanya tersenyum. Sopan betul budak nya. Muka pun nampak baik saja. “Tak payah nak berpuan Farhan. Panggil makcik saja. Jom lah kita ke ruang makan sana. Makanan semua sudah siap dihidang. Nadia ni ke mana pula perginya, tak keluar-keluar.” Puan Azura mula melangkah ke arah ruang makan diikuti oleh Hafiz dan Farhan.
            “Jemput duduk Farhan, jangan segan-segan.” Pelawa Puan Azura. Hari ini dia memilih untuk duduk di sebelah kanan meja berhadapan dengan Farhan yang duduk di sebelah kiri meja. Kerusi yang biasa didudukinya iaitu di kepala meja diberikan kepada Hafiz sebagai ketua keluarga mereka hari ini. Lara dan Aisya pula masing-masing duduk sebelah menyebelah di sisi Puan Azura.
            “Kak Nad mana dik?” Soal Hafiz ketika Aisya baru keluar dari ruang dapur. Dari tadi lagi wajah Nadia tidak kelihatan.
            “Toilet bang. Ouh hai doktor.” Aisya melambaikan tangan ke arah Farhan yang sudah sedia duduk di tempatnya.
            “Hai Aisya, jumpa lagi kita ye.” Jawab Farhan ramah. Dia sudah biasa dengan Aisya. Lagi pula Aisya memang jenis yang mudah bergaul, itu membuatkan Farhan rasa senang dengan Aisya.
            “Farhan, yang itu isteri saya, Lara. Kakak Nad.” Hafiz memperkenalkan Lara pula. Farhan tunduk sopan ke arah Lara.
            “Ooo ini lah Han yang Nad ceritakan tu ye. Hurm boleh tahan, patut lah Nad berkenan.” Usik Lara. Hafiz tergelak mendengar kata-kata isterinya itu. Lara pun sama. Farhan pula hanya tersenyum segan.
            “Kakak. Farhan, jangan dilayan sangat Lara tu. Sama lah dengan suami dia, dua-dua kuat menyakat.” Tegur Puan Azura.
            “Eh ma, Hafiz tak ada kaitan dalam ini cerita ya.” Jawab Hafiz dalam gelak ketawa yang masih bersisa. Puan Azura mencebik lalu Lara dan Aisya turut sama ketawa. Farhan tersenyum melihat gelagat bakal mertuanya dengan anak menantu. Beruntungnya dia kalau jadi menantu di dalam keluarga ini nanti.
            “Eh awak, dah kenal ke semua orang?” Nadia sudah muncul. Pelik juga dia tengok semua orang tengah seronok ketawa, termasuk lah Farhan. Nadia menarik kerusi di sebelah Farhan dan duduk di situ.
            “Lama sangat bertapa dekat dalam sana. Nasib baik abang ada, boleh tolong kenalkan Farhan dengan semua orang.” Hafiz yang tolong jawab.
            Nadia pandang Farhan dan Farhan hanya mengangguk sahaja dengan senyuman yang masih belum lekang dari bibir.
            “Thanks abang.” Hafiz angkat ibu jari.  “Sorry, sakit perut tiba-tiba datang menyerang tadi. Awak okay tak?” Bisik Nadia kepada Farhan.
            .”Saya okay jangan risau. Awak okay tak ni?” Tanya Farhan risau. Nadia angguk dengan senyuman.
            “Hafiz baca doa. Lepas makan kita sambung bisik-bisik lagi ye Nad.” Puan Azura bersuara mengusik anak dara yang sedang bahagia. Merah muka Nadia, segan dengan usikan mamanya. Farhan dan yang lain hanya ketawa sebelum Hafiz memulakan bacaan doa.

SELESAI makan mereka terus ke ruangan solat untuk solat zuhur berjemaah. Selesai saja solat berjemaah, Puan Azura, Hafiz, Lara dan juga Farhan bergerak ke ruang tamu. Manakala Nadia dengan Aisya pula masuk ke dapur untuk menyediakan minuman.
            “Jadi, Farhan ni doktor yang merawat Aisya dua tahun lepas lah ye?” Puan Azura membuka bicara.
            “Ye saya mak cik.”
            “Maaf lah Farhan, mak cik memang sudah tidak ingat langsung siapa yang merawat Aisya dulu.”
            “Tak apa mak cik, perkara kecil saja tu.” Jawab Farhan dengan senyuman.
            “Jadi Farhan ada berapa orang adik beradik semuanya? Tinggal dengan siapa? Parents atau duduk rumah sendiri?” Soal Lara pula.
            “Sayang...” Tegur Hafiz. Kurang senang dengan soalan isterinya itu. “Sorry abang, saja tanya.” Lara sengih.
            “Tak apa Hafiz.” Farhan menenangkan keadaan. “SAya masih tinggal dengan mommy dengan daddy. Saya anak sulung dan ada tiga orang adik. Dua lelaki dan yang bongsu perempuan.” Jawab Farhan dengan senang hati. Lara angkat ibu jari tanda bagus.
            Seketika kemudian Hafiz memandang ke arah Puan Azura sepertinya meminta keizinan. Setelah Puan Azura memberi kebenaran, Hafiz berdehem seketika sebelum bersuara.
            “Urm Farhan, kita terus ke topik asal ye.” Tanpa teragak-agak Farhan mengangguk. Memang itu pun tujuan asal dia ke mari.
            “Boleh saya tahu yang Farhan betul-betul serious atau tidak dengan Nadia? Farhan jangan salah faham dengan soalan saya. Bukannya bermaksud saya tidak percaya dengan awak, cuma sebagai satu-satunya lelaki di dalam keluarga ini saya rasa bertanggungjawab untuk melindungi ahli keluarga saya. Saya harap Farhan faham maksud saya.”
            Nadia yang mencuri dengar dari sebalik dinding rasa terharu dengan kata-kata abang iparnya. Tak sangka Abang Hafiz sangat mengambil berat tentang  mereka sekeluarga. Patut lah Abang Hafiz buat keputusan untuk tinggal di sini saja dengan Kak Lara. Keluarganya juga turut menyokong keputusan Abang Hafiz itu. Mereka semua memang sangat memahami rupanya.
            Sekali lagi Farhan senyum sebelum memulakan bicara. “Jangan risau Hafiz, saya faham. Untuk pengetahuan semua, saya memang serious untuk mengambil Nadia sebagai isteri saya. Umur saya juga sudah melebihi tiga puluh and I think this is the best time for me to settle down. Umur macam saya ni dah tak sesuai rasanya untuk bercinta lama-lama.” Kata Farhan dalam ketawa.
            Puan Azura tersenyum. Kata-kata Farhan kedengaran jujur di telinganya. Melihat kepada perwatakan anak muda itu, dia yakin yang Nadia akan bahagia bersama Farhan. Hafiz dan Lara turut tersenyum mendengar jawapan Farhan.
            “Jadi, bila Farhan nak hantar rombongan meminang?” Soal Hafiz lagi.
            “Itu yang kalau boleh saya nak minta izin semua untuk bawa Nad jumpa dengan keluarga saya dulu. Kemudian boleh lah mak cik sekeluarga berbincang dengan Nadia bila masa yang sesuai untuk saya hantar rombongan meminang.”
            “Nak cepat ke nak lambat?” Celah Lara. Itu tak ada lain, nak mengusik lah tu.
            “Apa yang cepat, apa yang lambat kakak?” Soal Nadia sambil menghidangkan minuman di atas meja kopi.
            “Kakak tanya Farhan, nak bertunang dengan Nad cepat-cepat atau lambat lagi pun tak apa.” Nadia mengerling ke arah Farhan.
            “Kalau boleh dalam waktu terdekat ni lah.” Jawab Farhan lurus. Tak sedar yang Lara sedang mengusik.
            Lara menahan senyuman. “Dah tak sabar sangat ye.” Tengok tu... kan dah cakap Lara ni kuat mengusik. Merah padam muka Farhan. Segan pula bila sedar yang Lara cuba mengusik.
            “Kakak!”
            “Lara!”
            “Sayang!”
            Serentak Nadia, Puan Azura dan Hafiz menegur. Tak sopan betul buat tetamu macam tu. Entah kena sampuk apa jadi kuat mengusik pula dia sekarang ni.

PERTEMMUAN Farhan dengan keluarga Nadia nampaknya berjalan dengan lancar. Usik mengusik sikit-sikit tu perkara biasa lah. Nak tak nak memang dia kena biasakan pun. Penerimaan keluarga nadia juga nampaknya sangat positif. Sekarang mereka dalam perjalanan ke rumah Farhan pula.
“Awak okay tak ni?” Tanya Farhan bila Nadia hanya berdiam diri sahaja dari tadi.
Nadia hanya berpakaian ringkas sahaja untuk ke rumah farhan. Cukup dengan hanya berskirt labuh tanpa corak yang dipadankan dengan blouse bercorak floral dan selendang melilit kepala. Cukup lah macam tu. Nak bersiap beria sangat kenapa, kerana memang itu lah kebiasaan dia.
“Nervous lah awak.” Jawab Nadia jujur. Memang betul pun dia tengah nervous sekarang. Tangan sejuk macam ais. Ditambah pula dengan pendingin hawa yang dipasang Farhan, memang rasa nak beku.
Farhan ketawa. “Gelak pula. I’m not joking okay. Saya betul-betul nervous ni awak.” Nadia mencebik. Orang tengah serious dia boleh gelak pula.
“Awak jangan lah risau sangat. Everything will be find Nad.” Farhan cuba menenangkan Nadia.
“Mommy awak garang tak?” Tanya Nadia dengan matanya tunak memandang ke arah farhan yang sedang fokus dengan pemanduan.
“Hari ni baru nak tanya? Hari tu tak nak tanya pula.”
“Hari tu lupa.”
“Mommy saya tak garang langsung.”
“Betul ni?”
“Yes Nad. You don’t have to worry okay. Kita dah nak sampai pun. Nanti awak boleh tengok dan nilai sendiri mommy tu macam mana orangnya.” Kereta Farhan membelok ke arah sebuah taman perumahan dan diberhentikan di hadapan sebuah banglo di hujung simpang.
“Kita dah sampai.” Farhan bersuara ceria.
“Han, I’m sweating.” Betul ni tak tipu. Dia memang tengah berpeluh sekarang. Dalam kereta yang sejuk dengan pendingin hawa dia boleh berpeluh. Nampak kan tahap nervous dia tu macam mana.
“Are you okay Nad?” Farhan risau. Jangan lah sampai pengsan. Apa yang dia nak jawab dengan mommy dan mama Nadia nanti. “Just take a deep breath...” Nadia hanya mengikut apa yang dikatakan Farhan.
Dan saat matanya terpandangkan wajah wanita yang sedang berdiri di hadapan pintu, terus segala perasaan gementarnya hilang. Wajah lembut Puan Maria bisa membuatkan segala resahnya hilang. Betul lah apa yang Farhan cakap, kena jumpa sendiri baru tahu mommy dia tu macam mana orangnya. Tengok muka pun dah sejuk rasa, nak cakap apa lagi.
“Haa tu mommy dah tunggu. Jom turun...” Farhan ingin membukakan pintu untuk Nadia namun ditolak sopan. Segan pula bila diperlakukan seperti seorang puteri di hadapan mommy Farhan.
“Sudah sampai orang yang ditunggu.” Puan Maria mendepakan tangan saat Nadia dan Farhan tiba di hadapannya lalu Nadia dipeluk kemas. Nadia kaget seketika.
“Ini ke bakal menantu mommy along?” Soal Puan Maria dengan wajah yang ceria.
“Yes mom.” Farhan senyum melihat gelagat mommynya. Teruja sampai macam tu sekali, Terkejut Nadia.
“Comelnya dia. Siapa nama sayang?” Soal Puan Maria lagi. Lengan Nadia sudah ditarik agar mengikutnya masuk ke dalam.
“Nadia auntie. Boleh panggil Nad saja.” Jawab Nadia perlahan. Rasa terkejut akibat dipeluk secara tiba-tiba tadi masih belum hilang. Tidak sangka betul kedatangan dia akan disambut dengan pelukan mesra oleh Puan Maria.
“Apa auntie pula. Panggil mommy lah sayang, kan bakal menantu mommy ni.”
Nadia menjeling Farhan yang berjalan di belakang. Farhan pula hanya mengangkat tangan tanda okay. “Mom, calm down please, takut pula Nadia nanti.” Nadia membeliakkan mata mendengar kata-kata Farhan. Ada ke patut cakap macam tu.
“Eh, mommy dah takutkan Nad ke sayang? Maaf lah, mommy ni teruja betul bila anak bertuah ni cakap nak bawa balik bakal menantu untuk mommy. Orang sejuk beku macam ni tiba-tiba nak cakap nak bawa balik calon, siapa je yang tak teruja kan.” Puan Maria ketawa. Sungguh dia terlebih teruja pula hari ini.
Nadia turut ketawa. Padan muka, kena balik dengan mommy dia. Orang sejuk beku? Orang eskimo ke? Farhan pula sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Mommy ni cakap tak berlapik langsung.
Puan Maria membawa Nadia ke ruang tamu rumah mereka. Di sana sudah kelihatan Tuan Umar, Daniel dan Nabila sudah sedia menanti. Puan Maria memperkenalkan satu persatu ahli keluarganya kepada Nadia. Tugas Farhan sudah di ambil alih secara total nampaknya.
“Amri dengan isterinya saja yang belum sampai Nad. Haa semua, ini lah bakal ahli keluarga baru kita, Nadia tapi boleh panggil Nad saja.” Nabila bangun bersalam dan memeluk Nadia erat seperti yang Puan Maria lakukan tadi. Untuk yang kali kedua, Nadia sudah mula rasa biasa. Tuan Umar dan Daniel pula hanya mengganggukkan kepala.
“Jemput duduk Nad.” Ujar Tuan Umar ramah.
Nadia duduk ditengah-tengah antara Puan Maria dan Nabila. Farhan pula memilih untuk di sebelah Daniel. Mereka mula berbual kosong seperti bertanyakan tentang latar belakang Nadia dan keluarganya. Sekadar untuk berkenalan dengan lebih dekat dengan Nadia dan keluarganya.
“Jadi, nanti boleh lah adik lepak-lepak dekat butik Kak Long ye. Adik tak pernah lagi jumpa butik yang macam Kak Long ni. Nak tengok lah.” Nabila bersuara ceria. Nadia senyum. Senang dengan gelagat Nabila yang peramah. “Boleh adik, just come anytime you want.” Jawab Nadia dengan senang hati. Yang lain turut tersenyum.
“Jadi, bila kami boleh bawa rombongan meminang ke rumah Nad?” Tuan Umar mula membicarakan tentang perkara yang lebih serious.
“Pihak kami tidak kisah daddy bila-bila masa pun. In shaa Allah kami terima kedatangan daddy sekeluarga dengan tangan yang terbuka.” Jawab Nadia tenang. Memang itu lah yang mamanya pesan sebelum dia masuk ke dalam kereta Farhan tadi.
“Kalau macam tu, lagi cepat lagi bagus lah kan bang?” Soal Puan Maria dengan wajah yang ceria.
“Eh, dia pula yang terlebih excited. Ini siapa yang nak kahwin sebenarnya. Along ke mommynya?” Gurauan Tuan Umar disambut dengan gelak ketawa yang lain.
“Eh mesti lah kita excited. Nak dapat menantu yang baik, sopan dan cantik macam ni siapa yang tak excited bang oiii...” Puan Maria membalas semula gurauan suaminya. Nadia pula sudah tertunduk segan. Tidak betah pula rasanya bila kena puji depan-depan macam ni.
“Amboi, seronoknya bergelak ketawa.” Tiba-tiba ada suara yang mencelah. Semua mata memandang ke arah pintu. Lisa sedang berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Wajah-wajah yang memenuhi ruang tamu dipandang satu persatu dan pandangan matanya terhenti di wajah Nadia. Jadi ini lah bakal menantu yang dipuja sangat tu. Hati dia sakit betul bila mendengar kata-kata Puan Maria itu tadi. Terasa seperti dirinya dibanding-bandingkan secara tidak langsung.
“You, apa cakap macam tu.” Tegur Amri di belakang. Namun langsung tidak diendahkan oleh Lisa.
Riak wajah Puan Maria sudah berubah keruh. Sudah lah masuk tidak bagi salam, selamba saja nak menyindir orang. Memang kurang adab betul memantu dia yang seorang ni. Sudah lah pakaian pun macam orang tak cukup kain. Apa nak jadi lah dengan Lisa. Kesian Amri terpaksa menanggung segalanya.
Panahan mata Lisa membuatkan Nadia sedikit tidak selesa. Jadi ini lah Amri dan isterinya yang Puan Maria cakapkan tadi.  Nadia cuba senyum ke arah Lisa namun hanya jelingan tajam yang dia dapat sebagai balasan.
“Baru sampai angah?” Soal Tuan Umar cuba menjernihkan suasana yang agak tegang di antara mereka.
“Ye daddy, maaf sebab lambat.” Amri menyalami daddy dan mommynya. “Ini ke bakal kakak ipar angah long?” Tanya Amri  bila terpandang wajah Nadia di sisi mommynya. Lantas dia melabuhkan duduk di kerusi yang berdekatan. Lisa pula terus melabuhkan duduk di sebelah Amri tanpa bertegur sapa dengan sesiapa pun. Buruk perangai betul.
“Yes angah.” Jawab Farhan ringkas dengan senyuman. Dia perasan yang suasana ceria tadi sudah berubah setelah ketibaan Amri dan Lisa namun diabiarkan saja.
“So how old is she? I bet you are younger than me, right?” Soal Amri memandang wajah Farhan dan Nadia sili berganti.
Nadia hanya senyum dan memandang ke arah Farhan. Kekok rasanya nak bersuara bila ada mata tajam yang memerhati. Dari tadi Lisa asyik memandang dia atas bawah. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan Nadia pun tak tahu lah.
“Yeah, she’s younger than you ngah. In fact she is at the same age with achik.”
“Twenty seven? Habis tu kita nak panggil bakal kakak kita apa ni chik?” Soal Amri hanya sekadar berguara. Cuba memulihkan kembali keadaan.
“Panggil Kak Long sudah lah ngah. Walau macam mana muda pun, dia tetap isteri kepada abang kita. Tak gitu?” Jawab Daniel bersahaja. Yang lain hanya angguk bersetuju. Puan Maria rasa senang mendengar kata-kata Daniel lalu bahu Nadia dipeluk erat. Lisa yang memandang bertambah rasa sakit hatinya.
“Bakal isteri along ke ni? Bukan along akan kahwin dengan Seri ke?” Tanya Lisa tiba-tiba. Semua yang mendengar terdiam.
“Mana ada along nak kahwin dengan Seri. Kan Seri nak kahwin dengan orang lain.” Tuan Umar bersuara tenang.
“Tapi Lisa baru saja terserempak dengan Auntie Nora dekat mall hari tu. Dia cakap tengah buat persiapan perkahwinan Seri dengan along.” Kata lisa lagi tanpa ragu.
Semua yang medengar tercengang. Puan Maria sudah rasa tidak sedap hati. Rasanya dia telah menjelaskan semuanya kepada Nora yang dia menolak cadangan Nora untuk satukan Farhan dengan Seri. Macam mana Nora boleh buat persiapan perkahwinan mereka pula ni. Ke Lisa salah dengar atau sengaja nak buat cerita.

Farhan dan Nadia saling berpandangan. Farhan dengan riak wajah risau dan Nadia pula dengan riak wajah yang keliru. Apa semua ini Han? Betul ke awak akan berkahwin dengan orang lain? Habis tu kenapa awak bawa saya jumpa dengan keluaraga awak? Kenapa awak melamar saya? Kenapa awak buat perancangan untuk hidup dengan saya?

6 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 13

BAB 13

TASIK terbentang luas, saujana mata memandang. Matahari terik memancar menyerlahkan warna biru langit. Awan langsung tidak kelihatan. Farhan dan Nadia berdiri di bawah pokok besar, berlindung dari panas terik mentari. Sudah hampir lima belas minit mereka tiba dan hanya berdiri tanpa berkata-kata. Nadia memandang Farhan. Farhan pula meluruskan pandangan ke tengah tasik.
            Setelah puas berfikir, akhirnya dia membuat keputusan untuk mencari Nadia di butik. Namun hampa, Nadia tiada. Tetapi belum sempat dia melangkah ke kereta, dia ternampak susuk tubuh yang dicari sedang melangkah keluar dari sebuah kereta. Nadia tiba juga akhirnya dan hati dia lega.
            Memandang wajah Farhan yang beriak biasa membuatkan hati Nadia gundah gulana. Entah kenapa mudah saja dia bersetuju ketika Farhan mengajaknya untuk naik kereta bersama. Bila di dalam kereta, rasa menyesal pula. Farhan diam langsung tidak mahu berbicara dengan dia.
            “Sihat Nad?”
Suara Farhan memecah sepi. Sudah tidak tahan dengan kebisuan mereka dan juga sudah tidak tahan dengan cuaca yang panas terik. Itu lah, siapa suruh datang tasik tengah-tengah hari buta. Langsung tidak sesuai untuk dijadikan tempat perbincangan.
“As you can see. Awak? Tak kerja ke hari ni?” Soal Nadia pula.
Farhan geleng. “As you can see juga.” Jawab Farhan. Main copy and paste pula.
“So, kita nak buat apa kat sini?” Soal Nadia ceria. Lemas pula rasa kalau dua-dua asyik senyap saja.
“Berbincang...”
“About?”
“You and me...” Farhan memandang Nadia di sebelah.
Raut wajah Nadia diteliti. Kulit yang putih sudah bertukar merah. Orang yang berkulit putih memang macam tu. Cepat betul berubah merah kalau terkena panas matahari. Dia yang berkulit sawo matang ni tak apa lah, tak nampak sangat. Ah silap betul pilih untuk datang ke tasik waktu macam ni. Tak pasal Nadia terpaksa berpanas kerana kesilapan dia.
“I need your answer Nad.”
“About what?” Soal Nadia selamba. Saja buat-buat tahu. Padahal hati dah pum pang pum pang dah. Berdebar tak ingat dunia.
“About my proposal.” Jawab Farhan tenang. Dia sedar yang Nadia cuba bermain tarik tali dengannya.
Hampir lima minit Nadia terdiam. Farhan mendengus bosan.
“Okay lets go...” Farhan mula melangkah.
“Ke mana?” Nadia pula cuba mengejar dari belakang. Kaki panjang, langkah besar. Memang semput juga lah dia nak mengejar.
“Hospital.” Jawab Farhan ringkas. Langkahnya di berhentikan di tengah ruang parkir kereta yang agak lengang.
“Buat apa? Tadi cakap tak kerja.”
“Sebab awak tak nak bagi saya jawapan jadi saya tak nak cuti. Nak pergi hospital tawarkan diri untuk buat oncall.” Jawab Farhan dengan riak wajah yang kosong. Tangan disilangkan ke badan.
Erk! Farhan tengah buat lawak ke apa ni? Nak tergelak juga dengar...
“Baiklah, saya akan bagi awak jawapan. Tapi dengan satu syarat.”
“Apa dia?” Soal Farhan pantas. Tiba-tiba hatinya berdebar.
“Tolong bawa saya ke tempat yang lebih selesa. Kat sini panas sangat lah.” Nadia mengelap peluh di dahi dengan hujung tudung. Sungguh dia tak tahan, membahang rasanya. Haila Nadia, ini baru panas dunia...
Farhan senyum. Ingatkan syarat apa lah tadi. Bagus juga Nadia buat syarat macam tu. Dia sendiri pun sudah tidak tahan untuk berdiri dan meneruskan perbincangan mereka di situ. “Okay jom.”
Melihat wajah Farhan yang sudah kembali tersenyum, hati Nadia terasa lega. Dengan senang hati dia mengekori langkah Farhan ke kereta.

RESTORAN makanan segera menjadi pilihan Farhan. Bukan tak mampu nak bawa Nadia ke tempat yang lebih selesa, tetapi dia kesuntukan masa. Kalau nak ke sana terpasksa meredah kesesakan lalu lintas pula. Cuti satu hari untuk hari ini memang diperuntukkan untuk berjumpa dengan Nadia bagi menyelesaikan masalah yang tergantung antara mereka. Kalau dia tak buat macam ni, entah bila baru ada kesempatan untuk berjumpa. Sibuk luar biasa pula dia sejak dua menjak ni.
            Tray minuman diletakkan di atas meja, Farhan hanya memesan dua gelas minuman sahaja. Nadia sudah kenyang kerana sudah dua kali dia bersarapan hari ini. Farhan pula tak rasa nak makan langsung. Lagi pula dia datang ke sini untuk berbincang, bukan untuk makan-makan.
            “Maaf sebab bawa awak ke sana tadi. Saya tahu awak tak selesa.” Farhan memulakan bicara. Gelas minuman disuakan ke arah Nadia.
            Nadia senyum. Wajah lelaki di hadapannya ini dipandang sepuas hati. Oh tuhan, sungguh dia rindu.
            “Kenapa pandang saya macam tu?” Soal Farhan.
            “Lama tak jumpa, rindu.” Balas Nadia spontan. Farhan tercengang. Nadia ni dah kenapa? Dia pula yang terasa segan.
            “Nad, awak sedar tak apa yang awak cakap tadi?” Tanya Farhan untuk kepastian. Mana lah tahu kot Nadia tersalah cakap. Tak pasal dia syok sendiri pula nanti.
            Nadia angguk. “Yes and I meant it. Dua minggu tak jumpa awak rasa lain macam betul.” Memang dia sedar dan dia hanya luahkan apa yang dia rasa. Malas dah nak main sorok-sorok. Biar lah orang nak cakap dia tak malu ke apa. Yang penting, dia ingin berterus terang kerana apa yang dia mahukan adalah Farhan.
            Farhan berdehem seketika. “Jadi, jawapan untuk lamaran saya tu?” Farhan sudah mula masuk ke topik asal.
            Nadia tunduk. Kedua belah tangan saling menggenggam kemas. This is the time Nad. Just go for it or you will miss it missy! Nafas ditarik perlahan. Apa-apa pun dia kena beri jawapan sekarang. Yang lain belakang cerita.
            “The answer is yes.” Dengan yakin Nadia menjawab.
            Farhan meraup muka perlahan. Senyuman mula terukir dan riak kepuasaan jelas terpancar di wajahnya.
            “Alhamdulillah... It is worth to wait I think.” Bahagia... Rasa bahagia sungguh dia sekarang.
            Nadia turut mengukir senyuman manis. Lega rasa hati, seperti baru melepaskan satu beban yang berat.
            “What take you so long to give me the answer Nad?”
            Nadia angkat bahu. “I don’t know Han. But one thing for sure...”
            “Apa dia?”
            “I already have the answer since the day you left me. And of course the answer is yes.” Nadia sengih.
            Mata Farhan membulat. “Ouh Nad, sampai nya hati awak buat saya macam ni. Dua minggu saya lost tau fikirkan pasal ni. Haziq cakap saya dah macam orang hilang bini.”
            “Sorry!” Nadia buat tanda peace. Farhan geleng kepala melihat gelagat Nadia. Nakal! Tapi dia senyum juga.
            “Kenapa tak datang cari saya dekat hospital?”
            “Entah lah, tak pernah terfikir pun. In fact, Kirah baru saja suggest tadi.”
            “Kirah who?” Soal Farhan. Tak pernah dengar nama Kirah. Yang dia tahu Kak Yus, Hawa dengan Yuni saja lah. Dey... Nadia pun baru je dia nak kenal rapat.
            “Hah, elok sangat lah. Tadi Kirah yang tanya Farhan who? Sekarang awak pula. Kirah tu kawan saya. Kawan thorbaik saya. Tapi kan Han, saya ada satu kemusykilan.”
            “Apa dia?”
            “Kenapa awak terus pergi macam tu saja hari tu? Tak sempat saya nak jelaskan semuanya. Awak merajuk eh?” Nadia buat muka nakal lagi. Saja nak usik Farhan.
            Farhan ketawa. Rasa malu pula bila teringat balik kejadian hari tu, emosi terlebih. Buat malu dengan Nadia saja.
            “Frankly speaking, apa yang awak rasa kalau awak dengan bersungguhnya meluahkan perasaan dekat orang yang awak sayang tapi orang tu hanya diam dan menangis dan terus menangis. Tak ke awak terfikir yang orang tu tak suka awak?”
            Nadia diam seketika. “Itu ke apa yang awak rasa Han?”
            Farhan angguk. “Saya rasa malu sangat Nad. Jujur cakap saya tak pernah jatuh cinta jadi saya tak tahu macam mana orang meluahkan rasa cinta mereka. Hari tu, bila Hawa cakap ada seorang lelaki datang ke butik awak dan mood awak terus berubah selepas bergaduh dengan dia hati saya jadi risau. Risau kalau-kalau awak sebenarnya sudah dimiliki. Sebab itu lah saya nekad untuk meluahkan segalanya dekat awak Nad. Sebab hati saya sudah tidak mampu untuk melepaskan awak pergi. Two years of waiting, two years of searching makes me feel like I’m drowning.”
            Mata Nadia mula berkaca dan dengan perlahan-lahan air mata yang cuba dibendung mula pecah membasahi pipi. Nadia yang cengeng. Entah kenapa kalau dengan Farhan mudah benar air matanya gugur. Sedih ke, gembira ke, asyik nak menangis saja.
            “Hei, kenapa nangis ni?” Soal Farhan resah. Hari tu dah nangis, hari ini pun nangis juga. Dia ada tersalah cakap ke. Ke memang dia fail bab meluahkan perasaan.
            “Your words...”
            “Stop crying awak.” Lembut Farhan bersuara. Hujung lengan baju Nadia ditarik-tarik seperti anak kecil menarik hujung baju ibunya.
            Cepat-cepat Nadia menyapu sisa air mata di pipi. Sendu yang masih berbaki cuba ditahan.
            “Saya tak sangka yang awak sukakan saya sampai macam tu sekali. Padahal kita mana pernah kenal rapat pun. Setakat terserempak macam tu saja. Itu pun dua tahun lepas.”
            Farhan senyum. “Kuasa tuhan Nad. Dia yang menitipkan rasa cinta, kasih dan sayang ke dalam diri kita. Cepat atau lambat hanya Dia yang berhak tentukan. Kalau tidak, tak akan ada yang bercinta selapas nikah kan. Berkahwin dengan pilihan keluarga. Bernikah dengan orang yang tidak pernah jumpa. Baru berjumpa dan terus berkahwin. Namun tetap hidup bahagia seperti pasangan lain yang sudah lama kenal antara satu sama lain. Kita sepatutnya bersyukur sebab dianugerahkan dengan rasa ini Nad.” Panjang lebar Farhan menerangkan.
Nadia angguk. Air mata sudah kering saat mendengarkan penerngan Farhan itu tadi.
“Wanna know something Han?”
“Apa?”
“Saya pun sama. Mula sukakan awak sejak kita terserempak dua tahun lepas.” Jelas Nadia.
Farhan nampak terkejut tetapi cuba dineutralkan riak muka. Subhanallah, mereka berkongsi rasa yang sama rupanya.
“Kenapa tak datang cari saya dekat hospital. Agaknya kalau kita takl terserempak dekat mall hari tu, memang sampai bila-bila lah kita tak akan jumpa Nad.” Farhan mengeluh perlahan.
“If I go to your place and meet you, what should I say then? Tak kan lah tiba-tiba pergi sana cakap nak jumpa dengan awak sebab saya sudah jatuh cinta dengan awak. Sementelah masa tu we didn’t close with each other. Awak pun, bukan nak pandang sangat muka saya ni tiap kali kita terserempak. So, what do you expect? I’m not that random. Saya perempuan Han. Walaupun saya ni seorang yang agak outspoken, rasa malu itu tetap ada. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan soal hati dan perasaan. Dan mungkin juga tuhan tidak menggerakkan hati saya untuk mencari awak dekat sana kerana Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita. Don’t you think so?”
            Farhan memandang wajah Nadia dalam-dalam. Pemikiran yang matang seiring dengan usia. Petah berbicara dan semuanya yang bernas saja. Sentiasa meletakkan malu di hadapan bersesuaian dengan keadaan. Nadia...
            “I am so lucky to have you Nad.”
            “Why?” Soal Nadia polos.
            “Tak boleh cakap sebab ada unsur-unsur. Nanti orang tu riak pula.” Usik Farhan dengan senyuman.
            Nadia gelak. “Okay faham. Just keep it for yourself then. Jadi, apa plan kita yang seterusnya?” Mulai sekarang mereka harus merancang. Just follow the flow term is not valid anymore. Kalau tak merancang, satu apa pun tak jadi.
            “Apa lagi, bercinta lah.” Jawab Farhan seronok.
            Nadia mencebik. “We’re just too old for that Han.”
            “Awak rasa dah tua ke Nad? Saya rasa macam masih muda lagi ni. Baru lepas SPM.” Farhan bercanda.
            “Eee... gediknya dia ni.”
            Farhan ketawa lepas. “Just joking. Saya ingat nak jumpa mama awak dulu. Nak minta izin bawa awak jumpa dengan keluarga saya. Then baru kita bincang pasal tunang. Okay tak? Ke awak nak nikah terus?”
            “Sounds good to me. Tak nak lah nikah terus, ada banyak benda lagi yang belum ready. Kursus kahwin pun saya tak pergi lagi.”
            “Tak pergi lagi?”
            Nadia geleng.
            “Okay tak apa, nanti kita pergi sama-sama.”
            “Tak pergi lagi juga ke?”
            “Dah pernah pergi dulu. Tapi tak salah kan kalau nak renew balik sijil tu. Dapat ilmu, tak rugi apa pun.”
            “Tapi awak kan sibuk.”
            “I’ll make time for that, jangan risau. Jadi, bila saya boleh jumpa dengan mama awak?” Tak sabar bercampur takut sebenarnya ni. Takut tak lulus nak jadi menantu.
            “Let me tell mama about us first. Karang kalau awak terus terjah ke rumah terkejut pula mama. Sudah lah dia baru saja tanya saya bila nak bawa balik calon suami pagi tadi.”
            “Haa sedang elok lah tu. Pagi tanya, petang terus bawa balik. Bagus kan.”
            “Banyak la awak punya bagus. Keluarga awak macam mana? Sudah tahu tentang kita?”
            Farhan geleng. “Will let mom know soon. Mommy pun dah tak sabar nak terima menantu lagi.”
            “Lagi? Your siblings ada yang dah kahwin ke?”
            “Yup, angah dah kahwin since three years ago.”
            “Your brother?”
            “My little brother. Saya anak yang sulung. Bawah saya ada lagi tiga orang. Amri Shah, Daniel Shah dan Nabila Iman. Tiga lelaki seorang perempuan.”
            Nadia angguk. “So, I’m gonna be Kak Long soon.”
            Farhan senyum mendengar kata-kata Nadia. “Yeah. Excited?”
            “Kind of. Saya tak ada adik lelaki, rasa macam excited pula nak dapat adik lelaki instant ni. Dah besar pula tu.”
            “Haa, jangan nak lebih-lebih ye.” Warning Farhan.
            “Eh, jealous ke along?”
            “Nad!!!”
            Nadia ketawa. Kalut betul nak jealous bagai. “Eh kejap. Seri macam mana?”
            Kening Farhan bercantum. Apa kaitan dengan Seri pula ni. “Kenapa dengan Seri?”
            “Ya Allah, macam mana saya boleh lupa pasal Seri pula ni.” Nadia menggelabah. Telefon dikeluarkan dan nombor telefon Seri dicari.
            “Nad wait. What’s wrong?”
            Soalan Farhan tidak diendahkan. Jari masih sibuk mencari nombor telefon Seri. Masa macam ni lah susah nak jumpa nombor telefon ni pun ha. Ish macam mana dia boleh lupa ni. Kalau Seri tahu mesti dia kecewa. Lepas tu kalau dia buat benda yang bukan-bukan macam mana? Ish tak sanggup Nadia nak bayangkan.
            “Awak, kenapa kalut semacam saja ni?” Farhan masih belum berpuas hati. “Tu nak call siapa pula tu?” Nadia masih belum mengendahkan soalannya.
            “Nadia, I’m talking to you!” Telefon di tangan Nadai dirampas. “Nak call siapa?” Soal Farhan lagi.
            “Nak call Seri...” Jelas Nadai dengan suara yang meleret. Dia tengah risau ni, boleh pula Farhan main rampas telefon macam tu.
            “Nak buat apa call Seri?” Farhan pelik Tiba-tiba nak telefon Seri kenapa?
            “I want to explain to her about us, abou everything. Tak patut betul kita plan macam-macam about our life tapi Serii langsung tak tahu pasal ni. Nanti mesti Seri kecewa. Kalau dia bunuh diri macam mana?” Soal Nadia resah. Minta jauh la perkara pelik-pelik macam tu. Semoga tuhan sentiasa melindungi Seri dari berbuat perkara yang mungkar.
            “Kenapa nak kena explain dekat Seri? Kenapa dai nak bunuh diri pula?” Sungguh Farhan tak faham apa yang Nadia cakapkan sekarang. Tiba-tiba saja muncul perihal Seri. Penting sangat ke Seri tu bagi Nadia. Mereka rapat sampai macam tu sekali ke? Kalau tak silap baru beberapa kali saja mereka berjumpa. Siap nak bunuh diri segala ni dah kenapa?
            “Han, she’s your girlfriend. Memang patut pun kita jelaskan semua ini dekat dia supaya dia dapat terima hubungan kita ni, supaya dia serahkan awak kepada saya dengan rela dan supaya dia tidak buat perkara yang bukan-bukan bila hubungan awak dengan dia putus nanti. Bak sini telefon, saya nak call Seri sekarang.” Nadia menghulurkan tangan, meminta supaya telefonnya dikembalikan.
            Farhan menghantukkan dahinya ke meja. Sekarang dia sudah faham. Nadia salah sangka tentang hubungan dia dengan Seri rupanya. Kenapa lah awak tak tanya saya directly Nadia oiii... Tak pasal dah salah faham.
            “Nad, saya dengan Seri kawan SAHAJA. We’re just friend that’s all. Nothing special between us.” Sengaja ditekankan perkataan sahaja, supaya Nadia faham dan tidak salah sangka lagi.
            “You what?!”
            “You heard me.”
            “Han! Kenapa tak cakap awal-awal?” Soal Nadia geram.
            “Nak cakap macam mana, I don’t even know what is this all about. Awak pun saya tanya bukannya nak jawab. Sibuk nak cari nombor telefon Seri. If you tell me what is going on then I can explain everything.”
            Nadia mengeluh. Salah sangka rupanya. Jadi, hubungan dia dengan Farhan memang tak akan ada halangan daripada orang ketiga lah kan? Tiba-tiba Nadia senyum. Hai senangnya dalam hati. Eh tapi, penerimaan keluarga Farhan macam mana pula nanti.
            “You don’t have to worry Nad. Seri bukan siapa-siapa pun dalam hati saya. Yang ada dalam hati saya sekarang hanya lah Nadi Aliff. Dia seorang je yang muat duduk kat dalam hati ni.”
            Naa, dah keluar dah ayat manis bergula dia. Tak tahan betul lah, bibir ni automatik nak tersenyum. Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Kak Yus yang telefon.
            “Hah, alamak Han Kak Yus call. Saya dah lewat ni. Tolong hantar saya balik butik sekarang.” Cepat-cepat Nadia bangun sambil menjawab panggilan dari Kak Yus. Kaki mula melangkah keluar dari restoran menuju ke arah kereta Farhan yang diparkir berdekatan.
            Farhan menggeleng sambil tersenyum. Nadia... Miss clumsy pun ya juga.


5 October 2015

Cinta Han & Nadia Bab 12

BAB 12
SUASANA pagi yang tenang. Nadia menuruni anak tangga satu persatu ke ruang makan. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul sembilan pagi. Kelihatan meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Banyak pula mamanya masak hari ini.
            “Morning ma, sorang je?” Nadia cium pipi Puan Azura sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah kanan meja.
            “Assalamualaikum tuan puteri. Lambat hari ni.”
            Nadia sengih. Lupa pula nak bagi salam. “Waalaikumussalam Puan Azura. Nak keluar dengan Kirah kejap lagi.”
            “Nak pergi mana?” Soal Puan Azura sambil tangannya lincah menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan Nadia. Bukan nak manjakan anak, memang sudah terbiasa begitu.
            “Teman kirah beli barang kejap.” Sambil buat sesi curahan hati. Sambung Nadia di dalam hati.
            “Selalu sangat tinggalkan butik macam tu. Karang Yus cakap apa pula.” Sambal udang dicedok ke dalam pinggan Nadia. Sambal kegemaran sejak dulu sampai sekarang.
            “Kak Yus okay je, Nad dah cakap dengan Kak Yus tadi. Adik mana ma?”
            “Adik pukul tujuh tadi lagi dah keluar.”
            “Awalnya, nak ke mana?”
            “Perpustakaan negara kata dia. Dah janji nak jumpa dengan kawan dekat sana pukul sembilan. Keluar lambat karang stuck kat dalam jem pula.”
            “Kakak?”
            “Ada kat atas. Lepas hantar Abang Hafiz pergi kerja tadi terus dia naik ke atas. Pening tak habis lagi.”
            “Teruknya morning sickness kakak. Ni dah berapa hari tak masuk kerja kan. Ish tak nak lah mengandung.” Nasi lemak dikunyah perlahan.
            “Cakap lagi macam tu. Karang tuhan tak bagi mengandung hah menyesal tak sudah.”
            “Ma! Jangan la cakap macam tu, takut Nad tau. Orang nak mengandung, nak beranak la.” Nadia tarik muncung. Dia main cakap je tadi. Mama dia buat serious pula.
            Puan Azura gelak. “Tahu takut. Cakap tak berlapik. Perkara macam tu orang tak buat main Nad.”
            “Sorry ma. No joking about pregnancy anymore.”
            “Apa cakap pasal pregnancy ni? Nak mengandung juga ke?” Soal Lara tiba-tiba. Nadia dan Puan Azura memandang ke arah tangga. Lara sedang berjalan ke arah mereka.
            “Eh kakak, tadi cakap pening.” Pantas Nadia bangun memimpin kakaknya ke kerusi.
            “Dah kurang sikit. Rasa lapar pula.” Macam tadi juga, Puan Azura menyendukkan nasi lemak ke dalam pinggan Lara pula.
            “Sembang pasal apa tadi? Pasal kakak eh?” Tanya Lara sambil menyisip teh perlahan. Sejak mengandung ni, air teh saja yang dia boleh minum. Air lain langsung tak boleh nak telan.
            Nadia angguk. “Nad teringin nak mengandung macam kakak.”
            “Eleh, tadi siapa yang cakap tak nak mengandung lah. Takut lah.” Puan Azura mengejek Nadia. Tergelak kedua anaknya itu melihat memek muka Puan Azura.
            “Apa mama ni. Tak baik tau ejek Nad macam tu.” Kata Nadia dengan ketawa yang masih bersisa.
            “Takut kenapa?” Tanya Lara lagi.
            “Takut sebab morning sickness kakak tak hilang-hilang. Dia tak tengok lagi morning sickness mama macam mana. Kalau dia tengok, tak nak kahwin terus agaknya.”
            Lara dan Nadia gelak lagi. Mama dia ni kalau buat lawak boleh tahan kelakar juga.
            “Teruk sangat ke ma?” Soal Nadia pula.
            “Nak kata teruk tu tak ada la teruk sangat. Tapi, dua bulan juga lah mama terbaring je dekat katil. Tak boleh nak bangun langsung. Nasib baik lah arwah babah kamu boleh buat kerja rumah semua. Tapi kesian juga dekat dia. Mana nak kerja, nak kemas rumah, nak jaga mama lagi.”
            “Teruknya ma...”
            “Haa, itu dah mula fikir tak nak mengandung lah tu.” Usik Puan Azura.
            “Mama ni, suka tau usik Nad.” Nadia tarik muncung lagi. Lara pula hanya ketawa. Ini kalau Aisya ada teruk dia kena bahan. Manja terlebih.
            “Kakak kira tak ada lah teruk sangat ye ma? Masih boleh jalan naik turun tangga.” Lara mencelah.
            “Alhmadulillah, alahan kakak tak teruk macam mama.”
            “Kalau macam tu Nad pun nak mengandung juga lah.”
            “Eh budak ni, tiba-tiba je. Nak mengandung tu make sure kahwin dulu ye.”
            “Erk, mama ni....” Puan Azura dan Lara tergelak. Macam monyet tertelan biji nangka dah muka Nadia sekarang.
            “Haah Nad, bila kakak nak dapat adik ipar ni?” Lara turut menyoal.
            “Eh, tiba-tiba saja mama dengan kakak ni. Dah lah, tak nak lah cakap pasal ni.” Hati Nad tengah sedih ni tau. Farhan dah dekat dua minggu tak datang butik. Merajuk ke apa.
            Puan Azura dan Lara gelak. Nak mengelat lah tu. Haih, bila entah si Nad ni nak bawa balik calon suami. Dulu pernah juga dengar nama budak lelaki yang disebut, sekarang asyik-asyik nama Kirah tu saja lah yang keluar.
            Boleh pula dia orang gelak. Orang tengah sedih ni ma... Farhan pun satu, tak menyempat, pergi macam tu saja.
            Pin!! Pin!!
            “Hah, Kirah dah sampai. Nad pergi dulu ye.” Nadia bingkas bangun bersalam dan mencium pipi Puan Azura dan Lara.
            “Elok-elok jalan. Jangan keluar lama sangat, kesian Yus jaga butik sorang-sorang.” Sempat Puan Azura berpesan.
            “Ye ma!”

“KITA nak ke mana?”
            “Kita keluar minum je lah. Tak jadi nak beli barang.” Kirah meneruskan pemanduan ke arah restoran yang biasa mereka singgah untuk makan.
            “Pula... aku baru je lepas makan kat rumah tadi dengan mama dengan Kak Lara.”
            Kirah sengih. “Kau teman la aku makan pula. Ibu dengan ayah aku tak ada, so aku malas nak masak. Jadi sekarang perut aku lapar sangat-sangat. Kau tak kesian dekat aku ke Nad?” Kirah buat muka polos.
            Nadia menjeling. “Yela, aku teman kau makan. Tapi lepas tu kau kena hantar aku pergi butik terus tau. Kesian Kak Yus nak kena handle butik tu.”
            “Okay mem. Ditanggung beres mem.”

SELESAI membuat pesanan, Kirah dan Nadia mula berbual kosong sehingga lah Kirah teringat kembali tentang masalah yang ingin Nadia kongsikan dengan dia.
            “Babe, semalam kau cakap kau nak bagi tahu aku sesuatu kan. Apa dia?”
            “Haah, senak pula hati aku kalau simpan sorang-sorang.”
            “Pasal apa?”
            Pelayan restoran tiba menghantar pesanan. Perbualan mereka terhenti seketika. Usai menghidangkan makanan, pelayan itu terus berlalu. Nadia dan Kirah mula membaca doa dan menjamu selera. Apa-apa pun perut harus diisi dulu.
            “Amboi kau, tadi cakap dah makan. Sekarang makan mengalahkan aku yang kelaparan ni pula.” Kata Kirah sambil mengelap mulutnya yang comot.
            “Tengok je menu terus perut aku lapar balik.” Nadia sengih. Dia memang kuat makan tapi berat badan tak naik-naik juga. Itu lah untungnya menjadi seorang Nadia.
            “Makan tu makan lah juga, tapi cerita la kat aku masalah kau tu.” Gesa Kirah.
            “Make sure kau telan dulu semua makanan kat dalam mulut kau. Aku takut kau tercekik pula nanti.”
            “Dah lah, tadi lagi. Haa cepat lah cerita.”
            “Huish, tak menyempat.” Nadia tolak pinggan yang sudah kosong ke tengah meja.
            “Kau sengajakan nak main-main kan aku. Sengaja buat-buat lambat.” Kirah tarik muncung.
            “Okay, okay aku cerita. Tapi kau jangan terkejut tau.”
            “Nad!”
            Nadia gelak. Tapi sekejap saja lah. Bila teringatkan masalah dia yang satu tu, terus hati jadi sayu.
            “Babe, dua minggu lepas kan, Farhan proposed aku.”
            Kirah terlongo. Nasib baik memang semua makanan dia dah telan tadi. Kalau tidak mau betul-betul tercekik.
“What?! Dia proposed kau?”  
“Yeah. You heard me.”
“But wait...” Tangan di depan muka Nadia. “Farhan who?”
Nadia menepuk dahi sendiri. “Duh, seriously Kirah?”
“Okay rileks. Aku gurau je lah. Gelabah lah kau.” Kirah gelak.
Nadia menjeling. “Not funny okay.”
“Alah sayang, jangan lah marah. Cepat la sambung cerita kau tadi.”
“Serious pleaseee...”
“Ye aku serious. Cepat sambung. Kau kena cerita dari awal sampai habis tau. Jangan tinggal satu pun.” Kirah menongkat dagu dan memberi sepenuh perhatian kepada Nadia.
“Kau ingat lagi tak hari yang Fariz ikut kau datang butik aku hari tu?”
Kirah angguk. “Ingat.”
“Lepas kau balik, aku naik kat bilik atas. Lepas tu tiba-tiba Farhan muncul. Kami bersembang macam biasa saja lah kan. Lepas tu aku turun ambil air, then Yuni pula yang menyusul hantar piza...”
Tiba-tiba kirah gelak.
“Kenapa kau gelak?”
“Detail gila cerita kau.” Kirah gelak lagi. Nadia ni kadang boleh tahan bendul juga. Mentang-mentang lah dia suruh cerita semuanya.
Nadia mendengus. See, Kirah memang susah nak serious kalau dengan dia. “Aku cerita semua nanti senang kau tak payah nak potong cerita aku tanya macam-macam.” Jawab Nadia geram.
“Okay, Okay sambung...” Kata Kirah dalam sisa tawa.
“Then dia mula meraban pasal someone special thinggy. Aku tanya la kenapa nak tahu pasal ni semua. Guess what he said...”
Kirah angkat bahu.
“Dia nak masuk meminang aku and he kept on talking about wanna marry me and he love me so much. Hati aku macam nak meletup tahu tak masa tu. Seriously I’m speechless. Tiba-tiba aku jadi sebak...” Nadia menyapu air matanya yang tiba-tiba gugur.
“Nad...” Kirah bangun dan duduk di sebelah Nadia. Bahu Nadia digosok perlahan.
Rasa terkejut dibiarkan seketika. Mahu tak terkejut dengar cerita Nadia. tak sangka betul rupa-rupanya Farhan pun sukakan Nadia. Tak sangka juga Farhan seberani itu. Baru jumpa beberapa kali terus diluahkan rasa hati. Siap nak masuk meminang pula tu. Huish, susah dah nak cari orang lelaki yang ambil serious soal nikah kahwin ni.
“Aku rasa terharu sangat Kirah. Lelaki yang aku suka, yang aku tunggu, yang selama dua tahun aku cari tiba-tiba datang melamar aku. Ya Allah, aku rasa macam nak menjerit time tu juga. Nak cakap kat semua orang yang aku dah dapat Farhan aku. Aku happy sangat Kirah.” Tangisan Nadia mula kedengaran.
“Habis tu kalau kau happy kenapa kau nangis?” Tangannya naik menyapu sisa air mata di pipi Nadia.
“Aku nangis sebab aku terlalu gembira Kirah. Hari tu pun aku nangis juga. Dan sebab itu lah Farhan pergi tinggal aku macam tu je.”
“He what?!” Soal Kirah dengan mata yang dicelik luas.
Nadia angguk. “He left me.”
“Dah apa masalah mamat tu sebenarnya.”
“Dia ada nama Kirah dan nama dia Farhan.” Nadia menegur dalam tangisan yang masih bersisa.
Kirah menolak sedikit bahu Nadia. “Amboi, belum apa-apa lagi dah pandai back up Farhan. Sayang lah tu?” Usik Kirah.
“Sayangggg laaa...” Jawab Nadia sambil mengesat hingus. Tak pasal tersumbat dah hidung.
“Eee gediknya kawan aku ni.” Nadia tergelak. Kirah ni, pandai je nak buat dia ketawa. Sebab tu kalau dengan Kirah tak boleh nak syahdu lama-lama. Ada saja taktik nak buat kita ketawa.
“Tapi kan Kirah, aku tak rasa yang Farhan tahu aku pun sukakan dia juga.”
“Pula. Dah kenapa?”
“Kan dia pergi macam tu je hari tu, aku tak sempat nak cakap apa-apa pun.”
“Kenapa kau tak cakap yang kau pun suka dia juga?”
“Aku kan tengah speechless masa tu. Dia pula terus bangun dan blah macam tu saja. Tapi sempat juga lah dia cakap dekat aku yang dia tak sanggup kehilangan aku. Aku pun tak sanggup kehilangan dia lagii Kirah.” Lengan Kirah digoncang.
“Eiii... cheezy lah korang. Tapi dalam duk cheezy-cheezy pun boleh pula blah macam tu je. Yang kau ni pula boleh pula biarkan dia pergi macam tu saja. Eh tak faham lah aku dengan korang ni.”
Membebel pula mak cik ni. “Aku kan speechless masa tu. Lepas tu tengah nangis huhuhu mana sempat nak fikir apa. Sempat nak fikir pasal hati aku saja lah.”
“Hadoi... ada juga orang macam ni.” Kirah tepuk dahi sendiri. “Habis tu sekarang macam mana?”
Nadia geleng. “Aku tak tahu. Dah dua minggu dia tak datang ke butik aku. Entah sebab sibuk atau merajuk. Merajuk pasal apa entah.” Ngomel Nadia.
“Merajuk sebab kau tak layan lamaran dia tu la. Sibuk duk huhuhu je yang kau tahu.” Nadia tayang gigi. Menjawab karang tak pasal kena bambu lagi.
“Habis tu kau nak buat apa sekarang?”
“Aku tak tahu.”
“Hadoi lah Nad, semua pun kau tak tahu. Nak kata tak pernah bercinta memang menipu lah kan. Kau pergi la pujuk dia babe. Tell him that you love him too.”
“Tapi nak pujuk macam mana? Dia kat mana sekarang pun aku tak tahu. Nombor telefon dia pun aku tak ada, alamat rumah jauh sekali.”
Kirah garu kepala yang tak gatal. “Haa, apa kata kau pergi cari dia dekat hospital. Kau tahu kan kat mana hospital tempat dia bekerja, wad mana?”
Nadia angguk. “Itu aku tahu lah. Tapi segan lah Kirah nak pergi sana. Karang kalau dia tanya buat apa cari dia sampai sana aku nak cakap apa?”
“Cakap lah yang kau nak bincang sesuatu dengan dia.”
“Tapi macam tak sesuai je nak pergi cari dia sampai dekat hospital sana.”
“Eee... banyak tapi lah kau. Habis tu sampai bila nak macam ni. Silap hari bulan nanti dia bertemu jodoh dengan orang lain, kau juga yang susah.”
“Alaaa kau jangan lah doakan yang bukan-bukan.”
“Aku bukan nak doakan yang tak baik Nad. Tuhan dah bagi jalan, jadi kita usahakan lah. Peluang yang ada jangan dilepaskan.”
Nadia mengeluh. Susahnya jatuh cinta. Sudah ada depan mata, hilang pula. Farhan, awak pergi mana? Tak nak datang jumpa saya ke? Dah tak cinta ke apa ni? Cepatnya...
“Sudah, tak payah nak bermonolog macam tu. Sekarang aku hantar kau pergi butik dulu. Buat apa yang patut dan fikir elok-elok apa yang harus kau lakukan. Anything, just call me. I will be there anytime you want.”
Nadia berpaling ke arah Nadia. “Eh, macam mana kau tahu?”
“Tahu apa?” Soal Kirah pelik. Nadia ni macam-macam la.
“Macam mana kau tahu yang aku tengah bermonolog?”
“Macam lah aku baru kenal kau semalam kan. Sudah, tak payah nak banyak cakap. Jom aku hantar kau pergi butik.” Kirah bangun dan melangkah ke kaunter pembayaran.

KERETA diparkir betul-betul di hadapan Butik Nad’s Closet. Perlahan-lahan Nadia melangkah keluar. Mood sudah hilang sebenarnya, tetapi cuba dikuatkan semangat untuk bekerja. Kalau tidak kesian pula dekat Kak Yus dan yang lain.
            Setelah menutup pintu kereta, Nadia terus terpaku. Matanya dipejam celik untuk memastikan figura yang berdiri di sebelah kereta sana benar-benar wujud. Kirah yang melihat dari dalam kereta terasa pelik melihat tingkah rakannya itu. Lalu dia turut keluar dari kereta.
            “Nad, what’s wrong?” Soal Kirah dengan nada risau. Siapa tak risau tengok kawan yang tiba-tiba berubah jadi statue.
            “Aku rasa aku dah tak perlu fikirkan apa-apa lagi dah Kirah.”
            “Maksud kau?”
            “He’s here...” Bibir memuncung ke arah belakang Kirah.
            Kirah pusing. Farhan sedang berdiri tegak dan memandang terus ke arah Nadia. Kirah yang menghalang pandangan langsung tidak di endah. He’s coming and he’s waiting for your answer Nad...




p/s: dont worry guys, bab seterusnya kita letak satu bab pasal Han dengan Nad je.  :)