31 October 2014

Just Another Pit Stop?

Assalamualaikum ^_^

Phewww... Ni ada cerpen baru yang kite nak share. Cerpen yang paling ringkas dan cepat yang pernah kite siapkan. Idea untuk tulis cerpen ni pun kite dapat petang semalam masa tengah ber'whatsapp' dengan bff kite. Hope you guys like it. Happy reading guys!!! >_<

__________________________________________________________________________




“Nina, Zarul ajak lepak kat mamak. Jom...”

Lepak mamak lagi? Alahai aku penat la... “Kau je lah pergi, aku malas la. Lagi pun aku malas nak kacau korang dating.”

“Hoi, mana ada dating la. Zarul nak kenalkan kawan dia yang akan jadi pengapit masa kami sanding nanti. Then boleh la kita discuss pengapit nak pakai baju warna apa.”

“Eh, bukan suka hati ke nak pakai baju warna apa pun?” Aku ingat nak pinjam kurung moden Kak Lia je nanti. Dah kena tempah baju baru pula ke Zareen ni...

“Mana boleh macam tu. Pengapit kena la pakai baju sama warna and you don’t have to worry my dear friend, everything is on me. Kau just ikut aku pergi amik ukuran je.

 Then..tadaaaa... semua siap!”

“Tapi aku penat la babe...”

Zareen dah tarik muncung. “Banyak sangat ke kerja kat kedai kek Kak Zara tu?”

“Kerja takde la banyak sangat. Aku just penat nak melayan kerenah customer yang banyak songeh tu je.” Rambut yang agak serabai aku ikat kemas. Dah panjang dah rambut anak dara Pak cik Iskandar ni ha. Entah bila nak potong pun tak tahu la. Rimas tak boleh nak cakap kat orang dah nih ha.

“Alaaa Nina, jom la. Kejap je. Nanti boleh la kau mengadu semua maslah ni kat Zarul, biar dia tolong sampaikan kat Kak Zara.” Zareen ketawa mengekek.

Eleh tahu la Kak Zara tu kakak Zarul, boleh je kalau nak take advantage kat situ. Tapi tak sampai hati pula nak buat macam tu kat Kak Zara yang lemah lagi lembut tu.

“Ish, bising lah kau. Dah lah jom...”

“Itu lah kau, dah ada yang menyenangkan, nak juga menyusahkan diri.”

“Reen!!! Enough talking. Dah jom...”

***

Zarul melambai tangan ke arah kami saat terpandangkan wajah tunang kesayangan yang berlenggang kangkung kat sebelah aku ni.

Table for four, dua dah diisi, lagi dua untuk kami dan eh... macam pernah tengok je mamat yang kat sebelah Zarul tu.

“Encik Carrot Cake!!!” Dan semua mata memandang ke arah aku.

“Weh, kau kenapa?” Bisik Zareen di tepi telinga. Zarul dan Encik Carrot Cake pun dah membulat mata tengok aku. Opps, sound effect terlebih pula.

“Sorry Reen, aku terkejut tengok mamat kat sebelah tunang kau tu.”

“Kenapa? Kau kenal dia ke?”

Aku geleng kepala. “Dah tu, yang kau terlebih excited ni dah kenapa?”

“Kau ingat tak aku pernah cerita kat kau pasal mamat yang sorang ni suka beli carrot cake kat kedai kak Zara.”

“Ouh dia ke yang kau berkenan tu...” Zareen alih pandangan. Atas bawah dia pandang Encik Carrot Cake.

“Ni yang duk bisik-bisik lagi ni kenapa? Tak nak duduk ke?” Soal Zarul. Sekelip mata aku dengan Zareen tarik kerusi untuk duduk sambil mata masih memandang ke arah Encik Carrot Cake.

Hah! Dia dah tak senang duduk dah. Nak gelak dalam hati boleh tak?

“Oit sayang, apa pandang orang macam tu. Ni, tunang awak ni tak nak pandang ke?” Zarul mencuit bahu Zareen. Haha...tak agak-agak tau si Zareen ni pun ha. Tengok anak teruna orang macam nak telan.

“Eh abang sorry...ni sape ni bang?”

“Okay ni abang kenalkan kawan abang masa abang kerja kontrak kat Dubai dulu, Irfan. Pan, kenalkan, ni lah tunang aku.”

Irfan a.k.a Encik Carrot Cake mengangguk perlahan sambil tersenyum. Zareen pula sengih je. Hey, senyuman dia tu, melting hokayyy....

“Yang kat sebelah tu pula kawan aku merangkap housemate tunang aku, Nina.”
Dia pandang aku pula, tapiii... dia tak senyum kat aku pun!

“Hai, saya Nina.” Tangan aku hulur untuk bersalam. Langsung dia tak sambut. Aku pun la, sejak bila pula aku salam dengan lelaki? Ish, tarik balik lah.

“So, sape partner aku nanti Rul?”

“Haa, Nina lah partner kau.”

“Haah, saya lah partner awak.” Aku sengih je. Macam tasabar pula nak jadi pengapit si Zareen ni ha. Heee...

Laa, dia buat muka pula. Tak suka agaknya aku jadi partner dia.

“Awak, yang kerja kat kedai kek Kak Zara tu kan?”

“Haah, saya lah tu.”

“Rul, ini lah budak yang aku cakap kat kau hari tu?”

“Yang mana Pan?”

“Ala, budak yang tengok-orang-macam-tak-makan-lima-hari tu...”

“Ouh...” Zarul dah gelak sakan. Zareen pun join sekali. Encik Carrot Cake ni je yang maintain dengan muka kerek.

Kurang asam, kutuk aku ye. Takpe, takpe... Ni yang buat semangat aku lagi berkobar-kobar ni.

***

Scroll down lagi...lagi... dan lagi... Tadaaa dah jumpa dah.

“Hah, kau buat apa tu?” Zareen dah mengendeng kat sebelah.

“Aku tengah godek Instagram.”

“Instagram sape?”

Iphone 5S aku hulurkan kat Zareen. “Nadia Shaiful? Sape ni?”

“Tukang jual pickup line kat Instagram hehehe...”

“Eh? Aku tak faham... Explain...”

“Kau tengok la captions kat gambar dia. Best tak? Tengok hashtag dia pula. #sayajualpickuplines... Sempoi giler akak ni.”

“Haah, semua pun best la. Habis tu, kenapa kau tulis kat kertas ni pulak? Haa, kau curi pick up line dia ek?”

Eh, banyak tanya pula minah ni. “Weh, aku tak curi la. Aku ambik dengan izin kay...”

“Okay fahammm... Tapi kau nak buat apa dengan pickup line ni semua?”

Haaa... Aku angkat-angkat kening. Zareen buat muka menyapah.
“Aku nak ngorat Encik Carrot Cake.”

“You what?!”

“You heard me Reen.”

Zareen goncang bahu aku kuat-kuat. Hei aku pening. Aku pegang bahu dia, aku goncang kuat-kuat juga. Kami saling goncang bahu sampai pening nak muntah macam naik roller coaster.

“Kau kenapa weh? Back to your old habit. Ngorat sampai lebam then bila dah dapat kau tinggal dia macam tu je.”

“Hey, I’m not that kind of girl lah.”

“Yes, you are...”

“No I’m not... but literally, yeah.”

“Naa.. c’mon Nina. Tak serik ke?”

“Ouh puhleaseee Reen, kau tahu aku bukan macam tu kan.”

“Yeah I know, but the way you act, it seems like you are that kind of woman babe.”

Aku macam tu ke? Itu ke yang Zareen rasa tiap kali akun jatuh suka kat seseorang? Macam tu ke dia pandang aku? Seriously, aku pun kadang tak faham dengan diri aku sendiri. Selalu sangat suka kat lelaki yang play hard to get. But once he fall for me, terus rasa suka tu hilang. What happen to you Nina? A big question mark here!

“I hope, this is the last...” Aku mengeluh perlahan.

“And I hope, he’s not just your another pit stop...” Sambung Zareen.

***

Macam biasa, sebelum balik kerja Irfan a.k.a Encik Carrot Cake akan singgah kat kedai kek Kak Zara untuk beli sepotong carrot cake kegemaran. Selalunya dia akan datang hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Wah, aku dah hafal jadual kedatangan dia kat kedai Kak Zara. Good job Nina!

“Encik carrot Cake!” Senyuman manis aku hadiahkan. Tapi berangan lah kau Nina nak dapat senyuman balas. Muka kerek tu juga yang dia tayang.

“Urmm...”

“Nah, saya dah siapkan.” Kotak kecil berisi sepotong carrot cake aku hulurkan berserta dengan sekeping nota tulisan tangan. Wang kertas bertukar tangan.

“Err, ini...”

“Untuk awak Encik carrot cake... Baca kat rumah nanti ye.” Sempat aku menitipkan pesanan bersama sengihan yang masih menghiasi bibir.

“Huh, whatever... By the way my name is Irfan, bukan Encik Carrot Cake.” Jawab Irfan sambil berlalu pergi.

Pergh, beku giler muka awak Enci Carrot Cake. Macam payah je kali ni. But It’s okay, it will be more interesting I guess.

Nak tahu nota apa yang aku selit tadi?

Pickup line #1 : ‘You must be good at fishing because you caught me staring at you.’

Naa... Cheesy tak? Tak?! Okay facepalm.

***

The next days pun macam tu juga. Tiap kali dia datang beli kek, mesti aku selitkan sekali nota pickup line aku kat kotak dia. Dah lima pickup line aku kasi, tapi dia duk beku macam tu juga...

Pickup line #2 : ‘Are you a firefighter? Because when I see you, my heart is on fire.’

Pickup line #3 : ‘Do you believe in love at first sight? Or should I walk by again?’

Pickup line #4 : ‘Did you lose your shoe? Because I think mine is you match!’

Pickup line #5 : ‘Are you a train? Because I keep missing you.’

Ting! Bunyi pintu dibuka kasar. Irfan melangkah laju ke arah aku. Eh, tapi hari ni hari selasa, kenapa dia datang?

“Awak, tak pernah-pernah datang hari Selasa. Saya tak siapkan pape pun lagi awak.”

“Saya bukan datang nak beli kek.” Jawab Irfan dengan muka yang memerah. Eh, tengah marah ke apa ni.

“Habis tu?”

“I wanna talk to you.”

“About?” Ouh Nina, sempat pula kau buat muka blur ye.

“Can you just stop all this crap?” Suara Irfan mula menengking. Sumpah aku terkejut. Nasib baik tak ada pelanggan. Kak Zara pula dah keluar jumpa pembekal.

“What crap?”

“Stop asking am I a firefighter or a train or whatever and stop giving me all these stupid notes.” Nota pickup lines yang aku bagi dia campak kasar.

Lagi sekali aku terkejut. Sampai nya lah hati dia buat aku macam ni. Air mata dah mula curi keluar. Ish, duduk diam-diam kat dalam sana tak boleh ke.

“Tapi saya ikhlas...”

Belum habis aku cakap dia menyampuk, “kalau ikhlas awak tak kan curi pickup lines orang macam ni lah...”

Aku tersentak. Macam mana dia tahu. “Hey, saya tak curi la. Saya copy dengan izin.”

“Betul ke?” Dah sudah, dia tak percaya pula.

“Betul la...”

“Kalau betul, awak ambil kat mana semua pickup line ni?”

“Kat Instagram Nadia Shaiful.” Heh jujur nauu pula aku kali ni. Macam mana tak jujur kalau dah kena hidang dengan pandangan membunuh si pujaan hati.

“Betul ni?” Soal dia lagi. Tanya banyak-banyak kali ni kenapa?

“Betul la...”

“Kalau betul, nah...” Dia hulurkan sekeping nota juga tulisan tangan yang bertulis, ‘Can I take your picture to prove to all my friends that angle does exist?’

“A... apa ni awak?”

“Ingat awak sorang je yang tahu stalk Ig orang...” Irfan senyum sinis.

“You what?!”

“Yeah, I followed her too.” Irfan senyum lagi. Kali ni tak sinis lagi dah. Yang ada cuma senyuman ikhlas yang buat jantung, hati, limpa aku semua berdetak laju.

“So?” Aku jungkit kening. Buat muka kerek sat. Nak juga tiru dia kan.

“I like you too!”

***

“Weh, yang korang berdua asyik tersenyum, tersengih ni dah kenapa?” Zarul menyoal sambil bercekak pinggang. Konon garang lah tu.

Hari ni aku dengan Irfan teman bakal pengantin berdua ni fitting baju kahwin. Kami pun kena fitting juga, tapi fitting baju pengapit je lah.

“Entah nya korang berdua ni, dari tadi lagi aku tengok asyik dengan telefon je. Lepas tu sorang senyum-senyum, yang sorang lagi sengih-sengih. Dah macam orang tak betul pula aku tengoknya ha.” Amboi Zareen, mulut takde insurans ye kau.

“Korang, aku rasa aku nak kahwin la.” Irfan bersuara.

Aku pandang Irfan, Irfan pandang aku. “Haah, aku pun rasa macam nak kahwin juga la.”

Irfan sengih bila dengar aku cakap macam tu. “Kitaorang join korang kahwin boleh tak?” Tanya Irfan. Aku apa lagi, angguk-angguk je lah. Geleng-geleng tak mahu...

Zarul dan Zareen dah ternganga dah ha. Sumpah diorang terkejut. Hahahaaa... Aku dengan Irfan gelak semahu-mahunya. Kelakar okay...

***
Majlis persandingan Zarul dan Zareen sangat meriah. Garden wedding katanya... Tapi berbaju songket warna emarald green. Sumpah cantik giler. Irfan di sebelah aku jeling, kenapa handsome sangat Encik Carrot Cake hari ni. Berbaju melayu warna royal blue siap bersampin hitam corak bunga tabur warna hijau, ouh melting lagi... Makin terserlah kulitnya yang putih kemerahan tu.

"Pandang apa?"

"Pandang awak lah."

"Kenapa pandang saya?"

"Sebab awak handsome sangat."

Irfan senyum. "Sesuai lah dengan awak."

"Tak... Saya comot."

"Comot kat mana?"

"Comot kat muka."

"Nak saya tolong bersihkan?"

"Tak boleh, belum halal."

"Jom..."

"Ke mana?"

"Halalkan yang tak halal..."

Eh?! 

"Hai Irfan..." Langau! Sibuk aje nak mengendeng kekasih orang. Mata aku julingkan ke atas. Meluat okay. Perlu ke gedik-gedik kat majlis kahwin orang. Dari tadi lagi aku perasan yang si Ana ni duk usha Irfan. Eh, lupa nak cakap. Ana ni sepupu Zarul, tinggal sebelah menyebelah je dengan Zarul. Itu yang dia kenal Encik Carrot cake ni ha. Dah selalu sangat singgah menyinggah kat rumah Zarul, haruslah terserempak dengan cik gedik ni.

"Ouh hai Ana..."

"Fannn... jom lah teman I duduk kat sana. Kat sini tak best lah..." Gedik's mode is on!

"It's okay, memang I kena duduk kat meja pengapit ni pun kan."

"Tapi..."

Belum sempat si Ana gedik mengahbiskan ayatnya, aku dah menyampuk... "Can't you see the sign of rejection?" Then aku buat muka toya sambil menyuap puding koktail.

Irfan menyiku lengan aku. What? mata aku celikkan luas-luas. Main siku-siku orang pula.

"Eh minah, jangan sibuk boleh tak." Haila Ana gedik, nak sound aku pula dah.

"Malu kat orang la Ana..." Puding koktail aku suap lagi.

"Nak malu kenapa? Kau yang mulakan dulu." Ana dah bengang. Nasib baik nada suara dia tak tinggi mana, kalau tak memang betul-betul malu lah.

"Bukan malu sebab kita berbalas kata..."

"Habis tu?"

"Malu sebab kau gedik sangat!" Aku memang seorang yang sangat jujur...harharhar...

"Kau..." Temperature Ana is getting higher.

"Hei, enough ladies." Na, baru sekarang aku dengar suara Irfan. Ada lagi rupanya dia ni kat sebelah.

Ana terus blah. Baguslah, tak payah susah-susah aku nak halau. Irfan geleng kepala sambil senyum pandang aku.

"What?" 

"Being honest is good, but don't be too harsh my dear lady..." Pesan Irfan. 

Aku senyum. Ingatkan nak marah, tapi baik punya pesanan yang dia bagi. 

***

Ibu suruh aku tunang dulu at least tiga bulan, tapi aku tak nak. Irfan pun sama. Mama Irfan pula setuju saja apa yang anak dia nak. Makanya, nak tak nak, ibu kena setuju juga dengan cadangan kami yang nak kahwin terus, tak mau tunang-tunang.

"Gatai betul anak ibu." Kata ibu sambil tangan sibuk godek-godek hantaran. Last touch up katanya.

"Alaaa... ikut sape? Ikut ibu juga kan..." Aku sengih jahat. Eleh ibu, bukan orang tak tahu yang ibu pun macam tu juga dedulu.

Ibu senyum. Haaa, kantoi lah tu kan. "Nina, tak mau nakal-nakal lagi tau nanti. Awak tu nanti bila dah jadi isteri orang jangan nak macam-macam. Solat jangan tinggal, mintak doa banyak-banyak dengan tuhan semoga Dia tetapkan hati Nina untuk Irfan sorang je."

Aku terdiam seketika. Terharu pun ye juga nih. "Ibu risau pasal hal tu lagi ke?"

IBu pandang aku. Urm muka ibu sekarang, sedih pun tidak, risau pun tidak. Ibu ni betul-betul risau ke apa...

"Ibu risau lah juga. Takut Nina cepat sangat berubah hati macam yang sebelum-sebelum ni."

"Buuu... In shaa Allah kali ni hati Nina tak kan berubah-rubah lagi dah. Lagi pun, Irfan tu berbeza sungguh dengan yang lain. Dia, walau sukakan Nina atau sayangkan Nina macam mana sekali pun, dia tak suka nak manjakan Nina tau bu. Dia masih Irfan yang lama, always play hard to get." Senyuman kembang lagi. Asal bercerita pasal Irfan je mulalah nak senyum manjang.

Ibu buat muka pelik. "Dan Nina suka Irafan yang macam tu? 'Irfan yang 'play hard to get'."

"Yeah ibu. A lot..."

"Anak ibu pelik."

"Anak ibu yang sorang ni memang pelik pun. Ibu baru tahu ke?" Abang Nazim yang sedang melintas ruang tamu tiba-tiba mencelah.

"Haah, ibu baru tahu ke? Kami dah lama dah tahu bu..." Kak Nisa pun join sama.

"Kakak naim yang ini memang pelik bu, entah datang dari planet mana entah." Ek enaaa... bawak geng nampak.

"Tapi yang pelik ni la yang ayah dan ibu paling sayang..." Sampuk ayah dari belakang. Naaa amik kau, supporter aku yang paling berkuasa dah datang..miahaha...

"Ayah!!!" jerit adik beradik aku yang lain. Ibu pula dah join menantu-menantu kesayangan gelak berdekah-dekah.

Imma happy girl yawww!!!

***
Alhamdulillah, majlis di kedua belah pihak sudah selesai dan semuanya berjalan dengan lancar.

"Welcome to our family sayang.." Mama Irfan memeluk aku kemas, di ikuti oleh adik-adik perempuan Irfan yang lain. Ada tiga orang semuanya.

"Thanks sebab sudi terima along kami yang beku macam ais ni kak long." Ucap Irdina, adik Irfan yang nombor dua.

"Haip! Selamba je kutuk along." Kepala adiknya di ketuk perlahan. Semua yang ada ketawa saja melihat telatah mereka.

"Terima kasih semua, and a big thanks to mama sebab lahirkan Irfan untuk Nina." Heh, pinjam ayat manis yang tengah popular sekarang.

"Amboi manisnya ayat. Tapi ais yang ini tak cair la sayang." Irfan buat muka toya. Kan aku dah cakap, dia ni memang la jenis berdarah sejuk. Ayat gini punya manis pun tak lut lagi. Nasib la dia reti juga nak pinjam pickup line orang masa nak balas cinta aku dulu. Kalau tidak, sampai ke hari ini la aku single.

"Alaaa takpe, kalau along tak cair, mama along ni dah cair meleleh-leleh dah." Mama peluk aku erat. Lebih erat dari yang sebelumnya.

"Tak kesah lah cair ke tak ma, yang penting Irfan sayang Nina." 

"Eh, yang itu pasti. Saya sayang awak sangat-sangat sayang." Bisik Irfan di tepi telinga lalu aku dirangkul erat. Aku senyum sambil membalas pelukan Irfan.

"Euuwww.... Pengantin baru sila behave." Hahaaa adik-adik Irfan dah bising. Entahnya pengantin baru ni ha, tak agak-agak main peluk depan orang.

"Hei korang, amboi seronok nampak." Zareen menepuk perlahan bahu aku.

"Eh, mak buyung, dah nak balik ke?"

"Mana ada mak buyung, baru tiga bulan la. Baby bump tak nampak pun lagi."

"Mak buyung to be." Perut Zareen aku gosok. Haah takde baby bump pun lagi, baru tiga bulan kan.

"Kau honeymoon la cepat-cepat, nanti boleh saing dengan aku. Masuk labour room sama-sama." Zareen mengekek ketawa dengan kata-kata sendiri.

"Tapiiii... aku nak romantik-romantik dulu dengan Irfan."

"Eh dah mengandung pun boleh romantik apa."

"Yeke?"

"Yela, nak aku ajar tak?" Tanya Zareen teruja. Teruja nauu nak turunkan ilmu kat aku.

"NAK!!!" Haaah aku lagi teruja..kahkahkah

"Wowowo bro, aku rasa lebih baik aku bawak wife aku balik sekarang sebelum dia buka cerita yang bukan-bukan." Zarul mencelah.

"Hahaaa rileks la bro, aku pun nak tau juga apa yang Reen nak ajarkan kat wife aku tu." Haa Irfan pun dah ikut sengal.

"Ah tak payah, Reen ni bukan boleh pakai." Selamba Zarul kutuk wife dia sambil sengih-sengih cenggitu. Si Zareen ni pun ikut gelak juga. Memang sah dia nak ajar aku benda yang tak betul.

"Dah lah kawan, aku balik dulu ek." Kami berpelukan sebelum Zareen dan Zarul beredar.

***

What a breathtaking scenery. Cameron Highlands, lokasi bulan madu kami. He choosed the place. Irfan cakap kat sini sejuk, so kami boleh peluk-peluk. Okay tipuuu.... Itu aku yang cakap haha... What a naughty mind I have hee...





Tak, actually we both suka alam semulajadi. Saujana mata memandang tau tak, walaupun aku tak faham sangat apa maksud saujana tu. Tapi, be close to nature makes us more close to the Creator. That's what we felt.

"Nina come, lets get some breakfast. Sayang tu tak boleh skip breakfast, karang tak pasal jadi tetamu hospital." Dalam caring dia tu, ada juga yang sinis. 

"Nina nak breakfast kat Sungei Palas."

"Boh is it?"

"Yup honey..."

"Tapi abang ingat nak breakfast kat sini je. Petang karang baru kita pergi sana."

"Urm, okay. Whatever you say Encik Carrot Cake..." Hidung Irfan aku cuit. Gerammm...

"Tak mau la Encik Carrot Cake." 

"Dah tu apa yang mau?"

"Mau peluk cium awak." Lalu Irfan cium aku bertalu-talu. Nasib baik still kat dalam bilik, kalau tidak buat show free je. Sebab kat dalam bilik la pun Irfan berani buat macam ni..ekekeke...

"Awak, thanks..."

"For?"

"For accepting me."

Irfan senyum. Tapi soalan dia yang satu tu buat nafas aku bagaikan terhenti seketika... "I'm not gonna be your another pit stop kan?"

Mata aku membulat. "You knew?"

Irfan senyum lagi. Eh, dia tak marah ke? "Yes sayang. That's why I'll try my best to be your destiny, not your 'just another pit stop' honey..."

"Awak!!!" Leher Irfan aku rangkul kemas dan aku hadiahkan ciuman istimewa di kiri dan kanan pipinya. 

Ya Allah, sungguh lah aku tak menyesal ngorat dia dulu...


Reen, he’s not my another pit stop. He’s my destiny...


-TAMAT-

_______________________________________________________________




P/s Iloveu: All those pickup lines memang kite ambik kat instagram @nadia.shaiful you guys kalau nak boleh la follow ig die. Semua gambar pun cecantik, caption pun best-best.

P/s Iloveutoo: Ouh exam kite malam ni. Doakan kite ye :)

Thanks sudi baca!








2 comments: