13 December 2012

Accidentally On Purpose Part 2


Assalamualaikum ^_^

Here's the second part.... Happy reading guys and sorry in advance if this part kureng sikit bestnye okay. >_<
______________________________________________________________________

8 bulan kemudian...
“Saya tengok sekarang ni selalu sangat Encik Zill tu datang ke bahagian audit kan Hanis. Awak tak perasan ke?”
Erk! Soalan spesis apa la pulak yang Encik Firdaus tanya ni. Kak Maria, Hafizul dan Khairiah dah tersengih-sengih macam apa entah. Encik Firdaus turut tersenyum melihat aku yang dah kalut semacam.
Oh ya, dua minggu selepas aku pergi interview lapan bulan lepas, aku dapat call dari Hotel Grand Violet. Alhamdulillah rezeki aku sudah tertulis dekat situ. Jawatan yang aku pegang sekarang adalah juruaudit junior dan aku diletakkan di bawah pengawasan Kak Maria sebagai juruaudit senior. Hafizul dengan Khairiah tu pula junior yang dah masuk pangkat senior dah ha tapi apa-apa hal mesti kena rujuk dengan Kak Maria juga sebab Kak Maria super senior kot...hehehe. Encik Firdaus pula big boss bahagian audit. Senang cakap, ketua kami semua la.
“Entah lah Encik Firdaus, tak perasan pulak saya.” Aku sengih je lepas cakap macam tu. Nak mengelakkan diri dari tercakap benda yang bukan-bukan. Mulut aku nih bukan boleh harap sangat, suka menderhaka dengan tuan dia  nih ha.
“Tak perasan ke buat-buat tak perasan.” Hafizul tolong tambah perisa.
“Saya rasa buat-buat tak perasan kot.” Semua gelak bila mendengar kata-kata Encik Firdaus.
Hai seronok nampak encik nih menyakat aku. Mentang-mentang lah aku yang paling bongsu kat sini, sesuka hati je kan korang semua gelakkan aku. Sungguh kejam kalian semua.
“Assalamualaikum, kat sini rupanya semua orang. Patut la senyap saja kat luar sana. Buat apa ni?” Naaa... Encik Zill Qayyim sudah datang.
“Kan betul saya cakap.” Kata Encik Firdaus sambil tersenyum-senyum memandang ke arah aku. Tu tak lain perli aku la tu. Kak Maria dah sibuk siku-siku lengan aku segala. Ish tak agak-agak tau Kak Maria nih.
“Cakap apa?”
“Eh, tak ada apa-apa lah Zill. Kami tengah buat semakan sikit nih ha. Buat ramai-ramai cepat la sikit siap kan. So, ada apa you datang sini?” Encik Firdaus mula mengubah topik. Fuhhh...selamat.
“Tak ada apa, I just nak bagi penyata nih kat you.” Sebuah fail berwarna hitam diletakkan di depan kami.
“La kenapa susah-susah bawak turun ke sini pula, kan selalunya Maria akan naik ambil kat atas.”
“Tak apa lah, dah alang-alang I nak ke bawah, I bawa terus la. Bukan berat mana pun. Eh okay lah, I pergi dulu ye.”
Aku jeling sekilas ke arah Encik Zill yang kelihatan sudah mahu melangkah keluar dari bilik discussion kami. Eh, eh, dia tengok aku la. Zapp! Jantung aku dah buat kerja overtime pulak, berdebar dup dap, dup dap.
Setelah Encik Zill selamat keluar dari tempat kami, bergema bilik yang kecil ini dengan gelak ketawa Encik Firdaus, Kak Maria, Hafizul dan Khairiah. Ini tak lain, mesti tengah gelakkan aku dengan Encik Zill nih. Hai nasib badan la dapat bos dengan officemate semua satu kepala. Kepala ting tong!

***
Kerja-kerja menyemak dokumen penting semua sudah selesai, so hari ini semua fail yang berkenaan perlu diangkut bawa naik ke atas, ke bahagian sumber manusia. Sepatutnya Kak Maria dan Hafizul yang kena angkut bawa naik semua fail ni tapi tiba-tiba mereka ada hal yang tidak dapat dielakkan pula. Nak tak nak, terpaksa lah aku dengan Khairiah bawa naik semua fail ini.
“Hai Kak Mira, busy nampak.” Kelakar betul tengok Kak Mira yang kalut semacam kat meja dia. Itu ada lah yang tak kena tu.
“Eh hai Hanis, Khairiah. Macam mana boleh sampai kat atas pula ni. Selalu bukan main payah lagi akak nak nampak muka korang berdua ni kat sini, especially Si Hanis tu ha. Asyik mengelat saja kalau akak ajak naik atas.”
Khariah tergelak kecil mendengar kata-kata Kak Mira. Dalam tengah kalut pun sempat lagi tau bahan aku.
“Kami naik sebab nak hantar fail ni la kak. Eh Hanis, aku nak pergi toilet jap eh, nak terkucil la pulak. Kau tunggu aku tau.” Terus Khairiah melangkah laju meninggalkan aku dengan Kak Mira.
“Akak, yang ramai-ramai kat luar sana tu kenapa? Ada interview ke?” Curious semacam je aku rasa bila tengok ramai manusia tercongok kat luar pintu bahagian sumber manusia tadi.
“A’a, ada interview.”
“Eh, dalam setahun berapa banyak interview yang hotel ni nak buat? Banyak sangat ke jawatan kosong kat hotel ni akak?” Ha, aku memang macam nih, banyak tanya. Nasib la orang yang nak menjawabnya nanti.
“Tak ada lah, tengok keadaan. Kalau kita tak cukup staf, kita buat la temuduga ni semua. Lagi pun hotel ni kan ada banyak department. Department sana dah cukup, department sini pula yang tak cukup. Macam itu la Hanis.”
“Ooo...” Aku angguk faham.
“Bos akak ke yang akan interview diorang semua nanti?”
“A’a, tapi dari tadi lagi diorang semua ni tunggu, Encik Zill tak juga sampai. Entah bilanya baru boleh mula sesi temuduga hari ini.”
“Erm, rasa-rasa akak la kan, nanti bos akak tu akan tanya soalan bukan-bukan yang macam dia tanya Hanis dulu tu ke?” Dagu aku usap perlahan.
Kak Mira pula sudah ketawa mengekek kat meja dia.
“Kenapa Hanis tanya macam tu?”
“Tak ada la, bila Hanis keluar nanti Hanis nak bagi soalan bocor kat diorang hahaha.”
Kak Mira turut ketawa mendengar kata-kata aku itu. Lucu bebenor agaknya.
“Soalan macam tu dia bagi kat Hanis sorang je. Hanis kan special case.”
Erk, macam tu pula. Ada-ada saja lah Kak Mira nih.
“Amboi berborak sakan nampak.” Tegur satu suara dari belakang.
Alamak, dia datang teng teng teng. Baik aku gerak sekarang.
“Eh okay la akak, saya turun dulu lah ye.” Bisik aku perlahan lalu terus melangkah keluar. Sewaktu melewati tempat Encik Zill berdiri, aku sempat melirik ke arahnya yang sedang ralit memandang ke arah aku. Alahai, apa kena la dengan encik nih, pandang anak dara orang macam nak telan.
“Hanis tak nak tunggu Khairiah ke?”
Aku geleng kepala sahaja. Pandai-pandai lah dia turun nanti. Siapa suruh pergi tandas lama sangat.

***
Waktu makan tengah hari sudah tiba. Perut pun sudah mula berkeroncong untuk Ana dah nih ha. Erm kalau pekena nasi putih dengan gulai lemak sayur kubis pun best juga nih.
“Hanis, Khairiah, jom pergi lunch.”
Owh Kak Maria sudah memanggil. Let’s go baby....
“Eh you all semua nak keluar lunch ke?” Naa...suara itu lagi. Tak ada suara lain ke yang nak tegur kami di siang hari ni.
“Ye Encik Zill, kami nak keluar lunch.” Jawab Kak Maria perlahan.
“I ikut boleh?”
Aik, nak main ikut-ikut orang pula. Kak Maria dah speechless, Si Khariah nih pula dah buat muka blur. Aku? Buat muka tak puas hati la, apa lagi. Cepat-cepat aku bagi hint kat Kak Maria tak kasi encik ni ikut kami. Bukan apa, tak suka la.
Kak Maria dah menggelabah, serba salah pun ye juga. Kejap pandang muka aku, kejap pandang muka encik kat depan kami ni. Haish, kesian betul aku tengok.
“Erm tak apa la Maria, kesian pula I tengok you serba salah macam ni. I tahu ada orang tak sudi nak lunch dengan I. Okay lah, I pergi dulu.”
Bukk! Sempat dia sindir aku sebelum melangkah pergi. Cis kek betul!
“Ish, ini semua Hanis punya pasal la.” Marah Kak Maria. Ala marah-marah sayang je tu.
“Apa salah Hanis pula.” Ha, dah buat salah tak nak mengaku pula kan kau Hanis.
“Ye la, buat muka tak siap macam tu. Kesian Encik Zill tahu, kecik hati dia.”
“Dah tu akak pergi je la lunch dengan dia, biar Hanis pergi dengan Khairiah je.” Nah, tak nak mengaku salah pula.
“Hey dah la, Khairiah dah lapar dah nih tau. Jom la pergi makan, nanti habis pula lauk kat gerai Mak Kiah tu karang.”
“Yela jom.”

***
“Kenapa dengan tangan awak tu?”
Erk! Macam mana encik yang sorang ni boleh tercongok kat depan meja aku pula ni. Bila masa pula dia turun? Tak perasan pun. Luka di tempurung tangan sebelah kiri aku jeling sekilas. Luka kat tangan nih memang la susah nak sorok. Kalau kat telapak tangan ke, lengan ke, boleh juga aku tutup.
“Tak ada apa-apa encik, luka sikit je.” Naa suara ayu aku dah keluar dah.
“Sikit awak cakap, boleh berparut tau tak. Macam mana boleh luka?” Suaranya tetap mendatar seperti tadi.
“Luka waktu tengah kemas rumah semalam.”
“Luka kena apa?”
Ek ena, banyak pula soalan dia.
“Entah lah encik, tak perasan pula saya. Tengok-tengok dah luka berdarah semua.”
“Eh, boleh pula macam tu. Hurmm, nampaknya kena kurangkan lah sikit wang hantaran awak nanti.”
“Wang hantaran?! Apa maksud encik?” Okay aku dah menggelabah tak hengat dah nih. Encik Zill boleh pula cakap macam orang tak ada perasaan. Manusia ke robot entah dia nih.
“Tak ada apa-apa lah. Jangan lupa sapu minyak gamat. Nanti hilang la parut tu.” Jawab Encik Zill sambil melangkah pergi meninggalkan meja aku.
Sayup-sayup kedengaran suara Khairiah dan Hafizul sedang melepaskan ketawa di sebalik almari simpanan fail. Tu tak lain, tengah gelakkan aku lah tu.

***
Hari ini Kak Maria tumpang kereta aku sebab suami dia outstation. Sebelum aku hantar dia balik ke rumah, sempat kami singgah ke pasar malam yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan Kak Maria. Meriah juga pasar malam kat kawasan ini, ada banyak gerai yang menjual bermacam-macam jenis barang dan juga makanan. Tak rugi aku singgah. Sewaktu di dalam kereta untuk menghantar Kak Maria pulang, tiba-tiba Kak Maria bersuara...
“Hanis, akak sebenarnya ada sesuatu nak bagi tahu kat Hanis.” Kak Maria di sebelah aku pandang sekilas.
“Apa dia kak?”
“Tapi Hanis janji yang Hanis tak akan melenting ke, meraung ke, lari keliling bangunan ke okay?”
Okay, aku dah cuak. Tapi, lari keliling bangunan? Yang melenting, meraung boleh la diterima akal. Yang lari keliling bangunan tu apa hal? Waras ke tidak Kak Maria ni.
“Cakap la kak, Hanis cool je.” Aku tayang gigi yang tak berapa nak cantik ni ha.
“Erm, Encik Zill suruh akak sampaikan pesanan kat Hanis.”
“Pesanan apa?”
“Dia nak lamar Hanis jadi isteri dia.”
Hahaha aku gelak kuat. Kak Maria dah terkejut beruk tengok aku yang macam kena histeria.
“Okay akak, okay. Lucu tau akak. Nih practice nak masuk Maharaja Lawak ke apa nih kak?” Habis berair mata aku sebab gelak kuat sangat.
“Akak serious la Hanis. Ini buktinya.” Sebentuk cincin belah rotan dihulurkan kepada aku.
“Uish, siap dengan cincin segala dah ha. Serious la nih ye kak?” Aiyark! Lagi mau tanya ka Hanis.
“Serious la Hanis, tak main-main pun. Kalau tak percaya juga, pergi tanya Encik Zill sendiri.” Muka Kak Maria dah merah padam menahan rasa tengok gelagat aku yang tak pernah nak serious.
“Tapi tak boleh la macam ni kak.”
“Apanya yang tak boleh?”
“Macam ni la, dah lah suruh akak yang sampaikan pesanan lepas tu siap bagi cincin segala. Macam orang dulu kala tau kak, tak gentleman langsung.”
“Jadi, Hanis nak dia datang cakap sendiri kat Hanis? Macam tu?”
“Eh tak jugak. Ala kak, macam mana nak cakap ye.”
“Hanis, Encik Zill tu dah lama dah suka kan Hanis tau. Sejak kali pertama dia jumpa Hanis waktu Hanis datang interview dulu. Tapi dia pendam sorang-sorang. Then dia tahu yang akak rapat dengan Hanis, so, dia datang confess dengan akak segala-galanya tentang perasaan dia terhadap Hanis.”
Ohooo...lawak apakah yang sedang Kak Maria mainkan ini. Tiba-tiba Kak Maria gelak.
“Kenapa akak gelak?”
“Lucu la tengok muka Hanis blushing, macam air bandung, dengan mulut ternganga pulak tu.”
“Alaa akak tak lucu la. Jadi, akak dah lama la ye tahu tentang hal ni? Yang lain-lain tahu juga ke?”
“Tak, diorang semua tak tahu. Yang tahu hanya akak, Encik Zill dan setiausaha dia je.”
“Hah! Kak Mira pun tahu juga? Aduh, malunya Hanis. Macam mana Kak Mira boleh tahu?”
“Entah lah, Mira tak cakap la pulak macam mana dia boleh tahu tentang semua ini. Ala itu semua tak penting la Hanis, yang penting soal Hanis dengan Encik Zill ni ha. Macam mana? Setuju ke tidak?”
“Ish, tak boleh la macam ni kak. Ini semua tak betul tau kak.”
“Apanya yang tak betul?”
“Banyak yang tak betul la Kak Maria. Macam ni lah, akak bagi tahu kat Encik Zill, Hanis nak jumpa dengan dia nak bincang sendiri dengan dia.”
“Berani ke Hanis nak jumpa dan cakap sendiri dengan dia? Bukan ke Hanis asyik mengelak saja dari berjumpa dengan dia. Jangan kata nak cakap, pandang dia pun Hanis tak nak. Dah macam anti pula Hanis dengan Encik Zill tu. Padan la kawan tu mintak tolong akak  sampaikan hajat dia nak menyunting Hanis.”
Amekkaw! Sekali kena perli dengan Kak Maria, menanah telinga nih tau.
“Hanis tak suka la kak biar benda tergantung macam ni. Tak best tau.”
“Hanis, akak bukan la nak paksa Hanis untuk terima Encik Zill. Kalau Hanis tak nak terima dia tak apa, nanti akak akan cakap elok-elok dengan dia. Tapi kalau Hanis nak tolak dia waktu dia berdepan dengan Hanis nanti, akak rasa itu tak patut. Kesian dia Hanis, nanti mesti dia malu yang amat sangat. Lagi pula dia budak baik, tak elok buat dia macam tu.”
“Baik ke kalau tanya Hanis macam-macam masa interview dulu. Macam nak merendah-rendah kan Hanis tau kak bila dia tanya soalan sensitif macam tu.”
Kak Maria tergelak kecil. Eh, eh, boleh pulak dia tergelak waktu gawat macam ni.
“Dia tanya macam tu sebab dia dah berkenan dengan Hanis. Itu pasal dia tanya soalan macam mencari calon isteri solehah.”
Hei, sama la dengan apa yang Malin cakap dulu.
“Hurmm akak arrange kan je lah perjumpaan kami tu ye. Hanis memang nak cakap sendiri dengan dia, face to face. Jangan risau, insya Allah Hanis tak tolak dia depan-depan.”
“Jadi Hanis terima lah?”
Erk! Aku terima ke?
“Entah. Nanti Hanis fikirkan dulu, tapi akak tolong la cari masa untuk kami berjumpa ye.”
“Baiklah.” Kotak cincin disimpan kemas di dalam beg tangan Kak Maria.
Tak tahu kenapa aku tidak terus menolak lamaran Encik Zill tadi. Padahal aku bukan suka dia pun. Benci pun tidak okay. Walaupun aku pernah terasa hati bagai nak robek sewaktu di interview oleh dia dulu, aku tetap tidak benci dia. Sakit hati itu normal la kan. Bila dah lama, hilang juga. Yang penting sekarang, aku nak cakap dengan dia face to face sebab aku rasa macam banyak je soalan yang aku nak tanya dekat dia nanti. Ha, sekarang giliran aku pula untuk interview dia keh...keh...keh...

2 comments:

  1. hew...hew... menarik!!! :D
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete