3 April 2015

Hessa, It's Me! Bab 3

DIA tak reply whatsapp aku!!! – Hessa
            Aku agak mesti Aini tengah gelak baca whatsapp aku pagi-pagi buta ni.
Merajuk betul dia dengan kau. – Aini
            Telefon aku letak tepi. Pagi-pagi dah takde mood. Nasib baik mood buat sarapan tak ikut lari. Kalau tidak kesian along dengan yang lain. Mood aku memang la selalu swing, tapi bab kebajikan adik beradik tak pernah aku abaikan.
            “Jom sarapan semua.”
            Along duduk di kepala meja. Aku duduk di sebelah kanan along dan adik aku yang bongsu, Hafiy Safiyyah duduk di sebelah kanan aku. Manakala Mohd Haiyan atau achik duduk di sebelah kiri along. Keluarga kecil yang dah cukup sempurna bagi kami.
            “Achik, ada plan nak ke mana-mana ke hari ni?” Soal Along.
            Achik geleng sambil senyum. Aku dengar along mengeluh perlahan. Achik pula hanya tunduk mengadap sarapan.
            “Dah seminggu achik balik sini, tak bosan ke duduk kat rumah je?”
            “Tak lah along, achik okay je.”
            Along mengeluh lagi. “Tak baik selalu sangat mengeluh along.” Tegur aku. Kurang senang sebenarnya bila dengar along asyik mengeluh je. Nanti apa pula yang achik fikir.
            Along senyum dalam keterpaksaan. Aku tahu tu.
            “Ke achik nak balik rumah tok ayah? Spend time dengan tok ayah dan tok mak kat kampung.”
            “Tak kot along. Achik okay je kat rumah ni, along jangan risau ek.”
            “Along, dah lah. Biar je lah achik kat rumah kalau dah itu yang dia selesa.” Macam tak best pula topik perbualan kami pagi ini.
            “Along bukan apa ngah, kalau boleh along tak nak bagi achik bersendirian kat rumah. Nanti macam-macam pula yang achik fikirkan. You know what I mean right?” Soal Along dengan wajah serious. Abang aku kalau dah masuk mode anak sulung memang lah tegas semacam.
            Achik hanya merenung makanan di dalam pinggan yang baru separuh disentuh. Adik aku di sebelah hanya diam menghabisakan makanannya. Aku tahu maksud along. Dia risau kalau-kalau achik hanya terperuk di rumah dan meratapi pemergian kedua orang tua kami. Walaupun kejadian itu sudah dua tahun berlalu, rasa bersalah kerana tidak dapat melihat wajah kedua ibu bapa kami buat kali terakhir masih membelenggu achik. Bermacam nasihat sudah along berikan tapi macam itu juga la, langsung tak berubah.
            “Along jangan risau, achik dah lupakan semua tu. Achik dah kuat sekarang dan achik perlukan sokongan along, angah dan adik untuk menjadi lebih kuat. Along tolong achik ek.” Achik menggenggam kemas tangan along.
            “Betul ni?”
            Achik angguk. Wajah aku dan Hafiy dipandang satu persatu. Seperti meminta kami menyalurkan sedikit kekuatan untuk dirinya supaya menjadi lebih kuat. Aku dan Hafiy senyum sambil mengangguk perlahan.
            Along bangun dan terus memeluk achik dengan erat. “Please be strong for us my little brother. Please...” Dan achik turut membalas pelukan itu.
            Sewaktu aku dan Hafiy sedang mengemas meja, achik datang mendekat. “Achik hantar angah pergi kerja hari ni ye?”
            Aku tersentak. Selalunya aku pergi sendiri dan achik akan hantar Hafiy ke kolejnya.
            “Habis tu adik?” Soal Hafiy bersama wajah tegang. Nak marah lah tu.
            “Adik pergi dengan along. Dah cepat bersiap sekarang, nanti lewat pula.” Terus senyum bila dengar along cakap macam tu. Mengada betul budak kecil nih.
            “Angah okay je. Achik tunggu jap ek.” Achik angguk sambil senyum. Murah dengan senyuman pula dia sekarang.

MOOD yang tadinya kacau bilau mula kembali tenteram. Bila teringat balik apa yang terjadi kat meja makan tadi, rasa sayu pula hati. Nampak betapa risaunya along dengan keadaan adik-adiknya.  Along memang seorang abang yang sangat bertanggungjawab. Kebajikan adik-adiknya sentiasa didahulukan.
            Achik di sebelah dari tadi asyik pandang aku je. Dah kenapa pula dengan adik lelaki aku yang seorang ni.
            “Achik ada apa-apa nak cakap kat angah ke?”Ada riak gusar terlakar di wajah achik.
            “Achik kenapa? Share lah dengan angah.”
            “How to say ya angah. Urm actually, achik...” Tangan kanan naik mengurut belakang tengkuk manakala tangan kiri kemas memegang strering kereta.
            “Achik apa?”
            “Achik nak kahwin ngah.”
            Aku terdiam. Wajah achik aku pandang tak lepas. Jantung dah berdegup kencang. Apa kena entah dengan adik aku yang seorang ni. Kenapa benda pelik selalu terjadi kat dia? Contohnya yang ini lah. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba cakap nak kahwin.
            “Dengan siapa?”
            “Baya... Siti Nurbaya.”
            “Siapa Baya?” Achik mula gugup bila tengok muka stone aku.
            “Vice president of muslim’s student society kat Sussex University.”
            “Macam mana boleh kenal? Achik kat Newcastle kan, dia kat Brighton. Am I right?”
            “Yup. Jumpa masa usrah. She came to visit her friend at Newcastle then her friend asked her to join us. That’s how we met.”
            “Lepas tu main texting texting, calling calling?”
            “Tak lah angah. Lepas dia balik Brighton terus kami terputus hubungan until she came again to Newcastle last three weeks.”
            “Then, terus decide nak kahwin? Macam tu?” Achik angguk. Aduh, pening lah kepala aku macam ni.
            “So, achik nak angah buat apa?”
            “Achik nak restu daripada angah dan along.” Aku diam.
            “Along dah tahu pasal ni?”
            “You’re the first one to know.” Sigh! Tadi cakap kat along tak elok mengeluh. Sekarang dah berjangkit kat aku pula. Kalau hal yang melibatkan achik memang lah kami tak boleh mengelak daripada mengeluh.
            Sepuluh meter sebelum sampai ke pagar hospital aku ternampak figura Niyaz yang baru keluar dari kereta.
            “Drop me here achik. Bout your nikah kahwin, we’ll talk bout it later okay. And make sure along ada juga masa tu.” Aku dah kalut nak keluar, nak kejar masalah yang satu lagi tu.
            “Okay. Tapi biar lah achik hantar angah sampai kat dalam sana. Jauh lagi kot kalau nak jalan kaki.”
            “It’s okay my dear brother, just drop me here.”
            “Okay fine.”
            Achik berhenti di bahu jalan, sedikit terkedepan dari kereta Niyaz. Niyaz kelihatan tersentak bila melihat aku keluar dari kereta. Kemudian achik terus meluncur laju meninggalkan kami.
            “Assalamualaikum Abang Niyaz.”
            “Waalaikumussalam Hessa.”
            “Abang buat apa sebenarnya kat sini?” Terus aku soal. Dari semalam aku tanya tak jawab-jawab.
            “Abang melawat orang sakit.” Akhirnya... tahu juga dia jawab soalan rupanya.
            “Siapa yang sakit. Lagi pun sekarang bukan waktu melawat kan.”
            “Ayah abang, admitted dua hari lepas.” Jawab Niyaz tenang.
            “Ayah abang sakit apa? Dia kat wad mana sekarang?”
            “Kat wad temenggong. Ayah abang ada sakit jantung sebenarnya.”
            “Ouh, nanti kalau sempat Hessa pergi melawat ye.”
            Niyaz senyum cuma.
            “Kenapa abang tak reply whatsapp Hessa semalam?” Soal aku terus. Malas dah bengkang bengkok mukadimah segala. Lambat sangat. Yang ini pun belum tentu dia jawab. Kalau bagi mukadimah karang lagi banyak lencong nya.
            “Abang dah lewat, abang gerak dulu lah ye.” Niyaz terus melangkah meninggalkan aku. Tengok tu, kan aku dah cakap.
            “Abang, we need to talk.” Langkah kakinya aku ikut dari belakang.
            “Kita dah lewat Hessa. Abang nak kena pergi ofis lagi lepas ni.”
            Aku jeling jam tangan aku. “Sempat lagi abang.”
            Niyaz mengeluh. Bosan sebab kena paksa dengan aku agaknya. Riak wajah dia juga nampak serius. takut juga bila tengok lama-lama.
            “Fine! Nak cakap pasal apa?”
            “Err, pasal kita?”
            “Kenapa dengan kita?”
            Aku diam. Serious sangat muka dia ni ha. Jantung aku dah tak tenteram jadinya.
            “Make it fast Hessa. What’s wrong with us?”
            “Abang cakap nak kawan dengan Hessa, tapi tak call Hessa langsung. Tak cari Hessa pun.” Naa, sounds childish right? Tapi aku tak tahu macam mana nak susun ayat macam orang dewasa. Walaupun umur dah tahap boleh kahwin dah nih.
            Kening Niyaz bercantum di tengah. “Bila masa abang cakap macam tu?”
            Mulut aku ternganga terus bila dengar Niyaz cakap macam tu. Dia ni dah hilang ingatan ke apa?
“You asked for my phone number before. Remember?”
            “Yes I did. So?”
            Lagi sekali aku melopong. “Abang, I give you my phone number. Doesn’t it means that we are friend?” Soal aku yakin.
            Tiba-tiba Niyaz mendekat. “Friendship only exist when there is a trust Hessa. If not, there is no friendship at all.” Bisiknya di telinga aku. Dengan wajah tanpa riak Niyaz terus melangkah pergi meninggalkan aku yang masih kaku di situ.



DUA hari! Dua hari berturut-turut aku terserempak dengan Niyaz selepas kejadian kat tepi jalan tu. Tapi, tiap kali terserempak memang aku buat tak kenal Niyaz langsung. Jangankan nak tegur, jeling pun tidak.
            Niyaz pun macam tu juga. Gaya macam langsung tak pernah kenal aku siapa. Niat nak melawat ayah dia kat dalam wad terus terpadam. Geram kat anak dia punya pasal, terus tak dapat pahala melawat orang sakit.
            Hati aku ni, tak tahu nak rasa apa lagi dah. Marah, geram, sakit hati, sentap, sedih semua ada. Besar sangat ke salah aku? Hanya kerana aku tanya receptionist macam tu, terus dia tak nak kawan dengan aku? Terus dia hukum aku sampai macam ni sekali?
            Ah, biar lah dia. He means nothing to me. So, why should I care about him. Tapi itu lah. Hati je yang cakap macam tu, sebab tengah marah kan. Tapi kepala ni ha, asyik teringat kat dia je. Kau dah kenapa Hessa Munirah Mansur?!
            “Hessa, jom lah balik. Kau tak nak balik ke?” Erin menepuk perlahan bahu aku.
            “Eh nak lah. kejap...” Telefon, buku nota, purse, aku main campak je ke dalam beg tangan aku yang besar gedebak tu. Kertas yang bersepah kat atas meja aku susun ala kadar je. Esok pagi boleh kemas lagi.
            “Kau park kat mana kereta kau?” Tanya Erin sewaktu kami sedang tunggu lif untuk turun ke bawah.
            “Aku tak drive hari ni. Adik aku yang hantar.”
            “Jadi, adik kau datang ambil lah ni ye.”
            “Haah Cik Erin ku sayang. Kenapa? Kau nak hantar aku ke?”
            Erin senyum. “Aku okay je.”
            Kami menapak perlahan ke dalam lif. Sampai kat bawah Ein pelawa aku untuk balik dengan dia.
            “Tak apa lah Erin, aku dah janji dengan adik aku. Lagi pun kami nak singgah kat pasar malam kejap lagi.”
            “Okay then, aku balik dulu. Bye!”
            “Bye, drive carefully.”
            Erin terus melangkah ke arah parking lot yang disediakan untuk staf hospital. Aku pula terus melangkah ke arah pintu pagar hospital. Aku dah pesan kat achik suruh dia tunggu aku kat bawah pokok seberang jalan sana. Nanti tak payah la susah-susah nak U-turn untuk ke pasar malam pula. Tapi macam belum sampai je achik ni. Bayang kereta myvi aku langsung tidak kelihatan.
            Sewaktu aku sedang melintas jalan, tiba-tiba kedengaran hon kereta dan lengan aku ditarik kuat ke arah bahu jalan. Semuanya berlaku dengan pantas. Sekelip mata saja aku sudah jatuh ke dalam rangkulan lelaki yang cuba menyelamatkan aku dari di langgar kereta itu tadi.
            “Hati-hati sikit boleh tak?” Jerit lelaki itu.
            Jantung aku yang berdegup kencang akibat daripada kejadian tadi belum lagi sempat berdegup normal sekarang sudah bertambah laju degupannya kerana jeritan lelaki itu. Aku angkat kepala memandang wajah gerangan yang sepertinya tidak ikhlas menolong aku.
            Niyaz!
            Lengan aku yang masih kemas di dalam genggaman Niyaz aku tari pantas. Jelingan tajam aku hadiahkan sebagai upah dia duk jerit kat telinga aku tadi.
            “Nak kemana pula tu?” Soal Niyaz keras.
            “Tak payah nak sibuk lah.” Jawab aku dalam nada yang sama.
            Tapi, sungguh lah malang tak berbau. Sekali lagi aku hampir dilanggar oleh kereta yang laju kemain dan sekali lagi Niyaz sempat menarik aku ke bahu jalan. Menggeletar seluruh tubuh. Soal maut jangan dibuat main Hessa.
            “Degil!” Tengking Niyaz.
            Asyik kena jerit, kena tengking je. Air mata mula lah nak meleleh.
            “Yang abang sibuk sangat ni kenapa?” Soal aku geram. Ye, memang aku geram sangat kat dia ni. Geram yang hari tu pun tak surut lagi, tambah lagi dengan geram yang hari ni. Dah bertambah-tambah dah geram aku kat dia.
            “Tengok tu, sombong tak habis-habis. Hessa ni dah kenapa? Rasa dah lama sangat hidup ke apa?” Niyaz merenung aku tajam.
            “Yang abang sibuk sangat pasal Hessa ni kenapa?”
            “Because you are my friend!”
            “Bila? Sejak bila?”
            Terasa disindir mungkin, Niyaz terus membentak. “Okay fine! It’s because I know you. Abang kenal Hessa. Puas hati?”
            Aku tersenyum sinis. “Kenal? Sejak bila kita kenal? Sebelum ni, tiap kali kita terserempak pernah ke abang tegur Hessa? Penah?”
            Niyaz cuba menahan marah. Aku tahu itu dari pandangan matanya yang sangat tajam. Renungan membunuh.
            “What’s wrong with us? What’s wrong with you Hessa?” Soal Niyaz dengan nada yang tegas.
            Boleh pula dia soal aku macam tu. Semua ni, dia yang mulakan dulu. Bukannya aku. Kenapa perlu tanya aku macam tu pula.
            “It’s not me abang, it’s you! What is wrong with you Encik Niyaz? Awak yang mulakan semuanya dan sekarang awak tanya saya apa yang tak kena dengan kita? Apa yang tak kena dengan saya?” Hilang kejap panggilan abang.
            Niyaz mendengus keras. Suasana bising di sekeliling kami langsung tidak mengganggu ketegangan di antara kami berdua.
            “Pada mulanya, memang abang nak jadi kawan Hessa. But without your trust, I cant. I just can’t” Niyaz geleng perlahan.
            “Abang benda kecil je tu. Can’t you just forget about it?”
            “Small matter for you, but not for me Hessa.”
            “Ya Allah abang, kenapa nak keruh kan keadaan?”
            “Abang rasa terhina tahu tak? Abang rasa malu sebab nampak macam abang je yang ikhlas nak kawan dengan Hessa, but you. Abang buang rasa malu abang untuk tegur Hessa. Tapi Hessa, boleh pula fikir yang abang tipu Hessa.” Niyaz geleng kepala.
            Aku tak sangka kesan daripada soalan aku kepada receptionist tu memberi impak yang sangat besar kepada Niyaz.
            “Abang kenapa?” Soal aku lemah. Mata sudah mula memberat kembali. Air mata bila-bila masa saja boleh jatuh.
            Kedengaran bunyi hon kereta dari arah bertentangan. Achik melambai tangan ke arah kami.
            “Balik lah Hessa...”
            “Tapi...”
            “Sini, abang temankan.” Niyaz menarik lengan aku perlahan dan dibawa aku melintas jalan dengan selamat.
            “Be extra careful next time. Please...” Bisik Niyaz perlahan sebelum melangkah laju meninggalkan aku di sisi kereta.



“ANGAH kenapa? Okay tak ni?”
            Aku angguk perlahan. Kepala masih berpusing memikirkan apa yang terjadi diantara aku dengan Niyaz sebentar tadi. Aku rasa seperti putaran hidup aku sudah berubah tiga ratus enam puluh darjah sejak aku bertemu dengan Niyaz. Mana tak nya, kepala ni asyik fikirkan pasal dia saja.
            Aku tak sangka yang pertemuan aku dengan Niyaz yang sekejap itu telah memberi impak yang cukup besar juga kepada kehidupan aku. Siapa Niyaz yang sebenarnya. Kenapa hati aku rasa kecewa sampai macam ni sekali.
            “Angah, betul ke okay ni?” Aku diam.
            “Siapa lelaki itu tadi? Kawan angah ke?” Soal achik lagi.
            Aku tetap juga diam. Hati aku tak tenang. Sungguh ni. Asyik teringat kan kata-kata Niyaz. Kenapa dia begitu emosi dengan apa yang terjadi. Tangan aku terus mengorek telefon di dalam beg. Dengan pantas aku menaip...


            ‘Hessa minta maaf kalau Hessa dah sakitkan hati abang. Sumpah Hessa tak tahu yang benda kecil macam tu boleh buat kita gaduh sampai macam ni sekali. Honestly, Hessa pun nak jadi kawan abang juga. If only I can turn back time, I will trust you wholeheartedly.’ – Hessa

Sepuluh minit berlalu...


‘Please be safe... for me.’ - Niyaz




No comments:

Post a Comment