2 August 2012

ALAHAI ACU SUDAH JATUH CINTA!

Assalamualaikum ^_^

Cerpen yang sangat-sangat rileks dan santai untuk bacaan anda semua. Nak buat cerpen yang ala-ala lucu kelakar giteww tapi ampun, tak kelakar pun.hewhewhew Anyway, happy reading guys!

_______________________________________________________

“Tadika Riang Ria?!”
Papan tanda yang elok tergantung di luar pagar di baca perlahan.
“Acu! Cepat la, nanti lambat pulak.” Irfan di sebelah sudah merengek kecil.
Ehsan cepat-cepat keluar lalu membukakan pintu untuk anak buah kesayangannya itu. Tangan Irfan dipimpin kemas dan mereka terus melangkah masuk ke dalam kawasan rumah teres dua tingkat di bahagian corner lot yang telah dijadikan tadika.
“Apalah nama tadika Irfan nih, tak glamour langsung. Dah macam riang ria hari raya saja Acu tengok.” Ehsan mengomel sambil matanya melilau kiri dan kanan.
Irfan diam saja. Banyak bunyi betul lah Acu nih.
“Ehem.......” Kedengaran deheman kecil dari arah pintu masuk.
 “Assalamualaikum Cikgu Hanim.” Irfan berlari anak ke arah Cikgu Hanim yang elok berdiri di depan pintu. Tangan dihulur untuk bersalam.
“Waalaikumussalam handsome boy.” Hanim tersenyum senang melihat telatah Irfan.
Cikgu Hanim memang macam tu, semua pelajar lelaki dipanggilnya handsome boy. Pelajar perempuan pula dipanggil pretty girl. Sebab itu la pelajarnya suka sangat dengan Cikgu Hanim nih ha.
Ehsan yang masih tegak berdiri dipandang pelik. Nih dah kenapa pulak dengan dia nih, dah keras macam patung pulak dah.
‘Subhanallah, comelnya dia.’ Bisik hati Ehsan.
Gadis berbaju kurung cotton dengan corak bunga-bunga halus warna merah serta tudung bawal di kepala memang lah nampak comel. Lebih-lebih lagi bila tudung di pin ke depan. Simple!
“Acu nak salam.” Irfan menarik perlahan tangan Ehsan.
“Eh, ha ye, ye...” Tangan dihulur namun mata masih memandang ke arah gadis di depan pintu.
“Acu kenapa? Okay ke tidak nih?” Irfan menggoncang-goncang tangannya. Nampak macam dah hanyut saja pak cik dia yang sorang nih.
“Eh? Ha Acu okay je.” Ehsan senyum.
Apa daa Ehsan, kantoi tenung anak dara orang macam nak telan kat depan anak buah sendiri.
“Okay lah kalau macam tu, Irfan masuk dulu.” Irfan terus berlari masuk ke dalam.
“Ehem cikgu...” Suaranya dimacho kan, wajahnya pula berubah serious. Sombong sungguh muka Ehsan ketika itu.
Hanim yang mulanya mahu melangkah terus kaku di depan pintu. Ish seriousnya muka, tadi okay saja.
“Ini kad nama saya. Anything, just call me okay.” Kata Ehsan serious.
‘Erk! Dia nih nak ngorat aku ke?’ Kata Hanim didalam hati.
Kad yang dihulur direnung saja.
Ehsan mengerutkan keningnya yang agak tebal itu. Kenapa?
Ooooo, terlintas sesuatu difikirannya. Kening diangkat ala-ala Ziana Zain gitu.
“Awak jangan salah faham, call saya jika berkaitan dengan Irfan saja. Bukan saya nak ngorat awak pun.” Kad dihulur lagi.
“Oooo... okay.” Hanim menyambut huluran kad dari Ehsan dan terus melangkah pergi. Malu nak berdiri depan Ehsan lama-lama. Malu sebab dah terfikir yang bukan-bukan dah tadi. Perasannya kau Hanim!
Ehsan tersenyum kecil. Malu lah tu. Langkah kaki diatur ke arah kereta. Ah, rasa bersemangat sungguh nak ke tempat kerja hari ini. Macam baru lepas topup energy pula rasanya. Ehsan senyum lagi. Dan kali ini, senyumannya semakin lebar sampai telinga.

***

30 minit sebelum pukul 12 tengah hari, Ehsan sudah terpacak di depan tadika Riang Ria. Tersenyum-senyum, tersengih-sengih kat tengah-tengah panas pulak tu. Sah! Ehsan memang dah tak betul dah sekarang.
“Pak cik tunggu siapa?”
Teguran dari kanak-kanak perempuan mengejutkan Ehsan. Erk! Apa pulak budak nih buat kat sini. Jam tangan dibelek kasar, ada lagi 20 minit kut sebelum diorang semua dibenarkan keluar. Oooo....kening dinaikkan. Nih mesti curi-curi keluar kan.
“Kamu buat apa kat luar nih? Kelas belum habis lagi kan?” Tanya Ehsan sambil berlutut di depan kanak-kanak perempuan itu.
Kanak-kanak perempuan itu hanya menundukkan wajah. Takut kena marah lah tu. Ehsan hanya tersenyum sumbing. Seronok juga sakat budak kecik nih.
“Damia.... buat apa kat luar tu? Kan cikgu suruh tunggu kat dalam tadi.” Suara Hanim kedengaran cemas.
Ehsan lantas berdiri, nak tengok muka pujaan hati.hehe Wah, baru pagi tadi jumpa, terus naik pangkat jadi pujaan hati ye Ehsan. Gatal!
Erk! Hanim kaku di depan pintu pagar yang kemas berkunci. Dia nih lagi, datang nak ambik Irfan ke? Awalnya....
Hanim mengerutkan wajah. Rasa kurang senang dengan pandangan mata Ehsan yang sangat sombong itu.
“Encik datang nak ambik Irfan ke?” Tanya Hanim sambil menarik perlahan tangan Damia supaya mendekatinya.
“Dah tu, awak ingat saya datang sini nak buat kek?” Jawab Ehsan kasar.
Wah kerek giler engkau. Hanim tunduk, bibir bawah digigit halus. Ish buat malu je lah kena sound depan budak kecik. Mamat nih pun la, tak agak-agak nak sound orang.
Ehsan control senyum. Kesian, kena marah kat tengah panas macam nih.
“Eh, awak nih pandai ke tidak jaga budak? Diorang keluar pun awak tak sedar. Karang kalau kena culik ke hape tak ke susah.” Ehsan sound lagi. Siap bercekak pinggang lagi ha. Melampau!
Hanim angkat muka. Haish dia nih, nak sambung lagi ke?! Menyakitkan hati betul la.
“Encik, ini first time jadi macam nih tau. Sebelum ni tak pernah pun ada kejadian macam nih. Lagi pun tadi kami tengah sibuk bersihkan kelas, ada budak kencing kat dalam kelas tadi.” Ehsan dijeling tajam. Nah ambik jelingan maut Hanim, kalau asyik tunduk manjang makin seronok la mamat psiko nih sound dia nanti. Haaa, kan tak pasal-pasal dah dapat gelaran mamat psiko!
Owh dah berani jeling menjeling ye. Ehsan senyum sinis.
“Ah alasan! Sekarang saya dah mula meragui tahap keselamatan tadika awak nih tau.”
Ek ena, dah mula meragui la pulak. Hanim makin panas, ditambah pula dengan panas bahang matahari yang tegak di atas kepala, tahap kesabaran Hanim makin hilang.
“Dah tu encik nak buat apa? Nak repot polis? Repot lah! Ada saya kisah?!” Hanim pantas menarik tangan Damia dan melangkah masuk ke dalam.
Kipas mana kipas? Meh tolong sejukkan hati Hanim yang tengah panas membahang nih.
Ehsan di luar ternganga terlopong semua ada. Tak sangka betul, gadis ayu bertudung macam tu, aura garangnya mengalahkan The Hulk. Perghhh.... makin dia marah, makin ayu la pulak. Ehsan senyum lagi, lagi dan lagi.

***

Sudah hampir seminggu Ehsan menjadi driver tuan kecil, Irfan. Tugas yang dirasakan agak leceh untuk dilakukan pada awalnya mula bertukar  seronok pula. Mana tak nya, tiap-tiap hari boleh cuci mata melihat wajah Hanim yang tembam lagi putih berseri itu. Walaupun wajahnya sentiasa masam macam cuka bila bertemu muka dengan Ehsan. Ah, dah kau pandai-pandai cari gaduh dengan dia siapa suruh?
“Ehsan, hari ni biar mama je lah yang hantar Irfan ye.” Puan Suria tiba-tiba sahaja menyuarakan hajatnya di pagi yang hening itu.
Eh eh mama nih dah kenapa?
“Kenapa pula mama? Biar lah Ehsan yang hantarkan budak kecik nih.” Kepala Irfan di sebelahnya digosok perlahan.
“Mama cuma risau kalau-kalau tugasan baru Ehsan nih akan mengganggu tugasan Ehsan kat pejabat saja.” Jelas Puan Suria.
“Ala tak mengganggu pun la mama, okay saja kan papa kan.” Ehsan kenyit mata ke arah Tuan Johan. Kasi hint, lets kawtim la pa...
“A’a, beres saja. Biar lah Suria, Ehsan tengah bersemangat nak mencurahkan kasih sayang dekat anak buah kesayangan dia tu. Kita kasi chance la sikit.” Tuan Johan cuba memujuk isterinya. Tapi sungguh sinis kata-kata Tuan Johan itu. Adakah tuan Johan mengerti situasi Ehsan sekarang? Jeng...jeng...jeng....
Puan Suria mengangguk cuma. Kalau dah diorang cakap macam tu, dia okay saja.
“Thanks ma! Irfan suka tak Acu hantar Irfan ke sekolah?” Tanya Ehsan
“Suka!” Jerit Irfan.
“Kenapa suka?” Tanya Ehsan lagi.
“Suka sebab boleh tengok Acu main mata dengan Cikgu Hanim. Jeling sana, jeling sini, bla, bla, bla.....”
Opps! Dengan pantas Ehsan menutup mulut Irfan.
Ohoiii..... lupa pulak nak kawtim dengan budak kecik nih.
Mata Puan Suria terbuka luas. Patut lah anak bujangnya yang sorang nih terlebih rajin nak hantar Si Irfan tu pergi sekolah. Ada drama rupanya....
Ehsan tayang gigi, tak tau nak cakap apa lagi dah bila terkantoi secara mega macam nih kat depan mama dengan papa.
Tuan Johan ketawa besar. Dah agak dah Si Ehsan nih, bukan boleh percaya sangat.

***

Ehsan sedang kusyuk meneliti dokumen bila iPhone 4S nya tiba-tiba berbunyi. Satu pesanan ringkas diterima.
En.Ehsan, Irfan jatuh buai. Kami ada kat Klinik Lily depan simpang  Taman Murni sekarang. – Hanim
Mata Ehsan membuntang, jatuh buai?!
Ehsan bergegas keluar setelah selesai meninggalkan pesanan kepada setiausahanya.

***

Hanim pantas bangun bila melihat kelibat Ehsan keluar dari bilik rawatan sambil mendukung Irfan. Cuba memberi ruang yang lebih selesa untuk Ehsan dan Irfan.
Hanim yang masih berdiri dijeling sekilas. Tunduk manjang, takut kena marah lah tu.
“Nih tugu negara mana pulak yang terpacak kat tengah-tengah alam nih?” Suara Ehsan yang agak lantang telah menarik minat orang ramai untuk memandang ke arah mereka.
Mata Hanim membulat, lantas dia duduk di sebelah Ehsan. Suara mengalahkan petir, tak reti nak slow down sikit ke volume tu?!
Hanim memandang sekeliling sambil tersenyum segan ke arah yang memandang.
“Apa Encik Ehsan nih, ada ke cakap macam tu.” Bisik Hanim. Segan dengan pandangan orang ramai tak hilang-hilang lagi.
“Apa? Dah memang macam tugu negara dah pun kan, terpacak macam tu.” Ehsan senyum sinis. Dah boleh pulak cakap perlahan.
Hanim jeling. Ye, itu saja lah yang dia mampu lakukan bila berhadapan dengan mamat psiko macam nih.
“Acu, Irfan teringin nak makan aiskrim la Acu....” Irfan yang dari tadi hanya berdiam diri mula bersuara.
Eh, eh, dah pandai teringin-teringin pulak anak buahnya sekarang. Irfan memang macam tu, bila sakit je mula la keluar aura manja dia tu, ngada-ngada betul.
“Okay, nanti Acu bawak Irfan pergi makan aiskrim ye.” Kepala Irfan digosok perlahan.
“Yeay! Cikgu Hanim ikut sekali tau.” Kata Irfan sambil tersenyum panjang.
Erk! Hanim yang hanya menjadi penonton dari tadi mula kalut.
“Pleaseeeeee.......” Irfan buat muka comel.
Ah sudah, nak ikut ke tidak? Kalau tak ikut kang kesian pulak dengan budak kecik nih. Kalau ikut kang, kena mengadap mamat psiko la pulak. Hanim buntu.
“Ikut je lah, nak pergi makan aiskrim je pun. Bukan nak ajak pergi jumpa mak mertua ke hape.” Kata Ehsan.
Cis! Cakap kalau tak sindir-sindir orang tak boleh gamaknya.
“Jom la ikut kami Cikgu Hanim.” Irfan bangun dan menarik perlahan tangan Hanim.
“Ha... ye, ye, cikgu ikut.” Akhirnya....
“Yes!” Irfan terjerit kecil.
“Irfan Khalish!” Nurse di kaunter bayaran memanggil nama Irfan.
“Hah, tu dah panggil dah. Pergi la bayar.” Selamba saja Ehsan bagi arahan.
“Eh apa pulak saya. Awak kan pakcik dia, awak la yang bayar.” Kata Hanim. Tak puas hati betul.
“Tapi dia jadi macam nih sewaktu dibawah jagaan awak kan. So, awak lah yang kena bayar kos rawatan nih semua.” Kata Ehsan dalam nada tegas.
Erk, ye tak ye juga. Hanim mengeluh kecil dan terus bangun untuk membuat bayaran. Sewaktu Hanim sedang sibuk mengambil wang dalam beg duitnya, tiba-tiba Ehsan menghulurkan wang kertas kepada nurse yang bertugas.
Hanim pandang Ehsan sambil mengerutkan kening tanda tidak faham.
Tanpa menghiraukan pandangan pelik Hanim, Ehsan terus keluar dan menuju ke arah keretanya sambil mendukung Irfan. Hanim cepat-cepat mengambil ubat dan baki wang yang diberikan lantas terus mengejar langkah kaki Ehsan yang agak laju itu.
“Encik, ubat dengan baki wang encik tadi.” Hanim menghulurkan baki wang dan ubat ke arah Ehsan. Kemudian dia terus melangkah ke arah keretanya yang terletak di sebelah kereta Ehsan.
“Hanim!” Panggil Ehsan.
“Erm saya naik kereta saya saja lah ye encik, nanti encik sms saya bagi tahu nak jumpa kat mana, okay.” Pantas Hanim menjawab kerana dia sudah tahu apa yang Ehsan ingin katakan.
“Dah tak payah nak mengada-ngada, cepat naik kereta saya sekarang.” Ehsan mengeluarkan arahan mandatori.
“Tapi....”
“Dah takde tapi tapi lagi dah. Now Hanim!” Jerit Ehsan lagi.
Dengan pantas Hanim berlari ke arah kereta Ehsan dan duduk di tempat duduk belakang bersama Irfan.
“Apa awak ingat saya driver awak ke?” Perli Ehsan.
Haila Hanim, yang kau pergi duduk kat belakang tu kenapa? Tak pasal-pasal kena sound dengan mamat psiko tu. Hanim menepuk kepalanya perlahan.

***

Irfan ketawa riang. Habis comot satu muka, seronok betul bila dapat makan aiskrim. Ehsan masih leka melayan kerenah anak buah kesayanganya. Mulut Irfan yang penuh dengan aiskrim dilap perlahan. Hanim diam saja sambil menjadi penonton setia keletah Ehsan dan Irfan. Rasa tenang hati melihat kerenah mereka berdua, comel sangat. Baru dia sedar yang Irfan sangat manja bila bersama Ehsan. Ehsan pula, hurmm dah ada gaya macam bapak budak dah ha. Sangat pandai ambil hati budak-budak, suka melayan kerenah budak-budak dan yang paling penting, sangat sayangkan budak-budak. Itu yang Hanim dapat lihat selama dua jam dia keluar dengan Ehsan dan Irfan.
“Tak puas lagi tenung muka saya?” Tanya Ehsan tiba-tiba.
Ahaa Hanim kantoi!
Irfan terkekek ketawa, Ehsan pula cuba control senyum sambil mengenyit mata ke arah Irfan. Bahagia betul.
Hanim?
Tunduk la, apa lagi. Malu tahap nauzubillah dah nih ha. Dahinya ditepuk perlahan.
“Irfan, nanti kita pergi beli toys nak?” Ehsan cuba tukar topik. Kesian juga tengok Hanim terkulat macam tu. Blushing tak hilang-hilang.
“Nak!” Jerit Irfan. Wah, macam orang mengantuk disorongkan bantal pulak. Lagi pun, rezeki jangan ditolakkan.
“Okay, cepat habiskan aiskrim tu. Then kita pergi beli toys banyak-banyak.” Kata Ehsan lagi sambil meneruskan suapan. Irfan angguk cuma.

***

Ehsan di sebelah kanan, Hanim pula di sebelah kiri. Irfan kat tengah-tengah. Mereka berjalan seiringan sambil berpimpin tangan. Wow, dah macam keluarga bahagia pula kan.
Irfan yang paling seronok, jalan sambil goyang tangan kiri kanan. Hanim dan Ehsan pula layan saja kerenah Irfan.
Orang sekeliling sudah mula memandang sambil tersenyum senang. Hanim pelik, dah kenapa pula semua orang pandang-pandang diorang nih.
“Comelnya anak kamu.” Tiba-tiba datang seorang makcik menegur mereka.
Hanim mula kaget. Ehsan dengan Irfan? Senyum saja....
“Suka makcik tengok orang muda kahwin awal, dah tu dapat anak comel macam nih.” Tambah makcik itu lagi sambil berlalu pergi.
“Eh tak, tak, saya bukan mak dia. Dia bukan suami saya.” Kata Hanim perlahan.
Tangannya diangkat tanda menidakkan apa yang mereka fikirkan ke arah orang ramai yang asyik tersenyum melihat mereka. Hah, kalut betul Hanim nih tau.
“Tak payah lah awak susah-susah nak menidakkan apa yang mereka fikirkan. Awak bukan artis pun.” Kata Ehsan sinis.
Haish dia nih kan, kalau tak sakitkan hati orang tak boleh ke. Hanim tarik muncung.
Irfan yang memandang senyum lagi. Kelakar la muka Cikgu Hanim masam cenggitu.
Ehsan beriak selamba dan meneruskan langkah kakinya.

***

Sebulan telah berlalu, akhirnya Erna dan Tajul, kakak dan abang ipar Ehsan telah pulang dari menguruskan bisnes mereka di London. Maka, tugas Ehsan untuk menghantar dan mengambil Irfan dari sekolah sudah tamat dengan serta merta.
“Assalamualaikum Cikgu Hanim.” Jerit Irfan sambil berlari ke arah Hanim.
“Waalaikumussalam handsome boy.” Hanim tersenyum senang.
Setelah bersalaman dengan Irfan, matanya tercari-cari wajah Ehsan. ‘Dia tak datang ke?’ Kata Hanim dalam hati.
“Selamat pagi cikgu Hanim.” Sapa Erna sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Eh, selamat pagi Puan Erna. Bila puan balik?” Tanya Hanim. Namun matanya masih melilau-lilau mencari kelibat Ehsan.
“Semalam cikgu.” Erna mula perasan yang Hanim seperti sedang mencari sesorang. Hurmmm mesti tengah mencari adiknya yang poyo itu.
“Ehsan tak datang cikgu. Saya dah ambil balik tugas saya menghantar dan menjemput Irfan.” Kata Erna sambil tersenyum manis.
“Hah? Eh, hehe...” Hanim sengih sambil tertunduk malu. Hai Hanim, cuba behave sikit. Buat malu je lah.
Erna senyum lagi. Entah apa lah yang telah terjadi antara Ehsan dengan Hanim sewaktu ketiadaannya.
Sementara itu, Ehsan mengekek ketawa di dalam keretanya di seberang jalan bila melihat telatah Hanim yang tertunduk malu. Bahagia sungguh! ‘Nih mesti kantoi dengan Kak Long. Tu la, siapa suruh terjenguk-jenguk cari aku.’ Bisik hati Ehsan. Gembira betul hatinya bila melihat Hanim yang seperti tercari-carikan dirinya tadi.

***

“Hanim, kau kenapa? Tak sihat ke?” Tanya Suzy, teman serumah Hanim.
Hanim bersandar malas. Entah kenapa sejak minggu lepas semangatnya semacam sudah merudum. Semua benda yang dia buat tidak menjadi. Lepas tu asyik termenung sana, termenung sini. Haaa dah angau gamaknya budak Hanim nih.
“Aku sihat je. Kenapa?” Tanya Hanim pula.
“Takde la, dah macam orang mati laki je aku tengok kau nih.” Jawab Suzy selamba.
“Hurm...entah lah Suzy.” Hanim mengeluh lagi.
Suzy angkat bahu. Pening sungguh tengok kawannya yang sorang nih.
“Suzy, kau tau tak...”
“Tak tau...” Jawab Suzy pantas.
“Ish kau nih, tak menyempat. Dengar la apa yang aku nak cakap dulu.” Bahu Suzy ditepuk perlahan.
“Hehehe....okay-okay cakap la apa yang kau nak cakapkan tadi.” Kata Suzy sambil mengosok bahunya. Boleh tahan perit jugak.
Hurmmm....kedengaran keluhan kecil dari mulut Hanim.
“Dulu aku selalu menyampah bila jumpa Ehsan. Sakit hati la, geram la. Sangat annoying tau mamat tu. Suka marah-marah aku, suka sindir-sindir aku. Tapi sekarang, aku dah tak jumpa dia lagi dah. Hurmm...” Hanim mengeluh lagi.
“So?” Tanya Suzy.
“Erm bila dah tak jumpa dia, aku rasa macam ada something wrong la Suzy. Aku rasa macam tak complete tau hidup aku nih.” Jawab Hanim.
“Wah, kawan aku dah jatuh chenta!” Jerit Suzy tiba-tiba.
“Woittt! Volume kasi down sikit la. Aku gam jugak mulut tu karang.” Hanim dah marah.
“Hahaha rileks la babe, jangan hangin-hangin cenggini nanti abang Ehsan lari ekekeke....” Suka bebenor Suzy sakat Hanim yang naif tu.
“Ah banyak la kau punya abang Ehsan.” Hanim menjeling. Malu sebenarnya. Macam mana boleh tercakap macam tu kat depan Suzy, kan dah tak pasal-pasal kena bahan.
“Apa pulak aku punya, kau punya la adik manis.” Dagu Hanim dicuit.
Hanim bantai gelak. Kelakar betul dengar Suzy cakap ala-ala mamak macam tu. Suzy turut ketawa. Senang hatinya bila lihat Hanim ketawa sakan macam tu. Dah takde lagi dah muka monyok macam tikus mondok. Eh, tikus mondok?!

***

Setelah selesai bersarapan, Erna bangun untuk menghantar Irfan ke sekolah.
“Mama, Erna pergi dulu ye.” Tangan Puan Suria di cium.
Ehsan yang sedang bersarapan dengan pantas bangun dan mencium tangan mamanya. Lalu dengan pantas langkahnya dihayun keluar.
“Hah, nih nak pergi mengendap anak dara orang lagi la nih.” Jerkah Erna dari belakang.
Oittt mak kau! Terkejut Ehsan dengar jerkahan Erna yang tiba-tiba itu.
“Ish apa nih Kak Long, buat terkejut orang je lah.” Marah Ehsan.
Erna terkekek ketawa. Kelakar betul, hilang macho bila terkejut macam tu.
“Ehsan nak pergi mengendap kan?” Soal Erna.
“Mengendap apa nya pagi-pagi nih. Orang nak pergi kerja lah.” Mata nya melilau kiri kanan.
“Eleh, macam lah Kak Long tak tau. Tiap-tiap pagi ada orang tercongok dalam kereta kat seberang jalan depan Tadika Riang Ria duk mengendap Cikgu Hanim.” Bahu Ehsan ditolak perlahan.
Opps! Kak Long perasan rupanya. Alahai kantoi lagi... Ehsan menggigit bibirnya.
“Kalau dah suka tu mengaku je lah Ehsan. Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia dikebas orang.” Erna sambung gelak. Seronoknya menyakat Ehsan pagi-pagi ni.
“Kak Long!” Jerit Ehsan. Macam perempuan je lah.
Bila kena sakat dengan kakaknya tahu pula dia marah. Tapi waktu sakat Hanim tak ingat dunia. Oh Ehsan spesis lupa daratan ke? Erk?! Tiba-tiba je.
“Hah, hari nih Kak Long bagi chance Ehsan jumpa Hanim. Tolong hantar Irfan ye.” Kata Erna sambil manarik tangan Irfan masuk ke dalam kereta Ehsan.
“Jangan lupa tolong jemput sekali tengah hari nanti.” Sempat Erna kenyit mata sebelum melangkah ke arah keretanya dan terus memecut laju ke tempat kerja.
Ehsan senyum, macam-macam lah kakaknya yang sorang tu. Idea entah pape je. Tapi okay lah tu, nanti boleh jumpa Hanim.hehehe
“Acu! Cepat la, dah lambat dah nih.” Jerit Irfan dari dalam kereta.
“Ha, ye, ye, dah cepat lah nih.” Jawab Ehsan sambil bergegas masuk ke dalam keretanya.

***

Ehsan datang jemput Irfan tepat jam 1 petang. Sengaja dia datang lambat kerana mahu mencari ruang untuk berbicara dengan Hanim.
“Acu kenapa lambat?” Tanya Irfan geram.
“Erm Acu ada kerja sikit tadi.” Jawab Ehsan sambil menjeling ke arah Hanim.
 Muka itu tetap masam seperti waktu dia menghantar Irfan pagi tadi. Jelas ada riak terkejut di wajah Hanim sewaktu melihatnya yang berjalan masuk menghantar Irfan tetapi cepat-cepat dimasamkan untuk menutup keterujaan berjumpa Ehsan mungkin. Ah, Ehsan perasan lagi.
“Irfan, Acu nak discuss something dengan cikgu Irfan kejap. Irfan tunggu kat dalam boleh?” Kata Ehsan sambil mengenyit mata ke arah Irfan. Kawtim Fan kawtim....
“Erm okay.” Irfan terus melangkah masuk ke dalam tadika semula. Wah bijak sungguh budak nih. Sangat memahami.
“Hanim, kita cakap kat sana kejap.” Macam biasa, Ehsan bagi arahan mandatori sambil melangkah ke arah kerusi batu yang berdekatan.
Hish, diktator tak habis-habis. Ngomel Hanim dalam hati.
“Encik Ehsan nak cakap apa?” Tanya Hanim dengan wajah masam mencuka.
Ehsan terus berpaling ke arah gadis pujaannya sambil menghadiahkan senyuman yang sangat manis.
Erk! Hanim terkedu. Apakah? Mimpikah?
Pipinya ditampar beberapa kali.
“Hanim...” Ehsan mula cuak. Dah kenapa pula main tampar-tampar pipi segala nih.
Hanim masih menampar-nampar pipinya. Kemudian dicubit-cubit pula sampai merah.
“Hanim...” Panggil Ehsan.
“Eh Hanim kenapa?” Soal Ehsan lagi.
Risau pula tengok Hanim dah macam orang kena rasuk saja.
Hanim yang seperti baru tersedar terus memandang Ehsan.
“Hanim....” Panggil Ehsan lagi.
“Hanim..Hanim..Hanim...Panggil saya Cikgu Hanim lah. Saya kan cikgu kat tadika nih.” Kata Hanim tiba-tiba.
Ehsan bingung, dah kenapa pula dengan Hanim nih.
“Eh awak cikgu Irfan tau, bukan cikgu saya.” Jawab Ehsan.
“Memang la, tapi saya tetap cikgu kat sini.” Jawab Hanim pula.
“Ah tak payah nak ngada-ngada. Saya bukan student awak pun nak panggil awak macam tu.” Ehsan menjeling tajam.
“Ah takde-takde, saya nak awak panggil saya cikgu jugak.” Hanim masih bertegas.
“Awak nih dah kenapa? Saya nak cakap dengan awak pasal benda lain tau, bukan nak bertekak pasal panggilan cikgu awak tu.” Tanya Ehsan perlahan.
Hanim yang seperti baru tersedar tertunduk perlahan. Dia malu dengan keadaannya yang seperti kena rasuk tadi sebenarnya. Tu yang dia meraban pasal panggilan cikgu segala. Pergh baru sekali Ehsan bagi senyuman manis menawan hati, terus dia kena rasuk sampai macam tu sekali. Sungguh lemah dirimu Hanim.hehehe
Wake up Hanim, sampai bila nak malu kan diri sendiri kat depan Ehsan macam nih.
Masing-masing terdiam.
“Sorry.” Hanim bersuara.
Ehsan pandang Hanim. Wajah tembam Hanim direnung lama. Sungguh la dia sudah jatuh cinta.
“Awak, sebenarnya saya ada something nak bagi kat awak.” Kata Ehsan.
“Apa?” Tanya Hanim. Pelik, tiba-tiba saja nak bagi something.
“Nah...” Coklat Cadbury dihulur.
“Coklat?” Tanya Hanim pelik.
Ehsan angguk.
“Kenapa bagi saya coklat?” Tanya Hanim lagi.
Ehsan senyum. “Sebab saya suka makan coklat.” Jawabnya ringkas.
“Awak suka makan coklat? So, apa kaitannya dengan saya?” Hanim masih belum puas bersoal jawab.
Ehsan menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.
“Sebab saya suka awak.” Jawab Ehsan tegas. Matanya dilarikan dari pandangan mata Hanim.
“Hah?!” Hanim kaget.
“Saya suka awak!” Kata Ehsan dengan yakinnya.
Hanim tunduk kemudian tersenyum lebar. Wajahnya diangkat dan memandang Ehsan dengan pandangan yang sangat menyenangkan.
“Saya suka awak juga!” Jawab Hanim dengan wajah yang sangat bahagia.

-TAMAT-
 ___________________________________________________________________

Ya I know, ending macam ha?! Tetiba dah habis macam tu je. Salu buat cerpen ending tergantung tak bertali kan. No idea untuk ending gempak fantastik bombastik.huhuhu Thanks sudi baca anyway. >_<



4 comments:

  1. best uuu...cerpen die..i loikkeee.... =p

    ReplyDelete
  2. saya nk tukar cita2 sy kpd seorang guru tadika..eheksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. ainiiiiiiii.......ahahaha sila2 apply jdi cikgu tadika sekarang jgk!!! hahaha

      Delete