29 January 2013

Eh, Saya Suka Awak Part 2

Assalamualaikum ^_^

Hola semua... Bahagian dua sudah tersedia. Sorry if not so interesting ke hape. Saya budak baru belajar kennn...hehehe... Eh, nak minta maaf pasal entry hari tu banyak sangat typo nye. Malas pulak tu nak edit bagai. Boo Asma sekali lagi, booooo..... Anyway, Happy reading guys!

______________________________________________________________________

Dazlan berjalan perlahan-lahan mendekati adiknya Dian yang sedang membaca novel di atas sofa. Minat sungguh Dian dengan novel sehinggakan keadaan sekeliling pun tidak dipedulikannya.
“ANGAH!!!” Jerit Dazlan di tepi telinga Dian.
“Argh!!!” Dian terus bangun dan terduduk sambil menghempuk Dazlan dengan novel di tangannya. “Auch! Sakit la angah...” Lengan Dian dipegang kemas bagi menghalang hempukan bertubi-tubi adiknya itu.
“Along! Ha, padan muka. Suka buat orang terkejut kan...” Bebel Dian.
“Uish, ganas betul la minah ni. Cuba bersopan sikit. Padanla sampai sekarang takde boyfriend, ganas sangat rupanya.” Pot pet, pot pet Dazlan membebel. Sakit punya pasal, laju saja mulutnya berkata-kata.
“Hamboih! Mulut takde insurans betul tau along nih. Nak membebel pun agak-agak la, tak perlu kut nak masukkan sekali isu boyfriend tu.” Dian tarik muncung. Sentap betul bila terkeluar isu boyfriend nih tau. Bukan sentap sebab dia takde boyfriend, sentap sebab perlu ke nak kaitkan diri dia dengan boyfriend segala. Apa? Penting sangat ke ada boyfriend atau tidak?
“Haloh, haloh, adik along dah tarik muncung la... Okay sorry, tak mau cakap pasal boyfriend lagi dah.” Bahu Dian digosok perlahan.
“Tau pun. Ni bila sampai? Tiba-tiba terjah orang tak bagi salam.”
“Hey, along dah bagi salam dari luar rumah lagi tau. Angah tu je yang tak dengar, khusyuk sangat dengan novel dia tu.”
“Eh ye ke? Serious angah tak dengar la along...”
“Macam mana nak dengar, telinga angah tu dah tersumbat berkurun dah along tau tak.” Tiba-tiba Tuan Razif mencelah.
“Duh! Seriously ayah?” Soal Dazlan tidak percaya.
“Serious... Kalau tak percaya tanya mama kamu tu ha.”
“Betul mama?” Soal  Dazlan lagi. Puan Hayati angguk cuma.
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Telinga angah menanah sebab selalu sangat dengar mama membebel. Ini baru betul along apa yang orang duk cakap, kuat sangat membebel sampaikan menanah telinga yang mendengar nih tau...” Dengan yakinnya Dian berkata.
“Amboi anak dara, mulut kamu pun sama dengan along ye, takde insurans. Meh sini mama kasi insurans sikit.” Puan Hayati menyinsing lengan baju kurungnya sambil melangkah kaju ke arah Dian.
Tuan Razif dan Dazlan dah gelak guling-guling melihat telatah dua beranak itu.
“Ampun ma ampun, orang gurau je..hehehe...” Dian sudah lari bertempiaran. Paun Hayati turut ketawa melihat anaknya yang berlari seperti tidak cukup tanah itu.
“Assalamualaikum...” Kedengaran Daniel dan Darwish memberi salam dari luar.
“Apa yang bising-bising ni? Eh along, bila sampai?” Soal Daniel lalu tangan alongnya dicium dan diikuti oleh Darwish.
Dazlan menggosok perlahan kepala adik bongsunya itu. “Baru je sampai. Kamu berdua dari mana?”
“Main basketball kat padang hujung sana. Ma... Awish lapar la...” Darwish merengek perlahan.
“Dah kamu pergi bersihkan badan tu dulu, dah hapak benar baunya. Kejap lagi kita keluar makan. Hari ni ayah bagi mama kamu cuti, tak payah masak. Kita makan kat luar je...” Kata Tuan Razif sambil menyelak helaian akhbar di meja kopi.
“Ho yeah!!! Makan besauuu kita hari ni....” Dian terjerit girang.
“Tak payah nak ho yeah sangat la ankanda ku sayang. Kamu kena berpantang sikit makan tu, karang makin teruk pula sakit telinga tu Dian.” Puan Hayati sudah mula bersuara.
“Alaaa maa....” Dian tarik muncung. Benci la macam ni, semua kena control huhuhu...
Yang lain diam saja. dah memang betul pun apa yang Puan Hayati cakapkan. Untuk kebaikan Dian juga.

***
Hari yang ditunggu telah tiba. Tepat jam 10.30 pagi, Dian yang ditemani alongnya, Dazlan telah tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk berjumpa dengan doktor pakar telinga. Suasana pada ketika itu sudah penuh sesak dengan orang ramai yang sakit mahupun yang menemani kaum keluarga mereka.
Dazlan terus duduk di tempat yang telah disediakan di ruang menunggu manakala Dian pula terus ke kaunter pendaftaran.
“Ya, boleh saya tolong?” Sapa seorang staf di kaunter pendaftaran.
“Erm, saya ada appointment dengan doktor jam 11 pagi.”
“Cik ada reference letter tak?”
“Ada, ini dia...”
Staf itu membaca satu-satu apa yang tertulis di dalam surat yang disediakan oleh Doktor Rafiq itu.
“Ooo, dari klinik swasta ke. Kalau macam tu, cik kena bayar Rm30 untuk pendaftaran.”
“Eh, kenapa pula?”
“Memang prosedurnya macam tu cik. Kecuali kalau reference letter cik tu dari klinik kesihatan kerajaan, tiada kos pendaftaran yang akan dikenakan.”
“Ooo...macam tu ke. Erm tak apa lah, saya bayar.” Beg duit dikeluarkan dan not Rm10 sebanyak 3 keping dihulur.
“Okay cik terima kasih. Sila tunggu sehingga nama cik dipanggil ya...” Senyuman manis staf tersebut berikan kepada Dian.
Hurm, bagus betul service kat hospital kerajaan ni. Tidak seperti sesetengah tempat tu, layan orang macam nak tak nak saja. Yang nampak bagus saja dilayan elok, yang nampak biasa-biasa dilayan seperti orang tepi jalan saja. Perlu ke pilih kasih macam tu? Entah lah, dunia makin berubah. Adab, tatasusila semua sudah dipandang enteng saja.
“Pasal apa lama sangat?” Tanya Dazlan saat Dian melabuhkan punggung di sisinya.
“Tak ada apa, diorang nak tengok reference letter je. Then kena bayar Rm30 untuk pendaftaran.”
“Kenapa kena bayar?”
“Sebab surat tu dari klinik swasta katanya. Kalau dari klinik kesihatan kerajaan, free je.”
“Ooo...macam tu pula.”
“Tak apa lah along, untuk kesihatan kita juga. Tak rugi pun kalau kena bayar lebih.” Dian memandang alongnya  di sebelah.
Dazlan tersenyum kecil melihat riak wajah Dian yang serious itu. Adiknya ini bukanlah seorang yang serious bila berkata-kata, makanya, agak lucu juga bila melihat Dian berwajah sedemikian. “Along tak cakap apa-apa pun...”
Dian mengeluh perlahan. “Eleh, dengar nada along cakap tu pun dah tau la apa yang ada kat dalam kepala along tu.” Lengan Dazlan disiku perlahan.
Dazlan tersenyum cuma. Ada-ada saja lah adiknya yang sorang nih.
Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari, namun nama Dian masih belum dipanggil.
“Along...pesal lambat sangat ni? Angah dah boring la dari tadi tercongok je kat sini. Dah satu jam setengah tau tak.” Dian sudah mula merungut. Dian nih memang, seorang yang paling tak suka menunggu dan ditunggu. Cepat bosan katanya.
“Cuba sabar sikit, kanke ramai lagi tu patient yang belum masuk.” Dazlan cuba menenangkan adiknya yang sudah tayang muka cuak.
“Nak sabar macam mana, dah lama sangat dah nih ha...” Bebel Dian lagi.
Sedang Dian dan Dazlan berbalas kata, kedengaran namanya dipanggil masuk. “Dian Dalili bt Razif, sila masuk...”
“Ha, tu dah panggil... Duduk kat dalam tu lama-lama sikit tau, cover masa menunggu yang lama sangat tu.” Sempat dazlan mengusik adiknya.
Pap! Bahu dazlan ditampar perlahan. Perli orang pula. Ngomel Dian dalam hati.
Dian melangkah perlahan mengikut arah nurse yang bertugas. “Cik sila duduk.”
Dian senyum ke arah nurse itu tadi. Setelah selesa mengambil tempat di sebelah meja doktor, Dian melirik sekilas ke arah doktor yang sedang bercakap di telefon di sebelahnya. Dup! Hati Dian tiba-tiba berdebar saat mereka berbalas pandangan. Lalu dengan pantas Dian menunduk, membelek jari tangannya sendiri. Dah kenapa pula dengan kau ni Dian, pasal apa berdebar dup dap, dup dap pula ni.
“Ehem, Dian Palili?!” Doktor di sebelah tiba-tiba bersuara.
“Eh? Dian Dalili doktor...” Kata Dian. Entah pape la, namanya punya la cantik, boleh pula doktor muda ni tersalah sebut.
“Owh, Dian Dalili. Sorry, the writing makes me confuse...” Doktor muda itu tergelak perlahan. Malu mungkin. “Jadi, awak ada sakit apa-apa?”
“Sakit telinga doktor.” Jawab Dian tidak sabar. Dah tak tahan menanggung kepekakan nih doktor huhuhu...
“No, maksud saya sakit darah tinggi ke, kencing manis ke...”
“Owh, hehe...takde. Cuma saya ada resdung je lah doktor.”
Doktor muda itu tekun mencatat sesuatu di atas kad pesakit yang disediakan. Dian pula dari tadi asyik tenung saja tulisan doktor muda itu macam tak pernah tengok orang menulis saja gayanya.
“Adik ni macam anak Doktor Harlina la...” Tiba-tiba seorang nurse yang kelihatan agak senior bersuara.
“Apa dia kak?” Tanya doktor muda itu pula.
“Tak, adik ni ha, muka dia sebijik macam anak Doktor Harlina...” Jawab nurse itu pula.
“Yeke?” Soal doktor muda itu sambil memandang ke arah Dian sambil tersenyum.
‘Ooookay...diorang tengah cakap pasal aku ke? Awkward!!!’ Bisik Dian dalam hati.
“Erm meh sini saya nak tengok telinga awak.” Doktor muda itu menggerakkan kerusinya ke arah Dian.
“Ha?! Erm...nurse kena buka pin nih ke?” Dian mula kalut. Segan sebenarnya. Dah nak kena buka pin dekat tudung segala pula. Nasib baik ada nurse yang tolong bukakan tudung untuknya.
Doktor muda itu tersenyum melihat gelagat Dian. Dengan tangan yang terketar-ketar nak buka pin, macam mana tak lucu. “Okay dah? Meh saya nak tengok...”
Doktor muda itu semakin rapat, jantung Dian pula sudah mula mengepam dengan lajunya. Tak pernah dia serapat ini dengan mana-mana lelaki. Walaupun doktor muda itu hanya menjalankan tugasnya, namun debar itu tetap hadir jua.
“Okay, yang sebelah kanan pula.”
Dian pusing, dan saat itu datang seorang lelaki membawa troli yang penuh dengan fail pesakit. “Hai doktor, buat apa tu?” Tegur lelaki itu bersama senyuman di bibir.
“Alaaa abang ni, time macam ni la dia nak datang...” Jawab doktor muda itu dalam nada gurau. Lelaki itu tergelak besar. ‘Lucu sangat ke?’ Ngomel Dian sendirian.
“Okay done! Akak, kita cuci lah kak.” Kata doktor muda itu sambil mengemaskan segala peralatan yang telah digunakan.
“Adik jom, kita masuk bilik sebelah ya.” Nurse yang sedang berdiri di sebelah Dian mula bergerak keluar. Dian pula hanya menurut segala yang diarahkan. Sungguh mulutnya terlalu berat untuk berkata-kata. Entah kenapa...
“Adik tunggu kat sini kejap ya, sebentar lagi doktor datang.” Sebuah senyuman dilemparkan kepada Dian.
“Baiklah, terima kasih nurse...” Jawab Dian sambil membalas senyuman kakak nurse itu tadi.
Setelah menunggu lebih kurang lima minit, yang ditunggu telah tiba. Doktor muda itu melangkah laju ke arah Dian yang sedang duduk menunggu di kerusi yang telah disediakan.
“Erm, awak baring kat sini ya.”
Dian bangun dan menurut sahaja. “Erk, bawah sikit, kepala biar sama dengan lubang yang kat bawah sini.” Arah doktor muda itu lagi.
Muka Dian sudah mula bertukar warna. Duh! segan gila bila berdua dengan doktor ni kat dalam bilik macam ni. Dah kena baring segala pula tu.
“Erm, bawah sikit lagi ye awak...” Tangannya menggosok perlahan kepala Dian.
Lorr...Dup dap, dup dap lagi... “Bismillahhirrahmanirrahim...” Bisik doktor muda itu di telinga Dian.
Ya Allah, Dian speechless...
Akhirnya selesai juga proses mencuci kedua belah telinga Dian. Makanya, pendengaran Dian sudah kembali normal. Yeay!!!
“Saya bagi awak antibiotik ye...” Kata doktor muda itu sambil mencatat nama ubat yang perlu Dian ambil di kaunter farmasi nanti.
“Baik doktor...”
“Okay dah selesai...”
“Terima kasih doktor..” Kata Dian sambil menundukkan kepala. Entah kenapa, tiap kali doktor muda itu memandang ke arahnya, secara automatik Dian akan menunduk. Serious dia tak boleh nak pandang muka doktor muda yang telah merawatnya itu.

***
“Ni dah kenapa dari tadi asyik tersenyum tersengih sorang-sorang ni?” Dazlan yang sedang tekun memandu tiba-tiba bersuara.
Erk?! Dian tersentak. “Mana ada orang sengih la...”
Dazlan jeling sekilas, “Eleh tak sengih konon... Tu yang dari tadi duk tilik tarikh next appointment macam nak tembus kertas tu pasal apa pula?”
Dian dah gelabah. Haila, obviuos sangat ke?
“Ha, dah gelabah dah. Jawab angah, jawab...” Dazlan tergelak kecil tengok muka Dian yang dah macam orang tertelan biji nangka tu.
“Tak ada apa-apa lah. Sibuk je lah along ni, tak boleh tengok orang senang sikit mula la nak kecoh segala.” Dian tarik muncung.
“Amboi, membebel pula. Bukan nak bersyukur along teman ke apa.”
“Ololololo...sentap pula dah. Ye la, ye la, angah bersyukur sangat along sudi temankan angah hari ni. Kalau tak ada along, entah apa la yang jadi dengan angah nih kan....” Dian kelip-kelip mata ke arah Dazlan. Bajet comel sangat lah tu.
Dazlan yang sememangnya susah nak berlagak serious di depan adik-adiknya mula tergelak melihat telatah Dian. Ada-ada saja adinda dia yang seorang ini.
“Angah...”
“Yup...”
“Angah syok kat doktor yang rawat angah tu ye?”
Gulp! Muka Dian berubah rona.
“Ap...apa...ya...yang along...mem..merepek ni?” Duh! Gagap la pulak.
Dazlan ketawa sekuat hati sampaikan berair matanya yang sedikit sepet itu. Nasib baik mereka sekarang berada dalam kereta, kalau kat depan Puan Hayati dah sah-sah kena pelangkung kepala sebiji sorang.
“See...senang je nak kantoikan angah ni hahaha...” Dazlan sambung gelak lagi.
“Eeee...benci la along ni! Suka sakat orang tau.” Buk! Buk! Bahu Dazlan ditumbuk dengan rakusnya...

***
Waktu makan tengah hari sudah hampir tiba, Dian yang sibuk menolong Puan Hayati menyediakan makanan tiba-tiba bersuara...
“Mama, nak dengar cerita tak?” Tanya Dian.
“Cerita apa?” Soal Puan Hayati yang sedang sibuk menggoreng sayur kailan.
“Cerita pasal orang jumpa doktor tu la...”
“Kan angah dah cerita semalam, tak ada apa-apa, tak serious pun kan.” Puan Hayati memandang sekilas ke arah anak perempuannya yang sedang mengacau minuman di penjuru kanan dapur.
“Ala ma, itu yang pasal telinga angah. Ini pasal doktor yang rawat angah tu la ma...”
“Ha, kenapa?” Sayur kailan yang sudah siap digoreng diletakkan di atas meja yang terdapat di ruangan dapur itu.
“Janga cakap yang kamu dah ‘ter’jatuh suka kat doktor tu pula...” Sambung Puan Hayati lagi.
“Aik! Macam mana mama boleh tahu ni?” Puan Hayati menjegilkan matanya saat mendengar kata-kata Dian.
“Opps!” Dian menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. “Ala ma... Orang suka tengok dia je, bukan suka nak buat kekasih pun.”
“Macam-macam la kamu nih angah. Dah tu, dah tak ada la yang malas nak jumpa doktor tu lagi ye? Eh, dia dah kahwin ke belum?” Tanya Puan hayati dengan wajah teruja.
“Ha?!” Dian yang tadinya berwajah mendung tiba-tiba ketawa mengalahkan penonton Maharaja Lawak Mega pula. “Apa mama ni tanya soalan macam tu...”
“Ye la, mana la tahu kan kut kamu tersuka laki orang ke. Kena pastikan awal-awal, dah melarat karang susah pula.” Jawab Puan Hayati selamba.
“Ish mama ni, ke situ pula. Orang main-main je lah ma, suka main-main je. Lagi pun, entah jumpa lagi ke tidak dengan dia tu lepas ni.”
“Eh, kanke next month ada appointment lagi kan?”
“Ye la, tapi belum tentu lagi appointment dengan doktor yang sama.”
“Eh, bukan doktor sama ke?”
Dian angkat bahu. Entah, dia sendiri pun kurang pasti. Lagi pula, first time kot dia ada appointment dengan doktor segala. Dian menggaru perlahan kepalanya yang tidak gatal itu.
“Macam mana rupa orangnya. Handsome macam Aaron Aziz tak?” Puan Hayati buat muka teruja lagi.
“Tak lah ma, melampau la tu kalau handsome macam Aaron Aziz.”
Puan Hayati mengeluh perlahan. “Tak best la kalau tak handsome macam Aaron...”
Dian tergelak. “Macam tu pula...” Puan Hayati sengih cuma. “Tapi, sedap mata memandang la ma. Pakai cermin mata, macam nerd je. Tapi tak pun sebenarnya, banyak cakap giler.”
“Iye? Dia bersembang dengan angah ke?” Pinggan yang tersusun di atas almari ditarik perlahan.
“Tak lah, angah dengar dia sembang dengan nurse-nurse kat sana la. Muka dia quite chubby tau ma, tapi body dia fit. Sedang elok la dengan angah nih ha...hahaha...”
“Amboi, sampai macam tu sekali angah usha dia? Tak sopan betul budak nih tau.” Puan Hayati menampar perlahan bahu anaknya.
“Hahaha... Tak ada lah ma, dah dia kat depan mata orang, tengok je lah.”
“Next month, mama teman angah jumpa doktor, okay...” Puan Hayati mengenyit mata ke arah Dian sambil berjalan keluar membawa pinggan mangkuk untuk dihidangkan dekat ruang makan.
“Mama!!!” Jerit Dian sambil tergelak besar melihat telatah mamanya yang agak sempoi itu.
________________________________________________________________________
Terima kasih sudi baca >_<

21 January 2013

Eh, Saya Suka Awak... Part 1

Assalamualaikum ^_^

Oh hai... Kali ini terlebih rajin pula nak menaip + idea datang mencurah-curah sampaikan dah terlebih isipadu dah nih ha. Okay melampau! Macam biasa, hajat di hati nak up kan untuk satu entry saja. Tapi bila ditimbang-timbang, isipadu yang melimpah ruah itu terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian. So, this is the first part. Enjoy! >_<
_________________________________________________________________________

“Ma, mintak panadol dua biji.”
“Nak buat apa?” Tanya Puan Hayati tanpa menoleh ke arah anak perempuannya itu.
Aiyokkk...apa punya soalan la mama nih. “Orang sakit kepala la mama...”
“Pergi la ambil dekat dapur sana. Minta dengan mama buat apa, bukan ada kat sebelah mama pun.” Mata Puan Hayati masih melekat  di dada majalah pengantin. Dari tadi duk membelek majalah pengantin itu sajalah kerjanya. Maklumlah, lagi tiga bulan anak terunanya yang sulung akan berkahwin. Jadi dia mesti buat persiapan dengan kadar segera supaya majlis perkahwinan anaknya nanti akan berjalan dengan lancar.
“Alaaa maa....tolonglah! Orang tak larat ni nak jalan ke dapur sana.” Dian menghempaskan punggung di sebelah Puan Hayati. Sungguh dia tidak larat nak berjalan ke sana sini. Sakit telinganya semakin teruk sehinggakan merebak ke bahagian kepala pula.
Puan Hayati pusing mengadap Dian. “Ya Allah Dian, kenapa dengan muka kamu ni?!”
Terjerit kecil Puan Hayati melihat muka Dian yang semakin membengkak itu.
“Kenapa ma?” Suara Dian kedengaran perlahan.
“Kenapa kamu tanya? Bengkak sangat dah muka kamu nih ha? Betul ke kamu sakit kepala je? Ke ada sakit-sakit kat tempat lain lagi.” Dibeleknya wajah Dian dengan rakus sekali. Sesekali Puan Hayati menggeleng kepala melihat keadaan aaknya itu.
“Ma erm actually telinga orang yang sakit. Yang sebelah kiri nih dah tersumbat agaknya sebab tak dengar sangat mama cakap apa. Yang sebelah kanan ni pula ada keluar nanah siki-sikit. Sekarang dah bengkak sangat kut tu yang sakit sampai kepala tu.” Jelas Dian satu persatu.
“Ish budak bertuah ni memang la. Dah sakit tu tak reti-reti nak bagi tahu mama?” Mata Puan Hayati mencerun  ke arah Dian. Risau benar dengan keadaan anaknya itu.
“Ni orang dah bagi tahu la ni...” Jawab Dian perlahan.
“Ha! Menjawab...menjawab...itu je lah yang kamu tahu. Dah berapa hari telinga kamu tu tersumbat?”
“Dah dua hari... Ala mama cepat la tolong ambilkan panadol. Orang dah tak tahan sakit dah nih.” Dian mengongoi perlahan. Orang tengah sakit boleh pulak dia membebel segala.
“Ah takdenya makan-makan panadol. Dah bersiap sekarang, mama bawa pergi klinik.” Selesai berkata-kata, Puan Hayati terus bangun untuk bersiap.
Jam di dinding dipandang sekilas. “Eh ma, dah nak pukul satu la. Karang kalau Daniel dengan Darwish balik karang macam mana nak masuk kalau kita tak ada kat rumah?”
Alasan...alasan...padahal tak nak pergi klinik sebenarnya.
Puan Hayati mengecilkan mata, Dian pula tersengih gembira. “Tak apa, kita pergi lepas mereka balik nanti. Boleh lah kita angkut mereka sekali. Lepas jumpa doktor, kita keluar pergi makan. Mama nak masak pun dah tak sempat dah nih ha.” Puan Hayati kembali duduk mengadap majalah pengantin di meja kopi.
Wowww...baik punya plan mama nih. Tapi aku tak nak jumpa doktor...wuwuwu... Jerit Dian dalam hati.
“Maaa...”
“Apanya?”
“Ambilkan lah panadol untuk orang dulu. Tak tahan sakit dah nih ma....” Merengek saja kerja budak Dian nih la.
“Ish...yela..yela.. Bising la budak Dian sorang nih.”
Dian Dalili sengih saja. Bila lagi nak bermanja dengan mama kan, time cuti macam ini lah. Bila dah balik kolej nanti dah tak boleh nak manja-manja lagi dah.

***
Keadaan Klinik Rafiq masih penuh sesak dengan para pesakit yang tidak putus-putus datang. Daniel dengan Darwish dah tayang muka toya. Dah boring la tu. Kalau budak berdua tu pun dah tayang muka toya, Dian apatah lagi. Dah tayang muka nak keluar muntah hijau dah ha. Puan Hayati saja yang masih cekal menunggu giliran dengan wajah yang sentiasa manis. Siap beramah mesra dengan makcik-makcik kat sebelah lagi tu.
“Dian  Dalili...”
Uwarghhh akhirnya! Tiba juga giliran aku. Bisik Dian.
“Saya nurse...”
“Sila masuk...”
Dian mengetuk perlahan pintu bilik Doktor Rafiq lalu memulas tombol pintu dan terus masuk. Semangat je ketuk pintu segala.
“Assalamualaikum doktor...” Sapa Dian.
“Waalaikumussalam...jemput duduk. So, apa problem?”
“Telinga saya sakit doktor, bengkak lepas tu keluar nanah. Yang sebelah kiri ni memang dah tak dengar, tersumbat macam tu la. Yang kanan ni pula keluar nanah. Cuping dua-dua belah sakit dan bengkak macam telinga gajah...bla...bla...bla...”
Sambil Dian sibuk bercerita tentang masalah dia, doktor India muslim tu pula sibuk mencatat sesuatu dekat kad pesakit.
“Okay kita check telinga you.”
“Check macam mana doktor?”
“Ini...saya ada, itu alat baru. Baru sampai...last two weeks. Sangat bagus. You pun boleh tengok, apa ada itu dalam you punya telinga.”
“Ooo...okay.”
Sejenis alat yang dipanggil Mikroskop USB yang disambungkan dengan komputer digunakan untuk memeriksa rongga telinga Dian.
“Haa...itu you nampak. You punya telinga ada sikit tersumbat. Banyak nanah, pekat dan likat.”
“Euww...nampak doktor. Patut la tak dengar.” Dian mengedipkan matanya beberapa kali. Ish teruk juga telinga aku ni.
“You ada resdung ka?”
“Ada doktor...”
“Okay... I kasi you ubat kemudian lepas satu minggu you datang lagi. Kita check, ada baik atau tidak.”
“Okay, terima kasih doktor...”
Selesai berjumpa doktor, Dian terus melangkah ke kaunter farmasi untuk mengambil ubat. Setelah selesai membuat mengambil ubat dan membuat pembayaran, mereka terus beredar untuk mengisi perut yang sudah mula minta diisi itu.
“Lamanya Angah kat dalam, buat apa?” Darwish mula merungut. Dian yang sedang sibuk membelek plastik ubat langsung tidak menjawab soalan adik bongsunya itu.
“Angah, Awish tanya nih. Tak dengar ke?” Soal Darwish lagi. Puan Hayati yang sedang tenang memandu menjeling sekilas ke arah anak-anaknya.
“Angah kan pekak, mana dia nak dengar!” Jerit Daniel pula sambil ketawa sakan bersama-sama Darwish.
“Hoi! Angah dengar tu ye... Sesuka hati korang je kan kutuk Angah.” Dian mencebik.
“Aik, yang Darwish tanya tadi tak dengar pula...”
“Awish cakap slow sangat. Yang kamu tu, siap terjerit segala. Mananya Angah tak dengar.” Huh, Dian mengeluh perlahan manakala Daniel dan Darwish menyambung gelak mereka. Seronok agaknya tengok kakak mereka berangin macam tu.
“Ma, tengok la diorang ni, sibuk gelakkan orang pula...” Adu Dian.
“Okay dah sampai. Jom pergi makan...” Puan Hayati buat tak tahu saja. Bukan apa, malas nak melayan kerenah anak-anaknya itu. Yang bujang suka menyakat, yang anak dara pula terlebih manja. Kalau dilayan karang, makin melalut-lalut la kerenah mereka tu semua.
“Ish mama ni, pilih kasih betul la.” Dian tarik muncung. Adik-adiknya pula masih mengekek ketawa melihat telatah kakak mereka yang manja sangaaatttt.....

***
Seminggu kemudian...
“Doktor, telinga saya dah tak sakit lagi dah tapi yang sebelah kiri nih still tersumbat la doct. Yang kanan tu pula still keluar nanah segala.” Dengan semangatnya Dian bercerita.
“Okay, mari kita check...”
Macam biasa, mikroskop USB dimasukkan ke dalam rongga telinga Dian.
“Ooo...itu nanah masih pekat la adik, itu pasal telinga you masih tersumbat.”
“Lorh...dah tu macam mana ni doktor?”
“Kalau ini macam, you kena refer dekat doktor pakar la. Ubat yang I kasi itu hari you makan ka tidak?” Soal doktor Rafiq sambil mencatat sesuatu di atas kad pesakit.
“Makan la doktor, sampai habis kut.”
“Okay kalau macam tu I buat surat untuk you refer dekat doktor pakar. Tapi takes time la adik. Bukan senang mahu jumpa pakar, kena buat appointment dulu. You mahu tak?”
Hurmm...ni yang malas ni. Nak kena buat appointment segala. Leceh betul la... Dian sudah mula merungut.
“Tapi, serious ke penyakit saya ni doktor?”
“Agak serious kalau itu nanah sudah tutup you punya gegendang telinga. You jumpa pakar ya adik. I buat surat nanti you bawak pergi sana. Okay...” Doktor Rafiq terus mencatat nota ringkas tentang masalah telinga yang dihadapi oleh Dian. Siap lukis gambar telinga lagi ha. Serious bebenor gamaknya.
“Okay, terima kasih doktor...”
Di luar bilik, Puan Hayati sedang menunggu dengan penuh sabar.
“Kena refer dekat pakar la ma.” Dian melabuhkan punggung di sebelah mamanya.
“Kenapa? Teruk sangat ke?” Soal Puan Hayati pula.
“Teruk tak teruk, nanah tu pekat likat lagi ha kat dalam telinga ni. Tu yang kena refer doktor pakar tu.”
“Ooo...kalau dah macam tu, jom lah pergi jumpa doktor pakar pula.”
“Tak boleh jumpa macam tu je ma, kena buat appointment dulu. Ish nih yang orang malas nih tau, dah kena buat appointment bagai. Mahunya lagi sebulan baru boleh jumpa doktor pakar tu. Entah apa jadi dah kat telinga orang waktu tu nanti.”
“Ish membebel pula budak bertuah nih. Dah jom pergi set tarikh appointment kamu dengan doktor pakar tu. Lambat-lambat karang, makin teruk pula menanah telinga anak mama nih. Sayang, muka dah cantik, tapi telinga tak dengar la pula..hehehe...” Puan Hayati gelak, Saja nak menggiat anaknya yang dari tadi asyik masam mencuka saja.
“Eeee...mama nih. Takde kasihan belas langsung kat orang nih tau.”
“Olololo dah tua-tua pun nak manja-manja lagi ke. Dah, jom. Nanti dah settle kat hospital sana, kamu teman mama pergi beli barang-barang nikah along pula ye.”
“Iye la... Jangan lupa belanja orang shopping tau.” Sempat lagi tu nak bershopping bagai.
“Ah, mengada...”
_______________________________________________________________________
See you guys again next time! Terima kasih sudi baca >_<

18 January 2013

Kopi Final

Assalamualaikum ^_^

Hai semua... Ini adalah bahagian terakhir cerpen Kopi. I'm just too excited nak siapkan cerpen nih sampaikan gaya pengolahan dah jadi tersangatlah caucincau iaitu sangat kacau bilau. Booo Asma booo...I'm sorry for that. :(

Pape pun, happy reading guys!

_______________________________________________________________________





Setelah melalui beberapa prosedur dan ujian, maka, embrio Sofea dan sperma Faiz sudah selamat disenyawakan di dalam rahim Zara. Walaupun peratusan kehamilan adalah sangat rendah, mereka tetap dengan keputusan untuk mencuba walau apa cara sekalipun. Dan alhamdulillah, usia kandungan Zara kini sudah melepasi trimester yang pertama.
Untuk mencapai ke tahap ini bukanlah senang. Banyak halangan dan kekangan yang perlu mereka hadapi terutama halangan dari kedua ibu bapa Zara. Masih tebayang-bayang amarah Puan Syarifah yang bergema di hadapannya beberapa bulan yang lalu.
“Kamu nih dah kenapa Zara? Mama izinkan kamu berkahwin dengan Faiz bukan untuk menjadi tukan melahirkan anak dia dengan Sofea!” Marah Puan Syarifah lagi.
“Mama I’m sorry, ini semua salah Faiz. Tolong jangan marah Zara ma, please...” Faiz yang tadinya duduk menenangkan Zara sudah mula berdiri. Tidak sanggup lagi rasanya melihat wajah muram isterinya yang dimarahi oleh ibu mertuanya itu.
Wajah mendung Faiz dipandang tajam. Tidak dia sangka Faiz sanggup mengambil kesempatan di atas kebaikan anaknya. Puan Syarifah merengus geram.
“Syarifah, cuba bawak bersabar sikit. Anak kita bukan buat benda bukan-bukan pun, niat dia baik, nak membantu mereka yang tak mampu.” Tuan Lukman mula mencelah. Kesian rasanya melihat wajah sugul anak dan menantunya itu.
Dan seperti biasa, Puan Syarifah akan terus berdiam diri. Walau marah macam mana sekali pun, rasa hormat terhadap suaminya tetap dijaga.
“Dah lah Faiz, kamu balik lah dulu. Soal mama, biar papa yang uruskan.”
Faiz mengangguk cuma. Zara lantas berdiri dan mendekati Tuan Lukman.
“Papa, kakak minta maaf sangat-sangat. Tak terdetik langsung di hati kakak untuk menyakiti hati papa dengan mama sampai macam ini sekali... Niat kakak ikhlas papa, nak membantu sahabat yang paling kakak sayang dan menolong seorang wanita yang mempunyai naluri keibuan namun tidak mampu untuk melahirkan zuriatnya sendiri...tsk..tsk...kakak minta ampun papa...” Tangisan Zara pecah lagi. Tangan Tuan Lukman yang kemas di dalam genggaman dicium perlahan.
Bahu Zara dipeluk erat. Esak tangis puteri tunggalnya itu menghadirkan rasa yang sangat sayu di dalam diri.
“Kakak jangan risau, walaupun orang sekeliling tidak mengerti tentang niat sebenar kakak, it’s okay sayang. Yang penting, Allah tahu apa niat sebenar kakak dan apa yang ada di dalam hati kakak.” Bahu Zara digosok perlahan, cuba menyalurkan kekuatan di dalam anaknya itu.
“Papa... Faiz pun nak minta ampun papa. Ini semua salah Faiz. Kalau lah Faiz tidak terlalu mengikut kemahuan Sofea, semua ini tak akan terjadi pa. Maafkan Faiz ye...”
Tangan Tuan Lukman disalami dengan penuh santun. Sungguh dia kesal dengan apa yang terjadi. Kalaulah dia tidak terlalu mengikut kemahuan Sofea...
“Faiz jangan risau, papa tak salahkan Faiz nak. Papa faham situasi kamu. Apa yang penting sekarang, papa nak kamu jaga Zara sebaik mungkin. Jangan pernah abaikan amanah yang telah papa serahkan kepada kamu, faham?”
“Insya Allah pa, saya akan jaga dan sayangkan Zara seperti nyawa saya sendiri...”
Tuan Lukman mengangguk sambil menepuk perlahan bahu anak menantunya itu.
“Mama, kakak balik dulu. Ampunkan kakak ye mama...” Tangan Puan Syarifah diraih perlahan.
Walau sekeras mana pun hati Puan syarifah, tidak tergamak rasanya untuk melukai hati anak kesayangannya itu. Tangan di dalam gengaman Zara dibiarkan begitu saja. Faiz turut menyalami tangan ibu mertuanya itu. Lalu, tangan Zara ditarik perlahan dan mereka terus meninggalkan rumah Tuan Lukman dan Puan Syarifah.
Tanpa siapa sedari, air mata mengalir perlahan menuruni pipi wanita tua itu.

***
“Zara...termenung lagi?” Sofea turut melabuhkan punggung di sisi Zara yang sedang termenung jauh di atas buaian.
Senyuman kecil terukir di wajah Zara. “Tak lah, Zara tengah menikmati ciptaan Allah ni ha...”
Hummm...Sofea mengeluh kecil. Kekeruhan di wajah Zara tidak dapat melindungi rasa hatinya yang sedang gundah gulana, itu Sofea tahu. Tangan Zara digenggam kemas.
“Zara... Sofea nak minta maaf...” Air mata mula memenuhi tubir mata Sofea.
Zara mengerutkan kening. “Eh Sofea, kenapa ni?” Pelik juga rasanya, tiba-tiba sahaja Sofea meminta maaf.
“Sofea nak minta maaf sebab Sofea dah menyusahkan Zara...” Tangisan Sofea sudah mula kedengaran. Tangan Zara masih kemas di dalam genggaman tangan Sofea.
“Hei, syhhh... Sofea, kenapa ni? Jangan la menangis macam ni, Sofea tak salah pun.”
Tangisan Sofea menjadi semakin kuat saat mendengarkan kata-kata Zara itu. Ya Allah, mulia sungguh hati sahabat suamiku ini. Zalimnya aku kerana sanggup mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Aku minta ampun ya Allah....
“Sofea salah Zara, salah sebab mengambil kesempatan di atas kebaikan Zara. Sofea salah sebab terlalu pentingkan diri sendiri. Hanya kerana inginkan anak dari darah daging Sofea sendiri, Sofea sanggup mempermainkan takdir hidup Zara sehingga menimbulkan masalah di antara Zara dengan auntie Syarifah. Sofea zalim Zara...tsk...tsk...”
Bahu Sofea dipeluk kemas. “Sofea jangan macam ni, Sofea tak salah. Zara yang pilih takdir ini dan sedikit pun Zara tak menyesal. Kita tak tahu takdir hidup kita di masa hadapan Sofea dan Zara tidak tahu sama ada Zara masih mempunyai peluang untuk mengandungkan zuriat insan yang Zara cintai. Jadi, kenapa Zara harus menolak peluang yang ada di depan mata Zara sekarang.”
“Tapi itu benih Sofea dan Abang Faiz...”
Zara senyum. “Zara tak kisah Sofea, asalkan Zara dapat merasa benih Abang Faiz di dalam rahim Zara, itu sudah cukup.”
Ya Allah, mulia sungguh hati wanita ini...
“Zara, tentang Auntie Syarifah, nanti kita sama-sama pujuk dia ya.”
“Iya lah... Sofea jangan la nangis-nangis macam ni. Dah tak cantik dah ha... Baby, tengok mummy baby ni dari tadi asyik nangis je. Cengeng betul...” Zara mengusap perlahan perutnya yang kelihatan semakin membesar itu.
Sofea tergelak melihat telatah Zara. “Baby, bila besar nanti jadi macam mama ya. Jadi manusia yang mulia hatinya, taat pada perintah Allah dan rasul. Mummy doakan semoga baby mummy dengan mama ni menjadi seorang mujahid atau mujahidah yang berguna okay...” Sofea turut mengusap perut Zara.
Seronoknya kalau dapat mengandung. Sangat beruntung lah seseorang wanita itu jika dia dikurniakan nikmat mengandung dan melahirkan. Malangnya, kenikmatan itu telah dipersia-siakan oleh golongan remaja masa kini yang mana sanggup membuang serta membunuh anak-anak yang tidak berdosa.
“Bila besar nanti, baby jadi macam mummy juga tau. Jadi manusia yang kuat dan tabah dalam menhadapi segala ujian Allah dan percaya semua yang terjadi ada hikmah yang lebih besar disebaliknya. Okay...” Kata Zara pula.
Akhirnya mereka sama-sama ketawa. Betul, bermadu itu pahit kerana kita sendiri yang menjadikan ianya pahit. Namun, manisnya tetap ada jika kita ikhlas dalam setiap perhubungan serta sentiasa bersangka baik diantara satu sama lain.

***
Zara tersandar keletihan di bahu sofa. Setelah seharian mengemas rumah, baru kini terasa letih serta lenguh-lenguh badan. Perutnya digosok perlahan bila merasakan ada pergerakan dari dalam. Baby mama dah lapar ya. Hurm, tiba-tiba rasa teringin nak makan bubur la. Telefon di sisi meja dicapai lalu dengan pantas jari-jemarinya menaip mesej untuk suami tersayang. Faiz mungkin tengah meeting sekarang, malas pula nak mengganggu suaminya itu dengan panggilan telefon.
‘Salam abg, tlg belikan Zara bubur pulut hitam boleh?’ – Zara
Send! 15 minit kemudian...
‘Okay syg...ada nak kirim pape lg x?’ – Faiz
Sambil tersenyum senang Zara membalas...
‘Erm nak nasi goreng ayam kunyit. Nasi kurang, ayam lebih. Lepas tu abg tlg belikan tomyam campur sekali tau tp xmo pedas. Air nak hot choc je.’ – Zara
‘Okay syg...’ – Faiz
‘Baby yg nak...’ – Zara
‘Iyeee syg.... J’ – Faiz
Zara senyum lagi. Alhamdulillah...walaupun dia hanyalah isteri yang kedua, Faiz tetap melayannya seperti isteri yang pertama. Syukur dia dikurniakan suami yang baik seperti Faiz. Segala kebajikannya terjaga. Semua kerenahnya Faiz ikut saja. Kadang kesian juga dengan suaminya itu, tapi nak buat macam mana, ragam ibu mengandung memang macam tu. Perasaan kasih dan cinta Faiz terhadap Zara mula bertukar secara perlahan-lahan sebelum Zara mengandungkan anaknya dengan Sofea. Kebaikan dan kelembutan Zara lah yang telah menghadirkan rasa kasih dan cinta di hati Faiz itu.
“Abang rasa abang dah jatuh cinta dengan Zara.” Kata Faiz pada suatu petang sewaktu mereka sedang menanam pokok bunga kesayangan Zara di halaman rumah.
Mata Zara tebuka luas. Salah dengarkah aku? Faiz pusing ke kanan, pelik pula rasanya bila tiada suara yang keluar dari mulut becok isterinya itu.
“Sayang! Hahaha...kenapa buat bunny eyes macam tu. Kelakar la...” Faiz dah gelak tak hengat dah.
Zara mencebik, apanya yang lucu entah. Eh, eh, dia panggil aku sayang?! Zara pusing 360°. Eh tak, tipu je.
“Abang panggil Zara apa tadi?”
Faiz senyum. Ingatkan tak perasan... “Abang panggil Zara sayang la, sayang...” Hidung Zara dicuit perlahan.
“Tapi kenapa?” Opps! Pantas Zara menutup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Ada ke patut tanya soalan cenggitu.
“Kenapa? Zara ni buat kelakar ke apa... Sebab abang sayang Zara la.” Hidung Zara dipicit lagi.
Mata sudah berubah merah, sesaat dua lagi turunlah air mengalir dari takungan kelopak mata. Akhirnya, Zara mengangis jua...
“Lorh Zara sayang, kenapa menangis ni?” Air mata di pipi dikesat perlahan.
“I love you abang... I  love sooo much!” Leher Faiz dirangkul kemas. Sungguh dia bersyukur, akhirnya cinta dan sayang Faiz menjadi miliknya juga walaupun terpaksa berkongsi dengan Sofea.
“I love you more sayang...more than you can imagine my love...”
Syukur juga Sofea sangat memahami keadaan yang dialaminya kini. Kadang kala madunya itu akan datang dengan ke rumahnya dengan barang makanan penuh ditangan. Bekal untuk Zara katanya. Bila ada masa terluang pula, Zara akan diangkut keluar jalan-jalan membeli barang keperluan bayi atau Zara sendiri. Setelah penat membeli belah, dibawa pula Zara ke tempat makan yang sedap-sedap. Mahunya tak gemuk Zara sekarang. Perhubungannya dengan Puan Syarifah juga sudah pulih seperti sedia kala. Masih dia tidak lupa pertemuan yang mengundang air mata itu...
“Sayang tunggu kat sini kejap, abang pergi ambil kereta.”
“Abang cepat sikit tau, kaki dah lenguh-lenguh dah nih ha...”
“Iyeee sayang...”
Zara tersenyum senang. Suka sangat cakap macam tu... Telefon di dalam beg tangannya berbunyi menandakan satu mesej diterima.
‘Zara dah jumpa doktor? So how? Can’t wait to see you dear... J - Sofea
Zara senyum lagi. Tangan yang sedang ligat membalas mesej Sofea terhenti bila terdengar namanya dipanggil dari belakang.
“Zara anak mama...” Puan Syarifah yang sedang berdiri tegak hampir menitiskan air mata bila terpandangkan susuk tubuh anak yang dirindui.
“Mam...ma?”
“Kakak...” Lantas Zara dirangkul kemas. Zara turut membalas rangkulan Puan Syarifah sambil menghamburkan tangisan yang telah sekian lama tersimpan di dada. Sungguh dia merindui kehadiran mamanya di sisi.
“Mama rindu kakak sangat-sangat... Mama menyesal sebab marahkan kakak hari tu. Mama minta maaf ye sayang...”
“Mama jangan cakap macam tu, mama tak salah pun. Kakak yang salah mama...”
“No, kakak tak salah. it’s my fault dear...”
“No ma...kakak yang...”
Belum sempat Zara menghabiskan ayatnya, tiba-tiba ada yang memotong...
“Okay dua-dua salah...” Celah Tuan Lukman.
“Papa....” Tuan Lukman turut dirangkul kemas. Melepaskan rindu yang sekian lama bermukim di hati.

***
Saat melahirkan telah tiba. Bermula jam 7 pagi, Zara sudah mengalami sakit-sakit belakang dan rasa tidak selesa di bahagian bawah kandungan. Dan sekarang, Zara sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak Faiz dan Sofea.
“Ab....bang... saa.....sas...sakit bang!” Jerit Zara.
“Zara sabar ye sayang, ingat tuhan...mengucap ye.” Faiz di sisi sudah resah.
Melihat keadaan Zara yang seperti tidak cukup nafas dengan peluh sana sini membuatkan dia semakin risau.
“Puan, sabar ye. Kepala baby dah nampak dah... Bila saya cakap push, puan push ye...” Kata Doktor Lily.
“Sakitnya ya Allah... abang tolong...” Tangan Faiz digenggam kemas seperti tidak mahu dilepaskan. Sesungguhnya dia sangat memerlukan kekuatan dan semangat Faiz bagi meneruskan perjuangannya ini.
“Abang ada kat sini sayang, abang ada... Sayang sabar ye, sikit je lagi. Ingat tuhan ye sayang...” Tangan kiri menggenggam kemas tangan Zara manakal tangan kanannya pula mengusap-usap kepala Zara bagi menenangkan hati isterinya.
“Okay puan... Push!”
“Arghhhhhh!!!!”
“Sikit lagi puan... One, two, three....Push!!!”
“Arghhhhhhhh!!!!” Jerit Zara untuk kesekian kalinya.
“Alhamdulillah....”
Kedengaran suara tangisan bayi memenuhi ruang bilik bersalin itu.
“Tahniah puan, baby girl...”
Zara yang masih keletihan tersenyum cuma. Tiada daya untuk berkata-kata, hanya cahay di mata yang menggambarkan betapa gembiranya dia menerima kehadiran bayi perempuannya itu.
“Alhamdulillah sayang...” Dahi Zara dicium berkali-kali bagi menzahirkan rasa gembira di hati.
Zara mendakap kemas bayi yang baru diletakkan di dadanya. Perlahan dia mencium pipi puteri sulungnya itu. Air mata lelaki Faiz mengalir juga akhirnya. Terharu melihat limpahan kasih sayang Zara terhadap anaknya dan Sofea yang baru dilahirkan itu.
Setelah selesai memindahkan Zara ke bilik yang disediakan, Faiz melangkah keluar untuk membuat panggilan. Nombor telefon Sofea didail. Beberapa saat kemudian...
“Assalamualaikum abang...”
“Waalaikumussalam, Sofea kat mana ni? Dah banyak kali abang call tapi tak dapat...”
“Sorry abang, Sofea ada meeting dengan client tadi, lupa nak on telefon. So macam mana dengan Zara?” Tanya Sofea tidak sabar.
“Zara dah selamat bersalin dah dear...” Faiz senyum gembira. Kalaulah Sofea berada di depannya sekarang, sudah dipeluk-peluk tubuh kecil itu.
“Really?!” Sofea sudah terjerit-jerit. “So how’s the baby? Boy or girl?”
“We got a princess dear... A beautiful princess.”
“Really abang?! Ya Allah tak sabarnya nak tengok baby and Zara too... I wanna hug her and thank her sangat-sangat for giving us the wonderful harta in the world. I’m sooo excited abang...”
“Hahaha... you sabar okay dear. Come cepat, we’ll wait for you.”
“Okay abang, wait for me okay. I’m on my way now....”
“Okay you take....”
Dummm!!!
Faiz terdiam. Bunyi yang dentuman yang kuat telah membuatkan jantungnya berdetak hebat.
“Sofea?!”
“Encik Faiz, your wife, she’s bleeding...” Suara nurse kedengaran dari arah bilik Zara.
“What???”
Telefon terlepas dari genggaman dan Faiz terkaku sendirian.

***
Nur Sofea Azzahra, satu-satunya permata hati Ammar Faiz dan arwah kedua isterinya, Sofea dan Zara. Menerima kelahiran puterinya itu adalah satu rahmat yang tidak terhingga, namun dia terpaksa menghadapi permergian dua insan yang tersayang dalam satu masa. Sofea meninggal dunia akibat kemalangan manakala Zara pula meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk selepas bersalin. Sesungguhnya segala yang terjadi adalah takdir yang maha Esa. Kita sebagai hambanya harus menerima segala ketentuan Nya dengan penuh sabar dan redha.

TAMAT

________________________________________________________________________
First time buat cerpen serious mious jadi saya nak mintak maaf again...again...and again kalau ada yang tak suka, tak puas hati atau menyampah wekwek dengan idea dan gaya penceritaan saya. My bad okay my bad...Anyway, terima kasih sudi baca! >_<