7 April 2015

Hessa, It's Me! Bab 4

MALAM ini along panggil adik beradik aku berkumpul di ruang tamu. Ada hal penting yang nak dibincangkan katanya. Sementara menunggu mereka selesai solat isyak, aku sempat menelefon Aini dan ceritakan semua apa yang telah terjadi di antara aku dengan Niyaz petang tadi.
            “So, apa yang kau nak buat lepas ni?” Soal Aini.
            “Entah lah Aini, aku pun tak tahu. kononnya malas nak fikir lah kan, tapi fikiran aku ni asyik teringat kat dia juga.”
            “Haila korang, mengalahkan orang bercinta tau tak.”
            “Mana ada la kau nih...” Ada ke cakap macam tu. Kami ni kawan pun tidak, bercinta jauh sekali.
            “Mana ada apa?”
            “Bercinta la.”
            Aini gelak. “Hessa, memang sah lah fikiran kau melayang-layang sekarang. Aku cakap mengalahkan orang bercinta, bukan macam orang bercinta. Ada faham?”
            “Ouh... aku silap dengar lah ni.”
            “Silap dengar dan salah tafsir. Aku rasa, lebih baik kau lupakan je lah dia. Tak untung pun kau ingat dia. Rugi lagi ada lah.”
            “Kenapa rugi pula?”
            “Rugi la... asal ingat dia je kau jadi sedih macam ni. Dalam hidup kita ni kalau asyik bersedih je adalah satu kerugian tau. Banyak benda lagi yang kau boleh buat selain daripada bersedih fikirkan pasal abang Niyaz.”
            “Itu lah... tapi aku tak boleh la babe. Kalau tak jumpa dia tak apa. Ni asyik jumpa je, macam mana lah aku tak terfikirkan pasal dia.”
            “Sejak bila?”
            “Sejak bila apa?”
            “Sejak bila kau jadi macam ni? Dulu tak macam ni pun kan. People comes and goes but your life never effected by them at all. Nothing’s change. But this time, it’s kinda weird you know. It is seems like you both are so attach to each other.”
            Aku terdiam. Betul ke apa yang Aini cakapkan tu? Aini, she’s my bestfriend and somehow she’d know me better than myself.
            “Kadangkan Hessa, kita tak nampak apa yang orang lain nampak.”
            “Maksud kau?”
            “I think there’s another feeling exist between you guys. This is not just about friendship Hessa.”
            “Aini...”
            Belum sempat aku meneruskan perbualan kami, kedengaran tapak kaki along mendekat.
            “Haa, tak habis lagi bergayut angah?” Soal along tegas.
            “Aini, got to go now. I’ll call you later kay...” Pap, terus aku letak telefon ke tepi.
            Along melabuhkan duduk di atas sofa di hadapan aku. Achik yang baru turun terus duduk di sofa sebelah kanan manakala Hafiy pula duduk di sebelah aku.
            “Nak bincang soal apa ni long?” Tanya adik aku tak sabar.
            Along berdehem seketika. “Nak bincang soal nikah kahwin achik.”
            Aku dan Hafiy terus pusing kepala ke arah achik. Senyuman tenang jelas terukir di wajah achik. Tak ada riak risau, runsing, resah gelisah langsung.
            “Bila decide nak kahwin?” Sesi soal jawab along sudah bermula.
            “Last three weeks.” Jawab achik tenang. Tapi yang tak tenangnya si kecik yang kat sebelah aku ni ha. Dari tadi asyik dengar sound effect ha? what? homai? Siap dengan pakej mulut melopong lagi tu. Adeh la, kelakar pula aku tengok.
            “Adik, kalau ye pun tutup mulut tu sikit. Tak lenguh ke?” Sempat along buat kelakar.
            “For real achik?” Tanpa mempedulikan kata-kata along, terus Hafiy menyoal achik.
            Achik angguk perlahan. Senyuman manis masih bergayutan di bibir. Amboi, bahagia sungguh. Along tak cakap pun lagi setuju ke tidak.
            “Mak ayah dia cakap apa?” Soal along lagi. Aku diam je lah. Malam ni nak dengar je, tak nak cakap. Boleh gitu?
            “Mak dia dah takde. Ayah dia cakap okay je. Achik dah call ayah dia cakap sendiri yang achik nak kahwin dengan Baya. Mula-mula ayah dia diam je. Tapi lepas tu achik dengar ayah dia nangis.”
            “Kenapa?” Soal along dan Hafiy serentak.
            “Ayah dia terharu sebab ada orang yang ikhlas nak ambil alih tanggungjawab dia untuk jaga Baya.”
            “Dan achik lah orang yang ikhlas tu?” Usik Hafiy sambil jongket-jongket kening.
            “Alhamdulillah, achik la orang tu.” Jawab achik pula tanpa segan silu.
            “Baya tu macam mana orangnya? Cerita sikit kat along. Nak juga kenal satu-satunya adik ipar perempuan along tu.”
            Achik senyum lagi. “She’s a nice person that I’ve ever known. Seorang yang bercita-cita tinggi, tegas dan sangat berdikari. Tapi masih terserlah kelembutan dalam diri.”
            Aku tengok along asyik angguk kepala je. Dah macam pakcik-pakcik pula gayanya. Puas hati lah tu dengan calon pilihan achik.
            “Achik ada gambar Kak Baya tak? Nak tengok.” Hafiy dah mula teruja.
            “Ada... kejap.” Achik hulur iPhone nya kepada aku.
            “Eh, achik ada Instagram ke?” Haa, takleh aku nak duk diam je. Curious pulak bila tengok achik buka Instagram Baya. Tak sangka budak anti sosial macam achik ni pun ada akaun Instagram juga.
            “Ada la. Tapi gambar tak banyak pun. Yang ada tu pun gambar kampus achik je.”
            Satu persatu gambar di akaun instagram Baya aku dan hafiy belek. Apa yang menarik minat kami ialah, cara pemakaian Baya. Muslimah di zaman moden. Cantik sangat.
            “Kak Baya pakai niqab achik?”
            Achik angguk. “Ya Allah cantiknya achik...” Puji Hafiy.
            “Achik dah sedia ke untuk pikul tanggungjawab nak jaga anak orang?” Along mencelah.
            “In shaa Allah along.” jawab achik yakin. Aku nampak kesungguhan achik melalui sinar matanya itu.
            “Korang memang nak kahwin kat sana ke? Tak boleh ke tunggu habis belajar dan balik kahwin kat Malaysia?”
            Aku dan Hafiy terdiam.
            “Bukan tak boleh along. Tapi, untuk mengelakkan daripada buat dosa, lebih baik kita percepatkan. Nafsu ni, benda yang paling susah nak jaga. Kalau nak kira, pandang dia pun dah jatuh ke dosa long. Tapi kalau dah sayang, memang tak boleh nak elak, asyik nak pandang je. Along faham maksud achik kan?” Bagusnya lahai adik lelaki aku ni. Malu pula rasa hati. Achik sangat menjaga adab sopan dan dosa pahala. Aku ni pula?
            Along senyum. “Achik dah matang. Sangat, sangat matang. You got  my blessing my dear little brother.” Dengan pantas achik bangun dan memeluk along dengan erat.
            “Thanks along. Thank you so much. I love you fi dunya wal akhirah along.” Ujar achik sebak.
            “Along sayang achik juga. Be a good husband for Baya, okay?”
            Achik angguk dan mengeratkan kembali pelukan mereka.
            “Habis tu, adik?” Soal Hafiy sambil berdiri di sebelah aku.
            “Apa? Nak kahwin juga ke?” Tanya along dengan wajah garang.
            Hafiy tarik muncung. “Bukan lah. Habis tu, adik ni along dengan achik tak sayang ke?”
            Aku kat sebelah dia dah bantai gelak dah. Tak habis-habis dengan manja gedik dia tu. Nasib la along dengan achik rajin nak melayan. Kalau aku, memang tak lah.
            “Halah, adik lagi lah along sayang...”
            “Haah, achik sayang adik banyak laut tau.”
            Along dan achik peluk Hafiy dengan erat sekali. Tengok tu, kan aku dah cakap. Suka la Hafiy bila abang-abang manjakan dia macam tu.
            “Angah, tak nak join ke?” Tanya achik. Baru perasan agaknya aku ada kat sini.
            Aku mencebik. “Huh, tak nak lah angah. Rimas...”
            “Ah takde maknanya nak rimas-rimas. Meh sini...” dengan pantas along menarik aku ke dalam pelukan mereka. Kami saling berbalas pelukan sambil ketawa senang. Alhamdulillah Allah permudahkan.

MALAM semakin larut. Mata ni pula tak nak pejam-pejam, tak mengantuk langsung. Tidur la Hessa, sesungguhnya esok kau kena pergi kerja. Tapi, mata aku ni memang degil la. Duk pejam celik pejam celik macam tu juga. Tak nak lena langsung.
            Telefon di sebelah bantal aku tarik perlahan. Ikon whatsapp aku buka. Scroll naik turun, naik turun. Whatsapp Niyaz aku buka. Eh, dia tengah online lah. Sekarang dah pukul satu pagi. Buat apa tak tidur lagi?
            ‘Abang Niyaz...’ – Hessa
            Sepuluh minit berlalu...
            ‘Ya...’ – Niyaz
            Mata aku yang memang dah sedia terbuka makin luas jadinya.
            ‘Tak tidur lagi?’ – Hessa
            ‘Belum.’ – Niyaz
            ‘Hessa call abang ye?’ – Hessa
            Tiba-tiba rasa nak dengar suara dia pula. Angau ke apa kau ni Hessa?
            ‘Jangan. Macam ni je... – Niyaz
            ‘Kenapa?’ – Hessa
            Tak puas hati pula rasanya. Bukan aku minta dia call aku pun, aku yang nak call dia.
            ‘Kita berhubung through whatsapp atau tak payah berhubung langsung. You choose.’ – Niyaz
            Hurmm... ‘Yela. Main ugut-ugut pula.’ – Hessa
            ‘Dengan orang degil macam Hessa memang kena main ugut-ugut.’ – Niyaz
            ‘Eh, bila pula Hessa degil?’ – Hessa
            ‘Yang petang tadi tu, bukan degil ke?’ – Niyaz
            ‘Yang tadi tu bukan degil. Saja je nak provok abang.’ – Hessa
            ‘Motif?’ – Niyaz
            ‘Saja nak tahu abang peduli pasal Hessa ke tak.’- Hessa
            Lama Niyaz diam sebelum dia membalas, ‘Ya Allah Hessa, soal nyawa macam tu jangan di buat main. Bagai nak luruh jantung abang tadi tau bila tengok Hessa hampir-hampir di langgar kereta.’ – Niyaz
            Entah kenapa bibir aku tiba-tiba tersenyum.
            ‘Abang risaukan Hessa ye?” – Hessa
            ‘Mesti lah...’ – Niyaz
            ‘Abang dah tak marahkan Hessa lagi?’ – Hessa
            ‘Tak tahu.’ – Niyaz
            Eleh, poyo betul.
            ‘Abang nak kawan dengan Hessa tak?’ – Hessa
            ‘Entah...’ – Niyaz
            Uwaaaa... sakit pula hati aku baca jawapan dia.
            ‘Dah lah bang, Hessa nak tidur dah. Good night.’ – Hessa
            Belum sempat aku menyimpan telefon di bawah bantal, telefon aku berbunyi. Niyaz!
            “Hello abang...”
            Niyaz diam. Hanya deruan nafasnya yang sangat lembut kedengaran ditelingaku.
            “Abang...” Seru aku lagi.
“Janji dengan abang...”
“Janji apa?” Soal aku pelik. Tiba-tiba call minta aku janji dengan dia.
“Jaga diri Hessa.... untuk abang.”
“Ap... apa bang?”
“Hessa tidur ye. Selamat malam, assalamualaikum.”
Klik! Talian putus.
Aku cuba menelefon Niyaz tetapi hanya mesin pesanan suara yang kedengaran. Malam makin kelam. Mata makin luas terbuka. Fikiran sudah hilang melayang entah ke mana. Dan hati... makin kuat membisikkan nama Niyaz. Kau dah kenapa Hessa?




p/s: Sorry for late update guys. :)

No comments:

Post a Comment