30 October 2014

Usah Kau Berlalu Final

Assalamualaikum ^_^

Akhirnyaaaaa....dah final dah uolls. Ouh kite nak mintak maaf kalau,

1- Final part pendek sangat.
2- Banyak grammatical error. (kite tak pandai English tapi berangan nak cakap omputih..ekekek)
3- Cerpen kite tak dramtik sangat. Ayat-ayat tak ganas, tajam menusuk kalbu.
4- Ending takkk bestttt. (kite memang tak reti nak buat ending top top meletopppp...kalau tak caye boleh baca kite punye previous cerpen.)

Anywayyyyy, happy reading guyssss!!!! >_<

________________________________________________________________________




Jasmeen duduk termenung di tengah laman. Sakit kepala datang lagi. Memang selalu sangat dia sakit kepala sekarang, lebih-lebih lagi bila tinggal sebumbung dengan Tengku Hazran. Nak melayan ragam Tengku Hazran yang ego setinggi gunung tu tuhan saja lah yang tahu. Hari ini, rasa macam nak putus nafas berkejar ke sana ke mari.

Ingatkan bila masalah dengan Anis dah selesai, masalah dia orang pun dah selesai juga. Tapi, mimpi saja lah. Layanan Tengku Hazran macam tu juga lah, beku tahap ais kat kutub. Cakap tak pernahnya nak elok. Tengking sana sini dah jadi macam makanan ruji Jasmeen pula.

Kenapa Haz? Kenapa you jadi macam ni? Sejak bila you jadi sinis macam ni handsome? Kenapa you kejam sangat dengan I? Ke memang rasa sayang you dah tak ada langsung kat I? Rintih Jasmeen sendirian. Air mata mula mengalir di pipi. Ya Allah, aku mohon kuatkan lah semangat aku untuk menjaga suamiku yang sangat aku sayang ini ya Allah. Kau kebalkan lah hatiku untuk menerima segala ujian Mu ini ya Allah dan Kau lembutkan lah hati suamiku untuk menerima aku kembali dalam hidupnya ya Allah...

***

“Jasmeen sihat sayang?” Puan Nora mencium sekilas pipi Jasmeen. Sungguh dia sayangkan Jasmeen seperti anaknya sendiri. Tiada lebih, tiada kurang.

“Alhamdulillah sihat ma. Mama sihat? Papa?” Tangan dihulur untuk bersalam dengan Tengku Jamaluddin pula.

“Papa sihat Meen. Hazran mana? Tak bangun lagi?” Tuan Jamaluddin melabuhkan duduk di rehat. Puan Nora turut melabuhkan duduk di sisi suaminya.

“Haz tengah mandi pa...”

“Eh, boleh pula dia mandi sendiri? Bukan selalunya Meen yang tolong mandikan ke?” Soal Puan Nora berserta senyuman manis di bibir.

Pipi Jasmeen berubah warna. Entah apa la yang mak mertuanya fikirkan. “Haz dah boleh mandi sendiri dah ma, itu yang dia tak bagi Meen mandikan lagi dah...”

“Meen!!! Jasmeen!!!”

Jeritan dari arah bilik tetamu di sebelah tangga mengejutkan Puan Nora dan Tengku Jamaluddin. Tengku Hazran buat hal lagi... Namun Jasmeen cuba beriak tenang.

“Kejap ye mama, papa...” Belum sempat kedua mentuanya mengangguk JAsmeen sudah berlari anak ke arah bilik yang menempatkan Tengku Hazran.

Saat pintu bilik terkuak, Tengku Hazran memandang tajam ke arah Jasmeen. “You pekak ke? I panggil banyak kali bukannya nak menyahut.” Jerkah Tengku Hazran.

Banyak kali? Tak silap Jasmeen, dua kali je Tengku Hazran bertempik memanggil nama dia. Jasmeen malas nak berbalas kata. Kaki melangkah perlahan ke arah tengku Hazran.

“You kenapa Haz?”

“You tanya I kenapa? Eh you nih isteri apa ha? Keperluan suami sendiri pun tak boleh nak sediakan.” Jawab Tengku Hazran dengan nada marah.

Jasmeen terdiam dan baru dia perasan... “ya Allah, I terlupa nak siapkan baju you. Kejap handsome, I ambilkan.” Jasmeen bergegas ke arah almari pakaian.

“Huh, dasar isteri lembab! Benda simple macam tu pun tak boleh nak buat. Kalau macam ni la, tak ada gunanya I kahwin dengan you. Tak ada gunanya you tinggal kat sini dengan I. Lebih baik I hire maid je. Boleh buat serba serbi. Nak harapkan you, huh tunggu I kebulur dulu baru boleh makan, tunggu I keras kejung dulu baru boleh pakai baju.” Laju saja tengku Hazran memuntahkan amarah bersama kata-kata sinis. Puas hati gamaknya dapat kutuk Jasmeen sampai macam tu sekali.

Jasmeen buat pekak. Bukan tak biasa kena hamun dengan Tengku Hazran pun kan. Namun hentakan kuat di luar pintu membuatkan Tenku Hazran dan Jasmeen tercengang.

“Tengku Hazran!!! Watch out your mouth! Sejak bila jadi kurang ajar macam ni nih???” Tengku Jamaluddin bercakak pinggang di hadapan pintu bilik sementara Tengku Hazran.

“Papa tak sangka anak yang papa dan mama didik dengan penuh ilmu agama serta adab sopan berubah sampai macam ni sekali. Apa yang dah rasuk kamu ni Haz???” Jerkah Tengku Jamaluddin. Wajah Puan Nora di sebelah suaminya sudah berubah suram. Jasmeen hanya menundukkan kepala.

Tengku Hazran yang sedang berdiri bersama tongkat di kiri dan kanan bahu diam membeku. Terkejut bila melihat papa dan mamanya tiba-tiba muncul. Dia langsung tidak sedar yang papa dan mamanya datang ke rumah pagi ini. Dah tak pasal kantoi.

“Tengok gaya macam dah biasa sangat tengking-tengking Jasmeen macam ni kan. Selalu ke macam ni Jasmeen?” Soal Tengku Jamaluddin tegas.

Jasmeen bungkam. Nak jawab ke tidak? Tapi apa yang pasti, dia harus menjaga aib suaminya. Tengku Hazran diam memerhati. Apa agaknya jawapan Jasmeen?

Tengku Jamaluddin mendengus perlahan. Anak buat perangai tapi menantu diamkan saja. Entah apa lah yang nak jadi dengan rumah tangga anak lelakinya yang seorang ni.

“Sekarang papa nak tanya, kamu dah tak sayangkan Jasmeen ke?”

“She choosed her social life over me pa...”

“That’s not the answer. Answer me Tengku Hazran!!!”

“She didn’t choosed me pa!” Suara Tengku Hazran naik satu oktaf.

“You didn’t answer me Tengku Hazran. That’s not what I want to hear from you!!!”

“She didn’t choosed me, that’s the fact!!!”

“It’s either you love her or not! Answer me, now!!!”

“I hate you for pushing me like this!!!”

Panggg!!! Suara Tengku Hazran dan Tengku Jamaluddin yang saling bertingkah terus terhenti.

“Mama!!!” Jerit Jasmeen.

Tengku Hazran terdiam. Perit di pipi mula terasa. Dengan pantas Jasmeen berlari ke arah Tengku Hazran. Pipi Tengku Hazran mula memerah. Lantas tangan Jasmeen menggosok perlahan pipi suaminya. Mata Tengku Hazran yang sedang merenung ke arah Puan Nora kelihatan berair.

Tengku Jamaluddin mengeluh perlahan sambiil mengusap lembut bahu Puan Nora yang masih memandang tajam ke arah Tengku Hazran.

“Itu balasan untuk kamu yang terlalu menjunjung ego sehingga sanggup melukakan hati isteri yang kamu sayang dan sanggup berlawan kata dengan papa yang kamu hormat.” Kata Puan Nora sambil melangkah pergi meninggalkan ruang bilik yang dengan aura pergaduhan.

“Give me back my son Tengku Hazran, pleaseee...” Kata-kata terakhir Tengku Jamaluddin sebelum kakinya melangkah pergi bersama isterinya.

Air mata Tengku Hazran mula gugur perlahan-lahan. “What have I done Meen?” Rengek Tengku Hazran sambil memeluk kemas tubuh Jasmeen.

***

“Sayang...” Jasmeen mengusap perlahan bahu Tengku Hazran.

“Nangis lagi?” Tanya Jasmeen sambil menyapu air mata yang masih mengalir di pipi Tengku Hazran.

Sejak pagi semalam air mata sentiasa mengalir di pipi Tengku Hazran. Sungguh dia sedih bila mengingat kembali apa yang terjadi. Seumur hidupnya tak pernah Puan Nora naik tangan kat muka dia. Nak jentik pun susah, apa tah lagi nak tampar. Seumur hidup dia juga tak pernah dia bercakap dengan nada tinggi sebegitu dengan papanya. Tengku Jamaluddin juga tak pernah menengking dia sampai macam tu sekali.

Betul lah kata mamanya, hanya kerana terlalu menjunjung ego segala yang tidak pernah telah terjadi kini. Semuanya kerana dia, kerana khilafnya.

“Handsome...” Jasmeen memegang kedua belah pipi Tengku Hazran. Bekas tamparan Puan Nora sudah mula surut. Kuat juga penangan ibu mentuanya semalam. Habis merah pipi putih Tengku Hazran.

“Meen... I’m sorry...” Bisik Tengku Hazran perlahan. Menyesal. Rasa bersalah sangat.

Jasmeen senyum. “You dah say sorry sebanyak seratus lima puluh juta kali dah sayang...”

“Tapi...” Tengku Hazran pandang wajah Jasmeen. Wajah kesayangan dulu, kini dan selamanya.

“Enough handsome. Kalau macam ni sampai bila-bila pun tak habis. Kalau nak kira, I pun salah juga. Remember what I did a year ago?”

Tengku Hazran diam. Matanya masih merenung wajah Jasmeen yang setia memandang ke arahnya.

“We’re even...” Jawab Jasmeen. Dia tanya, dia juga yang jawab. Pun boleh la...

Air mata Tengku Hazran menitis lagi untuk sekian kalinya.

“I love you Meen, I love you soooo much! Please don’t leave me anymore sayang...” Tengku Hazran memeluk kemas batang tubuh Jasmeen berserta air mata yang masih lebat membanjiri pipi.

“Please, don’t you ever let me go handsome. Coz I love you damn much too.” Jasmeen membalas pelukan Tengku Hazran.

***

“But I don’t like pantai la Haz...” Jasmeen dah mula merengek.

“Kita tak pergi pantai pun la sayang, kita pergi pulau.”

“Hey mister, kat pulau tu bukan ada pantai ke. You tak payah nak gula-gula kan I sangat lah, I tak suka gula, nanti diabetic.”

Tengku Hazran gelak. Dalam lurus isterinya ni, ada juga sengalnya.

“Tapi I teringin sangat nak pergi pulau la sayanggg....” Tengku Hazran cuba nasib lagi.

Tiba-tiba...

“Eh, kamu berdua ni tak payah nak ber I You sangat lah. Kamu sekarang kat tanah melayu, bukan kat London sana tu ha. Tak payah nak feeling-feeling orang putih sangat.” Puan Nora mula bersuara. Rimas pula dengar anak menantu asyik ber I You dari tadi.

“Ala ma, ni pesen baru punya panggilan la ma. Urban sikit bila orang dengar... Kan sayang?” Tengku Hazran angkat kening kat Jasmeen. Dalam hati dah bisik, ‘back up la I sayang...’

“Heh, takde maknanya pesen baru ke pesen lama ke. Cuba guna panggilan yang nampak saling menghormati sikit.” Bebel Puan Nora lagi.

“Okay ma... Tapi, sayang tak suka pantai la abang...” Jasmeen mengulang kembali skripnya tadi sambil meliuk lentok di sebelah Tengku Hazran. Manja kemain... Tengku Hazran dah gelak sakan.

“Aik, cepat pula tukar panggilan...” Tengku Jamaluddin yang tadinya asyik embaca surat khabar mula menyampuk.

Jasmeen sengih. “Dah practice dari dulu lagi pa...” Jawab Jasmeen.

“Eh, bila sayang practice? Abang tak pernah dengar pun.” Tengku Hazran buat muka terkejut. Dey, it’s not a big deal pun la Tengku Hazran. Tak perlu nak buat muka terkejut macam tu.

“Practice kat dalam hati je lah handsome.” Jasmeen dah ketawa mengekek.

Puan Nora turut gelak sambil angkat ibu jari tanda bagus. Tengku Jamaluddin senyum sambil geleng kepala. Macam-macam la menantu dia yang seorang ni.

“So, kita nak pergi mana ni abang?” Back to the main topic.

“Up to you sayang. Since orang tu takut sangat kena sun burn kan, kita pergi kat tempat yang banyak pokok je lah.” Sempat lagi perli orang tu.

“Yeay!!!” Jasmeen dah bersorak gembira.

Tengku Hazran geleng kepala. Entah pape, bukan kena third degree burn ke hape pun kalau pergi pantai. Biar lah, malas nak kecoh-kecoh. Ke mana pun dia tak kesah asalkan Jasmeen sentiasa di sisi.
Jasmeen ditarik rapat ke dalam pelukan dan dahi Jasmeen dicium lama. Sungguh dia sayang sangat kat isteri dia yang seorang ni.

***
"Thanks abang handsome for bringing me here..." Jasmeen kucup pipi Tengku Hazran. Suka nauu kiss pipi suami dia. Habit baru sejak kahwin nii.

"Suka?" Tengku Hazran mengemaskan pelukan.

"Gila tak suka abang."

"Language..."

"Opps! Sorry hehe..."

"I'm glad you like it sayang..." Tengku Hazran senyum senang. 

Kundasang Sabah, tempat percutian pilihan Jasmeen. Nak feeling-feeling bercuti kat New Zealand katanya. Kenapa tak pergi New Zealand je terus? Malas nak travel jauh-jauh. Itu kata Jasmeen la. Bukan dia tak mampu pun, cuma dia malas. 





"Sayang..."

"Hmmm..."

"Abang ada sesuatu nak bagi kat sayang." Tengku Hazran kenyit mata. Nakal!

"Apa dia?" Hati Jasmeen berdebar tiba-tiba. Alah, bukan tak pernah dapat hadiah pun sebelum ni. Tapi entah kenapa kali ni hati berdebar lain macam pula.

Tengku Hazran menghulurkan sekeping kertas berwarna kuning. Kertas yang bertulis tangan hasil tulisan Tengku Hazran dibaca perlahan-lahan...




When winter comes in summer
When there's no more forever
When lies become the truth
Well you'll know then baby
That's when I'll stop loving you...




"Eh abang... Ini bukan lagu N'Sync tu ke?"

Tengku Hazran gelak sakan. Halamak! Kantoi la pulak. Baru ingat nak romantik-romantiik dengan Jasmeen tadi. Dah lah ni kali pertama dia buat kerja macam ni. Tengku Hazran dengan benda-benda cliche macam ni memang la tak in. Tapi demi Jasmeen, apa pun dia sanggup.

"But still, I love it anyway..." Jasmeen memeluk kemas pinggang Tengku Hazran sambil tersenyum senang. Tahu, bukan senang Tengku Hazran nak tukar mode romantik cenggini.

"Ada satu lagi sayang..."

"Eh ada lagi?"

Tengku Hazran angguk sambil menghulurkan sekeping kertas berwarna pink pula.



I thought 'happiness' started with an H. Why does mine start with you?
Be my happiness forever and always, will you?



"Yes! I will handsome!!!" Jerit Jasmeen sambil merangkul kemas leher Tengku Hazran. Lalu kucupan istimewa dihadiakan kepada suami tersayang.

Tengku Hazran tersenyum senang. Why am I so stupid to let you live in my anger before Jasmeen. 





When winter comes in summer
When there's no more forever
That's when I'll stop loving you
That's when I'll stop loving you

I'm sure you've heard these words before
And I know it's hard for you to trust them once more
You're afraid it all might end
And a broken heart you're scared of breaking again
Cause you gotta believe me
I'll never leave you
You'll never cry as long as I'm am there
And I will always be there
You will never be without, no

When winter comes in summer
When there's no more forever
When lies become the truth
Well you'll know then baby
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving you
That's when I'll stop loving you, yeah

As long as sunlight lights the sky
The light of love will be found in these eyes of mine
(These eyes of mine)
And I will shine that light for you
You're the only one I'll ever give this heart to
What I'm trying to say is nothing will change this
Loving on time, you will find there
Cause I will always be there
You will always have all my love

When winter comes in summer
When there's no more forever
When lies become the truth
Well you'll know then baby
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving you
That's when I'll stop loving you

When this world doesn't turn anymore
When all the stars decide to stop shining
Till then I'm gonna be by your side
I'm gonna be loving you forever
Every day of my life baby, oh yeah
Well, you'll know then baby
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving you

When winter comes in summer
When there's no more forever
When lies become the truth
Well you'll know then baby
That's when I'll stop loving
That's when I'll stop loving you






-TAMAT-




2 comments: