21 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 8


Daim is still Daim, never change. Lepas sesi luahan perasaan yang penuh dengan persoalan kat tasik hari tu, 

Daim menyepikan diri balik. Tak payah lah susah-susah nak text dia ke call ke memang tak dilayan. Haila 

spesis apa entah dia nih. Nak lari dari kenyataan pun agak-agak la, jangan la sampai menyusahkan orang 

pulak.

“Alis....Alis...mengelamun ye. Fikirkan apa? Mulut tu dah muncung sana muncung sini. hehehe kelakar betul 

la Alis nih.” Lan gelak lagi...

“Erk, eh takde pape lah Lan.hee tengah fikir pasal kerja tadi.” Alahai Alis, macam mana boleh lupa yang 

Lan kat depan mata nih.

“Yeke fikir pasal kerja, ke fikirkan pasal sape?”

“Alah takde fikir pasal sape-sape pun Lan. So, how’s life? Okay?” Hurmm homemade lemon strawberry 

nih dah kurang manisnya. Syok sangat fikirkan pasal Daim, air pun lupa nak minum.

“Alhamdulillah okay, cuma sejak dua menjak nih saya ada masalah hati sikit lah Lis...”

“Erk! Masalah hati apa Lan? Jangan cakap yang hati awak bermasalah pulak. Dah jumpa doktor belum? 

Serious tak? Kena buat pemindahan hati ke hape?” Eheh dah jauh bebenor aku melalut nih. Si Lan pulak 

dari tadi gelakkan aku. Ke dia main-main je. Haish memang nak kena lah kalau benda penyakit serious pun 

dia boleh buat main macam nih.

“Alis nih kelakar lah. Apa banyak soalan daaa.hehehe....”

Eh mamat nih, gelak sakan pulak. Sungguh la dia mainkan aku je.

“Alis, masalah hati Lan nih bukan masalah hati kronik sampai kena operate segala macam yang Alis fikirkan 

tu. Nih tentang masalah hati dan perasaan Lan okay. Takde kena mengena langsung dengan penyakit hati 

yang susah nak cari penderma segala tu.”

Alhamdulillah... Nasib baik bukan masalah yang tu. Maklumlah, sekarang nih kan banyak sangat aku dengar 

berita tentang orang yang ada penyakit hati dan perlukan pemindahan hati dengan kadar yang segara. Nak 

cari penderma hati yang sesuai punya la susah, dah tu cost untuk operate pun punya lah tinggi. Kesian kan, 

especially kalau yang sakit tu budak-budak. Baru je nak hidup kat dunia nih, dah kena penyakit macam-

macam. Dah takdir tuhan, sape yang mampu nak tolak kan.

“Actually hati saya dah jatuh cinta kat awak Alis. Sungguh saya tak tipu.”

Owh dah jatuh cinta rupanya si lan nih.ekekeke Erk! Jatuh cinta dengan aku. Haip nih nak main game apa 

pulak Lan nih.

“Heheehee awak jangan la main-main Lan, orang tak suka la main-main tentang hati dan perasaan nih.”

“Betul Alis, saya dah jatuh cinta kat awak. Actually dah lama dah. Since kat zaman universiti dulu lagi...” 

Eheh serious lah pulak muka Lan nih.

“Awak jangan la main-main Lan, kanke dulu awak couple dengan Sya, macam mana boleh jatuh cinta 

dengan saya pulak. Mengarut je lah....”

Ohoooo seriously aku memang tak boleh terima. Lan tolong lah jangan nak mencarut sangat kat depan aku 

nih.

“Alis trust me, walaupun waktu tu saya dah couple dengan Sya tapi hati saya milik awak. Sepenuhnya 

Alis...”

“Enough Lan..enough! Orang tak suka awak cakap macam tu. Bagi orang awak hanya lah kawan yang 

orang sayang macam orang lain jugak. You are just my good friend. That’s all!”

“Tapi bagi saya Alis is more than a friend. You are special, not like others. Why can’t you accept me? 

Because of Daim right? Can’t you just forget bout him huh?”

Eh nih pesal tetiba timbul nama Daim pulak? Dah memang aku takde hati kat dia nak buat macam mana 

lagi. Nak salahkan Daim pulak dah.

“Alis listen here, just forget bout Daim okay. Dia takde hati dan perasaan langsung. Buat apa awak nak 

mendera hati dan perasaan awak macam tu. You means nothing to him. Lagi pun dia dah serahkan 

tanggungjawab untuk jaga awak kepada saya. And I’ve promised him to take a good care of you my dear.” 

Lan cuba pegang tangan aku. Huh gatal!

“What?! Korang ingat orang nih apa? Takde hati dan perasaan ke? Sesuka hati je kan korang pass 

tanggungjawab jaga orang. Bajet korang tu lelaki budiman lah ye bila buat macam tu. Listen carefully Lan, 

orang nak mendera hati dan perasaan orang atau tak, it’s my business not yours. And about Daim, he’s not 

my boyfriend so he have no right at all to pass tanggungjawab untuk jaga orang. Is it clear now Encik 

Razlan?!” Huh sungguh aku benci nak marah-marah kawan aku macam nih. Tapi apa yang diorang buat dah 

menyebabkan temperature marah aku naik mendadak tau. Kalau hari-hari macam nih, boleh kena darah 

tinggi gamaknya. Nauzubillah....

“Tapi saya dah janji...”

“I don’t care about your stupid promise. Now you just stay away from my life. Assalamualaikum....”

Lan diam terpaku mendengar kata-kata aku. Tapi ada aku kisah. Kepala aku nih tak habis lagi pening fikir 

pasal Daim dan Jimmy, datang pulak si Lan confess macam-macam. Huh aku penat sangat. Kenapa orang 

yang aku suka main  tarik tali dengan aku. Orang yang aku tak nak tu jugak lah yang datang serah diri. This 

is not fair! Alis Ilias is just an ordinary person, bukan cantik sangat pun. Clumsy pulak tu. Tak special 

langsung kan. Boleh pulak menjadi rebutan jejaka segala. Unbelievable? Believe it.....




Rutin harian aku tetap tak berubah walau datang berbagai-bagai masalah especially yang melibatkan hati 

dan perasaan. Kadang kalau dah tak tahan sangat aku call mama, cerita segalanya kat mama. Kadang kalau 

along free, along bawak aku keluar jalan-jalan sambil dengar aku merepek meraban tentang maslah hati dan 

perasaan. Buat masa ini, hanya family aku je yang boleh membuatkan aku tenang. Along cakap, pasal 

Jimmy dan Lan tak payah fikir sangat. Kalau boleh elak, elakkan je. Kalau dah tak tahan sangat, tukar 

tempat kerja. Itu cakap along. Cakap mama pulak, buat macam biasa je. Diorang kan kawan aku, tak kan 

lah senang-senang nak putus kawan macam tu kan. Tapi tang Jimmy duk kacau-kacau tu, mama pun 

sependapat dengan along. Tukar tempat kerja, senang cerita kan. Tapi yang susah ceritanya bila nak cari 

kerja baru. Susah lorh.... Maklum lah, demand is more than supply kan sekarang. Nak tak nak memang 

kena compete kaw-kaw punya lah.

Daim Shah Zainal.... Pasal mamat nih pulak, mama dengan along memang lah sangat sependapat. Diorang 

suruh aku face to face je dengan Daim. Leraikan segala masalah yang melibatkan aku, dia dan Lan. 

Hurmmm nice suggestion. Boleh lah cuci mata jap tengok muka Daim yang handsome tu. Wah sempat lagi 

kan kau Alis. Menggedik je bila nak jumpa Daim kan. Dah lupa ke pasal masalah yang nak dileraikan tu. 

Huh betul cakap Tun Dr. Mahathir, melayu mudah lupa. Erk ada kaitan ke?

*******************************************************************************


“Alis.... Kenapa tiba-tiba Alis nak jumpa Daim?” Berkerut-kerut kening Daim, curious sangat gamaknya.

“Ehem... Orang ada benda nak discuss dengan Daim. Tentang orang, Daim dan Lan.” Aku terus duduk kat 

bangku sebelah. Letih lah dari tadi asyik berdiri je.

“Lan? Kenapa dengan Lan?” Daim tanya aku kenapa dengan Lan? Ha meh cheq nak habaq mai...

“Lan cakap yang Daim dah serahkan tanggungjawab kat dia untuk jaga orang. Betul ke Daim?”

Daim dah cuak giler. Mesti nervous over the top kan bila dah kantoi macam nih. Daim pusing kiri dan 

pandang aku.

“Ya memang Daim dah serahkan tanggungjawab kat dia untuk jaga Alis. Untuk protect Alis dari gangguan 

si Jimmy actually. Dan dia dah janji dengan Daim yang dia akan jaga Alis seperti mana Daim jaga Alis.”

“But why? Apa perlunya Daim serahkan tanggungjawab macam tu. I'm not your girlfriend or your special 

one. How could you do this to me. Daim ingat orang nih barang ke? Senang-senang je nak suruh orang lain 

yang jaga. Kalau Daim tak suka orang pun agak-agak lah, jangan buat orang sampai macam nih sekali.”

Nangis? Huh jangan mimpi lah Alis Ilias nak nangis kat depan Daim hari ni. Kalau nak nangis jugak, tunggu 

balik umah karang.

Daim pandang aku dengan wajah sugul. “Daim buat semua tu sebab Daim sayang Alis. Don’t you 

understand that?”

“Sayang? What kind of sayang you are talking about huh? Kalau Daim betul-betul sayangkan orang, 

kenapa Daim tak pernah nak confess? Don’t you know that orang sayang Daim jugak?”

Daim nampak serba salah, dan aku tahu ada sesuatu yang menghalang dia dari berterus terang tentang 

perasaan dia terhadap aku.

“I think this is the right time to tell you everything about why I kept avoiding you Alis.” Daim bersuara 

tenang.

So this is the ‘one fine day’ yang Daim cakapkan tu ye. I’m ready Daim, I’m ready to hear everything.

“Just so you know, Daim jatuh cinta kat Alis since kat universiti. Seronok bila ada someone yang kita 

sayang dekat dengan kita and we can always support each other. Sungguh waktu tu Daim nak sangat kita 

couple. Alis ingat lagi tak yang Daim pernah tulis I love you saiz XXL kat belakang buku then tunjuk kat 

satu kelas. Alis ingat lagi tak yang Daim pernah marah Alis bila Alis kirim salam rindu kat Hafiz. Dan banyak 

lagi perkara-perkara nakal yang Daim pernah buat kat Alis kan. Alis ingat lagi tak?”

Aku senyum, harus lah aku ingat. Kenangan paling manis kot.

“Daim buat semua tu sebab Daim dah jatuh cinta, suka, sayang sama Alis. Tapi, bila Lan putus dengan Sya 

dan diorang dah jadi macam musuh, Daim rasa takut. Daim takut kalau couple then kita end up break off 

dan jadi musuh macam diorang.” Daim tunduk.

“Kenapa Daim fikir macam tu. Tak semua yang couple akan putus dan tak semua yang dah putus tak boleh 

kawan balik macam dulu-dulu. You are too negative!” Geram sungguh aku dengan pemikiran Daim yang 

sangat negatif itu.

“Ye at first Daim pun fikir macam tu jugak. Tapi bila Lan asyik sogokkan Daim dengan cerita-cerita negatif 

bila couple dengan kawan sendiri, Daim rasa kurang yakin dengan kehendak hati Daim. Lagi pun Lan 

pernah cakap, kalau kita couple then kita putus, Daim akan kehilangan kedua-duanya, kawan dan kekasih. 

Jadi daripada hilang keduanya, lebih baik kita tak couple dan maintain as a friend je. At least I can have you 

as my friend forever.”  Sampai hati Lan sogokkan Daim dengan cerita macam tu. Hish nak kena agaknya si 

Lan nih.

“Daim rasa dengan buat macam tu kita boleh be friend forever ke even dah terang-terang yang kita ada 

perasaan terhadap satu sama lain. I don’t think so Daim. Can’t  you see, how awkward we are bila kita tak 

dapat selindung our feeling. Can’t you see that huh?”

Sungguh aku tak faham apa yang Daim fikirkan. Dia sanggup dengar cakap kawan dia yang entah apa-apa 

daripada ikut kata hati sendiri. Tak sangka wujud jugak manusia macam nih kan. Rela sakitkan diri sendiri 

dari menyakiti hati kawan. Biar betul Daim nih.

“I can see it now. Sekarang Daim dah sedar, semua yang Daim buat hanyalah sia-sia. I am sorry for that 

Alis. Truely sorry....”

“Dah lah Daim, orang dah penat nak cakap pasal nih. Letih emosi.... Owh ya, pasal Lan, Daim tau tak yang 

Lan jatuh cinta kat orang? Dia dah confess segala hari tu. Terkejut beruk orang tau. Eheh tapi takde la 

sampai jadi beruk.ekekeke”

Ya Allah Alis, boleh pulak kau gelak time macam nih. Kanke tengah discuss soal hati dan perasaan nih Alis. 

Cuba behave sikit.hukhuk

“Daim tau...”

“What?! But how?”

Daim bangun dan pandang depan. Gaya macam tengah fikir pasal masalah negara je. Muka dah ala-ala hati 

batu kepala kayu dah nih, pesal? Eh chop, ada ke muka macam tu? Ah pape je lah.

“Daim tau yang Lan dah lama sukakan Alis. Dia sendiri yang cakap kat Daim. Dan sebab itu lah Daim rela 

undur diri dan serahkan tanggungjawab untuk jaga Alis kepada Lan.”

“What the tuttttttt......” Hah muncung-muncung mulut aku nak cover dari mencarut. Daim nih dah kenapa 

sampai macam tu sekali berkorban untuk Lan. Mamat tu dah bagi dia duit satu juta ke hape. Kalau betul, 

bak sini sikit. Orang nak pegi shopping.huuu

“Daim nih waras ke tidak? How could you do that to me, to us! Korbankan hati dan perasaan sendiri demi 

orang lain. Ish orang tak faham lah Daim nih.”

“I’m sorry sayang. Sekarang Daim dah sedar dan Daim tak nak dan tak akan sekali-kali lepaskan Alis. You 

are mine sayang, you are mine!”

Erk sayang?! Nak pengsan jap lah.hiks



Note: Please leave a comment so that I can improve my writing. ^^ 
(eheh ngade, dah masuk part 8 baru nak mintak orang komen segala.teheee)

2 comments:

  1. first skali akak tngok daim lelaki yg x de pendirian . hhihi . yup betul kata alis, daim is daim. never change. but since he oready confess about his feeling, n dia pun memang org yang ada kat hati alis, better watch out dngan perangai dia tu . kalau dia buat lgi benda2 tu kat alis (kasi kat lan kunun Y___Y) , ai karate cukup2.. kekeke..


    tahniah Asma, akak dpt selami perasaan alis, her feeling toward daim ... n kegeraman bila daim wat cemtu kat alis. tpi still, memang itulah yg berlaku kat lelaki sekarang ni . x bersungguh... bila dah terlepas baru nak terhegeh2.. >.<


    i lev this story so much! (klau nak buat konflik lgi gila contohnya tiba2 daim rpt dngn ompuan lain bleh jer, nanti akak tukang ketuk daim~ *walhal daim tu mcm hero akak je... ngeh3.. )

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kak rin, daim memang hopeless klau bab feeling segala. for him friendship lg penting kot.that's the real daim huhuhuhu make sure akak karate sampai lembik tau hee....

      kesian alis kan kak.nasib lah terjatuh chenta dgn mamat slow cam daim tu ekekeke

      eheh konflik baru?akan dipertimbangkan hee...tp takut kang melalut sangat plak.huhuhu opps! serious daim tu mcm hero akak?wallaaa....hehehe

      Delete