29 September 2015

Cinta Han & Nadia Bab 6

KIRAH menarik kerusi di sebelah Nadia. Selesai membuat penghantaran kek di kawasan taman berdekatan dengan rumah Nadia, terus keretanya itu dipecut ke sini. Sudah lama tak berjumpa, rindu pula rasanya.
            “Kau apa khabar mak cik? Lama tak jumpa kau. Rindu...” Kirah memeluk bahu Nadia sambil mulut memuncung nak cium pipi kawannya itu.
            “Mengada kau.” Bahu Kirah ditolak. Ketawa mengekek kawan dia tu.
            “Mama mana?”
            “Pergi kelas mengaji.”
            “Adik dengan Kak Lara?”
            “Adik ada discussion kat library, Kak Lara balik rumah mertua.”
            “Kau seorang je lah ni? Patut la sunyi. Weh, habis tu butik?”
            “Kak Yus tolong jagakan. Hari ni aku cuti.” Jawab Nadia malas.
            “Amboi, seronok kau kan. Mentang-mentang lah butik tu kau yang punyaaa...” kirah tiru gaya jin dalam cerita Ahmad Albab.
            Nadia gelak. “Ngok lah kau.” Bahu Kirah ditolak perlahan. “Aku dah lama tak cuti tau, kasi can la.”
            “Ye la hari ni aku bagi kau cuti.”
            “Eleh, macam aku kena isi borang cuti dengan kau pula kan.” Kirah gelak. Nak gurau pun tak boleh.
            “So kau apa cerita sekarang? Ada sesuatu yang kau nak share dengan aku?”
            “Kau ni, macam tahu je aku ada masalah.”
            “Kau ada masalah ke babe? Masalah apa? Butik?” Soal Kirah serious.
            Nadia geleng.
            “Habis tu? Kau tak sihat ke babe?” Tangan dileptakkan di atas dahi Nadia untuk merasa suhu. Biasa je.
            “Aku ada masalah hati dan perasaan Kirah.” Jawab Nadia perlahan. Entah lah, lepas hari yang Seri datang ke butik tu, semangat dia erus jatuh merudum. Hampir seminggu dia macam tu, akhirnya Kak Yus suruh dia bercuti sehari dua.
            Kirah mengeluh perlahan. “Pasal yang dua tahun lepas tu ke?”
            Nadia angguk.
            “Kenapa?”
            “Aku dah jumpa dia.”
            Mata Kirah membulat. “Kau cari dia ke babe? Kau cari kat mana? Macam mana boleh jumpa?”
            “Aku tak cari, aku terjumpa.”
            “Okay enough with cerita sekerat-sekerat macam ni. Cuba cerita dari awal sampai habis.”
            Nadia mula bercerita dari awal macam mana dia terjumpa dengan Farhan dekat mall sampai lah Seri dan Farhan datang ke butik dia minggu lepas. Satu pun tak ada yang tertinggal.
            “Tapi dia dah ada kekasih Kirah. Itu yang buat hati aku rasa macam nak pecah.”
            “Kau pasti Seri tu kekasih dia?”
            “Entah, aku tak tahu.” Nadia angkat bahu.
            “Tengok, kau sendiri pun tak pasti kan. Yang kalut sangat nak pecah hati tu dah kenapa?” Kirah bercakap macam orang tak ada perasaan. Tapi apa nak heran, Kirah memang macam tu pun orangnya.
            “Cuba kau bayangkan, orang yang kau tunggu, orang yang kau cari, orang yang kau rindu dalam diam muncul depan kau dengan seorang perempuan yang boleh dianggap sebagai kawan, kekasih, tunang atau pun isteri. Apa yang kau rasa masa tu?”
            “Aku akan rasa teruja sebab dah jumpa balik dengan dia.” Jawab Kirah tenang.
            ‘Kau tak rasa sedih? Frust ke?”
            “Tak...”
            “Sikit pun tak?”
            Kirah geleng.
            “Kenapa?”
            “Kenapa perlu aku rasa sedih atau frust? Sebab dia muncul depan aku dengan seorang perempuan?”
            Nadia angguk.
            “Itu lah masalah kau yang paling besar. Suka buat assumption tanpa bertanya atau mendapatkan penjelasan terlebih dahulu. Kau sepatutnya tanya Seri tu siapa dengan dia. Tak pun kalau kau segan nak tanya Farhan directly, kau boleh tanya Seri. Aku rasa Seri dengan gembiranya akan jawab soalan kau tu.”
            Nadia diam. Betul cakap Kirah tu, dia sepatutnya tanya Farhan atau Seri apa hubungan mereka yang sebenarnya. Bukan sibuk nak buat assumption sampai menyakitkan hati sendiri macam ni.
            “What should I do now Kirah?”
            “Call Farhan, tanya dia sendiri.”
            “Gila.” Kirah gelak.
            “Tak lah. Just wait for the right moment to ask about this again.”
            Nadia mengeluh. Bila agaknya the right moment tu akan tiba. Nampaknya hati dia terpaksa memendam rasa lagi lah.
            “Aku tak sangka tau Nad.”
            “Tak sangka apa?”
            “Tak sangka kau boleh setia tunggu dia macam ni. Padahal kau tak pernah ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Sekadar kakak kepada bekas pesakit dia. Tak menjamin apa-apa pun Nad.”
            Nadia senyum. Pandangan diluruskan ke hadapan. Dia pernah bercinta, sekali. Masa zaman universiti dulu. Sayang betul kat kekasih dia masa tu. Dia bukan jenis yang suka melayan. Nak berkasih dengan dia dulu punya lah payah sampaikan bekas kekasih dia terpaksa minta bantuan rakan sebilik dia untuk pujuk Nadia supaya menerima cintanya.
            Nadia kalau bercinta bukan untuk main-main, dia nak sampai ke jinjang pelamin. Sebab itu dia susah nak sukakan orang. Jenis yang tak bersungguh memang dia buat tak tahu saja. Yang senang nak dapat langsung dia tak pandang. Memilih untuk kebahagiaan dia juga, bukan sebab mengada-ngada.
            Tapi, dalam dia memilih dapat yang tak setia juga. Dia sibuk bertungkus lumus nak habiskan pengajian, sang kekasih sibuk bertungkus lumus mengorat permpuan lain. Serik, sungguh dia serik. Selepas kejadian itu dia nekad memang dia tak akan pilih lelaki yang senang nak dapat sebagai calon suami.
Sehingga lah dia berjumpa dengan Farhan. Seorang yang konon tak endah tentang kewujudan dia tapi dalam diam asyik curi pandang. Konon jual mahal. Yang jenis macam tu lah yang buat dia jatuh hati, sampai sekarang.
“Aku pun tak faham dengan hati aku sendiri Kirah.”
“Macam mana kalau kau tak jumpa dia. Tak kan lah kau nak tunggu dia sampai bila-bila.”
Nadia pandang wajah kirah yang masih setia di sebelah. Wajah ingin tahu Kirah sangat mencuit hati. Mak cik ni kalau serious sangat macam kelakar pula rasa.
“Kau kenapa gelak?”
“Jangan serious sangat Kirah, lucu pula aku tengok.”
“Kau dah kenapa?” Kirah tolak bahu Nadia. Akhirnya dia turut gelak sama.
‘Kau tak jawab lagi soalan aku Nad.”
Nadia luruskan pandangan. “Aku akan cuba buka hati aku untuk orang lain.”
“Macam tu je?” Soal Kirah tak percaya.
Nadia senyum. “If only he can make me fall in love just like how Farhan did to me.”
“Perghhh... deep gila.”
Nadia ketawa. “Aku serious kau main-main.”
“Aku serious la wei... betul ni, deep gila. Tapi, akan ada ke orang yang sama  dalam dunia ni? Maksud aku,  macam yang kau nak tu la. Orang yang boleh buat macam yang Farhan buat kat kau. Eh, apa yang aku merepek ni.” Kirah ketuk kepala sendiri.
“Entah lah Kirah, aku pun tak pasti.”
“Tak apa lah Nad, kalau ada jodoh, jodoh pasti bertemu.” Kirah menepuk perlahan bahu Nadia.
“Afgan sangat lah kau Kirah.”
“Penyanyi pojaan hati aku kot.” Kirah gelak. Minat betul dia kat Afgan.
“Banyak lah kau punya pojaan hati. Jom masuk dalam, boleh minum sambil borak.” Nadia bangun dan menarik tangan Kirah untuk masuk ke dalam rumah.
“Thorbaik punya kawan, dekat sejam aku kat sini sekarang baru nak ajak minum.”
Nadia sengih.

SEHARIAN terkurung dalam dewan bedah adalah sesuatu yang sangat memenatkan. Nak makan dan minum pun tak sempat, apa tah lagi nak berehat. Tetapi yang penting dia puas. Lebih-lebih lagi bila semua pembedahan berjalan dengan lancar. Memang ini jalan yang dia pilih dan dia bersyukur tuhan memudahkan segalanya.
            Kereta diperlahankan sewaktu memasuki perkarangan rumah. Terdapat sebuah kereta yang tidak di kenali di parkir di sebelah kereta daddynya. Beg galas disangkut di bahu kanan. Farhan melangkah cermat ke arah pintu utama. Kedengaran suara Tuan Umar dan Puan Maria sedang berbual dengan tetamu.
            “Assalamualaikum.” Salam diberi tanda hormat. Sudah menjadi kebiasaan ketika memasuki rumah walaupun sewaktu tiada orang.
            “Waalaikumussalam. Baru balik along?” Tanya Tuan Umar sambil melambai tangan ke arah Farhan supaya datang ke ruang tamu tempat Tuan Umar dan Puan Maria bersembang dengan tetamu.
            “Ye daddy.”
            “Along, ni kenalkan Uncle Syed dengan Auntie Nora.” Farhan bersalam dengan Uncle Syed dan hanya menggangukkan kepala kepada Auntie Nora.
            “Along duduk kejap nak. Ada perkara yang kami semua nak bincang dengan along.”
            “Perkara apa daddy?” Soal Farhan sambil memandang satu persatu wajah di hadapannya.
            Farhan mengambil tempat di sebelah Tuan Umar. Wajah Uncle Syed kelihatan biasa-biasa saja tapi wajah Auntie Nora kelihatan agak serious. Wajah mommynya pula kelihatan serba salah.
            “Daddy nak tanya ni, betul ke along keluar dengan Seri minggu lepas?”
            Farhan angguk tanpa ragu.
            “Sudah dua kali Farhan keluar dengan anak auntie tapi kenapa Farhan tak setuju bila kami nak satukan Farhan dengan Seri. Apa yang cuba Farhan lakukan sebenarnya?”
            Dahi Farhan berkerut. Apa kes pula ni? Tiba-tiba saja.
            “Nora, cuba bawa bertenang sikit.” Tegur Uncle Syed.
Auntie Nora mendengus. Tak puas hati bila suaminya masih bertenang.
“Kami keluar sebagai kawan auntie.”
“Sebagai kawan? Kenapa sekarang baru nak berkawan? Kenapa bukan dari dulu lagi?” Serang Auntie Nora lagi.
Ya Allah, mengucap Farhan dalam hati.
“Salah ke kalau kami nak berkawan auntie?” Soal Farhan berani.
“Suruh kahwin tak nak, berkawan nak pula.” Auntie Nora menyindir.
Uncle Syed menggeleng kepala mendengar bicara isterinya. Kenapa la nak besarkan perkara remeh macam ni. Kalau ikutkan hati tak nak dia ikut isteri dia ke mari semata-mata untuk mengeruhkan keadaan macam ni. Tapi isterinya tak pernah berputus asa untuk menarik dia ke mari.
Farhan berdehem perlahan. Wajah mommy dan daddynya yang hanya diam dari tadi dipandang satu persatu.
“Maaf kalau saya salah auntie, uncle. Tapi saya memang ikhlas berkawan dengan Seri. Kenapa saya tak nak kahwin dengan Seri? Sebab Seri dah ada pilihan hati dia sendiri dan saya tak sanggup nak menghancurkan kebahagian Seri. Jujur saya cakap, saya juga tak ada perasaan terhadap Seri.”
“Alasan... Perasaan boleh dipupuk selepas kahwin Farhan.”
“Tapi kalau hanya saya yang cuba memupuk perasaan itu sedangkan Seri masih mencintai kekasihnya pun tak boleh juga auntie. This relationship is not going to work.”
“Ouh jadi sekarang kamu nak salahkan anak auntie sebab dia dah ada kekasih. Macam tu?”
“Tak auntie, jangan salah faham.”
“Apa yang auntie salah faham? Cakap!” Marah Auntie Nora makin tidak dapat dibendung.
“Nora, cuba bawa bertenang. Jangan nak memanipulasikan kata-kata Farhan tu pula. Abang rasa semua dah jelas sekarang. Farhan dan Seri dua-dua tak setuju dengan cadangan awak tu, jadi kita tak boleh paksa. Cuba terima kenyataan Nora.”
“Tapi saya tak nak Seri kahwin dengan budak tu abang.”
“Maaf kalau saya mencelah Nora. Anak-anak kita ada hak untuk memilih pasangan hidup mereka. Kita hanya layak untuk memberi nasihat terhadap pilihan mereka. Kita tak boleh nak paksa mereka terima pilihan kita. Kecuali pilihan mereka itu boleh memudaratkan kehidupan mereka kelak. Dan disini saya tak nampak apa yang kurangnya dengan pilihan Seri itu.”
Auntie Nora terdiam. Tak tahan rasanya telinga dia mendengar anaknya dimarahi tanpa sebab yang munasabah. Semua kata-kata Nora langsung tidak masuk akal. Kalau dilihat dari satu segi ianya hanya lah sekadar untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana Seri lebih memilih untuk berkahwin dengan kekasih yang bekerja di luar Malaysia.
“Auntie cuba lah untuk terima pilihan Seri tu. Kesian Seri. Dia sudah jumpa calon yang sesuai, yang boleh membahagiakan dia. Kenapa harus kita sekat kebahagiaan yang dia cari. Saya juga sudah jumpa kebahagian yang saya cari. Jadi, berilah kami peluang untuk mengecap kabahgian kami.” Tutur Farhan tenang.
Puan Maria yang hanya diam dari tadi terus angkat kepala. “Along dah jumpa calon menantu mummy?” Soal Puan Maria dengan nada teruja.
Farhan angguk sambi tersenyum. Along dah jumpa calon menantu yang sesuai untuk mummy tapi along tak tahu sama ada dia sudi terima along atau tidak. Kata Farhan dalam hati.
Auntie Nora menjeling Puan Maria yang kelihatan gembira di sebelah. Kawan dia ni langsung tak menyokong rancangan dia. Seronok lagi ada bila anak bujang dia dah ada calon.
“Jom lah balik abang.” Autie Nora bergegas bangun dan keluar dari rumah Tuan Umar dan Puan Maria tanpa memandang ke arah tuan rumah.
Uncle Syed geleng kepala lagi. Malu betul dia dengan tingkah laku dan kata-kata Auntie Nora. Langsung tak tahu nak hormat tuan rumah.
“Saya minta diri dululah ye Umar. Maaf diatas segala tutur kata dan perbuatan isteri saya Umar, Maria.” Uncle Syed menunduk ke arah Puan Maria.
“Tak apa lah Syed, Nora masih marah lagi tu. Hati-hati memandu nanti.” Tuan Umar menepuk perlahan bahu Uncle Syed.
“Ye lah. Uncle minta maaf ye Farhan.” Sempat Uncle Syed memohon maaf sewaktu bersalam dengan Farhan.
“Tak ada apa yang perlu dimaafkan uncle.” Balas Farhan sopan. Uncle Syed senyum dan berlalu meninggalkan ruang tamu itu.
Puan Maria mengeluh perlahan. “Kenapa lah Nora boleh jadi seorang yang suka mendesak macam tu.” Kesal pula rasanya ada kawan macam tu.
“Sudah lah Mar, tak baik mengeluh macam tu. Emosi dia sedang terganggu agaknya tu. Biarkan lah dia.”
Puan Maria memandang ke arah Farhan yang duduk bersandar di sofa.
“Kesian anak mummy. Tak pasal kena marah. Penat balik kerja pun tak hilang lagi, dah kena marah.”
Farhan senyum. “Along okay lah mummy. Setakat kena marah, kena bebel dengan Auntie Nora macam tu, tak ada masalah lah.”
Tuan Umar tersenyum senang mendengar kata-kata anaknya itu.
“Habis tu, bila nak kenalkan calon isteri along dengan kami?” Soal Tuan Umar.
“Haah along, mummy dah tak sabar nak berkenalan dengan bakal menantu mummy ni.” Puan Maria sudah menyelit di tengah sofa di antar Farhan dan Tuan Umar. Dengar je suaminya sebut pasal calon isteri along, terus dia rasa teruja.
Farhan menggaru kepala yang tak gatal.
“Soon mummy, soon...” Jawab Farhan ringkas sebelum bangun meninggalkan mummy dan daddynya bersendirian di ruang tamu. Jumpa baru dua kali, bercakap pun dua tiga kerat je. Macam mana nak bawa balik jumpa mummy dengan daddy?
Puan Maria tercengan. Tuan Umar ketawa lepas melihat tingkah anak sulungnya yang cuba menyelamatkan diri dari diserang oleh soalan-soalan bonus mummy nya. Farhan... Farhan... macam-macam lah.


3 comments: