13 August 2012

Saya Pilih Awak Part 1

Assalamualaikum ^_^

Saya tak tau nak describe this is cerpen atau mini cerpen atau mini novel. Yang saya tahu hanya tulis, tulis dan tulis selagi ada idea.hehehe This first entry is tentang sesi perkenalan yang agak pendek dan padat. Anyway, happy reading guys!
_________________________________________________________


“Kak Nani, kek nih dah siap. Nak letak sekarang ke?” Tanya Lara sambil membawa kek Tiramisu ke arah Hannani.
“A’a letak sekarang lah, nanti kalau tuan dia datang karang boleh bagi terus.”
“Okay...”
Ting! Bunyi loceng menandakan ada customer yang datang.
“Eh Kak cuba tengok, mamat tu lagi.” Bisik Lara.
Hannani terus memandang ke arah susuk tubuh yang melintasi mereka dan berjalan ke arah meja yang terletak di bahagian tingkap.
Sudah hampir sebulan lelaki yang tidak dikenali namanya itu menjadi pelanggan tetap mereka. Datang tiap kali lepas waktu kerja, duduk pula sehingga berjam-jam lamanya. Nak kata dia sudah tangkap cintan dengan Hannani atau pembantu-pembantunya, takde pula dia mengusha diorang. Cakap pun tak, nak mengorat apanya.
“Dah apa yang kamu tercegat lagi, pergi la amik order dia.” Suruh Hannani.
“Alaaa tak nak lah kak, malas nak mengadap mamat muka ketat macam tu.” Selamba saja Lara berkata-kata.
“Dah tu, akak lah nih yang kena amik order dia?” Tanya Hannani. Eh dah macam Si Lara tu pulak ownernya kan.
Lara sengih saja. Hannani mengambil pen dan kertas dan terus berjalan ke arah meja yang diduduki lelaki tanpa nama itu.
“Kak Nani, jangan lupa tanya apa masalah dia ye. Kusut benor nengoknya.” Sempat Lara berpesan.
Hannani kenyit mata sambil melangkah laju.
“Encik nak minum apa?” Soal Hannani.
“Hot coffee.”
“Makan encik?”
“Pecan Butterscotch.”
“Itu saja?” Tanya Hannani lagi.
Lelaki itu angguk cuma.
Lepas 10 minit, semua yang diorder sudah siap terhidang di atas meja. Hannani masih lagi tercegat di depan meja lelaki itu. ‘Nak tanya ke tidak?’ Bisik hatinya.
“Ya ada apa?” Tanya lelaki itu. Keningnya terangkat. Pelik melihat telatah Hannani yang tercegat macam tiang bendera dari tadi. Nasib baik tak nyanyi lagu Negaraku je.
“Erm encik, saya nak tanya something boleh tak?” Laju Hannani berkata.
“Yes?!”
Hannani resah gelisah. Macam tak sopan pulak kan nak tanya soalan bagai. Dah lah tak kenal.
“Erm...erm...erm takpe lah encik, sorry ganggu.” Hannani pusing ingin melangkah pergi.
“Wait!”
Langkah kaki Hannani terus kaku. Pandangan pelik dilemparkan ke arah lelaki tersebut.
“Please have a sit.” Pelawa lelaki itu pula.
Ohooo...ajak orang duduk tapi muka macam nak telan orang hidup-hidup je. Tak boleh ke maniskan sikit muka tu. Sempat lagi kutuk orang segala kan.
Hannani tayang gigi sambil menarik kerusi di hadapannya.
Tanpa mereka sedari, ada dua makhluk tuhan sedang mengintai dari belakang kaunter. Siapa lagi kalau bukan Lara dan Aina, pembantu Hannani tu la.
“I’m Umair, and you?”
“Oh, saya Hannani. Just call me Nani.”
Sesi perkenalan yang agak serious. Mana tak nya, Umair dengan muka serious semedang, Hannani pula dengan muka takde perasaan.
“Erm maaf lah kalau saya macam kurang sopan sikit tadi.” Hannani memulakan bicaranya.
“Maksud awak?” Soal Umair kurang mengerti.
“Yang nak tanya encik something tu la.”
“Umair, just call me Umair.” Pesan Umair dengan muka ketat macam tu juga.
Dan Umair membuang pandang ke arah luar kafe sambil menghirup kopi panas yang terhidang. mereka senyap lagi.
Umair?! Cantik nama tu. Hannani sudah mula kaget. Rimas pun ye juga dengan kebisuan mereka.
“I’m curious actually.” Kata Hannani cuba memecah kebisuan antara mereka.
“Curiosity kills the cat Nani.” Umair senyum.
Wah, tahu senyum jugak rupanya mamat muka ketat nih. Hannani turut senyum.
“But it won’t kill me right?” Jawab Hannani pula.
Akhirnya mereka ketawa. Hilang sudah segala persoalan di benak Hannani. Lupa terus tentang tujuan asalnya menegur lelaki itu.
“Kafe awak, nice! Just a small cafe but very cozy. Saya suka.” Umair memandang sekeliling.
Terdapat tiga biji meja, satu di bahagian hujung dekat dengan tingkap dan lagi dua kat depan kaunter. Setiap meja ada empat biji kerusi. Hiasan dalamannya pula adalah bercirikan english cottage yang berwarna pastel.
Hannani senyum. Bangga juga bila ada yang memuji.hehehe
“Ini saja yang saya mampu Umair.”
“Ini pun dah cukup baik Nani, simple but nice!”
“Thanks. Anyway, how’s your day? Awak nampak macam ada masalah je.” Nah...akhirnya Hannani sudah pulang ke pangkal jalan. Sudah ingat tentang tujuan asalnya.
Umair senyum. Eh eh suka senyum pulak mamat nih. Tadi kemain lagi serious mukanya.
“Good cuma penat sikit je. Masalah tu biasa lah, nama pun kerja kan. Tak pernah lari dari masalah.”
“Errr sorry ganggu....” Tiba-tiba Aina datang mencelah.
“...Kak Nani, Abang Zarul datang.” Kata Aina sambil menunjuk ke arah lelaki yang sedang berdiri tegak di hadapan kaunter dan memandang tajam ke arah mereka.
Hannani lantas bangun dan meminta diri untuk berjumpa dengan Zarul. Umair angguk cuma.
“Dah lama buat kerja nih?” Soal Zarul tiba-tiba.
Aina dan Lara yang sedang mengelap kaunter terus melarikan diri ke bahagian dapur. Malas mahu mendengar bebelan Zarul terhadap majikannya. Bukan mereka tidak kenal dengan Zarul perengus tu, cakap asyik nak menang je. Kata-kata orang mana dia nak dengar. Kesian dengan Kak Nani mereka sebab terpaksa berdepan dengan sepupu yang agak.....hurmmm psiko?!
“Kerja apa?” Hannani bingung. Sesuka hati je datang tak berjemput dah tu sesedap rasa saja terjah orang dengan soalan macam tu.
“Dating kat dalam cafe sendiri.” Jawab Zarul pantas. Tak agak-agak langsung.
“Jangan macam-macam lah Zarul.”
“Macam-macam apa?”
Hannani mendengus kecil. Malas betul nak bersoal jawab dengan dia nih tau.
“Datang sini nak apa?”
“Nak Nani!”
“Tok sah nak mengarut sangat lah Zarul.”
“Dah lama ke Nani dengan dia? Pak Su dah tau?”
“Lama apanya?”
“Tak payah nak main teka-teki sangat lah Nani. Patut la selama ni Nani tak nak terima Zarul kan, dah ada someone special rupanya. Kenapa Nani tak berterus terang saja? Kenapa Nani suka mainkan perasaan Zarul macam nih? Tak kesian ke dengan mama Zarul yang berharap sangat supaya kita disatukan?” Soal Zarul bertubi-tubi.
Hannani mula bengang. Dia nih la, aku sumbat juga kek tu dalam mulut karang baru tau nak diam gamaknya.
“Zarul, listen here. First, Nani tak main teka-teki or teka silang kata or puzzle ke hape okay. Second, Nani tak terima Zarul sebab Nani tak cintakan Zarul, not because I’ve someone special. Third, Nani nak berterus terang pasal apa sebab takde pape pun yang Nani sorokkan dari Zarul. Fourth, Nani tak pernah mainkan perasaan Zarul, you are the one who played with your own feeling, not me! And the last one, Nani dah explained everything kat Mak Long. It’s up to her la nak terima ke tidak.” Jawab Hannani panjang lebar. Kalau tak faham lagi tak tahu lah.
“Senangnya Nani cakap kan. You’re such a selfish girl!” Marah Zarul.
Hannani meraup mukanya yang terasa panas. Aircond yang terpasang dah tak rasa sejuk lagi dah.
“I think you should leave now.”
“No! I won’t go anywhere until you choose, me or that guy.” Zarul menunding jari ke arah Umair.
Umair yang tidak tahu hujung pangkal cerita melihat saja tingkah Zarul dan Hannani.
Hannani pandang Umair, Umair pandang Hannani. Dan mulut terus kaku untuk berbicara.....





Umair >_<


Hannani
>_<



No comments:

Post a Comment