1 May 2013

Cinta Adelia Part 3

Assalamualaikum ^_^

Dah masuk part 3, idea mencurah-curah tapi otak gagal berfungsi. So how??? Anyway, happy reading guys! >_<
____________________________________________________________________________


Aku melangkah laju ke arah tempat yang dijanjikan. Hari ini, aku dan Izz akan makan malam bersama kawan baik aku sejak zaman kanak-kanak iaitu Juliana dan suaminya, Faris. Tepat jam 8.45 malam aku tiba di Restoran Old Town White Coffee.
“Ampun... ampun... Tak sengaja okay.” Cepat-cepat aku melontarkan alasan sebelum Juliana menembak aku dengan bebelan dia yang macam mak nenek itu.
Kerusi di sebelah Izz aku tarik dan terus duduk bagi melepaskan lelah akibat berjalan terlalu laju tadi. Juliana dah tarik muncung. Haish, dah jadi mak budak pun nak merajuk lagi ke. Malu sikit kat Baby Echa yang kat sebelah tu.
“Sayang dari mana sampai berpeluh macam ni. Rambut pun dah serabai dah ha. By the way, you look nice with that glasses” Bisik Izz perlahan sambil melurut perlahan tocang aku yang dah semakin melonggar itu.
Erk, kenapa romantik sangat ni. Si Juliana dah jeling-jeling tu ha. Nasib baik Faris sibuk melayan Baby Echa, kalau tidak mau malu sampai tujuh keturunan. Oh ya, dua hari lepas Izz hadiahkan aku cermin mata berbingkai pink. Design cermin mata aku sama dengan dia punya.
“Urm, I singgah Taman Delima kejap tadi, hantar tempahan cupcakes. Tuan dia tak sempat nak ambil petang tadi. Sorry sebab lambat...”
“Hai, minta maaf dengan Izz je ke? Dengan aku kau tak nak minta maaf?” Suara mak nenek Juliana sudah kedengaran ye.
“Alaaa, dengan kau pun aku minta maaf juga la.”
“Macam tak ikhlas je...”
“Oit Ju, kan aku pernah cakap yang ikhlas atau tidak hanya...”
“...tuhan yang tahu...” Belum sempat aku menghabiskan ayat aku itu, dengan pantas Juliana menyambung, siap berlagu-lagu lagi ha. Macam lagu kumpulan In Team tu...
Izz dan Faris tergelak sakan melihat telatah kami. Aku dan Juliana apa lagi, ketawa sampai bergegar badan. Melampau betul. Sangat tak ayu okay!
“Eh babe, bisnes makin masyuk ye sekarang?”
“Mana ada masyuk sangat, biasa-biasa je.”
“Ye ke? Tadi Izz cakap bisnes kau maju giler sampaikan nak dating dengan kau pun makin payah dah sekarang.”
“Hei...” Aku cucuk-cucuk pinggang Izz.
“Uish, geli la sayang...”
“Memandai je cakap kat Ju macam tu. Kau jangan nak percaya sangat cakap dia ni Ju, sembang kencang. Entah pape je...”
Juliana senyum, “kalau betul pun apa salahnya, kan abang kan. Nanti boleh la cik su belikan Baby Echa baju baru, kasut baru, mainan baru, bla...bla...bla...”
“Amboi! Mamanya pula yang lebih ye...”
“Del, bulan depan birthday Baby Echa, ingat ke tidak?” Soal Faris.
“Eh, mesti la ingat. Mana boleh lupa birthday baby cik su yang comel lagi cute miut ni.” Pipi Baby Echa aku cubit perlahan. Mengekek ketawa budak tu. Eh, seronok pula dia.
“So, boleh la sponsor birthday cake Baby Echa nanti ye?” Soal Faris tanpa segan silu. Dia ni memang, sama je diorang laki bini. Kalau dengan aku, memang tak tahu malu hahaha...
“No problemo boss! Bisa diatur... Ni, yang kat sebelah aku ni, korang tak nak minta sponsor ke? Poket dia pun masyuk juga tau..hahaha...”
Juliana dan Faris senyum sumbing. “Izz dah janji nak belikan Baby Echa hadiah BESAR PUNYA! Kan Su Izz kan...”
“A’a... Nanti Su Izz belikan Baby Echa hadiah BESAR PUNYA, okay.” Izz menggosok perlahan kepala budak kecik yang disayangi ramai itu.
“Amboi, ni sejak bila naik pangkat jadi Su Izz pula ni?”
“Baru sekejap tadi... Kan abang kan?” Juliana mengerling Faris di sebelah.
“Wah, siap ada spokeperson pula dah sekarang.” Aku menjeling Izz sekilas. Lelaki itu senyum saja sambil menarik tocang aku. Aduh, makin longgar la tocang aku yang satu itu.
“Dah-dah, tak payah nak drama sangat lah korang. Eh Izz, kau...bla...bla...bla...” Faris terus bersembang dengan Izz tanpa menghiraukan kami di sebelah.
Aku yang sedang leka melihat Baby Echa makan tersentak bila Juliana mencubit perlahan lengan aku.
“Oit, sakit la mak cik!”
“Hey babe, kau dengan Izz bila nak kahwin?”
Mata aku membulat. “Weh, soalan pesen apa yang kau tanya ni?”
“Soalan pesen terkini, limited edition dan hanya boleh dibeli secara online sahaja..kehkehkeh...”
“Bab mengarut bagi kat dia.”
“Ala, cakap la babe, bila korang nak kahwin? Aku dah tak sabar nak makan nasi minyak kau la.”
“Kahwin apa nya? Bercinta pun tidak. Kalau kau nak makan nasi minyak, nanti aku tolong belikan.”
“Hah, poyo-poyo, jawapan poyo. Tak bercinta kau cakap. Habis yang duk sayang-sayang tu apa? Tu, cermin mata pun sama. Eh babe, sejak bila kau pakai cermin mata ni? Setahu aku kau tak ada maslah penglihatan pun kan.”
Waaa, banyak tanya betul la kawan aku yang sorang nih.
“Dia je yang panggil aku sayang, aku tak panggil dia macam tu pun kan. Cermin mata ni dia yang bagi. Memang aku tak ada masalah penglihatan pun. Cuba kau tengok betul-betul, cermin mata ni tak ada power pun.” Cermin mata aku tanggalkan supaya Juliana boleh lihat dengan lebih jelas.
“Ceh, cermin mata hiasan je lah nih. Ooo... I got it, cermin mata couple ye?”
“Well, maybe...” Jawapan gedik aku berikan.
“Bluwerkkk!” Juliana buat-buat nak muntah. Kami ketawa kemudiannya. Perangai dari dulu sampai sekarang tak berubah.
“Ni dah kenapa gelak macam tak ingat dunia ni? Ish tak sopan sungguh. Bini siapa la ni.” Kami gelak lagi bila Faris masih tak henti-henti membebel. Ni mesti dah berjangkit dengan Si Juliana ni. Izz aku lihat turut ketawa senang. Seronok aku tengok semua orang yang aku sayang boleh bergaul mesra begini.

***
Seawal jam 8 pagi aku dapat panggilan dari Intan. Safuan demam panas dan admitted semalam. Intan nak aku datang hospital sekarang juga sebab ada perkara penting yang dia nak bincang dengan aku. Entah perkara apa yang penting sangat tu. Aku malas nak fikir banyak, terus aku bersiap ala kadar dan gerak ke hospital.
Sesampainya aku di hospital, aku nampak Intan yang masih berpijama sedang duduk bersandar di kerusi pelawat. Dengan mata sembab, rambut serabai, teruk sangat keadaan Intan aku rasakan.
“Intan, kau okay tak?”
Intan senyum. Boleh lagi dia senyum dengan muka yang letih teramat sangat macam tu.
“Safuan okay tak?” Tanya aku lagi.
“Aku okay, Safuan je yang tak okay.”
“Teruk sangat ke demam dia tu?”
“Teruk tak teruk juga la, tapi sampai sekarang suhu badan dia tak turun-turun. Dia ada kat bilik depan sana.” Intan menunjukkan arah bilik yang menempatkan Safuan.
“Kejap lagi aku masuk. Tan, macam mana kau boleh ada kat sini? Dengan pijama macam ni.” Aku tergelak kecil melihat Intan dengan pijama kartunnya itu. Tak ada niat nak gelakkan dia pun okay, tapi serious aku tak boleh nak tahan gelak.
Intan turut tergelak. “Serious aku tak perasan langsung yang aku pakai pijama kartun macam ni kat tengah hospital, pagi-pagi buta pula tu.”
Kami ketawa lagi. Pagi-pagi lagi dah buat senaman muka. Entah pape lah.
“Actually, semalam Safuan call aku. Dia cakap dia tengah berdiri kat depan rumah. Then, aku keluar la. Tapi belum sempat aku tegur, dia dah rebah dulu. Terus aku panggil baba tolong aku angkat dia then kami terus bawa dia ke hospital.”
“Ooo... kau tak call family dia ke?”
“Family dia tak ada kat sini, diorang pergi Australia, melawat adik bongsu dia kat sana. Dia tak ikut sebab dia kan workaholic. Kau faham-faham je lah Safuan tu. Kebetulan pula dia jatuh sakit waktu family dia semua jauh kat sana.”
“A’a kan. Kesian dia...” Itu je lah yang boleh aku cakap.
“Del, aku nak mintak tolong kau.” Wajah Intan berubah serious. Waaa... dah masuk mood serious pula mak cik nih.
“Tolong apa?”
“Tolong jaga Safuan kat hospital ni, boleh?”
Erk, aku? Aku jaga Safuan kat hospital? Hohoho sesuatu yang sangat impossible okay. Intan ni waras ke tidak. Cuba fikir logik sikit Intan. Ooo, mungkin sebab dia tak mandi lagi kut, tu yang tak boleh nak fikir tu kut.
“Ehem... Aku bukan tak nak tolong Intan, tapi, kau faham-faham la hubungan aku dengan dia sebelum ni macam mana.”
“Del, ketepikan dulu masalah korang boleh tak. Bukan aku suruh kau buat yang bukan-bukan pun, tolong jaga dia kat hospital je.”
“Kenapa tak kau saja yang jaga dia?”
“Aku kerja la Del, bukan senang nak minta cuti segala. Please Del...” Intan mula merayu
“Ish, aku tak boleh la Tan.” Lemah aku macam ni.
“Del, dari malam tadi Safuan asyik meracau sebut nama kau je Del. Mungkin dia perlu kan kau di sisinya. Kau tak kesian kat dia ke? Sampai hati kau kan tengok dia terlantar macam tu. Apa, sikit pun tak ada ke rasa belas kasihan kau kat dia. Bukan susah pun, aku cuma minta kau temankan dia kat sini je. Kesian dia kat sini sorang-sorang tau. Kau tak kesian ke?” Suara Intan sudah berubah kasar.
Oho, panjang pula la kan mak cik ni membebel. Intan, kau memang dah buat aku hangin. Tak sangka kawan yang selama ni nampak cool boleh marah aku sampai macam ni sekali hanya kerana seorang lelaki. Ye, seorang lelaki yang bernama Safuan dan lelaki itulah yang paling aku nak elakkan seumur hidup aku.
“Intan, kau dah lebih tau. Perlu ke marah-marah aku sampai macam ni.”
“Habis yang susah sangat nak tolong aku ni kenapa? Mesti la aku marah!” Muka Intan semakin tegang. Memang dia tengah marah sekarang. Marah giler...
“Okay fine, kau nak marah ke nak hangin ke, suka hati kau lah. Tapi aku tetap tak boleh tolong kau. Nak tahu sebab apa? Sebab aku bukan girlfriend Safuan, isteri jauh sekali. Dan aku tak nak berkepit 24jam dengan dia kat dalam ward tu.”
Suasana sekeliling yang hinggar binggar langsung tidak menghalang kami untuk bertegang urat. Mata-mata yang memandang aku buat tidak tahu saja, begitu juga dengan Intan. Tiba-tiba suatu suara menyapa...
“Sayang, buat apa kat sini?”
Aku memandang ke arah suara yang menegur. Izz Al-Hafiz! Dia buat apa kat sini? Eh, dia memang kerja kat sini la.
“Izz, you nak masuk kerja ke?”
Izz Al-Hafiz menjadi keutamaan aku sekarang. Intan yang sedang merenung tajam ke arah kami aku biarkan saja. Rileks dulu lah, kasi dia cool sikit.
“A’a, I nak masuk kerja la ni. Singgah beli kopi kat kedai tu kejap, but then nampak you tercegat kat sini. What’s wrong?” Riak kerisauan jelas kelihatan di wajah bercermin mata itu.
“My friend, admitted semalam. Demam panas.” Tidak perlu aku jelaskan dengan panjang lebar apa sebenarnya yang berlaku.
“Ooo... ward mana? Nanti kalau senang boleh la I pergi melawat.”
“Ward depan sana.”
“Ooo I see. Eh, got to go now. Dah lewat dah nih. I’ll see you later okay sayang.” Sebelum Izz meninggalkan kami, sempat dia berbisik di telingaku, “muka kawan you tu garang sangat la, you introduce dia kat I later on je lah ek. Bye sayang.”
Wajah Intan yang tengah panas membahang aku pandang sekilas. Memang garang gila. No wonder la Izz cakap macam tu.
“Boyfriend ke?” Tanya Intan dengan kening terangkat sebelah. Kalah Kak Ziana anak Pak Zain.
“Kawan.”
“Kawan apa bersayang-sayang macam tu.”
Aku diam. Malas nak menidakkan atau mengiyakan sesuatu yang aku rasakan tidak penting untuk dijelaskan saat ini.
“Patut la payah sangat nak tolong kawan, ada yang menghalang rupanya.”
“Kau jangan nak libatkan Izz dalam maslah kita pula. He’s innocent okay.”
“Membela nampak...” Intan tersenyum sinis.
“Enough Intan, enough! Kau ni dah kenapa? Kau dah tak macam Intan yang aku kenal la. Tak kan sebab Safuan kita nak gaduh macam ni?”
“Aku tak pernah berubah la Del. Kau tu je yang berubah, lebih pentingkan teman lelaki dari kawan sendiri.”
Hey, aku pula yang salah.
“Dah lah Intan, keputusan aku muktamad. Aku tak boleh nak temankan Safuan 24jam kat sini. Aku ada rumah dan aku ada bisnes yang perlu aku jaga. Lagi pun, ibu dengan abah aku mesti tak setuju kalau aku cakap aku nak temankan Safuan kat sini. Tak manis!”
“Berkepit dengan boyfriend boleh pula...”
“Pape je lah Intan. I’m done with you!”
Aku tinggalkan Intan macam tu je. Lagi aku layan, lagi melalut pula minah tu bercakap nanti. Hati aku nih pun bukan kebal sangat nak dengar kata sindiran dia yang pedas meletup tu. Hati kecil aku ini perlu juga dijaga. Pelik betul aku dengan perangai Intan tadi, sesuatu sangat. Terus aku memandu pulang ke rumah. Lebih baik aku siapkan tempahan cupcakes yang berlambak kat rumah tu, ada juga untungnya.

***
Seminggu sudah berlalu selepas kejadian aku dan Intan bergaduh di hospital. Intan langsung tidak menghubungiku dan aku juga begitu, langsung tidak berniat untuk menghubunginya. Menyesal? Tidak, langsung aku tidak menyesal kerana apa yang aku lakukan adalah demi kebaikan semua orang. Mungkin agak ralat kerana meninggalkan Intan dalam keadaan ‘panas’ begitu saja, namun siapa yang tahan kalau dimarahi hanya kerana sebab yang begitu tidak munasabah.
Persoalan kenapa harus aku yang menemani Safuan di hospital masih belum terjawab. Apa sudah hilangkah semua kawan baiknya yang sentiasa senang bersama untuk menemaninya di kala susah? Apa sudah tiadakah saudara maranya yang tinggal berdekatan untuk bertanggungjawab ke atas dirinya yang sedang tidak sihat barang sekejap? Entah lah, manusia memang begitu, hanya ada di waktu senang, tidak di waktu susah.
“Adik, tolong ibu buang sampah kejap.”
“Okay...”
Plastik sampah aku angkat, uish berat juga. Sampah apa la banyak sangat ni. Rasanya baru semalam aku tolong ibu buang sampah yang kat dapur tu. Pintu pagar aku kuak perlahan. Belum sempat aku menhampiri tong sampah yang terletak di luar pagar rumah, kedengaran suara jiran sebelah rumah aku berbual kosong.
“Entah lah budak-budak zaman sekarang, kalau tak menyusahkan mak bapak tak boleh gamaknya.”
“Kan... Cakap ada degree lah apa lah, tapi tercongok kat rumah je aku tengok. Tak ada nya kerja macam orang lain. Tengok anak Si Maimun tu, belajar setakat SPM je, tapi elok je kerjanya, siap beli peti ais baru lagi kat Maimun tu ha. Si Adelia ni, apa yang mampu? Menghabiskan duit mak bapak dia adalah.”
Ohoi, ini bukan berbual kosong namanya. Ini berbual menambahkan dosa a.k.a mengumpat dah nih ha. Apa dah tak ada kerja sangat dah ke makcik-makcik ‘Joyah’ nih semua, mengumpat saja yang diorang tahu.
“Itu la kan, sia-sia saja mak bapak dia hantar pi belajar tinggi-tinggi. Perabihkan duit mak bapak je.”
“Mak bapak pula bangga la konon anak dia belajar tinggi tak macam anak orang lain. Tapi last-last, tercongok kat rumah tu juga.”
Wah... wah... wah... ini dah melampau. Sampaikan mak bapak aku pun diorang kutuk, memang nak kena la kan.
“Perabihkan duit hantar anak belajar tinggi-tinggi ada jugak faedahnya. Mak bapak dapat pahala sebab jalankan tanggungjawab mendidik anak-anak menuju kejayaan, anak-anak pula dapat pahala sebab berjihad di jalan Allah. Bukan ke menuntut ilmu itu satu ibadah. Yang makcik-makcik duk perabihkan air liur duk mengumpat pasal saya anak beranak tu apa yang makcik dapat? Dapat duit ke? Kalau pahala memang tak lah, dah nama pun mengumpat kan. Dosa pulak yang bertimbun.”
Plastik sampah terus aku sumbat dalam tong. Geram tahap nauzubillah dah nih.
“Assalamualaikum makcik...”
Salam aku berikan, tapi diorang senyap je. Jawab dalam hati kut. Sebelum aku melangkah masuk, sempat aku menjeling ke arah makcik-makcik ‘Joyah’ yang sedang memandang aku dengan muka merah menyala. Entah sebab marahkan aku atau sebab malu terkantoi tengah seronok menganyam ketupat pasal aku. Apa-apa je lah makcik, asal makcik bahagia.
“Adeh la...” Aku mengeluh perlahan.
“Kenapa dik?” Ibu yang sedang melipat kain memandang aku pelik.
“Penat lah ibu.”
“Amboi, buang sampah kejap je pun  dah penat.”
“Bukan penat buang sampah lah ibu...”
“Dah tu?”
“Penat dengar makcik-makcik kat sebelah nih menugmpat pasal adik.”
“Hurm, tak habis-habis lagi nampaknya diorang mengumpat pasal adik.”
“Aik, ibu tahu?”
Ibu sengih. Ada lah tu yang ibu sorokkan dari aku.
“Dah banyak kali ibu terserempak dengan diorang duk mngumpat pasal adik...”
“Habis tu, ibu diamkan saja?”
“Yup...”
“Ala ibu, tak cool la macam ni.” Aku merengek manja. Saja nak menggedik dengan ibu.
“Apa yang tak cool?”
“Ibu tak back up adik pun.”
Ibu ketawa lepas. Eh, kelakar ke? Macam tak je.
“Tak ada maknanya nak back up adik. Biar lah diorang nak cakap apa pun pasal adik, yang penting ibu, abah dan yang terutamanya, Allah s.w.t tahu apa yang adik buat. Buat penat je kalau kita explain macam-macam kat diorang tu, bukan diorang nak dengar pun. Menambah perisa umpatan lagi adalah. Selagi semua yang diorang cakapkan tu tak memudaratkan kita, tak memudaratkan kesihatan kita, biarkan saja. Tapi kalau dah melalut-lalut sangat sampaikan boleh menjatuhkan maruah adik atau maruah kita sekeluarga, baru lah kita ambil tindakan. Okay sayang?”
Waaa, sejuk hati ini saat mendengarkan kata-kata ibu yang sangat pisitif itu. Dari mana lah ibu dapat tahap kesabaran yang tinggi tu? Nak sikit boleh? Anak ibu yang sorang ni bukan penyabar sangat, dah terlepas cakap dah tadi ha. Nasib  baik tak terkeluar kata-kata yang negatif. Karang tak pasal-pasal dengan aku sekali tambah dosa. Tapi menjawab kata-kata orang tua macam tadi pun tak baik juga kan Adelia? Facepalm!
“Okay ibu. Demi ibu adik yang tersayang, akan adik cuba menjadi seorang yang penyabar seperti ibu.” Bahu ibu aku peluk erat ala-ala gedik manja gitu.
“Eleh mengada...” Ibu menolak perlahan pipiku sambil ketawa senang.
Deringan telefon aku di atas meja kopi menghentikan gelak ketawa kami. Sekilas aku memandang nama pemanggil di skrin. Safuan? Gigih betul lelaki yang seorang ni menelifon aku. Terus aku reject panggilannya itu. Masuk kali ini, dah 10 panggilan dari dia yang aku tidak jawab. Apa lagi yang dia nak?!
_________________________________________________________________________
Sorry kalau tak best. Thanks sudi baca ^_*