3 September 2012

Saya Pilih Awak Part 2

Assalamualaikum ^_^

Hey, hey, long time no see ececece....akhirnya terupdate jua. Happy reading guys!

____________________________________________________


Suasana di meja makan agak tegang. Umair yang baru sahaja turun untuk bersarapan terus hilang selera makan. Dato Yusof di hujung meja tekun mengadap hidangan manakala Datin Julia pula sibuk melayan telatah Nadia yang semakin lama semakin gedik itu. Oh ya, Nadia adalah anak kakak Datin Julia dan calon isteri Umair. Datin Julia saja yang sesedap rasa mencalonkan Nadia, Umair langsung tak berminat.
“Morning everybody!” Jerit Nita sambil melangkah laju ke arah meja makan.
Nadia di sebelah mamanya sempat dijeling tajam.
“Ya Allah Nita, baju apa yang kamu pakai tu? Cuba bersopan sikit kat depan Umair nih.” Bebel Dato Yusof.
Hilang terus seleranya bila melihat pakaian tak semenggah anak tirinya itu.
“Alaaaa Umair tak kisah pun kan.” Jawab Nita sambil memeluk mesra bahu adik tirinya. 
“Papa, mama, Umair pergi kerja dulu.”
Umair bingkas bangun dan terus menyalami tangan Dato Yusof dan Datin Julia.
“Alaaa Umair, tak nak sarapan dengan I dulu ke?” Rengek Nita dengan suara yang sangatlah mengada-ngada.
Nadia pula kelam kabut mengejar langkah kaki Umair bila mendapat green light daripada Datin Julia.
Umair buat tak tahu saja dan terus melangkah keluar ke keretanya.
“Nita! Kamu jangan mengada-ngada nak menggedik dengan Si Umair tu. Mama dah decide nak jodohkan Umair dengan Nadia. Faham tak?” Marah Datin Julia.
Huh! Nita mendengus kecil.
“Apa kejadahnya mama nak jodohkan mereka berdua pulak? Nita tak setuju.”
“Kamu setuju atau tidak, keputusan mama adalah muktamad.”
“Mama memang melampau, lebih sayangkan orang luar dari anak sendiri.”
Kedengaran suara Nadia menangis kecil sambil memanggil Datin Julia.
“Auntie, sampai hati Umair....tsk...tsk....” Nadia menyapu perlahan air mata palsunya.
“Kenapa sayang, Umair buat apa kat Nadia?” Soal Datin Julia sambil memeluk erat bahu Nadia.
Nita yang sedang berpeluk tubuh mula bengang melihat telatah  mama dan sepupunya yang tidak sedar diri itu.
“Umair pergi macam tu je, dia buat Nadia macam tunggul kayu tau auntie...” Rengek Nadia lagi.
“Padan lah dengan muka kau. Memang dah macam tunggul kayu pun aku tengok kau nih tau tak. Cengeng betul!” Bidas Nita.
“Anita!” Jerit Datin Julia.
“Auntieee.....” Rengek Nadia lagi.
“Eh boleh diam tak?!” Tempikan Dato Yusof mengejutkan semua makhluk yang berada di dalam banglo besar itu.
Nita yang masih terkejut terus berlari anak naik ke biliknya. Nadia dan Datin Julia pula masih berdiri kaku, terkejut sangat.
Dato Yusof pula terus melangkah keluar untuk ke pejabat.
Antara sebab-sebab kenapa Umair malas pulang awal ke rumah adalah kerana makhluk-makhluk nih semua la. Dia rimas dengan kata-kata mama tirinya yang ingin menjodohkannya  dengan anak saudara kesayangan mamanya itu. Dia juga rimas dengan telatah kakak tirinya yang asyik nak menggedik di sebelahnya saja. Dan dia juga teramat rimas dengan Nadia yang tak habis-habis nak mengikutnya ke mana sahaja dia pergi. Dah tu manja pulak tu. Rimas yang amat tau tak!

***

Hannani duduk termenung di bahagian dapur, moodnya untuk membuat kek sudah hilang entah ke mana. Fikirannya sangat terganggu dengan kata-kata Doktor Ishak, merangkap daddynya pagi tadi.
“Daddy dengar Nani dah ada teman lelaki, betul ke?” Tanya Doktor Ishak tiba-tiba.
Uhuk! Uhuk!
Hannani yang sedang elok menyuap makanan terbatuk kecil.
“Siapa yang bagi tahu daddy?” Tanya Hannani.
“Jadi betul la?” Soal Doktor Ishak pula.
Hidung Hannani mula kembang kempis menahan marah. Ini tak lain tak bukan, mesti Si Zarul yang bagi tahu daddy nih. Entah pape je, macam perempuan. Sikit-sikit nak mengadu, sikit-sikit nak mengadu.
“Zarul bagi tau daddy ye?” Tanya Hannani lagi. Ish, tak puas hati betul dengan budak Zarul nih tau.
“Nani sayang, daddy tak menyokong atau tak membantah semua keputusan Nani. Cuma kalau boleh daddy nak Nani fikirkan untuk kebaikan keluarga kita semua.” Jelas Doktor Ishak.
Haila daddy nih tak menjawab soalan langsung. Hannani sudah tarik muncung.
“Jangan cakap yang daddy dah berkenan dengan Si Zarul tu.”
Doktor Ishak tergelak kecil melihat riak wajah Hannani yang berubah kelat, anti sangat dengan Zarul.
“It’s not what I meant dear. Cuma, daddy ada lah terfikir juga yang Mak Long’s idea wasn’t bad at all.”
“Daddy!!!” Hannani terjerit kecil.
Doktor Ishak bantai gelak melihat telatah anak daranya yang manja itu. Tak boleh kena cuit sikit, mula lah nak melatah bagai.
Papp! Bahu Hannani ditampar perlahan. Aina tersengih-sengih, takut juga majikannya yang sorang nih marah.
“Kak Nani kenapa? Dari tadi lagi Aini tengok akak termenung manjang. Akak ada masalah ye? Ke teringat kat mamat slow tu?hehehe” Sempat lagi Aina mengusik.
Hannani pusing, Aina dipandang pelik.
“Mamat slow? Siapa pulak mamat slow yang Aina maksudkan ni?”
Aina sengih lagi.
“Ala mamat yang selalu datang petang-petang tu la, yang suka duduk kat meja tepi tingkap tu.”
“Ooooo Umair rupanya.” Bisik Hannani.
Dengan pantas bahu Aina dicepuk,
“haip! Sesuka hati je kan cakap akak teringat kat Umair ye. Nak kena tau budak nih.” Hannani pura-pura marah.
Aina pula terkekek ketawa.
“Hari tu elok je Aina tengok akak sembang dengan dia, mana lah tau kan kut la Akak dah terjatuh chenta pandang pertama dengan dia.heheh”
“Ewah, jatuh cinta pandang pertama la sangat. Tak ada maknanya Aina oiii....ha nih yang seronok sangat sembang dengan akak nih, dah tak ada kerja nak buat ke cik adik?”
“Eh Kak Nani, lupa nak bagi tau. Tu cik abang akak tengah tunggu kat luar. Amboi, masuk-masuk aje terus tanya akak. Kata tak ada pape.heheh”
Hati Hannani berdebar secara tiba-tiba.
“Cik abang mana pulak? Memandai je tau budak nih. Dah lah, akak keluar dulu.” Hannani terus melangkah keluar. Tak sabar juga nak tahu siapa cik abang yang Aina maksudkan itu.

***

Umair menyisip perlahan kopi panas yang terhidang di atas meja. Aroma kopi yang semerbak seolah-olah telah membawa satu ketenangan kepada dirinya.
“Hai awak, awal hari ni.”
Teguran Hannani yang tiba-tiba mengocak sedikit ketenangan yang dirasa. Bukan apa, terkejut sikit je.
Hannani yang pada mulanya agak cuak mula berasa lega bila melihat ‘cik abang’ yang Aina maksudkan adalah Umair, bukan Zarul yang mengada-ngada itu. Huh, nasib baik. Kalau tidak, lagi rosak moodnya untuk berniaga hari ini.
Dengan selambanya Hannani menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Umair sambil menungkat dagu. Wah, macam dah kenal lama saja budak berdua nih. Padahal baru sekali duduk bersembang, itu pun tak sampai setengah jam.
Umair senyum.
“I’ve no place to go. So, here I am.” Umair menjawab senang.
“Eh, tak kerja ke?” Soal Hannani. Curious over the top. Eleh dia nih memang, curious manjang.
“Got headache this morning, semua kerja tak boleh nak buat.” Umair senyum lagi.
‘Eh pelik la dia nih, kalau dah sakit kenapa datang sini, pergi la klinik. Tak pun balik rumah, berehat.’ Bisik Hannani. Matanya melilau kiri kanan sambil mulutnya dimuncungkan, betul ke tidak mamat nih.
Umair tergelak kecil melihat telatah Hannani.
“Nani, are you okay?”
“Eh okay, fine, thank you.” Jawab Hannani dengan lancarnya.
Umair gelak lagi. Dah kenapa pula dengan gadis ini, menggelabah tak tentu pasal.
“Mesti awak pelik kan kenapa saya datang sini, bukan balik berehat kat rumah saja.” Soal Umair seperti dapat membaca apa yang Hannani fikirkan.
“Gotcha!!! Opps....” Lantas Hannani menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Terover sudah.
Umair ketawa lepas. Telatah gadis bernama Hannani memang sangat mencuit hati. Hilang terus sakit kepalanya dan memang dia tidak salah dalam memilih tempat untuk menghilangkan sakit di kepalanya.
“I just love this place. Rumah tu, bila-bila pun saya boleh balik kan.” Jawab Umair ringkas sekadar menutup segala masalah yang membelenggu dirinya.
“Really?!” Suka benar Hannani bila Umair sangat suka dengan kafenya. Itu belum lagi Umair cakap suka dia. Erk!
“Ya. Erm Nani, can I ask you something?” Soal Umair teragak-agak. Takut juga Hannani tidak selesa dengan soalannya nanti.
“Ya sure.” Hannani senyum sambil menyilangkan tangannya di atas meja. Bersedia untuk menerima soalan dari Umair.
“Erm the guy the other day, what’s wrong with him actually?”
Wajah Hannani berubah kelat.
“Eh sorry. It’s okay if you don’t wanna answer it.” Kata Umair dengan pantas. Agak gerun melihat perubahan di wajah Hannani.
“Naaa, it’s not a big deal at all. He’s my cousin actually. Cousin yang sangat sangat sangat dan sangat tidak faham bahasa.Huh....” Hannani mengeluh geram.
“Maksud awak?”
“He wants me to marry him. Rubbish right?! I don’t want to marry my own cousin, tak berkembang langsung!” Jawab Hannani dengan tegas.
“Tapi tak salah pun....”
Belum sempat Umair menghabiskan ayatnya, Hannani pantas memotong...
“Yes tak salah, but still I don’t want to marry him. That’s it!”
“Oookayyy....” Umair menjawab ringkas. Ngeri pula melihat wajah Hannani yang semakin tegang itu.
“ And guess what.”
“What?” Soal Umair tak sabar.
“Dia suruh saya pilih...awak atau dia.”
“What??!!”
____________________________________________________________________________



Opps! Just realized yang saya punya entry pendek-pendek je kan. Takpe lah, kalau panjang sangat karang malas pulak nak baca kan.teheee ayat penyedap rasa penambah perisa je tu.ekekeke Thanks sudi baca anyway... >_<

2 comments: