20 July 2012

Bahagiakan Aku Part 2

Assalamualaikum ^_^

Sudah selesai terawikh? Alhamdulillah.....meh meh sambung baca yang second part jap. >_<

_________________________________________________________


Balik rumah mama is like sireh pulang ke ganggang. Soooo homey! Nurin sengih panjang melihat makanan favouritenya elok terhidang di atas meja. Puding caramel with ice lemon tea. Sangat umpph!
“Nurin dengan Zarif okay?” Tanya Puan Mariah tiba-tiba.
Erk! Kenapa dengan mama nih. Tiba-tiba tanya soalan macam tu. Macam apa? Alaaa macam tu la kan.
“Erm kami okay je mama. Kenapa?” Soal Nurin pula.
“Bagus la kalau macam tu.” Puan Mariah senyum. Puas hati nampaknya dengan jawapan Nurin.
“Zarif dah tahu tentang Nurin?” Tanya Puan Mariah lagi.
Nurin mula cuak. Mama nih, time time macam nih lah dia nak bangkitkan isu sensitif. Orang baru je nak amik feel makan puding nih. Ngomel Nurin dalam hati.
“Ma, just drop the subject please. I don’t want to discuss bout it yet.” Nurin meramas lembut tangan Puan Mariah.
Kepala Nurin diusap perlahan. Sungguh dia sayangkan anak tunggalnya itu dan dia sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan Nurin.
“Discuss pasal apa?” Zarif bersuara dari belakang.
Nurin pandang mamanya sambil menggelengkan kepala. Puan Mariah angguk cuma.
“Eh sayang makan tak ajak pun.” Kata Zarif sambil menarik tangan Nurin yang sedang elok memegang sudu berisi puding caramel dan terus menyuapnya ke dalam mulut.
Nurin terkaku dengan tindakan spontan Zarif itu. Dah beku macam statue dah ha. Terkejut sangat nampaknya Si Nurin nih.
“Eh mama dah jadi patung pulak anak mama nih.” Kata Zarif lagi sambil mencubit mesra pipi Nurin. Kasi dia sedar sikit.
“Yang! Sakit la.”
Bukk! Bahu Zarif ditumbuk lembut.
“Alolololo kesiannya...sakit ye sayang.” Pipi Nurin diusap lembut.
Zarif nih dah kenapa? Yang mengada sangat nak bermanja-manja kat depan mama nih kenapa? Nurin mengeluh kecil. Kalau nak berlakon pun agak-agak la, jangan sampai buat aku tak cukup nafas macam ni. Keluh Nurin.
Tocang Nurin ditarik perlahan. Habis senget benget jadinya. Kawan tu penat-penat buat tocang, dia selamba saja menyenget bengetkan hasil kerja isterinya itu.
“Ni dah kenapa main tarik-tarik tocang orang pulak.” Kata Nurin sambil  menarik muncung panjang sehasta. Hah sehasta? Melampau tau.
“Isteri Yang nih kuat sangat berangannya, tu Yang tarik tocang sayang tu. Entah siapa-siapa yang dia fikirkan. Orang dah ada kat depan mata, dia buat dek saja.” Zarif turut menarik muncung panjang. Hamboih! Tak nak kalah ye.
“Suami sayang nih kenapa menggedik sangat nih? Dah kurang kasih sayang ke hape?” Kata Nurin selamba sambil terus menyuap puding caramel yang sudah tinggal separuh akibat dibaham oleh Zarif tadi.
Zarif mengecilkan matanya yang sudah tersedia sepet. Oooo dah berani berbalas kata ye Nurin sekarang.
Nurin turut mengecilkan matanya. Kalau orang ajak main wayang, kita kena la ikut kan. Nanti frust pulak orang yang ajak kita main wayang tu.
Puan Mariah menggeleng kepala. Entah pape la anak menantunya ini, macam budak-budak. Budak-budak pun tak macam nih tau.

***

Ternyata kemesraan di rumah Puan Mariah bukanlah lakonan semata-mata. Ia merupakan langkah permulaan bagi Zarif untuk meluahkan rasa kasih dan sayangnya terhadap Nurin. Nak meluahkan perasaan tak boleh gelojoh sangat kan. Kena follow the step la. First, kita tukar panggilan dulu. No more saya awak, panggilan sekarang adalah SAYANG untuk Nurin dan YANG untuk Zarif. Alohhh sweet kan.
“Sayang tengok apa?” Tanya Zarif lalu duduk di sebelah Nurin.
“Tengok drama Samarinda nih ha. Dah last episode dah.”
“Best sangat ke drama tu sampaikan Yang kat sebelah nih pun sayang dah tak nak pandang lagi dah?” Tanya Zarif sambil mencapai majalah di sebelah meja kopi. Saja nak menyakat lah tu.
“Eheh sorry Yang, dah last episode kan kena la focus.” Nurin mencuit mesra dagu suaminya.
Zarif tersenyum cuma. Isterinya memang begitu. Makin lama makin serasi pula rasanya hidup bersama Nurin. Betul lah orang cakap, lain rasanya bila bercinta dengan kawan sendiri, sangat istimewa. At least kita dah tahu kekurangan dan kelebihan mereka. Betul juga yang orang selalu cakap, bercinta selepas kahwin adalah sangat manis jika dibandingkan dengan bercinta sebelum kahwin. Wah banyak betul yang orang cakap kan. Bila pula kita yang nak cakap?
Terasa lenganya dicengkam kemas. Zarif menjeling ke kanan, kelihatan tangan Nurin mencengkam kemas lengannya sambil mata isterinya itu memandang terus ke hadapan.
“Sayang kenapa?” Soal Zarif.
Pantas Nurin mengangkat tangan dan menunding jari ke arah televisyen di hadapan mereka. Zarif turut memandang ke arah televisyen tersebut. Sesaat, dua saat, Zarif pusing kanan dan mengintai muka isterinya yang agak terlindung. Setitis, dua titis, kelihatan air mata mula jatuh menuruni pipi isterinya yang putih bersih.
“Sayang...okay ke tidak nih?” Zarif memegang bahu isterinya.
Saat televisyen melagukan lagu tema yang menandakan drama itu sudah tamat, Nurin terus meluru ke arah Zarif dan memeluk erat leher suaminya.
“Sayang kenapa? Are you okay sayang? Jangan buat Yang risau macam nih.” Zarif menggosok perlahan belakang badan Nurin. Tengah pujuk budak comel nih supaya berhenti menangis.
“Kenapa perlu suami dia mati kena tembak macam tu? Kat depan wife dengan mak dia pulak tu. This is unfair!” Kata Nurin dalam esak tangisnya.
Mengertilah Zarif kini bahawa isterinya tengah sedih dengan ending drama tu rupanya. Nurin, Nurin, sensitif betul.
“Sayang...drama je kut. Cerita yang direka. Suka hati diorang la nak buat ending macam mana sekali pun.” Tangan Zarif masih cekap menggosok belakang Nurin. Urmmm...cekap sangat.
“Tau la, tapi tak boleh ke kalau buat ending yang tak kejam sangat macam tadi.huhuhu...” Masih teresak-esak ye Si Nurin nih.
“Ya Allah sayang, yang sayang sensitif sangat nih kenapa? Biar lah ending kejam ke, ending tak kejam ke, ending kejam sipi-sipi je ke, cerita diorang kan. Bukan kita punya cerita pun.” Pujuk Zarif lagi. Tapi tak ada gaya macam tengah pujuk pun kan. Ayat lebih kurang kejam jugak.
“You just don’t understand it Yang. It’s hurt okay, it’s very hurt inside.” Marah Nurin. Tangannya makin kemas memeluk leher Zarif. Marah, marah jugak. Leher jangan lepas.ngehngeh
“Ye memang Yang tak faham. I just don’t understand woman.” Kata Zarif perlahan sambil tersenyum kecil.
Nurin menepuk perlahan bahu Zarif. Terasa kut...
Beberapa minit kemudian tangisan Nurin sudah semakin reda. Nurin melepaskan pelukannya di leher Zarif lalu menundukkan mukanya.
“Tengok, mata merah, hidung merah, pipi dah macam udang kena bakar.” Kata Zarif sambil menyapu sisa-sisa air mata yang masih melekat di wajah isterinya.
Nurin menggosok-gosok hidungnya yang terasa sedikit gatal. Nak sapu hingus sebenarnya.hehehe
“Jangan la sayang, nanti makin merah.” Tangan Nurin di pegang kemas.
“Yang.....”
“Ye sayang...”
“Janji dengan sayang, Yang tak akan tinggalkan sayang. Kalau mati pun, biar sayang yang mati dulu. Janji dengan sayang ye.” Nurin menggenggam kemas tangan Zarif.
“Apa sayang merepek nih. Yang tak suka lah sayang merepek macam nih.” Marah Zarif. Bengang jugak bila isu sensitif macam nih dibangkitkan.
“Please Yang...promise me please.” Nurin masih merayu.
Zarif menjeling Nurin di hadapannya. Nak marah sayang, tak marah karang entah apa pula yang isterinya merepek nanti.
“Yang...please....” Nurin memegang pipi suaminya.
Entah kenapa hatinya bertegas mahu mendengar janji dari Zarif walaupun janji itu dirasakan agak...........mengarut?!
“Okay janji. But please remember one thing sayang...” Kata Zarif sambil memegang kemas tangan isterinya.
Mata Nurin kelihatan bersinar-sinar. Suka benar mendengar janji Zarif. Macam budak-budak dapat cokelat saja gayanya.
“ajal maut di tangan Tuhan. Walau apa pun yang terjadi, kita sebagai manusia kena redha dengan ketentuan-Nya sayang. Siapa yang pergi dulu is not important. Apa yang penting, kita gunakan masa yang diberi oleh Nya untuk membahagiakan hati masing-masing. Okay sayang?”
Nurin mengangguk laju dan terus memeluk erat suaminya. Nurin sayang Yang sangat-sangat. Bisik Nurin dalam hati.

***

Sekejap bersimpuh, sekejap bersila. Memang Nurin tengah tak senang duduk. Nak tanya ke tidak? Tak tanya, rugi. Kalau tanya, takut kena marah. Hurmm macam mana nih. Lagi seminggu kut. Lambat-lambat karang, tak dapat pulak. Tangannya dari tadi asyik menggaru tempat yang tak gatal. Nurin Kamalia, asal resah gelisah saja habis satu badan digarunya. Dah tu mula la merah sana, merah sini. Haish, susah betul la.
“What’s wrong with you? Dari tadi Yang tengok sayang tak senang duduk. Kejap bersila, kejap bersimpuh. Sikit lagi terlentang pulak gamaknya.” Tiba-tiba Zarif bersuara.
Tangannya masih tekun menulis dan matanya masih setia merenung fail yang penuh terbuka di atas meja.
Aik, dia perasan ke? Wah hebat! Tengah sibuk buat kerja pun masih sempat mengusha isterinya yang sorang nih. Ye ke sorang? Haippp! Jangan nak melalut sangat lah Nurin.
“Yang....sayang nak tanya something boleh tak?” Tanya Nurin.
Huh, hati ini sudah sendat menahan rasa hati yang tidak mampu diluah. Nak tak nak kena tanya juga. Nanti tak pasal-pasal meletup kebabommmm pulak. Ufttt imaginasi tinggi langit.
“Nak tanya apa?” Soal Zarif.
Wajahnya masih seperti tadi, hanya menunduk memandang fail-fail yang terhidang di depan mata.
“Erm, kalau sayang nak ikut Yang pergi outstation dekat Kota Kinabalu next week boleh tak?” Fuhhh....soalan dalam sekali lafaz berjaya dilontarkan. Good job Nurin!
Gerakan tangan terhenti, kepala diangkat, mata tajam memandang isterinya yang sedang.......buat muka comel?!
Macam pernah tengok je muka comel macam nih. Kat mana ye?
Oh ye, macam muka Puss in Boots dalam filem Shrek. Gotcha!
“Yang pergi kerja sayang, bukan pergi hoorey hoorey.” Kata Zarif sambil meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.
Nurin tarik muncung. Tak kasi ikut lah tu.
Zarif yang perasan akan kebisuan isterinya mengangkat muka sekali lagi. Wajah isterinya yang sedikit muram direnung dengan penuh kasih.
Hurmm tengah merajuk pun still nampak comel.
“Okay, you can follow me.” Akhirnya Zarif kecundang lagi di tangan isterinya. Orang sayang isteri kan, macam tu lah.
Yes! Nurin bersorak girang. Rasa macam nak lompat tinggi-tinggi je, tapi macam buruk perangai pulak kalau buat macam tu kan.
“Tapi kerja sayang nanti macam mana?”
“Takpe, nanti sayang pass kat Lucy.” Kata Nurin dengan girang.
“Amboi, seronoknya main pass kerja macam tu. Bos tak marah ke?” Soal Zarif lagi.
“It’s okay la Yang, bukan banyak sangat pun. Lagi pun dah lama kan sayang tak cuti. Bos mesti okay punya. Sayang kan pekerja kesayangan bos. hehehe”
Bangga betul Nurin berkata-kata.
Zarif menggelengkan kepala sambil tersenyum senang.
“Okay lah kalau macam tu.”



2 comments:

  1. cam ade something je yg Nurin hide kt Zarif.jgn nurin tnggl kn Zarif dh lh,bab akak rase Zarif pn dh mula jatuh cinta kat Nurin.ade pape ke dek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a betul la akak, Zarif memang dah jatuh cinta sangat2 dah kat Nurin ^_^ dah syg sgt...erm next entry sy akan reveal everything. >_<

      Delete