18 September 2015

Cinta Han & Nadia Prolog

PROLOG

HARI PERTAMA
“Ye ma, Nad dah ada kat bawah dah ni. Beli air jap.”
            Kaki laju melangkah ke arah lif sambil bahu mengepit telefon di telinga dan tangan sibuk memasukkan duit ke dalam dompet. Nadia yang clumsy.
            “Yes ma, I know.”
            Ish, susah pula duit ni pun ha nak masuk. Main sumbat je, macam mana nak masuk. Kalau dah kalut macam tu la.
            “Tak, Kak Lara tak ikut, dia ada meeting katanya. Mama just wait okay. Everything’s gonna be fine.”
            Bukk!!!
            Tak, tak ada apa-apa yang jatuh pun. Yang jatuh hati Nadia ni ha. Jatuh hati bila terpandang wajah yang sedang berjalan ke arahnya sambil merenung tajam ke dalam anak mata.
            Dah kenapa tiba-tiba tengok anak dara orang macam nak telan. Kenal ke? Macam tak je. Duit dah selamat masuk dalam dompet. Tali beg tangan ditarik ke bahu sambil mata masih merenung ke arah lelaki itu yang semakin menghampiri.
            Tick tock... tick tock... tick tock...
            Lelaki itu terus berjalan melepasi dia. Dan Nadia, just keep walking like nothing happend. Well, he is just another stranger.





Hari Kedua
“Han, lunch jom.”
            “Lunch kat mana?” Lengan baju kemeja dilipat hingga ke siku.
            “Lunch kat Ayu nasi kukus.” Haziq sengih. Tu tak ada lain, makan sambil cuci mata lah tu.
            “Tak kot. Pukul dua nanti aku kena round ward la. Kena bagi concern letter kat relatives.”
            “Habis tu tak makan la hari ni?”
            “Tak apa, aku dah ambil heavy breakfast tadi kat rumah.”
            “Aku chow dulu lah kalau macam tu.”
            “Okay Ziq, aku nak solat jap.”
            Selesai solat, Farhan melangkah perlahan menuruni anak tangga untuk ke bilik rehat doktor yang terletak di bangunan sebelah. Jarum jam menunjukkan pukul satu empat puluh petang. Masih sempat untuk berehat seketika.
            Sewaktu melintas jalan untuk ke bangunan sebelah, mata Farhan menangkap satu figura yang sedang berjalan ke arahnya. Mimik muka yang sedang kemat kemut itu semakin menarik matanya untuk memakukan pandangan ke arah gadis itu.
            Mata bertentang mata. Tiada sudah muka kemat kemut si gadis. Malu mungkin bila perasan reaksi mukanya sedang diperhati.
            Mereka berpapasan. Masing-masing meluruskan pandangan dan meneruskan perjalanan just like nothing happend.
            Well, she is just another stranger Farhan.



Hari Ketiga.
“Bila nak operate ni adik?”
            Nadia tarik selimut Aisya hingga ke paras dada. Biar adik dia selesa sikit.
            “Esok pagi Kak Nad. Ouh ya, Kak Nad tunggu jap eh. Tadi nurse pesan suruh tunggu sebab nak mintak Kak Nad sign concern letter untuk operation esok.”
            “Tak apa ke Kak Nad yang sign?”
            “Tak apa. Siapa-siapa pun boleh asalkan ahli keluarga.”
            “Okay. Nak kena tunggu nurse datang lah ni ye?”
            “Tak lah. Nanti ada doktor yang akan datang bawak concern letter tu. Sebelum Kak Nad sign nanti doktor nak terangkan tentang prosedur pembedahan esok.”
            “Ouh okay. Jadi, adik dah sedia ke?” Tangan Aisya digenggam kemas. Kesian adik, baru je masuk universiti dah terpaksa tangguh pengajian pula. Tak apa lah, untuk kesihatan adik juga.
            “In shaa Allah adik dah sedia Kak Nad.” Aisya senyum.
            “Assalamualaikum.” Kedengaran suara memberi salam.
            “Waalaikumussalam doktor.” Jawab Aisya. Senyum menghiasi bibir. Aisya memang ceria orangnya. Suka senyum.
            “Relative?” Soal doktor.
            “Kakak saya doktor. Kak Nad, ini doktor Farhan.”
            Mata saling memandang lalu lidah kaku terdiam.
            He is my sister’s doctor?
            She is my patient’s sister?



4 comments:

  1. Jajaa menarik nnk bc yg seterusnyea...yayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yayannnnnn weee thanks love sudi baca...dah update sampai bab 5 and will keep on updating :)

      Delete
  2. Jajaa menarik nnk bc yg seterusnyea...yayan..

    ReplyDelete