21 January 2013

Eh, Saya Suka Awak... Part 1

Assalamualaikum ^_^

Oh hai... Kali ini terlebih rajin pula nak menaip + idea datang mencurah-curah sampaikan dah terlebih isipadu dah nih ha. Okay melampau! Macam biasa, hajat di hati nak up kan untuk satu entry saja. Tapi bila ditimbang-timbang, isipadu yang melimpah ruah itu terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian. So, this is the first part. Enjoy! >_<
_________________________________________________________________________

“Ma, mintak panadol dua biji.”
“Nak buat apa?” Tanya Puan Hayati tanpa menoleh ke arah anak perempuannya itu.
Aiyokkk...apa punya soalan la mama nih. “Orang sakit kepala la mama...”
“Pergi la ambil dekat dapur sana. Minta dengan mama buat apa, bukan ada kat sebelah mama pun.” Mata Puan Hayati masih melekat  di dada majalah pengantin. Dari tadi duk membelek majalah pengantin itu sajalah kerjanya. Maklumlah, lagi tiga bulan anak terunanya yang sulung akan berkahwin. Jadi dia mesti buat persiapan dengan kadar segera supaya majlis perkahwinan anaknya nanti akan berjalan dengan lancar.
“Alaaa maa....tolonglah! Orang tak larat ni nak jalan ke dapur sana.” Dian menghempaskan punggung di sebelah Puan Hayati. Sungguh dia tidak larat nak berjalan ke sana sini. Sakit telinganya semakin teruk sehinggakan merebak ke bahagian kepala pula.
Puan Hayati pusing mengadap Dian. “Ya Allah Dian, kenapa dengan muka kamu ni?!”
Terjerit kecil Puan Hayati melihat muka Dian yang semakin membengkak itu.
“Kenapa ma?” Suara Dian kedengaran perlahan.
“Kenapa kamu tanya? Bengkak sangat dah muka kamu nih ha? Betul ke kamu sakit kepala je? Ke ada sakit-sakit kat tempat lain lagi.” Dibeleknya wajah Dian dengan rakus sekali. Sesekali Puan Hayati menggeleng kepala melihat keadaan aaknya itu.
“Ma erm actually telinga orang yang sakit. Yang sebelah kiri nih dah tersumbat agaknya sebab tak dengar sangat mama cakap apa. Yang sebelah kanan ni pula ada keluar nanah siki-sikit. Sekarang dah bengkak sangat kut tu yang sakit sampai kepala tu.” Jelas Dian satu persatu.
“Ish budak bertuah ni memang la. Dah sakit tu tak reti-reti nak bagi tahu mama?” Mata Puan Hayati mencerun  ke arah Dian. Risau benar dengan keadaan anaknya itu.
“Ni orang dah bagi tahu la ni...” Jawab Dian perlahan.
“Ha! Menjawab...menjawab...itu je lah yang kamu tahu. Dah berapa hari telinga kamu tu tersumbat?”
“Dah dua hari... Ala mama cepat la tolong ambilkan panadol. Orang dah tak tahan sakit dah nih.” Dian mengongoi perlahan. Orang tengah sakit boleh pulak dia membebel segala.
“Ah takdenya makan-makan panadol. Dah bersiap sekarang, mama bawa pergi klinik.” Selesai berkata-kata, Puan Hayati terus bangun untuk bersiap.
Jam di dinding dipandang sekilas. “Eh ma, dah nak pukul satu la. Karang kalau Daniel dengan Darwish balik karang macam mana nak masuk kalau kita tak ada kat rumah?”
Alasan...alasan...padahal tak nak pergi klinik sebenarnya.
Puan Hayati mengecilkan mata, Dian pula tersengih gembira. “Tak apa, kita pergi lepas mereka balik nanti. Boleh lah kita angkut mereka sekali. Lepas jumpa doktor, kita keluar pergi makan. Mama nak masak pun dah tak sempat dah nih ha.” Puan Hayati kembali duduk mengadap majalah pengantin di meja kopi.
Wowww...baik punya plan mama nih. Tapi aku tak nak jumpa doktor...wuwuwu... Jerit Dian dalam hati.
“Maaa...”
“Apanya?”
“Ambilkan lah panadol untuk orang dulu. Tak tahan sakit dah nih ma....” Merengek saja kerja budak Dian nih la.
“Ish...yela..yela.. Bising la budak Dian sorang nih.”
Dian Dalili sengih saja. Bila lagi nak bermanja dengan mama kan, time cuti macam ini lah. Bila dah balik kolej nanti dah tak boleh nak manja-manja lagi dah.

***
Keadaan Klinik Rafiq masih penuh sesak dengan para pesakit yang tidak putus-putus datang. Daniel dengan Darwish dah tayang muka toya. Dah boring la tu. Kalau budak berdua tu pun dah tayang muka toya, Dian apatah lagi. Dah tayang muka nak keluar muntah hijau dah ha. Puan Hayati saja yang masih cekal menunggu giliran dengan wajah yang sentiasa manis. Siap beramah mesra dengan makcik-makcik kat sebelah lagi tu.
“Dian  Dalili...”
Uwarghhh akhirnya! Tiba juga giliran aku. Bisik Dian.
“Saya nurse...”
“Sila masuk...”
Dian mengetuk perlahan pintu bilik Doktor Rafiq lalu memulas tombol pintu dan terus masuk. Semangat je ketuk pintu segala.
“Assalamualaikum doktor...” Sapa Dian.
“Waalaikumussalam...jemput duduk. So, apa problem?”
“Telinga saya sakit doktor, bengkak lepas tu keluar nanah. Yang sebelah kiri ni memang dah tak dengar, tersumbat macam tu la. Yang kanan ni pula keluar nanah. Cuping dua-dua belah sakit dan bengkak macam telinga gajah...bla...bla...bla...”
Sambil Dian sibuk bercerita tentang masalah dia, doktor India muslim tu pula sibuk mencatat sesuatu dekat kad pesakit.
“Okay kita check telinga you.”
“Check macam mana doktor?”
“Ini...saya ada, itu alat baru. Baru sampai...last two weeks. Sangat bagus. You pun boleh tengok, apa ada itu dalam you punya telinga.”
“Ooo...okay.”
Sejenis alat yang dipanggil Mikroskop USB yang disambungkan dengan komputer digunakan untuk memeriksa rongga telinga Dian.
“Haa...itu you nampak. You punya telinga ada sikit tersumbat. Banyak nanah, pekat dan likat.”
“Euww...nampak doktor. Patut la tak dengar.” Dian mengedipkan matanya beberapa kali. Ish teruk juga telinga aku ni.
“You ada resdung ka?”
“Ada doktor...”
“Okay... I kasi you ubat kemudian lepas satu minggu you datang lagi. Kita check, ada baik atau tidak.”
“Okay, terima kasih doktor...”
Selesai berjumpa doktor, Dian terus melangkah ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat. Setelah selesai membuat mengambil ubat dan membuat pembayaran, mereka terus beredar untuk mengisi perut yang sudah mula minta diisi itu.
“Lamanya Angah kat dalam, buat apa?” Darwish mula merungut. Dian yang sedang sibuk membelek plastik ubat langsung tidak menjawab soalan adik bongsunya itu.
“Angah, Awish tanya nih. Tak dengar ke?” Soal Darwish lagi. Puan Hayati yang sedang tenang memandu menjeling sekilas ke arah anak-anaknya.
“Angah kan pekak, mana dia nak dengar!” Jerit Daniel pula sambil ketawa sakan bersama-sama Darwish.
“Hoi! Angah dengar tu ye... Sesuka hati korang je kan kutuk Angah.” Dian mencebik.
“Aik, yang Darwish tanya tadi tak dengar pula...”
“Awish cakap slow sangat. Yang kamu tu, siap terjerit segala. Mananya Angah tak dengar.” Huh, Dian mengeluh perlahan manakala Daniel dan Darwish menyambung gelak mereka. Seronok agaknya tengok kakak mereka berangin macam tu.
“Ma, tengok la diorang ni, sibuk gelakkan orang pula...” Adu Dian.
“Okay dah sampai. Jom pergi makan...” Puan Hayati buat tak tahu saja. Bukan apa, malas nak melayan kerenah anak-anaknya itu. Yang bujang suka menyakat, yang anak dara pula terlebih manja. Kalau dilayan karang, makin melalut-lalut la kerenah mereka tu semua.
“Ish mama ni, pilih kasih betul la.” Dian tarik muncung. Adik-adiknya pula masih mengekek ketawa melihat telatah kakak mereka yang manja sangaaatttt.....

***
Seminggu kemudian...
“Doktor, telinga saya dah tak sakit lagi dah tapi yang sebelah kiri nih still tersumbat la doct. Yang kanan tu pula still keluar nanah segala.” Dengan semangatnya Dian bercerita.
“Okay, mari kita check...”
Macam biasa, mikroskop USB dimasukkan ke dalam rongga telinga Dian.
“Ooo...itu nanah masih pekat la adik, itu pasal telinga you masih tersumbat.”
“Lorh...dah tu macam mana ni doktor?”
“Kalau ini macam, you kena refer dekat doktor pakar la. Ubat yang I kasi itu hari you makan ka tidak?” Soal doktor Rafiq sambil mencatat sesuatu di atas kad pesakit.
“Makan la doktor, sampai habis kut.”
“Okay kalau macam tu I buat surat untuk you refer dekat doktor pakar. Tapi takes time la adik. Bukan senang mahu jumpa pakar, kena buat appointment dulu. You mahu tak?”
Hurmm...ni yang malas ni. Nak kena buat appointment segala. Leceh betul la... Dian sudah mula merungut.
“Tapi, serious ke penyakit saya ni doktor?”
“Agak serious kalau itu nanah sudah tutup you punya gegendang telinga. You jumpa pakar ya adik. I buat surat nanti you bawak pergi sana. Okay...” Doktor Rafiq terus mencatat nota ringkas tentang masalah telinga yang dihadapi oleh Dian. Siap lukis gambar telinga lagi ha. Serious bebenor gamaknya.
“Okay, terima kasih doktor...”
Di luar bilik, Puan Hayati sedang menunggu dengan penuh sabar.
“Kena refer dekat pakar la ma.” Dian melabuhkan punggung di sebelah mamanya.
“Kenapa? Teruk sangat ke?” Soal Puan Hayati pula.
“Teruk tak teruk, nanah tu pekat likat lagi ha kat dalam telinga ni. Tu yang kena refer doktor pakar tu.”
“Ooo...kalau dah macam tu, jom lah pergi jumpa doktor pakar pula.”
“Tak boleh jumpa macam tu je ma, kena buat appointment dulu. Ish nih yang orang malas nih tau, dah kena buat appointment bagai. Mahunya lagi sebulan baru boleh jumpa doktor pakar tu. Entah apa jadi dah kat telinga orang waktu tu nanti.”
“Ish membebel pula budak bertuah nih. Dah jom pergi set tarikh appointment kamu dengan doktor pakar tu. Lambat-lambat karang, makin teruk pula menanah telinga anak mama nih. Sayang, muka dah cantik, tapi telinga tak dengar la pula..hehehe...” Puan Hayati gelak, Saja nak menggiat anaknya yang dari tadi asyik masam mencuka saja.
“Eeee...mama nih. Takde kasihan belas langsung kat orang nih tau.”
“Olololo dah tua-tua pun nak manja-manja lagi ke. Dah, jom. Nanti dah settle kat hospital sana, kamu teman mama pergi beli barang-barang nikah along pula ye.”
“Iye la... Jangan lupa belanja orang shopping tau.” Sempat lagi tu nak bershopping bagai.
“Ah, mengada...”
_______________________________________________________________________
See you guys again next time! Terima kasih sudi baca >_<

No comments:

Post a Comment