22 September 2015

Cinta Han & Nadia Bab 4

BAB 4

AWKWARD, itu yang dia rasakan sekarang. Tapi nak buat macam mana dah adik terlanjur terima pelawaan doktor yang pernah merawat dia itu dulu untuk duduk semeja. Aisya masih rancak bersembang dengan Doktor Han dan da perasan adiknya itu yang lebih banyak mendominasi perbualan mereka. Doktor Han hanya senyum dan bercakap hanya bila disoal. Haila adik, perasan tak yang orang tu dah penat dengar awak membebel.
            Masa nampak muka Doktor Han tadi wajah Nadia terus pucat. Nasib baik Aisya tak perasan. Selepas dua tahun akhirnya mereka bertemu kembali. Tapi, dalam banyak-banyak tempat kenapa kat sini juga mereka bertemu. Waktu Doktor Han tengah dating pula tu. Ouh hati, kenapa rasa macam nak pecah je ni.
            “Nadia kerja kat mana?” Tegur Seri di sebelah.
            Nadia mencuri pandang ke arah Farhan sebelum mengalihkan pandangan ke arah Seri. Cantik betul Seri ni, muka macam Maya Karin.
            “Saya kerja kat butik.”
            “Ouh, butik apa ye?” Soal Seri lagi.
            Belum sempat Nadia buka mulut, Aisya sudah terlebih dahulu menjawab “Kat Butik Nad’s Closet Kak Seri. Tapi yang sebenarnya Kak Nad bukan setakat kerja kat situ je Kak Seri, Kak Nad ni la owner Nad’s Closet.” Jawab Aisya dengan bangganya.
            Farhan mencuri pandang ke arah Nadia yang sedang menggulung senyum. Cantik!
            “Wow, muda-muda lagi dah ada butik sendiri. Hebatnya Nadia.” Puji Seri.
            Haih, nak kembang ke nak segan ni. Bisik Nadia nakal.
            “Tak ada lah Seri, butik biasa-biasa je.”
            “Kalau dah ada butik, tak adanya yang biasa Nadia. Boleh la Seri pergi shopping kat butik Nadia nanti.”
Peramah betul Seri ni. Tapi, siapa dia dengan Doktor Farhan? Kekasih? Tunang? Atau hanya kawan?
“Boleh Seri, nanti datang la. Nadia bagi diskaun special punya untuk Seri.”
“Wah, bestnya. Untung lah Seri.” Ketawa mereka pecah. Tapi mereka bertiga saja lah. Farhan macam biasa, senyum je.
“Urm Aisya nak tanya sikit boleh?”
Semua terdiam dan memandang ke arah Aisya yang dari tadi asyik tersengih-sengih.
“Aisya nak tanya apa?” Soal Farhan.
“Urm... Doktor Han dengan Kak Seri ni kekasih ke?”
Mata Nadia membulat. Tak sangka adiknya boleh tanya soalan personal macam tu. Padahal mereka bukan rapat pun dengan Doktor Han mahupun Seri. Hanya sekadar bekas pesakit dan doktor sahaja.
“Adik!” Tegur Nadia.
“Sorry!” Aisya sengih. Langsung tak ada rasa bersalah.
Seri angkat kening sambil memandang ke arah Farhan. Farhan pula hanya menunduk sambil tersenyum.
“Maaf diatas keterlanjuran bicara adik saya doktor, Seri.” Nadia mohon maaf. Segan betul dia dengan mereka berdua. Adik ni pun, sejak bila jadi lepas laku macam ni.
“It’s okay Nadia, not a big deal pun.” Jawab Seri tenang. Farhan? Diam je lah. Langsung tak bersuara. Mahal sungguh suara dia ni agaknya.
“Urm kalau macam tu kami gerak dulu lah.” Nadia mula bangkit. Aisya hanya mengikut.
“Eh, nak pergi dah ke?”
“Ye Seri, dah lama sangat kami kat luar. Kesian mama seorang je kat rumah.” Farhan yang memandang dijeling sekilas.
“Okay lah kalau macam tu. Ouh butik Nadia kat mana ye? Nanti boleh la Seri singgah.”
“Ini business card Nadia. You can call me anytime.” Business card dihulurkan kepada Seri. Doktor Han? Tak payah lah.
“Kami gerak dulu Kak Seri, doktor.” Kata Aisya sambil melambai ke arah mereka berdua.
“Take care Aisya.”
Telinga Nadia sempat menangkap pesanan Farhan. Nadia sudah mula melangkah. Segan, sebal semua ada. Ditambah pula dengan soalan luar alam Aisya, makin bertambah segan dia.

HATI yang sedia terluka saat melihat Farhan bersama Seri semakin parah bila mereka duduk semeja. Sungguh dia silap bila hanya bersetuju dengan cadangan Farhan itu tadi. Farhan langsung tidak bercakap dengan dia.  Dengan Aisya elok pula dia bersembang. Hati mula basah. Nak nagis boleh tak? Dua tahun kita rindu kat dia tapi dia langsung tak nak cakap dengan kita. Sabar lah duhai hati, bisik Nadia sendiri.
“Kak Nad...”
Nadia memandang Aisya yang sedang memaut lengan dia.
“Akak marah adik ye?” Wajah muram Aisya diperhati. Lalu Nadia senyum.
“Tak lah, kenapa adik cakap macam tu?”
“Yela, tiba-tiba saja Kak Nad nak balik. Nak makan pun tak sempat.”
Nadia diam. Kak Nad tak selesa dengan pandangan mata doktor awak tu adik. Dengan Kak Nad langsung tak bercakap, tapi mata tu asyik-asyik nak menjeling Kak Nad. Entah apa masalah dia pun akak tak tahu. Bisik Nadia dalam hati.
“Tak lah. Tiba-tiba Kak Nad teringat mama kat rumah dan akak dah tak sabar nak jumpa dengan Kak Lara.” Mata melirik jam di tangan.
“Mesti Kak Lara dah sampai rumah kan sekarang.”
Aisya menarik rakus tangan kiri Nadia. Alamak! Dah jam tiga petang.
“Kak Nad! Kita dah lambat la. Mesti Kak Lara dah lama sampai.” Tangan Nadia ditarik laju menuju ke arah lif.
“Ha padan dengan muka awak. Itu la, bersembang dengan doktor kesayangan sampai tak ingat dunia.” Butang lif ke bawah ditekan.
“Hai akak, cemburu ke?” Aisya jongket kening. Nakal!
Tiba-tiba Nadia rasa berdebar. “Eleh, tak ada maknanya nak cemburu.”
“Betul ke tak cemburu ni.” Giat Aisya lagi sambil mencuit pucuk hidung kakanya.
“Ish, main-main la budak ni. Betul la, tak cemburu langsung.” Nadia menjeling geram.
“Habis tu kenapa adik tengok muka akak berubah bila jumpa Doktor Han tadi? Lepas tu asyik curi pandang doktor tu. Ha, kenapa kak?”
Erk, Aisya perasan. Pahit rasanya air liur yang ditelan.
“Jangan nak mengarut lah adik. Lif dah sampai tu, jom.” Pantas Nadia menarik tangan Aisya sambil melangkah ke dalam lif.
Lari Nadia lari... Selagi mampu untuk berlari...

AMRI buka pintu bilik Farhan perlahan-perlahan. Kelihatan Farhan sedang berbaring di atas katil sambil merenung kipas yang sedang berputar. Farhan yang pendiam dan lebih suka menyendiri. Entah apa yang sedang difirkan oleh abangnya itu.
            “Along...” Tegur Amri perlahan.
            Farhan mengalihkan pandangan ke arah pintu.
            “Angah, masuk lah.” Farhan bangun dan duduk bersila di tengah-tengah katil. Senyuman dilemparkan ke arah Amri.
Walaupun dia agak pendiam berbanding adik-adiknya yang lain, Farhan tetap menjadi pilihan adik-adik untuk meluahkan perasaan bila ada masalah. Mungkin kerana dia adalah seorang pendengar yang baik, sebab itulah adik-adik lebih selesa untuk berkongsi masalah dengan dia.
Amri melangkah kemas ke arah abangnya dan duduk dilabuhkan di sebelah Farhan.
“Along okay ke?” Tangan naik menyapa bahu Farhan.
“Along okay. Angah okay tak?” Belakang badan Amri digosok perlahan.
            “Angah okay along. Pergi mana tadi, petang baru nampak.”
            Peristiwa yang terjadi siang tadi kembali menerjah ingatan Farhan. Nadia... Nama yang cantik secantik tuan punya nama. Dua tahun tak jumpa, langsung tiada perubahan yang ketara di wajah Nadia.
            Saat terpandangkan wajah Nadia di sebelah Aisya, hatinya berdetak laju. Oh tuhan, kebetulan yang sungguh indah. Sudah lama dia mencari akhirnya tanpa di sangka bertemu juga. Tetapi entah kenapa berat betul mulutnya untuk berbicara dengan gadis itu tadi. Mata pula hanya mampu mencuri pandang saja. Terlepas lagi peluang untuk mendekati gadis pujaan. Farhan mengeluh perlahan.
            “Along, mengeluh pula dah dia.” Amri menepuk perlahan bahu Farhan.
            Farhan senyum. “Along keluar dengan Seri tadi.”
            “Aik, jadi ke?”
            “Apa yang jadi?” Soal Farhan pelik.
            “Along dengan Kak Seri la. Jadi ke untuk disatukan?”
            “Macam mana angah tahu?”
            Amri tergelak. Sungguh lah abang dia ni seorang yang clueless. Bahu Farhan dipeluk dari tepi.
            “Along, semua orang dah tahu la tentang rancangan mommy nak satukan along dengan Kak Seri. Nabila yang bongsu tu pun tahu tau along. Apa la along ni.” Amri gelak lagi.
            “Biar betul angah. Maknanya, along saja lah yang baru tahu pasal ni?”
            Amri angguk. “Itu la, kerja macam tak ingat dunia. Apa yang mommy rancangkan untuk along pun tak tahu. Rancangan mommy ni kami dah tahu sejak bulan lepas lagi along.”
            Farhan menggeleng. Dah lama mommy merancang rupanya.
            “So, along dengan Kak Seri jadi tak?” Soal Amri lagi.
            Farhan geleng. “Seri dah ada kekasih.”
            “Ouch!” Amri memegang dada sendiri. Konon sakit sangat lah hati tu.
            Farhan menumbuk perlahan bahu Amri. “Perli along?!”
            Amri ketawa lepas. “So, tak jadi lah ye along?”
            “Memang tak la. Tak kan nak suruh Seri kahwin dua pula.”
            Amri gelak lagi. Along ni kadang kelakar juga.
            “Habis tu along nak kahwin dengan siapa?”
            “Dengan pilihan hati along la.” Jawab Farhan pantas.
            “Wah, along pun dah ada kekasih juga ke? Tak cerita kat angah pun kan.”
            “Cerita apa ngah?” Tiba-tiba ada suara menyampuk dari arah pintu. Daniel yang kebetulan lalu di hadapan bilik Farhan turut mencelah. Dah alang-alang terdengar ni join sekali lah. Daniel turut menempel di atas katil Farhan.
            “Along ni chik, dah ada awek tapi tak bagi tahu pun.” Jawab Amri dengan muka sedih yang dibuat-buat. Buruk betul.
            “Betul ke along? Siapa nama awek along tu? Orang mana? Kerja apa?” Achik yang kalut dah datang dah.
            Farhan menggeleng sambil tersenyum. “Bising la angah dan achik ni.”
            “Ala long, bagi tahu la. Malu pula dah. Kan angah kan.” Daniel main cuit-cuit pula.
            Amri dah sengih-sengih. Daniel memang macam tu, selagi dia tak dapat jawapan selagi itu la dia duk paksa orang macam yang along kena sekarang ni la.
            “Kepochi lah korang, macam perempuan.”
            “Wah, along dah pandai cakap kepochi la...” Amri dan Daniel bersorak. Bingit jadinya bilik Farhan.
            “Apa yang kepochi macam perempuan. Seronok ye kutuk kaum perempuan.” Celah satu suara lagi.
            Dah sudah, tambah lagi seorang ahli. Memang teruk la dia kena bahan lepas ini.
            “Ha adik, meh sini meh join kita orang.” Ajak Amri sambil melambai tangan ke arah Nabila yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh di depan pintu bilik Farhan.
            “Join apa? Join along, angah, achik mengutuk kaum perempuan?” Tanya Nabila sebal sambil melangkah ke arah abang-abang dia yang tengah seronok melepak kat atas katil Farhan.
            “Ah kau tak payah nak emo sangat dik. Ni ada cerita best yang along nak bagi tahu.” Daniel tarik tangan Nabila untuk duduk di sebelah Farhan.
            “Cerita apa along? Along nak kahwin dah ke?”
            Pap! Bunyi tangan Amri dan Daniel buat high five.
            “Hebat kau dik, baru je duduk dah tahu along nak kahwin.”
Daniel gelak silih berganti dengan Amri. Seronok betul dia orang gelakkan abangnya itu. Muka Farhan  dah bertukar merah dah. Teruk dia kena main dengan adik-adik hari ni.
“Seriously along?! Aaaaa....” Nabila menjerit sembil memeluk Farhan dengan kemas sekali. Sekarang dah tahu kan macam mana bila ada tiga Shah dalam satu Iman.
“Tak lah adik. Jangan nak percaya sangat dengan gosip murahan macam tu.”
“Eh, habis tu angah dengan achik tipu la ni?” Nabila menjeling  Amri dan Daniel.
“Ha jangan nak salahkan achik ye, angah yang cakap along nak kahwin. Achik tak tahu apa-apa.”
“Okay lah, angah nak turun bawah kejap. Laparlah...” Amri bangun sambil menggosok perut.
“Angah! Jangan nak lari.” Nabila terus bangun dan mengejar langkah kaki Amri yang semakin laju melarikan diri dari bilik Farhan.
Farhan geleng kepala.
“Along, betul ke nak kahwin?” Soal Daniel sambil memeluk bahu Farhan.
“Ya Allah budak ni, tak habis lagi ke?” Terkejut Farhan. Ingatkan dah selesai dah semua.
Daniel gelak. “Ala long, tak kan tak nak share dengan achik kot.”
“Achik, semua tu tak betul okay. Calon pun tak ada macam mana along nak kahwin?”
“Serious?”
“Hundred percent serious.”
“Habis tu Kak Seri?”
“Seri dah ada kekasih, end of discussion. Now move. Along nak mandi badan dah melekit.”
Bahu Daniel ditolak perlahan.
“Tapi nanti kalau along dah ada calon jangan lupa bagi tahu achik tau.” Sempat Daniel berpesan sebelum meninggalkan bilik Farhan.
Farhan garu kepala yang tak gatal. Itu baru tiga orang adik. Kalau ada lima orang adik macam mana? Masak dia nak melayan.



6 comments:

  1. Slow laa pulak tuan doktor nie. Kan dah melepas. Nad pun dah salah sangka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan doktor mmg slow bab hati dan perasaan heheeee....thanks sudi baca 😃

      Delete