30 September 2015

Cinta Han & Nadia Bab 7

BAB 7

NADIA memandang keadaan sekeliling. Kelihatan Abang Kamal dan beberapa orang pekerjanya sedang mengecat dinding dan memasang lampu.
            “Dah nak siap dah bang?” Soal Nadia sambil berdiri di belakang Abang Kamal.
            “Eh Nad, bila sampai? Tak perasan pula abang.” Tong yang dipenuhi dengan cat dikesat dengan kain yang diselit di dalam poket belakang seluar.
            Nadia senyum. “Dari tadi lagi ha sampai. Abang khusyuk sangat buat kerja, mana nak perasan.”
            “Nad jalan macam orang bunian, tak ada bunyi langsung. Macam mana abang nak perasan.”
            “Bang, bunian-bunian jangan sebut. Meremang bang...” Bisik Nadia. Muka cuak gila.
            Abang Kamal gelak. Macam-macam betul perangai budak kecik ni. “Tak lama dah nak siap  bilik mengaji Nad ni. Hari ni in shaa Allah sempat siapkan lampu dan cat dinding ni semua. Esok dah boleh bawak masuk karpet. Nad nak letak karpet kan nanti?”
            “Kalau dalam perancangan memang Nad nak letak karpet je nanti. Abang rasa sesuai ke kalau Nad letak karpet?”
            “Kalau ikut abang, karpet tak sesuai sebenarnya. Sebab bilik ni kan macam tertutup, takut hapak pula baunya nanti. Abang rasa kalau guna laminate flooring lagi praktikal kot.”
            “Laminate flooring tu apa?”
            “Laminate flooring ni bentuk macam papan tapi bukan diperbuat daripada kayu asli. Papan kayu tiruan lah kiranya. Kelebihan guna laminate flooring ni, lebih mudah untuk dipasang dan kita boleh je tukar design atau warna yang kita nak bila-bila masa saja. Yang pasti lebih murah berbanding dengan lantai kayu asli. Lagi pula lantai macam ni mana ada memerangkap habuk yang macam karpet tu kan. So, dari segi kesihatan penggunaan laminate flooring ni lebih baik la berbanding karpet.”
            “Ooo... Abang boleh tolong pasangkan tak nanti?”
            “Hellooo... ini Abang Kamal lah, apa je yang abang tak boleh buat?” Abang Kamal angkat kening. Bangga dengan diri sendiri lah tu konon.
            “Berlagak!” Kutuk Nadia. Kemudian dia gelak.
Abang Kamal gelak sama. Dah biasa gurau kasar macam ni dengan Nadia. Abang Kamal kenal Nadia sejak dua tahun lepas sewaktu dia sedang renovate rumah emak kawan Nadia. Budak ni la yang mula tegur dia, minta nombor telefon. Ingatkan nak mengorat ke apa, rupanya sebagai persedian kalau-kalau dia memerlukan khidmat Abang Kamal ni nanti. Contoh macam yang sekarang ni la.
“Nanti Nad sediakan lah karpet kecil yang nipis untuk buat alas duduk orang nak mengaji nanti. Ke nak letak meja dengan kerusi je?”
“Tak nak lah bang. Nad nak buat yang macam kat surau. Duduk dalam bulatan ramai-ramai. Macam tu lagi seronok kot kalau nak belajar al-quran kan. Nanti nak beli rehal banyak-banyak, macam kat sekolah pondok. Best nya abang...” Nadia sengih.
Abang Kamal turut tersenyum. Bagus budak ni, tak ramai budak muda gigih nak buka kelas mengaji macam yang Nadia buat sekarang ni. Kelas mengaji utnuk orang dewasa pula tu.
“Kelas tu nanti campur muslimin muslimat ke?”
“Tak. Nad nak buka untuk yang permpuan je. Nanti dah kahwin Nad buka kelas mengaji untuk yang lelaki pula. Senang nanti suami boleh tolong uruskan.” Nadia kenyit mata kat Abang Kamal. Gedik nak kahwin dah agaknya budak ni.
“Habis tu, bila nya nak kahwin?”
“Lepas abang dengan Kak Yus la. Tak nak lah langkah bendul.” Nadia kenyit mata lagi. Saja je nak usik Abang Kamal. Kot lah Abang Kamal pun berkenan juga dengan Kak Yus.
“Eh, abang pula. Kami berdua tak ada kaitan pun dengan kamu Nad, tak ada nya nak langkah bendul segala.” Muka Abang Kamal bertukar merah. Eleh, malu lah tu.
“Kenapa muka merah? Malu ke bang? Malu tapi mahu kan...” Giat Nadia lagi sambil tersengih.
“Ish, mengusik orang je tahu budak ni...” Bebel Abang Kamal.
“Kad Nad!” Suara Yuni menjerit dari arah pintu sambil termengah-mengah.
“Yuni kenapa?”
“Ada orang nak jumpa Kak Nad. Hadoi, penat lah panjat tangga.” Yuni mengeluh sambil terduduk di depan pintu.
“Yang kamu panjat tangga sambil berlari tu kenapa? Lepas tu mula lah termengah-mengah.” Tegur Abang Kamal sambil bercekak pinggang.
Yuni sengih. “Alah abang ni, orang nak cepat lah. Kak Nad, cepat lah turun. Boyfriend akak dah tunggu lama dah tu.”
“Hah! Boyfriend?!” Nadia terkejut. Bila masa pula dia ada boyfriend? Tangan naik meggaru kepala yang tak gatal.
“Ooo, patut la cakap pasal kahwin tadi. Dah ada boyfriend rupanya.” Abang Kamal menggulum senyum. Dia yang dah ada calon, ada hati nak usik kita pula.
“Ish budak Yuni ni mengarut je lah bang. Dah lah, Nad nak turun dulu. Nak kenal juga siapa boyfriend Nad tu.”
“Yuni ikut!” Yuni bingkas bangun mengekor Nadia ke bawah.
“Sampaikan salam abang kat boyfriend Nad.” Usik Abang Kamal sambil tersengih.
Nadia hanya menjeling.

“YANG berdiri kat sana tu kak.” Bisik Yuni di sebelah.
            Nadia memandang dan melangkah ke arah kanan butik. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri sambil membelakangi Nadia. Tiba-tiba hati berdebar. Sekali pandang Nadia dah boleh agak siapa. Kenapa agaknya dia ke mari ye? Ada hal apa?
            “Assalamualaikum, boleh saya bantu?” Sapa Nadia perlahan. Suara pun macam nak tak nak saja keluar.
            Farhan pusing. Tanpa senyuman, dia menghulurkan sebijik kotak yang bersaiz kecil kepada Nadia.
            “Apa ni?” Soal Nadia pelik. Tiba-tiba hulur kotak ni dah kenapa? Kotak hadiah ke? Tapi kenapa tak ada rupa kotak hadiah langsung?
            “Tengoklah...” Hulur Farhan lagi. Dari tadi dia pegang kotak berat ni, tangan dah lenguh sebenarnya. Padahal boleh saja letak kat bawah, tapi sebab dia excited sangat nak bagi kotak ni kat Nadia, otak pun dah tak boleh nak proses dengan elok.
            Nadia menjenguk kepala ke dalam kotak. Huluran Farhan langsung tak disambut. Mana tahu prank ke apa.
            “Nad... ambil lah.” Seru Farhan lagi.
            Err, kenapa suara lembut sangat ni encik doktor. Bikin hati saya lemah je. Bisik Nadia nakal. Nadia buat tak tahu dengan kepala masih tejenguk-jenguk macam orang mengendap. Kotak tertutup  kalau jenguk sampai tercabut leher pun memang tak nampak apa la Nadia oiii...
            “Nad... berat ni. Ambil lah cepat.” Dari suara lembut terus berubah macam merungut. Mungkin Farhan sudah bosan dengan gelagat Nadia yang nampak ragu-ragu itu.
            Nadia menjeling. Terus dirampas kotak di tangan Farhan. Bukk... Kotak jatuh menghempap kaki Nadia. Nak marah punya pasal, kaki yang dapat sakit.
            “Ouch!!!” Nadia terduduk sambil menggosok kaki yang dihempap oleh kotak kecil tapi berat kepunyaan Farhan.
            Kalut, terus Farhan duduk melutut di hadapan Nadia.
            “Are you okay Nad?” Kaki Nadia cuba dipegang tapi teragak-agak. Entah sebab batasan agama yang melarang lelaki dan perempuan bersentuhan atau sebab dia takut Nadia marah.
            “No I’m not!” Balas Nadia geram. Mata memandang sekeliling. Nasib baik tak ada pelanggan dekat reading corner sekarang. Yuni, Hawa dan Kak Yus juga tidak kelihatan. Maknanya, yang ada sekarang hanya mereka berdua saja lah.
            “Itu lah, siapa suruh main rampas je kotak tu macam tu. Dah cakap tadi kan kotak tu berat.” Bebel Farhan tanpa sedar.
            Mata Nadia membulat. Tak sangka encik doktor beku macam ni tahu membebel juga.
            “Ooo, habis tu salah saya? Yang awak paksa saya suruh ambil kotak tu tak salah pula?”
            “Saya tak paksa okay, saya cakap je. Yang awak nak main rampas kotak macam tadi tu dah kenapa?” Balas Farhan bersahaja.
            “Dah awak asyik membebel cepat la, berat la, saya jadi geram tahu tak. Sebab tu la saya main rampas macam tu je. Mana lah saya tahu kotak tu betul-betul berat.”
            Farhan gelak. Eh, Farhan gelak? G. E. L. A. K. Like seriously?
            Mata Nadia berkelip-kelip memandang ke arah Farhan. Bukan lah tak pernah tengok Farhan gelak, tapi yang ni Farhan gelak sebab dia? Tak pernah tau Farhan gelak sebab dia macam ni. Never!
            Farhan petik jari. “Berangan?”
            Nadia yang seperti baru tersedar dari tidur terus menggeleng dan mencuba untuk bangun. Sakit di kaki masih ada tapi tak lah sakit sangat macam terseliuh ke apa. Rasa sengal macam tu je lah.
            Farhan hanya diam memerhati sambil turut berdiri di sisi Nadia. Kotak yang terhempap ke bawah tadi diletakkan di atas meja yang berdekatan.
            “Ada apa sebenarnya kat dalam kotak ni?” Tanya Nadia. Tangan pantas menyelongkar kotak Farhan itu.
            “Buku.” Jawab Farhan ringkas.
            “Buku apa?”
            “Buku ilmiah yang awak minta hari tu.”
            Erk?! Biar betul doktor ni. Doesn’t he notice that I’m just being sarcastic?
            Buku di dalam kotak dikeluarkan satu persatu. Semuanya buku yang berkaitan dengan perubatan.
            “Seriously doktor? Ini semua buku tentang perubatan la.”
            “Yela, buku ilmiah kan.”
            “Tapi, mana ada orang nak baca buku macam ni.”
            “Mana awak tahu?” Soal Farhan tak puas hati.
            “Customer saya, saya tahu lah apa yang mereka suka atau tidak. Buku-buku tebal macam ni confirm tak ada yang nak belek pun.” Jawab Nadia yakin. Kalau dah dia sendiri nak pegang pun malas, nak belek apa tah lagi.
            “Belum cuba belum tahu Nadia. Cuba awak letak kat atas rak sana, mana lah tahu nanti ada juga yang berkenan nak belek buku saya ni.” Dengan yakin juga Farhan berkata.
            Nadia mencebik. “Kerat jari la kalau ada yang nak belek. Lagi pun, butik saya ni bukannya perpustakaan, tempat para doktor mencari bahan.” Perli Nadia sehabis daya. Nak tengok respon encik doktor macam mana.
            “Tak payah nak perli sangat. Meh sini buku tu saya tolong awak susun.” Buku ditangan Nadia diambil dan disusun satu persatu di atas rak yang masih kosong.
            “Buat macam sendiri punya pula.” Bebel Nadia.
            “Alah, lima biji je itu pun nak berkira.” Farhan mencebik.
            “Nanti tak ada ruang pula saya nak letak novel saya.” Bebel Nadia lagi. Tak puas hati betul. Itu lah, gatal sangat suruh doktor tu derma buku ilmiah siapa suruh? Tapi dia bergurau je, tak sangka pula doktor ni serious. Doktor memang macam tu eh? Serious je manjang.
            “Ruang untuk buku ilmiah Cik Nadia, jangan nak berkira sangat.”
            “Tapi buku-buku ni semua doktor dah tak guna ke?”
            “Tak apa kalau saya nak guna nanti saya datang je lah kat sini.”
            “Eh, boleh pula macam tu. Tak menyusahkan ke?”
            “Boleh je, tak susah langsung. Ni asyik bercakap je, tak nak hidangkan saya air ke apa?”
            “Eh, ini butik lah. Bukan rumah nak hidang air segala.”
            “Kedekutnya Cik Nadia...” Farhan mencemik.
            Nadia ketawa. Dah comel pula doktor buat muka macam tu.
            “Tunggu kat sini kejap lah. Doktor nak air apa?”
            “Coffee please. Saya baru habis oncall sebenarnya, mengantuk tak hilang lagi. Karang takut mengantuk pula nak drive balik rumah.”
            “What?! Ya Allah doktor, buat apa lah susah-susah macam ni. Buku tu semua boleh je hantar lain kali.” Rungut Nadia.
Geram sebenarnya. Entah apa yang dikejarkan sangat sampaikan tak sempat nak balik berehat kat rumah. Tak lari pun butik dia ni ha. Bukan dia tak tahu keadaan doktor-doktor ni semua macam mana lepas habis oncall. Macam zombie. Diulang, macam zombie okay!
“Memang saya dah berniat nak hantar buku tu semua hari ni, itu yang saya terus datang ke mari.”
“Niat tu boleh batalkan apa. Lagi pun bukan doktor dah janji dengan saya nak hantar hari ni kan. Janji pun orang boleh mungkir tau sekarang.”
“Tapi saya bukan macam tu.”
Nadia terdiam. “Hurm tak apa lah, doktor tunggu kat sini kejap, saya ambilkan kopi. Kalau doktor nak baring dekat sofa tu pun boleh. Sementara tak ada customer ni.”
“Thanks Nad...” Farhan senyum senang hati. Dah lah comel, baik hati pula tu. Cuma degil sikit je.
“Don’t be...” Nadia senyum seikhlas hati.
“Ouh Nad...”
“Yes?”
“Stop calling me doctor. Han should be okay.”
Errr, Nadia kaget.
“Urm, okay Han. Tunggu kejap eh.”
Farhan angguk senang.
Han? Han?! Macam hun je bunyinya. Ala yang nama manja orang zaman sekarang guna tu la. Hun, honey. So, which one are you doctor Farhan? Han or hun? Nadia gelak sendiri di dalam hati. Berangang! Nadia dan berangan memang tak dapat dipisahkan.
Farhan memakukan pandangan ke arah Nadia. Tak sangka. Sungguh dia tak sangka. Unbelievable. Farhan yang tak banyak cakap boleh berubah bila dengan Nadia. Sanggup pula tahan mata semata-mata nak hantar buku. Tak percaya betul. Sejak bila jadi romantik macam ni Farhan? Romantik ke? Romantik la, bila sanggup lakukan apa saja untuk orang tersayang.
Farhan sayang Nadia? Ye, Farhan sayang Nadia. Ouh hati, sangat sukar untuk dimengertikan. Sekelip mata boleh jatuh cinta dan walau sudah lama tidak berjumpa masih ada rasa yang sama. Sekarang dah sayang pula. Sungguh Farhan bahagia.
           
           




            

No comments:

Post a Comment