24 May 2014

Usah Kau Berlalu Part 2

Assalamualaikum ^_^




Langkah kaki Tengku Hazran yang sedang menghala ke pejabat terhenti seketika bagi melepaskan tawa bila mendengar cerita Anis. Sungguh dia tak mampu lagi menahan rasa geli hati sejak mendengar cerita Anis dari mula.

“Awak gelak kenapa?” Soal Anis garang.

“You are so funny Anis. Kenapa awak buat dia macam tu?” Soal Tengku Hazran dengan senyuman yang masih melekat di bibir.

“Habis tu, siapa suruh dia tipu saya?”

“Dia nak surprise kan awak la...”

“Banyak la dia punya surprise. Padan muka, saya pula yang surprisekan dia. Mesti dia tengah gelabah giler sekarang kan.” Anis turut ketawa bila terkenang kembali apa yang terjadi sewaktu makan tengah hari tadi.

“Hurmm nampaknya tak bleh tidur la saya malam ni...”

“Kenapa pula?”

“Terpaksa dengar luahan hati orang kat sana tu la...”
Hahaha Anis pula yang ketawa lepas. Hilang sekejap wajah ayunya.

“Ololololo... kesiannya dia...” Sengaja Anis mengusik Tengku Hazran. Kadang-kadang mamat serious ini perlu diusik juga, jangan asyik nak serious je manjang.

Tengku Hazran tersenyum senang. Mengenali Anis membuatkan hidupnya lebih bercahaya, sentiasa diserikan dengan senyuman. 

Hampir setahun dia kehilangan upaya untuk senyum, namun kehadiran Anis membuatkan hidupnya sudah bertukar seratus peratus.

Langkah kakinya kembali diatur kemas, namun sekali lagi ia terhenti di tengah jalan. “Kenapa?” Soal Anis.

Soalan yang mudah tapi tidak mampu dijawab oleh Tengku Hazran saat matanya melihat wajah yang penuh kedukaan berdiri jauh nun di hujung koridor.

“Hazran, awak okay tak?” Soal Anis lagi sambil menarik perlahan hujung lengan baju kemeja Tengku Hazran.

“I’m okay Anis. Erm, apa kata awak naik dulu, nanti saya naik.” Jawab Tengku Hazran tenang walau dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa gelisahnya dia.

Anis turut memandang ke arah yang sama. Seorang wanita yang bersanggul tinggi sedang berdiri tegak sambil memandang ke arah mereka. Siapa dia? Soal hatinya.

***

“You never change sayang, masih handsome macam dulu...” Jasmeen tersenyum senang. Namun tiada balasan dari Tengku Hazran.

“I miss you sayang, sooo much...”

“Why now?” Soal Tengku Hazran dengan nada yang tegas.

“Pardon?”

“Why now Jasmeen? Kenapa bukan setahun yang lepas? Dah puas bersosial dengan kawan-kawan tak senonoh you tu? Sekarang baru nak ingat I?” Soal Tengku Hazran lagi. Nada suara yang semakin meninggi cuba ditahan agar tidak sampai ke pendengaran orang sekeliling.

Jasmeen terkesima. Sungguh bukan ini yang dia bayangkan saat dia 
membuat keputusan untuk pulang mencari Tengku Hazran. Sakit di hati melihat kemesraan Tengku Hazran dengan perempuan yang tidak dikenalinya itu masih belum hilang, kini di tambah pula dengan ayat-ayat sinis Tengku Hazran. Sungguh Jasmeen terluka.

“So, it’s Jasmeen now. No more sayang...” Air mata hanya menunggu masa saja untuk gugur membasahi pipi yang mulus itu.

“You don’t deserve it, at all...”

Sekali lagi Jasmeen terkesima. Kalau lah boleh dilihat, jantungnya kini sudah hancur lumat dikerjakan Tengku Hazran. Cukup hanya dengan kata-kata, Jasmeen merasakan seperti dia sudah dibunuh kejam oleh pemilik hatinya sendiri.

“ I used to love you, I still love you and I will always love you Haz. No welcoming hugs, it’s alright. I never expect for it pun...” Bicara Jasmeen terhenti seketika. Jejari runcingnya pantas menyapu air mata yang tanpa henti mengalir turun membasahi pipi. “...tapi sekurang-kurangnya give me some nice words Haz.”

Tengku Hazran diam membisu. Amarah itu datang lagi. sudah cuba diusir, namun ia tetap tidak mahu hilang. Hatinya sakit bila mengenangkan betapa egonya seorang perempuan, sanggup berpisah dengan suami sendiri semata-mata hanya kerana mahu berseronok di negara orang.

Tengku Hazran pantas berdiri dan meninggalkan Jasmeen sendirian. Tangisan yang cuba ditahan akhirnya terhambur jua. Dalam esak tangis yang menggila, Jasmeen cuba untuk bangun berdiri, namun akhirnya dia rebah juga.

***

Televisyen yang terpasang langsung tidak menarik minat Tengku Hazran. Kejadian siang tadi masih berlegar-legar difikiran. Jasmeen sangat cantik, itu harus dia akui. Luruh segala rindu dendam yang berkepuk di dadanya. Wajah Jasmeen yang agak cengkung masih nampak menarik di matanya.

Rasa hati ingin saja dipeluk tubuh tinggi langsing itu, tapi ego menghalang. Bukan dia sengaja melempiaskan marah kepada Jasmeen, lebih-lebih lagi pada pertemuan yang pertama begini setelah sekian lama mereka tidak bersua. Tetapi tingkah selamba Jasmeen yang membuatkan amarahnya timbul kembali. Tidak terkesankah Jasmeen di atas apa yang terjadi terhadap mereka? 

Tidak sedihkah Jasmeen dengan perpisahan ini? Atau dia yang terlalu pantas menghamburkan marah sedangkan Jasmeen belum pun sempat menerangkan segalanya.

Ah, sugguh dia bingung. Meen, kenapa sekarang? Kenapa tidak dulu?

“Hazran, tengok tv ke tv yang tengok kamu?” Sapa Puan Nora dari belakang.

“Ma...”

“Hah kenapa? Muka kamu tu mnyok saja mama tengok. Ada masalah kat tempat kerja?” Soal Puan Nora lagi.

“Ma... Meen dah balik.” Tengku Hazran berterus terang. Malas dah sorok ke hape.

“Are you serious Hazran?”

“Yes ma...”

Lengan Tengku Hazran dipegang kejap. “Dah tu, mananya menantu mama? Kamu tak bawak Meen balik ke?” Jelas terselah wajah teruja Puan Nora.

Tengku Hazran diam. “Hazran...” Riak di wajah Puan Nora berubah keruh.

“Kamu gaduh lagi dengan dia ye?”

Wajah Puan Nora dipandang sayu. “Ma, Hazran marah dia...”

Puan Nora pula yang terdiam. Dia sukakan Jasmeen. Saat terpandangkan wajah ayu Jasmeen ketika majlis pernikahan Jasmeen dan Tengku Hazran di London, dia sudah jatuh sayang. Walaupun gaya hidup menantunya itu agak bebas, dia tidak kisah kerana dia yakin Tengku Hazran mampu untuk mengubahnya. Namun disangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari. Setelah hampir enam tahun menetap di luar negara, akhirnya Tengku Hazran pulang. Puan Nora gembira tetapi hanya seketika bila Tengku Hazran pulang bersendirian.

Tetapi dia yakin, jodoh di antara Tengku Hazran dan Jasmeen masih kuat. Tengok saja sekarang, akhirnya Jasmeen pulang juga mencari anaknya.

“Hazran marahkan dia kemudian Hazran tinggalkan dia macam tu je ma...”

“Anak mama ni dah kenapa? Dah macam separuh mati kamu rindukan dia kat sini, bila dia ada depan mata kamu buat macam tu pulak.” Tegur Puan Nora. Agak kurang senang dengan tindakan anaknya itu.

“Perkara boleh bawa berbincangkan, tak perlu nak marah-marah Hazran.”

Tengku Hazran menunduk kan kepalanya. Kesal, namun untuk mengakuinya terasa payah pula. Itulah ego namanya wahai Tengku Hazran.

“Mama nak sangat jumpa menantu mama tu. Kamu berdua berbincang lah elok-elok, dah besar panjang kan. Don’t be too emotional, buang segala marah dan ego. Nanti bawa Meen balik jumpa mama ye.” Tangan Tengku Hazran digenggam kemas. Dia sangat-sangat berharap mereka akan berbaik semula kerana dia tahu mereka sudah puas tersiksa menahan perasaan sendirian.

***
TEngku Hazran masih belum bersedia untuk menerima dirinya, itu JAsmeen tahu. Namun, rasa cintanya terhadap Tengku Hazran tidak pernah luntur. Lalu, walau macam mana susah pun, hati Tengku Hazran akan cuba dipujuk kembali. 

Ya aku akan berusaha dengan lebih gigih! You go girl! Bukk!!! Eh...

Jasmeen terpaku saat terpandangkan wajah wanita yang secara tidak sengaja melanggar bahunya tadi.

"Eh, macam kenal..." Anis menggumam sendirian.

"Anis, what happend?" Soal Tengku Hazran dari belakang.

"Errr, nothing Haz..." 

Jasmeen turut memandang ke arah Tengku Hazran yang kini turut berdiri di sisi Anis.

"Sayang..." Seru Jasmeen dalam nada yang sayu. 

Pedih hatinya bila Tengku Hazran langsung tidak mempedulikan dirinya. Sibuk pula kisahkan perempuan ayu bertudung tu. 

Tengku Hazran mendengus perlahan. "Stop calling me sayang. I'm not your sayang anymore, remember?" Tutur Tengku Hazran keras. Wajah Jasmeen langsung tidak dipandang. 

Hati Jasmeen tersiat lagi. Tetapi kali ini dia tidak mahu menjadi lemah seperti sebelumnbya. Lengan Tengku Hazran ditarik kasar, "look at me Tengku Hazran, did you really hate me huh? Don't you love me anymore??"

Tengku Hazran mendengus lagi dan kali ini dengan lebih kasar. Namun tiada kata yang mampu diluahkan saat ini. Permintaan mamanya tiba-tiba menjengah fikiran.

"Err, sorry to bother, tapi you ni siapa?" Soal Anis kepada Jasmeen.

"You jangan nak sibuk boleh tak?!" Bentak Jasmeen. Geram dengan tingkah TEngku HAzran belum pun reda, perempuan ni pulak sibuk nak enterframe.

"Hey you jangan nak kurang ajar dengan dia. You siapa nak marah-marah dia?" Tengking Tengku Hazran tiba-tiba. 

Entah apa yang merasuk, hatinya rasa marah bila Jasmeen melayan Anis sebegitu.

Jasmeen terdiam, begitu juga dengan Anis. Kebingungan yang hari tu belum pun hilang, ditambah pula dengan kebingungan dengan kejadian hari ini, sungguh Anis pening. 

"Dah jom kita gerak." Tengku HAzran bersuara tegas. Ans laju mengikut langkah kaki Tengku Hazran dan Jasmeen, masih juga berdiri disitu.

Dia memang dah bencikan aku....





No comments:

Post a Comment