28 September 2015

Cinta Han & Nadia Bab 5

BAB 5

JARUM jam sudah menginjak ke pukul lima petang. Farhan melangkah ke arah kereta yang di parkir di bahagian belakang kantin. Tangan masih sibuk membelek telefon pintar. Bukan sibuk update status kat Facebook atau scroll naik turun Instagram, Farhan mana ada semua itu dia kan anti sosial.
            “Han...” Tegur Haziq yang kebetulan lalu di kawasan itu juga.
            “Eh Haziq. Nak balik ke?” Telefon dimasukkan ke dalam poket seluar. Beg galas yang hampir melurut jatuh di bahu kiri ditarik ke atas.
            “Haah. Kau pun nak balik juga ke?”
            “Yup, dah sampai masa balik buat apa lepak kat sini kan.” Jawab Farhan sambil tergelak.
            “Minum dulu jom.”
            “Kat mana?”
            “Mamak kat belakang hospital ni je.”
            Farhan menilik jam di tangan kanan. “Urm boleh juga.”
            “Kita keluar ikut pintu belakang sana je lah Han. Kereta tinggal kat sini je, dah tak payah susah-susah nak cari parking lagi dah.”
            “Doktor Farhan!”
            Belum sempat Farhan menjawab, ada suara yang memanggil dari belakang.
            “Eh Seri. Dari mana?”
            Seri tersenyum senang sambil berjalan ke arah Farhan dan Haziq.
            “Melawat kawan baru dapat baby. Han dah habis kerja ke?”
            “Haah, nak keluar minum dengan kawan kejap. Oh ya Seri, ni kenalkan collegue Han, Haziq. Haziq meh aku kenalkan dengan anak kawan mommy, Seri.”
            Seri dan Haziq berbalas senyuman.
            “Eh okay lah, Seri nak gerak dulu.”
            “Dah nak balik ke?” Soal Farhan.
            “Tak, nak singgah butik Nadia jap. Dah janji nak singgah butik dia hari ni, kalau tak datang karang kesian pula Nadia tunggu Seri.”
            “Butik Nadia?” Tiba-tiba Farhan berdebar.
            “Ya Nadia, kakak patient Han hari tu. Remember?”
            “Ouh ya ya...” Farhan terangguk-angguk. Haziq di sebelah hanya diam memerhati.
            “Urm Ziq, kita minum lain kali boleh?”
            Haziq buat muka pelik. “Kenapa pula?”
            “Aku nak temankan Seri.” Jawab Farhan tanpa selindung.
            Seri yang mendengar terkejut. “Eh tak apa lah, Seri boleh pergi sendiri.”
            “Tak apa Han temankan Seri ye.”
            “Tapi...” Seri pandang Haziq. Rasa serba salah pula. Bukan niat dia nak kacau plan mereka bila dia menyapa Farhan tadi.
            “ It’s okay Seri. Aku balik dulu lah kalau macam tu Han, tapi kau kena belanja aku nanti.”
            “Okay bro no hal.” Farhan senyum sambil menepuk perlahan bahu Haziq. Nasib baik kawan dia yang seorang ni sangat memahami.
            Haziq mula melangkah meninggalkan Farhan dan Seri. Kenapa macam pelik saja dia tengok Farhan hari ini. Adakah kerana Seri atau... Nadia...
            “Jom Seri.”
            “Urm kita nak naik kereta masing-masing ke macam mana ni? Han tahu tak butik Nadia kat mana?”
            Farhan geleng.
            “So?”
            “Han tumpang kereta Seri boleh?”
            “Kereta Han?”
            “Tinggal kat sini je.”
            “Tak apa ke?” Seri memandang sekeliling. Takut juga kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini.
            “Tak apa, kawasan ni selamat.”
            “Nak pergi kerja pagi esok macam mana? Nak Seri hantarkan?”
            “Nanti Han minta tolong achik hantarkan. Tak nak lah susahkan Seri.” Farhan tersenyum malu.
Nak balik nanti pun terpaksa susahkan Seri tolong hantarkan, tak kan lah nak minta tolong Seri hantarkan dia ke tempat kerja pula. Kalau nak kira memang lah dia segan sebab terpaksa menyusahkan Seri macam ni, tapi dia tak nak lepaskan peluang untuk berjumpa dengan Nadia. Tak akan!
            “Okay lah kalau macam tu. Jom.” Seri mula melangkah ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari kawasan parkir kereta Farhan.

“KAK Nad tak nak balik lagi ke?” Tanya Yuni yang sedang bersiap untuk pulang. Jarum jam sudah menunjukkan pukul enam lima belas minit petang. Selalunya pukul enam Kak Nad dia ni dah siap-siap nak balik dah. Hari ni selamba je duduk kat cookies corner sambil makan biskut cicah air kopi.
            “Kak Nad tunggu kawan kejap.”
            “Kawan yang mana?”
            “Kawan baru Kak Nad.”
            “Haa pakwe ek...” Usik Hawa yang baru keluar dari bilik belakang.
            “Kawan perempuan cik adik, pakwe apa nya.” Jawab Nadia selamba sambil meneruskan aktiviti makan biskut cicah kopi. Macam orang tak pernah makan dah gayanya.
            “Ooo... ingatkan kawan lelaki. Kami dah tak jadi nak balik dah tadi kan Hawa kan.”
            “Haah, teringin juga nak tengok pakwe bos kita ni.” Hawa gelak. Seronok betul kalau dapat usik Kak Nad.
            “Tak payah nak teringin sangat lah. Kalau Kak Nad ada pakwe, awal-awal lagi Kak Nad dah tunjuk kat you all berdua tau.” Air kopi dihirup perlahan.
            “Kiranya kami ni orang penting juga lah ya dalam hidup Kak Nad?” Tanya Yuni yang sedang tersengih. Bangga la tu kot.
            “Penting laa... kalau tak ada Yuni dengan Hawa, siapa yang nak tolong Kak Nad dan Kak Yus kat kedai ni.”
            “Ceh, penting sebab tu je.” Hawa menjuih bibir.
            Nadia tergelak. “Bersyukur Hawa, bersyukur...”
            Yuni dan Hawa ketawa. “Kami balik dulu ye Kak Nad. Jaga diri.” Tangan Nadia disalami.
            “Hawa dan Yuni pun jaga diri juga tau. Balik rumah, jangan nak melencong ke tempat lain.”
            “Yes bos!” Hawa dan Yuni berlalu meninggalkan Nadia sendirian.
            Nadia mengeluarkan telefon dari poket seluar dan nombor telefon Puan Azura didail. Tak lama kemuadian kedengaran suara mamanya memberi salam.
            “Waalaikumussalam ma. Mama hari ni Nad balik lewat sikit tau.”
            “Kenapa?”
            “Kawan Nad nak datang butik. Tengah tunggu dia lah ni.”
            “Kawan lelaki ke permpuan sayang?”
            “Kawan perempuan mama, nama dia Seri.”
            “Ouh, bukan bakal menantu mama lah ye?” Kedengaran Puan Azura ketawa.
            “Ma! Mengarut la mama ni.”
            “Mana lah tahu kot anak mama tengah dating kat butik ke.”
            “Tak ada maknanya je lah ma...”
            Ting! Kedengaran pintu ditolak dari luar. Nadia pusing. Seri melangkah ke dalam butik sambil tesenyum ke arah Nadia.
            “Ma, got to go now. Kawan Nad dah sampai.”
            “Kirim salam kat kawan Nad nanti and you, take care of yourself okay.”
            “Okay ma, bye love you.” Klik talian diputuskan.
SERI memeluk Nadia kemas. Kekok juga rasanya bila tiba-tiba sahaj dipeluk oleh Seri macam ni. Perlahan tangan Nadia membalas pelukan Seri.
            “Sorry Nadia for makes you waiting for so long.”
Seri rasa bersalah sangat. Tak sangka pula mereka boleh tersangkut dalam kesesakan lalu lintas akibat kemalangan selepas keluar dari kawasan hospital itu tadi.
“It’s okay lah Seri, tak lama mana pun Nadia kena tunggu.”
“Sepatutnya Seri datang hari minggu je, tapi itu lah macam gedik pula nak datang hari ni sampai terpaksa menyusahkan Nadia kena tunggu lama macam ni.”
Nadia ketawa. Ada pula rasa gedik nak datang butik dia.
“So, ini lah Butik Nad’s Closet?”
Nadia angguk.
“Cantiknya... Dengan susun atur perabot yang minimalis macam ni, Seri suka sangat Nadia.”
“Dari tadi asyik Nadia je. Just call me Nad, lebih mesra.”
“Okay Nad.” Seri kenyit mata. Nakal!
Ting! Sekali lagi bunyi pintu dibuka dari luar. Ada customer ke? Kalau tak silap dia dah letak tanda close kat pintu tadi.
“Have you finish with your discussion Han?” Soal Seri.
Han? Doktor Han? Nadia tercengang.
“Ouh Nad, tak apa kan Seri bawa Han datang sekali?”
Nadia kaget. Tak kan nak cakap tak boleh pula. Farhan dipandang atas bawah. Masih berkemeja dan lengan dilipat hingga siku.
“Tak ada masalah Seri.” Senyum  cuba diukir dan dia rasa ini lah senyuman yang paling hodoh.
Nadia pandang Farhan dan Farhan tunduk hormat. Muka stone tak ada perasaan. Macam mana la Seri boleh kenal dengan lelaki stone macam ni dan macam mana lah aku boleh tersuka lelaki stone macam Doktor Han ni. Kutuk Nadia dalam hati.
“Eh jom lah kita duduk kat sana. Asyik berdiri je, lenguh pula kaki tu nanti.” Seri dan Farhan dibawa ke arah meja dan sofa yang terletak di sebelah tingkap berhadapan dengan rak novel.
“Ini reading section ke Nad?”
 Soal Seri sambil melabuhkan duduk di atas sofa yang disediakan. Farhan pula masih berdiri sambil meneliti satu persatu novel yang elok tersusun di atas rak yang disediakan. Dah macam pengawas perpustakaan pula gayanya.
“Ye kat sini reading section. Yang kat sebelah sana clothing side dan kat hujung kaunter sana cookies and coffee corner.” Terang Nadia satu persatu.
“Macam mana Nad boleh terfikir untuk buka butik?”
Nadia senyum. “Kalau Seri nak tahu, sebelum nuka butik ni Nad buat online business tapi dropship saja lah sebab modal memang tak ada. Dalam dua tahun juga Nad buat online business dan dah macam-macam benda Nad jual. Asal ada peluang je Nad grab. Lepas tu bila rasa macam duit simpanan dah cukup, Nad cuba buat business sendiri. Dengan bantuan kewangan dan khidmat nasihat daripada mama dan Kak Lara, akhirnya Nad buat keputusan untuk buka butik ni.”
“I’m so impressed with you Nad. Muda-muda macam ni dah ada butik sendiri. cantik pula tu. Hiasan kat dalam butik ni Nad design sendiri ke?”
“Yup, dengan bantuan Kak Yus dan pekerja Nad yang lain.”
“Kak Yus tu siapa?”
Banyak tanya pula Seri ni. Tapi Nadia suka. Rasa macam lagi rapat bila bersoal jawab macam ni.
“Kak Yus senior Nad masa kat universiti. Dan Kak Yus lah orang yang banyak membantu Nad di awal penubuhan butik ni.”
Seri angguk. “Mesti best kan kalau boleh lepak kat sini lama-lama. Buat macam butik sendiri.” Seri tergelak dengan kata-kata sendiri.
“Boleh je Seri. Nanti datang lah, anytime you want.”
“Betul ni?” Soal Seri. Teruja betul bila dengar Nadia cakap macam tu.
“Serious lah...” Jawab Nadia senang.
“Semua novel cinta. Tak ada buku ilmiah ke?” Suara dari belakang menyoal.
Nadia terdiam.
“Han...” Tegur Seri. Risau pula Nadia terasa dengan soalan Farhan yang tiba-tiba itu.
“Tak ada doktor. Kalau doktor sudi boleh lah dermakan buku ilmiah doktor tu untuk diletakkan kat sini.” Jawab Nadia sinis. Tu tak ada lain, nak kondem peminat novel lah tu.
“Boleh. Nanti saya hantarkan buku-buku tu kat sini.” Farhan melangkah ke arah Nadia dan Seri lalu duduk berhadapan dengan Seri.
Erk... “Urm Seri dengan doktor duduk lah dulu ye, saya ambilkan kopi.”
“Tak payah la susah-susah Nad, kami sekejap je ni.”
“Tak susah pun Seri, semuanya dah sedia kat kaunter tu.”
Nadia bergerak ke arah hujung kaunter. Kopi diisi cermat ke dalam mug sambil matanya mencuri pandang ke arah Seri dan Farhan. Seronok betul dia orang bersembang. Banyak cakap pula Farhan tu dengan Seri ye. Ah, apa nak pelik, mereka kan pasangan kekasih mesti lah banyak cakap. Kalau diam je bercinta apa macam tu kan.
“Jemput minum.” Dua biji mug dan sepiring biskut diletakkan di atas meja.
“Sedapnya Nad, buat sendiri ke?” Soal Seri. Sekeping lagi biskut dicapai.
“Kak Yus yang buat. Nad tolong makan je.”
“Balik lambat ni suami tak marah ke?” Soal Farhan tiba-tiba.
“Belum kahwin.” Jawab Nadia sepatah. Di buang jauh rasa pelik dengan soalan Farhan yang tiba-tiba itu.
“Tunang tak jemput?” Soal Farhan lagi.
Nadia cuba berlagak tenang. “Tak ada tunang.”
“Boyfriend tak temankan ke?”
Okay that’s it. Kenapa dengan Farhan ni sebenarnya?
“Doktor nak tahu saya dah berpunya atau belum sebenarnya kan?” Soal Nadia berterus terang. Malas nak corner lipat baring lagi dah. Yang Seri ni pula tak pelik ke pakwe dia asyik tanya soalan personal macam ni. Boleh pula dia bantai makan biskut sampai licin.
Farhan berdehem perlahan. Mug disua ke bibir lalu kopi dihirup perlahan. Riak muka tak bersalah langsung.
Nadia memandang ke arah Seri yang masih belum berhenti mengunyah. Perasan yang dirinya sendang dipandang Seri tersengih.
“Sorry Nadia, biskut ni sedap sangat.”
Yes, biskut ni memang sedap tapi tidak lah sanggup dia nak habiskan semuanya. Tapi, disebabkan terlalu terkejut dengan tembakan soalan Farhan terhadap Nadia, terus tangan dia mencapai biskut tanpa henti. Konon nak buat tak tahu dengan soalan-soalan Farhan tu. Padahal dalam kepala ni macam-macam dah dia fikir. Apa ke pelik sangat perangai Farhan hari ini.

Setelah hampir satu jam Seri dan Farhan berada di butik Nadia, mereka mula bergerak pulang. Seri akan menghantar Farhan pulang terlebih dahulu.
            “You like her, don’t you?” Seri memulakan perbualan.
            “Pardon?”
            “Don’t try to hide it from me Han. I knew it at the first place bila Han tiba-tiba nak ikut Seri ke butik Nadia.”
            Farhan gelak. “Stop talking nonsense Seri.”
            “I speak the truth Han. Seri tahu Han suka Nadia cuma Seri tak pasti betul atau tidak. But then when you kept asking about suami, tunang, boyfriendand so on, there you go man! Han cuba nak korek rahsia sama ada Nadia dah berpunya atau belum kan?” Serkap jarang Seri mengena dan dia tahu itu. Sebab tu senyuman tak pernah lekang dari bibir Seri sejak dia masuk ke dalam kereta tadi.
            “You are talking too much young lady.” Farhan mendengus perlahan. Am I being too obvious? Soal Farhan dalam hati. Tak, Seri tak boleh tahu tentang perasaan dia terhadap Nadia. Not yet!
            “Mengelat eh...” Usik Seri nakal. Farhan malu lah tu.
            Farhan menggeleng perlahan sambil membuang pandang ke arah luar kereta.
            “Tak apa. Seri tunggu kad wangi daripada Farhan dan Nadia.”
            “Seri!”

            Seri ketawa lepas. Dia tak akan paksa Farhan untuk bercerita tentang hati dan perasan dia terhadap Nadia. Lagi pun dia bukan siapa-siapa dengan Farhan. Berkawan pun sebab mama dan mommy Farhan je. So, she have no right to korek rahsia soal hati dan perasaan Farhan.

9 comments:

  1. Nak lagi...farhan ni..jgn la slow sgt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. farhan memang slow bebenor...heheh nanti kita update lagi ye. Neway thanks sudi baca :)

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Doktor farhan cepat2 la pikat si nad tu, kan melepas naya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor farhan malu tapi mahu hehehe thanks awak sudi baca :)

      Delete