1 April 2015

Hessa, It's Me! Bab 2

DUA bulan berlalu sejak kejadian dekat Hotel Grand River Side. Sejak hari itu Niyaz langsung tidak hubungi aku walaupun kami masing-masing sudah bertukar nombor telefon. Kenapa ye? Marah kat aku ke? Ke merajuk? Dah nak merajuk pasal apa pula?
            “Merajuk sebab kau tak percaya dekat dia la...” Roti yang ketiga dah selamat masuk ke dalam mulut Aini. Dari tadi asyik makan je tau minah ni.
            “Bila masa pula aku tak percaya dekat dia?”
            “Eh, kau jangan nak pura-pura tak tahu pula ye Hessa.”
            “Tapi... dia teka je kan masa tu. Bukan betul pun.”
            “Tapi... memang betul pun kan tekaan dia. Siap tanya receptionist tu lagi.”
            Aku sentap. Memang la salah aku pergi tanya macam tu, tapi siapa-siapa pun akan buat double check kan kalau nak kawan dengan orang yang kita tak kenal. Ke tak?
            “Kau nak tahu tak apa masalah korang sebenarnya?”
            “Apa?”
            “Masing-masing ego, tak nak mula dulu. Yang kat sana konon merajuk, yang kat sini konon tak tahu salah.”
            Aku mengeluh perlahan. “Ala biar je lah dia Aini. Lagi pun kita baru je kenal dia kan, mana boleh percaya sangat. Dia tu pula, yang mengada sangat nak merajuk bagai kenapa? Dah nama pun baru kenal kan, dah nak buat perangai macam-macam.”
            “Ikut suka kau la Hessa. Yang penting lepas ni jangan nak membebel depan aku kenapa dia tak contact kau. Aku bosan!”
            “Eleh kau, cakap je bosan. Tiap kali jumpa aku soalan sama juga yang kau tanya kan? Niyaz ada contact kau?” Nah mocking Aini jap, bukan mocking Jay muahaha.
            Aini dah gelak tak ingat dunia. “Tak senonoh la kau, habis tersembur roti yang kau makan tu.”
            “Haah la kan, baru aku perasan. Hahaha sorry lah Hessa, aku pun dah ikut curious dah pasal kau orang berdua ni.”
            “Angah!” Suara along dari ruang tamu kedengaran.
            “Apa long?”
            “Jangan lupa kita dah janji nak ambil achik kat airport nanti.” Along dah terpacak kat sebelah aku.
            “Ye, orang ingat lah.”
            “Ha Aini, jom la ikut sekali.”
            “Eh tak apa lah along, Aini dah nak balik dah kejap lagi.”
            “Awalnya nak balik.” Aini mencebik. Aku dah mengekek dengar ayat along.
            “Perli Aini la tu kan. Tau la dah separuh hari Aini kat sini. Aini rindu Hessa la along, itu yang menyembang tak ingat apa lagi dah.”
            Along ikut gelak. “Banyak la Aini punya rindu. Minggu lepas baru je keluar shopping dengan Hessa kan. Rindu apa lagi?”
            “Itu yang minggu lepas. Ini melepaskan rindu yang minggu ini la long.” Loyar buruk Aini dah keluar dah.
            “Dah lah, malas lah along nak layan loyar buruk Aini tu.” Along keluar dari dapur. Tapi sempat ditarik hujung tudung Aini. Apa lagi, meraung la mak cik tu bila tudung dia senget benget.
            “Dah lah, meh sini aku tolong betulkan.” Aku mendekat tapi Aini mengelak.
            “Tak payah. Bukan aku tak tahu niat hati kau tu. Kalau dah sama spesis dengan along tu, haish tak payah cakap lah.” Gelak sakan aku dengar omelan Aini. Memang la kami adik beradik sehati sejiwa sebab dua-dua suka kacau Aini. Kacau Aini je lah, orang lain tak.
            “Eh, achik balik for good ke?”
            “Tak lah, balik cuti je. Budak tu ada lagi setahun setengah kat sana.”
            “Ouh lambat lagi habisnya. Eh, mesti makin handsome achik sekarang kan. Ye la, duduk kat oversea sana, kulit pun automatic jadi putih berseri kan.”
            “Hah, berseri la sangat. Aku tengok sama je. Cuma makin kurus la adik aku tu. tak cukup makan gamaknya kat sana.”
            “Ala biasa la tu hidup sendiri macam tu la. Kadang makan, kadang tidak.”
            “Entah lah Aini, aku selalu pesan jaga kesihatan jaga makan. Soal duit tak payah nak risau sangat kami kan ada. Along pun pesan benda yang sama, soal duit tak payah nak fikir sangat. Lagi pun duit simpanan arwah mak ayah aku masih cukup untuk menampung pengajian dia dengan adik aku yang bongsu tu. Tambah dengan duit gaji dan simpanan aku dan along lagi, dah lebih dari cukup Aini. Tapi achik macam tu la, terlampau berjimat cermat sampaikan soal makan pun dia buat tak endah je.”
            “Itu maknanya achik tu dah dewasa dan matang Hessa. Tak nak susahkan abang dan kakak dia ni.”
            “Yela, tapi kalau dah sampai memudaratkan diri sendiri pun  tak guna juga.”
            Aku mengeluh perlahan. Achik macam dah berubah sejak mak dan ayah meninggal dua tahun lepas. Tak nak bersosial sangat, makan pun kurang. Yang dia tahu belajar, belajar dan belajar. Kalau balik bercuti, dia lepak kat rumah je lah. Kalau keluar jalan-jalan pun, dengan kami adik beradik je. Kalau kawan-kawan datang, setakat lepak kat rumah je lah. Harapan je la nak ajak dia keluar lepak.
 Bila kat Newcastle pun macam tu juga. Aku dan along selalu cakap kalau cuti pergi la keluar dengan kawan jelajah tempat orang sementara ada kesempatan ni. Nanti bila dah balik Malaysia tak tahu la bila pula ada peluang nak jalan-jalan kat tempat orang. Dia cakap, dah tiga tahun kat sana. Dah puas berjalan. Entah kenapa la achik jadi macam tu.
“Kau jangan nak risau sangat lah Hessa. Bila achik balik nanti, kau masak sedap-sedap, bawak dia keluar makan kat tempat best biar dia gemuk macam tong drum. Kegemukan dia tu nanti boleh la dia jadikan bekalan bila balik Newcastle tu nanti.”
Okay ini serious lawak. Aku memang tak boleh nak tahan gelak lagi dah. Mood serious tadi entah hilang pergi mana dah. “Aini, kau memang mak lawak kan. Suka buat aku gelak.”
Aini senyum. “Aku jadi mak lawak untuk kau je tau. Sebab aku tak nak la tengok kau sedih , serious, stress. Tak sesuai dengan wajah kau yang cantik manis ni.” Dagu aku dicuit.
“Banyak la kau punya cantik manis. Kalau aku cantik manis dah lama aku kahwin tau. Okay ini tak lawak!”
Kami berdua terdiam sebelum dua-dua ketawa tak ingat dunia. Entah apa yang lucu. Lawak kami memang pelik.

TEPAT pukul satu tengah hari, aku dah bersiap untuk keluar makan. Hari ni Erin tak datang, kena follow Kak Wan lah nampaknya.
            “Kak Wan kita dah siap.”
            Kak Wan yang baru keluar tandas mengeluh perlahan. “Kak Wan tak keluar makan kot hari ni Hessa.”
            “Eh, kanapa pula?”
            “Cherry berry la adik oiii. Ni dah lembik dah rasanya, tak larat dah Kak Wan nak jalan.” Kak Wan tersandar lemah di mejanya.
            “Habis tu kita nak keluar makan dengan siapa ni Kak Wan. Malasnya nak jalan sorang-sorang.” Sungguh la kau malas kalau nak berjalan sorang diri. Entah kenapa rasa awkward je. Padahal bukan tak biasa pun dengan kawasan hospital ni. Dah dua tahun kerja kat sini, tak kan lah tak biasa lagi kot.
            “Tu Hafizi ada, ajak dia lah temankan.”
            Aku toleh belakang. Hafizi tengah tekun mengadap kertas kerja apa entah. Tak biasa ni keluar berdua dengan dia je. Selalu mesti ada Erin, Kak Wan, Alif.
            “Hafizi, tak nak keluar makan ke?”
            Hafizi angkat kepala. Kerutan di dahi jelas kelihatan. “Kau nak ajak aku keluar makan ke?”
            Eh, macam tahu-tahu pula dia ni. “Haah, jom lah.”
            “Tapi kerja aku tak siap lagi la.”
            “Alaa sambung lepas makan la. kau tak lapar ke?”
            “Lapar juga. Kau bagi aku sepuluh minit, then kita keluar.”
            “Okay aku tunggu kau kat depan parking sana eh. Rimas dowh terperuk kat dalam pejabat ni.”
            Hafizi angkat ibu jari tanda okay. Kepala masih tunduk mengadap kerja dia yang tak sudah-sudah tu.
            “Kak Wan nak kirim apa-apa tak?”
            “Takde lah Hessa, tak lalu nak makan.”
            “Kalau macam tu kita pergi dulu la ek.”
            Kak Wan mengangguk lemah. Kesiannya lahai, macam dah tak ada daya langsung dah Kak Wan tu aku tengok.

DAH nama pun lunch hour kan, ramai la orang lalu lalang keluar makan. Tambah lagi dengan pelawat yang datang melawat orang sakit. Pening dah kepala aku dari tadi asyik toleh kiri kanan.
            Tapi dalam ramai orang yang lalu lalang tu, ada satu figura yang berjaya menarik pandangan mata aku. Dari jauh macam tak jelas. Tapi bila dekat, memang sah itu dia. Niyaz. Setelah dua bulan kita tak jumpa, kat tempat orang ramai ni juga lah kita terserempak ye.
            “Abang!”
Aku sapa dia dari belakang. Tapi langsung dia tak menoleh.
            “Abang Niyaz!”
            Dia pusing. Tak berkelip mata pandang aku. Terkejut sangat ke?
            “Abang Niyaz buat apa kat sini?”
            “Hessa buat apa kat sini?”
            Soalan berbalas soalan. Aku pandang dia atas bawah, macam serabai je. Kenapa pula dengan Abang Niyaz ni.
            “Abang tak ingat ke? Kan Hessa kerja kat sini. Kat bahagian kewangan tingkat tiga.”
            “Ouh...” Itu je yang keluar dari mulut dia.
            “Abang buat apa kat sini?”
            Dia senyum tapi kenapa aku rasa senyuman dia macam tak best je. Senyuman hambar.
            “Ingat pula Hessa kat wajah abang ni ye.”
            Erk! Ini perli ke apa? Dah tak tertelan pula air liur ni aku rasakan.
            “Mesti lah ingat, kan kita baru je jumpa hari tu.” Dia senyum lagi. Tapi sungguh la dia senyum tak ikhlas, tawar je. Macam senyum sinis pun ada.
            “Abang tak jawab lagi soalan Hessa. Abang buat apa kat sini?”
            Belum sempat Niyaz jawab soalan aku, Hafizi datang menyapa. “Hessa jom, kita macam dah lambat la.”
            “Okay kejap.” Aku pandang wajah Niyaz yang lain benar nampaknya hari ini. Tak ceria langsung. “Abang jawab soalan Hessa, please.” Dah jatuh tahap merayu dah nih.
            “Nak pergi mana?” Soal Niyaz lagi. Dia ni memang tak pandai jawab soalan ke? Tahu nak soal orang je.
            “Kami nak keluar makan. Jom lah bang ikut sekali.” Jawab Hafizi ramah. Dia ni memang peramah tak kira tempat.
            “No thanks.” Jawab Niyaz sopan sambil berbalas senyuman dengan Hafizi.
            “Abang pergi dulu.” Niyaz terus melangkah pergi meninggalkan aku dengan Hafizi. Dia ni dah kenapa? Merajuk dengan aku lagi ke?
            “Abang kau ke?”
            Aku jeling Hafizi sekilas. “Bukan lah. Abang aku pun  kau tak kenal ke?”
            “Mana lah aku kenal abang kau. Tak pernah jumpa pun kan.” Hafizi mencebik. Betul juga, dia mana pernah jumpa dengan along pun.
            “Dah lah jom, dah lewat ni...”
 Kami melangkah keluar dari kawasan hospital. Makan dekat gerai sebelah ni je lah. Waktu rehat pun dah nak habis dah.

MALAM tu aku terus call Aini, cerita kat dia apa yang jadi siang tadi.
            “Aku rasa sentap juga la bila dia tak jawab pun soalan aku tadi.”
            “Dia tengah ada masalah kot. Kau juga yang cakap tadi kan yang dia macam serabai semua. Entah-entah ada ahli keluarga dia ke yang sakit.”
            “Tapi, tak kan lah nak jawab soalan aku tu pun tak boleh.”
            “Dia masih merajuk dengan kau la tu.”
            “Lahaiii, dah dua bulan kot. tak kan lah merajuk lagi Aini oiii...”
            “Cik Hessa Munirah, kalau kau nak tahu lelaki punya merajuk ni lebih teruk dari perempuan tau. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang merajuk dan tak terpujuk macam abnag Niyaz tu ha. Benda basic ni, tak kan itu pun kau tak tahu.”
            Heh, betul ke apa yang Aini cakap ni? “Yeke Aini? Kenapa aku tak tahu pun.”
            “Sungguh ke kau tak tahu? Kau kan ada abang dan adik lelaki, tak kan lah dia orang tak pernah merajuk dengan kau.”
            “Adik beradik aku semua behave, tak banyak ragam. Nak merajuk jauh sekali hehehe.”
            “Perasan! Dah lah aku nak keluar makan dengan family aku ni. Kita sambung lain kali lah ye. Pasal Abang Niyaz tu pandai-pandai lah kau pujuk.”
            “Wait! Tapi macam mana?”
            “Use your brain and your phone. Good luck babe! Bye.”
            Tuttt... tuttt... dia terus letak? Bertuah punya Aini. Bagi kata kunci then terus hang up. Haish, sungguh la aku tak sedap hati bila fikirkan tentang Niyaz. Kalau tak jumpa tak apa. Ini bila dah tengok muka dia yang serabai macam tu mula aku rasa tak senang hati. Nak buat apa ni?
            Telefon di tangan aku tenung macam nak tembus. Nak call or Whatsapp je? Kalau call nak cakap apa? Kalau Whatsapp nak taip apa? Kalau call tapi tak cakap buat rugi bil telefon je. Whatsapp je lah senang.


            Salam abang Niyaz. Abang sihat? – Hessa


            Send.

            Last seen today at 20:08

            Online

            Double blue tick


            Last seen today at 20:25

No comments:

Post a Comment