24 May 2014

Usah Kau Berlalu Part 2

Assalamualaikum ^_^




Langkah kaki Tengku Hazran yang sedang menghala ke pejabat terhenti seketika bagi melepaskan tawa bila mendengar cerita Anis. Sungguh dia tak mampu lagi menahan rasa geli hati sejak mendengar cerita Anis dari mula.

“Awak gelak kenapa?” Soal Anis garang.

“You are so funny Anis. Kenapa awak buat dia macam tu?” Soal Tengku Hazran dengan senyuman yang masih melekat di bibir.

“Habis tu, siapa suruh dia tipu saya?”

“Dia nak surprise kan awak la...”

“Banyak la dia punya surprise. Padan muka, saya pula yang surprisekan dia. Mesti dia tengah gelabah giler sekarang kan.” Anis turut ketawa bila terkenang kembali apa yang terjadi sewaktu makan tengah hari tadi.

“Hurmm nampaknya tak bleh tidur la saya malam ni...”

“Kenapa pula?”

“Terpaksa dengar luahan hati orang kat sana tu la...”
Hahaha Anis pula yang ketawa lepas. Hilang sekejap wajah ayunya.

“Ololololo... kesiannya dia...” Sengaja Anis mengusik Tengku Hazran. Kadang-kadang mamat serious ini perlu diusik juga, jangan asyik nak serious je manjang.

Tengku Hazran tersenyum senang. Mengenali Anis membuatkan hidupnya lebih bercahaya, sentiasa diserikan dengan senyuman. 

Hampir setahun dia kehilangan upaya untuk senyum, namun kehadiran Anis membuatkan hidupnya sudah bertukar seratus peratus.

Langkah kakinya kembali diatur kemas, namun sekali lagi ia terhenti di tengah jalan. “Kenapa?” Soal Anis.

Soalan yang mudah tapi tidak mampu dijawab oleh Tengku Hazran saat matanya melihat wajah yang penuh kedukaan berdiri jauh nun di hujung koridor.

“Hazran, awak okay tak?” Soal Anis lagi sambil menarik perlahan hujung lengan baju kemeja Tengku Hazran.

“I’m okay Anis. Erm, apa kata awak naik dulu, nanti saya naik.” Jawab Tengku Hazran tenang walau dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa gelisahnya dia.

Anis turut memandang ke arah yang sama. Seorang wanita yang bersanggul tinggi sedang berdiri tegak sambil memandang ke arah mereka. Siapa dia? Soal hatinya.

***

“You never change sayang, masih handsome macam dulu...” Jasmeen tersenyum senang. Namun tiada balasan dari Tengku Hazran.

“I miss you sayang, sooo much...”

“Why now?” Soal Tengku Hazran dengan nada yang tegas.

“Pardon?”

“Why now Jasmeen? Kenapa bukan setahun yang lepas? Dah puas bersosial dengan kawan-kawan tak senonoh you tu? Sekarang baru nak ingat I?” Soal Tengku Hazran lagi. Nada suara yang semakin meninggi cuba ditahan agar tidak sampai ke pendengaran orang sekeliling.

Jasmeen terkesima. Sungguh bukan ini yang dia bayangkan saat dia 
membuat keputusan untuk pulang mencari Tengku Hazran. Sakit di hati melihat kemesraan Tengku Hazran dengan perempuan yang tidak dikenalinya itu masih belum hilang, kini di tambah pula dengan ayat-ayat sinis Tengku Hazran. Sungguh Jasmeen terluka.

“So, it’s Jasmeen now. No more sayang...” Air mata hanya menunggu masa saja untuk gugur membasahi pipi yang mulus itu.

“You don’t deserve it, at all...”

Sekali lagi Jasmeen terkesima. Kalau lah boleh dilihat, jantungnya kini sudah hancur lumat dikerjakan Tengku Hazran. Cukup hanya dengan kata-kata, Jasmeen merasakan seperti dia sudah dibunuh kejam oleh pemilik hatinya sendiri.

“ I used to love you, I still love you and I will always love you Haz. No welcoming hugs, it’s alright. I never expect for it pun...” Bicara Jasmeen terhenti seketika. Jejari runcingnya pantas menyapu air mata yang tanpa henti mengalir turun membasahi pipi. “...tapi sekurang-kurangnya give me some nice words Haz.”

Tengku Hazran diam membisu. Amarah itu datang lagi. sudah cuba diusir, namun ia tetap tidak mahu hilang. Hatinya sakit bila mengenangkan betapa egonya seorang perempuan, sanggup berpisah dengan suami sendiri semata-mata hanya kerana mahu berseronok di negara orang.

Tengku Hazran pantas berdiri dan meninggalkan Jasmeen sendirian. Tangisan yang cuba ditahan akhirnya terhambur jua. Dalam esak tangis yang menggila, Jasmeen cuba untuk bangun berdiri, namun akhirnya dia rebah juga.

***

Televisyen yang terpasang langsung tidak menarik minat Tengku Hazran. Kejadian siang tadi masih berlegar-legar difikiran. Jasmeen sangat cantik, itu harus dia akui. Luruh segala rindu dendam yang berkepuk di dadanya. Wajah Jasmeen yang agak cengkung masih nampak menarik di matanya.

Rasa hati ingin saja dipeluk tubuh tinggi langsing itu, tapi ego menghalang. Bukan dia sengaja melempiaskan marah kepada Jasmeen, lebih-lebih lagi pada pertemuan yang pertama begini setelah sekian lama mereka tidak bersua. Tetapi tingkah selamba Jasmeen yang membuatkan amarahnya timbul kembali. Tidak terkesankah Jasmeen di atas apa yang terjadi terhadap mereka? 

Tidak sedihkah Jasmeen dengan perpisahan ini? Atau dia yang terlalu pantas menghamburkan marah sedangkan Jasmeen belum pun sempat menerangkan segalanya.

Ah, sugguh dia bingung. Meen, kenapa sekarang? Kenapa tidak dulu?

“Hazran, tengok tv ke tv yang tengok kamu?” Sapa Puan Nora dari belakang.

“Ma...”

“Hah kenapa? Muka kamu tu mnyok saja mama tengok. Ada masalah kat tempat kerja?” Soal Puan Nora lagi.

“Ma... Meen dah balik.” Tengku Hazran berterus terang. Malas dah sorok ke hape.

“Are you serious Hazran?”

“Yes ma...”

Lengan Tengku Hazran dipegang kejap. “Dah tu, mananya menantu mama? Kamu tak bawak Meen balik ke?” Jelas terselah wajah teruja Puan Nora.

Tengku Hazran diam. “Hazran...” Riak di wajah Puan Nora berubah keruh.

“Kamu gaduh lagi dengan dia ye?”

Wajah Puan Nora dipandang sayu. “Ma, Hazran marah dia...”

Puan Nora pula yang terdiam. Dia sukakan Jasmeen. Saat terpandangkan wajah ayu Jasmeen ketika majlis pernikahan Jasmeen dan Tengku Hazran di London, dia sudah jatuh sayang. Walaupun gaya hidup menantunya itu agak bebas, dia tidak kisah kerana dia yakin Tengku Hazran mampu untuk mengubahnya. Namun disangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari. Setelah hampir enam tahun menetap di luar negara, akhirnya Tengku Hazran pulang. Puan Nora gembira tetapi hanya seketika bila Tengku Hazran pulang bersendirian.

Tetapi dia yakin, jodoh di antara Tengku Hazran dan Jasmeen masih kuat. Tengok saja sekarang, akhirnya Jasmeen pulang juga mencari anaknya.

“Hazran marahkan dia kemudian Hazran tinggalkan dia macam tu je ma...”

“Anak mama ni dah kenapa? Dah macam separuh mati kamu rindukan dia kat sini, bila dia ada depan mata kamu buat macam tu pulak.” Tegur Puan Nora. Agak kurang senang dengan tindakan anaknya itu.

“Perkara boleh bawa berbincangkan, tak perlu nak marah-marah Hazran.”

Tengku Hazran menunduk kan kepalanya. Kesal, namun untuk mengakuinya terasa payah pula. Itulah ego namanya wahai Tengku Hazran.

“Mama nak sangat jumpa menantu mama tu. Kamu berdua berbincang lah elok-elok, dah besar panjang kan. Don’t be too emotional, buang segala marah dan ego. Nanti bawa Meen balik jumpa mama ye.” Tangan Tengku Hazran digenggam kemas. Dia sangat-sangat berharap mereka akan berbaik semula kerana dia tahu mereka sudah puas tersiksa menahan perasaan sendirian.

***
TEngku Hazran masih belum bersedia untuk menerima dirinya, itu JAsmeen tahu. Namun, rasa cintanya terhadap Tengku Hazran tidak pernah luntur. Lalu, walau macam mana susah pun, hati Tengku Hazran akan cuba dipujuk kembali. 

Ya aku akan berusaha dengan lebih gigih! You go girl! Bukk!!! Eh...

Jasmeen terpaku saat terpandangkan wajah wanita yang secara tidak sengaja melanggar bahunya tadi.

"Eh, macam kenal..." Anis menggumam sendirian.

"Anis, what happend?" Soal Tengku Hazran dari belakang.

"Errr, nothing Haz..." 

Jasmeen turut memandang ke arah Tengku Hazran yang kini turut berdiri di sisi Anis.

"Sayang..." Seru Jasmeen dalam nada yang sayu. 

Pedih hatinya bila Tengku Hazran langsung tidak mempedulikan dirinya. Sibuk pula kisahkan perempuan ayu bertudung tu. 

Tengku Hazran mendengus perlahan. "Stop calling me sayang. I'm not your sayang anymore, remember?" Tutur Tengku Hazran keras. Wajah Jasmeen langsung tidak dipandang. 

Hati Jasmeen tersiat lagi. Tetapi kali ini dia tidak mahu menjadi lemah seperti sebelumnbya. Lengan Tengku Hazran ditarik kasar, "look at me Tengku Hazran, did you really hate me huh? Don't you love me anymore??"

Tengku Hazran mendengus lagi dan kali ini dengan lebih kasar. Namun tiada kata yang mampu diluahkan saat ini. Permintaan mamanya tiba-tiba menjengah fikiran.

"Err, sorry to bother, tapi you ni siapa?" Soal Anis kepada Jasmeen.

"You jangan nak sibuk boleh tak?!" Bentak Jasmeen. Geram dengan tingkah TEngku HAzran belum pun reda, perempuan ni pulak sibuk nak enterframe.

"Hey you jangan nak kurang ajar dengan dia. You siapa nak marah-marah dia?" Tengking Tengku Hazran tiba-tiba. 

Entah apa yang merasuk, hatinya rasa marah bila Jasmeen melayan Anis sebegitu.

Jasmeen terdiam, begitu juga dengan Anis. Kebingungan yang hari tu belum pun hilang, ditambah pula dengan kebingungan dengan kejadian hari ini, sungguh Anis pening. 

"Dah jom kita gerak." Tengku HAzran bersuara tegas. Ans laju mengikut langkah kaki Tengku Hazran dan Jasmeen, masih juga berdiri disitu.

Dia memang dah bencikan aku....





20 May 2014

Usah Kau Berlalu Part 1

Assalamualaikum ^_^

It has been a while saya tak menulis and here it is, cerpen baru saya. Hope you guys enjoy reading :)




Inginku pandang wajahmu
Di setiap ketika
Tiada jemu biarpun terluka

Ingin debelai selalu
Bagaikan waktu dulu
Rasa bahagia dalam dakapan mu


Ku rindu
Wajah dan senyumanmu
Memberikan cahaya
Di dalam setiap mimpi-mimpiku

Kau pergi
Membawa hati ini
Tinggalkan ku sendiri
Dalam sepi

Lafazkan cinta dari bibirmu
Inginku dengar sekali lagi
Lafazkan dari hati tulus dan suci
Serahkan cinta abadi

Oh bisikan rindu nada nan syahdu
Pintaku yang terakhir dari mu
Pintaku hanya satu
Usah kau berlalu

‘Aku rindu...’ Bisik Jasmeen perlahan. Kenangan indah bersama Tengku Hazran kembali menerjah fikiran.
“Hey, watch your step young lady...” Tengku Hazran menarik perlahan tangan Jasmeen yang hampir jatuh tersungkur.
“Hey, thank you for helping me young man.” Jasmeen membalas dalam senyuman.
“I love you, remember?” Tengku Hazran bersuara tegas. Sesak nafasnya melihat telatah Jasmeen yang sentiasa cuai.
Senyuman Jasmeen semakin lebar saat terpandangkan raut wajah Tengku Hazran yang serious itu. Tangannya diangkat perlahan lalu pipi Tengku Hazran diusap penuh kelembutan. “I know and I love you too. But I don’t have to worry kalau I jatuh tergolek, terlentang ke hape because you are always by my side right? You will protect me, don’t you?”
“Yeah, but sayang, you still have to take care of yourself jugak. What if I’m not with you at that time? Whose gonna catch you up?”
“Alaaa sayang, don’t be so serious. Careless no more after this, promise!” Jejari runcing diangkat rapat seperti mengangkat sumpah. “smile for me please handsome....” Suara manjanya dileretkan bagi mengembalikan mood ceria di wajah Tengku Hazran.
“Malas.” Jawab Tengku Hazran sambil berjalan perlahan meninggalkan Jasmeen di belakang. Mood marah kini bertukar kepada mood merajuk pula nampaknya.
“Hey handsome, smile for me pleaseeee..... For one minute je. Please handsome....” Tangan Tengku Hazran ditarik dari belakang.
Wajah Jasmeen dipandang sekilas. Sengih-sengih macam orang menang loteri saja, sah lah Jasmeen tahu dia pura-pura merajuk.
Hidung Jasmeen ditekan kuat. “Eeee, geram je I tengok muka you ni tau. Nak marah pun susah. Cium karang...” Ugut Tengku Hazran.
Makin lebar senyuman di wajah Jasmeen. Tengku Hazran memang tak boleh merajuk lama dengan dia. “Cium la, halal apaa....” Jasmeen kenyit mata. Saja nak kasi kacau bilau Tengku Hazran punya perasaan. Tapi berangan je lah, Tengku Hazran buat muka tak ada perasaan.
“Enough talking, lets move...” Lalu tangan Jasmeen digenggam kemas dan kaki mula melangkah pulang ke rumah.

***
Musim percintaan Jasmeen dan Tengku Hazran sangat indah untuk dikenang. Walau tiada kata-kata romantis yang keluar dari mulut Tengku Hazran, bahasa tubuh yang ditunjukkan sudah cukup membuatkan Jasmeen jatuh cinta dan terbuai dalam kasih sayang Tengku Hazran yang melimpah ruah.
Bahu Jasmeen dipeluk kemas. “I sayang you Meen.” Tenang suara Tengku Hazran melafazkan kata sayang. Jasmeen cinta pertamanya. Sekilas mata terpandangkan raut wajah itu, terus hati berdegup kencang.
Jasmeen tersenyum senang. Tangan kiri Tengku Hazran digapai lalu dikucup lembut. Sungguh dia tidak menyesal menyambut huluran salam perkenalan Tengku Hazran suatu ketika dahulu. “I sayang you jugak Haz. Forever and always...” Bisik Jasmeen perlahan.
“I harap suatu hari nanti you boleh ubah cara hidup you.” Dahi licin Jasmeen dikucup perlahan.
“What do you mean sayang?” Soal Jasmeen tenang. Dia tahu lambat laun Tengku Hazran akan membangkitkan juga isu ini.
Tengku Hazran senyum seketika. “Your lifestyle sayang. I hope yo can change it.”
Tiba-tiba Jasmeen ketawa. “What are you laughing at? It’s not a joke sayang, not funny at all...” Wajah Tengku Hazran bertukar serious.
Jasmeen menarik nafas dalam untuk meredakan ketawanya. “Yeah it’s not funny. Tapi sayang,  I tanya apa maksud you tentang ubah cara hidup tu tadi. Bukannya I suruh you translate sayang. Yang you translate bahasa melayu ke bahasa inggeris tu buat apa.” Tangan Jasmeen menepuk perlahan bahu Tengku Hazran.
Wajah Tengku Hazran berubah riak. “Did I?” Laju kepala Jasmeen angguk mengiakan.
Kini Tengku Hazran pula yang ketawa lepas. “Oh my, what’s wrong with me sayang?” Soal Tengku Hazran dengan ketawa yang masih bersisa.
Jasmeen mengangkat bahu cuma, tanda dia pun tak tahu apa masalah suaminya itu. Nak kata tak faham bahas inggeris, belajarnya sampai ke negara orang putih.
“So, apa maksud you yang sebenarnya sayang?” Jasmeen sudah kembali pada topik asal.
Tengku Hazran merenung dalam anak mata Jasmeen. “Kalau boleh, I nak you ubah cara hidup you. Cara pemakaian you, cara you bersosial. I teringin sangat nak tengok you tutup aurat, jaga aurat you hanya untuk I. Ubah cara pergaulan you dengan kawan-kawan. Jaga batas pergaulan dengan kawan-kawan lelaki. I want you to change it all. For you, for me and for Him.”
Jasmeen mengeluh perlahan. “Bukan I tak nak. It’s juat that, I’m not ready... yet.”
“So, bila you akan ready to change?”
“Tak tahu...”
Tengku Hazran pula yang mengeluh. “To change hundred percent is impossible, but you can try it slowly right?”
Jasmeen tunduk perlahan. Entah, dia tak tahu nak cakap apa lagi. Yang dia tahu, dia masih belum bersedia.
Pipi kanan dan kiri Tengku Hazran diusap perlahan. “Doa for me handsome...” Bisik Jasmeen syahdu. Dia tak nak berjanji, takut nanti tak mampu ditepati. Suaminya juga yang akan sakit hati.
Tengku Hazran tersenyum senang. “Always and forever sayang...” Dahi Jasmeen dikucup lama...

***
Air mata disapu perlahan saat terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Anne, rakan serumahnya baru pulang dari tempat kerja. Saat terpandangkan wajah Jasmeen yang memerah, Anne mengeluh perlahan.
“Sudah-sudah lah, it’s almost a year Meen kau macam ni. You choose this way, so bear with it babe.”
Jasmeen senyum segaris. Ya betul, dia yang pilih jalan ini, jadi dia juga lah yang harus menanggung rasa ini sendirian tanpa Tengku Hazran disisi.
Anne merenung dalam wajah Jasmeen yang sedang tersenyum hambar. Semakin dipandang, semakin terserlah kesakitan yang cuba disembunyikan Jasmeen. Sungguh dia tidak mengerti. Jalan yang menjanjikan kebahagiaan luas terbentang, namun jalan yang sempit dan menyedihkan ini juga yang dipilih Jasmeen. Mereka berkenalan sejak kali pertama mereka menjejakkan kaki di tanah Edinburgh. Sejak itu mereka mula menjadi kawan rapat walaupun masing-masing mengambil jurusan yang berlainan. Segala kisah hidup Jasmeen telah melekat kemas dalam kepala Anne, termasuklah kisah percintaan Jasmeen dan Tengku Hazran.
Sungguh dia tidak menyangkan, perkenalan singkat antara Jasmeen dan Tengku Hazran telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Rata-rata teman rapat serta rakan universiti mereka tidak menyagka Jasmeen akan menamatkan zaman bujangnya dengan Tengku Hazran. Jasmeen, seorang yang agak sosial dan keras kepala berkahwin dengan Tengku Hazran, seorang yang serious dan tegas. Memang lah tak boleh nak in.
“Kan kau dah janji nak lupakan dia. Apa masalahnya lagi?” Soal Anne keras. Bukan niatnya mahu berkasar dengan kawan, tapi hati dia lelah melihat Jasmeen yang asyik dirundung kesedihan.
“Aku dah cuba, tapi tak boleh Anne. Kepala ni, asyik ingatkan dia.” Kepala sendiri ditunjalnya. “Hati ni, asyik rindukan dia...” Dadanya pula menjadi sasaran.
“Kau dah lupa apa yang kau katakan pada dia dulu?”
Jasmeen terdiam. Fikiran terus melayang mengimbau kembali pertelingkahan yang terjadi antara dia dan Tengku Hazran.
“I cakap I tak nak, I tak nak la!” Jawab Jasmeen lantang.
“You are my wife Jasmeen, you perlu ikut ke mana saja I pergi. Kenapa susah sangat you nak faham ha?” Soal Tengku Hazran juga dengan lantang.
“I Tak nak ikut you balik. I nak tinggal kat sini, this is my place and I’m not going anywhere.” Jasmeen masih bertegas dengan keputusannya.
Tengku Hazran meramas rambutnya yang sudah agak panjang itu. Dia sudah sedia maklum tentang kedegilan Jasmeen, namun tidak dia sangka Jasmeen masih dengan sifat keras kepalanya disaat-saat begini.
“Degil! Cakap I you tak pernah nak dengar kan?! You nak tinggal dekat sini dengan siapa? Dengan kawan-kawan tak senonoh you tu? You tak sayang family you ke? You tak sayang I?”
“You yang tak sayang I, nak tinggalkan I sorang-sorang kat sini. Family I tiap-tiap tahun datang melawat I kat sini. So, soal I sayang mereka atau tak tidak timbul.” Jasmeen masih mempertahankan egonya.
“Oh jadi, I lah yang salah dalam hal ni?” Rona merah di wajah Tengku Hazran makin terserlah. Saat ini amarah dalam dirinya dirasakan sudah sampai ke tahap maksima. Kalau pertelingkahan ini berterusan, harus segala perabot di dalam rumah mereka hancur berkecai.
Jasmeen diam. Tiada kata-kata yang mampu keluar dari bibirnya yang tadi sangat lantang bersuara.
“Fine, you’ll stay and I’ll leave. Live good Jasmeen.”
Saat kaki Tengku Hazran melangkah keluar meninggalkan rumah mereka, kaki Jasmeen terpasak kukuh. Langsung tidak bergerak mengejar langkah kaki suaminya. Lalu perlahan-lahan tubuh Jasmeen melurut jatuh ke lantai dan tangisan mula kedengaran. Dari esak tangis yang perlahan, ia mula bertukar menjadi tangisan yang membingitkan. Jasmeen akur ditinggalkan sendirian disitu. Namun untuk bangkit mengejar langkah kaki suaminya, ego dalam dirinya masih belum mampu dirobohkan. Pada saat itu...

***
“Aku dah buat keputusan...” Jasmeen terus bangun berdiri.
“Apa dia?” Soal Anne inginkan penjelasan.
“Aku nak balik Malaysia...” Beg pakaian di dalam almari dikeluarkan. Satu persatu pakaianny dimasukkan ke dalam beg trli yang agak besar itu. Dia nekad, disini bukan tempatnya. Tempat dia adalah bersama suami tersayang, disisi Tengku Hazran.
“Are you kidding me?” Soal Anne tak percaya.
“No I’m not...”
“Alhamdulillah...” Ucap Anne gembira.
Tangan Jasmeen yang tadinya tangkas mengisi pakaian terus terhenti saat terdengarkan lafaz alhamdulillah yang keluar dari mulut Anne.
“What?” Soal Anne saat terpandangkan Jasmeen yang kaku berdiri sambil memandang ke arahnya.
Laju Jasmeen melangkah lalu rakannya itu dipeluk erat. “Aku sayang kau Anne. Kau kawan aku dunia akhirat.”
Anne senyum. “Aku sayang kau jugak. Go and find your happiness Meen. You are not belong here anymore.”
Jasmeen tersenyum senang. Namun, ada sesuatu yang masih mengganggu fikirannya. “Tapi, aku tak terlambat ke Anne?” Hati yang tadinya tenang mula gundah gulana.
Bahu Jasmeen dipegang kemas. “Kita tak akan pernah terlambat dalam mencari kebahagiaan Meen. Just go, In shaa Allah kebahagiaan akan menjadi milik kau.”
Keyakinan kembal semula. Bahu Anna didakap kemas. “I love you mucho bestie...” “Me too bestie...”
___________________________________________________________________________
P/s: Sorry for those yang request sambungan cerpen yang sebelum-sebelum ini, I've lost the copies. Tak tau la dah tercampak kat mana cerpen tu semua. Lappy pulak sakit je manjang. Maaf ye semua... Kalau ada jodoh bertemu lah lagi kita dengan mereka ya. Anyway, thanks sudi baca >_<