13 January 2013

Kopi Part 3

Assalamualaikum ^_^

Hola semua... Sorry sangattttt di atas kelewatan mengupdate cerpen ini. Got problem with my lappy. Biasalah bila usia sudah mula senja, maka service sudah tidak sehebat dulu kala. Asyik ting tong je, nak menaip pun susah. Makanya, inilah entry yang agak pendek untuk bacaan anda semua. Happy reading guys!

_____________________________________________________________________

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Fatin Azzahra bt Lukman telah sah menjadi isteri kepada Ammar Faiz b. Fitri. Majlis akad nikah yang dijalankan secara sederhana turut dihari kaum keluarga Zara dan Faiz serta kedua ibu bapa Sofea. Masing-masing menerima pernikahan Zara dan Faiz dengan hati yang terbuka, begitu juga dengan Tuan Lukman dan Puan Syraifah. Kasih dan sayang mereka terhadap Zara melebihi segalanya, kerana itulah diturutkan sahaja keinginan puteri tunggalnya itu walaupun hati masih payah untuk menerima hakikat bahawa anaknya adalah isteri kedua Faiz.
Faiz, Zara dan Sofea tergelak kecil melihat telatah Adam, adik lelaki Zara yang sibuk mengambil gambar ahli keluarga mereka yang lain dengan pelbagai gaya. Bersemangat sungguh adiknya yang seorang itu menjadi fotografi tanpa gaji untuk majlis perkahwinannya dan Faiz. Adam seorang adik yang baik, sentiasa menyokong apa sahaja keputusan kakaknya aslakan kakaknya itu bahagia. Lagi pula, mereka hanya dua beradik. Kalau masing-maisng tidak menyokong antara satu sama lain, siapa lagi yang mahu menyokong mereka bukan.
“Sofea, auntie pinjam Faiz dengan Zara sekejap ye.” Kata Puan Syarifah smabil menghadiahkan senyuman manis buat madu anaknya itu.
Sofea yang kelihatan cantik dengan baju kurung riau berwarna peach mengangguk perlahan. “Nak pinjam lama pun boleh auntie. Sofea ke sana dulu ye.”
“Thanks sayang...” Puan Syarifah sempat memeluk bahu Sofea sebelum wanita itu melangkah ke arah kaum keluarga yang lain.
“Ada apa mama?” Soal Zara. Tangan mamanya diraih kemas.
Puan Syarifah tersenyum senang melihat wajah ceria anaknya. “Kakak cantik sangat hari ini.” Lipatan tudung Zara yang sedikit longgar diperkemaskan.
“Thanks mama... Mama pun cantik juga.” Pinggang Puan Syarifah dipeluk kemas.
Faiz yang melihat adegan dua beranak itu tersenyum senang.
“Faiz...”
“Ye ma...”
Puan Syarifah mengeluh perlahan. “Sekarang mama serahkan tugas untuk menjaga Zara kepada Faiz. Jaga dan sayang Zara seperti mana kami jaga dan sayangkan dia. Sebetulnya, mama susah nak terima bila Zara sampaikan hajatnya untuk berkahwin dengan Faiz...”
“Ma...” Zara cuba mencelah.
“It’s okay Zara, bagi mama cakap dulu.” Kata Faiz.
“Don’t worry kakak, bukan mama nak sound kesayangan kakak pun.” Puan Syarifah ketawa kecil melihat raut wajah anaknya yang sudah mula cuak. Takut sangat orang marahkan suami kesayangan dia tu.
“Mama nak cakap yang sekarang ni mama dah boleh terima jodoh Faiz dengan anak perempuan mama yang seorang ni.” Hidung Zara ditarik perlahan.
“Aduh! Sakit la ma...” Zara menggosok perlahan hidungnya yang sudah bertukar warna merah.
“Manja...” Faiz tergelak melihat telatah mereka.
“Jadi, mama harap Faiz tak akan kecewakan mama dengan mengabaikan tanggungjawab Faiz terhadap Zara. Walaupun susah untuk mama terima pilihan Zara ini, tapi mama tetap merestui pernikahan kamu berdua. Mama tak nak hidup Zara tidak mendapat redha Allah hanya kerana mama tidak meredhai pilihannya. Faiz jangan kecewakan mama ye.” Suara Puan Syarifah bertukar sebak.
“Insya Allah mama, Faiz janji akan jaga Zara dengan baik seumur hidup Faiz. You can count on me ma...” Lantas Faiz memeluk kemas bahu Puan Syarifah.
Zara yang sudah mula menitiskan air mata turut memeluk kemas pinggang mamanya seperti tidak mahu dilepaskan lagi.

***
Kelihatan ibu dan ayah Faiz serta ahli keluarganya yang lain sudah mula mahu mengundurkan diri. Sementelah majlis perkahwinan anak mereka dengan Zara sudah lama selasai. Tuan Fitri dan Puan Mariam sempat berpelukan dengan besan baru mereka.
“Abang, jom balik...” Sofea menarik perlahan tangan suaminya.
Faiz senyum kaget. Wajah pelik disekelilingnya direnung satu persatu. Puan Syarifah sudah menunjukkan riak tidak puas hati. Manakan tidak, Faiz baru saja berkahwin dengan anaknya tetapi sudah di ajak pulang oleh si isteri pertama. Di manakah hak anaknya yang baru dikahwini itu?
Zara masih diam membeku. Tiada kata yang bisa diluahkan. Tak kan lah nak halang pula, karang tak pasal-pasal berdrama swasta pula kat khalayak ramai. Faiz berbisik perlahan di telinga Sofea, lalu pegangan tangan isterinya itu dilepaskan.
Baru menyedari kesilapan dirinya mungkin, Sofea mengukir senyuman terpaksa.
“Maaf semua, dah terbiasa macam ni. Sorry Zara, he’s yours tonight.” Tangan Zara ditarik menghampiri Faiz. Senyuman terpaksa masih elok terukir di wajahnya.
Perasaan Faiz ketika ini hanya tuhan yang tahu. Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sungguh dia tak sanggup melihat wajah kecewa isterinya itu. Namun apalah dayanya, sudah begitu aturan hidup mereka. Langkah kaki Sofea dipandang sayu. Terasa ingin didakap tubuh kecil itu kerana dia tahu hanya itu yang mampu meredakan rasa gundah gulana isterinya.
“Faiz, kalau kau nak ikut Sofea balik, pergi lah. Aku tak kisah.” Bisik Zara di telinga Faiz.
Dia tahu Faiz dalam dilema. Kata kawan baik, tipu lah kalau dia tidak rasa apa yang Faiz rasakan tika ini.
“No Zara, this is our wedding, remember? I’m gonna be here, with you...” Faiz senyum dan tangan Zara diraih ke dalam genggamannya.
“Tapi...”
“No but...aku suami kau sekarang. Nak tak nak, kau kena dengar cakap aku. Okay?” Faiz senyum lagi. Hidung Zara dicuit mesra.
Zara tergelak kecil, senang melihat perubahan di wajah Faiz. Alhamdulillah, Faiz masih boleh berfikir secara waras.
“Ni apa yang duk bisik-bisik lagi ni? Dah pergi naik, berehat...”
Kedengaran suara Puan Syarifah menegur dari belakang. Apa yang terjadi seketika tadi diletak ke tepi. Mungkin benar, Sofea masih belum biasa dengan apa yang dialaminya sekarang. Bermadu kut, siapa je yang biasa?
“Biar lah mereka nak bisik-bisik, pengantin baru lah katakan. Kita dulu pun macam tu juga Puan Syarifah oiii...” Tuan Lukman sudah mula mencelah.
“Eh awak nih, cakap tak pandang kiri kanan. Malu la sikit dekat si bujang tu.” Muka Puan Syarifah bertukar rona. Walaupun sudah berpengalaman, perasaan malu tetap belum luntur dalam dirinya.
“Eh, eh...adik tak dengar ye apa yang papa cakap tadi...” Adam mengangkat tangan tanda tidak bersalah sambil matanya meliar melihat ke arah mama dan papanya.
Semua tergelak besar melihat telatah Adam, tipu lah kalau tak dengar. Bukan jauh pun jarak antara mereka ketika itu. Zara dan Faiz turut tersenyum.
“Kami naik dulu lah papa, mama...” Kata Faiz.
“Iya lah, kamu pun dah letih sangat nampaknya. Nanti jangan lupa turun makan pula ye.” Sempat Puan Syarifah mengingatkan mereka.

***
Di dalam bilik Zara yang terhias indah, Faiz masih lagi duduk merenung keluar tingkap. Masih terbayang-bayang wajah isterinya yang mendung sewaktu melangkah keluar dari rumah Zara petang tadi. Bagaimanalah agaknya keadaan Sofea di sana? Boleh kah dia tidur bersendirian tanpa aku di sisi? Soal Faiz di dalam hati.
“Faiz...termenung lagi?”
Teguran Zara melenyapkan lamunan Faiz. Zara yang sudah siap mandi dan menukar pakaian tersenyum ke arah Faiz.
“Kalau kau nak balik ke rumah Sofea, pergilah. Aku tak kisah...” Zara senyum lagi. Semoga senyumannya itu dapat menghilangkan gusar di hati Faiz.
“Zara, sini...” Faiz menepuk perlahan katil yang didudukinya.
Tanpa banyak soal, Zara terus melangkah ke arah suaminya itu. Perlahan-lahan Faiz meraih tangan Zara ke dalam genggamannya. Wajah Zara bertukar rona. Malu mungkin... Seumur hidupnya, ini lah kali pertama Faiz memegang tangan dia. Getar di hati hanya tuhan yang tahu.
“Zara...”
“Ya...”
Faiz memandang ke dalam anak mata Zara. Bersinar-sinar anak mata isteri yang baru dinikahinya itu. Gembira, ya Zara gembira dengan pernikahan ini. Tidak tergamak rasanya hati mahu meninggalkan dia sendiri.
“Zara, kita kahwin bukan sebab cinta...” Faiz menunduk. Kejam sungguh diri ini, terasa seperti dia hanya mempergunakan sahabatnya demi kepentingan diri. Zara tetap senyum dan senyuman itu menambahkan lagi rasa bersalah di dalam diri Faiz.
“tapi, itu bukanlah alasan untuk abang menjadi seorang suami yang tidak adil dalam melayari bahtera perkahwinan dengan Zara.” Kata Faiz dengan yakin.
“Abang?”
Riak di wajah Faiz sedikit berubah. “Ya, abang... Kenapa? Zara tak suka dengan panggilan tu?”
Zara ketawa. Tengah Faiz serious berbicara tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, boleh pula Zara ketawa hanya kerana sepatah perkataan itu, abang...
“Kenapa gelak?” Soal Faiz tidak puas hati.
Gelak tawa Zara masih bersisa. “Tak adalah, selalu kan kau aku je, tiba-tiba je tukar panggilan abang segala. It’s quite funny.”
“I’m your husband now Zara...” Suara Faiz kedengaran seperti berjauh hati.
Suasana mula sepi. Tiada lagi kedangaran suara gelak ketawa Zara. “Olololo... my hubby merajuk ke?” Pipi Faiz dipegang lembut.
“So, what should I address myself then?” Soal Zara lagi. Pipi Faiz diusap lagi. Moga hilanglah rajuk di hati suaminya itu.
“Zara je cukuplah...” Tangan Zara yang masih melekap di pipi ditarik perlahan. Lalu senyuman manis terukir di bibir merah Faiz.
“Baiklah abang... Kalau macam tu, boleh imamkan Zara solat? Kita belum solat asar lagi kan.” Lantas Zara berdiri dan menarik tangan Faiz untuk sama-sama berdiri dengannya.
“Boleh Puan Zara...boleh sangat.” Gurau Faiz. Perlahan-lahan bahunya ditolak Zara ke arah bilik mandi, lalu mereka ketawa bahagia bersama.

______________________________________________________________________
P/S : Saya nak mintak maaf kalau ada yang kurang senang dengan idea atau gaya penceritaan saya. I really, really, really appreciate your comment guys. Terima kasih sudi baca. >_<

4 comments:

  1. Salam, nampaknya bermulalah kehidupan Zara sebagai isteri dan madu kepada. Adik giliran isteri kedua yang baru berkahwin utk bersama suami 2 minggu kemudian barulah suami boleh mula buat giliran antara isterinya. Tapi dari awal Sofea dan Faiz memang tak ikhlas terhadap Zara. Simpati sungguh dengan Zara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak Seri Ayu.

      Owh macam tu ek...okay noted! :)

      Terima kasih sudi baca. >_<

      Delete
  2. cik asma buat sofea tu mati aci x hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sofea mati??? ehehe menangis tak berlagu la si Faiz tu nanti.

      Delete