12 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 5






Cakap kami kawan tapi sakit hati pulak tengok aku kena kacau dengan si Jimmy tu. Daim Shah Zainal nih 

kenapa sebenarnya? Kenapa dia sakit hati segala pulak? Ke dia ada perasaan kat aku. Ish Daim tolonglah 

jangan buat orang syok sendiri macam nih. Kalau betul kita kawan, just act like a normal friend je lah. Tapi 

kalau kita lebih dari kawan terus terang je lah. Bukan orang nak reject Daim pun kan. Kecil tapak tangan, 

stadium Bukit Jalil tu ha orang tadahkan untuk Daim tau. Dah melebih pulak kau Alis.huh!

Wahhh lagu penakut dah bunyi. Sape pulak yang call malam-malam nih? Erk! Daim.... Nak jawab ke tak  

jawab ke tak. Erm tak payah lah, konon-konon merajuk dengan dia pasal tadi.hikhik... Eh dia call lagi. 

Ermmm.....

“Alis dah tidur ke?”

“Assalamualaikum Daim...”

“Eh sorry, waalaikumussalam. Alis dah tidur ke? Sorry lah kalau Daim mengganggu malam-malam macam 

nih.”

Eh takpe orang tak kisah pun.heee

“A’a dah tidur. Ada apa Daim call orang nih?” Wah berlagaknya kau Alis kan....

“Erm takpe lah kalau Alis dah tidur. Sorry again.”

Eheh merajuk ke Daim oiiii....

“Tadi memang tengah tidur tapi sekarang tak kan. So, cakap lah apa yang Daim nak cakap.”

Ish dah pandai tipu Daim sekarang kan Alis.hissssss

“Erm Alis still marah Daim ke?”

“Tak lah...” Suara beku habis, perasaan nil.ekekeke

“Actually, Daim nak mintak maaf pasal tadi. Daim tak bermaksud nak tengking-tengking Alis macam tu. I 

just can’t control my emotion. Sorry ye Alis.”

“Hurm takpe lah Daim, orang dah lupakan semuanya. Tak simpan dalam hati pun.” Huh hipokrit sungguh!

“Betul nih? Thanks so much Alis. Daim tau Alis sayangkan Daim kan. Mana boleh marah Daim lama-lama 

kan.heheee......”

Eh perasan pulak mamat nih. Tapi betul la apa yang dia cakap tu..ngeee

“Tapi can I ask you something?”

“Apa dia Alis?”

“Waktu kita gaduh tadi Daim ada cakap yang Daim sakit hati tengok orang asyik kena kacau dengan Jimmy 

kan. May I know why?”

Wah sangat berterus terang la aku nih.

“Erm...erm...Alis, got to go now. See you later okay. Bye Alis good night sweet dream. 

Assalamualaikum...”

Tutt tutt....tutt....tutt

Daim! Selalu macam nih tau. Kenapa susah sangat nak terus terang dangan orang. Waaaa tension lah 

macam nih.Huh!

********************************************************************************

Dah dua hari dia menyepikan diri. Kenapa? Hari tu elok je call aku mintak maaf segala. Ke dia marah aku 

sebab tanya macam tu. Grrrrr! Tension betul la. Macam mana nak buat kerja kalau dah kepala asyik fikir 

pasal Daim je. Fokus Alis fokus! Baru nak rasa bahagia sikit, dia dah buat perangai balik. Haisss haru betul.

“Awak, orang nak keluar lunch dengan Kak Min. Awak nak ikut tak? Ke dah janji dengan dengan Mr.D?

heheee...”

Erk dah pukul 1 ke?! Ya Allah...sungguh la aku tak perasan.

“Mr.D mana pulak nih Patin. Memandai je...”

“Eh sape lagi, Mr. Daim tu la.hehehe...”

“Dah lah jom. Karang tak sempat nak lunch pulak.”

“Eheh marah pulak. Gaduh lah tu. Ish ish ish...”

********************************************************************************

Nih kenapa pulak main tolak-tolak siku kat depan rezeki nih. Dah macam budak-budak nak mintak cekelat 

je gayanya.

“Korang kenapa? Nak makan pun tak senang la tengok korang tergedik-gedik macam tu.”

“Yang awak marah-marah nih kenapa?”

Ish budak Fatin nih sentap pulak....

“Alis kenapa? Ada masalah ke? Dari tadi Kak Min tengok Alis moody je. Tangan je yang gerak, makannya 

tak. Kalau Alis ada masalah share la dengan kami. Mana la tau kot kami boleh tolong ke hape.”

Erk! Obvious sangat ke aku tengah moody sekarang. Heh macam mana orang tak perasan kalau dah orang 

cakap sikit nak marah, cakap sikit nak melenting.

“Sorry Kak Min, orang penat sikit. Tak terniat pun nak marah melenting segala. Sorry Kak Min, sorry 

Patin.”

“Betul ke awak penat Lis? Ke awak ada masalah dengan anak Pak Jenal?”

“Anak Pak Jenal? Sape? Kak Min kenal ke?”

Haila Fatin perlu ke awak mention nama dia depan Kak Min. Karang tak pasal-pasal Kak Min pegi canang 

cerita pasal Daim kat Jimmy tu ha tak ke naya. Bukan awak tak tau yang diorang tu kawtim maaa......

“Takde sape-sape lah Kak Min. Dah lah cepat la habiskan makanan tu dah nak pukul dua dah nih ha..”

********************************************************************************

Letih dan penat kerja sepanjang minggu, makanya weekend adalah hari untuk merehatkan diri sambil golek-

golek atas katil. Waaaaa nikmatnya hanya tuhan yang tahu.weeeeeeee

Beep....beep.... Ohooo sape pulak yang mesej nih. Baru je nak terlelap dah ada yang ganggu.

Salam Alis buat apa? Lepak jom! – Lan

Apa mimpi si Lan nih tetiba ajak aku lepak. Erm nak keluar ke tak ek? Ermmm....

Boleh dengan syarat awak belanja. – Alis

Ada chance nak ketuk si Lan nampaknya.teheeeee

Oraittt no hal. Lagi  5minit saya sampai. – Lan

Erk 5minit?! Ish kalut la si Lan nih

SECRET RECIPE!

Ish dengar nama restoran pun dah kecur air liur. Tu belum mengadap makanan lagi tu.heee Tak 

menyempat....

“Alis hari nih awak order je apa yang awak nak makan, saya belanja.”

Ish menang loteri ke hape mamat nih, tetiba je. Alah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari Alis oiiiii.

“Betul ke Lan? Okay Japanese Soba satu, Ice Blanded Mocha Espresso satu then Chocolate Indulgance 

satu slice.heee..”

“Tu je? Tak nak tambah pape lagi ke?”

“Cukup lah untuk hari nih.hee...”

Sambil tunggu makanan sampai, kami sembang pasal macam-macam perkara. Sampaikan aku dak tak larat 

nak gelak lagi dah dengar cerita si Lan nih, lucu bebenor. Ada saja yang mencuit hatiku ini. Okay la tu kan, 

at least boleh jugak aku release tension bila sembang dengan Lan.

“Esok dah 30 April. Cepatnya masa berlalu kan Lis.”

“Eh dah 30 April? Means esok birthday Daim lah kan.”

“Awak ingat birthday Daim Lis? So, nak bagi hadiah ke?”

Aiyakkkk! Macam mana boleh kantoi depan Lan pulak nih. Dah lah diorang close giler. Kalau Lan bagi tau 

Daim aku ingat birthday dia malu la aku.huhuhu

“Tak payah lah awak susah-susah hafal birthday Daim then bagi hadiah segala Alis. Awak ingat Daim tu 

ada perasaan ke. Daim tu hati kering tau tak.”

Ufh! Perlu ke Lan cakap macam tu. Tak agak-agak tau si Lan nih. Biar la aku nak hafal birthday dia 

ke hape. Kau apa ada hal. Haaa tengok, asal cakap pasal Daim je mesti nak emosi segala. Cool la Alis.

“Dah lah Alis, tak payah lah awak fikir pasal Daim. Buat semak kepala je.”

Lan nih dah kenapa. Macam tau-tau je aku tengah ada problem dengan si Daim tu.

“Dah lah Lan, orang tak fikir pasal dia pun la. Jom balik, macam nak hujan je.”

********************************************************************************

“Alis, are you done with the balance sheet and income statement?”

“Done already my dear May.”

“Good! How about company’s account. Are you done with it too?”

“Fatin is the one who handle it. You can ask her.”

“Owh okay I will. Anyway thanks so much Alis dear for helping me. If you are not here I can be crazy 

you know. Mana nak prepare all those decument, mana nak mengadap your boss yang mood tengah swing 

tu lagi. Owh thanks so much my dear. Next time I belanja you okay amoi.hee...”

“Hahaha no biggie lah May. Eh your lovely boss dah seru nama you tu ha. You better go now before the 

volcano in there explode.hehehe”

“Hish lovely la sangat Alis oiii... Okay got to go now. Catch you later ya my dear.”J

Grppppppp...grppppppp

Owh mak kau, bunyi apa tu? Lorh ada incoming call rupanya. Lupa pulak yang telefon nih aku set silent 

mode.

 Lan?

“Assalamualaikum Lan..”

“Waalaikumussalam Alis, lunch jom. Sat lagi saya ambik awak ya.”

“Again? Lorh awak lunch kat area sini lagi ke hari ni?”

“A’a kebetulan ada meeting dengan customer dekat area tempat kerja Alis..hehee”

“Wah banyaknya kebetulan awak Lan. Semalam pun kebetulan meeting dengan customer kat area sini 

jugak kan.”

“Hehehe a’a dah kebetulan nak buat macam mana. Okay lah Alis lagi 10minit saya sampai ek.”

Hish Lan nih kan, tak kan la tiap-tiap hari jumpa customer dekat Ampang nih je. Hurm kalau lah Daim yang 

berkebetulan macam tu kanke best. Tiap-tiap hari mengadap muka Daim la jawabnya. Daim Shah Zainal, 

hurmmm kenapa awak menyepikan diri dari saya?

“Alis!!!!!”

Haila Jimmy dah datang. Nak apa lagi la mamat nih.

“Apa? Tak sakit tekak ke jerit-jerit macam tu.”

“Huh tak sangka awak nih buruk perangai jugak rupanya ya.”

Hamboih...sesedap rasa je kutuk aku ye. Apa masalah la si Jimmy ni.

“Awak nih dah kenapa sesuka hati je kutuk saya? Saya penat tau tak.”

“Owh kalau dengan saya nak cakap sekejap pun dah penat. Tapi kalau dengan mamat dua ekor tu tiap-tiap 

hari keluar lunch melayan diorang dari pagi sampai petang tak penat pulak.”

“Hey awak jangan melampau! Selama ini saya hormat awak sebagai rakan kerja saya tau. Jadi jangan nak 

lebih-lebih. Watch your mouth. Saya keluar dengan sape ke saya menggedik dengan sape ke takde kena 

mengena dengan awak. Mind your own business!!!”

Grrrr! Tension aku macam nih. Dia ingat dia sape sesuka hati je nak kutuk aku. Sabar aku ada had jugak 

tau. Lan nih pun satu, tak kan tiap-tiap hari nak keluar lunch sama-sama. Sanggup nak datang sini semata-

mata nak lunch dengan aku. Gila ke hape. Apa dah takde orang lain lagi ke yang boleh temankan dia lunch. 

Huh! Rimas betul la. Karang aku lari pegi Zimbabwe sana baru padan dengan muka korang semua. Eh 

padan muka aku jugak, kat Zimbabwe tu apa je yang ada.huhuhu.... Nak lari pegi Korea lah kalau macam 

nih. Kot la ada rezeki terjumpa artis Korea kat sana. Eheh perasan! Sempat lagi kau kan Alis.hewhewhew


2 comments:

  1. jimmy kdng2 nampak kelakian bila marah2.. hewwheww..

    Bak kata Lan - Daim hati kering. Daim hati kering. Alis pulak ? terpaksa pendam rasa . heish dak sekor tu kan senang kalau dia ckp je dia suka Alis ? tpi kalau senang, x jdi cerita la pulak nanti enn? ngeh3... SUka3... Next2~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tp still tak suka jimmy tu huhuhu

      daim hati kering + kayu sebenarnya kak rin hahaha alis tu dok makan hati je lah kejenya hewhewhew

      Delete