28 September 2012

Saya Pilih Awak Part 3

Assalamualaikum ^_^

Tadaaaa.... I'm back!!! teheee. Oleh kerana masalah-masalah teknikal, makanya ini lah sambungan cerita Hannani dan Umair. Sory kalau lil bit boring ke hape hewhewhew... Happy reading ya!

_______________________________________________________________________


6 bulan kemudian...
Persoalan tentang siapa pilihan Hannani terhenti begitu sahaja. Hannani masih meneruskan kehidupannya seperti biasa, begitu juga dengan Umair. Oh ya, Umair masih lagi menjadi pelanggan tetap kafe Hannani dan masih setia menjadi peneman bual bicara Hannani.
Ting!
Pintu kafe dibuka dari luar. Hannani yang sedang mengemas bahagian kaunter mengeluh kecil bila terpandang Zarul yang sedang tersenyum manis ke arahnya.
“Nak apa datang sini?” Tanya Hannani bosan.
“Nak Nani la...”
“Jangan macam-macam boleh tak?!” Marah Hannani.
Zarul tersenyum cuma. Bahagia pula tengok Hannani marah macam tu. Pelik betul!
“Mamat sailang tu tak datang ke hari ni?” Selamba saja Zarul menyoal.
Hannani mula bengang. Hidungnya kembang kempis menahan marah.
“Hei, jaga mulut tu sikit ye. Bahasa tu tolong jaga sikit.” Marah Hannani.
“Apa? Salah ke apa yang Zarul cakap tu? Mamat tak guna tu memang perampas tau tak!” Tengking Zarul pula.
Dan belum pun sempat Hannani membalas kata-kata Zarul, kafenya mula bergema dengan suara Nita yang nyaring mengalahkan burung kakak tua.
“Hey perempuan, dasar tak sedar diri. Umair tu hak aku tau tak. Kau jangan mimpi nak dapat dia.” Jerit Nita sambil cuba menarik rambut Hannani namun sempat dihalang oleh Zarul.
“Hoi! Terjerit-jerit macam perempuan gila nih kenapa? Tak tau malu betul.” Zarul sudah mula campur tangan.
“Kau siapa?! Suka hati aku lah nak terpekik terlolong kat sini pun, bukan menyusahkan kau pun kan.” Jawab Nita lantang. Tangannya disilangkan sambil merengus kecil.
Sibuk betul mamat poyo nih. Habis rosak plan aku nak lempang perempuan tak tahu malu tu. Marah Nita dalam hati.
“Aku boyfriend Nani. So, kau jangan berani nak sentuh dia walau seinci.” Jawab Zarul yakin.
Hannani di sebelah pantas menyiku Zarul. “Hey I’m not your girlfriend okay. Stop making a stupid statement Zarul.”
“Oooo dah ada boyfriend tapi masih nak menggatal dengan boyfriend aku jugak kan. Dasar perempuan tak tahu malu!” Jerit Nita pula.
“Nita! Enough!”
Suara yang penuh dengan ketegasan tiba-tiba kedengaran dari arah pintu. Umair yang masih segak dengan pakaian pejabat berjalan pantas ke arah Nita.
“What are you doing here? You’re not supposed to be here pun kan.” Kata Umair sambil bercekak pinggang.
“I’m here because of you Umair.” Jawab Nita perlahan sambil cuba memaut lengan Umair.
“What?! Nonsense.” Kata Umair tegas. Pegangan Nita ditepis kasar.
“I datang sini sebab nak bagi amaran kat perempuan gatal tu supaya jangan ganggu you.” Dengan tegas Nita berkata sambil matanya tajam menikam wajah Hannani.
“Hey jaga sikit mulut awak tu ye cik kak.” Hannani sudah mula berang. Sesuka hati sesedap rasa saja mengata aku perempuan gatal.
Bukk! Tiba-tiba Zarul melepaskan tumbukan ke arah Umair.
“Kau memang tak sedar diri kan. Dah ada awek tapi masih ada hati nak rampas awek aku.” Marah Zarul sambil melepaskan tumbukan yang kedua.
“Enough Zarul!” Tangannya sempat ditarik Hannani.
“Hey, dia tak bersalah. Yang bersalah tu awek kau. Gatal merenyam nak ngorat boyfriend aku.” Jerit Nita. Luka di bibir Umair cuba disapu namun ditolak kasar oleh tangan umair.
“Nita! Jaga sikit mulut you tu. She’s not that kind of woman okay.” Marah Umair pula.
“Salah ke apa yang I cakap?” Tanya Nita tidak puas hati.
“Ya salah!” Jawab Umair dengan tegas.
“Entah apa lah yang perempuan tu bagi kat you sampaikan you jadi macam ni sekali.” Suara Nita berubah sayu.
Umair sudah tayang muka menyampah. Tu nak berlakon lagi lagi tu.
“I sayang you Umair. Kenapa you sanggup buat I macam ni?” Tangan Umair cuba digapai namun dengan pantas Umair mengelak.
“You kakak I Nita, cuba sedar sikit. Just face the fact.” Jawab Umair bosan.
“No! You’re not my brother. Mak ayah kita lain, so kita bukan adik beradik and kita boleh kahwin Umair. Lets get married okay.” Rayu Nita lagi.
“Gila! I tak akan kahwin dengan you Nita. Never!”
“But why? Buruk sangat ke I nih pada pandangan you? Kalau nak dibandingkan I dengan perempuan tak sedar diri tu, I lagi cantik okay. I lagi bergaya, seksi dan I lah yang paling sesuai untuk bergandingan dengan you. Bla...bla...bla...”
Zarul merengus geram.
“Kenapa Nani halang Zarul tumbuk muka mamat tu?”
“Sebab dia tak bersalah dan apa yang Zarul nak buat tu yang salah.” jawab Hannani selamba.
“Dia tak salah Nani cakap?! Dia cuba rampas Nani dari Zarul padahal dia dah ada awek dah pun, itu yang Nani kata tak salah?”
“Dia tak rampas Nani dari siapa-siapa pun okay. Jangan nak perasan sangat lah Zarul. Nani rasa lebih baik Zarul balik sebelum Nani tolak Zarul keluar dari kafe Nani nih tanpa belas kasihan.” Tangannya disilangkan tanda dia memang serious dengan kata-katanya itu.
“No! Zarul tak nak balik. Nani cuba la sedar sikit yang mamat tu tak sesuai dengan Nani. Belum kahwin lagi dia dah pandai menduakan Nani macam nih. Bila dah kahwin nanti lebih teruk daripada ini pun dia boleh buat tau tak. You better be with me. Kita kahwin okay. Bila kita kahwin, dah tak ada sesiapa lagi dah yang berani serang Nani macam nih...yadaaa...yadaaa...yadaaa....”
Nita dan Zarul masih tekun mengeluarkan hujah masing-masing dihadapan Umair dan Hannani walaupun sudah dihalang oleh Hannani dan Umair. Masih cekal mencuba menambat hati orang yang dikasihi. Namun segala-galanya bagai mencurahkan air ke daun keladi saat terdengar...
“Kami akan kahwin, no matter what!!!”
Jerit Umair dan Hannani serentak seperti sudah membaca kata hati masing-masing. Lalu Hannani dan Umair saling berpandangan seolah-olah menyampaikan apa yang tersirat. Sungguh mereka juga terkejut dengan apa yang telah mereka katakan. Tapi, demi menyelamatkan diri masing-masing dari dua makhluk tidak faham bahasa itu, mereka mengiyakan saja apa yang telah dilafazkan oleh bibir mereka.
Lantas Zarul dan Nita terdiam.

***

Tiga hari Umair tidak datang ke kafe Hannani selepas kejadian itu dan tiga hari juga Hannani MC akibat dari kejadian itu. Demam terkejut gamaknya.
Keliru! Ya itulah apa yang mereka rasakan tika ini. Benda nikah kahwin bukan benda yang boleh dibuat main.
Rumah Umair bagaikan nak pecah dengan raungan Datin Julia bila berita tentang Umair akan berkahwin dengan Hannani disebarkan oleh Nita. Hannani juga tidak terlepas dari soalan yang bertalu-talu keluar dari mulut Doktor Yusuf serta Mak Long nya, ibu Zarul tentang hubungan Hannani dengan Umair serta mengenai perancangan perkahwinan mereka.

***

Ting!
“Hai Aina.” Tegur Umair ceria.
“Hai Abang Umair. Nak makan apa hari ini?” Tanya Aina sambil tersenyum ceria.
“Erm abang nak minum je. Hot coffee macam biasa.”
“Okay siap!” Aina sudah mula mahu melangkah bila tiba-tiba Umair memanggil namanya.
“Yes abang Umair, ada nak tambah pape lagi ke?”
“Tak ada cuma, ermm Kak Nani ada tak?” Soal Umair malu-malu.
Aina sudah tersenyum lebar. Nak tanya Kak Nani rupanya. Itu pun nak malu, apa lah Abang Umair  nih. Ngomel Aina dalam hati.
“Ada, kejap ye Aina panggilkan.” Aina terus berlalu sambil tersenyum manis.
Sebelum menyediakan minuman Umair, Aina sempat singgah di bahagian dapur. Hannani sedang tekun menyiapkan kek Red Velvet sambil dibantu Lara.
“Kak Nani, abang sayang nak jumpa. Ada kat meja depan sana.” Kata Aina nakal.
Lara yang turut mendengar sudah tersenyum simpul.
“Siapa?” Tanya Hannani perlahan.
“Siapa lagi, Abang Umair la.” Jawab Lara laju.
“Eh memandai je Lara nih. Entah-entah Abang Zarul yang datang.” Kata Hannani sambil mengelap tangan yang agak comot dengan kain yang elok tergantung dalam poket apron.
“Kalau yang itu bukan abang sayang Kak Nani, yang itu abang melayang..hahahaha”
Lara dan Aina sudah gelak sakan.
“Amboi seronok ye kamu gelakkan Abang Zarul melayang tu. Dah dah, Lara tolong siapkan kek tu ye, Kak Nani ke depan kejap.” Bahu Aina dipaut untuk mengikutnya ke depan.
“Lama pun tak apa Kak Nani..hehehe” Jawab Lara sambil tergelak kecil.
Hannani sempat menjeling pembantunya itu sambil tersenyum senang.



___________________________________________________

Truly sorry if pendek ke or tak best ke. Anyway thanks for reading guys! >_<

No comments:

Post a Comment