7 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 1


“Ala kak Min orang tak nak la keluar dengan dia, ajak orang lain je lah.”

“Hish budak nih, kak Min dah cakap yang awak tak nak tapi si Jimmy tu degil la. Nak jugak ajak Alis

keluar makan dengan dia. Pergi je lah Alis ek...”

“Sungguh la kak Min orang tak nak keluar dengan dia. Takpe lah nanti orang cakap sendiri kat mamat tu.”

Haila mana pulak si Jimmy Neutron nih pegi. Kat belakang kot. Hah ada pun mamat nih.... “Erm awak,

saya tak free la hari nih. Dah janji nak keluar dengan member.”

“Owh yeke... Sape member awak tu? Erm saya nak ikut boleh? heee...” Amboi, seronok je duk tayang gigi

 kat depan aku ye. “Dah tak payah ngengada nak ikut segala. Dah lah, saya pergi dulu ye. Bye....” Nah

amik turn aku pulak tayang gigiku yang putih bersih nih.

********************************************************************************

“Alisssss...!!!!!!!!” Terkejut punya pasal terus aku pusing lipat maut. Eh tak tak tak, tak maut pon..heee

“Apanya Daim? Buat terkejut orang je lah.”

“Alis tengok la nih apa yang Daim tulis. Kejap je...” Hishhhh Daim Shah Zainal nih kalut betul la. Entah

apanya yang dia kalutkan sangat tu... “Eeee bising la Daim nih. Meh la sini orang baca....Erk!”

I LOVE YOU ALIS ILIAS!

“Daim nih suka la mainkan perasaan orang...” Nah amik segala pen pensil pemadam aku baling kat hang.

 “Hahahaha Alis nih rileks la. Daim tak main-main pun la. Daim serious nih...hahahaha”

“Oittttttt Alis bt Ilias......awak nih dah kenapa? Dari tadi orang panggil, tak dengar ke? Dah sampai mana

awak terbang Lis? hihihihi...”

“Ish budak Patin nih la, main oitttt oitttt pulak. Dah tak reti bagi salam ke cik Patin oiiii....”

“Uhuk TERASA!!!! Yela assalamualaikum cik Alis ku sayang... Awak menungkan apa Lis? Nih mesti duk

teringat kat anak pak Jenal tu kan....”

“Ek ena dak Patin nih, pak Jenal pak Jenal...dah macam orang Indon dah bunyinya..huhuhu Orang tak ingat

kat sapa-sapa pun la Tin. Tengah fikir pasal kerja nih ha...”

“Hah ye sangat la tu. Ingat Tin percaya ke, tengok muka pun dah tau yang Lis tengah fikirkan si Daim tu

kan...”

“Dah lah Tin, just drop the subject please. Jom sambung buat kerja...”

“Yela...up to you. Tapi kalau rasa nak buat curahan hati ke hape, panggil Tin ye.heeee....”

Banyak la awak punya curahan hati Patin oiiii. Pape pun orang sayang awak sangat-sangat sebab awak salu

ada dan sudi dengar orang membebel pasal Daim. Sayang awak ketat-ketat Tin!

Daim Shah bin Zainal, aku kenal masa kat universiti dulu. Budak kelas aku yang nakal tapi cool.

Nakal sebab selalu sangat kacau aku....

“Alis, meh naik motorsikal ngan Daim meh. Alis duduk kat tengah-tengah nih ek. Lan kat depan, Daim kat

belakang..hahaha” Sengal betul.

“Alis cantik woooo sweater Alis. Kasi Daim je lah ek...” Sambil kenyit-kenyit mata and tarik-tarik sweater

aku.

“Alis apa kat hidung Alis tu? Ooooo tahi hidung rupanya...hahahaha” Suka malukan aku tau si Daim nih.

“Alis bawak nescafe malam nih ek....waaaa sedapnyaaaa” Rileks je minum air aku.

“Alis...” Pusing belakang terkejut beruk tengok Daim tulis I LOVE YOU saiz XXXL kat buku dia then

tayang kat satu kelas. Haissssss memalukan betul la dia nih.

Eheh tapi cool ke macam tu? Entah lah, aku rasa cool je...hee

Nakal yang cool boleh membuatkan budak perempuan jatuh chenta bila nengoknya. Dan seriously ramai je

junior yang dah ‘ter’fall in love dengan dia. Budak kelas aku pun ada jugak yang terjatuh chenta dengan dia,

termasuk lah aku.hehehe... The truth is, aku jatuh chenta dengan dia lepas kejadian tu...

“Lan kenapa ye Hafiz tak datang? Tak best la Hafiz skema tu takde kan Rose kan”

“Yela la Lan kenapa Hafiz tak datang kelas hari nih?”

“Hafiz tengah siapkan assignment lah Lis, Rose. Assignment apa entah.”

“Eheh budak skema pun sanggup ponteng kelas sebab nak siapkan assignment.hahaha... Takpe lah nanti

Lan kirim salam rindu kat Hafiz ek..ekekeke”

“Alis nih dah kenapa!”

Owh mak kau jatuh...Lorh si Daim nih apa kes tiba-tiba memekak kat telinga aku.

“Kenapa dengan Daim nih?” “Alis tu yang kenapa! Asal gedik sangat nak rindu-rindu si Hafiz skema tu?”

Wah sempat lagi tu kutuk Hafiz. Tapi serious aku blur, tiba-tiba je nak kecoh pasal aku nih apasal?

“Daim kau jealous eh?” Eheh Rose nih pun la, slumber badak je tanya soalan sensitip macam.

“Rose kau diam! Dah lah malas aku nak layan..”

Eheh pakcik nih emo bebenor. Aku memang dah speechless dah.

Sejak hari tu aku memang dah jatuh chenta tangkap cintun segala dengan budak nama Daim Shah bin

Zainal.huhuhuhu Pelik kan jatuh chenta sebab kejadian macam tu. Dan sejak hari tu kami memang dah tak

bertegur sapa. Masing-masing diam, aku tengok dia dia tengok aku. Sampai sekarang masih macam tu

jugak.

********************************************************************************

“Hai awak....sibuk ke?” Haila Jimmy Neutron dah datang dah. “Ye sibuk. Ada apa?”

"Alis awak sibuk manjang je kan kalau dengan saya. Dengan orang lain tak pulak sibuk nya, boleh je

sembang gelak bagai.”

“Jimmy oiiii....dah memang awak tanya saya sibuk ke tak waktu saya sibuk macam ni dah tentu-tentu la

saya cakap saya sibuk. Bila saya tak sibuk tak ada pulak awak datang tanya.”

“Eh yeke.hee.... Erm jom lah Alis kita keluar minum nak tak.”

“Ya Allah Jimmy, bukan ke saya tengah sibuk nih. Kan saya babap kan, nak?”

“Eheh nonononono it’s okey, saya pergi dulu ye. Bye Alis cute..hihihihi...”

Hurmmm kalau hari-hari macam nih pengsan la aku. Hah Patin dah bangun dah, nih mesti nak berMelodi lah

nih. Selalu sangat tengok melodi, bukan ke dah jangkit virus-virus gosip tu.

“Lis apa kes dengan Jimmy Neutron tu. Tak habis-habis lagi ke mengayat awak?’ See, kan dah cakap

datang sini sebab nak berMelodi sakan.

“Alaaa macam biasa la Patin. Orang dah penat tau nak melayan si Jimmy tu. Dah tak kuasa dah ha...”

“Senang-senang Alis terima je lah Jimmy tu jadi pakwe Alis. Dah lama sangat dah kan dia usha approach

Alis segala. Tak kesian kat dia ke? Eh by the way, nama orang FATIN lah. Patin Patin, dah macam ikan

patin dah bunyinya..huhuuu”

“Memang la senang, senang untuk Patin cakap kan. Tapi susah bagi orang yang tak ada hati dan perasaan

kat dia nih untuk terima dia tau. Alahhh tukar F dengan P je. Patin ok apa. Cute je kan.”

“Orang tau Alis susah nak terima orang lain sebab Alis masih ada hati kat Daim Shah tu kan. Lupakan je lah

dia Lis, benda dah lepas kan. Dia pun dah tak ingat dah kot yang dia pernah confess kat Lis. Lupakan dia

ek?”

“Cakap senang la Tin, nak buat tu susah tau tak. Lagi pun kalau lah orang dah tak jumpa dia lagi dah

InsyAllah orang boleh lupakan dia. Tapi the problem is, kami still jumpa tau even kami dah tak senormal

dulu. Memang la tak jumpa everyday, tapi kalau dah tiap kali jumpa dia duk tenung-tenung orang, resah

gelisah je bila ada lelaki lain duduk kat sebelah orang, dan selalu lambai tangan lepas tu tengok orang

sampai dia dah tak nampak orang lagi dah bila nak berpisah, macam mana orang nak lupakan dia Tin?

Tanpa dia sedar, dia dah bagi harapan kat orang tau. Seems like he shared the same feeling with me. So

now tell me, what should I do?”

“ Okey okey Alis rileks ye, Alis nampak stress sangat. Orang mintak maaf, orang tak bermaksud nak buat

Alis marah stress macam ni. Erm apa kata Alis tanya dia what’s going on between you and him. Just clear

the things out. Maybe lepas nih Alis dah boleh kawan balik ngan dia. Rugi la kalau dua-dua senyap macam

nih. Nak kata kawan tak macam kawan, nak kata couple memang tak ah kan. So kalau dah tak couple,

Alis sanggup ke nak kehilangan kawan macam dia. Alis cuba ye...”

“Okay lah, I’ll try...”

 “Good girl...”



No comments:

Post a Comment