20 September 2015

Cinta Han & Nadia Bab 2

BAB 2
KEADAAN wad Tiga yang tadinya agak huru hara sudah kembali tenang. Ahli keluarga para pesakit yang memenuhi ruangan bilik hadapan juga sudah kembali ke katil pesakit masing-masing. Jarum jam menunjukkan tepat pukul dua pagi. Farhan mengeluh perlahan.
            “Doktor Han, okay ke?” Tegur Kak Nor, jururawat senior wad tiga.
            Farhan senyum. “Okay Kak Nor, penat sikit je.”
            “Kalau doktor nak berehat pergi lah.”
            “Tak apa lah Kak Nor, saya nak siapkan laporan ni kejap.”
            Kak Nor menarik kerusi di sebelah Farhan dan menyambung tugasannya yang tergendala sebentar tadi.
            Tepat pukul dua belas malam tadi tiba-tiba ada pesakit yang ditempatkan di dalam bilik bahagian hadapan meracau. Hampir setengah jam para jururawat cuba meredakan keadaan tetapi tidak berjaya sehinggakan mereka terpaksa meminta bantuan daripada doktor yang oncall pada malam itu iaitu Doktor Farhan.
            “Kak Nor...”
            Kak Nor pandang Farhan di sebelah yang sedang tekun menulis laporan. Suara Doktor farhan ke tadi. “Ada apa doktor?”
            “Kak Nor tak penat ke?”
            Kak Nor senyum, betul lah Doktor farhan yang panggil dia tadi. Haila doktor ni, tengah sibuk buat laporan pun boleh bercakap lagi. Tapi kepala tu tak angkat langsung. Boleh pula dia bercakap sambil menunduk macam tu
 “Tipu lah kalau saya cakap tak penat doktor. Tapi dah tugas saya kan, nak buat macam mana.”
            “Dah berapa hari Kak Nor kerja shift malam?” Soal Farhan lagi. Tangan masih laju mencoret kertas laporan. Mengantuk punya pasal, diajaknya Kak Nor berbual.
            “Masuk hari ni dah tiga hari lah doktor. Esok saya cuti.” Kak Nor senyum lagi. Tak sabar rasanya nak cuti. Shift malam kali ni terlebih penat sikit. Mungkin sebab pesakit minggu ni agak ramai daripada kebiasaan sampaikan terpaksa keluarkan extend bed.
            “Biasanya lepas habis shift malam akak buat apa?”
            “Qada tidur lah doktor, buat apa lagi.” Jawab nurse di hujung kaunter sana sambil tergelak. Nurse yang lain juga turut gelak sama. Selamba je menyampuk perbualan Farhan dan Kak Nor.
            Farhan memandang ke arah yang bersuara sambil tersenyum. Kak Nor dah geleng kepala. Budak-budak ni la, suka ambil kesempatan nak bercakap dengan Doktor Farhan. Tahu la doktor ni jenis yang susah nak diajak berbual. Malam ni entah kenapa terbanyak cakap pula.
            “Suami akak okay tak dengan nature kerja akak yang macam ni?” Farhan menyambung kembali perbualan yang terhenti sebentar tadi.
            “Nak tak nak memang dia kena terima lah. Dah dia pilih nurse sebagai isteri.” kak Nor ketawa di hujung kata.
            “Kenapa doktor tanya macam tu?” Soal Kak Nor pula.
            Pen ditangan diputar gaya helikopter. Suasana di sekeliling dipandang sekilas. Nurse yang seronok bergelak ketawa tadi sudah hilang seorang demi seorang. Ada yang ke tandas, ada yang masuk ke bilik rehat. Kini hanya tinggal Farhan dan kak Nor sahaja.
            “Mommy saya suruh saya kahwin, tapi saya rasa saya belum bersedia.”
            “Kenapa doktor rasa macam tu?”
            Farhan mengeluh perlahan. “Dengan nature kerja saya yang macam ni, saya tak rasa ada yang mampu terima kak.”
            “Jangan cakap macam tu doktor. Cuba tengok doktor-doktor lain yang dah kahwin. Yang kahwin dengan orang yang bukan dari aliran yang sama, bahagia je saya tengok.”
            Farhan diam. Kata-kata Kak Nor ada juga yang betul. Contoh terdekat, Doktor Roslan. Dahn hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga dengan cikgu sekolah menengah. Sampai ke hari ni bahagia je hidup mereka.
            “Doktor dah ada calon?” Tiba-tiba Kak Nor bersuara.
            Farhan geleng.
            “Mungkin sebab tu kot doktor rasa macam tu. kalau dah ada calon nanti doktor boleh la cuba bincang dengan dia pasal perkara ni. Saya rasa dia akan faham.”
            “Mungkin lah kak.”
            “Habis tu kalau dah tak ada calon, mommy doktor nak doktor kahwin dengan siapa?” Tanpa rasa kekok Kak Nor bertanya.
Kalau nak kira, dalam ramai-ramai dengan Kak Nor ni je yang Farhan rasa selesa nak bersembang. Kalau tidak, tak adanya dia bercerita pasal jodoh ni semua dengan Kak Nor.
“Mommy tengah carikan calon.”
“Ouh, doktor okay ye dengan calon pilihan keluarga?”
Farhan senyum. Sebenarnya dia langsung tak okay. Tapi kalau tak nak terima calon pilihan mommy, dia kena bawa balik calon pilihan dia sendiri. Masalahnya, dia mana ada calon pilihan hati. Tiba-tiba seraut wajah yang sentiasa di nanti muncul di fikiran. Awak kat mana sekarang ye?
“Doktor...” Kak Nor melambaikan tangan di hadapan Farhan. “Okay tak ni?”
Farhan senyum. Sempat pula berangan bagai. “Okay kak. Jom lah kita sambung buat laporan ni.”
Pen yang dah tercampak ke tepi tadi diambil kembali dan laju tangannya mencatat di kertas laporan. Kak Nor di sebelah masih merenung Farhan dengan wajah pelik. Macam-macam lah doktor ni. Tadi cakap tak ada calon, tapi muka macam orang tengah angau je. Apa-apa saja lah doktor...

SAMPAI saja kat rumah memang katil dengan bantal je yang dia nampak. Farhan melangkah perlahan ke arah anak tangga. Nak menapak ke atas pun dah tak larat ni. Macam mana?
            On call yang paling penat dalam sejarah. Belum sempat siapkan laporan dah ada kes baru masuk. Satu kes kemalangan dan satu lagi kes pendarahan usus. Tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik ada houseman yang membantu, kalau tak memang pengsan.
            “Along...” Puan Maria yang baru keluar dari dapur memanggil.
            Kaki yang baru nak jejak anak tangga kedua diundur kembali. “Ye mom...”
            “Mommy nak cakap kejap boleh?”
            “Pasal apa mom?”
            “Pasal calon untuk along.” jawab Puan Maria berterus terang.
            Farhan mengeluh perlahan. “Later mom, along penat sangat.” Mommy tak perasan ke mata along ni sikit lagi nak tertutup. Bisik Farhan dalam hati.
            “Sekejap je along, mommy nak bagi nombor telefon Seri ni.” Sekeping kad dihulurkan ke arah Farhan.
            Huluran Puan Maria disambut. Mata menjeling sekilas, Seri Khairani Anuar. Cantik nama.
            “Anak siapa mom?”
            “Anak auntie Nora.”
            Dah agak, anak kenalan mommy juga. Haish, perlu ke semua ni. Kenapa hati macam tak rela je.
            “Mom, kalau along tak nak boleh tak?” Langkah kaki melangkah ke arah ruang tamu. Rasa mengantuk sudah hilang ke mana. Yang ada rasa serabut je.
            “Kenapa tak nak pula?” Puan Maria mengikut langkah kaki anaknya.
            Farhan diam. Duduk dilabuhkan di sofa berangkai tiga dan kepala disandarkan perlahan. Penat. Puan Maria yang duduk di sebelah tidak dipedulikan.
            “Mar, anak baru balik kerja kan. Penat pun tak habis lagi. Bincang lain kali je lah.” Tuan Umar yang sedang berdiri di anak tangga paling bawah bersuara.
            Farhan angkat kepala. “Tak kerja daddy?”
            “Tak, rasa tak sedap badan pula hari ni.” Jawab Tuan Umar sambil melangkah ke arah anak dan isteri.
            “Along pergi la naik berehat, dah letih sangat dah daddy tengok.”
            “Tapi bang...”
            “Next time Mar. Sejak bila jadi tak bertimbang rasa macam ni?” Tuan Umar bersuara tegas. Puan Maria pula hanya menunduk.
            “Along naik dulu daddy, mommy.” Tuan Umar angguk. Puan Maria hanya memandang langkah longlai anak sulungnya itu.
            “Daddy, dah makan ubat?”
            “Dah along, tak payah risau. Pergi berehat kat atas sana.”
            Farhan meneruskan langkah. Nasib baik ada daddy, kalau tak harus dia tertidur kat sofa tu je tadi. Mommy nak cakap apa pun dia tak kisah dah.
            “Kenapa yang kalut sangat ni Mar?” Soal Tuan Umar perlahan. Dari tadi dia perhatikan anak dan isternya. Kesian si anak, nak duduk pun tak sempat. Si isteri ni pula semua tak menyempat.
            “Abang, Nora cakap Seri dah ada pilihan hati dia sendiri.” Puan Maria mula cemas kembali.
            “Habis tu yang nak kenalkan dia dengan along tu kenapa?”
            “Mar dah berkenan sangat dengan Seri tu abang. Baik budak nya. Belajar pun tinggi, sesuai sangat lah dengan anak kita tu abang.”
            Tuan Umar geleng kepala. Sungguh lah dia tak faham dengan pemikiran orang perempuan. Suka menyulitkan perkara yang senang. Kenapa nak sesak kan fikiran dengan perkara remeh macam ni.
            “Mar, kalau dah Seri ada pilihan hati sendiri biar kan saja lah. Tak payah nak satukan dia dengan along ke apa. Biar budak tu bahagia dengan pilihan dia. Along pun mesti dah ada pilihan hati dia sendiri.”
            “Tak, along tak ada sesiapa pun lagi.”
            “Kalau pun along tak ada calon, kita tak boleh paksa dia untuk terima Seri.”
            Puan Maria mengeluh perlahan. Wajahnya sudah berubah muram. Abang tak faham...
            Tuan Umar merenung wajah suram isterinya. Macam ada sesuatu yang tak kena saja dengan isterinya ini. Tak pernah-pernah nampak terdesak macam ni.
            “Jangan cakap yang Nora paksa awak untuk kenalkan along dengan Seri pula.”
            Wajah Puan Maria berubah lagi. Nampak terkejut dengan kata-kata suaminya. Tuan Umar mengeluh perlahan. Entah apa la yang dirancangkan oleh kawan isterinya itu.
            “Macam mana abang tahu?”
            “Perempuan. Kami yang lelaki ni kena berfikir di luar kotak kalau hal melibatkan kaum permpuan. Kenapa Nora nak awak buat macam tu?”
            “Sebenarnya Nora tak berkenan dengan pilihan hati Seri.”
            “Kenapa?”
            “Sebab kekasih Seri tu kerja kat Dubai sekarang. Jadi, kalau mereka kahwin Seri akan ikut suami dia ke Dubai. Nora tak sanggup nak lepaskan anak dia pergi jauh abang.”
            “Jadi, dia mintak along jadi pengganti. Nanti Seri boleh la berkepit dengan dia je. Macam tu?”
            Puan Maria angguk.
            “Lame excuses Mar... so lame. Dah, mulai hari ni abang nak awak batalkan saja niat untuk satukan along dengan Seri. Jangan dibebankan lagi si along tu dengan masalah remeh macam ni.”
            “Masalah remeh abang cakap?”
            “Yes Mar. Soal nikah kahwin biar anak kita tentukan sendiri. Cukup lah angah tu je yang kita pilihkan jodoh dia. Tengok sekarang apa yang jadi. Makan pakai terabai, yang isteri dia tahu nak melawa je.”
            Puan Maria tertunduk. Amri Shah, anak kedua mereka yang sangat patuh. Terima saja bila dijodohkan dengan anak kenalan mereka, Lisa. Siapa tahu yang hidup anaknya itu tidak seindah yang di impikan. Makan pakai Amri langsung Lisa tak peduli. Nak ikut balik ke rumah mereka jarang sekali. Bila disuruh berpisah, Amri tak nak. Sayang katanya. Walaupun diri sendiri merana dia tak kisah, asalkan orang tersayang sentiasa di sisi. Lagi pula dia risau hubungan antara kedua keluarga berantakan pula jika mereka berpisah nanti. Sampai macam tu sekali anaknya menjaga hati dan perasaan mereka.
            “Tapi umur along dah masuk tiga puluh tiga tahun abang. Dah sesuai sangat untuk beristeri. Kalau kahwin lambat nanti bilanya nak menimang cahaya mata sendiri.”
            “Ya Allah Mar, kenapa sampai macam tu sekali awak fikir. Jodoh pertemuan, ajal maut rezeki semua tu kan di tangan tuhan. Dia yang tentukan segalanya. Kita hanya mampu dan berusaha.”
            “Ini lah yang Mar sedang lakukan abang, berusaha.”
            “Tapi kalau sampai melukakan hati orang lain lebih baik tak payah Mar.” Tuan Umar bingkas bangun untuk ke tingkat atas.
            “Sampai hati abang cakap macam tu kat Mar.” Puan Maria sebak. Suaminya seperti mahu menyalahkan dirinya saja.
            Tuan Umar mengeluh perlahan. Bahu Puan Maria digosok perlahan. “Abang tak bermaksud nak sakitkan hati Mar. Jangan lah macam ni.” Tuan Umar memujuk.
            “Mar minta maaf abang.” Air mata mula memberat. Dia sebak memikirkan tentang anak keduanya juga sebenarnya. Rasa bersalah pula dengan angah.
            “Tak ada apa yang perlu abang maafkan. Dah lah jangan nangis, malu anak-anak tengok.”

            Tangan Puan Maria ditarik perlahan untuk ke tingkat atas. Macam tu lah mereka, segala perselisihan faham atau percanggahan pendapat akan diselesaikan dengan segera. Kalau di simpan lama nanti boleh jadi barah dalam perhubungan suami isteri. Resipi keharmonian rumah tangga Tuan Umar suami isteri.

No comments:

Post a Comment