26 October 2014

Usah Kau Berlalu Part 4

Assalamualaikum ^_^

Hajat di hati nak tepek yang final terus tapi....... Takpe lah, kite tepek yang ini dulu ye. Happy reading guys!!! >_<

_____________________________________________________________________________




Dua minggu sudah berlalu dan kini Jasmeen harus mengadap muka Tengku Hazran 24/7 setelah kata sepakat dicapai. Bagi Jasmeen, dia bersyukur kerana ini adalah peluang keemasan baginya untuk meraih kembali rasa cinta Tengku Hazran. Kejadian sewaktu di hospital dulu kembali terlakar di minda...

“Haz nak balik rumah mama.” Jawab Tengku Hazran tegas.

“Boleh, kami tak kisah. Meen ikut Haz balik rumah mama ye?”

Puan Nora menggenggam kemas tangan Jasmeen. Dia tahu yang menantunya itu teringin benar mahu pulang ke pangkuan Tengku Hazran. Tapi sikap endah tidak endah anaknya membantutkan segalanya. Nasib baik besannya tiada di Malaysia sekarang, kalau tidak entah apa yang perlu dijawab bila besannya bertanyakan soal anak menantu tidak tinggal sebumbung.

“Ma, kenapa pula dia kena ikut Haz balik rumah mama?” Riak marah mula terlakar di wajah Tengku Hazran. Dia tak suka Jasmeen ikut dia balik rumah mama. Dia rimas. Lagi pula dia masih belum bersedia untuk mengadap muka Jasmeen dua puluh empat jam. Hati dia masih sakit bila teringatkan apa yang telah Jasmeen katakan padanya setahun yang lalu.

Puan Nora menggeleng kepala. Entah penyakit apa pula anaknya ini, sudah tentu lah Jasmeen harus ikut ke mana saja suaminya pergi. Kalau tidak apa guna jadi isteri. “Haz kan suami Meen, mestilah Meen kena ikut ke mana saja Haz pergi. Kanke tanggungjawab isteri untuk jaga suami lebih-lebih lagi waktu Haz tengah sakit macam ni..” Panjang lebar Puan Nora membebel.

“Ma, you should have said that to her a year ago ma. Cakap sekarang dah takde makna nya ma...” Tajam kata-kata Tengku Hazran menghiris sekeping hati Jasmeen yang sudah sedia terhiris.

Jasmeen tunduk. Tahu, segalanya berpunca dari dia. Tapi perlu ke Tengku Hazran menyindir dia di depan kedua mentuanya. Kuat Jasmeen, kuat...

“Hazran, where’s your manners? Cakap ikut sedap mulut, dah tak tahu nak jaga hati orang?” 

Tengku Jamaluddin sudah berusara. Geram pula rasanya bila Tengku Hazran tak puas-puas menyakiti hati Jasmeen. Selama ini dia pejamkan mata dan pekakkan telinga saja bila isterinya mengadu tentang Tengku Hazran yang tak pernah cuba untuk berbaik dengan Jasmeen.

Jasmeen yang baik hati dan menghormati orang tua. Satu-satunya menantu perempuan dalam keluarga. Mungkin dia tersilap langkah bila terlalu mengikut hawa nafsu namun itu tidak bermakna kita harus menghukum dan langsung tidak memberi peluang untuk dia berubah. Kita sendiri pun bukannya baik sangat. Itu kata hati Tengku Jamaluddin. Sungguh dia tak berkenan dengan apa yang telah anaknya lakukan.

Tengku Hazran bungkam. Good, now semua orang lebih pentingkan perasaan Jasmeen. Perasaan dia tiada siapa yang kisah. 

“Fine, she can come with me tapi bukan balik rumah papa dan mama. Haz nak dia ikut Haz balik rumah kami kat Damansara.” Putus Tengku Hazran. Tak guna kalau dia membangkang kata-kata papa dan mamanya ketika ini.

Jasmeen panggung kepala sambil tersenyum senang dengan keputusan Tengku Hazran. Ucapan terima kasih terluah dari bibirnya walaupun tanpa suara, namun hanya jelingan tajam Tengku Hazran yang dia dapat sebagai balasan. Kuat Jasmeen, kuat...

Bunyi suara memberi salam dari arah depan menghilangkan lamunan Jasmeen. Langkah kaki diatur perlahan ke arah pintu. Dia kenal suara itu. Suara siapa lagi kalau bukan suara Anis yang menjadi pengunjung setia rumah mereka sejak dua hari lepas.

“Waalaikumussalam...” Jawab Jasmeen.

Anis hadiahkan senyuman plastik kepada Jasmeen. Malas nak senyum beria sangat, bukan dapat apa pun.

“Saya nak jumpa Haz.” Kata Anis sambil melangkah masuk ke ruang tamu.

Biadap! Bisik hati Jasmeen. Kelakuan Anis nampaknya semakin biadap dan kurang ajar sejak Jasmeen mula tinggal serumah dengan Tengku Hazran. Nak tunjuk protes lah tu.

“Haz, awak kat mana?”

“Kat sini Anis...” Balas Tengku Hazran bersama senyuman yang tak lekang dari bibir.

Anis berlalu ke arah Tengku Hazran yang duduk bersendirian di beranda rumah meninggalkan Jasmeen yang masih berdiri tegak di tengah ruang tamu. Sakit mata, sakit hati menyaksikan drama lakonan sang suami dengan perempuan gedik.

“Haz, how are you today?” Soal Anis bersama senyuman mesra.

“I’m fine Anis. Hari-hari awak datang jenguk saya, belum sempat nak sakit pun haa...” Tengku Hazran gelak dengan lawak sendiri.

“Hazzz... awak jangan la cakap macam tu. Saya tak nak awak sakit la.” Okay, it’s sounds sangat gedik okay. Entah pape la Anis ni tau. Tengku Hazran tu suami orang, tolong behave sikit boleh tak. Tengku Hazran yang dengar tu pun rasa nak muntah tahu tak. Apa ke pelik sangat perangai Anis ni.

“Err... awak tak kerja ke Anis?” Tengku Hazran mula rasa kurang selesa sebenarnya dengan tingkah Anis yang agak gedik pada pandangan matanya.

“Saya EL hari ni...”

“Eh kenapa? Awak ada masalah ke?”

“Tak lah, saya EL sebab nak datang sini jaga awak...”

Tengku Hazran dah melopong mendengar jawapan Anis. Jasmeen yang sedang mencuri dengar di sebalik dinding tak berhenti mengucap dalam hati. Ya Allah, apa masalah perempuan ni sebenarnya? Sanggup dia EL semata-mata nak jaga suami orang.

“Anis, you shouldn’t do that.”

“Tapi saya nak jaga awakkkk...” Suara makin dilunakkan. Kalau tak silap macam ni lah tone suara Jasmeen sewaktu memujuk Tengku Hazran. Ouh, nak tiru Jasmeen rupanya. 

Sejak dia tahu yang Jasmeen adalah isteri Tengku Hazran, hati memang rasa tak tenang. Nak pula bila tahu yang mereka sudah tinggal sebumbung. Kalau lah boleh, dia tak nak Tengku Hazran ada kaitan langsung dengan Jasmeen. Kejam kah dia? Well, semua orang akan jadi kejam bila melibatkan soal cinta, hati dan perasaan.

“Tapi saya dah ada isteri and she can take care of me.” Jawab Tengku Hazran tegas. Serious dia tak selesa dengan Anis yang versi gedik macam ni.

Anis terdiam. Tak kan lah Tengku Hazran sudah berlembut hati dengan Jasmeen? Dia pernah terdengar perbualan antara Tengku Hazran dan Jasmeen dua hari lepas. Waktu tu hanya suara Jasmeen yang kedengaran manja memujuk Tengku Hazran untuk makan tapi tetap di balas dingin oleh Tengku Hazran.

Jasmeen yang masih mencuri dengar di sebalik dinding merasa lega bila mendengar kata-kata Tengku Hazran. Mujurlah dia masih menganggap aku ni isteri dia. Ternyata hati Tengku Hazran masih ada padanya.

“Tapi awak tak bahagia dengan dia.”

“Siapa cakap?”

“Alaaa, tak perlu orang cakap Haz. Saya boleh nampak dengan mata saya sendiri macam mana awak layan Jasmeen.” Jawab Anis yakin.

Tengku Hazran terdiam. Kepala kembali bekerja keras membelek memori tentang layanannya terhadap Jasmeen di hadapan Anis. Nah, baru dia sedar. Silap dia juga kerana tak reti langsung nak sorok tentang kedinginan hubungan mereka, terutama sekali di depan Anis. Dia jadi macam ni pun sebab sibuk nak kejar Anis yang merajuk kena marah dengan Jasmeen. Dah ingat sekarang Tengku Hazran?

“Ehem Anis, saya mengaku yang hubungan kami tak macam pasangan suami isteri yang lain. Tapi...”

“Tapi apa?” Soal Anis tidak sabar.

“Tapi kami tengah cuba untuk perbetulkan semuanya Anis. Lagi pula, dia masih isteri saya dan dah jadi tanggungjawab dia untuk menjaga saya lebih-lebih lagi dalam keadaan yang macam ni.” Okay, pinjam ayat mama jap.

“Tapi Haz, awak tak akan bahagia dengan dia. Bahagia awak hanya ada dengan saya...” Tekan Anis.

Eh, eh, confident betul minah ni cakap. Jasmeen mendengus geram. Muka tembok pun ye tau si Anis nih.

“Anis, apa yang awak mengarut ni?” Tengku Hazran menggeleng perlahan sambil tersenyum sinis.

“Haz, I love you... I really do...” Tak sanggup lagi Anis berselindung tentang perasaannya.

Tengku Hazran terkesima. “What?! Since when?”

Jasmeen rasa tak sedap hati. Apa ni Haz... boleh pula dia tanya macam tu. Jangan cakap yang you nak terima cinta dia pula Hazzz.... Bisik Jasmeen geram. Mahu tak geram, gaya tanya tu macam seronok pula bila dengar Anis confess macam tu.

“Since you came into my life as my collegue. Waktu tu muka awak serabut sangat, tapi awak nampak kacak. Sejak dari hari tu, hati saya sentiasa berdebar bila jumpa awak dan saya yakin yang saya dah jatuh cinta dengan awak.” Mata Anis seperti bercahaya saat dia meluahkan isi hatinya kepada Tengku Hazran. Sungguh la dia dah jatuh cinta tahap dasar laut sekarang.

“But Anis, I don’t love you. Seriously...”

Wajah Anis berubah keruh. Kasar sangat ke kata-kata dia tadi? Ah sudah, Tengku Hazran sudah gelabah. “Anis listen here, me and my wife, walaupun kami tengah ada masalah sekarang, saya tak akan pernah menduakan dia. Tak pernah terdetik pun di hati saya untuk menduakan Jasmeen apa tah lagi untuk jatuh cinta dengan orang lain. It’s impossible. Dan awak, sungguh saya hanya anggap awak sebagai kawan kerja saya saja, tak lebih dan tak kurang.”

“Tapi, awak selalu spent time dengan saya, selalu ambil berat pasal saya dan awak back up saya bila Jasmeen kata saya macam-macam. Bukan cinta ke tu?” Kerutan di dahi jelas kelihatan. Rasa sedih dan pilu bergabung menjadi satu.

Tengku Hazran mengurut perlahan pelipis kanan. “Okay saya mengaku yang itu salah saya. As a muslim we should have a border. Yang pasal selalu ambil berat tentang awak, I do the same to my other friend. Nama pun kawan kan, harus la ambil berat antara satu sama lain. Dan yang pasal back up awak depan Jasmeen, I do that because saya rasa bersalah dengan awak. Awak tak tahu apa-apa pun tentang kami tapi tiba-tiba kena bambu dengan Jasmeen. Saya rasa bersalah sangat Anis. That’s all, takde yang lebih dan takde yang kurang.”

Nah, panjang lebar Tengku Hazran explain. Kalau tak faham lagi tak tahu la Anis. Anis terdiam, sama juga dengan Anis yang masih setia berdiri di belakang dinding. Cuba menghadam segala kata-kata Tengku Hazran. So, kesimpulannya...

“Jadi, saya memang langsung tak ada tempat la kat hati awak?” Nada suara berubah perlahan. Keyakinan yang ditanam sewaktu meluahkan perasaan kepada Tengku Hazran tadi sudah hilang dibawa angin sendu. Tubir mata juga sudah mula menerima kunjungan air mata. Oh Anis, bertabahlah...

“I’m sorry Anis...” Jujur Tengku Hazran memberi jawapan.


Air mata Anis mula berguguran dan bibir merah Jasmeen mula mengukir senyuman.


2 comments:

  1. update please :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kite tengah update hee...thanks sudi baca

      Delete