29 January 2013

Eh, Saya Suka Awak Part 2

Assalamualaikum ^_^

Hola semua... Bahagian dua sudah tersedia. Sorry if not so interesting ke hape. Saya budak baru belajar kennn...hehehe... Eh, nak minta maaf pasal entry hari tu banyak sangat typo nye. Malas pulak tu nak edit bagai. Boo Asma sekali lagi, booooo..... Anyway, Happy reading guys!

______________________________________________________________________

Dazlan berjalan perlahan-lahan mendekati adiknya Dian yang sedang membaca novel di atas sofa. Minat sungguh Dian dengan novel sehinggakan keadaan sekeliling pun tidak dipedulikannya.
“ANGAH!!!” Jerit Dazlan di tepi telinga Dian.
“Argh!!!” Dian terus bangun dan terduduk sambil menghempuk Dazlan dengan novel di tangannya. “Auch! Sakit la angah...” Lengan Dian dipegang kemas bagi menghalang hempukan bertubi-tubi adiknya itu.
“Along! Ha, padan muka. Suka buat orang terkejut kan...” Bebel Dian.
“Uish, ganas betul la minah ni. Cuba bersopan sikit. Padanla sampai sekarang takde boyfriend, ganas sangat rupanya.” Pot pet, pot pet Dazlan membebel. Sakit punya pasal, laju saja mulutnya berkata-kata.
“Hamboih! Mulut takde insurans betul tau along nih. Nak membebel pun agak-agak la, tak perlu kut nak masukkan sekali isu boyfriend tu.” Dian tarik muncung. Sentap betul bila terkeluar isu boyfriend nih tau. Bukan sentap sebab dia takde boyfriend, sentap sebab perlu ke nak kaitkan diri dia dengan boyfriend segala. Apa? Penting sangat ke ada boyfriend atau tidak?
“Haloh, haloh, adik along dah tarik muncung la... Okay sorry, tak mau cakap pasal boyfriend lagi dah.” Bahu Dian digosok perlahan.
“Tau pun. Ni bila sampai? Tiba-tiba terjah orang tak bagi salam.”
“Hey, along dah bagi salam dari luar rumah lagi tau. Angah tu je yang tak dengar, khusyuk sangat dengan novel dia tu.”
“Eh ye ke? Serious angah tak dengar la along...”
“Macam mana nak dengar, telinga angah tu dah tersumbat berkurun dah along tau tak.” Tiba-tiba Tuan Razif mencelah.
“Duh! Seriously ayah?” Soal Dazlan tidak percaya.
“Serious... Kalau tak percaya tanya mama kamu tu ha.”
“Betul mama?” Soal  Dazlan lagi. Puan Hayati angguk cuma.
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Telinga angah menanah sebab selalu sangat dengar mama membebel. Ini baru betul along apa yang orang duk cakap, kuat sangat membebel sampaikan menanah telinga yang mendengar nih tau...” Dengan yakinnya Dian berkata.
“Amboi anak dara, mulut kamu pun sama dengan along ye, takde insurans. Meh sini mama kasi insurans sikit.” Puan Hayati menyinsing lengan baju kurungnya sambil melangkah kaju ke arah Dian.
Tuan Razif dan Dazlan dah gelak guling-guling melihat telatah dua beranak itu.
“Ampun ma ampun, orang gurau je..hehehe...” Dian sudah lari bertempiaran. Paun Hayati turut ketawa melihat anaknya yang berlari seperti tidak cukup tanah itu.
“Assalamualaikum...” Kedengaran Daniel dan Darwish memberi salam dari luar.
“Apa yang bising-bising ni? Eh along, bila sampai?” Soal Daniel lalu tangan alongnya dicium dan diikuti oleh Darwish.
Dazlan menggosok perlahan kepala adik bongsunya itu. “Baru je sampai. Kamu berdua dari mana?”
“Main basketball kat padang hujung sana. Ma... Awish lapar la...” Darwish merengek perlahan.
“Dah kamu pergi bersihkan badan tu dulu, dah hapak benar baunya. Kejap lagi kita keluar makan. Hari ni ayah bagi mama kamu cuti, tak payah masak. Kita makan kat luar je...” Kata Tuan Razif sambil menyelak helaian akhbar di meja kopi.
“Ho yeah!!! Makan besauuu kita hari ni....” Dian terjerit girang.
“Tak payah nak ho yeah sangat la ankanda ku sayang. Kamu kena berpantang sikit makan tu, karang makin teruk pula sakit telinga tu Dian.” Puan Hayati sudah mula bersuara.
“Alaaa maa....” Dian tarik muncung. Benci la macam ni, semua kena control huhuhu...
Yang lain diam saja. dah memang betul pun apa yang Puan Hayati cakapkan. Untuk kebaikan Dian juga.

***
Hari yang ditunggu telah tiba. Tepat jam 10.30 pagi, Dian yang ditemani alongnya, Dazlan telah tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk berjumpa dengan doktor pakar telinga. Suasana pada ketika itu sudah penuh sesak dengan orang ramai yang sakit mahupun yang menemani kaum keluarga mereka.
Dazlan terus duduk di tempat yang telah disediakan di ruang menunggu manakala Dian pula terus ke kaunter pendaftaran.
“Ya, boleh saya tolong?” Sapa seorang staf di kaunter pendaftaran.
“Erm, saya ada appointment dengan doktor jam 11 pagi.”
“Cik ada reference letter tak?”
“Ada, ini dia...”
Staf itu membaca satu-satu apa yang tertulis di dalam surat yang disediakan oleh Doktor Rafiq itu.
“Ooo, dari klinik swasta ke. Kalau macam tu, cik kena bayar Rm30 untuk pendaftaran.”
“Eh, kenapa pula?”
“Memang prosedurnya macam tu cik. Kecuali kalau reference letter cik tu dari klinik kesihatan kerajaan, tiada kos pendaftaran yang akan dikenakan.”
“Ooo...macam tu ke. Erm tak apa lah, saya bayar.” Beg duit dikeluarkan dan not Rm10 sebanyak 3 keping dihulur.
“Okay cik terima kasih. Sila tunggu sehingga nama cik dipanggil ya...” Senyuman manis staf tersebut berikan kepada Dian.
Hurm, bagus betul service kat hospital kerajaan ni. Tidak seperti sesetengah tempat tu, layan orang macam nak tak nak saja. Yang nampak bagus saja dilayan elok, yang nampak biasa-biasa dilayan seperti orang tepi jalan saja. Perlu ke pilih kasih macam tu? Entah lah, dunia makin berubah. Adab, tatasusila semua sudah dipandang enteng saja.
“Pasal apa lama sangat?” Tanya Dazlan saat Dian melabuhkan punggung di sisinya.
“Tak ada apa, diorang nak tengok reference letter je. Then kena bayar Rm30 untuk pendaftaran.”
“Kenapa kena bayar?”
“Sebab surat tu dari klinik swasta katanya. Kalau dari klinik kesihatan kerajaan, free je.”
“Ooo...macam tu pula.”
“Tak apa lah along, untuk kesihatan kita juga. Tak rugi pun kalau kena bayar lebih.” Dian memandang alongnya  di sebelah.
Dazlan tersenyum kecil melihat riak wajah Dian yang serious itu. Adiknya ini bukanlah seorang yang serious bila berkata-kata, makanya, agak lucu juga bila melihat Dian berwajah sedemikian. “Along tak cakap apa-apa pun...”
Dian mengeluh perlahan. “Eleh, dengar nada along cakap tu pun dah tau la apa yang ada kat dalam kepala along tu.” Lengan Dazlan disiku perlahan.
Dazlan tersenyum cuma. Ada-ada saja lah adiknya yang sorang nih.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, namun nama Dian masih belum dipanggil.
“Along...pesal lambat sangat ni? Angah dah boring la dari tadi tercongok je kat sini. Dah satu jam setengah tau tak.” Dian sudah mula merungut. Dian nih memang, seorang yang paling tak suka menunggu dan ditunggu. Cepat bosan katanya.
“Cuba sabar sikit, kanke ramai lagi tu patient yang belum masuk.” Dazlan cuba menenangkan adiknya yang sudah tayang muka cuak.
“Nak sabar macam mana, dah lama sangat dah nih ha...” Bebel Dian lagi.
Sedang Dian dan Dazlan berbalas kata, kedengaran namanya dipanggil masuk. “Dian Dalili bt Razif, sila masuk...”
“Ha, tu dah panggil... Duduk kat dalam tu lama-lama sikit tau, cover masa menunggu yang lama sangat tu.” Sempat dazlan mengusik adiknya.
Pap! Bahu dazlan ditampar perlahan. Perli orang pula. Ngomel Dian dalam hati.
Dian melangkah perlahan mengikut arah nurse yang bertugas. “Cik sila duduk.”
Dian senyum ke arah nurse itu tadi. Setelah selesa mengambil tempat di sebelah meja doktor, Dian melirik sekilas ke arah doktor yang sedang bercakap di telefon di sebelahnya. Dup! Hati Dian tiba-tiba berdebar saat mereka berbalas pandangan. Lalu dengan pantas Dian menunduk, membelek jari tangannya sendiri. Dah kenapa pula dengan kau ni Dian, pasal apa berdebar dup dap, dup dap pula ni.
“Ehem, Dian Palili?!” Doktor di sebelah tiba-tiba bersuara.
“Eh? Dian Dalili doktor...” Kata Dian. Entah pape la, namanya punya la cantik, boleh pula doktor muda ni tersalah sebut.
“Owh, Dian Dalili. Sorry, the writing makes me confuse...” Doktor muda itu tergelak perlahan. Malu mungkin. “Jadi, awak ada sakit apa-apa?”
“Sakit telinga doktor.” Jawab Dian tidak sabar. Dah tak tahan menanggung kepekakan nih doktor huhuhu...
“No, maksud saya sakit darah tinggi ke, kencing manis ke...”
“Owh, hehe...takde. Cuma saya ada resdung je lah doktor.”
Doktor muda itu tekun mencatat sesuatu di atas kad pesakit yang disediakan. Dian pula dari tadi asyik tenung saja tulisan doktor muda itu macam tak pernah tengok orang menulis saja gayanya.
“Adik ni macam anak Doktor Harlina la...” Tiba-tiba seorang nurse yang kelihatan agak senior bersuara.
“Apa dia kak?” Tanya doktor muda itu pula.
“Tak, adik ni ha, muka dia sebijik macam anak Doktor Harlina...” Jawab nurse itu pula.
“Yeke?” Soal doktor muda itu sambil memandang ke arah Dian sambil tersenyum.
‘Ooookay...diorang tengah cakap pasal aku ke? Awkward!!!’ Bisik Dian dalam hati.
“Erm meh sini saya nak tengok telinga awak.” Doktor muda itu menggerakkan kerusinya ke arah Dian.
“Ha?! Erm...nurse kena buka pin nih ke?” Dian mula kalut. Segan sebenarnya. Dah nak kena buka pin dekat tudung segala pula. Nasib baik ada nurse yang tolong bukakan tudung untuknya.
Doktor muda itu tersenyum melihat gelagat Dian. Dengan tangan yang terketar-ketar nak buka pin, macam mana tak lucu. “Okay dah? Meh saya nak tengok...”
Doktor muda itu semakin rapat, jantung Dian pula sudah mula mengepam dengan lajunya. Tak pernah dia serapat ini dengan mana-mana lelaki. Walaupun doktor muda itu hanya menjalankan tugasnya, namun debar itu tetap hadir jua.
“Okay, yang sebelah kanan pula.”
Dian pusing, dan saat itu datang seorang lelaki membawa troli yang penuh dengan fail pesakit. “Hai doktor, buat apa tu?” Tegur lelaki itu bersama senyuman di bibir.
“Alaaa abang ni, time macam ni la dia nak datang...” Jawab doktor muda itu dalam nada gurau. Lelaki itu tergelak besar. ‘Lucu sangat ke?’ Ngomel Dian sendirian.
“Okay done! Akak, kita cuci lah kak.” Kata doktor muda itu sambil mengemaskan segala peralatan yang telah digunakan.
“Adik jom, kita masuk bilik sebelah ya.” Nurse yang sedang berdiri di sebelah Dian mula bergerak keluar. Dian pula hanya menurut segala yang diarahkan. Sungguh mulutnya terlalu berat untuk berkata-kata. Entah kenapa...
“Adik tunggu kat sini kejap ya, sebentar lagi doktor datang.” Sebuah senyuman dilemparkan kepada Dian.
“Baiklah, terima kasih nurse...” Jawab Dian sambil membalas senyuman kakak nurse itu tadi.
Setelah menunggu lebih kurang lima minit, yang ditunggu telah tiba. Doktor muda itu melangkah laju ke arah Dian yang sedang duduk menunggu di kerusi yang telah disediakan.
“Erm, awak baring kat sini ya.”
Dian bangun dan menurut sahaja. “Erk, bawah sikit, kepala biar sama dengan lubang yang kat bawah sini.” Arah doktor muda itu lagi.
Muka Dian sudah mula bertukar warna. Duh! segan gila bila berdua dengan doktor ni kat dalam bilik macam ni. Dah kena baring segala pula tu.
“Erm, bawah sikit lagi ye awak...” Tangannya menggosok perlahan kepala Dian.
Lorr...Dup dap, dup dap lagi... “Bismillahhirrahmanirrahim...” Bisik doktor muda itu di telinga Dian.
Ya Allah, Dian speechless...
Akhirnya selesai juga proses mencuci kedua belah telinga Dian. Makanya, pendengaran Dian sudah kembali normal. Yeay!!!
“Saya bagi awak antibiotik ye...” Kata doktor muda itu sambil mencatat nama ubat yang perlu Dian ambil di kaunter farmasi nanti.
“Baik doktor...”
“Okay dah selesai...”
“Terima kasih doktor..” Kata Dian sambil menundukkan kepala. Entah kenapa, tiap kali doktor muda itu memandang ke arahnya, secara automatik Dian akan menunduk. Serious dia tak boleh nak pandang muka doktor muda yang telah merawatnya itu.

***
“Ni dah kenapa dari tadi asyik tersenyum tersengih sorang-sorang ni?” Dazlan yang sedang tekun memandu tiba-tiba bersuara.
Erk?! Dian tersentak. “Mana ada orang sengih la...”
Dazlan jeling sekilas, “Eleh tak sengih konon... Tu yang dari tadi duk tilik tarikh next appointment macam nak tembus kertas tu pasal apa pula?”
Dian dah gelabah. Haila, obviuos sangat ke?
“Ha, dah gelabah dah. Jawab angah, jawab...” Dazlan tergelak kecil tengok muka Dian yang dah macam orang tertelan biji nangka tu.
“Tak ada apa-apa lah. Sibuk je lah along ni, tak boleh tengok orang senang sikit mula la nak kecoh segala.” Dian tarik muncung.
“Amboi, membebel pula. Bukan nak bersyukur along teman ke apa.”
“Ololololo...sentap pula dah. Ye la, ye la, angah bersyukur sangat along sudi temankan angah hari ni. Kalau tak ada along, entah apa la yang jadi dengan angah nih kan....” Dian kelip-kelip mata ke arah Dazlan. Bajet comel sangat lah tu.
Dazlan yang sememangnya susah nak berlagak serious di depan adik-adiknya mula tergelak melihat telatah Dian. Ada-ada saja adinda dia yang seorang ini.
“Angah...”
“Yup...”
“Angah syok kat doktor yang rawat angah tu ye?”
Gulp! Muka Dian berubah rona.
“Ap...apa...ya...yang along...mem..merepek ni?” Duh! Gagap la pulak.
Dazlan ketawa sekuat hati sampaikan berair matanya yang sedikit sepet itu. Nasib baik mereka sekarang berada dalam kereta, kalau kat depan Puan Hayati dah sah-sah kena pelangkung kepala sebiji sorang.
“See...senang je nak kantoikan angah ni hahaha...” Dazlan sambung gelak lagi.
“Eeee...benci la along ni! Suka sakat orang tau.” Buk! Buk! Bahu Dazlan ditumbuk dengan rakusnya...

***
Waktu makan tengah hari sudah hampir tiba, Dian yang sibuk menolong Puan Hayati menyediakan makanan tiba-tiba bersuara...
“Mama, nak dengar cerita tak?” Tanya Dian.
“Cerita apa?” Soal Puan Hayati yang sedang sibuk menggoreng sayur kailan.
“Cerita pasal orang jumpa doktor tu la...”
“Kan angah dah cerita semalam, tak ada apa-apa, tak serious pun kan.” Puan Hayati memandang sekilas ke arah anak perempuannya yang sedang mengacau minuman di penjuru kanan dapur.
“Ala ma, itu yang pasal telinga angah. Ini pasal doktor yang rawat angah tu la ma...”
“Ha, kenapa?” Sayur kailan yang sudah siap digoreng diletakkan di atas meja yang terdapat di ruangan dapur itu.
“Janga cakap yang kamu dah ‘ter’jatuh suka kat doktor tu pula...” Sambung Puan Hayati lagi.
“Aik! Macam mana mama boleh tahu ni?” Puan Hayati menjegilkan matanya saat mendengar kata-kata Dian.
“Opps!” Dian menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. “Ala ma... Orang suka tengok dia je, bukan suka nak buat kekasih pun.”
“Macam-macam la kamu nih angah. Dah tu, dah tak ada la yang malas nak jumpa doktor tu lagi ye? Eh, dia dah kahwin ke belum?” Tanya Puan hayati dengan wajah teruja.
“Ha?!” Dian yang tadinya berwajah mendung tiba-tiba ketawa mengalahkan penonton Maharaja Lawak Mega pula. “Apa mama ni tanya soalan macam tu...”
“Ye la, mana la tahu kan kut kamu tersuka laki orang ke. Kena pastikan awal-awal, dah melarat karang susah pula.” Jawab Puan Hayati selamba.
“Ish mama ni, ke situ pula. Orang main-main je lah ma, suka main-main je. Lagi pun, entah jumpa lagi ke tidak dengan dia tu lepas ni.”
“Eh, kanke next month ada appointment lagi kan?”
“Ye la, tapi belum tentu lagi appointment dengan doktor yang sama.”
“Eh, bukan doktor sama ke?”
Dian angkat bahu. Entah, dia sendiri pun kurang pasti. Lagi pula, first time kot dia ada appointment dengan doktor segala. Dian menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal itu.
“Macam mana rupa orangnya. Handsome macam Aaron Aziz tak?” Puan Hayati buat muka teruja lagi.
“Tak lah ma, melampau la tu kalau handsome macam Aaron Aziz.”
Puan Hayati mengeluh perlahan. “Tak best la kalau tak handsome macam Aaron...”
Dian tergelak. “Macam tu pula...” Puan Hayati sengih cuma. “Tapi, sedap mata memandang la ma. Pakai cermin mata, macam nerd je. Tapi tak pun sebenarnya, banyak cakap giler.”
“Iye? Dia bersembang dengan angah ke?” Pinggan yang tersusun di atas almari ditarik perlahan.
“Tak lah, angah dengar dia sembang dengan nurse-nurse kat sana la. Muka dia quite chubby tau ma, tapi body dia fit. Sedang elok la dengan angah nih ha...hahaha...”
“Amboi, sampai macam tu sekali angah usha dia? Tak sopan betul budak nih tau.” Puan Hayati menampar perlahan bahu anaknya.
“Hahaha... Tak ada lah ma, dah dia kat depan mata orang, tengok je lah.”
“Next month, mama teman angah jumpa doktor, okay...” Puan Hayati mengenyit mata ke arah Dian sambil berjalan keluar membawa pinggan mangkuk untuk dihidangkan dekat ruang makan.
“Mama!!!” Jerit Dian sambil tergelak besar melihat telatah mamanya yang agak sempoi itu.
________________________________________________________________________
Terima kasih sudi baca >_<

3 comments:

  1. heheheh...comel ^^ mak dia bengong... sporting gler.... nk lgi ^^
    Song Hyun Sun

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? hahaha family dia sume sporting :)

      terima kasih sudi baca >_<

      Delete