26 December 2012

Kopi Part 1

Assalamualaikum ^_^

I got an idea untuk tulis cerpen ni sewaktu sedang minum kopi. That's why tajuknya Kopi... Mungkin jalan cerita takde kaitan langsung kut dengan tajuk tapi itu je lah tajuk yang melekat kat dalam kepala saya sekarang. So, terima lah seadanya ye hehe.... Happy reading guys!

____________________________________________________________________

“Kopi lagi?!”
Zara senyum. Kepala dianggukkan sedikit.
“Kenapa suka kopi?”
“Sebab ia pahit.” Jawab Zara ringkas. Kopi panas disisip lagi.
“Suka sebab pahit? Pelik...”
Mug di tangan diletak perlahan. “Pahit pada awalnya, tapi manis di penghujungnya.” Segaris senyuman dilemparkan.
“Ah, tak payah nak sastera sangatlah Zara. Bagi aku, pape je yang pahit memang tak best. Macam ubat.”
“Tapi itu sebenarnya yang terbaik untuk kau kan?” Soal Zara pula.
Faiz terdiam. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.
“Kau hanya melihat secara kasar Faiz, terus engkau buat kesimpulan. Jangan jadi macam mereka, yang hanya tahu menghukum tanpa mengkaji baik buruknya.”
“Apa yang kau merepek nih Zara. Dah tetiba masuk mode serious pulak.” Kening Faiz bertaut, kurang selesa dengan gelagat Zara yang sudah mula berubah serious.
“Aku bercakap tentang kehidupan Faiz. Kehidupan kita tidak semuanya manis, ada juga yang pahit. Namun kau tetap laluinya juga kan sebab kau tahu ada juga yang manisnya dalam kehidupan kita. Sama seperti kopi yang aku minum ni.” Zara senyum semula. Tidak mahu merosakkan mood mereka mungkin.
“Entah kenapa, semakin  lama aku rasakan kau semakin pelik.” Zara direnung tajam.
Zara ketawa kecil. “Apa yang pelik?”
“Kata-kata kau.”
“Kata-kata aku tidak pelik Faiz. Aku hanya katakan apa yang aku rasa. Kau mahu tahu kenapa aku suka kopi kan? Jadi itulah jawapan aku.” Zara senyum lagi sambil menemukan bibir mug berisi kopi dengan bibirnya.
“Jadi, apa yang pahit dan apa yang manisnya dalam kehidupan kau?” Soal Faiz lagi.
Zara mengeluh kecil. Banyak tanya pula Faiz hari ini.
“Betul kau nak tahu?”
Faiz angguk sambil meneguk rakus jus epal di depannya.
Zara menunduk, nafas ditarik perlahan.
“Pahit bila kau tolak cinta aku...” kepala diangkat, bibir mula mengukir senyuman, “...manis bila kau masih sudi menjadi kawan baik aku.”
“Zara...”
***
6 bulan kemudian...
“Zara aku nak kahwin!”
Zara terdiam. Jantungnya berdegup dengan laju secara tiba-tiba.
“Zara kau dengar tak apa aku cakap ni?” Soal Faiz keras. Tengah-tengah panas macam ni boleh pulak Zara buat beku macam statue.
“Ye, ye, aku dengar. Kau cakap apa tadi?” Soal Zara seperti orang bingung.
Faiz tergelak kecil.
“Kau kenapa? Tadi kata dengar, tapi tanya pulak aku cakap apa. Aku nak kahwin la Zara.” Kata Faiz sambil tersenyum panjang.
“Ooo...” Lemah suara Zara. Kepala mula pening.
“Kau tak happy ke Zara?”
“Eh, mestilah aku happy. Kawan baik dah nak kahwin kan.” Senyuman paksa dilemparkan. Hati mula merintih namun wajah tetap dimaniskan. Semuanya kerana engkau Faiz.
Faiz ketawa bahagia. Akhirnya dia akan mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihan hati. Perasaan gembira bertambah-tambah bila kawan baiknya sudi berkongsi rasa gembira yang sama.
Tetapi tidak bagi Zara, rasa gembira yang ditunjukkan hanyalah sekadar topeng yang melindungi rasa hatinya yang sedang kecewa. 

_______________________________________________

Pendek??? Ye pendek je... Kenapa??? Sebab nak kasi suspen sikit...heheee 
Terima kasih sudi baca! >_<

2 comments:

  1. Salam, nape bila suka, menidakkan rasa hati. Bila dah ada saingan baru hati merasa sedihkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam,betul tu seri ayu heheee....tapi dalam cerpen nih zara dah gitau yang dia suka faiz dan dia dah kena reject dah pun hewhewhew :)

      Delete