14 April 2015

Hessa, It's Me! Bab 6

SEMINGGU sudah berlalu. Aku dan Niyaz langsung tidak berhubung. Biarlah dia berehat sepuas-puasnya di samping keluarga. Achik pun dah balik Newcastle dah. Achik cakapm kalau tak ada aral lagi dua minggu dia akan kahwin dengan Baya.
            Mudahnya achik bertemu jodoh. Aku dengan along pun belum kahwin, dia dah nak naik pangkat suami dah. Itu lah, dah nama pun jodoh pertemuan di tangan tuhan kan. Rezeki setiap manusia berbeza. Rezeki achik dapat kahwin awal nampaknya.
            Cakap soal kahwin, ada satu lagi masalah ni ha. Nik! Aku tak tahu la macam mana Nik boleh terlibat dalam aktiviti mencaras suami orang. Dia tu bukan tak ada orang nak pun. Dah siap bertunang lagi ha. Entah apa lagi yang tak cukup dengan tunang dia tu pun aku tak tahu la. Kerja dah best dah, pilot kot. Keluarga pun orang baik-baik je aku tengok. Apa lagi la yang takm cukup Nik oiii.
            Ni la manusia, tak tahu bersyukur. Allah dah bagi cukup rezeki, kesihatan, jodoh semua. Lagi mahu cari yang lain.  Untung tau jadi Nik, dapat tunang orang baik-baik. Tengok macam aku dengan Aini, sampai sekarang solo. Nak kata memilih, tak ada la memilih sangat. Jodoh belum sampai mungkin.
Beep! Beep!
            ‘Hessa, Brew Cafe now! Nik’s here with me.’ – Aini
            Ha, panjang umur budak berdua ni. Ini mesti nak bincang yang pasal Nik hari tu. Cepat-cepat aku bersiap. Nasib hujung minggu ni aku lepak kat rumah je. Kalau tak, terlepas la peluang nak dengar cerita Nik. Eh Hessa, kepochi pula kau kan!
            “Along, angah nak keluar kejap tau. Nak jumpa Aini dengan Nik.”
            Along baru je melangkah keluar dari dapur sambil membawa mug di tangan. Along dan kopi memang tak boleh di pisahkan. Macam aku juga.
            “Along nak keluar dengan adik kejap lagi. Tak nak ikut ke?”
            “Ke mana?”
            “Entah budak kecik tu. Cakap nak shopping.”
            “Along nak temankan adik shopping? Homaiii... mimpi kah?” Macam tak percaya je along yang super busy tu nak temankan adik yang super cerewet tu shopping.
Macam tak ngam kan diorang. Seorang jenis busy manjang, nak curi masa untuk diri sendiri pun tak sempat. Yang sorang lagi tu pula cerewet yang ampun. Kalau keluar shopping dengan dia tak ambil masa sampai empat lima jam memang tak sah. Aku memang surrender ah keluar shopping dengan Hafiy. Menurun siapa entah.
            “Haipp, along sayang adik along tau.”
            “Ye la sayang, Hessa pun sayang adik tu. Tapi jangan di manjakan sangat along.”
            “Bukan selalu angah. Along tengok angah ni berkeras sangat dengan adik tu. Kenapa?” Eh, along perasan rupanya.
            Aku bukan nak berkeras sangat dengan Hafiy tu, tapi dah memang gitu aku layan adik-adik aku. Nak manja boleh, tapi kalau melebih kirim salam je lah. Hafiy pun dah biasa dengan cara aku. Dia pun okay je. Mungkin sebab tu lah kot dia jadi lebih rapat dengan along dan achik berbanding dengan kakak dia yang seorang ni.
            “Mana ada angah berkeras sangat long. Dah memang gitu gaya angah layan adik-adik. Achik pun angah layan macam tu juga. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Adik pun okay je angah tengok. Tak pernah complaint pasal layanan angah kat dia.”
            “Urm, bagus lah kalau macam tu. Along bukan apa, kalau bukan kita yang bagi layanan yang sepenuhnya kat adik-adik nak harapkan siapa lagi kan. Kita tinggal empat beradik ni je angah. Along tak nak ada yang kurang kasih sayang nanti.” Wajah along berubah muram.
Berat tanggungjawab yang along perlu pikul sebagai anak yang sulung. Aku tahu tu. Dan aku akan sentiasa berdiri di belakang along untuk memberi sokongan dalam memikul amanah dan tanggungjawab untuk menjaga keluarga kami.
“Along jangan risau sangat. Everything is fine along. Angah sayang along, achik dan adik lebih daripada angah sayang diri angah sendiri. Along jangan risau okay?” Bahu along aku peluk dan pipinya aku kucup. Dari kecil kami diajar macam tu sebagai meluahkan rasa sayang di antara kami adik beradik.
“Okay lah. Eh, tadi cakap nak keluar dengan Aini dan Nik kan.”
Aku tengo jam di tangan. “Alah. angah dah lambat la. Ini semua along punya pasal la.”
Along gelak. Boleh pula kan tangkap syahdu masa orang tengah kalut nak keluar.
“Ni pukul berapa nak balik karang?” Soal along masa aku tengah sibuk ikat tali kasut. Pakai rileks-rileks je hari ni. Jeans, t-shirt lengan panjang, sneakers, tudung bawal pin kat depan. Macam nenek Hafizi cakap.
“Nanti along dengan adik nak balik, call angah.”
“Okay. Drive elok-elok.”
Aku angguk. Tangan kanan along aku tarik dan cium. Along senyum sambil menggosok perlahan kepala aku. Haila along, terlampau memikirkan soal kehidupan adik-adik sampaikan tak sempat nak fikir soal kehidupan sendiri.

KERUSI di sebelah Aini aku tarik perlahan.
            “So, apa cerita ni?” Soal aku tak sabar.
            “Lambat!” Aini dah bising.
            “Sorry babe, aku ada hal skit dengan along tadi.”
            “Along sihat?” Soal Aini sambil sengih-sengih.
            “Kau kenapa? Macam ulat bulu pula aku tengok. Jangan cakap yang kau syuk kat along pula.”
            “Memang aku berkenan kat along pun.” Jawab Aini selamba.
            “What?! Kau nak jadi kakak ipar aku? Ouh I cannot brain this.” Aku geleng kepala. Macam tak percaya je aku dengan Aini ni lah.
            “Choiii... aku berkenan dekat along bagi pihak sepupu aku lah.”
            “Aku tak faham.” Memang aku tak faham. Berkenan bagi pihak sepupu? Apa benda la yang Aini merepek ni.
            “Aku nak kenalkan along kau dengan sepupu aku. Ha cakap direct lah senang dengan kau nih. Kalau tidak semua benda pun kau tak faham.” Bebel Aini.
            “Ouh... lain kali cakap biar terang cik kak.”
            “Ah kau, cakap terang-terang pun kau tak faham juga.”
            Aku mencebik. Nik kat depan kami mengekek ketawa. Eh seronok pula dia ni kan.
            “Kau tak payah nak gelak sangat lah Nik. Pasal kau kami tak soal siasat lagi tau. Aini, pasal along dengan sepupu kau tu kita bincang lain kali ek. Aku nak selesaikan soal nik dulu.” Ain angguk. Nik pula sudah menunduk.
            “Now you tell me what had happened the other day. Macam mana kau boleh ada kekasih gelap pula ni?” Aini dah mula sesi soal siasat.
            “Nazri kekasih aku masa kat sekolah dulu.”
            “Ouh jadi Nazri lah nama mamat yang pukul Abang Niyaz hari tu?” Soal aku pula.
            Nik angguk.
            “Macam mana kau boleh jumpa dia balik?”
            “Aku jumpa dia masa reunion tingkatan lima bulan lepas. Sejak dari hari tu kami mula berhubung semula.”
            “Kau tahu tak yang dia dah kahwin waktu tu?” Soal Aini lagi.
Nik angguk perlahan.
“What?!” Serentak aku dan Aini terjerit. Nasib baik kafe tengah ramai orang. Suara kami yang terjerit tadi tenggelam timbul dalam susana bising di dalam kafe.
“Kau biar betul Nik. Dah tahu dia dah kahwin, yang kau contact dengan dia lagi tu pasal apa? Saja nak cari nahas kan kau ni.” Aini dah tunjuk muka bengang.
“Rileks Aini, kita dengar dulu apa yang Nik nak cakap.” Aku cuba menenangkan Aini yang dah mula panas. Merah muka menahan marah.
“Aku masih sayangkan dia Aini, Hessa.” Setitis air mata Nik gugur di pipi.
“Tapi dia dah kahwin la Nik, dah ada isteri. Kau pun dah ada Shah kan.” Marah Aini. Ni memang betul-betul marah dah ni. Tangan kanan dikepal macam penumbuk. Agak-agak kalau tak disebabkan meja yang menghalang, memang dah makan penampar Aini dah agaknya si Nik nih.
“Sabar la Aini. Yang kau nak marah sangat kenapa?” Bahu Aini aku pegang kemas.
Aini mencerun ke arah aku pula. “Mesti lah aku marah. Aku paling pantang kalau orang kacau hak orang lain tahu tak.” Jawab Aini tegas. Haila mak cik ni. Kalau dah datang baran dia tu kan.
“Aku tak mintak pun semua ni terjadi.” Nik sudah mula menangis.
“Memang la kau tak minta, tapi kau boleh elak la ngok.”
“Amboi bahasa.”
“Sorry Hessa, aku tengah geram ni kau tahu tak.” Aini mendengus. Nik di depan kami Aini pandang macam nak telan.
“Aku tahu la. Aku pun geram juga. Tapi perkara ni bukan boleh selesai dengan kita marah-marah macam ni.”
Aini diam.
“Shah tahu tak pasal ni?”
“Tak. Shah kat Lodon sekarang, esok baru balik.”
“Jantan tak guna tu tahu tak yang kau dah bertunang?” Aini dah mula.
“Aini!” Bahasa boleh tahan kasar juga kalau dah marah. Tak senang betul aku dengan bahasa Aini ni lah. Aini mendengus sambil bersandar di kerusi. Angkat tangan tanda surrender.
“Kau tak boleh macam ni lah nik. Sayang macam mana sekali pun kau kena ingat yang dia tu hak orang. Hak isteri dia. Kau pun dah ada Shah kan sekarang. Kau sayang Shah ke tidak ni?”
Nik geleng. Air mata yang masih gugur di pipi dibiarkan kering.
“Aku tak tahu Hessa, aku keliru. Aku sayang Shah, tapi aku sayangkan Nazri juga.”
“Kau tamak lah ni kan?”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
Aku senyum. “Kau sayang dua-dua, tamaklah tu. Kalau kau tak sayang kan Shah, kau putus je dengan dia. He deserve someone better I guess. It is simple as that Nik.”
“Tak boleh! Aku sayangkan Shah.” Jawab Nik tegas.
“Jadi, tinggalkan Nazri.”
Nik diam. Matanya merenung aku sayu.
“Tak boleh juga? Ingat Nik, orang tamak selalu rugi. Tuhan dah bagi akal, guna lah. Jangan ikutkan hati sangat. Hati kita ni, selalu sangat berbolak balik. Rasa kasih, sayang dan cinta tu macam hati kita la. Mudah sangat berbolak balik. Sekarang sayang, nanti dah benci pula. Jadinya, guna akal. Fikir ke depan sikit, jangan fikir yang sekarang ni je. Fikir tentang kehidupan yang kau inginkan nanti. Kau akan lebih bahagia dengan Nazri atau Shah. Kalau kau masi keliru, dekatkan diri dengan tuhan. Minta petunjuk dari dia. He knows what’s the best forn our life. Ingat, jangan ikutkan hati sangat. Hati kita ni selalunya mudah dipengaruhi oleh syaitan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa Nik.”
Bahu Nik terhincut-hincut menahan tangisan. Aku pandang Aini di sebelah. Muka stone je mak cik ni. Aku senggol bahu dia. Dia angkat kening, secara tak langsung menyoal aku kenapa. Aku memuncung mulut ke depan. Buat-buat tak faham pula dah. Aini bingkas bangun dan duduk di sebelah Nik dan menggosok perlahan bahu Nik.
“Think wisely Nik. It’s all about your future. Kau yang akan hadap benda tu nanti dan aku tak nak kau kecewa di kemudian hari. Aku sayang kau tau.” Nada suara Aini sudah berubah sayu.
Nik pandang Aini. “Sungguh ni kau sayang aku?” Soal Nik dalam tangisan.
“Sungguh la.” Jawab Aini sambil memeluk kemas bahu Nik dan Nik membalas pelukan Aini.
 “Hessa...” Nik menarik tangan aku agar duduk di sebelah dia.
“Group hug!” Jerit Aini.
Hailaaa... part peluk-peluk ni la yang paling aku lemah tau.
BEEP! BEEP!
‘Lunch dengan abang hari ni.’ – Niyaz
Aik, apa mimpi tiba-tiba mesej aku ni? Lepas bincang pasal Nik hari tu, langsung aku lupa pasal Niyaz.
‘Kat mana?’ – Hessa
‘Kat gerai depan hospital.’ – Niyaz
‘On.’ – Hessa
‘Okay. I’ll see you there.’ – Niyaz
Baru aku perasan yang Niyaz jarang nak call aku. Dia cal pun yang malam tu jelah. Sekali tu je. Alah yang malam dia suruh aku jaga diri untuk dia. Mimpi apa entah tiba-tiba cakap macam tu.
Orang ramai pula kat gerai ni hari ni. nasib baik Niyaz dah sampai awal dari aku, sempat lah dia cari meja untuk kami. Kak Wan, Erin dan Hafizi lunch kat tempat lain hari ni. Nak makan steambot katanya. Aku dah cakap awal-awal lagi dah kat diorang yang aku nak keluar lunch dengan kawan.
“Hai abang.” Aku tarik kerusi berhadapan Niyaz.
“Assalamualaikum Hessa.” Jawab Niyaz. Sinis!
“Waalaikumussalam. Kenapa tiba-tiba ajak Hessa lunch sama ni?” Aku buat muka tak kisah dengan sinis dia tu. Beg tangan  aku letak kat kerusi sebelah.
“Abang ada hal kat area sini tadi. Dah alang-alang sampai sini, terus ajak Hessa lunch dengan abang la. Nak makan apa? Abang ambil kan.”
“Eh tak apa, abang pergi ambil makanan abang dulu. Hessa tunggu meja. Nanti Hessa pergi ambil sendiri. Tak best pula pesan kat abang je, tak boleh nak pilih apa yang best.” Niyaz senyum dan berlalu ke arah meja yang menempatkan makanan. Gerai kat sini semuanya layan diri. Air je yang order kat meja.
“Abang dah sihat betul ke ni?”
“Hai, baru nak tanya...” Niyaz menjeling. Sinisnyaaa
“Dah jumpa, tanyalah. Tak jumpa tak tanyalah...” Aku tak tahu nak jawab apa sebenarnya ekekeke.
“Abang sihat walafiat dah. Thanks to you sebab bawak abang pergi klinik.”
“Eleh hari tu kemain kan sombong tak nak pergi klinik lah apa lah.”
Niyaz gelak. “Hari tu tengah merajuk dengan Hessa lah. Itu yang sombong tu.”
“Eh, merajuk pasal apa pulak?” Blur. Sungguh aku tak tahu yang dia tengah merajuk dengan aku.
“Tiba-tiba kena marah, siapa yang tak merajuk.”
“Hessa marah abang ke hari tu?”
“Ni betul-betul tak ingat ke, buat-buat tak ingat?” Soal Niyaz geram.
“Buat-buat tak ingat. Heh...”
“Nakal ye... So, macam mana dengan kawan Hessa yang gaduh hari tu?”
 “Amboi, kepochi nampak.”
Niyaz gelak. “Nak juga tahu apa jadi kat kekasih gelap dia yang sesuka hati tumbuk abang tu.”
“Eh, ingat yang dia tumbuk abang je? Yang abang tumbuk dia, tak ingat?”
Niyaz gelak lagi. Eh, suka gelak pula dia hari ni. “Ingat juga.” jawab Niyaz dalam tawa yang masih bersisa.
“Macam tu la abang. Hessa dan Aini dah nasihat apa yang patut. Sekarang terserah kat dia lah nak pilih yang mana. Tanggungjawab Hessa dah selesai rasanya.” Niyaz angguk sambil mengunyah. Berselera sungguh dia makan.

“You have done your job as her friend.”
“Kannn...”
Niyaz senyum melihat riak wajah bangga aku.
“Abang...” Aku memandang Niyaz yang sedang menghabiskan suapan terakhirnya.
“Yes..” niyaz jungkit kening. Lahaiii macam kacak pula Niyaz hari ni.
“What do you think about this issue?” Nak juga tahu pendapat orang lelaki tentang perkara macam ni. Asyik dengar pendapat orang perempuan je, emosi tak habis-habis.
Niyaz berdehem seketika. “Seriously abang tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni. In fact, semua orang di sekeliling abang tak ada yang terlibat dengan masalah macam ni.”
Tiba-tiba aku rasa malu bila Niyaz cakap macam tu.
“So, you have nothing to say about this?”
“Macam mana Nik boleh kenal dengan lelaki tu?”
“Her ex zaman sekolah.” Niyaz diam.  Sepertinya sedang memikirkan tentang sesuatu.
“Abang rasa Nik tengah keliru.”
“Kenapa abang cakap macam tu?”
“Nik tak cakap kenapa diorang berpisah?”
“Tak pula.” Seingat aku Nik tak pernah cerita kat kami tentang bekas kekasih dia. Sebab itu lah aku dengan Aini terkejut bila Nik cakap yang Nizam tu bekas kekasih. Bekas kekasih zaman sekolah pula tu.
“Mungkin keadaan yang memaksa mereka berpisah. Sebab itu lah bila mereka jumpa balik, rasa cinta tu muncul kembali. Nik kena fikir secara resional sbenarnya, jangan ikutkan hati sangat. Lebih-lebih lagi bila mereka berdua sudah ada pasangan dan hala tuju hidup masing-masing. Tapi itu lah, kalau melibatkan soal hati dan perasaan, siapa je yang boleh fikir secara rasional kan?”
Aku angguk. Sama macam yang aku nasihat kat Nik. Maknanya, isu kekasih gelap ni tak akan wujud kalau kita semua rasional dalam membuat keputusan. Kan?
“Tapi bagi abang yang lelaki tu memang salah.” Sambung Niyaz lagi.
“Amboi abang, tak puas hati sungguh nampaknya dengan si Nizam tu. Sebab kena tumbuk hari tu ke?”
Niyaz gelak. “Ouh, Nizam ke nama dia? Tak ada lah, bukan sebab tak puas hati kes hari tu. Dia kan dah ada isteri dan dia kena ingat yang isteri tu adalah amanah Allah kepada seorang suami. Lagi pun Nik tu masa silam dia. Sepatutnya dia kena hindarkan diri dari mendekati Nik. Jangan berhubung langsung. Lebih-lebih lagi bila dah tahu yang Nik tu tunangan orang. Dia pun dah ada isteri kan. Just focus on his life je lah.”
“Tapi kan abang, kalau dah cinta nak buat macam mana.”
“Sebab itu lah asas kena kuat.”
“Asas?”
“Kuatkan iman dalam diri. Kalau betul rasa kasih dan sayang dalam diri tu susah nak buang, minta tolong dengan tuhan. Kalau rasa tu tak sepatutnya wujud, minta tuhan buang rasa tu. Pokok pangkal, semuanya kena minta dengan tuhan. Dia yang lebih mengetahui.”
Sama lagi dengan apa yang aku cakap kat Nik. Kami ni ada kimia ke apa.
“Kita sependapat lah abang.”
“Yeke?” Soal Niyaz berserta senyuman.
“Dah siap makan kan? Jom lah, Hessa dah kena masuk ofis ni.”
“Jom abang tolong Hessa melintas. Hessa ni bukan pandai sangat lintas jalan.” Niyaz bangun dan membuat bayaran di kaunter.
“Tapi tadi tak tolong pun.” Kami berjalan seiring.
“Tadi takut terlepas meja kosong.” Jawab Niyaz sambil menarik hujung lengan baju kurung aku.
“Ooo, meja lagi penting dari Hessa la?”
“Yes.” Niyaz tarik senyum lagi. Aku pula dah tarik muncung. Tiba-tiba nak merajuk apa hal Hessa oii?!
“Tapi itu tadi. Sekarang Hessa lagi penting.” Niyaz kenyit mata. Nakal betul.
“Mulut manis kan sekarang.”
“Selalu. Hessa je yang tak tahu. Okay lah, abang gerak dulu.” Niyaz mula melangkah. Belum sempat dia melintas...
“Abang!”
“Apa?”
Aku melangkah perlahan ke arah niyaz yang sedang tegak berdiri di bahu jalan.
“Are we good?”
“Yes. Why?” Kerutan di dahi jelas kelihatan.
“Are we friend now?”
Berdebar pula nak tunggu jawapan dia. Macam tunggu result SPM. Entah lah kenapa. Pelahan-lahan kerutan di dahinya hilang. Mucul pulas senyuman manis di bibir.
“Entah.” Jawab Niyaz tenang sambil menjungkit bahu. Terus dia melintas bila jalan raya kelihatan lengang.

Aku masih kaku di situ. Mulut dah muncung tanda tak puas hati. Dia di seberang sana tersenyum senang sambil melambai tangan ke arah aku. Senang hati nampak!

No comments:

Post a Comment