8 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 2


Perlu ke aku confess? Tapi kalau fikir balik, tak kan la aku nak stuck macam ni selamanya kan. Sampai bila 

aku nak berharap kat dia je? Tapi cara dia tu, sungguh la buat aku confius. Kenapa dia selalu tenung aku 

bila kami jumpa. Kenapa dia macam gabra giler bila aku rapat dengan lelaki lain even lelaki tu bestfriend 

dia. Kenapa dia selalu pandang aku sampai aku hilang bila kami nak berpisah. Kenapa dia tak pernah 

larang member-member kami yang selalu duk kenen-kenen kan kitorang. Mesti sebab dia ada hati ngan aku 

kan. Tapi kalau dia ada hati ngan aku kenapa dia tak penah nak berterus terang. Kalau dia ada hati dengan 

aku kenapa tak pernah mesej aku even just to say hai. Bukan dia tak ada nombor telefon aku pun kan. 

Kalau dia ada hati dengan aku kenapa dia tak pernah tegur aku kat facebook. Bila kami galak berbalas 

komen dengan classmate yang lain pun dia tak pernah nak tegur aku, not even a word. Dia buat aku macam 

tak wujud je. Kalau betul dia ada hati dengan aku kenapa kami selalu awkward bila jumpa. Kenapa? 

Sebab yang sebenarnya aku hanya syok sendiri..wuwuwuwu Huwarghhhhhh malu weh syok sendiri macam 

ni. Buat lelah hati dan perasaan je. Yes! Aku kena jumpa Daim and I’ve to clarify everything with him. 

Muktamad...!

********************************************************************************

“Assalamualaikum Daim...” Ufh dup dap dup dap je hati nih

“Waalaikumussalam... Alis apa kabar? Sihat tak nih?” Alahaiiiii Daim takyah lah caring sangat...hatiku dah 

menjerit-jerit dah nih..huhuhu

“Ye orang sihat je. Daim sihat? Busy tak nih?”

“Daim sihat Alhamdulillah. Tak ada lah tak busy pun. Ada apa Alis call Daim?”

“Erm orang nak jumpa Daim boleh tak? I need to clarify something with you”

“Macam serious je Lis. Nak jumpa kat mana?”

“Kat cafe yang kita selaalu lepak dulu-dulu boleh?”

“Owh boleh je. Kita lunch kat sana nanti ye.”

“Okay jumpa kat sana ye..Bye Daim”

Fuhhhh dah boleh pulak cakap panjang-panjang kat dalam telefon nih ha. Oh my.....nervous over the top 

dah nih.hewhewhew

********************************************************************************

Wah awal giler aku sampai. Tak apa lah boleh practice apa-apa yang patut. “Ehem......” Nah ambik kau 

nak practice segala, sekali Daim Shah Zainal dah sampai la.huuu Cool Alis cool.....

“Hai Lis dah lama tunggu?” Owh dia buat muka slumber badak dia je.

“Tak lah, baru je. Duduk lah Daim” Rileks Alis, tarik nafas sikit kasi hilang gabra tu...

“Erm before kita discuss apa-apa, kita makan dulu ye. Nanti kan dah seronok sangat nak discuss dah tak 

ada selera pulak nak makan.” Oh my dia senyum...tak payah la senyum comel macam tu Daim.

“Okay dah habis makan kan. So, can we start now?” Wah dah tak sabar bebenor budak Alis nih nak 

discuss.

“Okay you may start now. Alis nak clarify pasal apa?” Gaya macam tengah test MUET je nih.hihihi

Okay calm down Alis, just say what you want to say... “Erm actually I just want to know, erm pasal what 

had happened before between ermmm us. Ya between us.”

“About us? About what?” Ufh he showed me muka blurr dia tu jugak.

“Well it’s about what you’ve told me before..is it true or Daim just main-main at that time?”

“Daim cakap apa ye? Bila? Ya Allah serious Daim tak ingat apa-apa langsung.”

“Alaaaa dulu yang kat dalam kelas tu. Erm it’s about 3 years ago..”

“Alis tell me directly please. Daim cakap apa ye. Kat mane through apa. Seriously Daim memang tak ingat 

apa-apa.”

Sungguh aku malu nak bagi tau apa yang dia cakap. Kan nampak macam hidung tak mancung pipi 

tersorong-sorong pulak. “Alaaaa takkan sikit pun Daim tak ingat...”

“Serious Daim tak ingat langsung... Alis terus terang je lah. Daim tau memang ada something yang kita kena 

clarify nih. Alis cakap je tak payah malu-malu.”

Pulak...Haissss Daim nih aku rasa sengaja je nak twist thing around. Nak jugak aku yang confess dulu. 

“Tak apa lah Daim just forget bout it...Erm anyway orang nak tau kenapa Daim nampak macam awkward 

je dengan orang.”

“Yes memang Daim rasa awkward bila dengan Alis sebab member kita selalu sangat kenen-kenen kita 

berdua padahal kita tak ada apa-apa  pun. Kita kan kawan...” Ouchhh! Nah terbukti dia memang tak ada  

perasaan kat aku. Dia memang anggap aku kawan dia je. Owh sungguh la aku syok sendiri je.tsktsk

“Dah lah Alis tak payah pening-pening nak fikir pasal tu lagi. Benda dah lepas pun kan, Daim pun dah tak 

ingat pasal tu lagi dah.” Ouchhh! I’m totally speechless now.

Cool Alis cool.... “Owh okay. That’s all I need to know. Dah lah, Daim tak payah lah nak awkward ke apa 

lagi dah dengan orang ek. Now kita dah back to normal, kawan macam dulu-dulu.”heee

Daim angguk dan senyum. Senyuman dia nampak ikhlas dan sangat comel. Aku juga turut tersenyum. Tapi 

ternyata senyuman aku tak ikhlas langsung. Tak apa lah, ikhlas tak ikhlas lain cerita. Yang penting semua 

tentang aku dan Daim dah settle.

SEKIAN LAMA – SITI NURHALIZA

Dialah pujaan dalam mimpi


Yang senantiasa membuai hati


Tiap kali bersua


Ku hanya mampu senyum padanya


Ku terdiam

Sekian lama ku mencuba


Takku lafazkan perasaan


Berkubur saja


Namun dia ku cinta

Apa yang harus aku lakukan


Agar dia pun mengerti


Adanya cinta menanti


Oh sekian lama


Aku mencintai dia

Sukarnya membutir kata-kata

Menilai apa yang aku rasa

Tiap kali ku cuba

Lidah kelu dari bersuara

Ku berserah

                                                 

No comments:

Post a Comment