29 April 2013

Cinta Adelia Part2

Assalamualaikum ^_^

Terajin pulak update cerpen nih ha ngehngeh... Jemput baca ye semua. Oh ya, sorry in advance lah ye kalau ada banyak sangat grammatical error ke, tersalah medical term ke. Ampun ye semua... :)
___________________________________________________________________________

Ruang dapur ibu yang luas kelihatan sempit dengan barangan cupcake aku. Adelia kan, macam biasa la. Kalau buat kerja tak bersepah macam tongkang pecah memang tak sah. Tapi ibu tak kisah pun sebab yang bersepah ini lah yang bawa rezeki kat kami. Itu kata ibu lah, aku copy paste saja.
“Ciksu! Wanginya... bau apa ni?”
Aidan si kecik montel sudah berlari anak ke arah aku. Itu tak ada lain, nak paw cupcake aku lah tu.
“Kalau yang wangi, bau ciksu la Aidan sayang. Tak kan bau Aidan pula hehehe.”
“A’a ciksu memang wangi pun, macam cupcake ciksu ni juga...”
Pap! Tangan kecil itu aku pukul perlahan. Amboi si kecik ni, selamba saja tangan dia menjalar kat atas meja tu ye, nak rembat cupcake ciksu ye. Padan la mulut manis berkata-kata, ada udang di sebalik batu rupanya.
“Aidan jangan kacau la, penat ciksu buat semua ni tau.”
“Alaaa, Aidan nak satu je. Tak kan tak boleh?”
“Okay, nah ambil yang nih. Yang kat dalam kotak tu jangan kacau. Itu semua ciksu punya.”
“Alaaa... tak nak yang gondol macam ni. Nak yang ada krim pusing-pusing macam yang kat dalam kotak tu.”
“Ish Aidan ni bising la, yela-yela nah ambil satu je, okay?”
“Okay, thanks ciksu. Saaayanggg ciksu...muahh!” Aidan kiss pipi aku kiri dan kanan. Hiks, comel betul budak montel rambut kerinting nih la.
“Amboi, sayang sangat kat ciksu dia. Ciksu bagi apa kat Aidan sampaikan bagi kiss macam tu sekali?”
Kakakku sudah datang. Ni kejap lagi mesti riuh dengan soalan dia yang macam-macam tu ha.
“Eh cantiknya. Siapa punya cupcakes ni? Wow, siap ada gloves, stetoskop, picagari semua ni. Siapa yang tempah ni dik? Ke adik ada nak bagi kat sesiapa? Eh, jangan cakap yang adik nak bagi kat Izz. Betul ke? Betul tak akak teka ni? Eh, jawab la, senyap pula dia.”
Kan aku dah cakap...
“Erm adik nak bagi kat Izz...”
“Really?”
Wah muka Kak Elina surprise giler. Excited pun ye. Eee, aku lagi excited wewewe...
“Yup... Hari ni birthday dia. Petang ni kami janji nak jumpa dan adik nak bagi cupcakes ni as a present. Cantik tak kak?” Werk, asal macam gedik je suara aku ni?
“Giler tak cantik. Dah adik buat dengan penuh kasih sayang, harus lah cantik adik oiii...”
“Hei, tak ada maknanya dengan penuh kasih sayang.”
“Eleh, malu pula nak mengaku.”
“Yela, dengan penuh kasih sayang as a friend je tau. Not more than that.”
“Hello, akak tak cakap apa-apa pun tau. Akak cakap dengan penuh kasih sayang je. Over pula dia nak explain bagai. ahahaha...”
“Akak!!!”
Laju Kak Elina lari meninggalkan aku sendirian di dapur. Aidan memang dah selamat dah dengan cup cake dia kat luar sana. Oh ya, lupa pula nak bagi tahu. Empat bulan selepas kejadian aku terlanggar Izz Al-Hafiz di hospital, aku dengan dia menjadi semakin rapat. Telefon lah yang menjadi medium penghubung utama kami. Jika ada kelapangan, kami akan keluar makan bersama-sama. Dia juga sering datang ke rumah aku, melawat abah dan ibu katanya. Same goes to me, selalu juga aku ikut dia balik jumpa mama dan papa dia. Dia cakap, mak ayah kita kena tahu kita kawan dengan siapa, keluar dengan siapa. Tu yang dia bawa aku jumpa mama dan papa dia. Namun hubungan kami hanyalah sebagai kawan sahaja. Kawan rapat mungkin.
Tapi jujur aku katakan, aku senang bila bersama dengan dia. Dia seorang yang penyabar namun tegas. Nampak macam nerd, but he’s totally not okay. Very independent, tough, mature dan yang penting, tak pandai memujuk. Itulah Izz Al-Hafiz yang aku kenal.

***
Dip n dip, our favourite restaurant. Dia gila coklat, aku pula double triple gila coklat. Sesuai sangat lah kan? Eh, sesuai pula.
“Cupcakes?”
“Ya, as your birthday present teheee...”
“Buat sendiri ke?”
“Hei, mesti la...”
Hehehe Izz Al-Hafiz tersengih panjang. Entah sebab gembira dapat hadiah atau gembira sebab aku sendiri yang buat cupcakes untuk dia. Tapi bukan dia tak tahu yang aku ni tukang buat cupcake. Ah, mengada betul.
“Comel... Siap dengan stetoskop segala, it was so me hahah.”
“Kan hahah... Nasib baik I tak lukis muka you kat atas cupcakes tu, kalau tidak mesti lagi ‘comel’ kan hahah.”
“Ha, jangan nak memandai ye...”
“Hehehe...”
Isu cupcake letak tepi. It’s makan time! Hurm, nikmat betul makan sambil berebut macam ni. Habis merah muka dia sebab gelak kuat sangat. Dia gembira di hari jadinya dan aku gembira melihat dia gembira. Eh?
“Del...” Seru Izz perlahan.
Ice lemon tea aku hirup perlahan. Wajah di hadapanku kini berubah serious, “yes, anything wrong?” Soalku perlahan.
“I sayang you...”
Erk! “Pardon?”
“I sayang you Del.”
Dia sayang aku? Meaning? Okay Adelia, tarik nafas dalam-dalam, jangan nak kalut sangat.
“Owh, you sayang I? I pun sayang you juga hehehe.”
“Seriously Del, I sayang you. Sayang sangat-sangat...”
“Ya I know, I pun sayang you juga. Sayang you sangat-sangat. Tapi, muka tu jangan la serious sangat. You buat I nervous je lah hahaha.” Aku buat-buat gelak. Tak kelakar pun okay.
“I tengah serious la, that’s why muka I serious macam ni.” Kening dia dah berkerut-kerut dah ha. Bengang kut tengok aku gelak tak ikhlas macam tu.
“Ehem... Okay, you cakap you sayang I dan you serious sayangkan I. So, what you want me to do now?”
“I nak you sayang I macam I sayang you...”
Okay, kedengaran agak childish di situ. Tapi tak apa, dah memang perangai dia macam tu kan nak buat macam mana.
“Well, I did Mr. Izz Al-Hafiz.”
“I nak you sayang I lebih dari seorang kawan macam I sayang you lebih dari seorang kawan.”
“Tongue twister ke apa nih?”
Hahaha Izz gelak. Orang meja sebelah dah jeling-jeling. Tak agak-agak tau pak cik ni.
“Del, I tahu you sayang I as a friend. Tapi, kalau boleh I nak you sayang I lebih dari seorang kawan seperti mana I sayang you. I sayang you sabagai seorang wanita Del. You are my special one.”
Erk, aku speechless. Soal hati dan perasaan ni aku memang fail sejak aku mula sedar tentang perasaan aku terhadap Safuan tak lama dulu. Aku jadi keliru antara kasih, sayang, cinta atau obsesi. Aku tak nak jadi macam dulu. Tak nak!
“Okay no pressure, no pressure. Kalau hati you belum terbuka untuk I, it’s okay. But I want you to know that, my heart is always for you and I hope it will be yours soon.” Izz menarik senyuman mesra.
Tak paksa, tak paksa, tapi berharap giler. Haila Encik Doktor, kenapa ini semua harus terjadi. Cewahhh...
“Izz, I sayang you and I don’t wanna lose you. I belum betul-betul pasti tentang rasa hati I terhadap you, but one thing for sure, I will give you a good news. Don’t ask me when because I don’t know about His plan. Just pray for good okay.” Nah, pelik kan. Aku pun dah cakap belit-belit macam apa entah. This is me anyway, sangat tak lulus bab susun ayat segala.
“I’ll wait for you sayang, I will...”
Hah? Sayang?!

***
Aku memang sayangkan Izz Al-Hafiz, sayang sangat. Kadang-kadang, timbul juga rasa ingin memiliki. Aku tak tahu sama ada aku sudah jatuh cinta atau tidak, cuma yang pasti, hati aku tidak senang jika ada yang cuba ingin mendekati dirinya. Adakah perasaan ini juga adalah sebahagian daripada obsesi? Seperti apa yang aku rasakan terhadap Safuan dahulu.
Aku sangka aku cintakan Safuan. Aku ingin memilikinya, aku ingin sentiasa dengannya. Hati aku sakit bila melihat dia bersama orang lain. Tetapi, bila aku tidak melihat dia atau mendengar apa-apa berita tentang dirinya, aku biasa sahaja. Langsung tidak wujud rasa rindu seperti mana seorang kekasih yang merindui kekasih hatinya. Pelik bukan. Bila difikirkan kembali, baru aku sedar, ia hanyalah obsesiku semata-mata. Obsesi terhadap seorang lelaki yang bernama Safuan.
Mungkinkah situasi itu akan berulang kembali di antar aku dan Izz?
“Adik, kawan adik datang.” Suara ibu kedengaran dari bawah.
“Siapa bu?”
“Safuan.”
Hah, Safuan? Ada apa dia datang ke mari? Setelah berkurun lama kami tidak berjumpa, tiba-tiba sahaja dia muncul kembali. Lupakah dia bahawa aku sedang melarikan diri darinya? Dengan pantas aku menukar seluar pendek ku kepada trek bottom lalu ikatan rambut aku kemaskan.
“Safuan, masuklah...” Macam pelik bila aku bersuara mesra begitu dengan lelaki yang paling aku tak mahu jumpa.
“Cakap kat luar je Del.”
Langkah kaki kami hayun ke arah kerusi batu di tengah laman. Arnab abah yang sedang elok melpak di atas rumput berhampiran berkeliaran lari bila melihat kami mendekat. Lucu betul.
“Ada apa datang sini?”
“Nak jumpa kau.”
“Kenapa nak jumpa aku?”
“Nak selesaikan perkara yang tak selesai.”
“Tentang apa?”
“Tentang kau yang cuba melarikan diri dari aku.”
“Kenapa baru sekarang?”
“Sebab aku baru sedar.”
Huh... Aku mendengus perlahan. Sesi berbalas soalan di antara kami terhenti juga. Kenapa baru sekarang Safuan...
“Kenapa kau selalu larikan diri dari aku?”
“Sebab aku tak suka kau?”
“Kenapa kau tak suka aku?”
“Sebab aku tak suka la...”
Sesi berbalas soalan di antara kami terhenti sekali lagi saat ibu melangkah sambil menatang dulang berisi minuman ke arah kami.
“Minum Safuan. Dah lama benar kamu tak datang kan, mak cik pun dah ingat-ingat lupa nama kamu tadi.” Tegur ibu mesra.
“Terima kasih mak cik. A’a dah lama tak datang sini, sibuk sikit mak cik.”
“Ooo biasa lah tu, orang dah kerja memang macam tu. Jemput la minum ye, mak cik masuk dulu.”
Safuan senyum sementara aku pula hanya memandang kosong ke arah ibu yang semakin jauh meninggalkan kami sendirian di tengah laman.
“So, kenapa kau tak suka aku?”
Wajah Safuan yang masih di hiasi kerutan itu aku pandang tanpa perasaan. Wajah ini lah yang aku puja suatu ketika dahulu sehinggakan aku sanggup mengejar dirinya ke hulu dan ke hilir tanpa mengenal erti lelah. Perasaan malu aku letak ke tepi, yang pasti, dia harus aku miliki. Namun, itu semua hanyalah sejarah dalam hidupku. Sejarah yang amat memalukan dan aku ingin campak jauh ke tengah lautan. Itu pun kalau boleh la. Tapi, dah tentu-tentu tak boleh kan. Mana boleh nak campak sejarah macam tu saja. Lain lah kalau sejarah bertulis ke apa kan. Okay, Adelia dah melalut-lalut dah ha.
“Kau suka aku kan?”
“What?!”
“Kau suka aku sebanarnya kan Del. Kau jauhkan diri dari aku sebab kau rasa aku tak suka kat kau kan.”
“What the... Apa yang kau merepek ni Safuan?”
“Aku tak merepek Del, itu adalah kenyataan. Kenyataan yang kau tak dapat nak terima.”
Wah, dengan bangganya Safuan berkata-kata. Hilang sudah imejnya yang suci bersih di mata aku sebelum ini. Cuma, muka tu... muka tu, memang tak berubah, muka tak ada perasaan.
“ Aku rasa, kau yang merepek kut. Frankly speaking, memang aku suka kat kau dulu, DULU okay! But then, aku dah sedar yang rasa suka aku tu memang hanya sekadar suka dan beransur-ansur berubah menjadi obses. You know what obsession is, right? Obsesi adalah sangat tidak bagus dan aku tak nak hidup aku hancur semata-mata kerana terlalu obses dekat kau. I want to move on Safuan. That’s why aku buat keputusan untuk mengelak dari bercakap atau berjumpa dengan kau. Is that clear?”
Safuan merenung aku sedalam-dalamnya, lalu mendengus perlahan. Seram pula aku rasa.
“Aku balik dulu...” Dengan pantas Safuan berlalu meninggalkan aku sendirian di bangku batu ibu.
Eh, dia blah macam tu je? Aku garang sangat ke apa nih? Hey, aku tak garang pun la, aku cakap biasa-biasa je tadi. Dah tu, kenapa dia pergi macam tu je? Eh pelik la mamat seorang nih.
_________________________________________________________________________

Eh, eh, macam pendek je. Anyway, terima kasih sudi baca >_< 

p/s: speech pendek je malam ni sbb kalut nak p tgk masterchef hee



2 comments: