23 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 9


Sakit hati tahap dewa dewi dengan Lan. Sampai hati dia buat kami macam ni kan. Tak boleh ke dia tengok 

kami bahagia bersama. Sanggup pulak tu sogokkan si Daim dengan cerita-cerita negatif dia tu, tak patut 

betul tau.

“Alis, petang karang Daim nak keluar dengan Lan kejap tau.” kata Daim sambil minum jus oren hingga ke 

titisan yang terakhir. Dahaga sangat gamaknya.

“Nak buat apa?”

“Saja Lan ajak lepak. Nak jumpa malam macam malas la pulak nak keluar bila dah sampai rumah.”

“Alis ikut!” Heh aku pun nak jumpa Lan jugak.ngeee

“Nak buat apa?” Daim dah buat muka. Tak kasi aku ikut lah tu. “Saja nak jumpa Lan.”

“Ke Alis nak serang Lan?” Erk macam tau-tau je Daim nih. Tapi takde nya aku nak serang si Lan tu. Agak-

agak la, takkan nak meroyan kat depan orang ramai pulak kan.

“No lah, orang nak jumpa Lan je. Boleh ek?” Aku kenyit-kenyit mata, buat muka innocent depan Daim. 

Nak mintak simpati lah tu konon.

“Okay...Tapi Alis kena janji yang Alis tak kan terpekik telolong kat depan Lan nanti. No serang-serang 

orang tak tentu pasal. Or else, Daim tinggal je Alis kat sana dengan Lan. Korang nak gaduh bertumbuk ke 

Daim tak kesah lagi dah.”

Wah melampau, gaya cakap macam nak bawak aku pegi jumpa madu aku je. Erk madu?! Ish nauzubillah.

“Yes boss! Janji....”heee

********************************************************************************

Uik, lepak mamak ke?! Hurm best jugak, dah lama tak lepak, makan-makan kat mamak. Dulu selalu jugak 

singgah makan dengan Fatin. Nanti nak ajak Fatin lepak sini jugak lah.hee

“Daim! Sini....” Lan terjerit-jerit panggil Daim. Maklum lah, ramai pulak orang kat sini petang nih. Penuh 

dengan budak-budak flat sebelah datang lapak lepas main bola.

“Eh Alis pun ada.” Lan sengih. Aku? Buat muka toya je.ngeh..“Korang nak makan apa? Order lah, hari nih 

aku belanja.”

Wah baik hati sungguh si Lan nih kan. Daim kat sebelah pulak tak menyempat nak order. Lapar sangat ke 

hape.

“Alis apa khabar? Lama tak jumpa kan. Macam mana tetiba boleh ikut Daim datang sini pulak?” Lan buat 

muka tak puas hati.

“Kenapa? Tak boleh? Ada masalah ke?” Bukkk! Daim sepak kaki aku. Aku tengok Daim, muka dia dah 

merah. Marah lah tu aku cakap macam tu kat kawan dia.huh

“Eh tak lah, Lan tak kesah pun. Daim kau ada dengar cerita pasal si Lutfi tak?” tanya Lan.

“Takde pulak. Kenapa dengan Lutfi?” Muka Daim curious giler. Tak sangka ye budak lelaki pun suka

gosip jugak.

“Lutfi tengah frust menonggeng dengan budak ofis dia sampai jatuh sakit dengarnya. Aku dah cakap dah, 

mana boleh jatuh cinta dengan kawan sendiri tapi dia degil. Tengok sekarang sapa yang susah. Budak 

pompuan tu bukan setakat reject dia untuk jadi boyfriend tau, siap tak nak kawan kot.huh tu la, orang 

nasihat tak nak dengar.” Lan senyum sinis kat Daim. Tu tengah kasi hint kat Daim pasal cerita negatif dia lah 

tu.

“Pandai awak bagi nasihat kan Lan. Tapi diri sendiri tak pulak ikut nasihat yang awak cakapkan tu.” Nah 

amik kau. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

“Sayang.....” Muka Daim dah merah padam. “Apa?” Ish cakap sikit pun tak boleh.

“Dah janji tadi kan.”

“Orang janji tak serang dia je lah, bukan janji tak cakap pape dengan dia. Cakap sikit pun salah ke...”

“Tak salah sayang, cuma.....”

“Weh korang stop! Apa nih Daim, sayang-sayang Alis kat depan aku. Kau dah gila ke?” Nah, tetiba Lan 

melenting. Si Daim nih menggedik je panggil aku sayang, macam mana mamat kat depan nih tak melenting 

bagai.ekekekeke

“Kau dah janji yang kau tak kan couple dengan Alis kan. Kau jugak dah serah tanggungjawab kat aku 

untuk jaga Alis. Tapi apa nih Daim, kau tipu aku ye.huh!” Lan dah meroyan. Semua orang pandang kami 

weh, malu. Rasa macam nak sorok muka dalam beg je.

“Ye aku dah janji, tapi aku tarik balik janji aku tu. Sekarang Alis is mine. Kami suka sama suka Lan, just 

give us a chance to live happily together. Will you?” Daim bersuara dengan tenang, bijak mengawal 

kemarahan. That’s my man! weeeeeee

“No! This is totally unfair.” Eh tak habis lagi ke meroyan si Lan nih.

“Unfair apa nya Lan. Awak tak kesian ke tengok kami pendam perasaan masing-masing just to make you 

happy. That is what we called unfair Encik Razlan. Kalau orang tak couple dengan Daim pun, orang tak 

akan terima awak. We’re just not meant to be together. Don’t you get it?” huh tension aku cakap dengan 

orang tak faham bahasa nih la.

Tiba-tiba Lan tarik tangan aku, muka dia serious melampau. Macam nak telan aku hidup-hidup pun ya 

jugak. “No! You are mine Alis, you are mine!” Ya Allah tolong lah. Cukup la Jimmy sorang je yang 

meroyan macam nih, jangan Lan pun ikut sama.

“Kau jangan melampau Lan, kami cakap elok-elok kan. Kau nak aku berkasar dengan kau ke?” Daim 

cuba tarik tangan aku. Muka Daim berkerut-kerut tahan marah. Daim macam tu lah, walau marah macam 

mana sekalipun, dia tak akan sekali-kali berkasar dengan orang. Lebih-lebih lagi dengan kawan baik dia 

yang amat dia kasihi tu. Kadang nak jugak tengok Daim bertumbuk dengan makhluk perosak nih semua. 

Baru lah nampak manly sikit kan.ekekeke Tapi sungguh lah, Daim is different than others. Harapan je lah 

nak tengok dia bertumbuk bagai. Eheh apa yang aku melalut nih.

“Dah Alis, jom balik. Lan, we’re not finish yet!” Daim tarik tangan aku dan kami terus blah macam tu je. 








Sebulan berlalu lepas kejadian kat gerai mamak hari tu. Kami kerja macam biasa, cuma Daim nampak 

kurang ceria. Mungkin dia agak terkilan di atas apa yang terjadi between Lan and him. Aku tak kesah kalau 

dia nak kawan balik dengan Lan, itu hak dia. Lagi pun diorang bestfriend kan, tak kan nak putus kawan 

semata-mata sebab aku. Tentang Jimmy pulak, aku tengok dia lebih senang menyendiri sekarang. Nak 

muhasabah diri kot, entah lah. Hopefully dia dah tak berharap apa-apa lagi dah dengan aku. Oh ya, Daim 

dapat arahan untuk transfer ke Dubai for 2years. Kalau ikutkan, dia ada masa lagi 6 bulan before berangkat 

ke sana. Dan dalam masa 6 bulan tu jugak lah we have to prepare for our wedding. Yes! We’re getting 

married soon......hehehehe Daim cakap kami kena kawen before dia pegi Dubai sebab dia nak angkut aku 

pegi sana dengan dia. Mama pulak cakap tak payah tunang-tunang. Masing-masing dah kenal hati budi 

masing-masing kan. Ummi Daim pun cakap macam tu gak. Eh sependapat pulak bakal besan nih 

kan.kikikiki Wah excitednya nak kawen....yippieee!!!

“Hoi makcik! Senyum sorang-sorang nih pasal apa? Berangan lah tu kan...” Fatin sengih macam iklan ubat 

gigi.

“Haila Patin, salam mana salam?” Aku tarik jugak hidung tu karang.

“Ala chill la babe, assalamualaikum Alis sayang..hehehe”

“Waalaikumussalam Patin sayang. Macam tu la kawan orang, penuh sopan dan santun. Bukan main terjah 

macam melodi tu je.hee...” Kami gelak.

“Alis dah ready ke nak jadi bini orang? Dah bersiap sedia mental fizikal ke?hihi...” Fatin gelak sopan.

Amboih bini orang kata kau. Ish ish ish Fatin nih, buat aku gerun je lah.

“Orang tak ready lagi Patin..uwaaaaa Macam mana nih? Macam mana nih?” Dush! Gelabah giler kot. Rasa 

macam nak pecut pegi bookstore beli buku pasal nikah kawen segala sekarang jugak.

Uik, Fatin gelak sampai keluar air mata nih apa kes? “Ek ena Alis, rileks la. Bukan susah pun. Bila dah 

selesai ijab dan kabul nanti, automatically awak akan ready tau. Especially tang malam pertama tu.heheh” 

Fatin kenyit mata.

Bukkk! “Adoi! sakit la Alis oiiiii.....” Amik kau, gedik sangat kan. Cakap tak agak-agak tau Fatin nih. Buat 

aku segan je.huuu Kalau Daim dengar nih, mesti lagi segan.

“Dah lah Patin, tak mau la cakap pasal nih lagi dah. Eh nanti petang teman orang cari barang jap ek. Nak 

tunggu weekend takut tak sempat pulak.”

“Yela...yela...hamba yang menurut perintah. Walaupun selalu dihempuk, orang setia menemani awak ke 

mana saja.” Fatin pusing sambil menjeling. Wah sempat lagi tu perli-perli aku.hehehe Fatin....Fatin.....




Note: Sorry kalau this part agak membosankan dan watak Daim memang macam tu, a bit slow but still sangat setia pada yang satu.hewhewhew

2 comments:

  1. Tahniah dah grad :)

    Teruskan buat apa yang kita minat, moga di situ Allah lorongkan kebaikan. Ameen! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks awak >_<

      Insha Allah semoga segalanya dipermudahkan. Ameen! :)

      Delete