19 September 2015

Cinta Han & Nadia Bab 1

BAB 1
NADIA menolak perlahan pintu kaca butik Nad’s Closet. Kelihatan Yuni sedang sibuk melayan beberapa orang pelanggan di sudut pakaian. Hawa pula sedang sibuk melayan pelanggan yang sedang membuat pembayaran di kaunter pembayaran.
            “Baru sampai Nad?” Tegur Kak Yus yang sedang mengisi biskut ke dalam balang kaca di hujung kaunter.
            Nad’s Closet adalah butik cetusan idea Nadia sendiri setelah dua tahun berniaga secara online. Kak Yus adalah pembantu Nadia yang sama-sama membantu sejak di awal penubuhan Nad’s Closet lagi.
            “Haah Kak Yus, penat lah.” Nadia menapak ke arah kaunter yang menempatkan beberapa balang kaca berisi biskut yang dibuat sendiri oleh Kak Yus. Di hujung kaunter pula terdapat coffee maker beserta peti ais kecil yang di dalamnya terdapat beberapa jenis jus.
            Butik Nad’s Closet bukanlah hanya menjual pakaian wanita sahaja. Di dalam butik tersebut turut di sediakan reading section, di mana terdapat pelbagai genre novel terpakai yang boleh dibaca oleh para pelanggan. Beberapa biji kerusi dan meja juga turut disediakan bagi memudahkan pelanggan untuk berehat sambil membaca. Bagi yang berminat boleh saja membeli novel-novel tersebut dengan harga yang berpatutan.
            Manakala di sebelah kanan butik pula terdapat satu kaunter panjang yang menempatkan kaunter bayaran serta cookies and coffee corner. Di sini para pelanggan bukan sahaja boleh cuci mata dan membeli pakaian, mereka juga boleh merehatkan minda sambil membaca dan juga boleh bersembang sambil mengisi perut dengan biskut dan minuman. Menarik bukan.
            “Nad dari mana sebenarnya?” Balang biskut yang sudah diisi disusun rapi agar kelihatan kemas.
            “Nad pergi jumpa supplier kejap tadi.”
            “Pasal batik tu ke?”
            “Haah Kak Yus.” Nadia mengeluh perlahan.
            “Dah kenapa pula mengeluh macam ni?”
            “Pasal harga tu la Kak Yus. Nad tak tahu nak cakap macam mana lagi dah.” Pelipis diurut perlahan. Dari pagi asyik ke hulu ke hilir di tambah pula dengan cuaca panas macam ni, memang senang lah dapat penyakit.
            “Dia orang tetap dengan harga tu juga ke?”
            “Yup. Dah mintak kurang tapi tak boleh. Nad dah cakap kita nak ambil banyak kot bukannya sikit. Tak kan tak boleh kurang sikit lagi. Tapi dia orang tetap dengan keputusan harga tak berubah. Tension betul.” Nadia mengeluh lagi.
            “Tak elok asyik mengeluh je Nad.” Tegur Kak Yus. Nadia sengih je.
            “Tak ada lah Kak Yus, orang extra penat sikit hari ni. Tu yang asyik mengeluh je.”
            Kak Yus senyum. “Tak nak tanya supplier lain ke? Kot ada yang boleh bagi harga murah sikit.”
            “Bukan tak nak tanya Kak Yus. Tapi yang ni kan supplier tetap kita. Karang kalau kita order dengan orang lain bising pula nanti.”
            “Habis tu sampai bila nak macam ni? Stok kita dah tak banyak dah Nad. Pelanggan pun asyik tanya tak ada design baru ke. Sayang lah kalau dah tak ada stok nanti.”
            “Itu yang Nad tengah pening ni Kak Yus. Nak tak nak terpaksa lah kita setuju dengan harga dia orang tu. Kita kan regular customer dia orang, sepatutnya tolerate la sikit.”
            “Kak Yus ni bukan nak mengutuk ke apa, cuma nak cakap je lah. Peniaga-peniaga besar ni macam tu la Nad, susah nak kompromi. Peniaga-peniaga kecil macam kita ni lah yang terpaksa menanggung semuanya. Dengan cukai yang macam-macam tu lagi. Hai, entah lah. Kak Yus pun dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.” Dah tak pasal Kak Yus pun mengeluh sama. Berjangkit rupanya benda nih. Nadia gelak dalam hati.
            “Tak apa lah Kak Yus, nanti Nad cuba bincang lagi. Kalau tak boleh juga terpaksa lah kita ikut harga dia orang.”
            “Nad, kalau boleh cuba la cari supplier lain.”
            “Okay Kak Yus, nanti Nad cuba. Oh ya, Abang Kamal datang tak tadi?”
            “Abang Kamal? Tak ada. Kenapa?”
            “Semalam dia janji nak datang tengok kedai yang kat atas tu. Kan kita nak renovate untuk buat bilik mengaji Al-Quran.”
            “Abang Kamal ada call tadi Kak Nad. Dia cakap tak sempat nak datang pagi, ada hal sikit. Petang karang dia datang.” Hawa yang sedang berdiri di kaunter pembayaran bersuara.
            “Dia cakap dengan Hawa ke?” Kak Yus menyoal.
            “Haah Kak Yus, kenapa? Jealous ek?” Sakat Hawa sambil tersengih sengih. Nadia turut ketawa.
            “Ah tak ada masa nak cemburu bagai. Dah lah, akak nak ke belakang. Layan kamu berdua sampai ke sudah lah kerja akak tak siap.” Jawab kak Yus sambil melenggang ke arah bilik belakang yang menempatkan bilik penyimpanan stok.
            “Eh eh, salahkan kita pula.” Nadia geleng kepala. Macam-macam lah.
            “Hawa nanti tolong Kak Nad angkat barang yang kat dalam kereta.”
            “Barang apa Kak Nad?”
            “Barang mainan.”
            “Melawak?!”
            Nadia gelak. “Bekal yang mama kirim. Kak Nad lupa nak keluarkan tadi. So tengah hari karang tak payah lah beli makanan kat luar. Makan yang mama Kak Nad kirim tu je. Cukup sampai petang.”
            “Waaa bestnyaaa...” Hawa dah senyum sampai telinga.
            “Nanti bagi tahu Yuni sekali ye. Sibuk sangat layan pelanggan nampaknya. Jangan lupa nak makan sudah.” Nadia memandang ke arah Yuni.
            “Yuni kan pekerja yang berdedikasi. Soal makan tolak tepi.”
            “Ha, mengumpat.” Tegur Yuni. Barang-barang yang dipilih oleh pelanggan itu tadi diletakkan di atas kaunter.
            “Eh, dengar je dia.” Nadia senyum ke arah pelanggan yang mengekori belakang Yuni.
            “Telinga lintah kot Kak Nad. Kalau ada yang mengumpatkan Yuni cepat je telinga ni dengar.” Jawab Yuni bangga.
            “Ooo patut la lintah tak ada telinga, kau yang ambil rupanya.” Hawa dah ketawa.
            “Ish, kau ni...” Marah Yuni.
            “Dah, tak payah nak bising. Customer tengah tunggu tu. Maaf ye adik-adik, banyak main pula dia orang ni.” Nadia memohon maaf kepada pelanggan yang dari tadi asyik tersenyum saja melihat telatah Yuni dan Hawa.
            “It’s okay kak.” Jawab salah seorang daripada mereka.
            Nadia senyum. “Hawa jangan lupa ambil barang kat dalam kereta Kak Nad ye. Kejap lagi Kak Nad dah nak keluar.”
            “Nak keluar lagi?”
            “Yup, nak jumpa Kak Kirah jap.” Nadia kenyit mata sambil melangkah ke arah bilik belakang.
            “Hai, sibuk betul bos kita yang seorang ni.” Hawa geleng kepala sambil tersenyum.

NADIA menyedut perlahan jus tembikai. Untung lah, sampai je dah tersedia jus tembikai dan sepotong kek kegemaran. Kawan dia yang seorang ni memang sangat memahami.
            “Kau kenapa lambat?” Kirah menyoal.
            “Macam biasa lah, heavy traffic.”
            “Ah kau, bukan jauh pun butik kau dengan tempat ni kan.” Kirah dah tarik muncung. Tahu sangat dah perangai kawan dia yang seorang ni. Kalau tak lambat memang tak sah. Tapi kalau temujanji dengan pembekal ke apa boleh pulak datang on time. Tak faham betul.
            Nadia sengih je. Dah tau taktik dia rupanya. Tapi apa yang pelik, dah sembilan tahun kot berkawan dengan Si Kirah ni. Semua luar dan dalam dia Kirah dah tahu. Sama macam dia juga la, semua luar dan dalam Kirah dia dah tahu.
            “Bila nak datang butik?” Tanya Nadia sambil memotong kecil kek di dalam piring dan disuap ke dalam mulut. Tadi dah makan bekalan mama dekat butik, sekarang makan lagi. Tapi badan cikeding juga. Untung la kau Nadia.
            “Minggu depan kot, minggu ni tak sempat la.”
            “Ah kau, bukan jauh pun butik aku tu kan.”
            Kirah sengih. “Aku tak sempat la babe. Banyak sangat tempahan minggu ni.”
            “Kau dari mana sebenarnya ni?”
            “Baru lepas hantar kek kat customer aku. Penat lah nak mencari rumah. Aku ni dah lah fail bab tengok map.”
            “Delivery kat kawasan pedalaman ke apa?”
            “Agak la, jauh ke dalam hujung kampung mana entah. Tapi rumah kemain besar tau. Dah macam resort aku tengok. Cun la babe.”
            “Ouh rumah orang kaya. Padan lah order kek dengan kau.”
            Kirah buat muka pelik. “Apa cakap macam tu.”
            “Ye la, kek kau kan mahal. Orang-orang kaya je yang mampu beli.”
            “Ooo, kau perli aku?” Kirah dah kemam bibir. Dah geram lah tu.
            Nadia gelak. Kawan dia ni nak marah pun still maintain cute. Macam mana lah orang nak takut.
            “Tak la, aku gurau je. Kau ni, dah buat kek tapi ajak aku lepak kat kedai kek juga. Tak bosan ke. Kalau aku dah naik muak dah nak tengok segala macam kek ni semua.”
            “Tak lah, aku suka je tengok kek. Tak makan pun tak apa asal boleh tengok kek.” Senyum macam orang tengah angau je Kirah ni. Angau dengan kek pun ada ke?
            “Kenapa kau susah-susah nak hantar? Kenapa kau tak suruh customer kau tu datang ambil sendiri je.”
            “Aku hantar mana yang sempat je Nad. Yang tak sempat memang dia orang datang ambil sendiri kat rumah aku.”
            “Bertambah lah penat kau.”
            Kirah senyum. “Kita ni Nad, kalau buat perkara yang kita suka, penat pun tak rasa tau. Aku suka macam ni, jadi aku buat lah. Kalau dah suka tu, yang susah pun boleh jadi senang tau Nad.”
            “Eleh kau sembang. Tadi baru je cakap penat cari rumah customer.
            Kirah dah ketawa lepas. Kantoi disitu nampaknya.
            “Kali ni je penat sikit sebab susah nak cari rumah. Yang sebelum ni okay je.”
            “Kau tak nak buka kedai sendiri ke Kirah? Sampai bila nak buat kek kat rumah je.” Banyak soal pula Nadia ni. Mulut tu dari tadi tak berhenti mengunyah. Hantu kek betul. Sesuai sangat lah berkawan dengan tukang buat kek ni ha.
            “Nanti lah dulu, setakat ni aku selesa je berniaga dari rumah. Lagi pula, nak buka kedai kena ada modal yang banyak. Aku tengah kumpul modal la ni. Tak nak aku buat pinjaman bank.”
            “Mara kan ada.”
            “Tahu. Tapi kena buat kertas kerja la apa kan. Malas lah aku.”
            “Kau semua malas. Dah tu bila nak maju.”
            “Bisnes aku memang dah maju apa.”
            “Berlagak!”
            Dua-dua gelak. Kutuk mengutuk di antara mereka itu perkara biasa.
            “Babe, hari tu aku terserempak dengan Fariz.”
            Nadia terdiam. Piring kek terus ditolak ke depan. Asal dengar nama Fariz je terus hilang selera nak makan. Nasib baik kek yang Kirah order tadi dah habis dia telan, kalau tak buat rugi je order kek mahal-mahal.
            “Then?
            “Dia minta nombor telefon kau.”
            Dah agak dah. “Habis tu, kau bagi?”
            Kirah geleng. Amanah kawan tak akan dia lupakan.
            “Bagus. Macam ni la kawan aku.” Nadia angkat ibu jari tanda bagus.
            “Tapi aku kesian la tengok dia Nad.”
            “Nak kesian kenapa?”
            “Bersungguh mintak nombor telefon kau. Nasib baik iman aku masih kuat. Dia pujuk aku macam mana sekalipun langsung aku tak tergugat tau.”
            “Waaa hebatnya kawan aku. Ni nak aku bagi reward ke apa?”
            “Ish minah ni, orang serious dia main-main pula.”
            “Sudah lah Kirah, kau tak payah nak kesian sangat dengan Si Fariz tu. Dulu bukan main dia mengutuk aku kan, siap sebarkan cerita yang bukan-bukan lagi pasal aku dengan dia kat kawan-kawan kita. Sekarang sibuk nak nombor telefon aku pula. Apa hal?”
Riak wajah Nadia sudah berubah tegang. Geram sebenarnya dengan perangai Fariz yang tak sudah-sudah nak mengganggu hidup dia. Salah apa la yang dia buat dekat Fariz ni dulu. Eh kejap, dia ada buat salah dengan Fariz ke? Kawan pun tak rapat mana, setakat hai hai macam tu je. Dia ada buat salah ke?
Kirah angkat bahu. “Mungkin dia nak minta maaf dengan kau.”
“Tak payah! Aku dah malas la nak fikir pasal dia. Cukup lah dia dah tak munculkan diri depan aku.”
“Ke dia minat kat kau sebenarnya.” Serkap jarang Kirah buat muka Nadia pucat.
“Tak nak lah aku kat dia.”
“Kenapa? Ke kau dah ada pilihan yang lain?” Sengih Kirah sengih. Macam kelakar je kan soalan kau.
“Tak ada masa aku nak berpilihan-pilihan segala.” Nadia tarik muncung. Malas betul nak melayan soalan-soalan macam ni lah.
Kirah terdiam. Perubahan wajah Nadia membuatkan dia terfikirkan sesuatu.
“Eh babe, kau jangan cakap yang kau masih teringatkan...”
Wajah Nadia berubah mendung. “Aku tak nak cakap pasal ni, please...”
Babe! Seriously?!” Kirah melopong. Agak terkejut juga la.
“Eh babe, dah dua tahun kot. Tak kan lah kau masih ingatkan dia.”
“Aku...”
“Jangan cakap yang kau tengah tunggu dia juga.” pantas Kirah memotong kata-kata Nadia.
“Kirah...”
Wajah Nadia terus berubah. Bukan setakat mendung, dah ada titis-titis air hujan dah ni ha.
Babe kau jangan nak hujan kat sini. Tunggu aku pergi bayar kejap lepas tu kita balik.” Kirah berlalu ke arah kaunter bayaran.

Nadia memandang jauh ke hadapan sambil menyapu air mata yang mula menitis di pipi. Missing a stranger. You better not Nadia!

No comments:

Post a Comment