22 July 2012

Bahagiakan Aku Last Part

Assalamualaikum ^_^

Okay endingnya sudah kunjung tiba. Happy reading guys! Oh ya, sorry if there's too much grammatical error. Biasa la kan, berangan orang putih sangatttt! teheeee

_________________________________________________________


Nurin sedang tekun mencatat sesuatu di dalam plannernya. Lagu kegemaran Nurin, Andai Ku Bercinta Lagi nyanyian kumpulan Mojo kedengaran perlahan dari MP3 kesayangan. Pertama kali dia mendengar lagu itu, terus dia jatuh suka. Tiap kali ingin mencatat sesuatu di dalam planner, lagu itu sentiasa menjadi peneman setia.
“Sayang tulis apa tu?” Tanya Zarif tiba-tiba.
“Eh Yang, dah lama naik? Sorry sayang tak perasan.heheh” Nurin sengih saja. Leka benar dengan catatannya sampaikan suaminya naik ke bilik pun dia tak perasan.
“Dah lama dah Yang tercegat dekat pintu sana. Ingatkan nak tunggu sayang jemput masuk. Memang sampai ke sudah la Yang kena tunggu nampaknya.” Zarif tarik muncung.
Baru je nak bermanja-manja dengan isteri di hujung minggu. Alih-alih bermanja sorang-sorang pulak.
“Alaaa sorry Yang, sungguh sayang tak perasan tadi.” Suara Nurin meleret manja. Harap-harap cair lah Zarif mendengarnya.
Zarif menapak perlahan ke belakang kerusi isterinya.
“Sayang tulis apa nih?” Tanya Zarif sambil memeluk geram isterinya dari belakang.
Nurin tergelak kecil dengan tingkah Zarif. Memang macam tu lah mereka kalau nak meredakan rasa yang membungkam dalam diri. Pergi peluk geram cepat-cepat.hahaha Ada ke peluk geram macam tu?!
“Sayang tulis apa?” Tanya Zarif lagi. Ngada-ngada betul, bukan tak boleh baca sendiri pun kan.
“Sayang tulis nih la. Nah baca sendiri.” Kata Nurin sambil menghulurkan plannernya kepada Zarif.
Planner bertukar tangan. Pantas Zarif melangkah ke arah sofa di hadapan katil tempat mereka beradu sambil matanya masih tekun meneliti tulisan Nurin yang tercatat indah itu.
“To Do List?” Tanya Zarif ingin mendapatkan kepastian.
Nurin angguk cuma dengan senyuman yang sangat mendamaika sambil melangkah ke arah suaminya.

To Do List – Nurin Kamalia Azlan
1) Pergi haji dan umrah dengan suami tersayang – Zarif Fikri
2) Panjat Gunung Kinabalu dengan suami tersayang – Zarif Fikri
3) Honeymoon kat Karambunai dengan suami tersayang – Zarif Fikri
4) Melancong ke Turki dengan suami tersayang – Zarif Fikri
5) Backpack travel dengan suami tersayang – Zarif Fikri
6) Be a good wife kepada suami tersayang – Zarif Fikri

Zarif pandang Nurin, Nurin pandang Zarif.
“Semuanya dengan suami tersayang?” Tanya Zarif sambil tersenyum simpul. Kembangnya hati bila Nurin hanya mahukan dia, dia dan dia. Ah Zarif sudah perasan!
“Mestilah!” Nurin senyum juga. Memang dia teringin sangat buat semua benda dengan Zarif. Kalau boleh nak saja Zarif sentiasa di sisi walau di mana saja dia berada.
“Suami tersayang?” Tanya Zarif lagi.
“Iya, suami tersayang sangat-sangat.” Jawab Nurin sambil mengenyit mata. Nampak agak nakal di situ.
Zarif menarik Nurin rapat dan mencium dahi isterinya lama. Sungguh dia sangat sayangkan insan bernama Nurin Kamalia itu.
“Sayang....”
“Humm....” Nurin mendongak.
“Yang nombor 6 tu, kalau tak masukkan kat dalam list pun takpe kut.” Kata Zarif.
“Kenapa?” Nurin angkat kepala. Dah kenapa pulak nih? Tak nak aku jadi good wife ke hape? Huishh kalut la hang nih Nurin.
“You’re already my good wife sayang. Dulu, kini dan selamanya. Dah tak perlu kut tersenarai dalam to do list nih semua.” Jelas Zarif.
“Oooo....”
Chup!
Erk?!
“Your big O looks sexy honey, I just can’t help myself.” Zarif kenyit mata nakal.
Haisss super spontan betul.
Nurin cubit manja lengan Zarif. Tak boleh cubit kuat-kuat, kang tak pasal-pasal lebam pulak lengan suaminya nanti. Kulit Zarif memang sensitif, mudah lebam.
Zarif sengih panjang melihat telatah Nurin. Pipi dah blushing, malu lah tu.
“Insha Allah kalau diizinkan Tuhan, Yang akan lakukan semua yang dah sayang senaraikan kat dalam nih.” Kata Zarif.
Nurin lantas melentokkan kepala ke bahu Zarif, tiba-tiba hatinya menjadi sayu. Untung dia mendapat suami seperti Zarif dan segala usaha yang dia lakukan, ternyata tidak sia-sia.
“Sayang takut tak sempat je.” Luah Nurin dengan hati yang berat.
“Tak sempat? Kenapa?”
Lantas Nurin mengangkat kepalanya. Wajah Zarif direnung sayu. Tangannya perlahan-lahan menjalar ke pipi Zarif dan memegang lembut pipi yang semakin tembam itu.
“Tak ada apa-apa lah. Sayang tersalah cakap je.” Senyuman manis diberikan.
“Betul nih tak ada apa-apa?” Soal Zarif lagi.
“Betul Yang. Dah lah, tak mau cakap pasal tu lagi ye. Jom kita kemas bilik nak? Tolong sayang tukar bed sheet boleh?”
“Alaaaaaa....tangan Yang tiba-tiba sakit la. Aduh!” Zarif mengaduh dan dengan senang lenangnya berbaring di atas sofa yang mereka duduki tadi.
Ish orang tua nih, pemalas betul la.
“Nak jadi suami soleh ke tidak?!” Bahu suaminya ditolak geram.
“Nak la.” Nak, nak, tapi matanya dipejam rapat.
“Dah tu bangun la, tolong sayang. Berat tulang betul la Yang nih.” Nurin merengus kecil. Orang tengah semangat nak kemas bilik, dia nak main-main pulak. Spoil betul la.
“Berapa kilo?” Soal Zarif tiba-tiba.
“Apanya yang berapa kilo?” Soal Nurin pula.
Dah main soal-soal pulak.
“Berat tulang Yang la. Tadi kan sayang cakap tulang Yang berat.” Jawab Zarif sambil tergelak kecil.
Ish main-main betul la Pak cik nih. Bantal di atas katil di tarik kasar dan badan Zarif dengan secara automatiknya menjadi serangan bantal Puan Nurin. Mereka ketawa riang and the pillow fight has begun.

***

Mesyuarat yang berlangsung selama empat jam akhirnya tamat juga. Langkah Zarif laju menghala ke biliknya untuk merehatkan minda yang sudah letih dengan bebenan kerja yang makin lama makin bertambah.
“Encik Zarif,” Lembut suara setiausahanya menyapa telinga.
“Yes?”
“you have a call from hospital, it’s about your wife.”
“What?! Which hospital?” Suara Zarif bertukar cemas.
“Ampang....”
Dengan pantas Zarif memecut keluar. Panggilan dari setiausahanya dibiarkan begitu saja. Apa yang penting sekarang hanyalah isterinya, hanyalah Nurin Kamalia.

***

Matanya cuba dibuka perlahan-lahan, ah silau. Dicuba lagi untuk melihat keadaan sekeliling. Dengan bau yang menerjah rongga hidung, dia sudah pasti di mana dia berada sekarang. Cubaan yang ketiga akhirnya berjaya, pandangannya mula terang. Kelihatan Puan Mariah dan Tuan Azlan berdiri di sisi katil sambil tersenyum senang. Alhamdulillah, akhirnya Nurin sudah sedar.
“Mama, papa...” Suara Nurin kedengaran sangat lemah.
“Nurin dah okay sayang?” Tanya Puan Mariah sambil menggenggam kemas tangan puteri kesayangannya.
“Okay ma..” Senyuman manis diberikan.
“Nurin rehat ye sayang.” Kata Tuan Azlan pula.
“Okay pa...” Nurin senyum lagi. Hanya itu yang mampu dia lakukan.
“Nurin...” Sapa satu suara di sebelah kiri katil.
“Eh, mummy dengan daddy pun ada.” Nurin cuba untuk bangun. Tak betah pula bila kedua mertuanya melihat dia dalam keadaan terbaring begitu.
“Nurin baring ye sayang, doktor cakap Nurin tak boleh banyak gerak.” Puan Zahlia cuba menghalang menantunya dari bangun. Tuan Ikbal mengiakan saja.
Kelihatan mata Puan Zahlia mula berkaca. Sedih melihatkan keadaan Nurin yang ternyata sangat lemah tetapi masih ingin menjadi menantu yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Nurin senyum, tangan mummynya diusap perlahan.
Tiba-tiba bahunya dipeluk erat dan tangisan kecil mula kedengaran.
“Zana, kenapa menangis macam budak-budak nih?” Tanya Nurin dalam ketawa kecil. Kepala adik ipar kesayangannya digosok perlahan.
“Kak long....Zana sayang Kak Long sangat-sangat. Jangan tinggalkan Zana ye.” Tangis Zana lagi.
Hati Nurin mula berkocak hebat. Kenapa dia dihidangkan dengan pemandangan yang sedemikian? Adakah mereka semua sudah tahu tentang....ah sudah!
“Yes dear, I won’t leave you okay cute little baby.” Sempat dia mengusik adik iparnya walaupun hatinya dirasakan  seperti mahu pecah menahan perasaan.
Akhirnya pandangan Nurin jatuh pada susuk tubuh yang kaku berdiri di tepi tingkap. Pandangan dihala keluar, langsung tidak memandang ke arah Nurin.
“Yang...” Getar suara ditahan. Suaminya masih kaku berdiri.
“Yang, come here please....” Suara Nurin kedengaran sedikit merayu.
Dan seperti biasa, Zarif akan sentiasa lemah bila mendengar nada suara isterinya itu. Perlahan dia melangkah ke arah katil dan terus duduk di sebelah isterinya. Tangan Nurin dipegang kemas ibarat tidak mahu dilepaskan.
Zarif menunduk. Tidak sanggup rasanya memandang wajah kesayangan yang semakin lemah.
Nurin mencuit dagu suaminya, niat di hati ingin mengusik.
“How could you...” Akhirnya terluah juga kata-kata dari Zarif.
Wajah Zarif yang masih menunduk diangkat sedikit.
“how could you do this to me.” Katanya lagi dengan penuh getar.
Nurin mula menunduk. Tidak sanggup rasanya memandang wajah yang penuh duka itu. Duka yang dia sendiri ciptakan.
“You make me in love with you and then what? You gonna leave me? Alone?!” Soal Zarif bertubi-tubi.
Pantas Nurin mengangkat kepalanya. Wajah suami kesayangan direnung lama. Mata Zarif sudah mula berair. Tinggal lagi beberapa saat, air mata akan jatuh membasahi pipi lelaki kesayangannya itu.
“I didn’t meant to do this Yang. I didn’t meant to hurt you like this.” Pegangan tangan mereka dikemaskan dan tangisan Nurin mula kedengaran.
Zarif menarik Nurin ke dalam pelukannya. Dahi Nurin dicium berkali-kali bagi meluahkan segala rasa kasih dan sayangnya yang tidak penah luak terhadap Nurin. Pelukan Nurin dipinggang diperkemaskan.
“I’m sorry Yang, I’m so sorry.” Bisik Nurin dalam esak tangisnya.

***

“Keadaan Puan Nurin agak membimbangkan. Kalau dilihat pada laporan kesihatannya, kanser Puan Nurin telah merebak ke bahagian badan yang lain.” Kata Doktor Hisyam.
Zarif hanya menunduk mendengarkan kata-kata doktor yang kelihatan agak senior itu.
“Dan berdasarkan pada apa yang saya lihat, Puan Nurin sudah lama tidak mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak kami. Adakah Encik Zarif sedar tentang itu?”
“Saya tak pernah tahu tentang penyakitnya and I don’t even know whether she take her pills or not doc.” Jawab Zarif dengan perlahan. Kepalanya masih tunduk memandang lantai.
“It’s okay Encik Zarif, we will try our best to help her.” Bahu Zarif ditepuk perlahan.

***

Keadaan kesihatan Nurin yang semakin merosot telah menghalangnya untuk pulang ke rumah sehingga dibenarkan oleh pihak hospital.
Zarif adalah seorang peneman yang setia. Sepanjang Nurin berada di hospital, dia tidak pernah meninggalkannya seorang diri. Siang dan malam, dia sentiasa berada di sisi Nurin. Segala kemahuan Nurin ditunaikan, segala permintaan Nurin tidak pernah diabaikan. Makan pakai Nurin memang sentiasa terjaga. Walau Nurin tidak meminta itu semua, namun suaminya tetap berdegil mahu melakukan segalanya sendiri.
Bila Nurin ingin tidur, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran akan dilagukan. Bila Nurin buka mata, lafaz alhamdulillah diucapkan kerana Nurin masih diberi peluang untuk bernafas. Itulah perkara yang wajib dilakukan Zarif sepanjang dia menemani isteri kesayangannya itu.
“Yang,”
“Hurm...” Tangan Zarif masih lincah mengupas kulit epal.
“I want to tell you something.” Tangan Zarif dipegang, inginkan sedikit perhatian.
“Just say it sayang.” Zarif senyum
“But I want full attention from you.”
Piring buah diletak tepi. Bahu isterinya dipeluk erat, tidak mahu dibiarkan walau seinci ruang kosong antara mereka.
“Okay I’m yours now.” Pipi mulus Nurin yang sedikit cengkung dicium sepintas lalu.
“Yang pernah tanya, since when sayang jatuh cinta dengan Yang kan?”
Zarif angguk.
“Well, I’ve fallen for you since we were form five.”
“Really?” Tanya Zarif. Sungguh dia tak percaya.
“Yes! Lama giler kan?” Nurin senyum.
“Yup, serious tak sangka betul.” Zarif turut senyum.
“Waktu sayang lamar Yang dulu, I already know bout my health condition and because of it lah sayang memberanikan diri untuk melamar Yang. I really love you sampaikan sayang sanggup memperjudikan nasib Yang untuk kahwin dengan orang sakit macam sayang. I really want to live with you Yang and I”m sorry for hiding it from you. I’m truly sorry.”
Air mata mula gugur. Sungguh dia rasa menyesal. Tapi dia tetap bersyukur kerana berpeluang untuk hidup bersama orang yang dia cintai.
“Syhhh....jangan cakap macam tu sayang. Yang tak pernah menyesal kahwin dengan sayang. You are the best gift in my life. You’ve taught me so much sayang and I’ve learn many things from you. So please, don’t ever mention about it anymore. Okay?”
Air mata Nurin disapu perlahan walaupun air matanya sendiri mula turun membasahi pipi. Sungguh dia tidak dapat menahan kesedihan mendengarkan kata-kata isterinya itu.
“Yang...”
“Hurm...”
“Promise me one thing boleh?”
“Apa dia?”
“Bila sayang dah tak ada....”
“Sayang...”
“....Yang cari pengganti sayang ye...” Tangisan Nurin pecah lagi.
“Sayang!”
“cari yang boleh jaga makan pakai Yang, cari yang....” Sambung Nurin dalam tangisan yang tiada henti.
“You’ve talking so much Nurin Kamalia.”
Bibir yang tidak mahu berhenti berkata-kata dicium lama. Hanya itu jalannya untuk menutup mulut isteri kesayangannya daripada meneruskan kata-kata yang hanya akan menyiksakan mereka berdua.
Dan Nurin dipeluk erat seperti tidak mahu dilepaskan.

***

Zarif melangkah kosong ke arah bilik yang menempatkan isterinya. Sekosong hatinya yang sedang merintih hiba. Setelah selesai sesi meluahkan perasaan bersama Nurin semalam, dia melangkah keluar untuk ke surau. Pulang dari mengerjakan solat asar, dia telah dikejutkan dengan berita isterinya sudah tidak sedarkan diri. Seluruh ahli keluarga dipanggil berkumpul bila doktor berpesan agar bersedia untuk sebarang kemungkinan.
“Along!”
Panggilan dari Zana menyedarkan Zarif yang semakin hanyut dengan perasaan.
Melihatkan air mata yang laju menuruni pipi adiknya, langkah kaki dilajukan.
“I’m sorry, we have try our best. Be strong young man.” Doktor Hisyam menepuk perlahan bahu Zarif dan terus melangkah pergi meninggalkan Zarif yang masih berdiri kebingungan melihat ahli keluarganya yang sedang menangisi pemergian isteri tersayang.

***

Tulisan dalam planner Nurin dibaca satu persatu hingga tangannya terhenti di muka surat to do list. Tangannya meraba perlahan tulisan arwah isteri kesayangan dan air mata perlahan-lahan jatuh ke pipi. Sebak dadanya membaca catatan terakhir arwah Nurin.

Ya Allah ya tuhanku, terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberi peluang kepadaku untuk hidup bahagia bersama orang yang aku cintai, Zarif Fikri, walaupun hanya untuk sementara. Ia sudah cukup bagi diriku ya Allah. Aku memohon agar Engkau kuatkanlah suamiku untuk menempuh hari-hari yang mendatang tanpa aku disisi. Semoga dia menemui kebahagian dan sinar baru dalam hidupnya. Jangan biarkan dia berduka dengan kehilangan yang amat kecil ini. Terima kasih ya Allah......

Tangisan lelaki itu pecah lagi untuk kesekian kali nya.
“Yang akan tunaikan semua permintaan sayang. I will do it sayang, I will......”

______________________________________________________________


P/S ilebiu : Sorry if I'm letting you down with the sad ending guys. Nak buat macam mana, idea untuk buat cerpen nih pun datang from that kind of ending.huhuhu




Anyway, meh baca this part sambil dengar lagu nih...







10 comments:

  1. cik writer kalau jadikan cerpen ni sebagai mini cerpen best saya rasakan.. apa kata awak sambung sikit lagi.. nak tau apa yg terjadi dgn zarif after this? nak tau dia kahwin ke tak? kalau kahwin nak tau dia kahwin with who? queen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai queen...thanks so much sbb sudi baca this cerpen and thanks for the suggestion. >_<

      erm actually kan bukan tak nak sambung or make it as a mini cerpen just like you said, but I think it's better if I just stop it like that. Zarif kan dah sayang sangat kat arwah Nurin so to be in love again is quite hard for him. Takut kalau saya sambung karang dah jadi melalut-lalut and boring pulak.heheee

      anyway, thanks again for your wonderful suggestion dear.... ^_*

      Delete
    2. hmmm... but if u asked me i vil suggest u to cont this cerpen.. coz its such a nice story.. if u cont its doesn't mean it wont be nice... kadang kala dalam hidup kita bukan semua apa yg kita nak kita akan dapat kan... so, as a reader i wanted to know weather he try to full fil her last wish or not.. just curious bout it... rather than that i think over all this cerpen is a nice story.. hope u vil think back bout this... kalau cerpen ni dikembangkan mmg akan menjadi sebuah cerpen yang best... its just my suggestion... if u just end up this story like this, its like v dont know what zarif is going to do next.... queen..

      Delete
    3. we'll see okay dear ^_^

      Delete
  2. Replies
    1. thanks makcik sudi baca ekeke :)

      Delete
  3. best!!!!! serious..... x de melalut2 straight forward... serious best.. keep it up sis ^^
    -Song Hyun Sun-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat straight forward ek??? hahaha thanks sudi baca tau >_<

      Delete