10 May 2012

Kita Kawan Je Ek Part 4


Lunch time!

“Patin lunch jom....” “Let’s go......”

Haippp benci betul la. Dah takde tempat parking gamaknya. Slumber je parking belakang kereta aku. Dah 

tu macam mana kami nak keluar lunch nih. Haila menyusahkan betul la.

“Patin macam mana nih?” “Ish Jimmy nih menyusahkan betul la. Dia seronok je pegi lunch, tinggalkan kereta 

macam tu je. Orang pun tak tau nak buat macam mana lagi la Lis.”

“Hurmmm orang lapar tahap kebulur dah nih Patin..huuuu”

“Erm apa kata awak call Daim mintak tolong dia bawak kita keluar lunch.”

“Eeeee segannya orang nak call dia.” “Alaaaaaaa korang kan kawan. Tak salah kot kawan mintak tolong 

kawan kan.”

“Okay jap...”

Tutt tutt....Tutt tutt....Tutt tutt

“Assalamualaikum Daim.” “Walaikumussalam Alis. Awak apa khabar? Sihat tak nih?”

Alahai Daim kenapa awak caring sangat nih. You make me fall in love with you again and again and 

again.wuuuuuu.........

“Alhamdulillah orang sihat walepatliat heh.hee.... Daim sihat tak? Orang nak mintak tolong sikit boleh tak?”

“Hahahaha Daim pun sihat macam Alis jugak. Alis nak mintak tolong apa?”

“Erm actually orang nak mintak tolong Daim datang sini bawak kami keluar lunch sebab kereta orang kena 

block.”

“Owh tak boleh nak keluar lunch la nih. Erm Alis, Daim bukan tak nak tolong tapi Daim sibuk sangat 

sekarang nih. Nak keluar lunch pun tak sempat. Lagi pun....”

“Tak pe lah Daim kalau macam tu, sorry ganggu.”

“Lorh dah merajuk pulak. Alis jangan merajuk macam nih, dah tak cantik dah.hee”

“Mana ada orang merajuk, takde masa nak merajuk bagai.”

“Eleh taknak ngaku pulak. Tu yang potong cakap Daim tu bukan ke tandanya orang kat sana tengah 

merajuk.hehehe”

“Eh orang potong cakap Daim sebab taknak ganggu Daim lama sangat lah. Well Daim kan SIBUK.”

“Alahaiiii serious Alis tengah merajuk dengan Daim kan. So sorry dear, kalau boleh Daim nak sangat tolong 

Alis tapi waktu tak mengizinkan. Lagi pun pukul dua nanti Daim ada meeting. So I’ve to prepare some 

important document now. So sorry okay. Dah la, tak mau la merajuk muncung-muncung macam nih 

ek.hee.... Next time kita keluar lunch sama-sama okay Lis.”

Dear? Salah dengar ke apa nih? Ufh Daim, tak perlu kot awak nak caring sangat sampai macam nih sekali.

“It’s okay orang faham. Sorry for disturbing you. By the way, I’m not merajuk muncung-muncung like you 

said okay.ngee..... Bye Daim take care. Assalamualaikum....”

“Okay Alis pun take care jugak tau. I’m glad you call me.hee....Waalaikumussalam.”

Bye Daim take care? Wah Alis dah maju sekarang.hahahaha Eh wait wait, I’m glad you call me? 

PENGSAN!

********************************************************************************

Ya Allah sampai bila dia nak buat aku macam nih. Tak penat ke asyik block kereta orang je. Hais Jimmy 

Neutron nih masalah betul la.

“Jimmy..!!!! Boleh tak alihkan kereta awak sekarang. Apa dah takde tempat lain ke awak nak parking 

kereta awak nih?”

“Tak boleh.”

“Hish jangan melampau boleh tak. Saya dah lapar nih tau tak, cepat la....”

“Saya tak akan alihkan kereta nih, unless awak sudi keluar makan dengan saya.”

Nak keluar makan dengan si Jimmy Neutron nih? Ish ngeri je lah. Dah lah tengok orang macam nak telan. 

Tangan tu pulak macam dah menggedik sangat nak pegang-pegang orang tu pesal? Dah makin teruk la si 

Jimmy nih sekarang. Karakter dia was totally changed. Dia bukan lagi Jimmy yang aku kenal sebelum nih. 

Dah macam psiko pun ye jugak. Haila macam mana nih..... Ha Daim!

Daim tolong datang sekarang, ada mamat psiko kacau orang. -Send. Ish Daim cepat la reply.huhuhu

Okay give me five minutes.

Alhamdulillah. Ha Jimmy, kau ingat dengan kau block kereta aku macam nih aku tak boleh keluar lunch? 

Just wait and see. Wahhh Alis berlagaknya! MasyaAllah..huuu

Yeay! Daim dah sampai. Bye bye Jimmy Neutron. Nah amik jelingan tajam dariku ini khas untukmu huh. 

Wah dia jeling balik.ekekeke

“So, kita nak lunch kat mana?” “Erk?! erm....suka hati Daim lah, orang tak kisah.”

“Mc Donalds boleh?” “On..hehe”

Buk buk... Ek apakah? Walawei nih kenapa main sepak-sepak kaki pulak.

“Alis nih kalau dapat makan aiskrim memang dah tak pandang kiri kanan dah kan. Macam budak-

budak.haissss...”

“Heheh...kalau asyik pandang kiri kanan macam mana nak makan Encik Daim oiiii. Karang cair pulak 

aiskrim nih. Ee tengok-tengok orang makan nih, nak ke?”

“Boleh jugak. Meh sini sikit...” Hey Daim nih dah buat balik perangai lama dia. Slumber je makan aiskrim 

orang. Dia tak tau ke yang aku malu nak share makan dengan dia.wuuuu

“Alis cerita la pasal mamat psiko tu. Dia tu sape? Kenapa dengan dia?”

“Hurm actually dia tu officemate orang. Dia dah lama dah suka kat orang tapi orang tak suka dia.” Jujur 

sungguh la aku nih.hee

“Dah tu Alis tak cakap kat dia ke yang Alis tak suka dia?”

“Dah berbuih dah mulut orang nih cakap kat dia tapi bo layan. Boss siap tolong dia merisik kabar segala.”

“Merisik kabar tentang Alis untuk dia?” Wah perlu ke Daim terkejut sampai macam tu sekali. Tutup sikit 

mulut tu sayang, dah tak handsome dah jadinya.hehehe

“A’a, tapi orang cakap kat boss yang orang dah ada someone special. Lepas tu maybe boss bagi tau kat 

dia pulak kot. That is why dia macam makin kronik sekarang. Cakap dengan orang pun tak. Tapi tengok 

orang macam nak telan.”

“Erm sape someone special tu?”

Perlu ke tersengih-sengih macam tu. Daim nih saja je tau, suka mainkan perasaan orang.huuu

“Takde sape-sape lah. Cepat makan dah nak pukul dua dah.......”

Sejak hari tu aku dengan Daim selalu keluar lunch sama-sama. Wah dah semakin maju dan pesat 

membangun nampak.hahaha. Kadang Fatin join sekali. Mana boleh aku tinggalkan bestfriend aku macam tu 

je kan. Kadang aku bingung dengan keadaan kami sekarang. Adakah ini satu peluang untuk aku 

merapatkan diri dengan Daim dan menjadikan hubungan kami lebih dari sekadar kawan atau ia hanya satu 

peluang untuk merapatkan kembali hubungan persahabatan yang hampir putus suatu ketika dulu. Jujur aku 

takut memikirkan kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang.

Beep! Beep! Bunyi mesej masuk.

Alis dah tido? – Daim

Erk kenapa Daim mesej tengah-tengah malam macam nih?

Belum... Kenapa Daim? – Alis

Takde pape tetiba teringat dekat Alis. Okay lah good night, sleep tight. Dream of me ya. J - Daim

Heh? Daim nih ngigau ke hape. Okay night, sleep tight too. –Alis

Waaaaa Daim nih buat orang tak boleh tidur je lah. Wahai mata tolonglah tidur sekarang jugak. Esok aku 

kerja.wuuuuuu

********************************************************************************

Percaya atau tidak, semua mesej yang Daim hantar aku simpan dalam telefon. Nanti kalau boring ke hape 

boleh la aku baca balik mesej yang dia hantar tu.hehehe Haaaa makin parah kan budak Alis nih. Tak habis-

habis melayan perasaan angau kat si Daim tu.

“Alis! Tergamak awak buat saya macam nih kan.”

Oh mak kau! Haila Jimmy nih buat terkejut aku je lah. “Saya buat apa?”

“Eleh kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.”

Owh kau nak main pantun-pantun pulak ye. Baiklah....

“Orang cina makan tauhu, memang betul saya tak tahu.” Haaaa cepat la balas balik pantun tu.

“Esok lusa dah nak raya, awak memang suka mainkan perasaan saya.”

Eh dia balas lagi...Hurmmm kejap. Haaaaa.......

“Budak-budak kejar biawak, bila masa saya mainkan perasaan awak?”

“Pagi petang petik oren, awak selalu keluar dengan lelaki lain.”

Hah? Ooooo nih mesti kes cemburu tengok aku keluar dengan Daim lah ye.ekekekeke Dah apa pulak 

masalahnya, aku bukan awek dia pun kan. Suka hati aku lah nak keluar dengan sesiapa pun. Haisss Daim 

nih pun la, lambat pulak nak pick up aku hari nih.huuu

“Ah! Saya tak kira. Saya nak hari nih awak keluar makan dengan saya jugak. Dah tak payah gatal-gatal 

nak keluar dengan jantan tak guna tu.”

Weh nih apa kes pegang-pegang tangan aku pulak nih weh! Eh jap-jap, dia cakap aku gatal? Wait wait, dia 

cakap Daim tu jantan tak guna? Walaweiiii nih dah melampau nih brader....

“Awak jangan.....”

“Kau jangan melampau bro....”

Eheh suara aku ke tu? Asal garau semacam je nih.Tiba-tiba ada orang tarik tangan aku dari pegangan si 

Jimmy tu. Owhhh Daim rupanya, soooo nice of you. Senyum sampai telinga.... J

“Kau nih dah kenapa pegang-pegang tangan bukan muhrim lepas tu siap kutuk-kutuk aku jantan tak guna 

segala. Kau kenal aku ke?”

Haaa itu la yang orang nak cakap tadi Daim. Bravo....bravo....ekekekeke

“Eh kau pun pegang tangan dia apa...”

“Aku pegang sebab nak selamatkan dia dari kau la. Darurat kot.”

“Apa kau ingat aku nak baham dia ke?” Wah Jimmy macam tak puas hati je.huhuhu

“Mana la aku tau kan. Aku bukan kenal kau pun.” Haaa bijak Daim bijak, awak memang bijak. Sayang 

awak lebih lah.hik gatai......

“Eh dah lah korang, tak elok gaduh-gaduh tengah panas macam nih. Malu la orang tengok. Daim dah lah 

jom kita pegi makan ek.” Hish buat malu je la buat drama swasta tengah-tengah panas macam nih.

“Okay let’s go. Dan kau! Jangan kau berani nak sentuh Alis lagi. She’s my girl and we’re getting married 

soon. Dah jom sayang.”

Erk? Oksigen...oksigen... Apa Daim mencarut nih? Eh silap, apa Daim mengarut nih? I’m his girl? We’re 

getting married soon? And he called me sayang? PENGSAN!

********************************************************************************
Apa aku nak buat nih? Tak kan nak tanya dia kot. Kanke buat malu je, nampak sangat aku yang excited 

lebih. Tapi kalau tak tanya macam mana nak tau dia serious ke tak kan. Si Daim nih pulak muka serious je 

manjang. Gerun tau nak cakap.huuu

“Alis... Daim dah tak tahan lagi dah.”

“Erk tak tahan apa? Nak kencing ke?” Eheh apa ke bangang sangat aku nih. Ada ke patut tanya macam tu. 

Tengok muka si Daim tu pun dah macam nak telan aku hidup-hidup je.

“Eheh sorry Daim, orang tersasul tadi.” Huuu ngeri-ngeri.....

“Daim dah tak tahan tengok Alis asyik kena kacau macam nih. Daim sakit hati tau tak!”

Lorh nih dah kenapa tengking-tengking aku pulak nih....

“Yang Daim tengking marah orang nih pasal apa? Daim ingat orang suka sangat ke kena kacau dengan si 

Jimmy tu? Haaa lagi satu, yang Daim nak sakit hati sangat nih kenapa?”

Orang tanya tak nak jawab pulak. Tak faham betul aku dengan si Daim nih la. Menyesal pulak mintak 

tolong dia tadi. Kalau tahu macam nih jadinya, baik aku lepak kat office je. Senang, tak payah nak sakit hati 

segala.

“Tu kenapa muncung-muncung macam itik je tu? Merajuk? Alis nih dari dulu sampai sekarang tak berubah 

kan, suka merajuk. Daim cakap macam tu pun nak merajuk ke.”

“Excuse me! Daim cakap macam tu pun nak merajuk ke? Tadi tu Daim bukan cakap tau, Daim tengking 

Alis. Daim tengking orang tau tak!”

Hah temperature aku dah naik dah. Tak pasal-pasal aku pulak yang tengking Daim. Eh kenapa muka 

macam tertelan biji durian tu bang? Terkejut ye kena tengking dengan Alis Ilias.

“Alis nih kenapa nak marah-marah Daim pulak nih?!”

What? Dia tengking aku lagi.... Ish sampai bila nak main tengking-tengking nih Daim oiiii.....

“Dah lah Daim orang dah penat nak gaduh dengan Daim. Just drop the subject okay.”

“Apa Alis ingat Alis sorang je yang penat? Daim nih tak penat lah ye. Rushing ke tempat keje Alis lepas tu 

bertekak dengan mamat psiko tu kat tengah panas macam orang gila. Ingat Daim tak penat ke?”

Owh dah pandai mengungkit nampak bang. Sabar Alis Ilias sabar. Ke mana peginya kata-kata she’s my girl 

and we’re getting married soon? Dah lari sebab terkejut dengar tengkingan si Daim tadi kot.hurmmm


ALIS ILIAS

2 comments:

  1. Jimmy the crocodile... gud asma! semakin best pulak! Eceh... Daim tu sebenarnya suka ...ngade je daim ni . ngeh3...

    Tpi risau plak Alis takut dia mengharap sngt lepah si Daim kata 'girlfriend' and wife to be... Tpi bila pikiaq2, memang si Alis tu kuat perasan apa? hahahhahahaha!

    Akak harap cerita ni panjang jdi novel n ada org yg lamar untuk dibukukan . amin~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kak rin alis memang perasan lebih hahaha tp dia perasan pon sbb si daim tula main tarik tali mcm tu huhuhu

      jadi novel?eheh entah ada ke tidak org yg nak baca hehehe Amin jgk lah ekekeke

      Delete