31 March 2015

Hessa, It's me! Bab 1

PERKARANGAN Hotel Grand River Side dipenuhi dengan orang ramai yang berpusu-pusu menuju ke arah Vendor Festival yang sedang berlangsung di Ballroom Lakeside di tingkat satu. Aku kerling jam tangan pemberian Along, dah pukul sebelas pagi. Tapi batang hidung Aini masih belum kelihatan. Semalam janji pukul sembilan, sekarang dah pukul sebelas. Bangun lambat ke apa mak cik ni.
            “Weh sorry aku lambat.” Aini tercungap-cungap kat sebelah aku.
            “Kau kenapa lambat?”
            “Aku kena hantar anak saudara aku kat rumah mak abang ipar aku la. Ingat nak terus cabut je tadi, tapi mak aku dah bising minta tolong, terus aku angkut anak saudara aku tu. Sorry eh babe.”
            “Dah lah jom masuk. Orang dah penuh la Aini. Entah sempat ke tidak ni.” Kami mula menapak ke pintu lobi hotel. Memang orang dah ramai sangat dah ni. Ada yang dah siap usung macam-macam jenis beg plastik untuk dibawa balik. Dah habis borong la tu.
            “Apanya tak sempat. Baru je start kan. Lagi pun tak kan la dia orang bawak stok ciput je. Dah tentu-tentu karnival macam ni ramai yang datang kan, stok pun mesti la banyak.”
            “Ish, bukan pasal stok la...”
            “Habis tu?”
            “Goodies bag. Aku nak goodies bag yang dia orang sediakan untuk seribu orang pengunjung yang terawal tu.”
            “Ya Allah Hessa, aku ingat apa la tadi yang kau kalutkan sangat tu.”
            Aku tarik tangan Aini sambil melangkah laju ke arah tangga yang tersergam indah di sebelah coffee house. Aini masih membebel entah apa-apa. Malas aku nak layan.
            Karpet di tingkat satu langsung tak nampak. Sumpah penuh dengan orang ramai. Jalan pun berhimpit sana sini. Ada banyak booth dari vendor-vendor yang famous semuanya seperti Aidijuma, Jubah Souq, Blossom Box Store, ZARA, DreeMika, Calaqisya, Imaan Boutique, Sugarscarf, Radiusite dan banyak lagi lah.
Mula-mula okay lagi, makin lama makin rimas pula rasa.
            “Aini, jom la turun bawah.” Aini tengah seronok belek tudung kat booth AidiJuma, aku pula dah mula tarik-tarik tangan dia.
            “Kau apasal? Kita baru je naik kan. Tak kan dah nak turun kot. Ni banyak lagi booth yang kita belum singgah.”
            “Aku rimas la, ramai sangat orang.”
            “Haila mak cik, dah nama pun karnival kan. Dah tentu la ramai orang. Kau sabar sikit boleh tak?”
            “Tak rasa aircond la weh.”
            Aini dah mula bengang. Tadi aku juga yang bising bila dia datang lambat, sekarang aku pula yang tak menyempat nak turun. Padahal kami baru jejak kaki kat tingkat satu, tak sampai sepuluh minit pun. Dah hilang semua semangat yang tadinya berkobar-kobar nak dapatkan goodies bag bila tengok ramai sangat umat manusia yang datang.
            “Kau kalau nak sangat rasa aircond, pergi turun bawah check in satu bilik. Haa, kau berguling la kat dalam bilik tu sambil menikmati rasa aircond yang kau nak sangat tu.” Slumber Aini buat loyar buruk dengan aku ye.
            “Alaaa Aini cepat la, aku rimas ni...” Malas aku nak layan loyar buruk dia tu.
            “Ish kau ni, pergi duduk sana kalau nak rasa aircond sangat.” Aku pandang sudut dinding yang Aini tunjukkan tadi. Belum sempat aku berkata, “Kak Juma! Jom kita selfie.” Elok pula Si Aini tu berdiri di sebelah Datin Norjuma. Hampeh betul kawan aku ni. Dah jumpa selebriti terus lupakan aku.

HESSA!”
            Aini terkedek-kedek berjalan ke arah aku. Kat tangan dia ada... eh, dua je beg plastik? Punya lah lama aku tercongok kat sini tunggu dia shopping.
            “Aini, kau shopping ke apa? Lama gila aku tunggu, tapi ini je yang kau beli?”
            Bag plastik di tangan Aini aku tarik. Nak tengok isi kat dalam. Apa je yang mak cik ni beli entah. Aini tayang sengih.
            “Aku jalan-jalan ambil gambar la tadi. Ramai pula selebriti yang datang hari ini.”
            “Ooo, syok la kau kan. Aku kat sini pun kau dah tak ingat kan. Mana gambar kau aku nak tengok.’”
            Aini hulur iPhone nya kepada aku. Satu persatu gambar dalam galeri aku belek. Banyaknya... “Eh, Ameera Zaini pun ada?”
            “Haah, rugi kau tak ikut aku tadi. Lawa tau dia bila tengok depan-depan. Kat dalam tv takde la cantik mana.”
            “Alaaa, untung la kau boleh jumpa dia. Jealous pula aku rasa.”
            “Haa, itu la kau. Sibuk sangat dengan rimas kau tu. Patutnya kau ikut je aku tadi. Bukan selalu pun kan kita nak berhimpit macam ni. Lagi pun bukan kau tak biasa. Dah lupa macam mana kau menyelit kat tengah orang ramai semata-mata nak dapatkan kupon masa kat kolej dulu?”
            Otak gigih buat flashback. “Haah la kan, dulu dah selalu sangat menyelit kat tengah orang ramai. Sebab kertas kecik bercop tu je aku sanggup menahan rimas. Hahaha macam kelakar pula bila ingat balik.”
            Aini tolak bahu aku. “Sengal lah kau. Dah lah, jom turun. Aku dahaga la.”
            “Orait, tapi kita nak minum kat mana ni babe?” Lengan Aini aku peluk erat. Satu persatu anak tangga yang menuju ke arah lobi hotel kami turuni. Cantik betul hiasan dalaman hotel ni. Pagar tangga ala Inggeris yang sangat kemas susunannya. Boleh la nak feeling princess turun tangga istana gitu. Aku rasa hotel ni baru je renovate tiga bulan lepas kalau tak silap. Pergh, interior designer mana la yang dia orang upah tu kan. Cantik tak hengat.
            “Kita lepak kat Brew Cafe nak tak? Aku mengidam milkshake dia lah. Lagi pun nanti boleh la kita ajak Nik lepak sekali dengan kita. Nak tak?”
            “Boleh juga. Dah lama kita tak lepak dengan Nik kan. Kau call dia sekarang.”
            Aini dail nombor telefon Nik. Sementara itu aku sibuk cuci mata tengok persekitaran lobi hotel. Sungguh aku tertarik dengan hiasan dalaman hotel ni. Tengah aku syok cuci mata, tiba-tiba ada suara yang menyapa dari belakang.
            “Excuse me miss...” Tegur seorang lelaki bersama senyuman manis dan lesung pipit di pipi.
            “Yes?”
            “Remember me?”
            Aku pandang lelaki itu atas bawah. Dah siapa pula dia ni? Wajah yang masih tersenyum itu aku tenung lagi. Memori lama aku belek satu persatu. Tapi maaf, langsung tiada wajahnya dalam lipatan ingatan aku.
            “Sorry, encik siapa ye? Kita kenal ke?”
            Lelaki itu senyum lagi. Tak lenguh ke pipi asyik senyum je.
            “Nama cik, Hessa Munirah kan?”
            “Aik, macam mana encik boleh tahu nama saya? Encik intip saya ye?”
Soal aku tak agak-agak. Tengok dari segi penampilan, tak ada gaya pengintip pun encik ni. Rambut sisir kemas, kumis dan jambang pun kemas terletak je kat muka tu. Pakaian tak payah cakap la, elok terletak kat badan yang agak tinggi dan kurus itu. Kan dah cakap, langsung tak ada gaya pengintip ke apa.
Dia gelak. “Memang awak tak ingat saya kan?”
Aku geleng.
“Hessa.” Aini berdiri di sebelah aku. “Siapa ni babe?” Bisik Aini.
Tapi tak macam orang bisik pun kalau dah lelaki kat depan kami ni pun boleh dengar juga.
“Saya Niyaz. Ingat lagi tak dua tahun lepas awak pernah datang sini untuk temuduga jawatan pembantu akauntan.”
“Eh...” Ain dah melopong. Aku, lagi la ternganga tak ingat dunia.
“Macam mana encik boleh tahu yang saya pernah datang temuduga kat sini? Encik intip saya sejak dua tahun lepas lagi ye?” Berdiri bulu roma aku tiba-tiba.
Aini tepuk dahi sendiri, lelaki kat depan kami ni pula dah gelak mengalahkan penonton Maharaja Lawak. Aku buat lawak ke tadi?
“Yang kau fikir sampai macam tu sekali kenapa? Logik sikit boleh tak?” Bisik Aini lagi.
“Eh, betul la aku cakap. Kalau dia tak intip aku, macam mana dia boleh tahu semua tu?”
“Saya la yang tukang interview awak hari tu Cik Hessa Munirah Mansur.”
“Hah?!” Bagus, aku dengan Aini dua-dua melopong. Hilang sudah keayuan kami yang dah memang tak berapa nak ada ni ha.
“Encik biar betul.”
“Betul la. Cuba awak pandang muka saya betul-betul. Tak kan la tak ingat langsung.”
Aku tenung wajah itu dalam-dalam. Sungguh la aku tak ingat. Kalau bab nak ingat raut wajah dan nama orang aku memang fail. Aku geleng lagi.
“Tak ingat juga?”
Aku geleng lagi.
Dia senyum. “Tak apa lah, yang penting saya masih ingat tentang kisah ‘wo de jia’ awak.”
Ting! Baru aku ingat. Aku memang pernah datang sini untuk temuduga dan waktu temuduga tu dia suruh aku cakap mandarin sebab dalam resume aku ada tulis yang bahasa ketiga aku adalah mandarin.
“Laa encik, saya ingat yang pasal kena cakap mandarin tu tapi saya memang tak ingat yang encik penemuduga saya hari tu. Maaf ye.”
Dia senyum lagi. Betul la dia ni murah dengan senyuman. “Tak apa. Jom minum kat coffee house sana. Saya belanja.”
Aku pandang Aini, dia angkat bahu je.
“Urm tak apa lah encik, lagi pun kami dah janji nak minum dengan kawan kami kat cafe depan sana.”
“Kejap je Hessa. Just want to have little chit chat with you guys.”
Aku pandang Aini lagi. I need your help babe, jangan kau nak angkat bahu je.
“Jom lah Hessa, lagi pun Nik lagi satu jam baru sampai. Bawak kakak dia pergi klinik jap.”
Aini dah setuju. So, aku ikut je lah.
“Have your seat ladies. You guys nak minum apa?”
“Eh, tak apa la encik. Kami nak pergi minum juga kejap lagi.”
“Itu yang kejap lagi Hessa, yang sekarang ni kita minum dulu. Okay?”
“Saya nak orange juice.” Aini dah order. Malas nak lengah kan masa katanya.
“Sama lah dengan Aini.”
Siap order, minuman sampai, kami minum perlahan-lahan. Encik Niyaz yang kat depan ni dari tadi asyik pandang je. Cakapnya tidak. Tadi kata nak have little chit chat.
“Kerja kat mana sekarang?” Akhirnya...
“Urm kerja kat hospital besar kat tengah bandar tu.”
“Ooo dah jadi doktor pula ke sekarang?”
Aku mencebik. Perli aku la tu. Aini dah mengekek kat sebelah.
“Tak ada maknanya mak cik ni nak jadi doktor Encik Niyaz. Lagi pun cita-cita dia bukan nak jadi doktor, cita-cita dia nak jadi isteri doktor.” Aini mengekek lagi. Amboi, ini sudah lebih.
Encik Niyaz turut sama gelak. Mudah mesra nampaknya dua orang ni.
“Melepas la saya kalau macam tu.” Encik Niyaz gelak lagi. Entah apanya yang lucu sangat aku pun tak tahu la.
“Ouh by the way you guys tak payah nak berencik sangat dengan saya. Panggil saya Niyaz je. Nak lagi sopan panggil abang Niyaz.”
“Umur encik berapa?” Curious pula aku bila dia suruh panggil abang. Title abang jangan dibuat main.
“Tiga puluh empat. You guys dua puluh enam kan? Sedang elok la kalau panggil saya abang Niyaz pun.”
“Okay abang Niyaz.” Saja aku tekankan perkataan abang. Niyaz senyum.
“So how’s your life Hessa?”
“All good, alhamdulillah. Abang?” Soal aku sambil menyedut minuman yang masih berbaki. Aini kat sebelah tengah sibuk belek telefon. Layan whatsapp la tu kalau dah duk sengih senyum lagu tu.
“Abang macam ni lah, tak ada apa yang berubah. Same old, same old. Are you happy with your job?”
“Cari rezeki bang, macam tu lah. Kena happy baru lah seronok buat kerja. Yang tak happy letak tepi.”
“Wow, what a positive person you are.”
“I have to be positive since you have rejected me during our last meeting. Frust tau tak dapat position tu. Baru je berangan nak kerja kat hotel five star.”
“Alah, jangan la cakap macam tu. Rasa bersalah pula.”
“Saya ni tak layak ke apa?” Soal aku lurus. Nak juga tahu kenapa aku tak dapat jawatan tu walaupun perkara tu terjadi dua tahun lepas.
“It’s not that you are not qualified Hessa. Tapi ada yang lebih layak.”
“Lebih layak? Meaning?”
“Dia ada pengalaman sebagai pembantu akauntan walaupun hanya setahun. Itu kelebihan dia.”
Aku mencebik. Experience, the scariest word for fresh grad.
“Itu la yang payah. Kalau dah tak bagi peluang untuk kami kerja macam mana kami yang fresh grad ni nak ada pengalaman.”
“Haip, itu salah. Pengalaman kat sini tak semestinya pengalaman kerja kat syarikat-syarikat besar ke apa. Yes, kalau ada pengalaman kerja macam tu, it’s a bonus. Tapi kalau ada pengalaman kerja kat syarikat kecil dan setakat buat kerja kerani pun tak apa. At least you have that experince. Tapi budak baru grad sekarang memilih sangat. Nak kerja yang best saja. Memang la nak kerja yang setimpal dengan kelayakan, tapi tak salah kan kalau kita grab all the chances that we have. Pengalaman akan mendewasakan kita. Percayalah.”
Aku angguk perlahan. Betul juga cakap Niyaz, tak salah kumpul pengalaman sikit-sikit untuk dapatkan pengalaman yang lagi besar. Eh betul ke apa yang aku cakap ni? hahaaa
“Hessa, Nik dah nak sampai. Jom lah gerak sekarang, dia suruh kita orderkan untuk dia. Dah sampai nanti dia nak terus makan je.” Aini tiba-tiba mencelah.
“Alright jom. Abang Niyaz, kami gerak dulu lah ye. Kita sambung sembang lain kali lah ye.”
“Akan ada lain kali ke Hessa?”
Aik, apa ke pelik sangat soalan. “Kenapa? Abang dah tak nak lepak dengan kami ke? Kalau tak nak tak apa, saya tak kisah.”
Niyaz senyum. “Kalau nak ada ‘lain kali’ maknanya Hessa kena bagi nombor telefon kat abang lah, senang nanti abang nak call ajak lepak.”
Ouhhh... Aku dengan Aini dua-dua dah ouh dah. Okay faham. Nak nombor telefon rupanya.
Siap bertukar nombor telefon, aku dengan Aini terus angkat kaki. Tapi sempat aku singgah kat receptionist bertanyakan satu soalan.
 “Encik yang minum dengan kami kat coffee house tu tadi betul ke manager kat sini?” Cik receptionist angguk perlahan sambil tersenyum manis. Ah, lega rasa hati.
Bib! Bunyi Whatsapp kat telefon aku.
‘You didn’t trust me, don’t you?’ – Niyaz
Erk! Aku pandang belakang. Niyaz sempat angkat tangan sambil berlalu pergi. Haila Hessa Munirah, apa yang kau dah buat ni...