27 April 2013

Cinta Adelia Part1


 Assalamualaikum ^_^

Uhuk...uhuk...hai guys! Long time no see wuwuwu... Otak beku, tangan beku, hati beku, eh? Anyway, ini cerpen terbaru dari saya. Macam biasa ye tuan-tuan dan puan-puan, bajet nak buat cerpen yang pendek, tepat dan padat sahaja namun hajat tidak kesampaian. Dah terpanjang berjela-jela jugak. Pape pun, happy reading guys! :)
________________________________________________________________________

Kawasan pejalan kaki kelihatan agak lengang. Pukul 12 tengah hari kut, siapa pula yang rajin sangat nak jalan tengah-tengah panas macam nih. Agaknya aku seorang saja yang cekal berwibawa berjalan tetengah panas tanpa pelindung di atas kepala. Ini semua karnival entah pape tu la punya pasal, sesuka hati saja merampas port parking aku. Buat karnival jauh sikit dari hospital nih tak boleh ke, nak juga menyendeng dekat sini kan. Dah lah hospital kesayangan aku nih sangat ‘mewah’ dengan parking. Menyusahkan!
Akhirnya... sampai juga kat wad abah.
“Assalamualaikum abah...”
“Haa mak cik, baru sampai. Letih orang tunggu tau.” Kak Elina di hujung katil pula yang bersuara.
“Ala akak ni kecoh la, abah tak bising pun. Kan abah kan...”
Abah senyum cuma. “Kenapa lambat dik? Kesian akak tunggu lama sangat, dah letih dah tu ha.” Opps! Abah pun dah pandai membebel ye sekarang. Ni mesti berjangkit dengan kakakku sayang nih.  Kak Elina sengih sumbing, tu takde lain perli aku la tu.
“Adik sampai awal lagi la abah, tapi tak ada parking. 3 kali pusing baru jumpa, itu pun jauh giler. Penat adik jalan tau.”
“Alaaa, dah tu akak kena jalan jauh juga la ni?”
“Heee... macam tu la nampaknya. Sorry!”
Kak Elina tarik muncung. Nak buek camno eh, tak dapek den nak nolong.
“Denda, teman akak turun sampai bawah...” Erk! “Adik penat la akak, turun bawah tu pun nak kena teman ke.”
Tangan aku ditarik perlahan, “ah takde-takde, teman akak turun sekarang juga. Kat bawah ni je, bukan sampai parking sana tu ha.” Rayu Kak Elina sambil menarik-narik tangan aku yang dah sedia panjang ni.
“Pergi la dik, kejap je. Kesian akak dah letih sangat dah tu.” Abah menyokong dari belakang.
Eeee, ni yang aku malas ni. Naik, turun, naik, turun, dah macam pak cik guard round level dah ha. Hurmm...
“Yela-yela, dengan syarat akak belanja adik minum kat bawah jap.”
“Pape je...” Jawab Kak Elina senang.
***
Butang lif aku tekan lapanplohnamjuta kali. Haiyark, lif nih pun la, lembab betul. Okay tipu, aku tekan dua kali je. Itu pun sebab Kak Elina dah jeling-jeling, kalau tidak mahu lunyai butang lif tu aku tumbuk. Ah, poyo betul statement itu. Kak Elina di sebelah kiri tiba-tiba saja menyiku lenganku dengan agak... ganas mungkin!
“Apa kak?” Tanyaku perlahan.
Kak Elina menjungkit keningnya ke arah sebelah kananku. “Cuba adik tengok doktor kat sebelah tu.”
“Kenapa?”
“He looks nice...”
Doktor di sebelah aku jeling sekilas. Hurmm... pakai kaca mata, rambut pula... still standing! Macam dalam iklan tu. Well, typical doctor.
“Skema la kak. Macam bookworm sangat.” Bisik aku perlahan. Takut juga si bookworm itu bertelinga lintah, dengar aku kutuk-kutuk dia. Tak pasal.
Kak Elina mengekek ketawa, entah pape la kakakku yang seorang ini, itu pun nak gelak ke.
Ting! Lif sudah tiba. Menonong saja aku melangkah masuk ke dalam lif lalu berdiri hampir dengan butang-butang lif di sebelah kanan. Tu tak lain, nak menonyoh butang lif lah tu. Selepas semua selamat melangkah masuk ke dalam lif, butang close aku tekan. Semua, macam ramai je kan, padahal hanya aku, Kak Elina dan doktor bookworm itu saja yang tekun berdiri tegak di dalam lif itu sekarang. Pintu lif yang hampir tertutup itu, terbuka kembali. Dengan pantas aku menjenguk keluar, kut la ada lagi manusia yang ingin melangkah masuk meyertai kami, tapi tak ada pula. Dah kenapa pintu lif nih main buka tutup macam nih pulak?
Zapp, satu tangan menerjah di hadapanku lalu menekan butang close.
“Kena tekan lama sikit.”
Suara lelaki yang sedang berbisik tiba-tiba menerjah pendengaranku. Mataku kaku melihat tangan yang masih lagi melekat di butang close dan ye, mata aku sedang terpaku ke arah tangan doktor bookworm itu. Tiba-tiba terasa seperti dunia berhenti bergerak dan hanya ada kami berdua sahaja di dalam lif itu. Kenapa aku merasa begini? Mungkinkah kerana doktor bookworm itu berada terlalu dekat dengan diri aku? Ye, mungkin... Ah, drama sangat kau nih Adelia.
Ting! Butang G sudah menyala. Bila saja pintu terbuka, doktor bookworm itu bergegas keluar tanpa memandang kiri dan kanan.
Ekekeke... Kedengaran suara Kak Elina mengekek ketawa dari arah belakang.
“Love at the first sight ke dik?” Tanya Kak Elina bila melihat keadaanku yang seperti orang kena pukau. Bahu aku ditepuk perlahan. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang.
“Ah, mengada lah akak nih...” Langkah kaki aku lajukan meninggalkan kakakku yang masih lagi dengan gelak ketawanya sendiri di belakang.
***
Suasana majlis perkahwinan Yusri dan pasangannya sangat meriah. Ramai juga rakan-rakan sekolah aku yang dulu datang. Ada yang datang berteman, ada yang datang berseorangan dan ada juga yang datang dengan suami serta anak-anak. Seronok betul aku tengok. Aku? Aku datang dengan budak-budak aku la, Intan, Rose dan Fara.
“Del, kau menung apa weh?” Jari aku yang elok terletak di atas meja dijentik perlahan. Kurang asam betul Si Rose ni tau, suka main jentik-jentik macam budak-budak.
“Aku jealous tengok Yusri kahwin...”
“Apa?! Kau syok kat Yusri tu ke? Asal kau tak cakap awal-awal, kalau tidak boleh aku kenenkan kau dengan dia. Tengok, sekarang tak pasal-pasal melepas. Sepatutnya kau yang berdiri kat sebelah dia sekarang tau. Dah jadi pelamin anganmu musnah la pulak...” Pot pet pot pet Fara bercakap tanpa noktah.
Intan dengan Rose dah merah muka asyik gelak dari tadi. Mana tak gelak, Si Fara tu bercakap macam orang tak cukup nafas.
“Dah?”
“Apa yang dah?” Soal Fara pula.
“Dah habis merepek meraban yang bukan-bukan?” Tanya aku lagi.
Erk! Fara terdiam sambil menggaru perlahan pelipis kirinya. Lalu sengihan berserta gigi yang putih melepak ditayangkan kepadaku. Dah sedar lah tu.
“Kau tak payah nak kalut sangatlah Fara, aku cakap aku jealous tengok dia dah kahwin je, bukan aku jealous tengok dia dah kahwin sebab aku suka dia. Ada pahaammmm?”
Fara sengih lagi. Minah ni memang kalut. Kalau bab bercakap bagi kat dia la. Sebab tu la kut dia selalu menang pertandingan pidato masa zaman sekolah dulu-dulu, sebab suka sangat bercakap walaupun apa yang dia cakap tu tak logik langsung. Eh, boleh ke macam tu?
“Del...” Tiba-tiba Intan mencuit lenganku.
“Apa?”
“Tuuu...” Mulutnya memuncung ke arah tiga orang lelaki yang segak bergaya yang sedang berjalan ke arah kami. Dan salah seorang dari mereka adalah...
“Hai girls...” Tegur Fitri ramah.
“Hai Fitri!” Dengan pantas aku menjawab sambil lambai-lambai tangan gitu.
Fitri adalah budak kelas sebelah yang tak ada lah rapat sangat dengan kami, cuma tegur-tegur macam tu je. Tapi yang aku salute, walaupun dah habis sekolah dan masing-masing membawa haluan masing-masing, dia tetap juga peramah dan sentiasa bertegur sapa setiap kali berjumpa. Baik kan dia.
“Eh, Joe pun ada. Hai Joe...” Terlebih ramah pula aku kan. Namun lelaki di sebelah Joe aku buat-buat tak nampak saja.
Fara, Intan dan Rose sudah beriak curiga. Mungkin pelik bila aku langsung tidak menegur mahupun memandang ke arah lelaki di sebelah Joe yang dari tadi asyik memandang ke arah kami.
“Weh Safuan pun ada...” Sapa Intan mesra.
Dan lelaki itu aku lihat hanya tersenyum senang. Gembira agaknya bila ada juga yang sudi menyapa.
“Weh korang dah makan belum? Kalau belum, jom la join kami.” Dengan ramahnya Fara mengajak mereka duduk semeja dengan kami.
Lengan Fara aku cubit perlahan sambil menjengilkan mataku yang agak sepet ini sebagai amaran, KAU JANGAN NAK MENGADA...
“It’s okay, kami makan kat sana je...” Safuan bersuara perlahan sambil menepuk bahu rakannya agar bergerak ke arah meja yang terletak di bahagian tengah dewan.
“Kau kenapa?” Soal Rose.
“Entah kau ni, sakit tau tak kau cubit aku tadi...” Marah Fara pula.
“Tak baik kau buat Safuan macam tu Del.” Intan turut serta dalam sesi merungut terhadap aku.
“Aku buat apa?” Sengal, dah tau buat-buat tanya pula kan.
Mereka diam, tanda protes dengan sikap aku yang ego tak kena tempat itu. Ego? Aku ego? Mana ada! Ha, tengok, tak mengaku juga kan... Sah, aku ego!
“Kenapa kau buat Safuan macam tu?” Soal Intan perlahan.
“Sebab aku tak suka dia.” Mudahkan jawapan aku.
“Kau tipu.” Kata Rose pula.
“Aku tak tipu okay...” Aku rimas, sangat rimas...
“Bukan ke kau sangat, sangat, sangat dan sangat sukakan dia ke?” Soal Fara pula.
“Used to...”
“So, sekarang dah tak suka dia?” Fara terus menyerang dengan soalan yang macam-macam.
Aku menarik nafas dan dihembus perlahan. Penat, sungguh aku penat bila bercakap soal Safuan.
“Aku dah tak suka dia sebab aku dah sedar yang aku bukan suka dia pun, it was just an obsession. Suka dan obsesi adalah two different things which is totally have a different meaning and obsession is not good for me especially for my mind.” Fuh, akhirnya....
Mereka terdiam, namun riak kurang senang masih jelas kelihatan di wajah masing-masing.
“Tapi, kau tetap tak patut buat dia macam tu...” Intan masih belum berpuas hati nampaknya.
“Intan, aku buat macam tu bersebab. Sebab, I want to clear up my mind dan aku tak nak fikir langsung tentang dia, not a single thing pun. Is that clear?”
“Tapi tak kan korang tak boleh berkawan?”
“Girl, we can’t be friend...”
“But why?”
“I just can’t, okay. Intan, kau tak gembira ke tengok aku berusaha keras macam ni untuk move on. Ke kau lagi suka tengok aku berangankan Safuan dan tunggu dia cakap dia suka aku sampai bila-bila walaupun kau tahu yang itu semua impossible. Tersangat impossible.”
“Tapi...”
Aku mengeluh perlahan. Kenapa payah benar untuk Intan faham keadaan aku sekarang? Nasib baik Rose dan Fara hanya berdiam diri saja, kalau tidak masak aku nak menjawab semua soalan mereka yang entah apa-apa itu.
“Dah lah korang, aku nak balik. Lagi pun malam ni turn aku teman abah kat hospital.”
Sebelum pulang sempat aku bertemu muka dengan Yusri dan isterinya untuk mengucapkan tahniah. Semoga pernikahan mereka sentiasa di dalam redha Nya.
***
Hari ini genap tujuh hari abah masuk hospital dan insya Allah kalau tak ada aral, esok abah dah boleh keluar. Alhamdulillah segala prosedur rawatan jangkitan kuman di bahagian usus abah berjalan dengan lancar. Cuma, abah masih perlu datang mengambil ubat antibiotik setiap minggu. Hari ini giliran aku mengambil alih tugas Kak Elina menemani abah di hospital. Kesian kakakku itu, terpaksa meninggalkan suaminya dan Si kecil Aidan di rumah bersama ibu demi menjaga abah di hospital.
“Adik, bisnes cup cake adik tu macam mana? Dah buka tempahan semula ke?”
Owh abah, waktu macam ni pun masih ingat tentang bisnes lagi. Aku sudah hampir terlupa dengan bisnes aku yang satu itu. Mana tidaknya, tiap-tiap hari berulang alik ke hospital saja, mana sempat nak buat cup cake tu semua. Sebab itu aku ambil keputusan berhenti ambil tempahan buat sementara waktu, sekurang-kurangnya sehingga semua aktiviti harianku sudah kembali normal.
“Belum abah. Kenapa?”
“Tak ada lah, abah cuma risau kalau nanti susah pula adik nak dapat tempahan kalau dah lama sangat adik stop ambil tempahan tu semua.”
“Tak apa lah abah, kalau ada rezeki insya Allah tak ke mana...”
Belum sempat aku menghabiskan ayatku itu, tiba-tiba kedengaran pintu bilik abah diketuk dari luar.
“Assalamualaikum pak cik...”
“Waalaikumussalam doktor...”
Eh, macam... Ini ke doktor yang Kak Elina cakap kat aku tadi?
‘Adik tau tak, doktor yang kita jumpa kat lif hari tu, nama dia Doktor Al-Hafiz.’
‘Mana akak tau?’
‘Dia datang kat katil abah semalam, tengok apa entah kat dalam fail abah tu.’
Tengok tag nama sikit... Erk! Betul la, nama doktor bookworm nih Al-Hafiz rupanya. Ala baiknya nama dia, macam tuan dia jugak. Eh?
“Pak cik macam mana hari ni? Okay tak? Ada sakit-sakit lagi tak?” Banyak betul soalan dia.
“Alhamdulillah dah makin sihat doktor, sakit pun dah hilang doktor.”
Wah, yakin betul abah menjawab. Tu tak lain dah tak sabar nak balik la tu. Hurm, serious saja muka Doktor Al-Hafiz ni, sikit pun dia tak senyum. Asyik belek fail tu je, tak boring ke?
“Okay pak cik, saya tengok tekanan darah pak cik okay, kuantiti gula dalam darah pun dah kurang berbanding semalam. Semalam agak tinggi jugak kan pak cik?”
Abah dari tadi terangguk-angguk saja.
“Jadi, insya Allah esok pak cik dah boleh discharge. Tapi kena confirmkan dengan doktor pakar dulu lah. Tapi saya pasti esok pak cik dah boleh keluar.”
“Kenapa tak keluar hari ni je?” Wah mulut, cepat betul bertindak. Aku pula yang tak sabar kan, abah rileks je.
“Tak boleh keluar hari ni sebab kita kena masukkan lagi dua botol antibiotik, satu untuk malam ni dan lagi satu pagi esok, lepas subuh.”
Eh, cakap tak pandang muka aku pun. Pandang muka abah buat apa, aku yang tanya tadi kan, bukan abah. Tak sudi pandang muka aku ke apa Doktor Al-Hafiz nih. Ala sedih la kalau macam nih! Wah gediknya Adelia oiii...
“Ooo, macam tu. Tak apa lah doktor, pak cik tak kisah keluar bila-bila pun, asalkan dapat balik, sudah.” Abah tersenyum senang memandang ke arah Doktor Al-Hafiz.
“Erm kalau macam tu saya keluar dulu lah ye pak cik. Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam...”
Sampai ke sudah dia tak pandang muka aku. Apa masalah entah doktor yang seorang nih!
“Abah, sejak bila dia jadi doktor abah? Adik tak pernah nampak pun dia sebelum ni.”
Tipu. Yang kat lif tu apa? Hei, tak pernah nampak dia kat bed abah okay!
“Semalam. Doktor Al-Hafiz tu doktor pelatih sebenarnya.”
“Ooo, macam tu ke...”
***
‘I have a chance, but I choose to run.’
Rutin mingguan aku sejak dua minggu lepas, ambil ubat abah kat hospital. Hurm, sudah tentu bukan perkara yang menyeronokkan juga bukan perkara yang menyusahkan. Demi kesihatan orang yang aku sayang, apa saja aku sanggup lakukan. Termasuk lah berebut parking di kawasan hospital yang sangat ‘kaya’ dengan parking ini.
Sedang aku melangkah laju ke arah farmasi di bahagian tengah hospital, tiba-tiba badan aku dilanggar dari belakang. Bukk, tak pasal-pasal jatuh terduduk kat tengah orang ramai lalu lalang.
“Eh, sorry...”
Erk, Safuan?!
“Tak apa...” Jawab aku ringkas lalu dengan pantas aku melangkah pergi meninggalkan dia sendirian di situ.
Aku harus cepat berlalu, jika tidak aku akan terus terperangkap dalam dunia Safuan yang mana hanya aku yang akan tersiksa. Namun malang sungguh nasib aku hari ini, sekali lagi aku terjatuh. Kali ini aku yang salah, aku yang melanggar bahu lelaki yang tercegat berdiri di depan aku sekarang ini.
“Eh, sorry...”
Hah, skrip yang sama. Adakah orangnya juga orang yang sama? Ah mengarut kau Adelia, mana mungkin Safuan sempat mengejar aku sampai ke sini.
“You okay tak?” Tanya suara itu lagi.
Okay suara tak sama, maksudnya orang nya juga bukan orang yang sama. Wake up Adelia, angkat kepala tu, tengok siapa yang berdiri di depan kau sekarang.
“Eh, doktor...” Haila, doktor bookworm tu rupanya. Opps! Doktor Al-Hafiz la...
“You okay tak?”
“Eh I okay, kenapa?”
“Tak la, dari tadi you duduk macam tu. Tak boleh bangun ke? Nak I tolong?”
“Hah?” Ya Allah, aku lupa nak bangun rupanya. Ish, memalukan betul la. Boleh pulak cakap dengan doktor sambil duduk tercongok macam tu. Hurm, manusia sekeliling pun dah mula tersenyum sumbing. Haish...
“Hee, I okay je doktor.”
“Bagus lah. Oh ya, kalau tak silap I, tiap-tiap minggu you datang sini kan? Ambil ubat pak cik Luqman ke?”
“Eh, doktor ingat I lagi? Eh salah, doktor ingat abah I lagi? Eh, apa yang aku cakap nih?” Waaa ayat aku dah berterabur okay. Nih mesti sebab terkejut dengan doktor ni yang tiba-tiba banyak cakap pula.
Doktor Al-Hafiz tersenyum senang. Wow, pertama kali aku tengok dia senyum macam tu. Patut la payah sangat dia nak senyum, nak sorok kemanisan senyuman dia rupanya. Ish comel pula aku tengok. Haip, aku dah melalut dah...
“Erm tak apa lah, I dah nak kena gerak dah nih. Nice meeting you. By the way, boleh I tahu nama you? We can be friend...”
Hey, dia nak kawan dengan aku? Terkejut I. Okay grab the chance Adelia, bukan senang nak dapat kawan doktor nih. Mana lah tau kut nanti senang nak minta tolong ke apa kan.
“I, Adelia bt Luqman. Kawan I panggil I Del je. Nak panggil I Adel yang penyanyi tu pon boleh hehehe...”
“Hahah kelakar la you ni. I, Izz Al-Hafiz b Hamzah. Panggil Izz je.”
“Eh, kenapa Izz? Yang kat name tag you tu bukan ke Al-Hafiz.”
“Ooo, itu untuk yang formal je, meaning, kat hospital je lah, waktu I bertugas. Kalau dengan kawan-kawan, I lagi selesa guna nama Izz.”
“Owh gitu...”
“Erm, if you don’t mind, can I have your number?”
Erk, nak bagi ke tidak? Tapi, kalau tak bagi karang macam mana nak contact? Kalau tak boleh contact, macam mana nak kawan kan.
“Boleh, 0174597688.”
“Oraittt thanks Del, nanti I misscall you ye.”
“Okay doc...”
“Bye...”
Akhirnya Doktor Izz Al-Hafiz melangkah pergi meninggalkan aku sendiri. Waaa, macam tak percaya  je aku dapat kawan dengan doktor. Weee seronoknya.... Ni kalau aku cerita kat Kak Elina mesti dia tak percaya. Nak pula kawan dengan doktor bookworm tu. Haruslah kakakku itu susah untuk menerima kenyataan ini. keh keh keh...
__________________________________________________
Oh ya, tajuk tu...tajuk tu...urm simple yang amat. Serious tak tau nak buat tajuk apa. Ampun kalau tak best. Terima kasih sudi baca... >_<

2 comments: