28 February 2012

Tentang Wanita

Assalamualaikum ^_^

Sedang godek segala benda artikel yang tersimpan kemas dalam lappy tetibe terjumpa satu artikel yang macam sangat touching je bila baca. Artikel tentang wanita dan pasangannya di syurga. Secara ringkasnya, siapakah pasangan wanita di syurga kelak ada kat bawah nih.


Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
- Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda : "Tiada si bujang di dalam syurga" [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2 : Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
- Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3 : Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
- Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4 : Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
- Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5 : Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
- Seperti kes 4, wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6 : Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
- Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranyan suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah " Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir" Hadis sahih riwayat Al-Albani






p/s ilebiu : Kalau nak tau dengan lebih jelas atau nak baca yang lagi terperinci boleh klik SINI dan SINI






23 February 2012

Dia Lupa Tentang Takdir Tuhan

Assalamualaikum ^_^


Bila diri berada di bawah baru terasa betapa sakit dan peritnya dipedajalkan orang yang berada di atas. Sedangkan sewaktu diri di atas, tiada walau setitik kesedaran pon tentang perasaan orang yang berada di bawah. Pertolongan.... Ya sudah banyak ia ditaburkan. Tapi apakah niat disebalik pertolongan itu?Pertolongan, satu perbuatan yang insyAllah akan dapat lah pahala dari maha kuasa jika dilakukan dengan seikhlas hati. Tapi jika sekadar untuk mendapat pujian dari manusia maka dimanakah letaknya pahala itu? Ya sesungguhnya Allah yang maha mengetahui.





"There're times when strangers are like family,
and family like starngers" - Hlovate








"Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang... Melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh..." - Kahlil Gibran





"Lumrah manusia, tak kan mengaku salah diri sendiri. Asyik fikir orang lain je yang salah..." - Kawan saya








"....dengan manusia nih jangan baik sangat. Kalau 100%, guna 90% je untuk buat baik ngan orang lagi 10% simpan untuk gaduh..." - Dia yang pernah saya kenal






Note : Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dia layak di uji. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk samaada dalam bentuk kesenangan, kesulitan mahupun musibah. Dan ujian Allah adalah sebagai tanda bahwa Allah sangat menyayangi kita umat manusia, juga sebagai peringatan kepada kita bahawa segala yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan atau kealpaan kita sendiri.






p/s ilebiu : Sesungguhnya jasamu ku kenang...



p/s ilebiutoo : Semoga jasaku dikenang juga.......



>_<

21 February 2012

Sila Alert

Assalamualaikum ^_^

Sebagai seorang student yang bertanggungjawab sila lah rajinkan diri anda buat lawatan sambil belajar kat student portal tu ya. Jangan jadi macam kami yang sangat tak alert dengan kecanggihan student portal sekarang sampaikan nak login pon punya lah susah. Tetiba salah password la hape. Tapi disebabkan keangkuhan dan keegoan yang tinggi, sesuka hati je lah salah kan student portal sebab tetiba je 'meng'upgradekan page tersebut menjadi lebih canggih dan kami dah tak leh nak login lagi dah sebab masalah yang bertimpa-timpa. Padahal salah diri sendiri.hewhewhew..... Sekarang kami sudah sedar diri dan kami saaaaangattt suka kan kecanggihan student portal ittewwww. >_< Love you damn much student portal!!! pfttttttt.......... :p



*muka kagum tengok student portal berwajah baru*




Note : Result dah nak kuar, nak tak nak kena godek jugak la student portal tu kan sebab nak buat Sufo..gaaaaaa 0_o

9 February 2012

Cinta Hati Kita

Assalamualaikum ^_^

Hari ahad lepas sume umat Islam menyambut hari kelahiran Nabi kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah masih ramai yang sayangkan nabi kita. Tanda nya??? Dengan mengadakan sambutan seperti itu lah menunjukkan bahawa kita sangat sayangkan baginda.

Dedulu kat sekolah mesti ada belajar tentang sirah Rasulullah S.A.W kan. Sekarang pon still boleh belajar lagi pe. Kat mana??? Kalau nak tau serba ringkas tentang sirah Nabi boleh klik SINI

Sememangnya kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W haruslah mencintai Nabi kita kan. So, kalau nak tau kenapa kita harus cintakan Nabi kita boleh tekan CINTA nih ya kawan-kawan sekalian. >_<

Oh ya, saya ada terbaca tentang kasihnya Nabi Muhammad S.A.W terhadap ummat nya. Kalau tak silap lebih kurang macam nih,

'Sewaktu Rasulullah SAW menghampiri wafatnya. sebelum nyawa baginda diambil baginda bertanya kepada Jibril apakah hak umat nya di akhirat kelak.dan baginda berasa lega apabila Jibril memberitahu bahawa Allah berfirman kepadanya: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya.' 

Tapi kalau nak tau dengan lebih jelas dan terperinci tentang saat-saat kewafatan Rasulullah S.A.W boleh la tekan SINI  Yes, seriously sedih sangat. :(


Dan saya nak kongsi video nih jugak,



Happy Watching!!!! >_<