20 July 2012

Bahagiakan Aku Part 1

Assalamualaikum ^_^

Actually nak buat cerpen untuk satu entry je tapi tak tau kenapa cerpen saya tetiba jadi panjang macam nih. Dah tak macam rupa cerpen je. So, cerpen saya nih akan ada few parts. Erm anyway, happy reading guys!

____________________________________________________


“Awak dah gila ke?” Nada suara Zarif naik satu oktaf.
“Nope, saya masih waras dan insha Allah akan sentiasa waras. Doakan saya ye.” Nurin kenyit mata.
Zarif buat muka bengang. “Betul-betul la Nurin. For once in your life, boleh tak serious sikit?”
Ohooo... bila mata yang sepet dibulatkan, memang nampak sangat cute okay. Nurin senyum panjang. Sungguh la, Zarif memang tak pernah tahu nak membezakan Nurin yang serious dengan Nurin yang main-main.
“Zarif, listen here. Saya serious nak awak jadi suami saya. Saya tak pernah main-main soal nikah kahwin macam nih tau.”
“But why me? We never have feeling towards each other pon kan.” Zarif meraut muka.
“It’s you who never have feeling for me. But I do have feeling for you.” Nurin tunduk. Malu kot. Tak pernah-pernah confess directly macam nih. Aduh, sangat memalukan.
“Since when?” Tanya Zarif. Pergh, berani jugak budak Nurin nih berterus terang tentang soal hati dan perasaan. Kata Zarif dalam hati.
“Since when is tak penting Zarif. Yang penting sekarang, sudi tak awak terima lamaran saya yang tak seberapa nih?” Erk, sangat bahasa buku tau. Nurin tunduk lagi. Mama orang malu!
Tak seberapa kata kau. Kata Zarif? Seberapa sangat. Eheh tatabahasa entah pape je.
“Bagi saya masa boleh? Let me think first okay.” Zarif senyum, walaupun tak ikhlas. Just tak nak kasi Nurin down je. Kesian jugak kat kawan tu kan.
“Okay, just take your time.” Nurin senyum tak ikhlas jugak. Dah orang bagi macam tu, kena la balas macam tu jugak kan. Ish tak baik betul la.

***

Pufttt!!!
Air yang diminum tersembur keluar. Habis basah satu meja. Nasib baik tak kena muka Nurin yang elok terletak tu.
“Oittt perigi, beraninya pergi cari timba kan. Tak malu sesat jalan ke.” Sempat Miza berkata sambil mengelap meja yang sudah lencun itu.
“Amboi bahasa, sastera sangat. Hurmm entah la Miza, tipu la kan kalau cakap tak malu. Malu sangat-sangat tau. But for God sake, I really want him to be my husband before it’s too late.”
“But, don’t you think that it is unfair for him. Korang kahwin but then what? You’ll leave him just like that? Don’t you think that he deserve someone better? Someone who won’t leave him.”
Muka Miza bertukar merah. Yes, dia sangat marah dengan apa yang telah Nurin lakukan. Dia marah bukan sebab Nurin terlalu berani atau dia pun suka Zarif. Dia marah sebab Nurin macam sangat desperate. Desperate?!
“I do think about it Miza. In fact, aku dah fikir lebih dari itu. Tapi apa lagi yang mampu aku lakukan? Kau sanggup tengok aku frust menonggeng and then go just like that. Kau sanggup?” Nurin mengeluh kecil.
Memang ramai yang menentang keputusannya. Even mama dengan papa pun tarik muncung bila dia menyatakan hasratnya yang agak ridiculous itu. Tapi, takdir tuhan siapa yang mampu tolak? Istikharah sudah dia buat. Bukan main cincai-cincai saja buat keputusan.
Kiri kanan, kiri kanan, Miza geleng kepala. Sungguh dia tak sanggup. Dia sayang Nurin macam dia sayang adik-adiknya yang lain. Walaupun Nurin suka buat keputusan luar alam, dia sentiasa menyokong dari belakang.
“Okay fine, I’ll support you. Tapi kau kena kuat untuk terima keputusan Zarif nanti.” Miza menggenggam kemas tangan Nurin.
“Insha Allah I will.”

***

“You what?” Razi ternganga macam singa lapar.
“I’ve been proposed.” Zarif mengulang lagi. Dah tujuh kali okay dia ulang benda yang sama.
“You what?”
“Sudah-sudah lah tu Razi. Kau tak pekak pun kan? Agak-agak la kalau terkejut pun. Dah naik penat aku cakap benda sama dari tadi.” Zarif menghirup lagi kopi o panas kegemarannya. Tengah-tengah serabut macam nih, memang itu lah minuman terbaik untuk diminum. Bau kopi o panas cukup melegakan. Kurang sikit semak kat kepalanya.
Razi menutup mulutnya yang dirasakan terbuka luas itu.
“Kau biar betul Zarif. Tak pernah-pernah aku dengar perempuan lamar lelaki. Nih dah kira new record nih Zarif. Agak-agak kau, boleh masuk Malaysia Books of Record tak?”
Zarif merenung keluar restoran dengan pandangan kosong. Soalan merapu Razi dibiarkan tanpa jawapan. Dia sayangkan Nurin, tapi sayangnya tidak pernah melebihi batas sayang seorang kawan. Untuk menghancurkan hati Nurin, sungguh dia tidak sanggup. Namun untuk menerimanya juga dia tidak mampu. Kenapa hubungannya dengan Nurin perlu menjadi serumit ini? Kenapa sanggup Nurin membiarkan benih-benih cinta terhadapnya tumbuh subur seperti bunga di taman? Soal hati dan perasaan memang sangat payah untuk dirungkaikan.
“Zarif.... oittt!” Razi melambai-lambaikan tangannya. Sempat lagi berkhayal Si Zarif nih.
Zarif mengeluh kecil.
“Kau rasa, apa yang perlu aku buat?” Soal Zarif. Dia buntu memikirkan jawapan yang perlu diberikan kepada Nurin.
“Kau dah ada someone special?” Tanya Razi
Zarif geleng.
“Kau sayang Nurin?” Tanya Razi lagi.
Zarif angguk.
“Okay done! Masalah kau dah settle.” Razi menepuk bahu rakannya itu.
“Apa yang done?” Soal Zarif pelik.
Razi mengeluh kecil. Slow betul kawannya yang sorang nih.
“Kau kan takde someone special and kau sayang Nurin. So, kahwin je lah bro.”
Zarif membeliakkan mata. Kopi o panas yang sudah suam kelihatan tidak enak lagi. Nak saja dia menyimbah muka Razi dengan kopi suam-suam kukunya itu. Cakap pandai! Yang kena kahwin nanti dia, bukan Razi!
“Aku sayang dia as a friend je bro. Kau pun tahu kan aku dengan dia macam mana. Apa yang budak perempuan sibuk duk canang sana sini tu? BFF? Best Friend Forever? Hah macam tu lah kami.”
Zarif angkat kening sambil menelan air liur yang terasa kelat, sungguh tak percaya dia boleh mengeluarkan kata-kata seperti itu. Yucks! BFF?! Sangat euwww.
Razi tergelak kecil. Sendiri cakap, sendiri geli. Kelakar betul Si Zarif nih.
“Sayang sebagai kawan tu boleh ditukar Zarif. Kalau tidak dalam waktu terdekat, lambat laun akan bertukar juga. Lagi pun, aku tengok korang berdua sesuai jugak. Dah elok sangat kalau bersanding kat atas pelamin nanti. Bercinta lepas kahwin lagi manis kut kalau nak dibandingkan dengan bercinta sebelum kahwin.” Kata Razi.
“Aku bercinta dengan Nurin? Macam tak akan je.” Zarif mengetuk meja perlahan.
“Jangan cakap macam tu. Masa depan tak ada siapa pun yang tahu. Cuma, kau berdoa saja lah moga semuanya baik-baik belaka.” Nasihat Razi lagi.
Menerima lamaran Nurin ibarat menjerut lehernya sendiri. Tapi untuk menolaknya, ibarat menjerut leher Nurin pula. Dia tidak mahu hubungannya dengan Nurin berantakan nanti. Betul, dia sangat sayangkan kawan baiknya itu. Satu-satunya kawan baik perempuan yang dia ada. Sentiasa diheret ke hulu ke hilir untuk membantunya melakukan apa saja. Agak kejam jika dia menghancurkan hati gadis itu. Cinta boleh dipupuk Zarif!

***

“Aku terima nikahnya Nurin Kamalia binti Azlan dengan.................”
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!”
“Alhamdulillah......”

***

Ketung, ketang, ketung, ketang, bunyi sudip dengan kuali di pagi hari. Nurin nih memang, masak mengalahkan orang pergi berperang.
Zarif tersenyum senang. Selama sebulan mereka menjalani kehidupan berumah tangga, makan pakainya amat terjaga. Nurin memang seorang isteri yang bertanggungjawab. Walau penat dengan kerja di pejabat, Nurin tetap pulang dengan wajah yang ceria. Segala urusan rumah tangga diuruskan dengan sebaik mungkin. Ya, Nurin juga masih berusaha keras membuat Zarif jatuh cinta dengannya. Sangat....
“Okay breakfast dah siap. Come, sit here.” Nurin menarik tangan Zarif.
Zarif senyum lagi. Nurin suka bebenor melayan dia seperti raja. Kalau boleh makan pun nak disuapnya. Bagus memang lah bagus, tapi malu la pulak bila dah tua-tua macam nih pun makan nak bersuap juga. Erk, dah tua ke?!
“Yang, petang karang kita singgah rumah mama nak?”
Suara Nurin kedengaran halus di telinga Zarif. Yang! Dia suka panggilan itu. Panggilan Nurin kepadanya, tidak pernah berubah sejak mula dia menyarungkan cincin di jari Nurin. Kata Nurin, memang sudah menjadi angan-angannya dari dulu untuk memanggil suaminya dengan panggilan itu. Zarif senyum sampai telinga. Ah sudah! Zarif sudah jatuh cinta.
“Yang, dengar tak?” Nurin merengek kecil. Ah gedik betul kau sekarang kan Nurin. Gedik dengan suami tak apa, halal.
“Ya saya dengar.” Zarif meneruskan suapan.
“So, macam mana?” Tanya Nurin lagi.
“Okay kita singgah rumah mama. Tapi lambat sikit la sebab after lunch saya ada meeting dengan investors dari Jepun.”
“Okay tak kisah. Asalkan dapat singgah rumah mama.” Nurin senyum. Gembira bila Zarif tidak pernah menolak permintaannya.
“Dah rindu sangat dengan mama ye?” Soal Zarif.
“A’a, rindu sangat-sangat.” Nurin senyum lagi.
“Orang yang kat depan ni tak rindu ke?”
Keting!!!
Sudu ditangan Nurin terlepas jatuh mengena pinggan.
“Yang cakap apa?” Tanya Nurin.
“Cakap apa?” Zarif buat-buat tanya.
“Tadi, yang ada cakap something kan?” Tanya Nurin lagi.
“Tak ada lah, mana ada saya cakap pape.” Kata Zarif pula.
“Erm tak apa lah kalau macam tu.” Nurin menyambung suapannya yang terhenti seketika tadi.
Fuhhhh, lega! Haila Zarif, cakap siang pandang-pandang. Nasib baik Nurin tak dengar. Kalau tidak buat malu saja.
Selesai bersarapan, mereka terus bergerak ke pejabat. Macam biasa, Zarif akan mengahntar Nurin terlebih dahulu. Tiba di hadapan pejabat, Nurin terus tunduk dan mencium tangan Zarif. Sudah menjadi rutin setiap kali mahu melangkah keluar dari kereta. Dan hari ini, telah tercipta sejarah baru bila Zarif dengan spontannya mencium dahi Nurin.
“Take care sayang.”
Erk! Mimpi kah aku?
“Nurin, tak nak keluar ke? Saya dah lambat nak ke pejabat nih.” Zarif mengetuk perlahan stereng kereta.
“Ha?! Ah, ye, ye, nak keluar lah nih.” Nurin kelam kabut keluar dari kereta Zarif.
Zarif tergelak kecil melihat telatah isterinya. Comel!
Zarif sempat mengenyit mata ke arah Nurin sebelum keretanya bergerak laju meninggalkan kawasan pejabat Nurin.


P/S ilebiu: Selamat menunaikan ibadah puasa. Let's topup pahala secara berjemaah.teheeee >_<

8 comments:

  1. samalahh kita.. kalau niat nak tulis cerpen.. mesti terpanjang berjela2.. hahaha...


    nice writing.. like3.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh ada geng..hehehe
      thanks anyway >_<

      Delete
  2. menarik gak.....zaman skrg mcm2 ade,kaum Adam di pinang biasa gak akak dngr dek......good job.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan akak kan...nothing is impossible dah skrg nih.neway thanks akak sudi baca >_<

      Delete
  3. Replies
    1. hahaha semangat betol makcik i nih...good good :)

      Delete
  4. best. best :d comel jer ^^^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sume comel ahahaha ;)

      terima kasih sudi baca song hyun sun >_<

      Delete