20 December 2012

Aku Bukan Untuknya?

Assalamualaikum ^_^

Here's my another cerpen. Cerpen yang ditaip secara tiba-tiba, that's why this cerpen sangat pendek...eh, eh, boleh pulak macam tu kan hewhewhew... Dan macam biasa, sorry in advance kalau tak best. The idea was there but I'm not creative enough to make it more sweet and awesome huhuhu... Pape pon, enjoy your reading guys! >_<
_______________________________________________________________________

Aku terdiam, perlahan tubuhku melurut jatuh dan tersandar di dinding rumah. Kepala menekur lantai bertongkatkan lutut. Malu, sungguh aku malu. Segala penolakan yang aku lakukan terlakar kembali di kotak fikiran. Angkuh benar aku menolak lamaran mereka yang tidak bersalah. Angkuh benar aku menyatakan cintaku sudah dimiliki. Angkuh benar aku menggambarkan kebahagian kami. Yang nyata, ia hanyalah omongan kosong yang aku cipta. Yakin sungguh aku mengatakan bahawa kami berkongsi rasa yang sama sedangkan segalanya hanyalah khayalan aku belaka. Bodoh! Itu saja yang mampu aku katakan.
“Hannah be strong okay. Maybe dia bukan jodoh kau.” Lily menepuk perlahan bahu aku.
Be strong?! Easier said than done.
“Aku malu Lily. Kenapa aku begitu bodoh mempercayai segala yang dia lakukan adalah kerana rasa cintanya terhadap aku. Bodoh betul.”
“Hey, tak baik cakap macam tu. Kau tak bodoh, cuma kau terlalu cintakan dia dan engkau telah dikaburi oleh rasa cinta itu sendiri. Listen here Hannah, perasaan cinta, kasih dan sayang adalah diluar kawalan kita. Kita tak boleh halang rasa itu untuk hadir atau hilang begitu saja.”
“Tapi aku angkuh Lily, terlalu angkuh menyatakan bahawa kami berkongsi rasa yang sama sehinggakan aku sanggup menggores hati mereka yang tidak bersalah.”
Mataku terasa panas, mungkin sesaat dua lagi air mata akan mengalir keluar.
“Aku rasa, cukuplah setakat ini aku menyimpan perasaan terhadapnya. Betul kata kau, dia memang bukan jodoh aku. Aku hanya bertepuk sebelah tangan dan macam biasa, sentiasa memalukan diri sendiri dihadapannya. Tidak sedar diri betul aku nih kan.” Aku tergelak kecil, menahan kepedihan yang mencengkam hati.
Lily memeluk perlahan bahuku dan saat itu air mata sudah mencurah keluar seperti air hujan. Mulai saat ini, tiada lagi nama dia di hatiku. Aku harus cuba melangkah meninggalkan segala kenangan aku dan dia yang hanya indah di mataku, tetapi bukan di mata dia. Aku harus melangkah untuk mencari pemilik hati yang baru kerana ternyata dia bukanlah pemilik hatiku yang aku cari. Aku mesti melangkah pergi meninggalkan rusuknya kerana ternyata aku bukanlah tulang yang tercipta untuk rusuknya yang kekosongan itu.

***
Selesai menunaikan solat Isyak, aku masih berteleku di sejadah. Tolakan pintu dari arah luar aku biarkan sahaja.
“You dah selesai solat?”
“Dah.” Jawapan dingin aku berikan.
“Kenapa tak tunggu I?”
Soalannya aku biarkan begitu sahaja. Buruk sungguh perangai aku kan, baru kahwin terus buat dosa dengan suami.
Kedengaran tapak kakinya melangkah ke arah bilik air dan bayangannya terus hilang di sebalik pintu itu.
Sungguh tidak terlintas sedikit pun di hatiku untuk menyakiti hatinya, cuma aku masih belum boleh menerima kehadirannya di sisiku sebagai seorang suami. Peristiwa enam bulan lepas terlayar kembali di kotak fikiranku.
“Kenapa mama dengan baba terima pinangan dia?” Soalku keras. Penat pulang dari kerja belum pun hilang, aku telah dikejutkan dengan berita tentang pinangan keluarga Haji Rauf terhadapku untuk anak bongsunya, Mohd Nadin.
“Dah tiga kali mereka datang pinang Hannah, tak tergamak rasanya kami nak menolak. Lagi pun mama rasa Nadin tu ikhlas nak memperisterikan Hannah.”
“Ye Hannah, baba rasa sudah sampai masanya untuk Hannah berumah tangga. Orang-orang tua selalu cakap, jangan selalu sangat menolak, takut nanti peluang yang ada tidak akan datang lagi.”
Rasa sakit mencengkam hati. Memang aku akan terima apa saja peluang ada tapi kenapa harus dengan dia? Tak puas hati betul la.
Sebulan kemudian aku telah ditunangkan dengan Mohd Nadin dan dalam masa tiga bulan, kami akan dikahwinkan. Sungguh tiada rasa gembira mahupun teruja untuk mendirikan rumah tangga. Segala persiapan majlis perkahwinan aku mama yang uruskan. Aku hanya menyediakan wang sahaja. Begitu juga dengan dia, segalanya umi dia yang uruskan. Aku tidak terkejut dengan apa yang terjadi kerana sudah ku agak. Cuma, orang tua aku serta orang tuanya agak bising bila kami langsung tidak memberi komitmen untuk majlis yang akan diadakan.

***
Hati menidakkan, namun tanggungjawab sebagai seorang isteri harus aku jalankan.
“You, esok I dah start kerja tau. So, kita pergi honeymoon lain kali je lah ye.” Kata Nadin sambil mengemaskan letak pakaiannya di badan.
Sungguh aku tidak terkejut dengan kata-katanya. Dengan keadaan kami yang macam kahwin paksa nih, tak kan lah dia masih ada hati nak berbulan madu dengan aku kan.
“It’s okay.” Langkah kaki ku atur untuk keluar dan dia hanya mengikut dari belakang.
“You tak kisah ke?”
Langkah kaki terus terhenti saat mendengarkan soalan dari mulut Nadin. “Why should I?”
Kedengaran Nadin mendengus perlahan. “Bukan ke honeymoon adalah saat yang paling di nanti-nantikan oleh setiap wanita yang baru berkahwin?”
“Encik Mohd Nadin, what is wrong with you huh? You nak apa sebenarnya? Perlu ke you provoke I dengan soalan-soalan macam tu? Dah bosan sangat ke sampaikan nak cari gaduh dengan I pulak?”
Nadin terus melangkah pergi tanpa menjawab satu pun soalan yang aku ajukan kepadanya.
Itu bukanlah kali pertama dan kali terakhir aku dan Nadin bergaduh kerana perkara kecil.
“I ada seminar kat Jakarta next week. I’ll be away for three days...” Kata Nadin sewaktu aku sedang menyiapkan baki kerja yang aku bawa pulang.
“Okay...”
“and I want you to come with me.”
Ufh...lawak apa pula yang Nadin nak nak buat nih.
“Kenapa I nak kena ikut you pula.”
“Because you are my wife!” Jawabnya tegas sambil matanya tajam memandang ke arah aku.
Nafas perlahan aku lepaskan. “Don’t be ridiculous boleh tak. I have my own commitment la. I kerja okay, I’m not a full time housewife yang boleh ke hulu ke hilir dengan you.” Malas rasanya nak melayan perangai Nadin yang macam-macam nih.
“Minta cuti la, tiga hari je kut, tak kan tak boleh...”
“You ingat senang ke nak minta cuti dalam keadaan kerja berlambak macam ni. You pergi sorang je lah. Lagi pun you pergi kerja kan and for sure you will have no time for me there. You nak I tercongok kat hotel tu ke? Daripada I tercongok kat hotel sana, lebih baik I kat sini, pergi kerja macam biasa ada juga....” Belum sempat manghabiskan kata-kataku, lantas Nadin memotong...
“You selalu macam ni kan, suka gaduh dengan I, tak dengar cakap I, suka melawan. What is wrong with you Hannah? Apanya yang you tak puas hati sangat dengan I? I ajak you ikut I sebab I nak spent more time with you, alone. Kat sana nanti I bukannya kena attend seminar tu 24 jam, I still have time for you. Tak boleh ke you ikut je cakap I? Kali ni je Hannah.”
Wajah Nadin kelihatan marah. Ye, dia marah dengan aku. Tapi, apa perlunya aku ikut dia ke sana kalau hubungan kami tidak seperti pasangan suami isteri yang lain, tawar dan hambar.
“You ingat I suka sangat ke nak gaduh dengan you. Dah lah Nadin, I penat. Penat nak fikir pasal masalah kerja, penat nak fikir pasal you...” Kertas kerja yang bertaburan aku selitkan saja di dalam fail yang ada. Mood kerja aku sudah hilang. Semuanya gara-gara Mohd Nadin.
“Penat nak fikir pasal I? So, I nih beban la bagi you? Macam tu?” Nadin sudah tercegat di depan meja kerja aku.
“Ya Allah, yang you fikir sampai macam tu sekali kenapa?”
“You yang buat I fikir macam tu Hannah...” Masih tegang nada suara Nadin.
Aku turut bangun... “I bukan saja-saja nak gaduh dengan you atau melawan cakap you, cuma I tak rasa yang I perlu ikut you ke sana because we are not what we are. You know what I mean right?”
Nadin diam, namun matanya masih tajam  memandang ke arah aku. “I think, you should just leave me alone. Mungkin kita perlu masa untuk bersendirian...”

***
“Hai Hannah, macam mana hidup dengan suami tersayang? Happy?” Soal Lily ceria.
Gembira?! Gembirakah aku dengan kehidupan aku sekarang? Masing-masing buat hal sendiri. Makan pakainya tetap aku jaga. Dia juga sentiasa memberi aku wang belanja. Kelihatan seperti pasangan normal bukan. Tetapi, kami sebenarnya tidak normal seperti pasangan yang lain. Bila kami asyik bersilisih faham saja bila berbicara, kami lebih senang bercakap hanya bila perlu sahaja. Bila di depan ahli keluarga yang lain, kami lebih banyak tersenyum dari berkata-kata. Duduk satu rumah, tidur satu katil tapi kami tetap macam orang asing.
“Hey, kau dengar ke tak aku tanya?” Bahuku di tolak perlahan.
“I’m married to a stranger Lily.”
Lily melopong, dan aku masih tersenyum sambil melemparkan pandangan kosong ke luar bangunan.

***
Ruang tamu mama dan baba dipenuhi dengan kehadiran kedua ibu bapa mertuaku. Aku dan Nadin mengambil tempat di bahagian tepi berdekatan dengan kerusi mama dan baba. Semua kelihatan serious. Aku tahu, mesti ada sesuatu yang penting akan dibicarakan. Dan yang penting itu adalah tentang kami berdua.
“Tujuan kita semua berkumpul hari ini adalah untuk berbincang tentang Hannah dan Nadin, tentang kehidupan kamu berdua yang tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.” kata baba.
Sudah ku agak. Aku menjeling Nadin di sebelah, masih tenang. Mungkin dia juga sudah mengagak apa yang ingin diperkatakan seperti aku jua.
“Kami tengok rumah tangga kamu suram dan dingin saja. Kenapa Nadin?” Ayah mertuaku sudah mula menyoal.
“Kamu berdua ada masalah ke? Kalau ada masalah berbincang lah elok-elok. Kalau rasa tidak mampu menyelesaikannya sendiri, kamu berdua boleh rujuk dengan kami.” Umi menyambung bicara.
Mama aku lihat mengangguk saja. Turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh besannya.
Kami masih diam tanpa bicara. Sungguh aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan. Nadin juga turut berdiam diri, membiarkan saja orang tua kami membuat telahan sendiri.
“Kalau senyap begini, sampai bila-bila pun masalah tak akan selesai Hannah, Nadin.” Baba sudah berubah wajah. Geram gamaknya melihat kami yang masih berdiam diri dari tadi.
“Tolong bagi kami masa, kami akan cuba selesaikan segalanya sendiri.” Nah, Mohd Nadin sudah mula bersuara. Hatiku mula berubah rentak.

***
Nadin di hujung kerusi sebelah kanan manakala aku pula di hujung kerusi sebelah kiri. Terdapat ruang yang sangat luas di antara kami.
“Kita perlu selesaikan masalah kita Hannah.”
“Masalah apa?” Soalku malas.
Pantas Nadin memandang ke arahku. Barangkali terkejut mendengar soalanku yang menyakitkan hati itu.
“Masalah antara kita Hannah.” Suaranya sudah mula kedengaran keras.
“Antara kita tak akan ada masalah Nadin kalau you tak datang pinang I walaupun dah banyak kali I tolak.” Jawab ku selamba.
Matanya membuntang. Marah mungkin.
“Jadi you menyesal kahwin dengan I?” Soalnya tajam.
“Tak, I tak menyesal. Cuma sedikit ralat.”
“Why?”
“Entah.”
“Don’t be ridiculous Hannah.” Nada cuak Nadin mula kedengaran. Bosan dengan jawapan aku yang agak menyakitkan hati.
Aku menarik nafas perlahan. “Let me ask you one question Mohd Nadin.”
“What?”
“Kenapa you still nak kahwin dengan I sedangkan you didn’t love me. Never!”
Soalan yang sudah lama tersimpan kemas akhirnya aku luahkan.
“Who said so?” Soalnya pula.
Aku merengus kecil. Kenapa soalan perlu dijawab dengan soalan. Kenapa?
“Tak perlu orang cakap pun I dah tahu lah.”
Nadin tergelak kecil mendengar kata-kataku.
“You are wrong Hannah. So, so, wrong.”
“Part mananya yang I salah? Cuba you cakap!” Geram sungguh tengok dia tergelak macam tu.
“Part yang I didn’t love you.”
“Tak payah nak tipu I lah Nadin. Your lies makes me sick.” Nadin di sebelah aku renung tajam.
“I tak tipu Hannah. Tak pernah sekali pun dalam hidup I, I tak cintakan you.” Nadin kembali tenang dan masih elok bersandar di kerusi.
“I tak percaya.” Sungguh aku tak percaya. Kalau betul dia cintakan aku, kenapa dia tidak pernah katakan ketika aku sudah jatuh cinta dan sayang tahap kritikal terhadapanya suatu ketika dahulu? Kenapa dia tidak pernah mengiakan apa yang aku rasa sebelum ini? Kenapa rasa cintanya tidak pernah selari dengan perbuatannya? Kenapa?
“I sedar tentang perasaan you terhadap I suatu ketika dahulu. I juga tahu yang you sanggup tolak lamaran mereka semua sebab I, sebab you tunggu I.”
Hatiku mula sebak mengenangkan perasaan yang pernah wujud terhadapnya. Tubir mata mula berair.
“Percayalah, yang I juga rasa apa yang you rasa. Cuma, I tak tahu macam mana nak luahkan. You tahu kan I macam mana dulu. Soulless, kayu, patung cendana, tak tahu how to express my feeling.”
Air mataku mula menitis. Dengan rakus tanganku menyapu air mata yang mengalir di pipi. Tanpa aku sedar, tangannya mula menarik tangan aku dan digenggam erat.
“Dulu I teringin sangat nak pegang tangan you, nak belai pipi you. Tapi I tak pandai. Bodoh kan I, benda senang macam tu pun tak reti.” Dia tergelak kecil.
“ Lagipun waktu tu kan kita bukan muhrim. That’s why I suruh ayah dengan umi pinang you walaupun berkali-kali you tolak. I want you to be my wife Hannah so that I can touch you, hold you and put you in my arm.”
Okay, I’m speechless. Tapi....
“But why you buat tak tahu je tentang persiapan perkahwinan kita? Semuanya you serahkan kat umi kan seratus peratus.”
Nadim senyum lagi. Eh, eh, suka senyum pulak dia.
“Sebab I memang tak pandai bab hantaran, pelamin, warna tema semua. Nak tanya you tapi you asyik moody je. Jumpa I pun nak tak nak je kan, macam kena kahwin paksa.”
Bahunya aku tolak perlahan. Suka hati je kutuk aku tak pakai insurans.
“You la buat I moody macam tu. Buat I sakit hati, buat I syok sendiri dan yang paling teruk, buat I malu tergila-gilakan you macam tu.” Air mata yang hampir kering mula basah kembali. Sedih kot bila ingat balik yang part syok sendiri tu. Buat malu kaum je lah.
“Alololo sorry sayang. I memang tak reti bab feeling-feeling segala. I think I should read more books bout that. Ada ke buku pasal hati perasaan nih kat kedai ek?”
Kali ini bahunya aku tumbuk kuat. Main-main je kerjanya.
“Adoi! Sakit la Hannah.” Bahunya digosok perlahan.
“Pape pun, I want you to know that I’m truly love you and please do remember that okay dear.”
Macam tu je penyelesaiannya. Namun aku angguk jua. So, selama ini aku hidup dalam salah faham saja lah. Salah faham tentang isi hatinya dan salah faham tentang rasa hatiku. Nasib baik jodohku tetap kuat dengan Mohd Nadin. Alhamdulillah...

TAMAT
____________________________________________________

p/s I love U : Terima kasih sudi baca ^^

6 comments:

  1. heheheh... best... panjang kan lagi part nie lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks...panjangkan??? will think bout it dear :)

      Delete
  2. smbungkan lg yer ...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungkan??? hehhee insha Allah kalau ada idea ye :)

      Delete