18 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 7


Sedih? Ada la sikit. Marah? Banyak kot. Cemburu? Tinggi gunung. Frust? Banyak laut. Hah emosi tak 

stabil, macam tu la emosi aku since semalam lepas adegan terserempak dengan Daim. Owh ya jangan 

dilupa AWEK dia yang tercegat kat sebelah macam tiang lampu. Orang cakap menangis adalah terapi yang 

bagus untuk menghilangkan rasa sakit hati. Tapi air mata aku hari nih sombong pulak, tak nak keluar 

langsung.

Beep.... Beep....

I’m on my way to your house now. Please dress properly, I’m gonna take you out. – Daim

Hurm unpredictable betul Daim nih. Tiba-tiba je mesej nak bawak keluar. Nih mesti nak explain pasal 

semalam kan.

“Hai Alis, masuk lah.”

Ufh tak romantik langsung. Jemput aku masuk macam tu je, bukan nak tolong bukakan pintu ke hape. Eleh 

dia jemput naik tu pun dah kira bagus tau Alis, lagi mau demand ka....

“Kita nak ke mana?”

Satu...dua...tiga....aiii senyap je. Tengok muka sikit, hurmm mood macam okay je. Dah tu kenapa tak 

jawab aku tanya.

“Daim, kita nak ke mana nih?”

“Somewhere......”

Ish tau la somewhere, tapi nama tempat nya apa? Nak main teka teki pulak. Kalau dapat hadiah duit ribu-

ribu takpe lah jugak, takde la menyusahkan sangat rasanya kalau nak suruh otak aku nih buat kerja part 

time fikir ke mana kami nak pegi.

“Okay dah sampai, let’s go...”

Erk tasik?! Nak buat apa pulak kat tasik nih? Nak memancing ke? Eh tapi kat tasik nih dilarang memancing 

lah.

“Daim nak buat apa kat sini? Nak memancing ke? Kat sini dilarang memancing lah Daim. Lagi pun orang 

tak suka memancing tau, bosan..yedaaa...yedaaa...yedaaa....”

“Alis! Can you please shut your mouth for awhile. Just follow me okay. Don’t you trust me at all huh?”

Bila aku tanya nak ke mana tak nak jawab. Dah tu bila aku bising suruh aku diam pulak. Stress!

************************************************************************

Cantik jugak pemandangan kat tasik petang-petang macam nih, nyaman je. Cuaca pun sedang elok untuk 

orang yang nak jogging atau picnic. Pandai Daim pilih tempat. Opps! Terpuji pulak.

“Kenapa Alis tak datang dekat Daim semalam?”

Erk?! Terus aku pusing lipat maut.

“Kenapa Alis tak tegur Daim semalam?”

Hah?! Serious mulut aku tengah melopong sekarang.

“Kenapa Alis tak senyum bila jumpa Daim semalam?”

What the....? Pause! Aku gigit bibir tahan diri dari mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

“Eh kejap! Kenapa Daim tak buat semua yang Daim cakapkan tu kat orang semalam? Kenapa? Nak 

salahkan orang pulak.huh...”

“Almost two months kita tak jumpa kan. Seriously Daim rindu Alis. Rindu nak tengok muka Alis, rindu nak 

dengar suara Alis, rindu nak dengar Alis marah-marah...”

“Kenapa dengan Daim nih? Jangan main-main lah.”

“Tapi Daim tau apa yang Alis buat selama hampir dua bulan kita tak jumpa. Alis pegi mana, Alis keluar 

dengan siapa, Jimmy kacau Alis ke tidak. Daim tau semua tu.”

“What?! Daim skodeng orang ek? Apa motif Daim buat macam tu?”

“Daim rasa marah sangat bila tengok Jimmy masih kacau Alis dan Daim rasa sakit hati sangat bila tengok 

Alis keluar dengan Lan.”

Spceehless.... Sungguh aku tak tau nak cakap apa. Daim seperti sedang meluahkan apa yang dia rasa je. 

Tak pe lah, bagi peluang dia cakap. Bila dia dah habis cakap nanti biar aku pulak yang sambung.

“Kenapa Lan tak protect Alis dari Jimmy? Kenapa Lan biarkan Alis kena kacau dengan Jimmy sedangkan 

dia dah janji yang dia akan lindungi Alis. Kenapa Lan biarkan semua itu berlaku?”

Kenapa tiba-tiba keluar nama Lan pulak nih. Apa kaitan Lan dengan semua nih?

“Alis tau tak, sakit rasanya bila tengok Alis kena kacau dengan Jimmy tapi Daim tak boleh nak tolong. Sakit 

rasanya bila terpaksa tengok Alis harungi segalanya sorang-sorang dan Daim tak boleh buat pape pun. 

Yang Daim mampu buat hanya lah tengok Alis dari kejauhan. Sakit Alis, sakit sangat kat hati nih.” Daim 

tekan dada dia kuat...

“Okay enough, orang rasa Daim dah banyak sangat cakap hari nih. Now let me talk....”

Ufh tenang lah hati, just talk slowly and smoothly Alis.

“Jadi all this while Daim memang tak pernah tinggalkan orang lah ye. Kenapa Daim? Kenapa Daim buat 

semua nih? Kenapa Daim buat orang macam nih? Kenapa Daim menjauhkan diri daripada orang. Orang 

ada buat Daim sakit hati ke hape? Kalau Daim rasa sakit bila jauh dengan orang, kenapa Daim tak cuba 

mendekat...iskiskisk....”

Haila senang pulak air mata nih keluar waktu-waktu macam nih. Jangan nangis Alis...I need to be strong to 

face this.

“Alis....”

“No! I’m not finish yet..... Kenapa Daim tak cuba lindungi orang dari si Jimmy tu? Sanggup Daim tengok 

Jimmy buat macam-macam kat orang? Kalau Daim rasa sakit hati bila tengok orang keluar dengan Lan, 

kenapa Daim tak halang? Kenapa Daim? Please tell me why..iskiskisk...”

Tiada lagi suasana tenang seperti waktu kami tiba tadi. Muka Daim sudah merah menahan rasa. Muka aku 

pula sudah lencun disimbah air mata. Nasib baik tempat duduk kami agak jauh dari orang ramai. Kalau tak 

mesti dah penuh orang datang tengok wayang free tanpa tiket. Daim diam....diam...dan terus diam. And his 

silence makes me more frustrated.

“Dah lah Daim, tolong hantar Alis balik sekarang.”

Aku bangun dan jalan perlahan-lahan. Sayup kedengaran suara Daim...

“One fine day, I will tell you everything Alis. One fine day....”

Dan bilakah one fine day itu?









Note : Sorry, this entry sangat pendek because of time constraint. Enjoy! >_<


2 comments:

  1. Yeay! Daim nak kasi tau kat alis sebab dia. cepat2 ye kasi tau .. alis dah seriously confuse with Daim's feeling... OMG Daim jealous neh.. hihihi!

    Asma, akak mintak izin nak bloglist dlm BEN n MEreka Punya link ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daim dah tak tahan dah kak ekekeke

      Eheh boleh je kak rin...tp bukan salu pon update cerpen. tak pe ke? hee

      Delete