14 April 2015

Hessa, It's Me! Bab 6

SEMINGGU sudah berlalu. Aku dan Niyaz langsung tidak berhubung. Biarlah dia berehat sepuas-puasnya di samping keluarga. Achik pun dah balik Newcastle dah. Achik cakapm kalau tak ada aral lagi dua minggu dia akan kahwin dengan Baya.
            Mudahnya achik bertemu jodoh. Aku dengan along pun belum kahwin, dia dah nak naik pangkat suami dah. Itu lah, dah nama pun jodoh pertemuan di tangan tuhan kan. Rezeki setiap manusia berbeza. Rezeki achik dapat kahwin awal nampaknya.
            Cakap soal kahwin, ada satu lagi masalah ni ha. Nik! Aku tak tahu la macam mana Nik boleh terlibat dalam aktiviti mencaras suami orang. Dia tu bukan tak ada orang nak pun. Dah siap bertunang lagi ha. Entah apa lagi yang tak cukup dengan tunang dia tu pun aku tak tahu la. Kerja dah best dah, pilot kot. Keluarga pun orang baik-baik je aku tengok. Apa lagi la yang takm cukup Nik oiii.
            Ni la manusia, tak tahu bersyukur. Allah dah bagi cukup rezeki, kesihatan, jodoh semua. Lagi mahu cari yang lain.  Untung tau jadi Nik, dapat tunang orang baik-baik. Tengok macam aku dengan Aini, sampai sekarang solo. Nak kata memilih, tak ada la memilih sangat. Jodoh belum sampai mungkin.
Beep! Beep!
            ‘Hessa, Brew Cafe now! Nik’s here with me.’ – Aini
            Ha, panjang umur budak berdua ni. Ini mesti nak bincang yang pasal Nik hari tu. Cepat-cepat aku bersiap. Nasib hujung minggu ni aku lepak kat rumah je. Kalau tak, terlepas la peluang nak dengar cerita Nik. Eh Hessa, kepochi pula kau kan!
            “Along, angah nak keluar kejap tau. Nak jumpa Aini dengan Nik.”
            Along baru je melangkah keluar dari dapur sambil membawa mug di tangan. Along dan kopi memang tak boleh di pisahkan. Macam aku juga.
            “Along nak keluar dengan adik kejap lagi. Tak nak ikut ke?”
            “Ke mana?”
            “Entah budak kecik tu. Cakap nak shopping.”
            “Along nak temankan adik shopping? Homaiii... mimpi kah?” Macam tak percaya je along yang super busy tu nak temankan adik yang super cerewet tu shopping.
Macam tak ngam kan diorang. Seorang jenis busy manjang, nak curi masa untuk diri sendiri pun tak sempat. Yang sorang lagi tu pula cerewet yang ampun. Kalau keluar shopping dengan dia tak ambil masa sampai empat lima jam memang tak sah. Aku memang surrender ah keluar shopping dengan Hafiy. Menurun siapa entah.
            “Haipp, along sayang adik along tau.”
            “Ye la sayang, Hessa pun sayang adik tu. Tapi jangan di manjakan sangat along.”
            “Bukan selalu angah. Along tengok angah ni berkeras sangat dengan adik tu. Kenapa?” Eh, along perasan rupanya.
            Aku bukan nak berkeras sangat dengan Hafiy tu, tapi dah memang gitu aku layan adik-adik aku. Nak manja boleh, tapi kalau melebih kirim salam je lah. Hafiy pun dah biasa dengan cara aku. Dia pun okay je. Mungkin sebab tu lah kot dia jadi lebih rapat dengan along dan achik berbanding dengan kakak dia yang seorang ni.
            “Mana ada angah berkeras sangat long. Dah memang gitu gaya angah layan adik-adik. Achik pun angah layan macam tu juga. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Adik pun okay je angah tengok. Tak pernah complaint pasal layanan angah kat dia.”
            “Urm, bagus lah kalau macam tu. Along bukan apa, kalau bukan kita yang bagi layanan yang sepenuhnya kat adik-adik nak harapkan siapa lagi kan. Kita tinggal empat beradik ni je angah. Along tak nak ada yang kurang kasih sayang nanti.” Wajah along berubah muram.
Berat tanggungjawab yang along perlu pikul sebagai anak yang sulung. Aku tahu tu. Dan aku akan sentiasa berdiri di belakang along untuk memberi sokongan dalam memikul amanah dan tanggungjawab untuk menjaga keluarga kami.
“Along jangan risau sangat. Everything is fine along. Angah sayang along, achik dan adik lebih daripada angah sayang diri angah sendiri. Along jangan risau okay?” Bahu along aku peluk dan pipinya aku kucup. Dari kecil kami diajar macam tu sebagai meluahkan rasa sayang di antara kami adik beradik.
“Okay lah. Eh, tadi cakap nak keluar dengan Aini dan Nik kan.”
Aku tengo jam di tangan. “Alah. angah dah lambat la. Ini semua along punya pasal la.”
Along gelak. Boleh pula kan tangkap syahdu masa orang tengah kalut nak keluar.
“Ni pukul berapa nak balik karang?” Soal along masa aku tengah sibuk ikat tali kasut. Pakai rileks-rileks je hari ni. Jeans, t-shirt lengan panjang, sneakers, tudung bawal pin kat depan. Macam nenek Hafizi cakap.
“Nanti along dengan adik nak balik, call angah.”
“Okay. Drive elok-elok.”
Aku angguk. Tangan kanan along aku tarik dan cium. Along senyum sambil menggosok perlahan kepala aku. Haila along, terlampau memikirkan soal kehidupan adik-adik sampaikan tak sempat nak fikir soal kehidupan sendiri.

KERUSI di sebelah Aini aku tarik perlahan.
            “So, apa cerita ni?” Soal aku tak sabar.
            “Lambat!” Aini dah bising.
            “Sorry babe, aku ada hal skit dengan along tadi.”
            “Along sihat?” Soal Aini sambil sengih-sengih.
            “Kau kenapa? Macam ulat bulu pula aku tengok. Jangan cakap yang kau syuk kat along pula.”
            “Memang aku berkenan kat along pun.” Jawab Aini selamba.
            “What?! Kau nak jadi kakak ipar aku? Ouh I cannot brain this.” Aku geleng kepala. Macam tak percaya je aku dengan Aini ni lah.
            “Choiii... aku berkenan dekat along bagi pihak sepupu aku lah.”
            “Aku tak faham.” Memang aku tak faham. Berkenan bagi pihak sepupu? Apa benda la yang Aini merepek ni.
            “Aku nak kenalkan along kau dengan sepupu aku. Ha cakap direct lah senang dengan kau nih. Kalau tidak semua benda pun kau tak faham.” Bebel Aini.
            “Ouh... lain kali cakap biar terang cik kak.”
            “Ah kau, cakap terang-terang pun kau tak faham juga.”
            Aku mencebik. Nik kat depan kami mengekek ketawa. Eh seronok pula dia ni kan.
            “Kau tak payah nak gelak sangat lah Nik. Pasal kau kami tak soal siasat lagi tau. Aini, pasal along dengan sepupu kau tu kita bincang lain kali ek. Aku nak selesaikan soal nik dulu.” Ain angguk. Nik pula sudah menunduk.
            “Now you tell me what had happened the other day. Macam mana kau boleh ada kekasih gelap pula ni?” Aini dah mula sesi soal siasat.
            “Nazri kekasih aku masa kat sekolah dulu.”
            “Ouh jadi Nazri lah nama mamat yang pukul Abang Niyaz hari tu?” Soal aku pula.
            Nik angguk.
            “Macam mana kau boleh jumpa dia balik?”
            “Aku jumpa dia masa reunion tingkatan lima bulan lepas. Sejak dari hari tu kami mula berhubung semula.”
            “Kau tahu tak yang dia dah kahwin waktu tu?” Soal Aini lagi.
Nik angguk perlahan.
“What?!” Serentak aku dan Aini terjerit. Nasib baik kafe tengah ramai orang. Suara kami yang terjerit tadi tenggelam timbul dalam susana bising di dalam kafe.
“Kau biar betul Nik. Dah tahu dia dah kahwin, yang kau contact dengan dia lagi tu pasal apa? Saja nak cari nahas kan kau ni.” Aini dah tunjuk muka bengang.
“Rileks Aini, kita dengar dulu apa yang Nik nak cakap.” Aku cuba menenangkan Aini yang dah mula panas. Merah muka menahan marah.
“Aku masih sayangkan dia Aini, Hessa.” Setitis air mata Nik gugur di pipi.
“Tapi dia dah kahwin la Nik, dah ada isteri. Kau pun dah ada Shah kan.” Marah Aini. Ni memang betul-betul marah dah ni. Tangan kanan dikepal macam penumbuk. Agak-agak kalau tak disebabkan meja yang menghalang, memang dah makan penampar Aini dah agaknya si Nik nih.
“Sabar la Aini. Yang kau nak marah sangat kenapa?” Bahu Aini aku pegang kemas.
Aini mencerun ke arah aku pula. “Mesti lah aku marah. Aku paling pantang kalau orang kacau hak orang lain tahu tak.” Jawab Aini tegas. Haila mak cik ni. Kalau dah datang baran dia tu kan.
“Aku tak mintak pun semua ni terjadi.” Nik sudah mula menangis.
“Memang la kau tak minta, tapi kau boleh elak la ngok.”
“Amboi bahasa.”
“Sorry Hessa, aku tengah geram ni kau tahu tak.” Aini mendengus. Nik di depan kami Aini pandang macam nak telan.
“Aku tahu la. Aku pun geram juga. Tapi perkara ni bukan boleh selesai dengan kita marah-marah macam ni.”
Aini diam.
“Shah tahu tak pasal ni?”
“Tak. Shah kat Lodon sekarang, esok baru balik.”
“Jantan tak guna tu tahu tak yang kau dah bertunang?” Aini dah mula.
“Aini!” Bahasa boleh tahan kasar juga kalau dah marah. Tak senang betul aku dengan bahasa Aini ni lah. Aini mendengus sambil bersandar di kerusi. Angkat tangan tanda surrender.
“Kau tak boleh macam ni lah nik. Sayang macam mana sekali pun kau kena ingat yang dia tu hak orang. Hak isteri dia. Kau pun dah ada Shah kan sekarang. Kau sayang Shah ke tidak ni?”
Nik geleng. Air mata yang masih gugur di pipi dibiarkan kering.
“Aku tak tahu Hessa, aku keliru. Aku sayang Shah, tapi aku sayangkan Nazri juga.”
“Kau tamak lah ni kan?”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
Aku senyum. “Kau sayang dua-dua, tamaklah tu. Kalau kau tak sayang kan Shah, kau putus je dengan dia. He deserve someone better I guess. It is simple as that Nik.”
“Tak boleh! Aku sayangkan Shah.” Jawab Nik tegas.
“Jadi, tinggalkan Nazri.”
Nik diam. Matanya merenung aku sayu.
“Tak boleh juga? Ingat Nik, orang tamak selalu rugi. Tuhan dah bagi akal, guna lah. Jangan ikutkan hati sangat. Hati kita ni, selalu sangat berbolak balik. Rasa kasih, sayang dan cinta tu macam hati kita la. Mudah sangat berbolak balik. Sekarang sayang, nanti dah benci pula. Jadinya, guna akal. Fikir ke depan sikit, jangan fikir yang sekarang ni je. Fikir tentang kehidupan yang kau inginkan nanti. Kau akan lebih bahagia dengan Nazri atau Shah. Kalau kau masi keliru, dekatkan diri dengan tuhan. Minta petunjuk dari dia. He knows what’s the best forn our life. Ingat, jangan ikutkan hati sangat. Hati kita ni selalunya mudah dipengaruhi oleh syaitan. Ikut hati mati, ikut rasa binasa Nik.”
Bahu Nik terhincut-hincut menahan tangisan. Aku pandang Aini di sebelah. Muka stone je mak cik ni. Aku senggol bahu dia. Dia angkat kening, secara tak langsung menyoal aku kenapa. Aku memuncung mulut ke depan. Buat-buat tak faham pula dah. Aini bingkas bangun dan duduk di sebelah Nik dan menggosok perlahan bahu Nik.
“Think wisely Nik. It’s all about your future. Kau yang akan hadap benda tu nanti dan aku tak nak kau kecewa di kemudian hari. Aku sayang kau tau.” Nada suara Aini sudah berubah sayu.
Nik pandang Aini. “Sungguh ni kau sayang aku?” Soal Nik dalam tangisan.
“Sungguh la.” Jawab Aini sambil memeluk kemas bahu Nik dan Nik membalas pelukan Aini.
 “Hessa...” Nik menarik tangan aku agar duduk di sebelah dia.
“Group hug!” Jerit Aini.
Hailaaa... part peluk-peluk ni la yang paling aku lemah tau.
BEEP! BEEP!
‘Lunch dengan abang hari ni.’ – Niyaz
Aik, apa mimpi tiba-tiba mesej aku ni? Lepas bincang pasal Nik hari tu, langsung aku lupa pasal Niyaz.
‘Kat mana?’ – Hessa
‘Kat gerai depan hospital.’ – Niyaz
‘On.’ – Hessa
‘Okay. I’ll see you there.’ – Niyaz
Baru aku perasan yang Niyaz jarang nak call aku. Dia cal pun yang malam tu jelah. Sekali tu je. Alah yang malam dia suruh aku jaga diri untuk dia. Mimpi apa entah tiba-tiba cakap macam tu.
Orang ramai pula kat gerai ni hari ni. nasib baik Niyaz dah sampai awal dari aku, sempat lah dia cari meja untuk kami. Kak Wan, Erin dan Hafizi lunch kat tempat lain hari ni. Nak makan steambot katanya. Aku dah cakap awal-awal lagi dah kat diorang yang aku nak keluar lunch dengan kawan.
“Hai abang.” Aku tarik kerusi berhadapan Niyaz.
“Assalamualaikum Hessa.” Jawab Niyaz. Sinis!
“Waalaikumussalam. Kenapa tiba-tiba ajak Hessa lunch sama ni?” Aku buat muka tak kisah dengan sinis dia tu. Beg tangan  aku letak kat kerusi sebelah.
“Abang ada hal kat area sini tadi. Dah alang-alang sampai sini, terus ajak Hessa lunch dengan abang la. Nak makan apa? Abang ambil kan.”
“Eh tak apa, abang pergi ambil makanan abang dulu. Hessa tunggu meja. Nanti Hessa pergi ambil sendiri. Tak best pula pesan kat abang je, tak boleh nak pilih apa yang best.” Niyaz senyum dan berlalu ke arah meja yang menempatkan makanan. Gerai kat sini semuanya layan diri. Air je yang order kat meja.
“Abang dah sihat betul ke ni?”
“Hai, baru nak tanya...” Niyaz menjeling. Sinisnyaaa
“Dah jumpa, tanyalah. Tak jumpa tak tanyalah...” Aku tak tahu nak jawab apa sebenarnya ekekeke.
“Abang sihat walafiat dah. Thanks to you sebab bawak abang pergi klinik.”
“Eleh hari tu kemain kan sombong tak nak pergi klinik lah apa lah.”
Niyaz gelak. “Hari tu tengah merajuk dengan Hessa lah. Itu yang sombong tu.”
“Eh, merajuk pasal apa pulak?” Blur. Sungguh aku tak tahu yang dia tengah merajuk dengan aku.
“Tiba-tiba kena marah, siapa yang tak merajuk.”
“Hessa marah abang ke hari tu?”
“Ni betul-betul tak ingat ke, buat-buat tak ingat?” Soal Niyaz geram.
“Buat-buat tak ingat. Heh...”
“Nakal ye... So, macam mana dengan kawan Hessa yang gaduh hari tu?”
 “Amboi, kepochi nampak.”
Niyaz gelak. “Nak juga tahu apa jadi kat kekasih gelap dia yang sesuka hati tumbuk abang tu.”
“Eh, ingat yang dia tumbuk abang je? Yang abang tumbuk dia, tak ingat?”
Niyaz gelak lagi. Eh, suka gelak pula dia hari ni. “Ingat juga.” jawab Niyaz dalam tawa yang masih bersisa.
“Macam tu la abang. Hessa dan Aini dah nasihat apa yang patut. Sekarang terserah kat dia lah nak pilih yang mana. Tanggungjawab Hessa dah selesai rasanya.” Niyaz angguk sambil mengunyah. Berselera sungguh dia makan.

“You have done your job as her friend.”
“Kannn...”
Niyaz senyum melihat riak wajah bangga aku.
“Abang...” Aku memandang Niyaz yang sedang menghabiskan suapan terakhirnya.
“Yes..” niyaz jungkit kening. Lahaiii macam kacak pula Niyaz hari ni.
“What do you think about this issue?” Nak juga tahu pendapat orang lelaki tentang perkara macam ni. Asyik dengar pendapat orang perempuan je, emosi tak habis-habis.
Niyaz berdehem seketika. “Seriously abang tak pernah berhadapan dengan situasi macam ni. In fact, semua orang di sekeliling abang tak ada yang terlibat dengan masalah macam ni.”
Tiba-tiba aku rasa malu bila Niyaz cakap macam tu.
“So, you have nothing to say about this?”
“Macam mana Nik boleh kenal dengan lelaki tu?”
“Her ex zaman sekolah.” Niyaz diam.  Sepertinya sedang memikirkan tentang sesuatu.
“Abang rasa Nik tengah keliru.”
“Kenapa abang cakap macam tu?”
“Nik tak cakap kenapa diorang berpisah?”
“Tak pula.” Seingat aku Nik tak pernah cerita kat kami tentang bekas kekasih dia. Sebab itu lah aku dengan Aini terkejut bila Nik cakap yang Nizam tu bekas kekasih. Bekas kekasih zaman sekolah pula tu.
“Mungkin keadaan yang memaksa mereka berpisah. Sebab itu lah bila mereka jumpa balik, rasa cinta tu muncul kembali. Nik kena fikir secara resional sbenarnya, jangan ikutkan hati sangat. Lebih-lebih lagi bila mereka berdua sudah ada pasangan dan hala tuju hidup masing-masing. Tapi itu lah, kalau melibatkan soal hati dan perasaan, siapa je yang boleh fikir secara rasional kan?”
Aku angguk. Sama macam yang aku nasihat kat Nik. Maknanya, isu kekasih gelap ni tak akan wujud kalau kita semua rasional dalam membuat keputusan. Kan?
“Tapi bagi abang yang lelaki tu memang salah.” Sambung Niyaz lagi.
“Amboi abang, tak puas hati sungguh nampaknya dengan si Nizam tu. Sebab kena tumbuk hari tu ke?”
Niyaz gelak. “Ouh, Nizam ke nama dia? Tak ada lah, bukan sebab tak puas hati kes hari tu. Dia kan dah ada isteri dan dia kena ingat yang isteri tu adalah amanah Allah kepada seorang suami. Lagi pun Nik tu masa silam dia. Sepatutnya dia kena hindarkan diri dari mendekati Nik. Jangan berhubung langsung. Lebih-lebih lagi bila dah tahu yang Nik tu tunangan orang. Dia pun dah ada isteri kan. Just focus on his life je lah.”
“Tapi kan abang, kalau dah cinta nak buat macam mana.”
“Sebab itu lah asas kena kuat.”
“Asas?”
“Kuatkan iman dalam diri. Kalau betul rasa kasih dan sayang dalam diri tu susah nak buang, minta tolong dengan tuhan. Kalau rasa tu tak sepatutnya wujud, minta tuhan buang rasa tu. Pokok pangkal, semuanya kena minta dengan tuhan. Dia yang lebih mengetahui.”
Sama lagi dengan apa yang aku cakap kat Nik. Kami ni ada kimia ke apa.
“Kita sependapat lah abang.”
“Yeke?” Soal Niyaz berserta senyuman.
“Dah siap makan kan? Jom lah, Hessa dah kena masuk ofis ni.”
“Jom abang tolong Hessa melintas. Hessa ni bukan pandai sangat lintas jalan.” Niyaz bangun dan membuat bayaran di kaunter.
“Tapi tadi tak tolong pun.” Kami berjalan seiring.
“Tadi takut terlepas meja kosong.” Jawab Niyaz sambil menarik hujung lengan baju kurung aku.
“Ooo, meja lagi penting dari Hessa la?”
“Yes.” Niyaz tarik senyum lagi. Aku pula dah tarik muncung. Tiba-tiba nak merajuk apa hal Hessa oii?!
“Tapi itu tadi. Sekarang Hessa lagi penting.” Niyaz kenyit mata. Nakal betul.
“Mulut manis kan sekarang.”
“Selalu. Hessa je yang tak tahu. Okay lah, abang gerak dulu.” Niyaz mula melangkah. Belum sempat dia melintas...
“Abang!”
“Apa?”
Aku melangkah perlahan ke arah niyaz yang sedang tegak berdiri di bahu jalan.
“Are we good?”
“Yes. Why?” Kerutan di dahi jelas kelihatan.
“Are we friend now?”
Berdebar pula nak tunggu jawapan dia. Macam tunggu result SPM. Entah lah kenapa. Pelahan-lahan kerutan di dahinya hilang. Mucul pulas senyuman manis di bibir.
“Entah.” Jawab Niyaz tenang sambil menjungkit bahu. Terus dia melintas bila jalan raya kelihatan lengang.

Aku masih kaku di situ. Mulut dah muncung tanda tak puas hati. Dia di seberang sana tersenyum senang sambil melambai tangan ke arah aku. Senang hati nampak!

8 April 2015

Hessa, It's Me! Bab 5

JAM enam petang baru aku bersiap-siap untuk pulang. Fuhh, penat betul buat akaun ni lah. Nasib baik Erin dengan Hafizi sedia membantu, kalau tidak memang berumah tangga kat ofis lah aku jawabnya.
            Aku baru je nak memulakan perjalanan, tiba-tiba telefon aku di dalam beg tangan berlagu riang. Lagu apa? Lagu entah apa-apa along cakap. Aini yang call rupanya.
            “Heya babe...”
            “Hessa! Kau datang sini sekarang.” Suara Aini terjerit-jerit di dalam telefon.
            “Aini kau kenapa? Kau kat mana?” Serius aku risau. Dengan bunyi bising lagi. Apa yang dah jadi dengan Aini?
            “Aku kat lorong Haji Kasim dan aku nak kau datang kat sini sekarang juga!” Jawab Aini tegas. Nada suara macam tengah gelabah giler. Entah apa lah yang dah jadi dengan kawan aku tu.
            “Kau buat ap...”
            “Now Hessa!”
            Klik. Aini dah letak telefon. Lorong Haji Kasim? Ouh dekat belakang hospital ni aje. Tanpa membuang masa aku terus memecut kereta.
            Sesampainya aku kat sana, ada beberapa orang yang aku kenal dan tidak kenal. Nampak macam ada pergaduhan. Ya Allah, Aini bergaduh dengan siapa pula ni?
            “Aini!” Jerit aku sambil melangkah ke arah mereka yang langsung terdiam sambil memandang ke arah aku.
            “Hessa!”
            “Aini, kau gaduh ke? Kau gaduh dengan siapa?” Soal aku tanpa mempedulikan yang lain.
            Aini menarik tangan Nik yang sedang berdiri di sebelahnya sambil menundukkan wajah.
            “Eh Nik, kau pun ada? Korang buat apa kat sini? Korang gaduh ek?” Soal aku lagi.
            Kemudian satu persatu wajah yang ada di situ aku pandang. Di sebelah kiri aku ada dua orang lelaki yang tidak aku kenali sedang berpelukan. Sepertinya seorang daripada mereka sedang menghalang yang seorang lagi daripada bergerak.
            Di sebelah kiri Aini dan Nik pula kelihatan seorang perempuan yang juga tidak aku kenali sedang memandang ke arah kami dengan renungan yang sangat tajam. Dah kenapa pula dengan perempuan ni.
            Dan di sebelah kanan aku pula kelihatan seorang lelaki yang juga tidak aku kenal sedang memeluk seorang lelaki yang macam aku kenal dari arah belakang. Lelaki tu macam... Niyaz! Ya Allah, apa yang dia dah buat ni. Dengan muka lebam sana sini, bibir bawah pecah macam kena tumbuk. Baju kemaja serabai, tali leher entah ke mana.
            “Abang Niyaz! Apa yang abang dah buat ni?” Niyaz hanya diam.
            “Aini?!” Aku pandang wajah Aini yang sepertinya sedang menahan marah. Tapi marah kat siapa?
            “Aku tak tahu nak minta tolong siapa Hessa. Nama kau je yang terlintas kat kepala aku tadi.”
            “Apa yang terjadi sebenarnya ni?” Soal aku lagi. Pening lah aku tengok mereka yang aku tak kenal ni semua. Nik yang kaku berdiri di sebelah Aini sudah mula menangis. Aku makin keliru dengan situasi sekarang.
            “Aku terserempak dengan Nik yang sedang bergaduh dengan wife kekasih dia tadi.” Aini sudah mula membuka cerita.
            “Kekasih? Nik, apa semua ni? Kau kan dah ada tunang. Kekasih apa pula ni?” Rasa nak meletup kepala aku sekarang dengan hal Nik ni lah.
            “Kekasih gelap dia. Wife jantan ni nak pukul Nik, aku datang la tolong Si Nik ni ha, lepas tu boleh pulak dengan aku sekali dia nak ganyang.”
            “Siapa nak ganyang kau?”
            “Laki bini ni la. Laki dia tak puas hati sebab aku cakap dia jantan tak guna. Bini dia pula marah sebab aku back up Nik.” 
            Aku pandang perempuan yang dikatakan isteri kekasih gelap Nik itu. Merah muka menahan marah. Tak berani pula dia nak ganyang Aini ni kat depan aku. Suami dia pula masih cuba melepaskan diri.
            Kemudian aku pandang wajah Niyaz. Matanya masih tajam merenung ke arah kekasih gelap Nik.
            “Yang abang ni pula, macam mana boleh ada kat sini? Tak ada kerja nak join orang gaduh juga.” Niyaz kalih, merenung tajam ke dalam anak mata aku.
            “Abang Niyaz tolong selamatkan aku daripada kena ganyang dengan permpuan ni la.” Aini yang jawab. Niyaz masih diam sambil memandang tajam ke arah aku.
            “So, kita nak buat apa sekarang?”
            “Kau tolong bawa Abang niyaz pergi klinik. Luka kat bibir dia tu macam teruk je. Si Nik ni biar aku yang hantarkan. Abang terima kasih ye tolong kami.” Sempat Aini berterima kasih kepada abang-abang yang membantu mereka meleraikan pergaduhan itu tadi.
            “Okay. Nik, aku tak habis lagi dengan kau tau. Nanti kita jumpa.” Pesan aku sebelum melangkah ke arah Niyaz. Nik hanya diam sambil mengekori langkah Aini.
            “Kereta abang kat mana?”
            Tanpa mempedulikan soalan aku, Niyaz terus melangkah pergi dengan langkah yang terhincut-hincut sambil tangan menyapu kasar darah yang masih mengalir di bibir.
            “Abang!”
            Langkah kakinya aku kejar. Pasangan suami isteri itu tadi terus aku tinggalkan begitu sahaja. Lantak korang lah nak sambung gaduh ke apa. Dah takde kaitan dengan aku lagi dah.
            “Abang! Tunggu lah.” Lengan Niyaz aku pegang.
            “Jangan sibuk hal abang boleh tak?” Jerit Niyaz. Tangan aku ditepis kasar.
            “Abang tu tengah sakit. Jangan nak degil sangat boleh tak?” Aku pun dah jadi geram dah. Cakap orang degil, padahal dia pun sama degil. Degil dan ego. Complete package.
            “Abang boleh jaga diri abang sendiri. Hessa tak payah nak sibuk.” Marah Niyaz lagi.
            Huh, aku mendengus geram. Degilnya nauzubillah. Dengan segala tenaga yang ada, aku tarik lengan Niyaz dengan kemas dan dengan pantas aku heret Niyaz ke kereta aku. Bahunya aku tolak supaya dia masuk ke dalam kereta. Dah selesai semua, aku pecut kereta ke arah klinik yang berdekatan.
            Degil macam budak-budak. Kena guna kekerasan baru nak ikut cakap orang. Nasib baik lah badan aku takde la kecik mana. Sedang elok kalau nak lawan dengan dia tu. Ingat aku tak kuat ke. Ini Hessa Munirah Mansur la, pantang betul kalau jumpa orang degil macam ni.

WAKTU macam ni lah klinik ni pun nak ramai orang. Aku pimpin tangan Niyaz ke arah kerusi kosong dan aku dudukkan dia kat situ. Tapi orang degil macam dia mana boleh senang-senang nak ikut cakap aku. Ingat senang ke nak bawa dia sampai sini. Takde nya dia nak duduk diam kat dalam kereta tu tadi.
            “Kereta abang mana?”
            “Ada kat bengkel.”
            “Habis tu macam mana abang boleh ada kat tempat kejadian tu pula?”
            “Jangan nak banyak tanya sangat boleh tak. Orang tengah sakit, dia sibuk nak tanya itu ini.” Marah Niyaz.
            “Orang tanya je, itu pun nak marah. Soalan senang je tu, bukan susah pun nak jawab.”
            Niyaz mendengus geram. “Soalan tu memang lah senang. Yang susahnya ni ha, mulut ni sakit tau tak nak jawab macam-macam soalan.”
            “Okay fine! Kita pergi klinik sekarang juga.” Ingat dia je yang tahu nak marah orang. Aku pun tahu juga lah.
            Sekarang ni kalau jumpa dengan aku asyik nak marah je. Masa mula-mula jumpa dulu tak macam ni pun. Garang macam singa.
“Hantar abang balik rumah terus lah, tak payah pergi klinik. Abang pergi esok je.”
“Tengok tu, degil tak habis-habis. Tadi cakap sakit kan, kita pergi klinik la.”
“Sakit sangat, mulut dah tak larat nak cakap. Esok-esok jelah.”
“Takde, kita pergi sekarang juga. Kalau sakit tengah malam nanti, siapa yang susah?” Aku tetap bertegas dengan keputusan aku.
Niyaz mendengus lagi. “Degil! Tak boleh bawak berbincang langsung.”
Aku menjeling dia sekilas. Paku dulang paku serpih nampak. “Siapa yang degil sekarang? Hessa ke abang? Hessa nak bawak abang pergi klinik je untuk dapatkan rawatan. Bukan nak bawak abang ke tempat yang bukan-bukan. Kalau sakit tu melarat nanti siapa yang susah? Abang juga kan. Cuba lah kesiankan diri tu sikit...”
Belum habis aku cakap, Niyaz terus potong... “Okay! Kita pergi klinik sekarang juga. Puas hati?” Tengking Niyaz.
Aku senyum. Dia sikit punya garang, tapi aku langsung tak takut. “Puas la...” Jawab aku senang.
“Dah stop talking. Bising tahu tak.” Dah puas jerkah aku, terus dia pusing kiri mengadap cermin sambil menggosok perut dan pipi yang semakin terserlah lebamnya. Sakit lah tu.

“ABANG duduk sini kejap, Hessa pergi daftar nama abang kat kaunter pendaftaran.” Niyaz menyeluk keluar dometnya dan diserahkan kepada aku. Dompet dia aku belek dengan cermat. Hilang apa-apa karang buat naya je.
            Selesai urusan pendaftaran, aku labuhkan duduk di sebelah Niyaz. Kelihatan darah merah pekat masih mengalir di bawah bibir Niyaz. Kuat sangat tumbukan lelaki itu tadi agaknya sampaikan bibir boleh pecah sampai macam ni sekali.
            “Meh sini Hessa lap kan darah kat bibir abang tu.” Bahu Niyaz aku tarik sedikit. Tisu dalam beg tangan aku keluarkan dan darah yang mengalir aku sapu perlahan.
            “Ouch, sakitlah!” Marah Niyaz.
            “Sorry tak sengaja.” Aku cuba sapu darah yang masih bersisa namun dengan pantas niyaz melarikan wajahnya.
            “Dah lah. Tak payah nak buat kalau tak ikhlas.” Tekan Niyaz.
            “Mana abang tahu Hessa tak ikhlas?”
            “Kasar macam tu, ikhlas apa nya.” Niyaz menjeling.
            “Eh abang, ikhlas atau pun tak, antara Hessa dengan tuhan saja yang tahu.” Hah, nak cakap soal ikhlas pula dengan aku.
            “Okay fine! Tak payah buat la kalau tak sayang.” Niyaz jeling aku lagi. Suka sangat jeling menjeling sekarang kan.
            “Mana abang tahu Hessa sayang ke tak?”
            “Kasar macam tu, sayang apa nya.”
            “Eh abang, kalau tak sayang takde nya Hessa bawak abang datang sini tau. Hessa tinggal je abang kat sana biar kena gigit dengan nyamuk.”
            “Habis tu, sayang lah ni?”
            “Sayang lah...”
            Niyaz terdiam. Matanya masih tajam merenung ke dalam anak mata aku. Dan aku... Eh, aku cakap apa tadi? Sayang? Sayang siapa?
            “Ahmad Niyaz Nazri, masuk.” Suara nurse yang bertugas memanggil Niyaz masuk ke dalam bilik doktor.
            Aku turut bangun. “Nak Hessa ikut tak?”
            “Tak payah.” Jawab Niyaz malas.

SEWAKTU aku sedang menguruskan bayaran rawatan Niyaz di kaunter, along call. Risau sebab dah malam aku tak juga sampai rumah. Setelah aku menerangkan segalanya, along berpesan supaya aku singgah makan dulu sebelum balik. Along tak sempat nak masak, along dengan adik makan piza je tadi.
            “Kita singgah makan kejap ye bang, Hessa lapar.”
            Niyaz angguk. Dah letih nak menjawab lah tu. Selesai membuat pesanan, aku terus makan. Niyaz di hadapan aku pandang sepintas lalu. Lapar punya pasal, tak boleh nak bagi tumpuan langsung kat cik abang yang kat depan ni.
            Tiba-tiba aku dengar Niyaz mengaduh kesakitan.
            “Malas lah nak makan.” Niyaz menolak pinggan berisi nasi goreng ayam ke depan.
            “Kenapa? Tak luak pun Hessa tengok.”
            “Sakit lah. Nak suap pun susah.” Adu niyaz bersama kerutan di dahi. Sakit sungguh ni.
            “Makan la sikit. Karang kalau lapar macam mana?”
            “Sakit lah Hessa, macam mana nak makan.” Marah Niyaz. Bengang agaknya bila aku paksa makan.
            “Tahan lah. Sakit sikit pun dah kecoh. Itulah, siapa suruh gaduh? Dah dapat penyakit macam ni baru tahu.”
            Muka Niyaz sudah merah. Marahkan aku lah tu.
            “Abang dapat penyakit ni sebab nak tolong kawan awak juga tau.” Niyaz menjeling aku geram.
            “Kalau nak tolong tak semestinya kena bertumbuk sampai macam ni sekali kan.”
            “Habis tu, dah dia yang tumbuk abang dulu tak kan lah abang nak biarkan je.” Marah Niyaz.
            “Beralah tak semestinya kalah la bang.”
            Kali ini jelingan yang paling tajam Niyaz hadiahkan kat aku. “Hessa kalau nak makan tu makan je lah. tak payah nak membebel macam ni. Serabut tahu tak?!” Marah niyaz dengan nada yang tertahan.
            Gerun juga tengok muka merah Niyaz ni. Kesian pun ada. Dah lah sakit kena tumbuk, perut pula lapar. Memang cukup pakej Niyaz dapat malam ni.
            “Meh sini Hessa suapkan.” Aku bangun dan duduk di sebelah Niyaz.
            “Tak payah!” Niyaz bersandar di kerusi dengan muka masam mengalahkan asam jawa.
            “Cepat la, Hessa suapkan. Masuk angin pula perut tu nanti.” Aku suakan sudu ke mulutnya. Niyaz mengalah. Dalam sakit tu habis juga la nasi separuh pinggan. Hilang dah sakit bila orang suap gamaknya.
            Selesai makan, aku terus menghantar Niyaz pulang. Aku sangkakan dia tinggal kat rumah bujang sendirian atau dengan kawan. Rupa-rupanya dia tinggal dengan keluarga dia. Buat susah je bawak dia pergi klinik lah, pergi makan lah. Kalau tahu tadi hantar je dia balik rumah dan biarkan keluarga dia yang uruskan semuanya.

            Eh Hessa, betul ke ikhlas tolong Abang Niyaz tadi?





P/s: Cerpen ni kita main tulis je. Plot ke ending ke tak tahu lagi macam mana.  It's just for fun. Kita enjoy-enjoy and lepak-lepak je baca. Okay? :)

7 April 2015

Hessa, It's Me! Bab 4

MALAM ini along panggil adik beradik aku berkumpul di ruang tamu. Ada hal penting yang nak dibincangkan katanya. Sementara menunggu mereka selesai solat isyak, aku sempat menelefon Aini dan ceritakan semua apa yang telah terjadi di antara aku dengan Niyaz petang tadi.
            “So, apa yang kau nak buat lepas ni?” Soal Aini.
            “Entah lah Aini, aku pun tak tahu. kononnya malas nak fikir lah kan, tapi fikiran aku ni asyik teringat kat dia juga.”
            “Haila korang, mengalahkan orang bercinta tau tak.”
            “Mana ada la kau nih...” Ada ke cakap macam tu. Kami ni kawan pun tidak, bercinta jauh sekali.
            “Mana ada apa?”
            “Bercinta la.”
            Aini gelak. “Hessa, memang sah lah fikiran kau melayang-layang sekarang. Aku cakap mengalahkan orang bercinta, bukan macam orang bercinta. Ada faham?”
            “Ouh... aku silap dengar lah ni.”
            “Silap dengar dan salah tafsir. Aku rasa, lebih baik kau lupakan je lah dia. Tak untung pun kau ingat dia. Rugi lagi ada lah.”
            “Kenapa rugi pula?”
            “Rugi la... asal ingat dia je kau jadi sedih macam ni. Dalam hidup kita ni kalau asyik bersedih je adalah satu kerugian tau. Banyak benda lagi yang kau boleh buat selain daripada bersedih fikirkan pasal abang Niyaz.”
            “Itu lah... tapi aku tak boleh la babe. Kalau tak jumpa dia tak apa. Ni asyik jumpa je, macam mana lah aku tak terfikirkan pasal dia.”
            “Sejak bila?”
            “Sejak bila apa?”
            “Sejak bila kau jadi macam ni? Dulu tak macam ni pun kan. People comes and goes but your life never effected by them at all. Nothing’s change. But this time, it’s kinda weird you know. It is seems like you both are so attach to each other.”
            Aku terdiam. Betul ke apa yang Aini cakapkan tu? Aini, she’s my bestfriend and somehow she’d know me better than myself.
            “Kadangkan Hessa, kita tak nampak apa yang orang lain nampak.”
            “Maksud kau?”
            “I think there’s another feeling exist between you guys. This is not just about friendship Hessa.”
            “Aini...”
            Belum sempat aku meneruskan perbualan kami, kedengaran tapak kaki along mendekat.
            “Haa, tak habis lagi bergayut angah?” Soal along tegas.
            “Aini, got to go now. I’ll call you later kay...” Pap, terus aku letak telefon ke tepi.
            Along melabuhkan duduk di atas sofa di hadapan aku. Achik yang baru turun terus duduk di sofa sebelah kanan manakala Hafiy pula duduk di sebelah aku.
            “Nak bincang soal apa ni long?” Tanya adik aku tak sabar.
            Along berdehem seketika. “Nak bincang soal nikah kahwin achik.”
            Aku dan Hafiy terus pusing kepala ke arah achik. Senyuman tenang jelas terukir di wajah achik. Tak ada riak risau, runsing, resah gelisah langsung.
            “Bila decide nak kahwin?” Sesi soal jawab along sudah bermula.
            “Last three weeks.” Jawab achik tenang. Tapi yang tak tenangnya si kecik yang kat sebelah aku ni ha. Dari tadi asyik dengar sound effect ha? what? homai? Siap dengan pakej mulut melopong lagi tu. Adeh la, kelakar pula aku tengok.
            “Adik, kalau ye pun tutup mulut tu sikit. Tak lenguh ke?” Sempat along buat kelakar.
            “For real achik?” Tanpa mempedulikan kata-kata along, terus Hafiy menyoal achik.
            Achik angguk perlahan. Senyuman manis masih bergayutan di bibir. Amboi, bahagia sungguh. Along tak cakap pun lagi setuju ke tidak.
            “Mak ayah dia cakap apa?” Soal along lagi. Aku diam je lah. Malam ni nak dengar je, tak nak cakap. Boleh gitu?
            “Mak dia dah takde. Ayah dia cakap okay je. Achik dah call ayah dia cakap sendiri yang achik nak kahwin dengan Baya. Mula-mula ayah dia diam je. Tapi lepas tu achik dengar ayah dia nangis.”
            “Kenapa?” Soal along dan Hafiy serentak.
            “Ayah dia terharu sebab ada orang yang ikhlas nak ambil alih tanggungjawab dia untuk jaga Baya.”
            “Dan achik lah orang yang ikhlas tu?” Usik Hafiy sambil jongket-jongket kening.
            “Alhamdulillah, achik la orang tu.” Jawab achik pula tanpa segan silu.
            “Baya tu macam mana orangnya? Cerita sikit kat along. Nak juga kenal satu-satunya adik ipar perempuan along tu.”
            Achik senyum lagi. “She’s a nice person that I’ve ever known. Seorang yang bercita-cita tinggi, tegas dan sangat berdikari. Tapi masih terserlah kelembutan dalam diri.”
            Aku tengok along asyik angguk kepala je. Dah macam pakcik-pakcik pula gayanya. Puas hati lah tu dengan calon pilihan achik.
            “Achik ada gambar Kak Baya tak? Nak tengok.” Hafiy dah mula teruja.
            “Ada... kejap.” Achik hulur iPhone nya kepada aku.
            “Eh, achik ada Instagram ke?” Haa, takleh aku nak duk diam je. Curious pulak bila tengok achik buka Instagram Baya. Tak sangka budak anti sosial macam achik ni pun ada akaun Instagram juga.
            “Ada la. Tapi gambar tak banyak pun. Yang ada tu pun gambar kampus achik je.”
            Satu persatu gambar di akaun instagram Baya aku dan hafiy belek. Apa yang menarik minat kami ialah, cara pemakaian Baya. Muslimah di zaman moden. Cantik sangat.
            “Kak Baya pakai niqab achik?”
            Achik angguk. “Ya Allah cantiknya achik...” Puji Hafiy.
            “Achik dah sedia ke untuk pikul tanggungjawab nak jaga anak orang?” Along mencelah.
            “In shaa Allah along.” jawab achik yakin. Aku nampak kesungguhan achik melalui sinar matanya itu.
            “Korang memang nak kahwin kat sana ke? Tak boleh ke tunggu habis belajar dan balik kahwin kat Malaysia?”
            Aku dan Hafiy terdiam.
            “Bukan tak boleh along. Tapi, untuk mengelakkan daripada buat dosa, lebih baik kita percepatkan. Nafsu ni, benda yang paling susah nak jaga. Kalau nak kira, pandang dia pun dah jatuh ke dosa long. Tapi kalau dah sayang, memang tak boleh nak elak, asyik nak pandang je. Along faham maksud achik kan?” Bagusnya lahai adik lelaki aku ni. Malu pula rasa hati. Achik sangat menjaga adab sopan dan dosa pahala. Aku ni pula?
            Along senyum. “Achik dah matang. Sangat, sangat matang. You got  my blessing my dear little brother.” Dengan pantas achik bangun dan memeluk along dengan erat.
            “Thanks along. Thank you so much. I love you fi dunya wal akhirah along.” Ujar achik sebak.
            “Along sayang achik juga. Be a good husband for Baya, okay?”
            Achik angguk dan mengeratkan kembali pelukan mereka.
            “Habis tu, adik?” Soal Hafiy sambil berdiri di sebelah aku.
            “Apa? Nak kahwin juga ke?” Tanya along dengan wajah garang.
            Hafiy tarik muncung. “Bukan lah. Habis tu, adik ni along dengan achik tak sayang ke?”
            Aku kat sebelah dia dah bantai gelak dah. Tak habis-habis dengan manja gedik dia tu. Nasib la along dengan achik rajin nak melayan. Kalau aku, memang tak lah.
            “Halah, adik lagi lah along sayang...”
            “Haah, achik sayang adik banyak laut tau.”
            Along dan achik peluk Hafiy dengan erat sekali. Tengok tu, kan aku dah cakap. Suka la Hafiy bila abang-abang manjakan dia macam tu.
            “Angah, tak nak join ke?” Tanya achik. Baru perasan agaknya aku ada kat sini.
            Aku mencebik. “Huh, tak nak lah angah. Rimas...”
            “Ah takde maknanya nak rimas-rimas. Meh sini...” dengan pantas along menarik aku ke dalam pelukan mereka. Kami saling berbalas pelukan sambil ketawa senang. Alhamdulillah Allah permudahkan.

MALAM semakin larut. Mata ni pula tak nak pejam-pejam, tak mengantuk langsung. Tidur la Hessa, sesungguhnya esok kau kena pergi kerja. Tapi, mata aku ni memang degil la. Duk pejam celik pejam celik macam tu juga. Tak nak lena langsung.
            Telefon di sebelah bantal aku tarik perlahan. Ikon whatsapp aku buka. Scroll naik turun, naik turun. Whatsapp Niyaz aku buka. Eh, dia tengah online lah. Sekarang dah pukul satu pagi. Buat apa tak tidur lagi?
            ‘Abang Niyaz...’ – Hessa
            Sepuluh minit berlalu...
            ‘Ya...’ – Niyaz
            Mata aku yang memang dah sedia terbuka makin luas jadinya.
            ‘Tak tidur lagi?’ – Hessa
            ‘Belum.’ – Niyaz
            ‘Hessa call abang ye?’ – Hessa
            Tiba-tiba rasa nak dengar suara dia pula. Angau ke apa kau ni Hessa?
            ‘Jangan. Macam ni je... – Niyaz
            ‘Kenapa?’ – Hessa
            Tak puas hati pula rasanya. Bukan aku minta dia call aku pun, aku yang nak call dia.
            ‘Kita berhubung through whatsapp atau tak payah berhubung langsung. You choose.’ – Niyaz
            Hurmm... ‘Yela. Main ugut-ugut pula.’ – Hessa
            ‘Dengan orang degil macam Hessa memang kena main ugut-ugut.’ – Niyaz
            ‘Eh, bila pula Hessa degil?’ – Hessa
            ‘Yang petang tadi tu, bukan degil ke?’ – Niyaz
            ‘Yang tadi tu bukan degil. Saja je nak provok abang.’ – Hessa
            ‘Motif?’ – Niyaz
            ‘Saja nak tahu abang peduli pasal Hessa ke tak.’- Hessa
            Lama Niyaz diam sebelum dia membalas, ‘Ya Allah Hessa, soal nyawa macam tu jangan di buat main. Bagai nak luruh jantung abang tadi tau bila tengok Hessa hampir-hampir di langgar kereta.’ – Niyaz
            Entah kenapa bibir aku tiba-tiba tersenyum.
            ‘Abang risaukan Hessa ye?” – Hessa
            ‘Mesti lah...’ – Niyaz
            ‘Abang dah tak marahkan Hessa lagi?’ – Hessa
            ‘Tak tahu.’ – Niyaz
            Eleh, poyo betul.
            ‘Abang nak kawan dengan Hessa tak?’ – Hessa
            ‘Entah...’ – Niyaz
            Uwaaaa... sakit pula hati aku baca jawapan dia.
            ‘Dah lah bang, Hessa nak tidur dah. Good night.’ – Hessa
            Belum sempat aku menyimpan telefon di bawah bantal, telefon aku berbunyi. Niyaz!
            “Hello abang...”
            Niyaz diam. Hanya deruan nafasnya yang sangat lembut kedengaran ditelingaku.
            “Abang...” Seru aku lagi.
“Janji dengan abang...”
“Janji apa?” Soal aku pelik. Tiba-tiba call minta aku janji dengan dia.
“Jaga diri Hessa.... untuk abang.”
“Ap... apa bang?”
“Hessa tidur ye. Selamat malam, assalamualaikum.”
Klik! Talian putus.
Aku cuba menelefon Niyaz tetapi hanya mesin pesanan suara yang kedengaran. Malam makin kelam. Mata makin luas terbuka. Fikiran sudah hilang melayang entah ke mana. Dan hati... makin kuat membisikkan nama Niyaz. Kau dah kenapa Hessa?




p/s: Sorry for late update guys. :)