11 December 2012

Accidentally On Purpose Part 1

Assalamualaikum ^_^

Hola...I'm back! teheee... Ye, tukang buat cerpen separuh jalan ini sudah kembali ekekeke... Nah cerpen terbaru dari saya. Ceh, perlu ke tajuknya in English?! Okay perlu, sebab saya tak tahu nak letak tajuk apa. Sorry kalau tak best. Oh ye, cerpen nih insya Allah tak separuh jalan macam yang lain hehehe... Anyway, happy reading guys! >_<

__________________________________________________________________


“Kau pergi ke tidak majlis kahwin Hazim nanti?”
Soalan yang paling aku menyampah nak dengar bila aku dapat tahu yang Hazim pujaan hatiku dah nak kahwin lagi dua minggu. Aku? Masih seperti dulu, setia menunggu cinta Si Hazim walaupun aku dah tahu tak akan punya lah Hazim tiba-tiba batalkan perkahwinan dia dengan si cantik manis yang aku tak tahu nama itu semata-mata nak kahwin dengan aku. Pergh, kenyataan yang sangat sadis bukan. Oh ya, lupa pula nak bagi tahu. Aku adalah seorang penanam anggur a.k.a penganggur yang masih setia menunggu tawaran kerja dari company yang teringin nak offer aku kerja. See, aku memang seorang yang setia kan.
“Hanis, kau dah dapat invitation card Hazim?”
Oh mak kau! Buat terkejut orang je lah Si Malin nih tau. Malin di sebelah aku jeling tajam.
“Ek ena, jeling-jeling orang pulak minah nih.” Malin dah tarik muncung.
“Dah dapat lah. Fauzi bagi semalam.” Menyampah pula rasa bila Hazim tak bagi sendiri kad kahwin dia kat aku. Apa dia ingat aku tak boleh terima kenyataan yang dia dah nak kahwin ke hape.
“So, kau nak pergi tak wedding dia nanti?” Tanya Malin lagi.
“Hurm, tak lah kot.”
“Kenapa? Kau frust ek?” Malin dah sengih macam apa entah. Tu tak lain perli aku la tu.
“Dah tahu lagi mau tanya ke makcik.” Pap! Bahu dia aku tampar perlahan. Menyampah mak!
“Alaaa... rileks la Hanis, jom lah pergi wedding dia. Kau buat biasa-biasa dah lah nanti. Okay?” Nih rancangan nak suruh aku memalukan diri sendiri ke apa.
“Ish tak nak lah. Dah lah Si Hazim tu tahu aku suka kat dia. Segan dowh! Lagi pun buat apa aku nak sakitkan hati aku pergi tengok dia bersanding dengan siapa entah. Lebih baik aku pergi menapak kat mana-mana company yang ada kat tengah-tengah bandar nih, mintak kerja dengan diorang. Mana lah tahu kan kot ada rezeki aku nanti kan. Ada juga faedahnya.”
Bantal kecil di sebelah aku tepuk perlahan dan kepala aku selamat mendarat dengan amannya. Hurm, baring-baring kat kerusi nih pun best jugak.
“Tapi kan  Hanis, kalau kau tak pergi nanti mesti dia fikir yang kau tak boleh terima yang dia dah kahwin. Ha! Kawan-kawan yang lain pun mesti fikir macam tu jugak tau.”
Tak berputus asa betul budak Malin nih tau.
“Lantak lah diorang nak fikir apa pun. Yang penting, aku dah tak nak jumpa dengan Hazim lagi dah.” Keputusan aku muktamad. Lagi pun aku dah tahu yang aku nih tak kuat. Karang kalau aku lencun dengan air mata kat sana karang siapa nak jawab?
“Ala tak sporting la kau Hanis.” Bahu aku ditolak perlahan.
“Ah, banyak lah kau punya sporting. Dah lah, aku nak tidur jap. Nanti dah asar jangan lupa kejut aku tau.” Terus aku tutup muka dengan bantal kecil yang  lagi satu. Malas nak layan Malin membebel entah apa-apa.

***

“Malin! Aku pergi dulu.”
Malin menjenguk kepala dari dapur. Hik, comel! Macam koala main nyorok-nyorok dekat belakang pokok.
“Betul ke kau ada interview hari ni? Bukan kau saja nak mengelak dari pergi wedding Hazim?” Soal Malin dengan kedutan seribu di wajah. Okay tipu, tak adanya sampai seribu.
“Ya Allah, betul la makcik. Kau tak nampak ke aku dah bersiap mengalahkan makcik-makcik yang kerja gomen tu ha. Siap kepit fail segala dah nih, tak kan la aku nak tipu kau pulak.” Jam tangan aku jeling sekilas. Ada lagi satu jam sebelum waktu temu duga dengan encik pengurus bahagian sumber manusia  Hotel Grand Violet. Drive ke sana ambil masa 30 minit je means aku ada lagi masa 30 minit untuk prepare apa yang patut.
“Erm okay. Eh, kejap! Kau tak ada nak kirim Hazim apa-apa ke?”
“Kirim apa-apa tu apa?” Soalku bingung. Waktu macam ini la banyak pulak soalan dia.
“Kirim salam la makcik.”
“Dia pun dah jenuh nak bersalam dengan orang jemputan dia tu semua, tak payah susah-susah nak kirim salam lagi dah. Eh dah lah, aku pergi dulu. Nanti jangan lupa kunci pintu tau. Assalamualaikum.” Flat shoe di atas rak aku capai sambil melangkah laju ke arah kereta. Tak payah kalut nak sarung sekarang, nanti nak drive aku buka juga. Habit yang susah nak tinggalkan, driving sambil berkaki ayam. Abah selalu bising tengok aku macam nih.

***

Tanda nama di depan pintu bilik pengurus sumber manusia Hotel Grand Violet aku pandang tak berkelip.
ZILL QAYYIM
Uish nama, middle east sungguh. Mesti orang arab nih.Tak pun, kacukan arab. Dah tu, nak kena cakap arab ke apa aku nanti? Kepala yang tak gatal digaru perlahan lalu aku mengetuk perlahan pintu bilik encik pengurus sumber manusia yang tersergam indah di depan mata.
“Assalamualaikum.”
Kepala yang sedang menunduk mengadap kertas di atas meja diangkat perlahan. Erk! Tak arab pun. Erm, macam pure malay je. Walawei, sempat lagi kan kau Hanis usha orang segala.
Kerusi di depan meja Encik ‘Zill Qayyim’ aku tarik perlahan. Eh tapi dia tak suruh duduk pun kan, tak kan nak duduk macam tu je. Gelabah lah kau Hanis. Bibir bawah aku gigit perlahan. Menahan rasa debar di hati. Bukan berdebar sebab tengok muka encik kat depan nih ye, berdebar sebab awal-awal lagi langkah dah sumbang, tak menyempat.
“Jemput duduk.” Oh, encik middle east sudah bersuara.
“So, awak datang temuduga untuk jawatan apa ye?”
“Juruaudit hasil encik.” Jawabku tenang.
“Ooo okay. Boleh saya tengok sijil-sijil awak.”
“Ini sijil-sijil saya encik.” Fail di tangan aku hulur perlahan.
“So now, boleh cerita tentang latar belakang awak. Your education background, family’s background.”
Bla... bla... bla... Dengan panjang lebarnya aku bercerita.
“Boleh awak bagi tahu saya apa yang awak tahu tentang juruaudit hasil. Definisi ke, skop kerja ke atau apa-apa saja yang awak tahu.”
“Ooo... boleh.” Pergh, confident sangat!
“Audit adalah satu proses yang bersistem yang dilakukan untuk mencari dan menilai secara objektif bukti-bukti tentang kendalian yang telah dilaksanakan atau hasil yang telah diperoleh. Objektif audit pula adalah untuk memberikan gambaran yang benar tentang kedudukan kewangan pada hujung tahun kewangan serta keuntungan dan kerugian untuk tahun kewangan tersebut. Skop kerja juruaudit pula adalah memastikan sama ada maklumat di dalam rekod atau sumber data yang lain boleh dipercayai serta memastikan sama ada maklumat yang berkaitan itu disampaikan dengan baik di dalam penyata kewangan atau tidak.”
Kepala encik middle east terangguk-angguk dari tadi. Puas hati agaknya dengan jawapan yang aku bagi.
“Itu saja?”
“Eh ada lagi encik, perkara yang perlu di ambil kira oleh juruaudit pula adalah aset syarikat, liabiliti dan hasil dan belanja yang ditunjukkan di dalam akaun untung dan rugi.” Senyuman manis aku hadiakan kepada encik kat depan nih sebagai penutup kepada jawapan aku tadi. Ah mengada kau Hanis, nak bagi senyuman segala.
“Okay... Awak tinggal solat ke tidak?”
Erk! Dah kenapa pulak dengan encik nih, tanya soalan sensitif macam tu. Haish, tak gemar betul la aku bila orang duk tanya soalan berbentuk provokasi macam ni.
“Aaa... erm... insya Allah tak tinggal encik.” Ish kepala nih tiba-tiba je berat semacam, asyik menunduk je. Mesti dia ingat aku tipu sebab tak berani nak jawab sambil pandang muka dia yang serious manjang itu.
“So, what is your expected salary?”
Fuhh, cakap pasal duit terus kepala aku tegak memandang ke arah encik unexpected kat depan nih.
“RM 2000 to RM 2200.” Kepala dia angguk lagi. Tak banyak cakap rupanya encik nih ye.
“Okay, my last question. Apa kelebihan yang awak ada untuk meyakinkan saya supaya mengambil awak bagi mengisi kekosongan jawatan ini?”
“Kelebihan saya adalah saya sangat sukakan nombor dan saya sangat suka mengira. Selain itu, saya juga sangat suka menghafal especially the formulas. So, saya rasa saya perlu diberi peluang untuk menggalas jawatan ini kerana kelebihan yang ada pada diri saya.”
Aku senyum lagi. Nak ambik hati orang kan macam tu la, kena murah dengan senyuman.
“Ooo awak suka menghafal rupanya.”
“Ya encik.”
“Jadi, surah apa yang awak dah hafal?”
“Ha?!”
“Surah-surah dalam al-Quran, surah apa yang awak dah hafal?”
Eeee...dia tanya soalan provokasi lagi!
“Erm kalau encik bagi al-Quran, insya Allah saya boleh baca.” Suara aku pun dah nak tak nak  keluar je nih ha. Ya Allah, tiba-tiba dah terkeluar aura ayu nih kenapa.
“Saya tak tanya awak tahu baca al-Quran ke tidak. Saya tanya surah apa yang awak dah hafal.” Ish muka serious tahap nauzubillah.
Ala, apa aku nak jawab ni?!
Ha! Aku kan selalu baca surah yasin, ingat la juga sikit-sikit kalau dengar orang baca tu kan.
“Yasin encik.” Mata dia aku pandang dengan tajam. Ya Allah, janganlah dia suruh aku baca yasin pula.
“Hurm bagus lah kalau macam tu. Jadi, awak nak kerja nih kenapa?”
Aik, tadi bukan dia kata dah last question ke. Kenapa tanya macam-macam lagi ni? Ish sabar je lah aku dengan encik middle east nih tau.
“Erm sebab saya nak kumpul pengalaman encik.”
“Itu saja? Bukan sebab nak kumpul duit buat beli kereta, buat kahwin.”
Ish habis semua yang personal disoalnya. Kalah paparazi kat Hollywood sana.
“Itu dah tentu la encik, kumpul duit buat beli aset. Kahwin tu, nanti-nanti lah.”
“Nanti-nanti? Kenapa? Tak nak kahwin ke?”
Dush! Dush! Dush! Nak saja aku tumbuk muka encik nih tau. Sentap mak dengan soalan nikah kahwin nih la.
“Tak terfikir lagi encik.” Nada suara masih boleh aku kawal, tapi riak muka aku nih tak tahu la macam mana. Cuak giler dah rasanya.
“Okay lah, kalau ada rezeki awak untuk bekerja dengan kami, insya Allah awak akan dapat panggilan  dari kami dalam masa dua minggu. Tapi kalau awak tidak dapat apa-apa panggilan dari kami, maknanya tiada lah rezeki awak di sini. Saya harap awak tidak berputus asa untuk mencari rezeki di mana saja.”
Itu lah kata-kata terakhir Encik Zill Qayyim a.k.a encik pengurus sumber manusia a.k.a encik unexpected a.k.a encik tak banyak cakap a.k.a encik middle east. Wah banyak betul gelaran dia yang dah aku bagi kan. Tak baik tau kau Hanis, macam mana nak dapat kerja kalau asyik mengutuk orang saja kerjanya.
“Baiklah encik, terima kasih.” Pintu biliknya aku tutup perlahan dan langkah kaki aku lajukan. Nak balik!!!

***

Pulang saja dari tempat temuduga tadi, Malin sudah tercongok di depan televisyen dengan baju kurung yang masih tak bertukar, baru balik kenduri gamaknya.
“Hanis, dah balik dah. So, macam mana interview kau tadi?”
Aku menghempas punggung di sebelah Malin. Nafas berat aku lepaskan. Semak rasanya fikiran bila memikirkan apa yang terjadi tadi.
“Entah la Malin, aku rasa aku dah jawab semua soalan tadi dengan confidentnya tapi... waaa tansion betul la!”
“Eh kau kenapa? Kalau dah jawab dengan confident kira dah okay la tu kan.”
“Tak okay la Malin. Dia tanya soalan entah pape je.”
“Dia tanya apa?” Si Malin ni dah terlebih excited la pulak.
“Yang lain aku tak kisah sangat la kan sebab memang relate dengan jawatan yang aku apply tu. Yang aku kisah bila dia tanya aku tinggal solat ke tidak, surah apa yang aku dah hafal, aku tak nak kahwin ke. Aaaa...aku sentap Malin weh!”
Habis penyek bantal kecil kat sebelah aku tumbuk. Lepas geram la konon. Si Malin tu pulak dah gelak guling-guling dah ha. Dia ingat aku tengah buat lawak ke hape.
“Siapa interviewer tu? Muda lagi ke? Atau dah tua berjanggut?” Soal Malin sambil menyapu air mata yang meleleh keluar sebab gelak kuat sangat.
“Pengurus bahagian sumber manusia. Muda lagi, dalam awal 30 an kot.”
“Ooo muda lagi. Dia tengah cari calon isteri kot hihihi.” Malin sambung gelak lagi.
“Banyak la kau punya calon isteri. Aku rasa macam pergi audition rancangan ustazah pilihan pun ye juga tadi tau.”
“Hahaha sengal lah kau nih. Eh lupa pula nak bagi tahu, tadi Hazim dengan wife dia kirim salam. Cantik juga aku tengok wife dia tadi.”
Bukkk! Bertambah-tambah menanah la hatiku ini.
“Waaa...sedih la! Semua pun sedih la hari ni hukhukhuk....”

________________________________________________

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan orang lain, hanya berkait rapat dengan saya sahaja. Eh, boleh pulak cenggitu kan... Well, it's just for fun actually. Pape pun, terima kasih sudi baca... ^_^

2 comments:

  1. BEST KELAKAR LA NAK LAGI BOLEH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh best ke? Thanks awak heee... Boleh boleh, stok masih ada :)

      Delete