23 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 9


Sakit hati tahap dewa dewi dengan Lan. Sampai hati dia buat kami macam ni kan. Tak boleh ke dia tengok 

kami bahagia bersama. Sanggup pulak tu sogokkan si Daim dengan cerita-cerita negatif dia tu, tak patut 

betul tau.

“Alis, petang karang Daim nak keluar dengan Lan kejap tau.” kata Daim sambil minum jus oren hingga ke 

titisan yang terakhir. Dahaga sangat gamaknya.

“Nak buat apa?”

“Saja Lan ajak lepak. Nak jumpa malam macam malas la pulak nak keluar bila dah sampai rumah.”

“Alis ikut!” Heh aku pun nak jumpa Lan jugak.ngeee

“Nak buat apa?” Daim dah buat muka. Tak kasi aku ikut lah tu. “Saja nak jumpa Lan.”

“Ke Alis nak serang Lan?” Erk macam tau-tau je Daim nih. Tapi takde nya aku nak serang si Lan tu. Agak-

agak la, takkan nak meroyan kat depan orang ramai pulak kan.

“No lah, orang nak jumpa Lan je. Boleh ek?” Aku kenyit-kenyit mata, buat muka innocent depan Daim. 

Nak mintak simpati lah tu konon.

“Okay...Tapi Alis kena janji yang Alis tak kan terpekik telolong kat depan Lan nanti. No serang-serang 

orang tak tentu pasal. Or else, Daim tinggal je Alis kat sana dengan Lan. Korang nak gaduh bertumbuk ke 

Daim tak kesah lagi dah.”

Wah melampau, gaya cakap macam nak bawak aku pegi jumpa madu aku je. Erk madu?! Ish nauzubillah.

“Yes boss! Janji....”heee

********************************************************************************

Uik, lepak mamak ke?! Hurm best jugak, dah lama tak lepak, makan-makan kat mamak. Dulu selalu jugak 

singgah makan dengan Fatin. Nanti nak ajak Fatin lepak sini jugak lah.hee

“Daim! Sini....” Lan terjerit-jerit panggil Daim. Maklum lah, ramai pulak orang kat sini petang nih. Penuh 

dengan budak-budak flat sebelah datang lapak lepas main bola.

“Eh Alis pun ada.” Lan sengih. Aku? Buat muka toya je.ngeh..“Korang nak makan apa? Order lah, hari nih 

aku belanja.”

Wah baik hati sungguh si Lan nih kan. Daim kat sebelah pulak tak menyempat nak order. Lapar sangat ke 

hape.

“Alis apa khabar? Lama tak jumpa kan. Macam mana tetiba boleh ikut Daim datang sini pulak?” Lan buat 

muka tak puas hati.

“Kenapa? Tak boleh? Ada masalah ke?” Bukkk! Daim sepak kaki aku. Aku tengok Daim, muka dia dah 

merah. Marah lah tu aku cakap macam tu kat kawan dia.huh

“Eh tak lah, Lan tak kesah pun. Daim kau ada dengar cerita pasal si Lutfi tak?” tanya Lan.

“Takde pulak. Kenapa dengan Lutfi?” Muka Daim curious giler. Tak sangka ye budak lelaki pun suka

gosip jugak.

“Lutfi tengah frust menonggeng dengan budak ofis dia sampai jatuh sakit dengarnya. Aku dah cakap dah, 

mana boleh jatuh cinta dengan kawan sendiri tapi dia degil. Tengok sekarang sapa yang susah. Budak 

pompuan tu bukan setakat reject dia untuk jadi boyfriend tau, siap tak nak kawan kot.huh tu la, orang 

nasihat tak nak dengar.” Lan senyum sinis kat Daim. Tu tengah kasi hint kat Daim pasal cerita negatif dia lah 

tu.

“Pandai awak bagi nasihat kan Lan. Tapi diri sendiri tak pulak ikut nasihat yang awak cakapkan tu.” Nah 

amik kau. Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

“Sayang.....” Muka Daim dah merah padam. “Apa?” Ish cakap sikit pun tak boleh.

“Dah janji tadi kan.”

“Orang janji tak serang dia je lah, bukan janji tak cakap pape dengan dia. Cakap sikit pun salah ke...”

“Tak salah sayang, cuma.....”

“Weh korang stop! Apa nih Daim, sayang-sayang Alis kat depan aku. Kau dah gila ke?” Nah, tetiba Lan 

melenting. Si Daim nih menggedik je panggil aku sayang, macam mana mamat kat depan nih tak melenting 

bagai.ekekekeke

“Kau dah janji yang kau tak kan couple dengan Alis kan. Kau jugak dah serah tanggungjawab kat aku 

untuk jaga Alis. Tapi apa nih Daim, kau tipu aku ye.huh!” Lan dah meroyan. Semua orang pandang kami 

weh, malu. Rasa macam nak sorok muka dalam beg je.

“Ye aku dah janji, tapi aku tarik balik janji aku tu. Sekarang Alis is mine. Kami suka sama suka Lan, just 

give us a chance to live happily together. Will you?” Daim bersuara dengan tenang, bijak mengawal 

kemarahan. That’s my man! weeeeeee

“No! This is totally unfair.” Eh tak habis lagi ke meroyan si Lan nih.

“Unfair apa nya Lan. Awak tak kesian ke tengok kami pendam perasaan masing-masing just to make you 

happy. That is what we called unfair Encik Razlan. Kalau orang tak couple dengan Daim pun, orang tak 

akan terima awak. We’re just not meant to be together. Don’t you get it?” huh tension aku cakap dengan 

orang tak faham bahasa nih la.

Tiba-tiba Lan tarik tangan aku, muka dia serious melampau. Macam nak telan aku hidup-hidup pun ya 

jugak. “No! You are mine Alis, you are mine!” Ya Allah tolong lah. Cukup la Jimmy sorang je yang 

meroyan macam nih, jangan Lan pun ikut sama.

“Kau jangan melampau Lan, kami cakap elok-elok kan. Kau nak aku berkasar dengan kau ke?” Daim 

cuba tarik tangan aku. Muka Daim berkerut-kerut tahan marah. Daim macam tu lah, walau marah macam 

mana sekalipun, dia tak akan sekali-kali berkasar dengan orang. Lebih-lebih lagi dengan kawan baik dia 

yang amat dia kasihi tu. Kadang nak jugak tengok Daim bertumbuk dengan makhluk perosak nih semua. 

Baru lah nampak manly sikit kan.ekekeke Tapi sungguh lah, Daim is different than others. Harapan je lah 

nak tengok dia bertumbuk bagai. Eheh apa yang aku melalut nih.

“Dah Alis, jom balik. Lan, we’re not finish yet!” Daim tarik tangan aku dan kami terus blah macam tu je. 








Sebulan berlalu lepas kejadian kat gerai mamak hari tu. Kami kerja macam biasa, cuma Daim nampak 

kurang ceria. Mungkin dia agak terkilan di atas apa yang terjadi between Lan and him. Aku tak kesah kalau 

dia nak kawan balik dengan Lan, itu hak dia. Lagi pun diorang bestfriend kan, tak kan nak putus kawan 

semata-mata sebab aku. Tentang Jimmy pulak, aku tengok dia lebih senang menyendiri sekarang. Nak 

muhasabah diri kot, entah lah. Hopefully dia dah tak berharap apa-apa lagi dah dengan aku. Oh ya, Daim 

dapat arahan untuk transfer ke Dubai for 2years. Kalau ikutkan, dia ada masa lagi 6 bulan before berangkat 

ke sana. Dan dalam masa 6 bulan tu jugak lah we have to prepare for our wedding. Yes! We’re getting 

married soon......hehehehe Daim cakap kami kena kawen before dia pegi Dubai sebab dia nak angkut aku 

pegi sana dengan dia. Mama pulak cakap tak payah tunang-tunang. Masing-masing dah kenal hati budi 

masing-masing kan. Ummi Daim pun cakap macam tu gak. Eh sependapat pulak bakal besan nih 

kan.kikikiki Wah excitednya nak kawen....yippieee!!!

“Hoi makcik! Senyum sorang-sorang nih pasal apa? Berangan lah tu kan...” Fatin sengih macam iklan ubat 

gigi.

“Haila Patin, salam mana salam?” Aku tarik jugak hidung tu karang.

“Ala chill la babe, assalamualaikum Alis sayang..hehehe”

“Waalaikumussalam Patin sayang. Macam tu la kawan orang, penuh sopan dan santun. Bukan main terjah 

macam melodi tu je.hee...” Kami gelak.

“Alis dah ready ke nak jadi bini orang? Dah bersiap sedia mental fizikal ke?hihi...” Fatin gelak sopan.

Amboih bini orang kata kau. Ish ish ish Fatin nih, buat aku gerun je lah.

“Orang tak ready lagi Patin..uwaaaaa Macam mana nih? Macam mana nih?” Dush! Gelabah giler kot. Rasa 

macam nak pecut pegi bookstore beli buku pasal nikah kawen segala sekarang jugak.

Uik, Fatin gelak sampai keluar air mata nih apa kes? “Ek ena Alis, rileks la. Bukan susah pun. Bila dah 

selesai ijab dan kabul nanti, automatically awak akan ready tau. Especially tang malam pertama tu.heheh” 

Fatin kenyit mata.

Bukkk! “Adoi! sakit la Alis oiiiii.....” Amik kau, gedik sangat kan. Cakap tak agak-agak tau Fatin nih. Buat 

aku segan je.huuu Kalau Daim dengar nih, mesti lagi segan.

“Dah lah Patin, tak mau la cakap pasal nih lagi dah. Eh nanti petang teman orang cari barang jap ek. Nak 

tunggu weekend takut tak sempat pulak.”

“Yela...yela...hamba yang menurut perintah. Walaupun selalu dihempuk, orang setia menemani awak ke 

mana saja.” Fatin pusing sambil menjeling. Wah sempat lagi tu perli-perli aku.hehehe Fatin....Fatin.....




Note: Sorry kalau this part agak membosankan dan watak Daim memang macam tu, a bit slow but still sangat setia pada yang satu.hewhewhew

21 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 8


Daim is still Daim, never change. Lepas sesi luahan perasaan yang penuh dengan persoalan kat tasik hari tu, 

Daim menyepikan diri balik. Tak payah lah susah-susah nak text dia ke call ke memang tak dilayan. Haila 

spesis apa entah dia nih. Nak lari dari kenyataan pun agak-agak la, jangan la sampai menyusahkan orang 

pulak.

“Alis....Alis...mengelamun ye. Fikirkan apa? Mulut tu dah muncung sana muncung sini. hehehe kelakar betul 

la Alis nih.” Lan gelak lagi...

“Erk, eh takde pape lah Lan.hee tengah fikir pasal kerja tadi.” Alahai Alis, macam mana boleh lupa yang 

Lan kat depan mata nih.

“Yeke fikir pasal kerja, ke fikirkan pasal sape?”

“Alah takde fikir pasal sape-sape pun Lan. So, how’s life? Okay?” Hurmm homemade lemon strawberry 

nih dah kurang manisnya. Syok sangat fikirkan pasal Daim, air pun lupa nak minum.

“Alhamdulillah okay, cuma sejak dua menjak nih saya ada masalah hati sikit lah Lis...”

“Erk! Masalah hati apa Lan? Jangan cakap yang hati awak bermasalah pulak. Dah jumpa doktor belum? 

Serious tak? Kena buat pemindahan hati ke hape?” Eheh dah jauh bebenor aku melalut nih. Si Lan pulak 

dari tadi gelakkan aku. Ke dia main-main je. Haish memang nak kena lah kalau benda penyakit serious pun 

dia boleh buat main macam nih.

“Alis nih kelakar lah. Apa banyak soalan daaa.hehehe....”

Eh mamat nih, gelak sakan pulak. Sungguh la dia mainkan aku je.

“Alis, masalah hati Lan nih bukan masalah hati kronik sampai kena operate segala macam yang Alis fikirkan 

tu. Nih tentang masalah hati dan perasaan Lan okay. Takde kena mengena langsung dengan penyakit hati 

yang susah nak cari penderma segala tu.”

Alhamdulillah... Nasib baik bukan masalah yang tu. Maklumlah, sekarang nih kan banyak sangat aku dengar 

berita tentang orang yang ada penyakit hati dan perlukan pemindahan hati dengan kadar yang segara. Nak 

cari penderma hati yang sesuai punya la susah, dah tu cost untuk operate pun punya lah tinggi. Kesian kan, 

especially kalau yang sakit tu budak-budak. Baru je nak hidup kat dunia nih, dah kena penyakit macam-

macam. Dah takdir tuhan, sape yang mampu nak tolak kan.

“Actually hati saya dah jatuh cinta kat awak Alis. Sungguh saya tak tipu.”

Owh dah jatuh cinta rupanya si lan nih.ekekeke Erk! Jatuh cinta dengan aku. Haip nih nak main game apa 

pulak Lan nih.

“Heheehee awak jangan la main-main Lan, orang tak suka la main-main tentang hati dan perasaan nih.”

“Betul Alis, saya dah jatuh cinta kat awak. Actually dah lama dah. Since kat zaman universiti dulu lagi...” 

Eheh serious lah pulak muka Lan nih.

“Awak jangan la main-main Lan, kanke dulu awak couple dengan Sya, macam mana boleh jatuh cinta 

dengan saya pulak. Mengarut je lah....”

Ohoooo seriously aku memang tak boleh terima. Lan tolong lah jangan nak mencarut sangat kat depan aku 

nih.

“Alis trust me, walaupun waktu tu saya dah couple dengan Sya tapi hati saya milik awak. Sepenuhnya 

Alis...”

“Enough Lan..enough! Orang tak suka awak cakap macam tu. Bagi orang awak hanya lah kawan yang 

orang sayang macam orang lain jugak. You are just my good friend. That’s all!”

“Tapi bagi saya Alis is more than a friend. You are special, not like others. Why can’t you accept me? 

Because of Daim right? Can’t you just forget bout him huh?”

Eh nih pesal tetiba timbul nama Daim pulak? Dah memang aku takde hati kat dia nak buat macam mana 

lagi. Nak salahkan Daim pulak dah.

“Alis listen here, just forget bout Daim okay. Dia takde hati dan perasaan langsung. Buat apa awak nak 

mendera hati dan perasaan awak macam tu. You means nothing to him. Lagi pun dia dah serahkan 

tanggungjawab untuk jaga awak kepada saya. And I’ve promised him to take a good care of you my dear.” 

Lan cuba pegang tangan aku. Huh gatal!

“What?! Korang ingat orang nih apa? Takde hati dan perasaan ke? Sesuka hati je kan korang pass 

tanggungjawab jaga orang. Bajet korang tu lelaki budiman lah ye bila buat macam tu. Listen carefully Lan, 

orang nak mendera hati dan perasaan orang atau tak, it’s my business not yours. And about Daim, he’s not 

my boyfriend so he have no right at all to pass tanggungjawab untuk jaga orang. Is it clear now Encik 

Razlan?!” Huh sungguh aku benci nak marah-marah kawan aku macam nih. Tapi apa yang diorang buat dah 

menyebabkan temperature marah aku naik mendadak tau. Kalau hari-hari macam nih, boleh kena darah 

tinggi gamaknya. Nauzubillah....

“Tapi saya dah janji...”

“I don’t care about your stupid promise. Now you just stay away from my life. Assalamualaikum....”

Lan diam terpaku mendengar kata-kata aku. Tapi ada aku kisah. Kepala aku nih tak habis lagi pening fikir 

pasal Daim dan Jimmy, datang pulak si Lan confess macam-macam. Huh aku penat sangat. Kenapa orang 

yang aku suka main  tarik tali dengan aku. Orang yang aku tak nak tu jugak lah yang datang serah diri. This 

is not fair! Alis Ilias is just an ordinary person, bukan cantik sangat pun. Clumsy pulak tu. Tak special 

langsung kan. Boleh pulak menjadi rebutan jejaka segala. Unbelievable? Believe it.....




Rutin harian aku tetap tak berubah walau datang berbagai-bagai masalah especially yang melibatkan hati 

dan perasaan. Kadang kalau dah tak tahan sangat aku call mama, cerita segalanya kat mama. Kadang kalau 

along free, along bawak aku keluar jalan-jalan sambil dengar aku merepek meraban tentang maslah hati dan 

perasaan. Buat masa ini, hanya family aku je yang boleh membuatkan aku tenang. Along cakap, pasal 

Jimmy dan Lan tak payah fikir sangat. Kalau boleh elak, elakkan je. Kalau dah tak tahan sangat, tukar 

tempat kerja. Itu cakap along. Cakap mama pulak, buat macam biasa je. Diorang kan kawan aku, tak kan 

lah senang-senang nak putus kawan macam tu kan. Tapi tang Jimmy duk kacau-kacau tu, mama pun 

sependapat dengan along. Tukar tempat kerja, senang cerita kan. Tapi yang susah ceritanya bila nak cari 

kerja baru. Susah lorh.... Maklum lah, demand is more than supply kan sekarang. Nak tak nak memang 

kena compete kaw-kaw punya lah.

Daim Shah Zainal.... Pasal mamat nih pulak, mama dengan along memang lah sangat sependapat. Diorang 

suruh aku face to face je dengan Daim. Leraikan segala masalah yang melibatkan aku, dia dan Lan. 

Hurmmm nice suggestion. Boleh lah cuci mata jap tengok muka Daim yang handsome tu. Wah sempat lagi 

kan kau Alis. Menggedik je bila nak jumpa Daim kan. Dah lupa ke pasal masalah yang nak dileraikan tu. 

Huh betul cakap Tun Dr. Mahathir, melayu mudah lupa. Erk ada kaitan ke?

*******************************************************************************


“Alis.... Kenapa tiba-tiba Alis nak jumpa Daim?” Berkerut-kerut kening Daim, curious sangat gamaknya.

“Ehem... Orang ada benda nak discuss dengan Daim. Tentang orang, Daim dan Lan.” Aku terus duduk kat 

bangku sebelah. Letih lah dari tadi asyik berdiri je.

“Lan? Kenapa dengan Lan?” Daim tanya aku kenapa dengan Lan? Ha meh cheq nak habaq mai...

“Lan cakap yang Daim dah serahkan tanggungjawab kat dia untuk jaga orang. Betul ke Daim?”

Daim dah cuak giler. Mesti nervous over the top kan bila dah kantoi macam nih. Daim pusing kiri dan 

pandang aku.

“Ya memang Daim dah serahkan tanggungjawab kat dia untuk jaga Alis. Untuk protect Alis dari gangguan 

si Jimmy actually. Dan dia dah janji dengan Daim yang dia akan jaga Alis seperti mana Daim jaga Alis.”

“But why? Apa perlunya Daim serahkan tanggungjawab macam tu. I'm not your girlfriend or your special 

one. How could you do this to me. Daim ingat orang nih barang ke? Senang-senang je nak suruh orang lain 

yang jaga. Kalau Daim tak suka orang pun agak-agak lah, jangan buat orang sampai macam nih sekali.”

Nangis? Huh jangan mimpi lah Alis Ilias nak nangis kat depan Daim hari ni. Kalau nak nangis jugak, tunggu 

balik umah karang.

Daim pandang aku dengan wajah sugul. “Daim buat semua tu sebab Daim sayang Alis. Don’t you 

understand that?”

“Sayang? What kind of sayang you are talking about huh? Kalau Daim betul-betul sayangkan orang, 

kenapa Daim tak pernah nak confess? Don’t you know that orang sayang Daim jugak?”

Daim nampak serba salah, dan aku tahu ada sesuatu yang menghalang dia dari berterus terang tentang 

perasaan dia terhadap aku.

“I think this is the right time to tell you everything about why I kept avoiding you Alis.” Daim bersuara 

tenang.

So this is the ‘one fine day’ yang Daim cakapkan tu ye. I’m ready Daim, I’m ready to hear everything.

“Just so you know, Daim jatuh cinta kat Alis since kat universiti. Seronok bila ada someone yang kita 

sayang dekat dengan kita and we can always support each other. Sungguh waktu tu Daim nak sangat kita 

couple. Alis ingat lagi tak yang Daim pernah tulis I love you saiz XXL kat belakang buku then tunjuk kat 

satu kelas. Alis ingat lagi tak yang Daim pernah marah Alis bila Alis kirim salam rindu kat Hafiz. Dan banyak 

lagi perkara-perkara nakal yang Daim pernah buat kat Alis kan. Alis ingat lagi tak?”

Aku senyum, harus lah aku ingat. Kenangan paling manis kot.

“Daim buat semua tu sebab Daim dah jatuh cinta, suka, sayang sama Alis. Tapi, bila Lan putus dengan Sya 

dan diorang dah jadi macam musuh, Daim rasa takut. Daim takut kalau couple then kita end up break off 

dan jadi musuh macam diorang.” Daim tunduk.

“Kenapa Daim fikir macam tu. Tak semua yang couple akan putus dan tak semua yang dah putus tak boleh 

kawan balik macam dulu-dulu. You are too negative!” Geram sungguh aku dengan pemikiran Daim yang 

sangat negatif itu.

“Ye at first Daim pun fikir macam tu jugak. Tapi bila Lan asyik sogokkan Daim dengan cerita-cerita negatif 

bila couple dengan kawan sendiri, Daim rasa kurang yakin dengan kehendak hati Daim. Lagi pun Lan 

pernah cakap, kalau kita couple then kita putus, Daim akan kehilangan kedua-duanya, kawan dan kekasih. 

Jadi daripada hilang keduanya, lebih baik kita tak couple dan maintain as a friend je. At least I can have you 

as my friend forever.”  Sampai hati Lan sogokkan Daim dengan cerita macam tu. Hish nak kena agaknya si 

Lan nih.

“Daim rasa dengan buat macam tu kita boleh be friend forever ke even dah terang-terang yang kita ada 

perasaan terhadap satu sama lain. I don’t think so Daim. Can’t  you see, how awkward we are bila kita tak 

dapat selindung our feeling. Can’t you see that huh?”

Sungguh aku tak faham apa yang Daim fikirkan. Dia sanggup dengar cakap kawan dia yang entah apa-apa 

daripada ikut kata hati sendiri. Tak sangka wujud jugak manusia macam nih kan. Rela sakitkan diri sendiri 

dari menyakiti hati kawan. Biar betul Daim nih.

“I can see it now. Sekarang Daim dah sedar, semua yang Daim buat hanyalah sia-sia. I am sorry for that 

Alis. Truely sorry....”

“Dah lah Daim, orang dah penat nak cakap pasal nih. Letih emosi.... Owh ya, pasal Lan, Daim tau tak yang 

Lan jatuh cinta kat orang? Dia dah confess segala hari tu. Terkejut beruk orang tau. Eheh tapi takde la 

sampai jadi beruk.ekekeke”

Ya Allah Alis, boleh pulak kau gelak time macam nih. Kanke tengah discuss soal hati dan perasaan nih Alis. 

Cuba behave sikit.hukhuk

“Daim tau...”

“What?! But how?”

Daim bangun dan pandang depan. Gaya macam tengah fikir pasal masalah negara je. Muka dah ala-ala hati 

batu kepala kayu dah nih, pesal? Eh chop, ada ke muka macam tu? Ah pape je lah.

“Daim tau yang Lan dah lama sukakan Alis. Dia sendiri yang cakap kat Daim. Dan sebab itu lah Daim rela 

undur diri dan serahkan tanggungjawab untuk jaga Alis kepada Lan.”

“What the tuttttttt......” Hah muncung-muncung mulut aku nak cover dari mencarut. Daim nih dah kenapa 

sampai macam tu sekali berkorban untuk Lan. Mamat tu dah bagi dia duit satu juta ke hape. Kalau betul, 

bak sini sikit. Orang nak pegi shopping.huuu

“Daim nih waras ke tidak? How could you do that to me, to us! Korbankan hati dan perasaan sendiri demi 

orang lain. Ish orang tak faham lah Daim nih.”

“I’m sorry sayang. Sekarang Daim dah sedar dan Daim tak nak dan tak akan sekali-kali lepaskan Alis. You 

are mine sayang, you are mine!”

Erk sayang?! Nak pengsan jap lah.hiks



Note: Please leave a comment so that I can improve my writing. ^^ 
(eheh ngade, dah masuk part 8 baru nak mintak orang komen segala.teheee)

18 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 7


Sedih? Ada la sikit. Marah? Banyak kot. Cemburu? Tinggi gunung. Frust? Banyak laut. Hah emosi tak 

stabil, macam tu la emosi aku since semalam lepas adegan terserempak dengan Daim. Owh ya jangan 

dilupa AWEK dia yang tercegat kat sebelah macam tiang lampu. Orang cakap menangis adalah terapi yang 

bagus untuk menghilangkan rasa sakit hati. Tapi air mata aku hari nih sombong pulak, tak nak keluar 

langsung.

Beep.... Beep....

I’m on my way to your house now. Please dress properly, I’m gonna take you out. – Daim

Hurm unpredictable betul Daim nih. Tiba-tiba je mesej nak bawak keluar. Nih mesti nak explain pasal 

semalam kan.

“Hai Alis, masuk lah.”

Ufh tak romantik langsung. Jemput aku masuk macam tu je, bukan nak tolong bukakan pintu ke hape. Eleh 

dia jemput naik tu pun dah kira bagus tau Alis, lagi mau demand ka....

“Kita nak ke mana?”

Satu...dua...tiga....aiii senyap je. Tengok muka sikit, hurmm mood macam okay je. Dah tu kenapa tak 

jawab aku tanya.

“Daim, kita nak ke mana nih?”

“Somewhere......”

Ish tau la somewhere, tapi nama tempat nya apa? Nak main teka teki pulak. Kalau dapat hadiah duit ribu-

ribu takpe lah jugak, takde la menyusahkan sangat rasanya kalau nak suruh otak aku nih buat kerja part 

time fikir ke mana kami nak pegi.

“Okay dah sampai, let’s go...”

Erk tasik?! Nak buat apa pulak kat tasik nih? Nak memancing ke? Eh tapi kat tasik nih dilarang memancing 

lah.

“Daim nak buat apa kat sini? Nak memancing ke? Kat sini dilarang memancing lah Daim. Lagi pun orang 

tak suka memancing tau, bosan..yedaaa...yedaaa...yedaaa....”

“Alis! Can you please shut your mouth for awhile. Just follow me okay. Don’t you trust me at all huh?”

Bila aku tanya nak ke mana tak nak jawab. Dah tu bila aku bising suruh aku diam pulak. Stress!

************************************************************************

Cantik jugak pemandangan kat tasik petang-petang macam nih, nyaman je. Cuaca pun sedang elok untuk 

orang yang nak jogging atau picnic. Pandai Daim pilih tempat. Opps! Terpuji pulak.

“Kenapa Alis tak datang dekat Daim semalam?”

Erk?! Terus aku pusing lipat maut.

“Kenapa Alis tak tegur Daim semalam?”

Hah?! Serious mulut aku tengah melopong sekarang.

“Kenapa Alis tak senyum bila jumpa Daim semalam?”

What the....? Pause! Aku gigit bibir tahan diri dari mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

“Eh kejap! Kenapa Daim tak buat semua yang Daim cakapkan tu kat orang semalam? Kenapa? Nak 

salahkan orang pulak.huh...”

“Almost two months kita tak jumpa kan. Seriously Daim rindu Alis. Rindu nak tengok muka Alis, rindu nak 

dengar suara Alis, rindu nak dengar Alis marah-marah...”

“Kenapa dengan Daim nih? Jangan main-main lah.”

“Tapi Daim tau apa yang Alis buat selama hampir dua bulan kita tak jumpa. Alis pegi mana, Alis keluar 

dengan siapa, Jimmy kacau Alis ke tidak. Daim tau semua tu.”

“What?! Daim skodeng orang ek? Apa motif Daim buat macam tu?”

“Daim rasa marah sangat bila tengok Jimmy masih kacau Alis dan Daim rasa sakit hati sangat bila tengok 

Alis keluar dengan Lan.”

Spceehless.... Sungguh aku tak tau nak cakap apa. Daim seperti sedang meluahkan apa yang dia rasa je. 

Tak pe lah, bagi peluang dia cakap. Bila dia dah habis cakap nanti biar aku pulak yang sambung.

“Kenapa Lan tak protect Alis dari Jimmy? Kenapa Lan biarkan Alis kena kacau dengan Jimmy sedangkan 

dia dah janji yang dia akan lindungi Alis. Kenapa Lan biarkan semua itu berlaku?”

Kenapa tiba-tiba keluar nama Lan pulak nih. Apa kaitan Lan dengan semua nih?

“Alis tau tak, sakit rasanya bila tengok Alis kena kacau dengan Jimmy tapi Daim tak boleh nak tolong. Sakit 

rasanya bila terpaksa tengok Alis harungi segalanya sorang-sorang dan Daim tak boleh buat pape pun. 

Yang Daim mampu buat hanya lah tengok Alis dari kejauhan. Sakit Alis, sakit sangat kat hati nih.” Daim 

tekan dada dia kuat...

“Okay enough, orang rasa Daim dah banyak sangat cakap hari nih. Now let me talk....”

Ufh tenang lah hati, just talk slowly and smoothly Alis.

“Jadi all this while Daim memang tak pernah tinggalkan orang lah ye. Kenapa Daim? Kenapa Daim buat 

semua nih? Kenapa Daim buat orang macam nih? Kenapa Daim menjauhkan diri daripada orang. Orang 

ada buat Daim sakit hati ke hape? Kalau Daim rasa sakit bila jauh dengan orang, kenapa Daim tak cuba 

mendekat...iskiskisk....”

Haila senang pulak air mata nih keluar waktu-waktu macam nih. Jangan nangis Alis...I need to be strong to 

face this.

“Alis....”

“No! I’m not finish yet..... Kenapa Daim tak cuba lindungi orang dari si Jimmy tu? Sanggup Daim tengok 

Jimmy buat macam-macam kat orang? Kalau Daim rasa sakit hati bila tengok orang keluar dengan Lan, 

kenapa Daim tak halang? Kenapa Daim? Please tell me why..iskiskisk...”

Tiada lagi suasana tenang seperti waktu kami tiba tadi. Muka Daim sudah merah menahan rasa. Muka aku 

pula sudah lencun disimbah air mata. Nasib baik tempat duduk kami agak jauh dari orang ramai. Kalau tak 

mesti dah penuh orang datang tengok wayang free tanpa tiket. Daim diam....diam...dan terus diam. And his 

silence makes me more frustrated.

“Dah lah Daim, tolong hantar Alis balik sekarang.”

Aku bangun dan jalan perlahan-lahan. Sayup kedengaran suara Daim...

“One fine day, I will tell you everything Alis. One fine day....”

Dan bilakah one fine day itu?









Note : Sorry, this entry sangat pendek because of time constraint. Enjoy! >_<


13 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 6


“Patin start esok orang cuti tau, tiga hari.”

“Kenapa? Nak balik kampung ke?”

Ish tak perlu la buat muka sedih macam tu Fatin oitt......

“Tak, orang ikut Encik Papa dengan Puan Mama pegi cuti-cuti Malaysia kat Cameron.heheee”

“Owh ingat kan balik kampung nak  bertunang ke hape.”

“Choiiii mulut...takde insurans ka amoi?”

“Hehehe rileks la Alis orang gurau je lah. Tapi mana la tau kan kot betul balik kampung sebab nak 

bertunang dengan pilihan keluarga.”

Haaaa dia ingat family aku tu suka sangat buat drama swasta macam tu. Cari kan jodoh untuk anak-anak 

then paksa anak kawen dengan pilihan keluarga. Takde maknanya....

“Eh Alis, Daim apa cerita sekarang? Dah lama awak tak bercerita pasal Daim kat orang kan.”

“Dah tak jumpa, nak ada cerita macam mana Tin...”

“Erk awak tak jumpa Daim ke? Tapi kenapa? Kanke korang dah makin rapat sekarang? Dah lama ke 

awak tak jumpa dia?”

“Apa banyak soalan sangat nih Tin. Satu-satu la....”

“Yela orang tanya banyak-banyak tapi awak jawab satu-satu la...”

“Baiklah Cik Patin sayang.... Actually orang dah lama tak jumpa Daim. Last kami jumpa sebulan yang lapas 

masa dia datang amik orang nak keluar lunch yang dia gaduh-gaduh dengan Jimmy tu. Waktu keluar dengan 

dia hari tu kami ada la gaduh sikit. Gaduh pasal Jimmy tu jugak lah. Then lepas tu dia terus menyepikan diri 

sampai ke hari ni.”

“Gaduh pasal Jimmy? Pasal apa? Elaborate sikit...hehee”

Wah melampau, siap kena elaborate segala. Ingat aku tengah buat presentation ke hape.

“Ala dia cakap dia sakit hati tengok orang selalu kena kacau dengan si Jimmy tu ha. Dia marah gila waktu tu 

Tin. Seram tak hengat wa cakap lu. Tapi bukan salah orang pun, Jimmy tu ha yang salah. Tu yang kami 

gaduh tu.”

“Owh macam tu. Habis yang awak keluar lunch dua tiga hari lepas tu dengan sape?”

“Orang keluar dengan Lan. Yang nih pun memeningkan kepala jugak tau. Tiap-tiap hari ajak orang keluar 

lunch sampaikan sanggup datang sini semata-mata nak keluar lunch dengan orang. Rimas betul la. Kalau 

Daim yang ajak takpe la jugak kan.hurmmm...”

“Ke Lan ada hati dekat awak Lis?”

“Eh mustahil lah. Kami rapat since kat universiti lagi, mustahil lah nak jatuh cinta segala. Lagi pun dia tu ex 

kawan baik orang kot. Tak kan la orang nak couple dengan ex kawan baik sendiri Tin.ekekeke”

“Ha gelak la gelak. Awak memang la takde hati kat dia. Tapi dia kita tak tau kan? It’s not imposible to fall 

in love with your bestfreind punya ex.lalalalala...”

Erk yeke? Haila tak nak la jatuh cinta dengan Lan. Orang nak jatuh cinta dengan Daim je.huhuhuhu

“Dah lah Tin, malas nak fikir pasal cinta cintun nih.”

“Up to you, tapi you better watch out  la kan.hehehe... Eh Lis nanti Along Akram ikut tak awak pegi 

holiday?”

“Harus lah ikut. Kami plan nak pegi Cameron nih pun sebab Along dengan Anas tengah cuti sekarang. So, 

this is the best time to go holiday together.”

“Owh ye? Nanti kirim salam kat Along Akram ye.hehehehe...”

“Hai, kat Along je. Mama dengan papa taknak kirim salam ke? Gatai tau Patin nih.hahaha”

“Eh kirim salam semua la dan jangan lupa belikan strawberry kering ek.”

“Oraitttt my dear. Anything for you...” J

*******************************************************************************

Hurmmmm nyaman sungguh udara kat Cameron Highlands nih. Kan best kalau ada rumah kat sini. Udara 

nyaman, persekitaran bersih dan pemandangan pun indah. Waaaaa nak stay kat sini sampai bila-bila lah, 

taknak balik KL. Boleh?heee

“Hoi! Mengelamun ke hape nih.”

Ish along! Grrrrrrr kacau betul la. Tak boleh tengok orang senang sikit, ada je yang nak menyibuk.

“Ke angah tengah feeling-feeling Nora Elena. Atau tengah feeling Vanilla Cokelat segala.kikikiki...”

Haaaa nih lagi sorang, penyibuk tahap dewa dewi. Huh! Mencikkkk......

“Mama...tengok la along dengan Anas nih. Suka tau kacau Alis. Orang nak rehatkan minda pun payah lah 

kalau macam nih. Ada je yang kacau daun.Haissss..”

“Akram...Anas....jangan la kacau puteri kesayangan mama tu. Kasi la chance kat dia feeling Nora Elena ke 

Vanilla Cokelat ke. Lagi cepat la mama dapat menantu lelaki kalau macam tu.hehehe....”

“Mama........tak baik tau mainkan Alis. Mana aci tiga lawan satu. Dah tu sape nak back up Alis? Pa! 

tengok la diorang nih, suka tau mainkan perasaan Alis.wuuuu....”

“Haloh...haloh...kesiannya anak papa. Dah besar pun nak manja-manja lagi ke sayang. Alis kan dah nak 

kawen, mana boleh manja-manja lagi dah. Nanti kalau suami tak nak pujuk macam mana?hehee”

Amboi, gelak sakan nampak. Suka suki je cakap aku dah nak kawen. Huh papa pun sama macam diorang. 

Takde belas kasihan langsung tau. Seronok betul mendera hati dan perasaan aku.

“Yela..yela...gelak la sampai pengsan. Nanti kalau dah pengsan Alis tak nak angkat tau.”

“Hehehe rileks la Angah, kami gurau je lah. Angah nih macam tak biasa pulak.”

“Entah angah nih, along gurau je lah. Jangan la emosi sangat.”

“Ye...Ye....orang tak emosi pun la. Owh ya Patin kirim salam kat semua. Lupa pulak nak cakap.hehee... 

Haa kat along dia kirim salam special punya.kikikiki...”

“Special macam mana tu? Ada love love ke?hee...”

“Amboi Akram, gatal nampak. Bang tengok anak teruna sulung awak tu. Gatal betul.”

Haaa padan muka along. Kan tak pasal-pasal kena sound dengan mama.ekekeke

“Mama nanti kita pegi tengok bunga kat bawah sana nak?”

“Nak feeling Nora Elena lagi lah tu kan mama kan...”

“Anas!!!!!!!”

Bukkk bukkk nah amik kau. Suka sangat kacau angah yang cantik lagi manis nih kan.heheee....... Seronok 

jugak main sakat menyakat macam nih. Baik yang tua mahupun yang muda, bila jumpa memang tak boleh 

diam. Ada je yang nak diusik. Selalunya aku lah yang menjadi mangsa keadaan. Maklumlah, I’m the only 

princess in our family kan. Well this is us, kami hidup untuk kami. Help each other, support each other, 

comfort each other, share everything together and live together forever.

********************************************************************************

Haruman teh panas berlari berkejaran masuk ke dalam rongga hidung aku. Sarapan pagi hari nih, secawan 

teh panas dan scones. Makan pulak dengan family tersayang, pergh heaven betul. Dah kenyang nanti, boleh 

cuci mata tengok ladang teh yang indah kat bawah sana pulak. Waaaaaa syurga dunia, semuanya indah 

belaka. Over kau Alis...hiks




“Alis, apa senyum-senyum nih. Ingat kat boyfriend ke?”

“Apa lah mama nih, kalau ingatkan boyfriend mesti la sedih ma rindu lah katakan. Nih Alis tengah senyum 

kan, takde maknanya nak ingat boyfriend segala.”

“Maknanya Alis memang dah ada boyfriend lah ye?”

“Pa, bila pulak Alis cakap Alis dah ada boyfriend nih? Ish tak suka la macam nih..”

“Hehehe manja betul la anak papa nih kan Anas kan. Cakap sikit pun dah nak merajuk.”

“Along! Orang tak merajuk pun la....”

“Dah tak payah nak gaduh-gaduh depan rezeki. Tak elok tau tak.”

“Eheh ma jangan lah marah, along dengan angah gurau je tu...”

Hehehe kami bertiga tayang gigi kat mama.

“Alis, mama tanya sikit boleh?”

“Mama nak tanya apa ma?”

“Erm Alis dah ada someone special ke? Mama bukan apa, dua minggu lepas Haji Kamsan ada datang 

merisik Alis. Kami tak cakap pape la kan sebab kami tak tau samaada Alis dah ada pilihan hati atau tidak.”

“Haji Kamsan datang risik Alis? Betul ke pa? Untuk sape?”

“Ye Alis, Haji datang merisik untuk anak saudara dia si Ashraf. Kawan Alis masa sekolah dulu, ingat tak?”

Owh untuk Ashraf rupanya. Hurmm Ashraf tu budak baik, macam tak sesuai je dengan aku yang tak 

berapa nak sopan dan santun nih.ekekeke

“So, macam mana Alis?”

Alahai macam mana nih. Tak kan nak bagi tau papa dengan mama tentang Daim. Lagipun kami bukannya 

dah officially couple ke hape. Tapi hati aku macam tak rela je nak terima orang lain.hurmmm

“Alis, kenapa nih? Alis ada nak bagi tahu kami sesuatu ke?”

“Alis jangan risau, papa dengan mama tak paksa Alis untuk terima sesiapa dalam hidup Alis. Kami terima 

siapa saja yang menjadi pilihan anak kami. Apa yang penting adalah kebahagian Alis. Okay sayang....”

“Papa, mama....actually my heart is taken by someone yang Alis suka dari dulu sampai sekarang. Cuma Alis 

tak pasti his heart is mine or not. Erm macam mana ye nak explain, Alis tak pandai.huhuhu...”

“Owh...means anak mama nih dah suka kat orang lain lah ye.”

“Yes mama tapi Alis tak tau dia suka Alis ke tidak.”

“Alis, listen carefully apa yang papa nak cakap, Alis pernah dengar tak tentang jodoh di tangan tuhan?”

“Ye papa...”

“Tapi at the same time, kita boleh berdoa kepada tuhan untuk tentukan siapa jodoh kita. Ingat tak yang 

Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu melainkan mereka yang mengubahnya. Makanya 

kalau Alis nak kan dia sebagai pasangan hidup, Alis harus berdoa kepada tuhan semoga dibukakan pintu 

hati dia untuk terima Alis disamping berusaha ke arah itu. Do you get what I mean my dear?”

“Yes pa...tapi Alis takut pilihan Alis nih salah. Lagi pun papa dan mama pernah cakap kan yang jodoh dari 

tuhan adalah sebaik-baik jodoh. Alis tak yakin dengan diri Alis untuk buat pilihan.”

“That’s why adanya solat istikharah sayang. Ia boleh membantu kita dalam membuat keputusan yang tepat. 

Mintak petunjuk dari Allah, insyAllah segalanya akan berjalan dengan lancar...”

“Baiklah ma, pa...just give me some time to settle it down okay.”

“Just take your time sayang. We’ll never push you to do what you want, remember that.”

“Thanks ma, pa...Alis sayang mama dengan papa ketat-ketat. Mmuahhhhhhh! hee”

“Habis tu along dengan Anas nih Alis tak sayang lah ye?”

“Olololololo Alis pun sayang korang jugak lah. Come, give me a big hug...”

Waaaaaa naik lemas aku kena peluk dengan along dan Anas.teheee.... Tenang je rasa bila dah share 

everything dengan Tuan Ilias dan Puan Maria nih. The best talk that we ever had! J

***************************************************************************

“Patinnnnnn...........”

“Alisssssssss...........”

Waaaa rindunya... Dekat seminggu tak jumpa Fatin kesayanganku ini. Eheh asal makin gemuk pulak 

makcik sorang nih? Makan banyak sangat ke hape.

“Oittt Tin, nih apa kes makin gemuk je orang tengok. Awak makan banyak ye.”

“Choiii Alis nih, jumpa je terus tanya soalan sensitif macam tu. Bukan nak tanya yang orang nih sihat ke 

tidak, cukup makan ke tidak...”

“Nak tanya cukup makan apa nya, dah kembang semacam dah orang tengok nih ha.hikhik”

“Alaaaa minggu lepas family Kak Nadia datang, then tiap-tiap hari diorang belanja orang makan tau. 

Macam mana tak kembang. Tapi obvious sangat ke Lis?”

“Hahahaha takde lah Tin orang gurau je lah. Nih ha strawberry kering yang awak kirim.”

“Haila, hantu betul minah nih. Buat takut orang je lah. Anyway thanks Alis sayang. Lain kali beli lagi 

ye.hee.....”

“Hahaha banyak lah awak punya lain kali. Okay lah Patin orang nak chow dulu. Fail dah lama tunggu kat 

atas meja tu ha. Dah rindu bebenor kat orang gamaknya.”

“Ye lah, welcome back to work Alis...” J

Fatin....Fatin....takut sangat orang cakap dia gemuk. Tak luak pun la awak gemuk ke tidak. Si Norman 

tetap sayangkan awak jugak.

***************************************************************************

Hujung minggu datang lagi. Kali ni aku dah janji nak keluar date dengan Fatin sebab dah lama sangat kot 

kami tak keluar berjimba bersama-sama. Macam-macam yang kami plan nak buat hujung minggu nih. 

Weeee seronoknya!

“Tin, tengok wayang sudah, shopping sudah, makan pun sudah.... Next, ke mana kita?”

“Erm main boling nak? Dah lama kan kita tak main boling...”

“Tapi orang tak bawak stokin la Tin.”

“Alaaa apa susah, kita masuk je lah mana-mana kedai yang ada jual stokin. Setakat stokin sepasang tak 

sampai sepuluh hinggit pun la Lis.”

“Eh betul jugak tu... Jom......”

Ufh! Pin boling elok je terletak kat hujung sana, longkang kiri kanan tu jugak yang bersih bahana 

mendapat cucian free bola boling kami.ekekeke Cukup satu round je kami main then gelak je lebih. Letih 

tak hengat.... Bukan letih sebab baling bola boling, letih sebab gelak kuat sangat.kehkehkeh

Gulp!

Perlu ke dia muncul hari ini, saat ini, kat depan mataku ini?

“Alis tengok apa?”

Kenapa tenung aku macam nak makan orang je? Sepatutnya aku lah kan yang tenung dia macam tu. Haaa 

dah kenapa tetiba tukar mode muka tak bersalah nih? Mesti nak cakap aku yang salah kan sebab tak 

penah contact dia lepas kejadian hari tu. Hello brader, awak yang menyepikan diri nak salahkan orang 

pulak. Haisss perlu ke buat muka sedih macam tu. Saja je kan, nak mintak maaf lah tu. Huh ingat senang-

senang ke orang nak maafkan?

“Alis, tak penat ke main lawan memek muka macam tu. Tak payah lah berhempas pulas sangat nak angkat-

angkat kening, muncung-muncung mulut bagai. Pegi je lah say hai kat Daim tu....”

Erk ‘ter’overreact pulak kat depan si Fatin nih.

“Dah lah Tin, jom balik.”

“Eh tak nak jumpa Daim dulu ke. At least say hai to him.”

“Tak payah! Kanke dah ada awek cun kat sebelah dia tu. Cukup lah awek cun tu je yang say hai kat dia. 

Dah jom balik tidur.”

Haisss boleh pulak ajak Fatin balik tidur. Marah punya pasal kan. Eh pesal dia berdiri macam tiang bendera 

je? Tak nak kejar aku ke? Aku jalan takde lah laju sangat, sempat lagi kot kalau dia nak kejar. Tak nak 

kejar saya ke Daim? Kejar lah.... Kejar lah.....macam scene dalam typical Korean movie tu yang hero kejar 

heroin then tarik tangan heroin kuat-kuat sampai heroin terjelepuk jatuh ke dalam dakapan hero yang 

handsome lagi tough itu. Heh berangan! Lupa ke apa yang Lan  cakap? Daim kan hati kering. Tunggu 

sampai subuh esok pun belum tentu lagi dia nak buat scene macam tu Alis oiii. Okay bye lah kalau macam 

tu.hewhewhew



Note : This time ayat macam entah pape je... Sory for that..huuuu :(





12 May 2012

Kita Kawan Je Ek? Part 5






Cakap kami kawan tapi sakit hati pulak tengok aku kena kacau dengan si Jimmy tu. Daim Shah Zainal nih 

kenapa sebenarnya? Kenapa dia sakit hati segala pulak? Ke dia ada perasaan kat aku. Ish Daim tolonglah 

jangan buat orang syok sendiri macam nih. Kalau betul kita kawan, just act like a normal friend je lah. Tapi 

kalau kita lebih dari kawan terus terang je lah. Bukan orang nak reject Daim pun kan. Kecil tapak tangan, 

stadium Bukit Jalil tu ha orang tadahkan untuk Daim tau. Dah melebih pulak kau Alis.huh!

Wahhh lagu penakut dah bunyi. Sape pulak yang call malam-malam nih? Erk! Daim.... Nak jawab ke tak  

jawab ke tak. Erm tak payah lah, konon-konon merajuk dengan dia pasal tadi.hikhik... Eh dia call lagi. 

Ermmm.....

“Alis dah tidur ke?”

“Assalamualaikum Daim...”

“Eh sorry, waalaikumussalam. Alis dah tidur ke? Sorry lah kalau Daim mengganggu malam-malam macam 

nih.”

Eh takpe orang tak kisah pun.heee

“A’a dah tidur. Ada apa Daim call orang nih?” Wah berlagaknya kau Alis kan....

“Erm takpe lah kalau Alis dah tidur. Sorry again.”

Eheh merajuk ke Daim oiiii....

“Tadi memang tengah tidur tapi sekarang tak kan. So, cakap lah apa yang Daim nak cakap.”

Ish dah pandai tipu Daim sekarang kan Alis.hissssss

“Erm Alis still marah Daim ke?”

“Tak lah...” Suara beku habis, perasaan nil.ekekeke

“Actually, Daim nak mintak maaf pasal tadi. Daim tak bermaksud nak tengking-tengking Alis macam tu. I 

just can’t control my emotion. Sorry ye Alis.”

“Hurm takpe lah Daim, orang dah lupakan semuanya. Tak simpan dalam hati pun.” Huh hipokrit sungguh!

“Betul nih? Thanks so much Alis. Daim tau Alis sayangkan Daim kan. Mana boleh marah Daim lama-lama 

kan.heheee......”

Eh perasan pulak mamat nih. Tapi betul la apa yang dia cakap tu..ngeee

“Tapi can I ask you something?”

“Apa dia Alis?”

“Waktu kita gaduh tadi Daim ada cakap yang Daim sakit hati tengok orang asyik kena kacau dengan Jimmy 

kan. May I know why?”

Wah sangat berterus terang la aku nih.

“Erm...erm...Alis, got to go now. See you later okay. Bye Alis good night sweet dream. 

Assalamualaikum...”

Tutt tutt....tutt....tutt

Daim! Selalu macam nih tau. Kenapa susah sangat nak terus terang dangan orang. Waaaa tension lah 

macam nih.Huh!

********************************************************************************

Dah dua hari dia menyepikan diri. Kenapa? Hari tu elok je call aku mintak maaf segala. Ke dia marah aku 

sebab tanya macam tu. Grrrrr! Tension betul la. Macam mana nak buat kerja kalau dah kepala asyik fikir 

pasal Daim je. Fokus Alis fokus! Baru nak rasa bahagia sikit, dia dah buat perangai balik. Haisss haru betul.

“Awak, orang nak keluar lunch dengan Kak Min. Awak nak ikut tak? Ke dah janji dengan dengan Mr.D?

heheee...”

Erk dah pukul 1 ke?! Ya Allah...sungguh la aku tak perasan.

“Mr.D mana pulak nih Patin. Memandai je...”

“Eh sape lagi, Mr. Daim tu la.hehehe...”

“Dah lah jom. Karang tak sempat nak lunch pulak.”

“Eheh marah pulak. Gaduh lah tu. Ish ish ish...”

********************************************************************************

Nih kenapa pulak main tolak-tolak siku kat depan rezeki nih. Dah macam budak-budak nak mintak cekelat 

je gayanya.

“Korang kenapa? Nak makan pun tak senang la tengok korang tergedik-gedik macam tu.”

“Yang awak marah-marah nih kenapa?”

Ish budak Fatin nih sentap pulak....

“Alis kenapa? Ada masalah ke? Dari tadi Kak Min tengok Alis moody je. Tangan je yang gerak, makannya 

tak. Kalau Alis ada masalah share la dengan kami. Mana la tau kot kami boleh tolong ke hape.”

Erk! Obvious sangat ke aku tengah moody sekarang. Heh macam mana orang tak perasan kalau dah orang 

cakap sikit nak marah, cakap sikit nak melenting.

“Sorry Kak Min, orang penat sikit. Tak terniat pun nak marah melenting segala. Sorry Kak Min, sorry 

Patin.”

“Betul ke awak penat Lis? Ke awak ada masalah dengan anak Pak Jenal?”

“Anak Pak Jenal? Sape? Kak Min kenal ke?”

Haila Fatin perlu ke awak mention nama dia depan Kak Min. Karang tak pasal-pasal Kak Min pegi canang 

cerita pasal Daim kat Jimmy tu ha tak ke naya. Bukan awak tak tau yang diorang tu kawtim maaa......

“Takde sape-sape lah Kak Min. Dah lah cepat la habiskan makanan tu dah nak pukul dua dah nih ha..”

********************************************************************************

Letih dan penat kerja sepanjang minggu, makanya weekend adalah hari untuk merehatkan diri sambil golek-

golek atas katil. Waaaaa nikmatnya hanya tuhan yang tahu.weeeeeeee

Beep....beep.... Ohooo sape pulak yang mesej nih. Baru je nak terlelap dah ada yang ganggu.

Salam Alis buat apa? Lepak jom! – Lan

Apa mimpi si Lan nih tetiba ajak aku lepak. Erm nak keluar ke tak ek? Ermmm....

Boleh dengan syarat awak belanja. – Alis

Ada chance nak ketuk si Lan nampaknya.teheeeee

Oraittt no hal. Lagi  5minit saya sampai. – Lan

Erk 5minit?! Ish kalut la si Lan nih

SECRET RECIPE!

Ish dengar nama restoran pun dah kecur air liur. Tu belum mengadap makanan lagi tu.heee Tak 

menyempat....

“Alis hari nih awak order je apa yang awak nak makan, saya belanja.”

Ish menang loteri ke hape mamat nih, tetiba je. Alah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari Alis oiiiii.

“Betul ke Lan? Okay Japanese Soba satu, Ice Blanded Mocha Espresso satu then Chocolate Indulgance 

satu slice.heee..”

“Tu je? Tak nak tambah pape lagi ke?”

“Cukup lah untuk hari nih.hee...”

Sambil tunggu makanan sampai, kami sembang pasal macam-macam perkara. Sampaikan aku dak tak larat 

nak gelak lagi dah dengar cerita si Lan nih, lucu bebenor. Ada saja yang mencuit hatiku ini. Okay la tu kan, 

at least boleh jugak aku release tension bila sembang dengan Lan.

“Esok dah 30 April. Cepatnya masa berlalu kan Lis.”

“Eh dah 30 April? Means esok birthday Daim lah kan.”

“Awak ingat birthday Daim Lis? So, nak bagi hadiah ke?”

Aiyakkkk! Macam mana boleh kantoi depan Lan pulak nih. Dah lah diorang close giler. Kalau Lan bagi tau 

Daim aku ingat birthday dia malu la aku.huhuhu

“Tak payah lah awak susah-susah hafal birthday Daim then bagi hadiah segala Alis. Awak ingat Daim tu 

ada perasaan ke. Daim tu hati kering tau tak.”

Ufh! Perlu ke Lan cakap macam tu. Tak agak-agak tau si Lan nih. Biar la aku nak hafal birthday dia 

ke hape. Kau apa ada hal. Haaa tengok, asal cakap pasal Daim je mesti nak emosi segala. Cool la Alis.

“Dah lah Alis, tak payah lah awak fikir pasal Daim. Buat semak kepala je.”

Lan nih dah kenapa. Macam tau-tau je aku tengah ada problem dengan si Daim tu.

“Dah lah Lan, orang tak fikir pasal dia pun la. Jom balik, macam nak hujan je.”

********************************************************************************

“Alis, are you done with the balance sheet and income statement?”

“Done already my dear May.”

“Good! How about company’s account. Are you done with it too?”

“Fatin is the one who handle it. You can ask her.”

“Owh okay I will. Anyway thanks so much Alis dear for helping me. If you are not here I can be crazy 

you know. Mana nak prepare all those decument, mana nak mengadap your boss yang mood tengah swing 

tu lagi. Owh thanks so much my dear. Next time I belanja you okay amoi.hee...”

“Hahaha no biggie lah May. Eh your lovely boss dah seru nama you tu ha. You better go now before the 

volcano in there explode.hehehe”

“Hish lovely la sangat Alis oiii... Okay got to go now. Catch you later ya my dear.”J

Grppppppp...grppppppp

Owh mak kau, bunyi apa tu? Lorh ada incoming call rupanya. Lupa pulak yang telefon nih aku set silent 

mode.

 Lan?

“Assalamualaikum Lan..”

“Waalaikumussalam Alis, lunch jom. Sat lagi saya ambik awak ya.”

“Again? Lorh awak lunch kat area sini lagi ke hari ni?”

“A’a kebetulan ada meeting dengan customer dekat area tempat kerja Alis..hehee”

“Wah banyaknya kebetulan awak Lan. Semalam pun kebetulan meeting dengan customer kat area sini 

jugak kan.”

“Hehehe a’a dah kebetulan nak buat macam mana. Okay lah Alis lagi 10minit saya sampai ek.”

Hish Lan nih kan, tak kan la tiap-tiap hari jumpa customer dekat Ampang nih je. Hurm kalau lah Daim yang 

berkebetulan macam tu kanke best. Tiap-tiap hari mengadap muka Daim la jawabnya. Daim Shah Zainal, 

hurmmm kenapa awak menyepikan diri dari saya?

“Alis!!!!!”

Haila Jimmy dah datang. Nak apa lagi la mamat nih.

“Apa? Tak sakit tekak ke jerit-jerit macam tu.”

“Huh tak sangka awak nih buruk perangai jugak rupanya ya.”

Hamboih...sesedap rasa je kutuk aku ye. Apa masalah la si Jimmy ni.

“Awak nih dah kenapa sesuka hati je kutuk saya? Saya penat tau tak.”

“Owh kalau dengan saya nak cakap sekejap pun dah penat. Tapi kalau dengan mamat dua ekor tu tiap-tiap 

hari keluar lunch melayan diorang dari pagi sampai petang tak penat pulak.”

“Hey awak jangan melampau! Selama ini saya hormat awak sebagai rakan kerja saya tau. Jadi jangan nak 

lebih-lebih. Watch your mouth. Saya keluar dengan sape ke saya menggedik dengan sape ke takde kena 

mengena dengan awak. Mind your own business!!!”

Grrrr! Tension aku macam nih. Dia ingat dia sape sesuka hati je nak kutuk aku. Sabar aku ada had jugak 

tau. Lan nih pun satu, tak kan tiap-tiap hari nak keluar lunch sama-sama. Sanggup nak datang sini semata-

mata nak lunch dengan aku. Gila ke hape. Apa dah takde orang lain lagi ke yang boleh temankan dia lunch. 

Huh! Rimas betul la. Karang aku lari pegi Zimbabwe sana baru padan dengan muka korang semua. Eh 

padan muka aku jugak, kat Zimbabwe tu apa je yang ada.huhuhu.... Nak lari pegi Korea lah kalau macam 

nih. Kot la ada rezeki terjumpa artis Korea kat sana. Eheh perasan! Sempat lagi kau kan Alis.hewhewhew