28 December 2012

Kopi Part 2

Assalamualaikum ^_^

Sambung...sambungan...kesinambungan....Happy reading guys!

_____________________________________________________________________

2 tahun kemudian...

Kopi yang masih panas disisip perlahan lalu kepalanya dipusing ke kiri dan ke kanan, mencari wajah yang sedang di nanti. Dari jauh kelihatan Faiz melangkah lesu ke arah meja yang diduduki Zara.
“Hai...” Sapa Zara bersama senyuman di bibir.
Ammar Faiz
Faiz yang baru melabuhkan punggung berhadapan Zara turut tersenyum. Entah kenapa hatinya merasa tenang bila melihat wajah Zara yang masih tidak berubah di hadapannya waktu itu. Betul atau tidak keputusan yang di ambilnya ini? Oh tuhan, permudahkanlah urusan hamba Mu ini.
“Hai Zara. Kau sihat?”
“Sihat alhamdulillah... Kau sihat? Sofia macam mana, sihat?” Tanya Zara sambil matanya tidak lepas memandang wajah kusut Faiz.
“Alhamdulillah, kami berdua sihat.”
Perbualan mereka terhenti seketika kerana memberi ruang kepada pelayan restoran untuk mengambil pesanan. Tiba-tiba kedengaran Faiz mengeluh perlahan.
“Kau kenapa Faiz? Kau ada masalah ye?” Soal Zara tanpa berlengah. Sungguh hatinya tidak senang melihat keadaan kawan baiknya yang seperti kehilangan anak itu.
Faiz menarik nafas perlahan... “Sofea keguguran...”
Owh memang betul kawannya ini sedang kehilangan anak.
“aku pening Zara, aku buntu. Apa yang perlu aku buat Zara?” Mata Faiz mula bertukar merah. Sungguh tertekan dengan masalah yang melanda dirinya sekarang.
“Kau tak boleh macam ni Faiz, kau kena kuat. Kalau kau pun lemah, Sofea mesti lebih lagi kan. Insya Allah nanti ada la rezeki kau berdua untuk menimang cahaya mata.” Zara turut merasa lemah melihatkan keadaan Faiz yang tidak bermaya. Namun dia harus kuat demi sahabatnya itu.
“Aku tak rasa yang aku ada peluang untuk menimang cahaya mata Zara.” Kata Faiz perlahan sambil menundukkan wajah.
“Apa maksud kau Faiz?” Bingung. Ye, ternyata Zara bingung dengan kenyataan Faiz itu.
“Sofea keguguran akibat terkena hentakan yang kuat di bahagian rahim sehingga menyebabkan rahimnya rosak teruk. Doktor bagi tahu yang mereka terpaksa membuang rahim Sofea bagi mengelakkan pendarah yang lebih banyak sehingga boleh membawa maut.”
Zara terdiam. Tidak dia sangka wanita yang masih di usia muda seperti Sofea terpaksa mengaharungi satu kehilangan yang sangat besar. Membuang rahim bagi seorang wanita ibarat maragut separuh nyawanya dari badan.
“Aku tak tahu macam mana dia boleh terkena hentakan sampai macam itu sekali. Puas aku tanya, dia tetap berdiam diri. Aku sayang dia, aku sedih tengok keadaan dia yang sentiasa berendam air mata. Sejak rahimnya dibuang, dia memang tak bercakap langsung, berkurung saja dalam bilik...”
Zara diam, memberi sepenuh tumpuan kepada Faiz untuk meluahkan segala rasa yang terbuku di dada. “...minggu lepas dia ajak aku berbincang. Aku rasa gembira sangat Zara sebab akhirnya dia nak juga bercakap dengan aku. Tapi...”
“Tapi apa?” Tanya Zara tidak sabar.
Faiz menunduk lagi. Berat rasa hati untuk meluahkan, takut jika Zara tidak dapat menerima apa yang ingin diperkatakannya nanti.
“Perbincangan kami itu tidak seperti apa yang aku harapkan.”
“Maksud kau?”
“She still wants a baby.”
“Ooo...jadi, korang nak ambil anak angkat?”
“She wants our own baby Zara, darah daging kami sendiri. Not the adopted one.”
Jelas kelihatan kerutan di dahi Zara. Jangan cakap yang...
“Habis tu, kau nak cari ibu tumpang?” Tanya Zara perlahan.
Faiz angguk cuma.
“Kau gila ke Faiz?! Ibu tumpang kan haram dalam islam.” Zara bersuara tegas.
Faiz angguk lagi. “Tapi tak haramkan kalau aku kahwin dengan perempuan itu kan.”
“Kau cakap apa nih Faiz? Jangan nak mengarut boleh tak. Ibu tumpang la, kahwin la.” Luah Zara lagi. Sugguh dia keliru dengan kata-kata Faiz tadi.
Faiz menegakkan badan, anak mata Zara direnung dalam. “Zara, Sofea nak anak yang lahir dari benih kami sendiri tapi itu semua mustahil kecuali ada orang lain yang boleh mengandungkan anak kami iaitu ibu tumpang. Kami juga tahu yang ibu tumpang haram dalam islam, sebab itu lah Sofea mahu aku berkahwin dengan orang yang akan mengandungkan anak kami itu.”
“Jadi, siapa orang itu?”
Faiz kelihatan teragak-agak untuk berbicara. Nafas dihela perlahan bagi melepaskan lelah yang terbuku di dada.
“Siapa orang itu Faiz?” Soal Zara tanpa nada.
“Zara, kata Sofea, tiada orang lain yang dia percaya untuk menjalankan tanggungjawab ini kecuali..... kecuali.... kau Zara.”
Zara terdiam dan terkaku di tempatnya. Wajahnya pucat, tangannya dingin. Anak-anak peluh mula kelihatan di dahi. Aku? Ibu tumpang? Sanggup kah aku menggalas tanggungjawab itu?
“Zara, kau okay tak?” Faiz cemas. Lengan baju Zara ditarik-tarik, namun Zara masih diam. Kepalanya yang dibaluti tudung menunduk perlahan. Terasa amat berat untuk memanggung kepala mengadap wajah Faiz di depan mata.
Faiz mengeluh lagi untuk sekian kalinya. Sakit rasa hati melihat wajah sahabat kesayangannya yang turut murung memikirkan masalah mereka. Menyesal rasa membebankan Zara dengan masalahkeluarganya ini.
“Zara, aku bukan datang nak minta kau bersetuju dengan permintaan Sofea. Aku hanya meluahkan masalah aku saja sebab aku hanya selesa untuk berbicara dengan kau Zara. Kau tahu kan kita tak pernah berahsia antara satu sama lain. Aku tahu permintaan Sofea agak ridiculous dan aku tak sanggup melihat kau berkorban demi kami. Aku tahu, kau juga ada kehiduapan kau sendiri dan semestinya kau mahukan yang terbaik untuk diri kau kan.”
Zara tetap diam. Entah apa yang difikirkannya sekarang.
“Kau jangan risau Zara, aku tak mintak kau tunaikan permintaan Sofea itu kerana ia adalah suatu yang mustahil untuk dilakukan. Aku juga tidak yakin yang aku mampu untuk berkahwin lebih dari satu, dan aku tak nak meragut kehidupan kau dengan membebankan engkau dengan tanggungjawab yang besar ini. Soal Sofea, kau jangan risau. Pandai lah aku terangkan padanya nanti.”
Faiz rasa serba salah. Dia tidak mahu Zara merasa terbeban dengan kata-katanya tadi. Namun, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Niat di hati hanya ingin berkongsi rasa dengan sahabatnya, membuang sedikit beban yang tergalas di bahu. Ternyata langkahnya sumbang, lain yang di harap, lain yang jadi.
Fatin Azzahra
“Aku setuju...”
“Apa?!”
“Aku setuju untuk kahwin dengan kau dan mengandungkan anak-anak kau dengan Sofea.”
Faiz tercengang.
“Zara kau jangan macam ni. Niat aku satu, hanya ingin meluahkan masalah aku, itu saja. Bukan nak kau buat keputusan melulu macam ni.” Wajah Faiz bertukar merah, menahan rasa geram yang terbuku di hati.
“Aku sanggup Faiz untuk menggalas tanggungjawab ini. Sofea isteri kau, bermakna dia kawan aku juga. Tak salahkan kawan berkorban untuk kawan.” Zara cuba mengukir senyum.
“Tapi aku tak sanggup kau berkorban sampai macam ni sekali Zara. Aku tak nak kau hancurkan hidup kau semata-mata untuk kami, untuk aku.” Suara Faiz bertukar sebak.
Kenapa kau begini Zara, sungguh mudah berkorban untuk aku. Sanggup melakukan apa saja untuk aku. Rintih Faiz di dalam hati.
Senyuman masih terukir indah di wajah Zara... “aku bukan menghancurkan hidup aku Faiz, malah aku sedang membina kehidupan aku..... dengan kau.”
Faiz terdiam, matanya tidak lepas dari memandang anak mata Zara. Masih belum hilangkah kasih dan sayang kau terhadap aku Zara? Dan senyuman semakin melebar di bibir Zara.

***
Sofea tersenyum senang bila mendengar berita yang dikhabarkan Faiz seketika tadi. Memang tidak salah pilihannya, ternyata Zara adalah calon yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab itu. Namun, masih ada perkara yang menggusarkan hatinya ketika ini, Faiz. Raut wajah suami kesayangannya itu tidak seceria wajahnya. Kenapa? Adakah Faiz tidak gembira dengan keputusan Zara itu? Tetapi kenapa?
“Abang, are you okay?” Langkah kakinya diatur mendekati Faiz yang tersandar lemah di kepala katil.
Faiz melemparkan segaris senyuman. “I’m okay sayang. Dah wangi dah sayang abang?”
Wajah Sofea dipandang tanpa jemu. Setelah mendengar khabar gembira dari Faiz, Sofea yang sedang terbaring lesu di atas katil terus bangun. Dengan wajah yang ceria dia terus memeluk suaminya dengan erat, menggambarkan rasa hati yang sedang gembira. Lalu dia melangkah ke bilik mandi dan berhias secantik mungkin. Semangatnya untuk hidup seolah-olah telah kembali.
Nik Sofea Anis
“Dah wangi dah...” Sofea mengucup pipi Faiz sekilas. “Betul ke abang okay? Ke abang risau tentang Zara?” Tanya Sofea lagi.
Faiz mengeluh kecil. Sebetulnya, dia memang sedang memikirkan tentang Zara. Dia masih tidak percaya bahawa Zara sanggup berkorban sehingga begitu sekali. Tidak dia sangka yang Zara masih menyimpan perasaan terhadap dirinya. Kenapa Zara baik hati sangat.
“Abang rasa bersalah sangat dengan Zara.”
“Kenapa pula?”
Faiz memandang anak mata isterinya. “Entah lah...but sriously, I felt guilty.”
Sofea mendengus geram. “Habis tu, abang nak cancel lah plan kita? Macam tu?”
“Entah lah, abang buntu Sofea. Abang tak tahu apa yang sepatutnya abang lakukan.”
“Buntu apanya? Kan Zara dah setuju, yang abang nak rasa bersalah nih kenapa?”
“Abang rasa macam abang ambil kesempatan pula, rasa macam selfish sangat. Tak tergamak rasanya nak buat Zara macam tu.”
“Maknanya, abang tak nak ada anak dengan Sofea lah ye? Sampai hati abang...” Sofea mula sebak. Kecil hatinya bila Faiz tidak sanggup berkorban untuk dirinya.
“Sayang...bukan itu maksud abang.” Tangan Sofea cuba digapai namun Sofea menolak kuat tangannya.
“Abang lebih pentingkan perasaan Zara daripada perasaan isteri abang sendiri kan...Sofea hanya minta sedikit pengorbanan dari abang dan Zara, itu pun tak boleh ke? Sofea bukan minta benda yang bukan-bukan sehingga boleh mencederakan sesiapa, Sofea hanya minta abang kahwin dengan Zara dan kemudian lahirkan anak untuk Sofea. Itu pun tak boleh ke?”
Bahu Sofea dipegang kemas namun dengan rakusnya Sofea meleraikan pegangannya itu.
“Don’t touch me! If you are not willing to do that, then just leave me alone. Go! I don’t wanna see your face anymore!” Jerit Sofea dengan lantang.
Habis segala bantal dan selimut dibaling ke arah Faiz. Dengan keadaannya yang masih belum pulih sepenuhnya, emosi Sofea sangat mudah terganggu.
“Calm down sayang, istighfar banyak-banyak...” Faiz masih cuba menggapai tangan Sofea.
“No! Stay away from me abang. Go! Just go!” Jerit Sofea lagi bersama linangan air mata yang deras menuruni pipi.
Akhirnya Sofea terduduk keletihan di sisi katil bersama esak tangis yang masih belum berhenti. Dengan kesempatan yang ada, Faiz lantas merangkul isterinya dari belakang.
“I’ll do it sayang... I’ll do it. For you and for our baby. Abang janji. Syhhh....jangan nangis lagi, okay?” Kepala isterinya dikucup perlahan.
Esak tangis Sofea masih kedengaran dan tiada tanda mahu reda. Kata-kata Faiz di telinganya di biarkan dibawa angin lalu, tiada hati untuk membalas kata-kata suaminya itu.

***
“Mama tak setuju!” Mata Puan Syarifah merah menahan marah. Ingatkan berita apalah yang ingin disampaikan puteri tunggalnya itu. Rupa-rupanya berita ingin menjadi isteri nombor dua. Apa sudah tidak waraskah anaknya itu.
“Ma please... I really need your support ma.” Rayu Zara lagi.
Sudah dia agak mamanya, Puan Syarifah tidak akan bersetuju dengan keputusannya, namun tidak disangka bahawa mamanya setegas ini. Sangkanya mamanya akan berlembut bila mendengar pujuk rayunya yang tanpa henti dari tadi.
“No means no Fatin Azzahra!” Dengan lantangnya Puan Syarifah bersuara.
Zara melangkah ke arah Tuan Lukman pula. “Pa help me pa... please...” Rayu Zara kepada papanya pula.
Kedengaran Tuan Lukman mengeluh perlahan. “You have many choices kakak, but why you choose to be his second wife?”
“Because I love him papa... Kakak sayang dia.”
“Habis tu kakak tak sayang mama dengan papa?”
“Papa! Kenapa cakap macam tu? Kakak sayang papa dengan mama lebih dari nyawa kakak sendiri pa. You shouldn’t ask that kind of question papa.” Kecil hati Zara bila disoal tentang kasih sayangnya terhadap ibu bapanya sendiri.
“Habis tu, kenapa kakak buat macam ni?” Soal Tuan Lukman lagi.
Zara tunduk diam. Benar Zara sayangkan papa dan mamanya, namun Zara juga sayangkan Faiz. Dari dulu hingga sekarang, rasa hatinya terhadap Faiz tidak pernah berubah walaupun status lelaki itu sendiri telah berubah. Lagi pula, dia merasa sangat bertanggungjawab untuk menolong sahabat baiknya itu.
“Listen here kakak, mama sebenarnya tak suka nak bergaduh atau berperang anak beranak macam ni. Kakak pun tahu kan mama tak pernah marah anak-anak mama, jauh sekali nak menengking segala. Tapi keputusan kakak untuk berkahwin dengan suami orang membuatkan mama tak boleh control rasa marah mama. Jadi, sebelum ianya menjadi lebih teruk, tolong lah kakak ubah balik keputusan yang kakak buat tu.” Puan Syarifah cuba berlembut.
Memang seumur hidupnya dia tidak pernah marah atau menengking anak-anaknya. Sekadar marah-marah sayang itu adalah. Tuan Lukman dan Puan Syarifah tidak suka menggunakan kekerasan di dalam mendidik anak-anak. Mereka lebih senang mengguna pakai cara yang lebih halus dan lembut iaitu menjadikan mereka seperti kawan baik yang mana boleh berkongsi rahsia dan senang dibawa berbincang.
“Mama...” Tangan Puan Syarifah diraih dan dikucup perlahan. “ kakak cintakan Faiz. Mama pun tahu kan perasaan kakak kat Faiz tak pernah berubah...”
“Kakak tak cuba sayang. Kalau kakak cuba, insya Allah kakak boleh lupakan dia.” Tangan Zara digenggam kemas bagi meyakinkan anak gadisnya untuk melupakan Faiz.
“I’ve tried many times ma, tapi tak boleh...” Air mata mula menitis membasahi pipi.
“Kalau betul pun tak boleh, tak kan la kakak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain. It’s ridiculous kakak.”
“But ma...”
“Kakak, I think you should give us some time to discuss about this matter. Bagi papa dengan mama masa, boleh?” Tuan Lukman mengambil jalan tengah bagi mengelakkan berlaku seberang perselisihan faham antara Zara dan Puan Syarifah.
Zara memandang Tuan Lukman dengan mata yang masih dipenuhi dengan air mata. “Don’t worry sayang, everything will be fine...” Lantas Tuan Lukman memeluk Zara dengan kemas bagi mengalirkan sedikit semangat buat puteri kesayangannya.
Puan Syarifah merasa sebak melihat anak dan suaminya yang sedang berpelukan. Lalu langkah kaki diatur mendaki tangga ke bilik tidur di bahagian atas meninggalkan mereka sendirian di ruang tamu.

________________________________________________
Kat atas sana saya ada selitkan gambar Faiz, Zara dan Sofea. Sesuai tak???hehehe....Terima kasih sudi baca >_<

11 comments:

  1. Salam, walaupun baru dua bab tapi bagi saya Faiz dan Sofea ni selfish. Mana ada budaya ibu tumpang dalam Islam. Secara logiknya org yg tak mahu ambil anak angkat tetapi nak guna ibu tumpang sebenar menipu diri sendiri. Sebab walaupun benih yg disenyawakan adalah benih ibu bapa asal akan tetapi kalau buat ujian ianya adalah anak bapa asal dengan ibu tumpang. Sebab itu dianggap anak tak sah taraf. Lebih baik suruh suami poligami. Dalam cerita ni pasti Sofea ada sorokkan rahsia besar dari Faiz yg mana jika Faiz tahu mungkin boleh menyebabkan Faiz benci Sofea. Zara sebab memang cinta pertamanya sanggup berkorban demi Faiz dan Sofea. Seharusnya Zara kena fikir banyak kali adakah sanggup menyerahkan anaknya kpd pasangan tesebut. Dan apakah jaminan hidup Zaray selepas melahirkan anak adakah akan diceraikan. Faiz pula selepas bersama dengan Zara adakah sanggup melepaskan Zara banyaknya masalah yang perlu difikirkan oleh mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm seri ayu :)

      ye, ye,banyak masalah betul diorang nih kan hehee

      terima kasih sudi baca >_<

      Delete
  2. sesuai sesuai zara 1000 kali lebih cantik drpd sofea..nak tanye x der watak hero ke2 kee dlm cerita ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh thanks awk...erm hero kedua? Xde kot tp tgk keadaan ye kot la bleh tambah hero lg ;-) thanks sudi baca :-)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. bila nak tambah n3... x sabar nak tahu kesudahannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm working on it dear...ada masalah dengan lappy. nanti kte up entry baru kedian ye. :)

      thanks sudi baca >_<

      Delete
  4. Salam Asma,

    Cerita sikit lebih kurang mcm cita cemburu seorang perempuan. Kawan baik jadi ibu tumbang atas kehendak isteri.

    Mungkin dari segi ibu tumpang ada kesamaan dan yg lain tak tahu mcm mana. Harap teruskan lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam :)

      Cemburu seorang perempuan novel yang sangat best dan sangat hebat. Insya Allah cerpen nih tak akan sama dengan novel tu.

      Terima kasih sudi baca. >_<

      Delete
    2. stuju...bca bab 2 ni mcm teringat kat nvel cemburu seorg prempuan..
      htp2 x sama la, sbb nvel tu sgt berkesan di hati saya smpai skrng

      >>k<<

      Delete
    3. berkesan di hati saya juga...but trust me, the idea utk buat cerpen nih bkn dtg daripada novel cemburu seorang perempuan. it just come with the flow. pape pun, novel cemburu seorang perempuan adalah salah satu novel yg terbaik yg pernah saya baca. :)

      Delete