24 October 2014

Usah Kau Berlalu Part 3

Assalamualaikum ^_^

Okay, this part macam pendek sikit tau... Eh tak, bukan macam tapi memang pendek. Urm, sebab dah lama takde entry baru kan, so this is kind of my new start la kot. Hahaaa cakap banyak pulak. Anyway, Happy reading guys! >_<

___________________________________________________________________________






Keadaan kafe penuh sesak dengan pelanggan yang sedang menikmati makan tengah hari. Di meja tengah kelihatan Tengku Hazran dan Anis sedang menjamu selera sambil berbual mesra. Jasmeen yang  berdiri di hadapan pintu masih belum berganjak.

‘Nak masuk ke tidak?’ Bisik hati kecil Jasmeen.

Ternyata minda tidak selari dengan kata hati. Lalu Jasmeen melangkah perlahan ke arah pasangan yang kelihatan sangat bahagia menjamu selera bersama.

“Tengku Hazran...” Sapa Jasmeen perlahan.

Tengku Hazran dan Anis yang sedang rancak berbual terus terdiam. Jelas terpancar riak terkejut di wajah Anis namun tidak di wajah Tengku Hazran. Mungkin dia sudah biasa dengan kemunculan Jasmeen yang selalu tiba-tiba sejak kebelakangan ini.

“May I?” Tanya Jasmeen sambil menarik kerusi di sebelah Tengku Hazran.

“Err, sila lah cik...” Jawab Anis bila Tengku Hazran terus diam sambil menyuap makanan yang masih berbaki.

Jasmeen duduk, pandanganya hanya dipakukan ke wajah Tengku hazran. Anis di hadapan langsung tidak diendahkan padahal Anis lah yang menjawab pertanyaan dia tadi. Jujurnya, dia tidak mampu untuk memandang wajah Anis. Ya, dia sakit hati. Melihat Anis yang sentisasa berdampingan dengan suaminya membuatkan hati Jasmeen sakit seperti dihiris belati tajam. Melihat Anis bergelak ketawa dengan suaminya membuatkan hati Jasmeen hancur berkecai seperti baru ditembak dengan machine gun tanpa henti. Cemburu... sangat...

“Anis, makan la. Nanti lambat pula...” Tengku Hazran memandang Anis yang tiba-tiba diam. Jasmeen di sebelah tidak dipedulikan.

“Haz...” Jasmeen cuba menarik perhatian Tengku Hazran.

“Sedap juga makanan kat sini kan Anis. Next time kita datang lagi ye...” Kata Tengku Hazran sambil menghirup sup yang masih berbaki.

“Sayang, listen to me pleaseeee...” Rayu Jasmeen.

“Anis, I think we better make a move now. Waktu lunch pun dah nak habis ni...” Rayuan Jasmeen langsung tak dilayan. Dipekakkan telinga, dijungjungnya ego.

“Handsome pleaseee...” Kali ini lengan Tengku Hazran dipegang kemas.

“Let go of my hand!” Tekan Tengku Hazran.

“But Haz...”

“Enough Jasmeen.” Potong Tengku Hazran.

“Errr, Haz...” Anis yang tadinya diam membisu mula bersuara.

Namun belum sempat dia menyambung bicara, suara amaran Jasmeen mula kedengaran. “Could you please shut your mouth young lady? It’s so annoying to see you here you know.” Marah Jasmeen.

Anis yang terkejut mendengar bicara kasar Jasmeen dengan pantas berdiri dan melangkah pergi.

“What the...” Suara Tengku Hazran melengking kuat. “You shouldn’t say that to her. You know what Jasmeen, you just don’t deserve my attention... at all!” Amarah Tengku Hazran mencanak naik. Laju langkah kakinya berlari mengejar Anis.

Jasmeen terdiam terpaku melihat suami sendiri berlari mengejar perempuan yang langsung tiada hubung kait dengan kehidupan mereka. Handsome... sampainya hati you...

Bummm!!! Kelihatan orang ramai mula berlari ke arah jalan raya. It’s either Tengku Hazran or that woman. Jasmeen hanya bermain teka teki sendirian. Langsung tidak bergerak untuk melihat apa yang telah terjadi.

***

Air mata langsung tidak menitis. Sama ada ianya sudah kering atau air matanya mogok tidak mahu memunculkan diri, itu Jasmeen tidak tahu. Yang dia tahu hanyalah duduk ditepi katil Tengku Hazran dan tunggu sehingga suaminya sedar. Itulah yang dia lakukan sejak tiga hari lepas.

Kata doktor kecederaan Tengku Hazran tidak terlalu teruk. hanya terdapat luka kecil di wajah dan kaki sebelah kirinya patah. Namun tidak apa yang perlu dirisaukan kerana semua itu akan pulih seperti sedia kala. Cuma yang peliknya adalah, kenapa Tengku Hazran masih tidak sedarkan diri sampai sekarang.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan di pintu mengalihkan perhatian Jasmeen.

“Boleh saya masuk?” Soal Anis.

Tak selesa, itu yang Jasmeen rasakan kini. Sungguh la dia tak mampu nak pandang wajah Anis walau sekejap. Hati dia seperti dicarik-carik bila mengenangkan betapa mesranya hubungan Anis dengan suaminya.

Anis tetap melangkah masuk bila Jasmeen langsung tidak mengendahkan pertanyaannya tadi.

“Macam mana keadaan Hazran?” Soal Anis. Keadaan sunyi sepi membuatkan Anis sedikit kurang selesa. Wajah Tengku Hazran dijelajah satu persatu bagi menghilangkan rindu. Sampai ke saat ini, hati Anis masih rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi terhadap Tengku Hazran. Kalau lah dia Tengku Hazran tidak mengejarnya ketika itu... kalau lah...

Jasmeen diam. Tangannya masih kemas menggenggam tangan Tengku Hazran. Anis di sebelah langsung tidak dipandang.

“Jasmeen, saya nak clarify something dengan awak...” Anis masih mencuba menarik perhatian Jasmeen.

“What?” Soal Jasmeen perlahan.

Anis mendekat dan Jasmeen masih juga begitu, hanya memusatkan pandangan ke arah Tengku Hazran.

“I didn’t know he’s married. Dia tak pernah bagi tahu saya pun.”

“Huh, why I’m not surprised...” Jasmeen tersenyum sinis. Tak pelik langsung kalau Tengku Hazran tak pernah mengaku yang dia dah kahwin. Siapa nak mengaku ada isteri derhaka macam dia ni kan. Air mata mula menjengah tubir mata Jasmeen.

Anis terdiam seketika. Dia tahu Jasmeen kecewa, namun dia lebih lagi kecewa bila tahu yang Tengku Hazran itu adalah suami orang.

“But one thing for sure...” Anis berjeda. “he’s not happy with this marriage....”

Jasmeen kaku. Hati mula berdebar manunggu Anis menghabiskan bicaranya.

“and I hope... really, really hope that you can let him go...” Sambung Anis perlahan sambil menundukkan wajah. 

‘So that, I can make him happy again.’ Bisik hati Anis perlahan.

Jasmeen tetap kaku namun tangannya mula menggigil menahan amarah yang mula hadir dalam dada.

“You siapa? Ha?” Soal Jasmeen tegas sambil berdiri mengadap Anis.

Jelas terpancar riak terkejut di wajah Anis. Tapi kerana rasa yang wujud dalam diri, Anis membalas panahan mata Jasmeen yang tajam menikam ke dalam anak matanya.

“Apa hak you untuk cakap macam tu?” Soal Jasmeen lagi. Sungguh la hati dia tengah mendidih sekarang. Entah apa perlunya perempuan ini berkata sebegitu pada ketika hatinya masih bersedih dengan kejadian yang menimpa suaminya.

“I love him... dan saya tak sanggup nak tengok Haz hidup dalam dunia yang menyedihkan dengan awak. Dia berhak mendapat kebahagian dia sendiri Jasmeen.” Jawab Anis lantang. Hilang sudah sifat ayunya yang selama ini ditunjukkan di depan Tengku Hazran.

"Awak tahu tak, sejak dia mula kerja kat pejabat kami lagi saya perasan, yang dia tak gembira, hatinya sedang terluka. Kenapa, itu saya tak tahu. Yang pasti, ada sesuatu yang mengganggu hidup dia. Tapi saya nekad, nekad untuk mendekati Tengku Hazran dan cuba merawat hatinya yang luka itu. Akhirnya saya berjaya mengembalikan kecerian di wajah Haz walaupun saya tak pernah tahu apa atau siapa yang menjadi penyebab kepada luka dihatinya." 

Anis menarik nafas panjang sebelum menyambung kata... "and now you're back. Pada mulanya saya tak kisah, tapi bila saya nampak riak sedih di wajah Haz, saya tahu yang awak adalah penyebab kepada segala kesedihan dan kelukaan di hatinya."

Sumpah, hati Jasmeen sudah hancur berkecai saat ini. Rasa cinta dan sayang Tengku Hazran yang dirasakan masih bersisa sudah tiada, sudah dirampas oleh Anis. Lalu apa lagi yang tertinggal untuk dia?

"You should leave him alone Jasmeen. He didn't needs you and you didn't deserve him at all." Nada Anis sudah berubah. Tiada lagi suara lemah gemalai. Yang tinggal hanyalah suara provokasi untuk meruntuhkan kekebalan hati Jasmeen yang mencintai Tengku Hazran.

“He’s my husband and will be my husband forever. You! Just stay away from our life!” Kata Jasmeen tenang walaupun hatinya langsung tidak tenang pada ketika ini.

“No! He’s gonna be mine.” Jawab Anis tegas.

Huh... Jasmeen mengeluh keras. “Say whatever you want to say woman. The fact that he is my husband can’t be change unless he want to change it. Now, just leave us alone.”

“But...”

“I tak nak tengok muka tak tahu malu you tu lagi kat sini. Go!” Tangan naik lurus mengarahkan Anis untuk keluar. Katalah dia biadap atau kurang ajar, dia tak kisah. Yang dia tahu, haknya sebagai isteri kepada Tengku Hazran perlu dipertahankan. Lagi pula, dengan gaya Anis yang tidak tahu malu mahu merampas hak orang lain itu rasanya tidak perlu lah dia melayan Anis dengan baik.

“Fine! But sooner or later, Tengku Hazran akan jadi milik saya jugak.” Yakin sungguh Anis membalas kata-kata Jasmeen, seyakin langkah kaki yang dihayun meninggalkan bilik wad kelas satu Tengku Hazran.

Jasmeen terdiam dan terkaku, lalu perlahan-lahan tubuhnya melurut jatuh ke lantai. Kaki sudah tidak mampu berdiri. Air mata mula bercucuran bagi menzahirkan rasa hati yang sedang sedih dan kecewa. Cinta hatinya dirampas orang. Lalu, apa lagi yang perlu dia lakukan? Haz, what should I do? I can’t live without you handsome, I just can’t... Jerit hati kecil Jasmeen bersama esak tangis yang semakin menggila.


4 comments:

  1. Sadis nyeee,.rajen2 update eh pasni hihi,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite kena cari pil rajin la sat lagi hahaaa...neway thanks sudi baca awak :)

      Delete
  2. buat ceritani jasmeen dh ada baby dah masa haz balik malaysia tu barulah interesting dan padan dgn mke x tau malu si anis tuu..hak3 over plak nak ubah plot cerita,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha chill babe...thanks sudi baca anyway :)

      Delete